...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, November 26, 2015

Bas banyak-banyak ni ada apa?

Al salam alaykum

Semasa lalu kat Dataran Pahlawan 1 Malaysia, Pantai Klebang tu, nampak bas banyak-banyak...

Ayah aku pun cakap, ni lah yg hotel bas tu... Ada kuor tv... Pengetahuan am ayah aku mmg superb... hhehehe

Aku mmg tatau langsung pasal Bustel ni...

Selain daripada hotel budget, ada juga tandas dan tempat makan...

Jadinya tak perlu risau kot kelaparan...

Kami singgah utk menikmati air kelapa goyang Klebang dan makan-makan...


Bas-bas yg ni dijadikan warung makan

unik!

Banyak jugak basnya yg jadi tempat makan


Ayah aku cakap cendol sedap!

Boleh je duduk mana warung-warung bersebelahan, dan boleh order menu kat warung sebelah yg lain... Tapi kena bayar terus la... takde hal!

Mana gambo coconut shake? Tak sempat amik gambo sbb aku sibuk berbahas dgn adik yg hantar air tu mintak bayar terus, total coconut shake RM 15.00, aku bagi duit RM 50.00, dia mintak duit kecik plak... Dia kata jauh nak ulang-alik tukar duit! Tu la dia, kecik-kecik lg dah malas! Geram je aku ni perasaannya! Sbb takde duit kecik la aku bg duit RM 50.00!

Adik, kecik-kecik jangan dibiasakan dgn malas ye!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

1 comment:

Dr Singa said...

hahahahaaaaa! !
bas tu yang selalu hakak lang alik Muor Melaka!!
MOS
nostalgik