...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, November 19, 2015

KL Hop On Hop Off: KL Tower - Karyaneka - Central Market

Al salam alaykum

Kali ni naik bas duduk dalam rasa aircond kejap.



Dari KL Tower, kai naik bas ke Karyaneka, di perhentian no 5...

Ini serius, tempat idaman aku, mmg aku tak pernah sampai langsung kat sini...


ooo, baru tau pasal pisang kipas

Kami masuk Muzium Kraf, tapi takleh amik gambar. Sepatutnya bayaran RM 3.00 seorang, tapi ada sesetengah ruang pameran ditutup, maka masuk adalah percuma utk masa sekarang.

Banyak yg menarik dalam Muzium Kraf ni... Mengenali adiguru-adiguru utk semua jenis kraf dan tenunan di Malaysia... 

Nak mengait pun dah malas, ni kan plak nak menenun, menganyam, menyulam dan macam-macam kerja kerastangan lain... 


Tapi tu la, Perkampungan Pelukis dan Perkampungan Kraf pun ditutup. Mungkin lain kali plak...



Pah membeli tandamata kenang-kenangan kat sini.. seperti biasa, harga mampu tengok je la... utk kenang-kenangan, pejam aje la mata tu...




Dan, kami naik bas lagi sekali, seterusnya ke Pasar Seni... yg kat sini Pah tak pernah sampai...

Masa ni mmg panas sgt, dah waktu tengahari... pelancong pun dh ramai, budak sekolah pun ada, dari Perlis... kesian aku tengok dok kat atas panas atas kepala... tapi Perlis lg panas kan dik?


Bas melalui Petaling Street, aku pun tak pernah sampai. 


tapi oleh sbb memikirkan ni waktu tengahari, kena cari makan dulu, terus je la ke CM...


Kawasan Petaling Street ni kiranya masih mengekalkan bangunan lama... harap terus kekal sampai Wawasan 2020.

Teringat tugasan Photo Hunt 2012, kena amik gambo kat signboard ni




Akhirnya, Central Market aku datang lagi... Aku tak ingat bila kali terakhir sampai, mungkin semasa Food Hunt 2012 la kot... 

Apa pun makan dulu... AKu cari Ayam Penyet yg aku tak pernah lupa rasanya sejak tahun 2011. Aish! Lama betul tak jumpa ayam penyet CM tu...


AKu tengok kiri kanan ramai sungguh org dok lipat-lipat tudung AJ... rupanya ada design baru kuar... aku penggemar tudung bawal AJ ni, tapi mmg tak kuasa la aku nak p amik nombor nak membelinya... dan tak kuasa jugak nak beli kat diorg ni yg membeli banyak-banyak bg habis pastu mark up harga tinggi... tak dapat design tu takpe lah, janji aurat aku tutup...

Lepas makan, solat Zuhur, dan pusing-pusing dalam CM... 


Ada la yg berubah, dan masih ada yg kekal...


Kemudian, kami naik bas lagi utk ke Istana Negara Jalan Duta! Idaman sungguh ni...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

3 comments:

tiga lalat said...

makan tak nasi ayam penyet tingkat atas kat foodcourt tuuh? wak baru je pegi last week., hehe2

Kay said...

Mestilah makan... dah tak jumpa bertahun

Dr Singa said...

kehkehkehhh..
sungguh macam pelancong dari Tanah Besar China!!