...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, September 28, 2015

Kek coklat lagi... nak wat cemana, aku mmg penggemar coklat!

al salam alaykum

aku dapat resipi lain utk kek coklat... semua dalam satu bekas, dan yg penting takyah guna mixer, takyah nak panaskan atas dapur... heheheheh... malas betul!


aku salin malas nak tengok video banyak-banyak kali...


2 cawan tepung
2 cawan gula
1 cawan koko
4 sudu tepung jagung
Garam secubit
1 1/2 sudu baking soda
3/4 sudu baking powder
Gaul sebati

1 cawan minyak
1 cawan sour cream

Gaul

4 biji telur

Gaul

Air panas 100ml

Gaul

Choc chip 200g

Gaul

Bakar 175 deg C 55 minit



walaupun rupanya tak seberapa, yg penting sedapp!!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, September 27, 2015

Terhad

Al salam alaykum


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, September 23, 2015

Menunggu PanggilanMU

Al salam alaykum

Bukan rezeki lagi pada tahun ni...


Mungkin pada tahun hadapan? insyaAllah...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, September 18, 2015

Sakit penghapus dosa

Al salam alaykum

Aku jarang sakit. Alhamdulillah. 

Tapi bila terpikirkan ayat "sakit penghapus dosa" aku tersentak. 

Aku jarang sakit, dan makanya dosa-dosaku tidak terhapus?

Astaghfirullah. Maka, perbanyakkanlah istighfar. Sentiasalah memohon keampunan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, September 12, 2015

Yg payah jadi senang

Al salam alaykum

Mengingati Allah, semua jadi mudah jadi senang. 

Alhamdulillah. 

Masalah tak besar mana. Mungkin dugaan jgk. 

Aku dah bayar deposit bilik sewa 1, sbb tanak terlepas. Lepas tu, gatal bukak mudah.my ada bilik yg nampak macam lagi best, tapi tak sempat p tengok lagi.

Maka bermulalah masalah hati. Bimbang jugak, yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. Maka, bertanyalah kpd sahabat-sahabat yg memahami. Alhamdulillah, sangat membantu juga. 

Masalah dia ni je:

1. Rumah 1 - dah bayar deposit
- tingkat 2, duduk berdua serumah, sewa kurang 50 ringgit dr rumah 2, kena beli furniture sendiri, parking takde, takde security, jarak 600m dr ofis

2. Rumah 2 - tak p tengok lagi, tapi dah berkenan tengok gambar
- GF, sewa lebih 50 inggit dr rumah 1, bertiga serumah, wardrobe dan tilam included, carpark weekly rotate, ada security, jarak 500m dr ofis

Aku kalau boleh, memang nak pilih rumah no 2 la, sbb member aku duduk kat kawasan tu, dan mmg pergi rumah dia mmg best la. Aman damai. Sunyi. 

Selepas beristikharah, memohon Allah  tunjukkan jalan, dan aku pohon sekali supaya hati redha sepenuhnya apa yg telah diputuskan utk aku. 

Tak sampai tengahari, aku dapat sms dari kakak rumah no 2, dah ada yg bayar deposit. 

Alamak, tak sempat tengok! Baiklah, itu yg ditakdirkan, aku call kakak rumah no 1, terus amik kunci utk masukkan barang sikit-sikit. 

Alhamdulillah, hati tenang je. 

Yang payah dah jadi mudah. 

Semoga semuanya episod indah-indah belaka. 

Alhamdulillah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Tuesday, September 08, 2015

Resipi ayam cornflakes bakar

Al salam alaykum

Ni bukan blog masak-masak. Tapi blog ni la tempat aku simpan segalanya. 

Kali ni nak simpan resipi ayam mcm kfc. Tak buat lagi. Baru dapat td. Nanti beli cornflakes. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, September 07, 2015

Air Asia ada promo, tapi nak ke mana lagi tahun depan?

al salam alaykum

Gawat-gawat (ekonomi Malaysia tak gawat, ekonomi diri sendiri gawat skit) ni, dgn RM yg rendah, tengok tiket promo AA pun rasa tak lalu...

Teringin nak habiskan lawatan ke Indonesia, tapi agak mahal jugak tiketnya... Kalau pergi sendiri mungkin lepas la nak beli tiket sorang... tapi hajat hati nak bawak famili sekali...
































































Sejak berkecimpung dalam dunia naik kapal terbang ni, banyak lagi destinasi dalam Air Asia tak sampai...

Nak sampai ke hujung dunia ke atau nak pusing dunia?

Tengok Indonesia ni, mana yg dah sampai...

































Ada 16 destinasi, lagi 9 belum jejak... semoga ada rezeki suatu hari nanti, insyaAllah


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, September 06, 2015

Kek Eclair coklat keras sob sob sob... tapi sedap!

al salam alaykum

Teringin nak makan kek e-clair bila tengok video bawah ni.


https://www.youtube.com/watch?v=M8WU9bRj1Lg



Tapi aku takut nak putar whipping cream jadi whipped cream, so mintak Kak Roza putarkan... aku ada bad experience masa nak buat durian crepe dedulu...

Biskut graham pun tak jumpa, so beli biskut cracker Hup Seng je..

Buat puya buat, tibalah kepada chocolate frosting... aku tanya kepada kaka bakers, itu adalah salah satu jenis coklat ganache, so buat ganache je la... tapi ganache aku pun sebenarnya tak pernah jadi, jadi keras je manjang... so aku sub kat Kak Roza... pun keras jugak! uwwaaaaaa!




Walaupun rupanya tak lawa, rasanya tetap sedap! ngeh ngeh ngeh... cubalah!

Resipi:

susu segar + serbuk pudding vanilla = gaul rata, masukkan whipping cream, gaul rata...
susun biskut graham (aku guna biskut hup seng), dan lapiskan dgn campuran whipping cream, susun lg biskut graham, lapiskan lagi dgn whipping cream, buat sampai habis... dan ratakan coklat ganache, sejukkan dalam peti sejuk 12 jam

p/s: hari ni dapat resipi chocolate ganache dr otai2 GGK, insyaAllah lenkali kita cuba...

Resipi kaka Miza:

250 gm cooking chocolate
50 gm susu cair
Masak bersama hingga likat, sapukan atas kek dan kelilingnya.

Resipi Ezza:

Aku kalu ganache
Aku pakai  whipping cream gula ising dgn coklat powder dgn kopi skit
Tu jer
Kacau atas api sampai kental skit.

Resipi Julie:

~ 250gm Dark Chocolate (cubed), letak dlm mangkuk kaca
~ 150ml whipping cream, panas kan sampai b'buih, pastu curah atas choclt td..
tutup mangkuk kaca tu, biar haba dari cream tu cair kn coklat.. kacau sebati


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, September 05, 2015

Kalau dah jodoh... Hik hik hik

Al salam alaykum

Ye la ye la, ni adik saya yg jauh di Korea sana!


Bila kita nak jumpa dik?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, September 04, 2015

Dekat di hatiku

Al salam alaykum


Apakah menjauhkan diri itu, dan bersembunyi, satu solusi. Bagaimana nak menjauh, kalau hati dah selalu dekat?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 03, 2015

Mereka mengkaji, kita mewarisi?

Al salam alaykum

Rancangan Salam Mualaf di TV9, selepas slot Chamsarang. 

Pengacara org Panama, yg fasih berbahasa Melayu. Rupanya juara pidato Bahasa Melayu beberapa tahun lepas. Memeluk Islam semasa belajar di Malaysia. Nama dia Derrick Fernando. 

Tetamu jemputan sudah tentu semuanya saudara baru yg bertemu hidayah jalan yg benar. 

Ada yg sebabnya berkahwin dgn gadis Melayu Islam. Tetapi, Islamnya lebih dari org Yg lahirnya Islam. Seronok mendengar cerita dakwah mereka. 

Dan episod tadi seorang saudara baru yg baru memeluk Islam setahun yg lalu. Tapi, dia dah berjaya meng-Islam-kan dua org saudara baru yg lain! Kerdilnya diri ini!

Episod minggu lepas, agama asalnya Sikh, dan aku baru tau Sikh tidak menyembah berhala. Kisah pengIslamannya menarik jugak. Dia ada staf Islam yg sentiasa mintak izin nak pergi amik air sembahyang. Tapi lepas amik air sembahyang, "mana airnya?" Dan kemudian sedikit demi sedikit dia mengkaji tafsir Al-Quran dan dia kata ada Islam dan Sikh ada sedikit persamaan, maka yakinlah dia Islam adalah agama yg benar. 

Dan, ada seorang mualaf Cina, mengkaji kitab-kitab hadis perawi terkemuka, dan menemukan dgn hidayahnya. Masa tu, aku pun rasa macam kena sepak, hadis 40 pun aku tak habis lagi. 

Bangga la sangat lepasan sekolah agama 5 tahun, Sijil Menengah Agama dapat aggregat 7. Belajar Tauhid, Hadis, Feqah, Tafsir, Balaghah, Adab dan segalanya, adakah aku mengamalkannya? Malu sungguh malu dgn saudara baru. 

Hanya selemah-lemah iman utk menentang kebatilan dan kemungkaran. 

Hidayah Allah beri kepada yg terpilih. Moga-moga, kita semua adalah yg terpilih dan memilih jalan yg lurus. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, September 02, 2015

Dah boleh jadi tokei ke?

Al salam alaykum

Bila pa tanya, "Kek hari tu ada lagi?"

Sedap la tu maknanya


Aku ajar Tiya buat ni. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::