...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, November 30, 2015

Divorce Lawyer In Love

Al salam alaykum

Apa yg aku suka pasal drama ni:

1. Drama ni kelakar jugak, ada semua elemen wajib drama Korea... suka duka sedih misteri romantik orang kaya orang miskin... ngeh ngeh ngeh

2. Aku suka setiap episod yg membawa kisah-kisah perceraian... kisah peguam cerai, mestilah kisah rumahtangga yg banyak kan? Paling tak boleh nak cerna, nak mintak cerai sbb nak kena masak setiap waktu! macam-macam

3. Kisah perceraian Han Mi Ri dan suami dia... nampak mcm Han Mi Ri jahat, tapi sebenarnya dia kena ugut dgn pakwe lama dia...

4. Kurang OST, pastu tak berapa nak feeling. jadinya selamat la aku dari sibuk nak cari OST drama ni.

5. Jalan cerita Han Mi Ri nak sama jgk dgn jalan cerita Song Cha Ok dalam Pinnochio, bab dia disekat dari bercakap di hadapan awam. Oleh itu, dia memilih jalan undang-undang utk mendedahkan segalanya.

6. Semua watak utama guna telefon yg sama, mungkin model pun sama, cuma casing je lain. Tajaan LG






7. Kat Korea ada tarikh 31/06/2015 ye?



tujuh je?

Cukup la tujuh... 

Eh ada lagi! Sbb Lee Jong Suk suh tengok. Itu sbb utama aku tengok drama ni. Ngeh ngeh ngeh

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Sunday, November 29, 2015

Rancangan tetiba org sambut hari lahir

Al salam alaykum

Bangun pagi tengok msg org ajak ke Ipoh!

Adoi la. 


Sangat gediks. Macam-macam yg dia cadangkan, nak naik bukit la. Nak p pesta buku la. Nak p PD la. Nak p tengok teater Mok Cun la.  Tetiba ajak p Ipoh!

Mmg la ada plan nak p Ipoh, tapi tak la tetiba!

Layankan aje. 


Sesat nak cari makan Nasi Vanggey Greentown. Apa punya turr la Google Map Kak Awin ni. 


Sesat mencari Old Town Ipoh mural. Masuk Plan B layan aiskrim. Plan B mmg takde dlm plan adhoc langsung, sbb aku tak hipster. Heheeh



Dan yg penting, mee kicap Ipoh. Tapi tak sempat sampai stadium. Kita layan kat Mee Kicap Best Place. Terima kasih Makcik layan kami jgk walau kedai nak tutup. Sedap mee kicap tu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, November 28, 2015

Pizza dalam kuali

Al salam alaykum

Ramai org share kat FB, aku pun cuba jugak la


Anak merengek nak makan piza. Apa kata kali ni mama buat sendiri piza tk payah bakar dalam oven. Senang sangat, yang penting anak & suami mesti suka makan. Jom cuba
Posted by Pa&Ma on Thursday, 21 May 2015



Tadaaaa!


1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum biasa
2/3 cawan air suam
1 sudu madu
1 sudu kecil yis
sedikit garam

gaul semua, canaikan atas kuali, letak topping, masak 15 minit... makan!

alhamdulillah.

aku buat thin crust je ..... hehehe

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, November 27, 2015

Kenduri Nano dan Fahmi, 21/11/2015

Al salam alaykum

Tempek gambo majlis perkahwinan anak sepupu pertama belah Johor yg berkahwin... Kot kang dia bersalin nanti lg setahun, aku dapat cucu la ye! Ayah aku dan pak mak sedara lain dapat pangkat moyang, dan Tok-Tok yg ada lagi pangkat moyeng!

Berkumpul reramai ni boleh jadi penin!

Majlis di Parit No 3, Parit Yusuf, Muar... tapi kalau tengok peta dah dekat dgn Batu Pahat... tu yg ayah dan Paklang aku amik kesempatan ke Sungai Nibung, Semerah, BAtu Pahat melawat ibu-ibu saudara mereka.

Homestay kami, menarik! luas sgt rumahnya! boleh tido golek-golek sampai ke dapur

dari kiri, ayah aku, Tok Andak, Tok Teh, Pak Andak dan Tok Da

Anak-anak Tok Teh aku kenal, pernah jumpa pernah borak... anak-anak Tok Andak dan Tok Da aku tak kenal dan tak cam... kalau diorg kat KL ni silap-siap jadi jiran ke, kawan sekeja ke, langsung tak kenal...

Tapi kalau nak kenal kitorg ni waris atuk aku, Md. Taib, Tok Da dgn Tok Andak pernah cakap, nak kenal anak cucu Md Taib (arwah atuk aku, abang sulung diorg), kalau muka iras-iras lebih kurang Junai (Mak Chik aku), ye la tu, sedara la tu... Berapa ramai la muka iras-iras Chik aku tu? heehehehe

si Dijoh ni langsung tak sama dah muka dgn Tok Chik, tgk hidung pun dh lain

Tok Teh, Mak Teh, Chik (seiras tak kami?), Dayah (anak Chik), aku dan adik aku...

Dua bersepupu ni bersanding dulu... Pengantin lambat sangat

Kalau kenduri kat Johor, pengantin mmg sampai jam 2.30 ptg ye?

Anak sepupu aku, Nano

Barisan tol yg menunggu... aku dapat singgit, jadi la

Pengantin lelaki sampai, bayar tol dulu nak! (anak kata ko!)


Aku suka kenduri kahwin kat Johor, walau seringkas-ringkasnya, tetap meriah... maksud aku, bkn negeri lain tak meriah, tapi ringkas kenduri kahwin kat Johor ni, tetap ada kelainan... Inikan plak kenduri besar... Bg aku kenduri anak sepupu aku ni besar la jugak... ada kugiran, ada marhaban, ada barongan, kuda kepang, cabutan bertuah utk ahli rewang dan ahli keluarga (yg ni dari 7 hadiah, 6 kami dapat)

Pengalaman kan? Untung masyarakat Malaysia, majmuk!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 26, 2015

Bas banyak-banyak ni ada apa?

Al salam alaykum

Semasa lalu kat Dataran Pahlawan 1 Malaysia, Pantai Klebang tu, nampak bas banyak-banyak...

Ayah aku pun cakap, ni lah yg hotel bas tu... Ada kuor tv... Pengetahuan am ayah aku mmg superb... hhehehe

Aku mmg tatau langsung pasal Bustel ni...

Selain daripada hotel budget, ada juga tandas dan tempat makan...

Jadinya tak perlu risau kot kelaparan...

Kami singgah utk menikmati air kelapa goyang Klebang dan makan-makan...


Bas-bas yg ni dijadikan warung makan

unik!

Banyak jugak basnya yg jadi tempat makan


Ayah aku cakap cendol sedap!

Boleh je duduk mana warung-warung bersebelahan, dan boleh order menu kat warung sebelah yg lain... Tapi kena bayar terus la... takde hal!

Mana gambo coconut shake? Tak sempat amik gambo sbb aku sibuk berbahas dgn adik yg hantar air tu mintak bayar terus, total coconut shake RM 15.00, aku bagi duit RM 50.00, dia mintak duit kecik plak... Dia kata jauh nak ulang-alik tukar duit! Tu la dia, kecik-kecik lg dah malas! Geram je aku ni perasaannya! Sbb takde duit kecik la aku bg duit RM 50.00!

Adik, kecik-kecik jangan dibiasakan dgn malas ye!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, November 25, 2015

Bila kek jadi bingka

Al salam alaykum

Dah beberapa kali ni, aku buat kek jadi bingka...

Heran jugak...

Member suh cek baking powder...



Ni aku cuba buat kek kurma... rasa sedap dah, tapi rasa bingka laa...

Kena beli baking soda baru la plak nak buat lg sekali...


Resipi Kek Kurma Kukus... insyaALlah akan ku ulang lg utk dapatkan kek sebenar...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, November 24, 2015

Muzium Kapal Selam di Klebang, kali kedua!

Al salam alaykum

Lepas kenduri anak Kak Yati, kami ke Melaka, nak ziarah mak Aza di Melaka...

Melaka dgn Muor tu dekat sgt dh, takyah naik tol kan, sampai sudah...

Mula-mula bawak nak minum Coconut Shake yg terkenal di Klebang tu, tapi penuh ya ampun!

Mak ayah aku tak suka kalau kena beratur panjang-panjang, lama-lama berjam-jam nak menunggu hanya sbb nak makan menda sedap... Ramai Chinese, so terbuktilah kesedapan Coconut Shake Klebang tu kan!

So takpe, kami ke Pantai Klebang, ada jugak Coconut Shake kat situ... alhamdulillah, sedap jugak!

Lain kali ye kita datang semula, datang hari yg tak sibuk...

Dan kami ke Dataran Pahlawan 1 Malaysia...

Edisi Kapal Selam kedua aku...


Kali ni nak masuk ke dalam perut kapal selam plak... bayaran RM 3.00 utk dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun RM 1.50...

Kalau nak bergambar sekitarnya tak naik tangga masuk kapal selam, percuma! Dulu kena bayar RM 1.00...


Apa-apa hal pun bergambo la dulu...

Bagi aku apa yg berubah? Jalan pun dah ada, takyah nak rentas padang pasir macam dulu... Landskap pun cantik, toilet pun dah ada...

Dan, yg paling penting, boleh masuk dalam perut Kapal Selam la! Nak baca sejarah, ada papan tanda kat bawah kapal selam, aku tak amik gambo, sbb sama je macam dulu... dan ada tayangan video Majalah 3 pasal kapal selam ni...

Moh masuk ke dalam! Tunjukkan tiket anda dulu ye!


Keadaan dalam kapal selam

Ayah aku mmg minat menda gini




Ni kat bahagian dapur tak silap aku, pastu mak aku cakap "dah habis la"

Mak aku ckp, nak gmbo kat tangga!


Jadilah utk kali ini... gambar dalam kapal selam tak banyak sbb berlaga-laga dgn pengunjung lain... Ada pengunjung yg naik ikut tangga keluar, dan nak keluar ikut tangga masuk! 

Dalam tu sempit, laluan sehala utk sorang je... Kagum la dgn sesapa yg bertugas dalam kapal selam ni... 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 23, 2015

Barongan dan Kuda Kepang

al salam alaykum

Sabtu 21/11/2015 aku pergi kenduri kahwin anak Kak Yati... Kak Yati ni sepupu aku, arwah ayah dia, Pakngah keturunan Jawa... dan Kak Yati, Abg Mali pun mmg Jawa pior la...

Kak Yati dah war warkan dlm wasap grup nanti ada persembahan Barongan dan Kuda Kepang...

teruja! Sbb inilah kali pertama aku nak menontonnya... Walaupun aku ada ramai sepupu keturunan Jawa, tapi majlis kenduri diorang yg lain takde menda cenggini ni...




Adam kata "takutlah ciklong" takut-takut pun dia main je dgn patung tu...

baru nak baca sejarah Barongan... katanya berasal dari kisah zaman Nabi Sulaiman... tapi akal fikiran aku tak dapat nak kaitkan dgn kisah Nabi Sulaiman... macam jauh sangat larinya! Kalau kaitkan dgn asal usul Hindu, mungkin jugak...


Pasukan Tarian Barongan Parit Bugis ni terkenal di Malaysia... Aku kagum jugak, sbb budaya ni masih lg diterapkan dalam masyarakat Jawa di Muar dan Batu Pahat... Pasukan diorang ni ada kanak-kanak lagi, dan sudah tentulah warga emas yg menurunkan ilmu kpd diorang...



Aku ada rakamkan video, tapi sebab lebih 100mb, takleh nak share sini... ni aku copy link sepupu aku...






Posted by Maslinda Masri on Saturday, 21 November 2015





Posted by Maslinda Masri on Saturday, 21 November 2015










Dan malamnya plak, persembahan Tarian Kuda Kepang... Kalau baca sejarah, lagi lah aku melopong cemana plak tarian ni dikaitkan dgn Wali Songo dan jugak kisah peperangan zaman Rasulullah...



Sebelum tarian dipersembahkan, Pak Lang aku dah cerita nanti ada unsur-unsur mistik dalam tarian ni...




Antaranya kopek buah kelapa dgn gigi, makan daun, makan kaca dan kemudian semua penari akan sedar semula lepas melakukan semua aksi tu...





Dan, mmg berlaku betul-betul ikut turutan apa yg Pak Lang aku cerita...





mmg takleh terima diorg tu naik syeh... sbbnya cemana jalan cerita boleh sama, ikut turutan? Kalau mmg aksi luar kawalan/bawah sedar, takkan la sama je semua persembahan kan?



aku enjoy la yg part tarian kuda kepang tu... tapi bila masuk yg konon-konon unsur mistik tu, aku mmg takleh nak terima... 

tapi, kalau tengok persembahan malam tu, aku pikir diorang berlakon je yg aksi-aksi tak sedar diri tu... mmg nampak macam dibuat-buat... tapi Tok Teh aku cakap, penari-penari tu mmg betul tak sedar...

Allahu a'lam... aku harap, tarian kuda kepang ni bebas dari unsur-unsur salah dalam Islam... 

Tapi muzik iringan Barongan dan Kuda Kepang best, aku suka!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, November 22, 2015

KL Hop On Hop Off: Dataran Merdeka - KLCC

Al salam alaykum

Perhentian terakhir, Dataran Merdeka...




Seronok! Sbb mcm boleh guling-guling...




Tapi sekejap je perasaan boleh guling-guling tu, pastu ramainya pelancong dr China!


Betapa peghoknya rasa, ada Perpustakaan Kuala Lumpur kat situ, aku tak tau!


Cantik! Macam moden...


Ada time tunnel... 


cerita tentang Kuala Lumpur...


Kemudian kami berlegar kembali di hadapan Galeri Kuala Lumpur.


Tapi kami tak masuk. Kami pikir kami nak ke Istana Budaya


Nak tunggu bas. 


Tapi bas tak datang-datang.



Kami masuk ke Muzium Muzik.



Belajar tentang alat-alat muzik.


Ada cerita tentang P. Ramlee.



Ada tentang pembuatan alat muzik.


Dan kami berlegar lagi di luar.


Mana bas ni takde lagi ni?


Minum air dulu di Plaza Dataran Merdeka.


Memerhatikan kelibat manusia di sini.


Dan menghabiskan bateri kamera...



Akhirnya, setelah puas menunggu tak nampak rupa bayang bas, kami berjalan kaki ke Medan Mara...



Hujan mula turun mencurah-curah...


Naik je bas, kami tanya, kenapa bas takde kat Dataran Merdeka? Dia cakap, sbb har itu ada event di Dataran, kena tunggu kat DBKL.

hmmm... padahal kami lalu DBKL, tak nampak bas pun, dan tak nampak org menunggu bas pun...

Aku tak pasti sama ada, ada pengumuman atau tidak pasal tempat menunggu bas di DBKL tu...


Oleh sbb hari pun dah petang, kami tak berhenti kat TItiwangsa, terus ke KLCC utk makan malam dan berpisah...

Ada rezeki dan masa di lain kali, nak cuba bas GoKL plak...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::