...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, October 31, 2015

KL Fabulous Food Hunt 2015

Al salam alaykum

Dah lama tak masuk food hunt. Kali ni cuba lagi sekali. 

Jeles kat Miza Bai dan Eein masuk Lemoi. Heheehe. 



Kali ni join dgn Nir dan adik dia dan kawan dia. 


ABCD tu utk cabutan bertuah. Tapi kami tak bertuah. 

Ada 8 CP. Alhamdulillah, kami habis semua checkpoint. 

CP 1 - Wan Copati di UTC Keramat
CP 2 - Mail mee rebus di Foodcourt Setiawangsa
CP 3 - Nasi ayam Mencongkam di Batu 5, Jalan Gombak
CP 4 - Nasi Ayam Kukus Dara di Persiaran Pertahanan, Taman Melati
CP 5 - Rasa Arimas Lempeng Kelapa di foodcourt d tasik Seri Rampai
CP 6 - Mat Rock Nasi Ayam Kunyit, Kg Pandan
CP 7 - Mat Yob Tip Top di Pantai Dalam
CP 8 - Art Gallery, Matic
CP 9 - Lanai, Matic. 


Ada tiga tugasan foto, TF. Kena bergambar dalam LRT Kelana Jaya, Komuter dan jugak di Booth Matic KL Sentral. 


Race bermula jam 10.00 pagi. Kami ke CP 7 dulu, kemudian ke CP 6, dan terus naik ke CP 4, dan menyelesaikan semua tugas makan-makan di Jajaran Gombak ke Ampang. 

Kali ni agak strict jugak. Setiap ahli kumpulan kena makan sekurang2nya 2 kali. Tangan mmg kena cop. 


Kami selesai jam 3.10 di Lanai Matic, tempat ke 42. Sedih!!! Sebab jarak masa dengan pemenang tempat 30 skit je. Diorg sampai dekat-dekat jam 3 gak. Sengit jugak la kali ni. 

Pemenang tempat pertama, sampai jam 1.20 petang! Cukup punya laju! Kami ingatkan route yg kami amik tu dah terbaik sangat dah! Heheeheh. Pemenang tempat kedua sampai jam 2.02 petang. Tabik!

Yg kami serempak masa selesaikan tugasan mmg tak tersenarai la dlm pasukan 1 hingga 30. 

Sempat borak dgn pemenang RM 500 tu, diorang chartered teksi RM 160.00, turun amik gambar dalam lrt dan komuter  sebelum kenderaan tu bergerak. 

Kami pun habis dlm RM 150 utk teksi dan LRT. Ye kami campur-campur jugak. Sampaikn naik STAR LRT nak ke Kg Pandan tu. 

Apa2 hal pun, happy! Walaupun tak menang dan tak dapat lucky draw. 

Next race, mmg kena plan naik teksi la plak!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, October 30, 2015

Bukan Gadis Biasa

al salam alaykum

Dah lama tak letak novel/buku yg aku baca... Sejak duduk rumah baru ni, alhamdulillah 3 novel bermanfaat aku dah habis baca...

Salah satunya, kisah si Manis JS Adiwarna, Bukan Gadis Biasa



Berkisar tentang seorang gadis yg bernama Hanah, merupakan pelajar di Universiti Lim Kok Wing, yg berubah menjadi muslimah sejati, dan dia diuji dgn sebenar-benar dan seberat-berat ujian...


Antara kata-kata utk pedoman kita:

"Kita tak boleh hidup sendiri. Hidup kena ada kawan, ada teman. Biar nanti ada orang yg saling mengingatkan"

"Selagi jalan kita teguh atas jalan Ilahi, jangan pernah rasa risau. Kita sendiri akan lupa nikmat dan kasih sayang daripada dunia apabila rahmat dan kasih sayang daripada Allah kita dapat rasa."

Dan seterusnya:



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 29, 2015

Manny

Al salam alaykim

Petang semalam habis siri Manny ni di slot Chamsarang TV9...

Ceritanya ok ok la... Kisah seorang lelaki bujang yg bernama Kim Mi Han,  bekerja sebagai Manny menjaga dua anak majikannya seorang ibu tunggal, Seo Do Young...

Prinsip Manny ni takkan jatuh cinta dgn majikannya, tapi terjatuh cinta jugak...

Jadi konflik jugak bila kakak Do Young, Janice jatuh cinta dgn Mi Han ni...

Bila anak-anak tahu, diorg tak suka, cuba utk pisahkan Manny dgn ibu diorang... dan akhirnya Mi Han mengalah dan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Do Young...

Lepas setahun, Do Young nak sambung belajar kat New York, terserempak dgn Mi Han kat airport, bersambunglah ikatan, dan cerita pun tamat... 

hahahaha... boring la jugak tetiba...

Tapi yg buat aku suka tengok cite ni, sbb translationnya yg lawak... sapa la yg jadi tukang translate tu? aku rasa mcm baca sarikata bahasa cina yg dimelayukan...








yg sempat aku captured... hhehehee

Dan, seperti biasa la, drama Korea mmg tak lari dari teknologi... Drama ni tahun 2011, mungkin Samsung tak top lagi masa tu, semua pelakon pakai Blackberry... aku tak ingt model apa, tapi mmg tahun 2011 tu, mmg glamer la jenis tu...

kesimpulannya, cerita best la jugak, lagu pun best, tapi tak dapat download, semua link dh broken, dan Kim Mi Han hensem... ala-ala pelakon Jepun ada la jugak...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::


Wednesday, October 28, 2015

kembali kepadaNya

Al salam alaykum




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, October 27, 2015

Modern Farmer yg lawak!

Al salam alaykum

Dah habis Modern Farmer. Best!


Image result for modern farmer wiki



Aku donwload cite ni sbb Lee Hong Ki la... Nak ulang citer You're Beautiful mmg malas dah...

Satu aku nak tekankan, cerita yg suci daripada adegan-adegan kebanyakan cerita Korea skrg.. Maksudnya, takde adegan peluk cium yg berlebihan... takde langsung! Alangkah seronoknya kalau semua drama macam ni...

Cerita mengisahkan sekumpulan anak muda yg berhijrah ke kampung utk menanam kobis dengan ilmu pertanian yg kosong... kosong kosong kosong! tujuan nak berkebun nak dapat duit dan buat album baru... sebelum dapat berkebun tu, macam-macam onar yg diorg buat kat kampung tu... onar yg memang akan buat kita gelak berdekah-dekah!

Watak utama, Lee Min Ki, yg mewarisi tanah pertanian di kampungnya, Kang Hyuk, yg mesti menjadi doktor atas desakan famili, Yoo Han Chul, yg menderita kerana kanser, dan Han Ki Joon, anggota ExSo yg paling muda...

Setiap watak, ada kisah tersendiri, yg semestinya membuat kita tak kering gusi daripada episod pertama sampailah esisod ke-20...

Memula, aku ingatkan mereka membawa model petani yg mengusahakan pertanian moden, tetapi rupanya, nama Modern Farmer tu adalah nama baru kumpulan mereka yg diberikan oleh penduduk kampung kpd mereka...

Walaupun gelak-gelak jugak, lawak-lawak pun ada kisah cinta jugak... aku mengharapkan Kang Hyuk yg menjadi suami Noona Yoo Nee, tapi mestilah Yoo Nee memilih cinta monyet pertamanya, iaitu Lee Min Ki... sedih ooo! Kang Hyuk jauh lagi best dr Min Ki! hehehehe

Sangat sweet jugak Lee Min Ki ni bila buat pengakuan cintanya kpd Yoo Nee... oh ya! ni kisah cinta Noona dan Dongseng ye! Bukan Dongseng dgn Oppa!

Hehehe. 

Nak baca full review, baca sini la... http://www.dramabeans.com/tag/modern-farmer/

Image result for modern farmer wiki


Lagu dalam cerita ni best jugak, sweet, tapi takleh ganti lagi ringtone yg aku guna skrg...

akhir kata, cite panjang pun tak guna, silalah tonton!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, October 26, 2015

kita tak serupa

al salam alaykum

Selalu pahatkan dalam ingatan, kita tak sama dengan orang lain... kita selalu berbeza dengan orang lain, dengan sesiapa pun... dari semua segala segi...

Baik dari segi rezeki, rupa, kesihatan, atau apa sahaja...

Tetapi, betapa berbezanya kita... kita tetap boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dgn mereka... asal saja kita tahu menempatkan diri kita, asal kita sentiasa ingat dan tahu utk mengukur baju di badan sendiri...  di mana tempat sekalipun, di mana waktu saja, di mana situasi pun... 

Mungkin hari ini kita kurang segalanya, hari esok, Allah uji kita dgn segala kelebihan yg kita ada... Dan pada waktu, mungkinkah kita mendabik dada? Atau kita makin tunduk tawadduk kepadaNya?

Dan hari ni, kita ada segalanya, esok lusa, Allah tarik semuanya... Apakah pada masa itu kita hanya merenung nasib diri, dan menyalahkan takdir?

Dalam kedua-dua situasi, moga-moga kita sentiasa suburkan taqwa dalam diri, supaya tidak sesat di penhujung hari...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, October 25, 2015

Kuantan, bandar Lestari ?

Al salam alaykum

Tasik ni terletak kat Aspa Cottage... dekat dgn rumah Long Ana...

kalau setahun dua lepas, suka sangat tengok, cantik dan jernih...


Ini pemandangan pada 24/10/2015, sempena hari keputeraan Sultan Pahang dan juga kenduri anak Long Ana...

Tuanku. lihatlah apa yg terjadi kepada bandar kami, bandar yg telah hilang kelestariannya!

Berapa lama ia akan kekal merah begini?
Berapa lama masa diambil utk pulih kembali sediakala?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, October 23, 2015

Kalau sekadar...

Al salam alaykum

Lama tak dengar kata-kata ni, malam ni tadi dengar semula semasa rancangan Pencetus Ummah...


Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, 
kera di hutan juga bekerja.

- HAMKA

Hidup kita untuk apa?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, October 22, 2015

Mohon Bantuan

Al salam alaykum


Kereta kak Dr. Singa dirompak. Semoga penjenayah ditangkap dan kereta dijumpai. 

Semoga kak Izat tabah. InsyaAllah, Allah akan  ganti yg lebih baik nanti. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, October 21, 2015

Jerubu yg pelik

Al salam alaykum

Pelik sungguh IPU semalam dan harini

Semalam IPU dlm 150, kelabu asap langsung tak nampak KLCC dr tingkap ofis aku...

Ada rumours mengatakan sebenarnya IPU smlm lebih daripada bacaan 200, tapi oleh sbb kerajaan tak wartakan so aku tak amik port. Walaupun ada beberapa member forward bacaan IPU lebih dari 200, tapi sumber tatau dari mana, so itu hanyalah khabar angin je la kan...


KLCC hilang dari pandangan


Dalam jam 4.00 tadi bacaan IPU meningkat kepada 181, tapi jeng jeng jeng... cuaca cerah skit, dan nampak KLCC dalam kesamaran...

nampak tak puncak KLCC kat bumbung tu?

Kalau la cubaan utk menipu IPU itu adalah benar, apa ye yg pihak berwajib dapat?

Cukup-cukuplah kami rakyat ditindas oleh pihak berwajib... Laksanakanlah tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab

Ciri-ciri pemimpin bermodelkan Rasul junjungan kita mempunyai 4 sifat wajib:
1. Benar
2. Amanah
3. Menyampaikan
4. Bijaksana

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, October 15, 2015

Tawar...

Al salam alaykum



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, October 13, 2015

Esok 1 Muharram

Al salam alaykum


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, October 12, 2015

Tenang sejenak...

Al salam alaykum

Tenang sekejap jiwa yg parah...

Video bacaan surah Al-Quran


Badanku gemukSuaraku burukMuka tongkang pecahTapi aku hanya mampu baca surahJadikan ia sebagai maharmu bolehkah?Ewah, ewah, ewahCalon pun takde, ada hati nak masuk nikah 󾌱󾌱󾌱󾌱Surah an-NaziatPS: Huhuhu sebenarnya mood marah dan dukacita, tapi surah ini penawar duka. Muka je nampak bahagia, sebenarnya untuk kamera aja. Dalamnya duka dan luka. Maafkan daku tak sengaja lukakanmu. Sorry ya semua󾌹󾌹󾌹󾌹
Posted by Faiz Najmi on Sunday, 11 October 2015

Badanku gemukSuaraku burukMuka tongkang pecahTapi aku hanya mampu baca surahJadikan ia sebagai maharmu bolehkah?Ewah, ewah, ewahCalon pun takde, ada hati nak masuk nikah 󾌱󾌱󾌱󾌱Surah an-NaziatPS: Huhuhu sebenarnya mood marah dan dukacita, tapi surah ini penawar duka. Muka je nampak bahagia, sebenarnya untuk kamera aja. Dalamnya duka dan luka. Maafkan daku tak sengaja lukakanmu. Sorry ya semua󾌹󾌹󾌹󾌹
Posted by Faiz Najmi on Sunday, 11 October 2015



Aku tak kenal dia sapa...

aku follow kat FB pun sbb kisah travel dia... dan kadang2 status dia yg membuat kita berfikir...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, October 10, 2015

Biskut ala Subway

Al salam alaykum

Menunggu Aizah tak sampai, scroll FB jumpa video biskut ala Subway. 

Bahan2 semua ada kat rumah Husna ni, apalagi, marilah kita buat dulu. 

Tak sempat nak salin link video, dah hilang dari pandangan. Cari semula tak jumpa. Tapi sempat salin resipi. 

1/2 cawan mentega cair
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor (kurangkan nnt manis)
- campurkan. 

1 biji telur
- kacau

1/2 sudu vanilla
1/2 sudu baking soda
1/2 sudu garam

- Gaul sekali

1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan coklat chip

- gaullan sekali. 

Bentukkan adunan bulat2. Lepas tu masukkan nutella, tutup dan leperkan dalam dulang pembakar. 

Bakar pada suhu 100 deg C, 10 minit. 

Tapi aku bakar suhu 150 deg C

Sungguh sedap! Alhamdulillah. 


Kami leperkan sebesar biskut Subway. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, October 08, 2015

Ganti-ganti

Al salam alaykum

Simpan sendiri utk rujukan masa hadapan

ada yg aku dh cuba...



1 cawan gula perang = 1 cawan gula + 1/4 cawan molases
1 cawan butter = 7/8 cawan minyak + 1/2 sudu teh garam
1 cawan buttermilk = 1 cawan yogurt
1 cawan tepung naik sendiri = 7/8 tepung serbaguna + 1 1/2 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh cream of tartar = 2 sudu teh jus lemon
1 cawan susu sejat = 1 cawan cream
1 cawan sirap jagung = 1 1/4 cawan gula + 1/3 cawan air
1 sudu teh jus lemon = 1 sudu teh cuka
1 cawan molasses = 1 sudu teh cream of tartar + 3/4 cawan gula perang
1 cawan yogurt = 1 cawan sour cream
1 cawan heavy cream = 1/3 cawan susu + 1/3 cawan butter



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, October 07, 2015

WHEN LOVE COMES

Al salam alaykum

Modern Farmer... dah lama download, tak sempat tengok... berbaris lagi drama nak tengok...

Baru tengok episod 10... dah habis kang kalau rajin aku review... hahahaha




사랑이 올 때 (Acoustic Ver.) Romanization

sarangi ol ttaeneun nado mollae
sarangi ol ttaeneun josimseure
sarangi ol ttaeneun sonagicheoreom
ige saranginga bwa
sarangi ol ttaeneun dalkomhage
sarangi ol ttaeneun kkumeul kkudeut
nal gamssago neol bol ttaemada
manyang haengbokhan deut misoman
nae mam deullilkka barame sireo bonaelkka
tto nae mam boilkka
nammollae saegyeo geurilkka
sesang gadeuk sarangiran
mallo muldeureo gamyeon
gidarilge saranghae
nae mal jeonhae jul ttaekkaji
sarangeul hal ttaeneun sunsuhage
sarangeul hal ttaeneun babocheoreom
sarangeul hal ttaeneun aicheoreom
jigeum saranghana bwa
sarangeul hal ttaeneun soljikhage
sarangeul hal ttaeneun akkimeobsi
da jueodo haengbok hadan geon
jigeum neoreul sarang hana bwa
nae mam deullilkka barame sireo bonaelkka
tto nae mam boilkka
nammollae saegyeo geurilkka
sesang gadeuk sarangiran
mallo muldeureo gamyeon
gidarilge saranghae
nae mal jeonhae jul ttaekkaji
neoman saranghandago
ajik motan naui gobaegi
deullini sarangi oneun geol
neodo nawa gatdamyeon
nae mal deullilkka sarange ppajin nae mari
tto nae nun boilkka
sarange ppajin nae nuni
haru jongil sarangiran
malman nareul maemdolgo
saranghalge haneuldo
uril jikyeo jul tenikka
Translation:
When love comes without knowing
When love comes carefully
When love comes like a rain shower
I guess this is love
When love comes sweetly
When love comes, it embraces me like a dream
Every time I see you, I get a happy smile
Can you hear my heart? Should I send it along with the wind?
Can you see my heart? Should I secretly draw it out?
If the world gets colored with the word love
I’ll wait for you, I love you, until my words reach you
When you’re in love innocently
When you’re in love like a fool
When you’re in love like a child
I am in love right now
When you’re in love, be honest
When you’re in love, give it your all
Being happy is a sign that I love you
Can you hear my heart? Should I send it along with the wind?
Can you see my heart? Should I secretly draw it out?
If the world gets colored with the word love
I’ll wait for you, I love you, until my words reach you
I only love you
Can you hear my unfinished confession?
Love is coming
If you feel the same way as me
Can you hear me? My words that are in love
Can you see my eyes? My eyes that are in love
All day, the word love lingers around me
I will love you because even the skies will protect us

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, October 04, 2015

Everest

Al salam alaykum



Menonton Everest, aku terfikir, apa yg aku buat selama ni?

Tu ke perasaan mak ayah aku bila aku pergi mendaki?

Kalau aku yg jadi macam tu, macamana agaknya famili aku? Sahabat-sahabat aku?

Masihkah ada impian utk jejakkan kaki ke Everest Base Camp?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Thursday, October 01, 2015

Wake me up when September ends

al salam alaykum

terjaga sendiri, oh di bilik baru...

alhamdulillah, tido lena...

buat masa skrg, nampaknya segalanya baik-baik belaka... semoga yg baik-baik itu kekal bersama saya

osmet baru, orang kelantan... sejak zaman bekerja, pertama kali ni duduk serumah dgn org pantai timur...

selama ni osmet org KL, Johor, Kedah, dan Perak... Selatan Utara Barat dah ada... kita skrg dasar pandang ke Timur plak skrg...

teringt mak tanya? apa yg aku cari di KL ni?

masih mencari-cari, yg tak berapa pasti...

harap ada yg sudi mengejutkan saya

dari lena yg panjang...
dari mimpi yg indah...
dari leka yg asyik...
dari menung yg melupakan...

bangkit utk menghadapi realiti yg melelahkan...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::