...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, October 27, 2015

Modern Farmer yg lawak!

Al salam alaykum

Dah habis Modern Farmer. Best!


Image result for modern farmer wiki



Aku donwload cite ni sbb Lee Hong Ki la... Nak ulang citer You're Beautiful mmg malas dah...

Satu aku nak tekankan, cerita yg suci daripada adegan-adegan kebanyakan cerita Korea skrg.. Maksudnya, takde adegan peluk cium yg berlebihan... takde langsung! Alangkah seronoknya kalau semua drama macam ni...

Cerita mengisahkan sekumpulan anak muda yg berhijrah ke kampung utk menanam kobis dengan ilmu pertanian yg kosong... kosong kosong kosong! tujuan nak berkebun nak dapat duit dan buat album baru... sebelum dapat berkebun tu, macam-macam onar yg diorg buat kat kampung tu... onar yg memang akan buat kita gelak berdekah-dekah!

Watak utama, Lee Min Ki, yg mewarisi tanah pertanian di kampungnya, Kang Hyuk, yg mesti menjadi doktor atas desakan famili, Yoo Han Chul, yg menderita kerana kanser, dan Han Ki Joon, anggota ExSo yg paling muda...

Setiap watak, ada kisah tersendiri, yg semestinya membuat kita tak kering gusi daripada episod pertama sampailah esisod ke-20...

Memula, aku ingatkan mereka membawa model petani yg mengusahakan pertanian moden, tetapi rupanya, nama Modern Farmer tu adalah nama baru kumpulan mereka yg diberikan oleh penduduk kampung kpd mereka...

Walaupun gelak-gelak jugak, lawak-lawak pun ada kisah cinta jugak... aku mengharapkan Kang Hyuk yg menjadi suami Noona Yoo Nee, tapi mestilah Yoo Nee memilih cinta monyet pertamanya, iaitu Lee Min Ki... sedih ooo! Kang Hyuk jauh lagi best dr Min Ki! hehehehe

Sangat sweet jugak Lee Min Ki ni bila buat pengakuan cintanya kpd Yoo Nee... oh ya! ni kisah cinta Noona dan Dongseng ye! Bukan Dongseng dgn Oppa!

Hehehe. 

Nak baca full review, baca sini la... http://www.dramabeans.com/tag/modern-farmer/

Image result for modern farmer wiki


Lagu dalam cerita ni best jugak, sweet, tapi takleh ganti lagi ringtone yg aku guna skrg...

akhir kata, cite panjang pun tak guna, silalah tonton!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::