...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, October 31, 2015

KL Fabulous Food Hunt 2015

Al salam alaykum

Dah lama tak masuk food hunt. Kali ni cuba lagi sekali. 

Jeles kat Miza Bai dan Eein masuk Lemoi. Heheehe. 



Kali ni join dgn Nir dan adik dia dan kawan dia. 


ABCD tu utk cabutan bertuah. Tapi kami tak bertuah. 

Ada 8 CP. Alhamdulillah, kami habis semua checkpoint. 

CP 1 - Wan Copati di UTC Keramat
CP 2 - Mail mee rebus di Foodcourt Setiawangsa
CP 3 - Nasi ayam Mencongkam di Batu 5, Jalan Gombak
CP 4 - Nasi Ayam Kukus Dara di Persiaran Pertahanan, Taman Melati
CP 5 - Rasa Arimas Lempeng Kelapa di foodcourt d tasik Seri Rampai
CP 6 - Mat Rock Nasi Ayam Kunyit, Kg Pandan
CP 7 - Mat Yob Tip Top di Pantai Dalam
CP 8 - Art Gallery, Matic
CP 9 - Lanai, Matic. 


Ada tiga tugasan foto, TF. Kena bergambar dalam LRT Kelana Jaya, Komuter dan jugak di Booth Matic KL Sentral. 


Race bermula jam 10.00 pagi. Kami ke CP 7 dulu, kemudian ke CP 6, dan terus naik ke CP 4, dan menyelesaikan semua tugas makan-makan di Jajaran Gombak ke Ampang. 

Kali ni agak strict jugak. Setiap ahli kumpulan kena makan sekurang2nya 2 kali. Tangan mmg kena cop. 


Kami selesai jam 3.10 di Lanai Matic, tempat ke 42. Sedih!!! Sebab jarak masa dengan pemenang tempat 30 skit je. Diorg sampai dekat-dekat jam 3 gak. Sengit jugak la kali ni. 

Pemenang tempat pertama, sampai jam 1.20 petang! Cukup punya laju! Kami ingatkan route yg kami amik tu dah terbaik sangat dah! Heheeheh. Pemenang tempat kedua sampai jam 2.02 petang. Tabik!

Yg kami serempak masa selesaikan tugasan mmg tak tersenarai la dlm pasukan 1 hingga 30. 

Sempat borak dgn pemenang RM 500 tu, diorang chartered teksi RM 160.00, turun amik gambar dalam lrt dan komuter  sebelum kenderaan tu bergerak. 

Kami pun habis dlm RM 150 utk teksi dan LRT. Ye kami campur-campur jugak. Sampaikn naik STAR LRT nak ke Kg Pandan tu. 

Apa2 hal pun, happy! Walaupun tak menang dan tak dapat lucky draw. 

Next race, mmg kena plan naik teksi la plak!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

whooz said...

Rindunyeee :D

Next year charter teksi laaaa

Kay said...

Huzz, next year Huz join la