...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, August 30, 2015

Merdeka!

Al salam alaykum

Cuti merdeka Ciklong jaga Adam dan Dijoh. Mami diorg p kursus 3 hari. 

Merdekakah Ciklong?

Erti merdeka bagi Ciklong senang je. Cuti takde dapat msg dari officemate dan bos. Merdeka la tu. 

Balik Kuantan tak p memana lagi. 


Merdeka ke 58. Dengan pelbagai masalah dalaman negara. Sehati sejiwa ke kita semua rakyat Malaysia?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, August 27, 2015

Kereta kena clamp, sewa bilik naik

Al salam alaykum

Minggu ni berita terkejut bila tuan rumah naikkan sewa. Jadinya setiap bilik naik RM 50.00. Tambah lg 100, dh dpt sewa rumah kat Kuantan. 

Penin kepala. Saja aku cari bilik sewa lain yg affordable kat kawasan ni. Dapat la 2 bilik. Aku dah pergi tengok kedua-dua bilik. 

Bilik pertama di apartment lain tu, melangkah masuk, terasa jgk la mcm sebuah rumah. Penghuni muda-muda. Tetapi, seorang penghuni sudah bersuami. Suami dia jarang ada di rumah. Tapi bg aku, tetap tak manis. So, terpaksa la reject. 

Bilik kedua, apartment sama. Block lain. Masuk rumah, tak terasa macam rumah. Tolak dh markah. Bilik kosong. Aku ok lg. Bilik kotor. Ok, mungkin penghuni lama tak sempat nak bersihkan. Tapi, bila tengok lampu yg tercabut hanya dibetulkan dgn masking tape, aku dah tolak markah lg. Kipas siling takde. Tolak markah lagi. Dan bertambah lagi tolak markah, aku jadi tawar hati. 

Perasaan tu tak sama macam masa aku masuk rumah yg aku sewa skrg ni. Perasaan yg pertama kali aku datang tgk bilik dan rumah ni dulu, perasaan tu damai. Aku ingatkan aku jenis tak kisah, tapi kisah jgk pasal perasaan pertama. 

Pencarian masih diteruskan. Dalam masa yg sama aku cuba iklankan bilik aku. Saja nak tengok ada permintaan tak. Rupanya, takde la laku sgt kawasan ni. Selepas 24 jam, baru dapat 2 pertanyaan. 

Tamat cite pasal bilik sewa sekejap. 

Pasal En Gojes plak. Hari ni balik dari kerja tengok Encik Gojes dah kena clamp. Terbang RM 50.00. Aku kira sebagai bayaran parking sebulan la utk kereta aku dalam pagar apartment. 

Aku tak marah pun, mmg salah aku. Ingatkan sempat la sampai esok. Tak sempat. Adik guard ckp, dia dh gaduh dgn sorg pakcik td pasal kete aku. Pakcik tu siap tunjuk yg dia dh amik gmabar kete aku dh sebulan duduk dlm pagar. Heheheehe. 

Adik guard tu siap kawtim, akak bukak esok je la. Takpe. Bukak esok ke hari ni ke tetap kena bayar. Aku bukak je la terus. Aku tanak ada emergency nnt susah aku jgk. 

Aku penin. Kengkawan suh pindah ke Shah Alam. Kalau kat Shah Alam tu rumah aku takpe, ni tetap menyewa jugak. Tetap kereta kena parking tepi jalan jgk. Lagi la langsung takde petak parking. Pergi balik pergi balik sama je dgn total sewa bilik skrg. 

Dalam mencari bilik sewa, aku tengok jgk iklan rumah utk dijual. Dapat rumah flat je la yg aku mampu. Tapi banyaknya kat Ampang la. Mendapat tentangan dari kakak kawasan Ampang. Jem teruk! LRT jauh! Dan banyak lagi alasan-alasan. Alahai. 

Aku mohon Allah tunjukkan jalan yg baik, jalan yg benar, jalan yg terang, semoga yg baik-baik berpihak kpd aku. Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 25, 2015

Sombong

Al salam alaykum

Sombong itu adalah mengejek dan menolak kebenaran dan merendahkan orang lain - Riwayat Bukhari


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Mana Esa :::

Monday, August 24, 2015

Kill Me, Heal Me

Al salam alaykum

Asal tgk cite korea je, ada adegan kat spital tangan kena masuk air, tapi sesenang je pesakit cabut sendiri. Tak guna jarum ke?

Aku download cite ni lepas Dayana suh tengok... Dah lama download, tp mula tengok episod 1 dlm sebulan lepas... tengok separuh episod 1, mcm tak paham, kenapa hero tua... ekekekeke...

Lepas tu Kak Ma bakar aku dengan link ni


Ye la, marilah kita sambung semula... dah sambung semula mmg tak reti nak stop la...

Kill Me Heal Me ni cerita pasal pesakit DID - Dissociative Identity Disorder ataupun Multiple Personalities Disorder. Dapat sakit ni sbb trauma dgn kehidupan dia masa kecik... Masa kecik dulu dia berkawan dg sorg budak perempuan yg kena kurung kat basement... Kalau dia ada buat silap masa kecik dulu, yg kena hukum bukan dia, tapi budak pompuan tu... Stress dia! Trauma sampai ke tua... tu yg tetiba banyak identiti yg keluar tu... kalau masa dia marah, yg keluar personaliti yg ganas skit... Kemudian dia berjumpa dgn seorang psychiatrist pompuan yg nak tolong rawat dia... Rupa-rupanya diorg ni ada kaitan masa kecik...

Dia ada 7 personaliti...

Image result for kill me heal me


Yang pertama tentulah dia sendiri, Cha Do Hyun / Cha Joon Young
Personaliti kedua yg paling aku suka ialah Shin Se Gi
Yg ketiga Perry Park, lelaki berumur dlm 40an, ni kira dia amik personaliti bapak dia...
Kemudian Ahn Yo Sob, lelaki umur 17 yg cuba nak bunuh diri...
Ahn Yo Na, pompuan, kembar Yo Sob, yg ni paling lawak... adoi laa! aku suka jugak...
Kemudian, Mr. X, yg ni bapak sebenar Oh Ri Jin
Dan akhir sekali yg keluar ialah Cha Do Hyun (Oh Ri Jin) yg sebenar...

Nama sebenar dia ialah Cha Joon Young, tp oleh sbb insiden kebakaran kat basement tu, dia jadi mcm tak betul skit, dan mengaku nama dia Cha Do Hyun...

Aku kagum jgk la dgn Ji Sung ni boleh bawak macam-macam karakter dalam cite ni... Ahn Yo Na tu mmg menjadi gediknya... lawak! Paling tak tahan bila Shin Se Gi menangis... aku sendiri pun nangis... wakakaka!


Image result for kill me heal me

Dalam episod-episod terakhir cite ni, satu demi satu personaliti dia hilang... Aku pilu jugak menengoknya, tertunggu-tunggu bila Shin Se Gi nak muncul...



Image result for kill me heal me


Plot cite ni lebih kepada nak menyelamatkan Oh Ri Jin la sebenarnya... Sbb yg mengalami trauma yg dahsyat ialah Oh Ri Jin...



Pengajaran: My imagination decides the size of my fear. Fear is something created by oneself, and is the fruit of one's imagination. Imagination should be left over for the future. - Mr. X.

Kalau ikutkan katanya cite ni genre romantic comedy.

Tapi bagi aku semua ada, paling banyak part sedih, sedihh ooo tengok hero nangis... beriya plak tu... kalau Shin Se Gi nangis laaaagiiiii sedih! Tapi suka jugak tgk Shin Se Gi senyum, manis sangat... mata dia lain daripada Cha Do Yun... mmg terer la Ji Sung! Kemudian, ada part misteri, lawak pun banyak, romantik mesti la ada... happy ending!



Bagi aku lagu Auditory Hallucination ni mmg menceritakan "Kill Me, Heal Me" dgn berkesan.

Akhir kata:

“There is a dark basement in everyone’s heart. If ignored and is only observed, the darkness become thicker. You should muster your courage and go down stairs, then turn on the light. If you’re scared when alone, someone can hold your hand.” – Cha Do Hyun

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, August 23, 2015

Wani dan Oja

Al salam alaykum

Kemain tajuk. Tapi takde gambo Oja pun. 

Teman serumah, teman seofis, teman sekereta, teman karoks berebut radio dan lagu kat Pengkalan Baru, Batu Rakit dulu dah kawen. 

Kawen dgn penyanyi nama Oja tu. Kenduri belah Wani kat Kedah, tak dan la nak p. Kita datang yg KL je. 

Tahniah Wani! Akhirnya bunga yg menjadi rebutan di site 2 tahun lepas telah pun bertemu kumbangnya. Semoga bercinta sampai syurga. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, August 22, 2015

Epal bunga ros

Al salam alaykum

Sesaja buat. Sbb nampak cantik. Tapi tak dapat la cantik macam dalam gambo ni. 



Resipi di sini:



Aku bakar pakai magic pan. Tu la, hari tu kat Lazada ada offer Morgan oven 25L RM 99.00, tak beli. Skrg dah naik harga. 


7 kuntum bunga ros, habis dah sekelip mata sambil tgk bola ni. 

Pahang oi! Apa ni? Takkan Teganu dh 2, korang 0 lagi!!!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Thursday, August 20, 2015

Musim Haji

Al salam alaykum


Ahad, 16/08/2015. 

Rasanya ni jemaah bakal haji KT02. 9 buah pagi tu. Jam 11.00 pagi. Selalu ada rezeki tengok bas jemaah lalu tol Ebor. Maklumlah, rumah sewa lama dekat dgn tol. Kalau biasanya aku ke Suria Subang pada bulan-bulan haji, dapatlah "menghantar" dari tingkap atau beranda. 

Belum rezeki kami lagi. Buat lagi rayuan utk musim haji 1437H nanti, insyaAllah. 

Ada contoh surat rayuan yg boleh menjadi inspirasi? 

Mudah-mudahan aku dijemput muda dan sihat bersama ibu dan bapaku. Aamiin. 


video

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 18, 2015

5 sen je pun

Al salam alaykum

Harga fast food sokmonya berakhir dgn 5 sen. 

Selalu kalu dapat baki tak cukup 5 sen. Sedar bila dah siap makan, dah kuar dari restoran baru terpikir mcm baki tak cukup. Nak patah balik macam kelakor plak. Tak pernah plak dapat baki terlebih 5 sen. 

Dan ada sekali, adik cashier tny, akak, saya takde baki 5 sen, akak boleh halalkan tak? Aku buat muka serius dan tanya, kenapa adik tak pulangkan akak lebih 5 sen, so akak dapat genap?

Sekejap ye kak! Sambil dia kuarkan seplastik beg duit syiling 5 sen dan masukkan dalam mesin duit tu. Dan aku dapat baki aku yg bernilai 5 sen. 

Hanya 5 sen pun nak berkira? Bukan berkira pun, cuma nak tengok betul ke dia takde duit syiling 5 sen. Tapi boleh plak kuarkan seplastik syiling tu. 

Hak pelanggan diperkotak katikkan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 17, 2015

Shopping Online

Al salam alaykum

Aku bukanlah selalu shopping online pun. Tapi dari semalam lagi aku tengok harga Henbeg Michael Kors ni macam best sangat!

Nyaris jugak nak beli. Tapi, sbb aku suka nak compare harga, terjumpalah beberapa website yg lain. 

Harga sama je. Tapi yg lagi pelik, kenapa henbeg yg diorg jual ni sama je? Maksud aku, offer yg sama, belian kombo yg sama, bahkan susun atur dalam website pun sama!

Tetiba rasa was was menebal! Aku tinggalkan komen aku kat page FB diorg. Beberapa page yg aku tinggalkan komen yg sama tu block dan delete komen aku. Ma (Akma KMT) pun kena. 

Ada review dari buyer lain. Tapi friendlist diorg ada lah belas2 org je. Kompius. 

Kemusykilan betul. Aku harap semua tu mimpi je. Kalau betul, ralat la jgk weh, harga henbeg murah gila kot! Dlm RM 320 dh dapat henbeg Michael Kors leather. 

Tapi, ko berani ke nak beli? Kalau betul scammers, tak ke sayang RM 320 hilang camtu je. Tengah gawat ni!

Ni antara website yg aku sempat listkan tadi:


Semua sales berakhir Ahad nanti katanya. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, August 14, 2015

Moh turun danau!

al salam alaykum

Aku mencari gambar trip ke Lombok dalam telefon, tapi tak jumpa folder tu. Rupanya kalau Gambar dah dikeluarkan dari tepon bijak ni, pastu masuk balik guna i-tunes dah tak dapat trace. Makin menguncup la semangat aku nak update trip ke Lombok.

Tensen.

Rindu Rinjani. Rindu Danau.



Cita-cita utk sampai le Lombok masih ada, tapi utk sampai ke Danau Segara Anak je. Hehehe.

Dalam Malaysia tak habis jelajah lagi. Sebelum pergi mengulang ke tempat yg dah pernah pergi, marilah kita menyahut seruan Menteri Pelancongan kita utk mengembara di bumi Malaysia.





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, August 13, 2015

Kek Aiskrim

Al salam alaykum

Tak buat lagi, simpan dulu kat sini. 


Tapi kalu dah nak sangat, pergi Giant beli aiskrim napoleons je la. Hehehe

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, August 12, 2015

4 Flat

al salam alaykum

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya gagah perkasa
Kedaulatanmu ibu pertiwi

Malaysiaku maha perkasa
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia raya
Negaraku yang kucintai

Apabila USD 1.00 telah pun mencapai RM 4.00.

Apa nak dikata?

Pening tolong fikirkan...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 11, 2015

Cute Sangat

Al salam alaykum

Lee Jong Suk takde cerita baru ke tahun 2015?


Iklan Lock n Lock je banyak.



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, August 10, 2015

Dapat makan skong bahagia rasanya walau sementara

al salam alaykum

Sejak kenal scone Y&Z Agro Farm. Cameron Highlands, dah tak pandang dah scone kat tempat lain.

Jatuh cinta dgn rasanya.

Cuba buat scone sendiri utk melampiaskan rindu. tapi masih lagi rindu tak bertepian... hahahaha

Akhirnya rindu pun terbalas di Tanah Tinggi Cameron.



tu coklat utk strawberi kat situ... coklat tu sangat yummy! saja tambah makan sekali dgn scone, sbb sedap sangat!

Rugi plak terlupa nak beli jem strawberi dia... boleh buat skon lg... dan rugi plak tak grab offer Lazada oven Morgan harga RM 99.00 minggu lepas, minggu ni dah habis stok! Kan dah tak boleh nak bakar skon!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, August 09, 2015

Jangan lupa namaku nanti di sana ye!

Al salam alaykum

Korang berlari la, aku temankan aje. 



GSH berkumpul cukup lengkap ahli. 




Berkumpul di kawasan kakak "saya Bungolale"



Bersama dua Cikgu Pengiring... tajuknya ialah Lawatan Sambil belajar ke Ladang Teh di Cameron Highlands.



Tak penat-penat bercakap. 



Tak berhenti-henti makan. 

Makan, cakap, gelak. 

GSH till Jannah. 

Nurul Hafizah, Fadzilah, Norlizah, Norhamizah, Nor Athirah, Amy, Norbaizura, Nur Haedzerin, Nir Azmin dan Hanisah.

Jangan lupa namaku nanti di sana ye!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, August 08, 2015

Pakwe saya tau!

Al salam alaykum

Tadi sambil tunggu hujan reda kat CH ni bukak FB. Nampak kak Aima buat kuiz ni. Aku saja la buat jgk. 

Sekali dapat Jong Suk!

Wa wi junior juice la!


Berjodoh kita walau dalam internet. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, August 06, 2015

Kuch kuch? Kuch kuch!

Al salam alaykum

Demam Kuch Kuch Hota Hai dah habis kan?

Minggu lepas org ada Astro dah tengok, semalam org takde astro tengok kat tv2 plak...

Aku pun tengok la jugak... tapi kali ni, aku tengok sampai jam 11.30 malam je, sbb ending dia mmg kita dah tau cemana, dan aku tetap tak puas hati dengan ending cite tu...

Sebelum aku tido dgn tak puas hati, baik aku tido dalam redha... hahahaha

Pengarah KKHH ni tanak buat semula ke cite ni, bg ending yg buat aku dan beberapa sahabat aku happy skit, iaitu Anjali memilih Aman, bukan pilih Rahul yg tak best tu...

hehehehehe... pengsan!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, August 05, 2015

Pengantin abad ini

Al salam alaykum

Bride of The Century, main kat TV9, Slot Chamsarang la pastinya...



Plan aku, nak tengok je cite ni sampai akhirnya kat TV, dan layan cite lain yg ada dalam tepon aku... Tapi tak boleh la, sbb cite ni main kat TV dh dekat nak raya, balik Kuantan mmg tak dapat tengok la...

Jadinya, kita download kat MyAsianTV.

Kisahnya berkisar pasal apa?


Mula tengok episod 1 macam penin skit, ialah cerita pengantin 100 tahun... zaman tok nenek moyang pastu kelahiran semula semua sekali masuk... memang pening, tapi sbb semangat inkuiri yg tinggi, aku teruskan tengok sampai takleh tinggal... 

Cerita ni tak habis lagi kat TV9, cerita sebenar 16 episod, kalau kat TV9, boleh la pergi dlm 32 episod tu nanti...

Tapi pelik jugak ni, ada scene yg aku tengok kat TV, takde kat dalam MysianTV. Kat MyAsianTV pun kena potong-potong ye?

Dan, lagu yg best, hero nyanyi... baru ku tau Lee Hong Ki ni nyanyi utk FT Island! Dedulu layan lagu FT Island, tp tak kenal sapa ahlinya... hahahaha

Tapi lagu ni mmg best!




Romanji :
bogo sipeojimyeon an doenayo
geuriumyeon an doenayo
mianhaeyo saranghanikka
nohjileul moshaeyo
neol bolyeo haedo boiji anha
eodie seonga jakku nal bulleo
nae gaseum hanguseoge nunmul dwie sumeo isseo
naman chajeul su eobseo
ireohge sonkkeute daheul deusi
ireohge nun kkeute daheul deusi
jakku tteoolla balgireul meomchugo
hanchameul jinaseo geudael nunmullo bureuge dwae
bogo sipeojimyeon an doenayo
geuriumyeon an doenayo
chamabwado an doemyeon eotteoghaeyo
ajig haji moshan mari issjyo
gomawoseo moshan mal
mianhaeseo ajig moshan mal
saranghae hanmadi
barame seuchideus neol bonaelkka
ttadeushan misolo neol bonaelkka
amu il eobseossdeon geoscheoreom uri
mollasseossdeon saramcheoreom geureohge bonaejulkka
bogo sipeojimyeon an doenayo
geuriumyeon an doenayo
chamabwado an doemyeon eotteoghaeyo
ajig haji moshan mari issjyo
gomawoseo moshan mal
mianhaeseo ajig moshan mal
saranghae hanmadi
apeugo apawado baraego tto baraessjyo
geudae oneun geu nal
bogo sipeojimyeon eotteoghajyo
ango sipeum eotteoghajyo
chama bwado an doemyeon eotteoghaeyo
ajig haji moshan mari issjyo
gaseumsoge nameun mal
subaeg beonssig samkideon geu mal
saranghago isseo
English :
Is it wrong if I start to miss you?
Is it wrong if I long for you?
I’m sorry for loving you
I can’t let you go
I try to see you but I can’t see you
You keep calling out to me from somewhere.
You’re hiding behind my tears
from a corner of my heart
I can’t find you
As if I could touch you with my fingers.
As if I could see you with my eyes.
I keep thinking of you so
I stop in place. After a long time,
I call out to you with tears
Is it wrong if I start to miss you?
Is it wrong if I long for you?
What do I do if holding
it in doesn’t work?
There are words I couldn’t say yet
Words I couldn’t say; I’m thankful
Words I couldn’t say; I’m sorry
The words, I love you
Should I let you go as if the wind is passing?
Should I let you go with a warm smile?
Should I pretend that nothing happened
As if we didn’t know each other and let you go?
Is it wrong if I start to miss you?
Is it wrong if I long for you?
What do I do if holding
it in doesn’t work?
There are words I couldn’t say yet
Words I couldn’t say; I’m thankful
Words I couldn’t say; I’m sorry
The words, I love you
Though it hurt, I hoped
For the day you
would come to me
What do I do if I start missing you?
What do I do if I want to hug you?
What do I do if holding
it in doesn’t work?
There are words I couldn’t say yet
Words that remain in my heart
Words that I swallowed
in thousands of times
I am in love with you
:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 04, 2015

Jubah harga RM 198, tapi ku bayar dekat RM 1,000!

Al salam alaykum

Semasa bulan puasa itu hari, tergedik-gedik nak pergi KL Raya Festival 2015 kat PWTC. Bukan nak beli apa pun, nak tengok tudung AJ je, pastu nak tengok jubah yg cantik yg Sheera dok cite.

Aku pergi hari Ahad, orang tak ramai pun.

Aku pun pergi la booth Jubah yg diperkatakan tu. Kemudian adalah jubah yg harga RM 99.00 seperti yg Sheera cakap. Aku called Sumih, sbb dia ckp kalau aku pergi dia nak kirim.

Mula-mula belikan utk Sumih, pastu angkat letak angkat letak, aku amik jugak la utk aku.

Masa nak bayar tu, sbb boleh bayar pakai kad, aku pilih kad la... Cash kita simpan kot jumpa booth lain yg takleh pakai kad kan?

Mula-mula aku bg kad ATM aku, dia swipe 2 kali, kata tak berjaya... Ok, takpe, aku sua kad kredit plak, pun dia swipe 2 kali, pun gagal jugak... bayar la guna cash...

Esoknya, aku check akaun bank aku, available balance tak sama dgn account balance. bila buat kira-kira, mmg hilang RM 396.00. Terus tepon pihak bank, mmg ada pengesahan transaksi kepada pihak butik tu sebanyak 2 kali. 

Aku bertaki jugak dgn pihak bank, cemana ada transaksi, sedangkan aku tak sain pun resit yg biasa kita dapat tu kalau guna kad. Pihak bank cakap, walaupun resit bersain tu takde utk verification, transaksi tetap berlaku. Apa ni? memang golongan pengguna dan pelanggan tertindas di Malaysia ni!

Aku dah gelabah la. Banyak kot duit tu! Cari nombor tepon HQ, tinggalkan message kat FB butik tu, pastu e-mail lagi, whatsapp lg. Alhamdulillah, doaku dikabulkan! Adik yg berurusan di kaunter tepon aku balik, dia cakap dia mmg cari aku hari tu sbb masalah sebenarnya ialah mesin tu takde resit, so transaksi mmg berjaya, so aku dapat lah semula RM 396.00 tu. Alhamdulillah.

tu baru gelabah pertama!

Gelabah kedua, bila tetiba tengok penyata kad kredit, ada jugak transaksi 2 kali kat butik tu. Terus aku whatsapp kat adik tu, adik tu plak dh berenti keja. Tapi dia janji akan setelkan jugak. Tunggu punya tunggu senyap je, aku whatsapp lg sorg lg pekerja butik tu, dia ckp bos dia dh bayar. Aku cakap tak dapat lg.

Aku whatssap terus kat boss diorg, boss butik tu pun ckp dah bayar dan tunjuk bukti dia. Bukti dia tu utk Kad ATM rupanya... Pong pang pong pang eksplen lagi, dia cakap nanti dia nak cek dulu. Esoknya, aku whatsapp lg sekali, dia cakap dia akan setelkan jugak. ALhamdulillah, dapat balik duit tu. 

Menangis aku 2 hari, sbb kes ni. Harga jubah yg RM 99.00 x 2 helai, RM 198.00, aku terpaksa bayar RM 990.00. Uwwaaaaa! 

Pengajarannya, bayar pakai cash je la kalau kat event besar cam ni! Jangan pakai kad kredit kad debit ke apa ke, sbb pihak bank tak leh nak buat apa-apa. Nak mintak refund daripada pihak penjual jugak agak susah. 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, August 03, 2015

Raya tak habis lg ke?

Al salam alaykum

Akhirnya, ada rezeki beraya dgn GGK dan GSH (best plak panggil GSH)..

01/08/2015, beraya di rumah Huz, Ezza di Lenggeng dan balik ke KL beraya dgn Uncle Karat.


Hanaan yg manis! Akhirnya kita bersua muka... :)

Sebahagian GGK dan GSH di rumah Huz

ini pula di rumah Ezza... jauhhhh dari Broga! hehehehe

dan akhirnya beraya dgn Uncle Karat...

kenapa ada GGK dan GSH? Semua nama group tu org yg bagi... bukan kami... kalau GGK tu ahlinya mesti ada Huziana Fauzi, Julie Ellyzer Ahmad, Ezza Erisar Ramli, Intan Masayu Mohd Salleh dan Haryati. 

Kalau GSH, ahli baru yg terdiri daripada Nor Haedzrin, Hanisah dan Nir Azmin. Ramai katanya buat permohonan nak masuk geng! hahahaha

Kemudian, pada hari Ahad, 2/8/2015, beraya di rumah geng USMKKj. Dimulai dgn sarapan pagi di rumah Eagy.

Semua dh berkumpul, amik gmbo la kita!

Kemudian ke rumah Kak Zack.

Kak Zack saja pilih 2/8, nak sambut bestday aku sekali katanya... thanks Kak Zack, sayang kak Zack banyak2!

Kemudian bergegas ke rumah Kak Mard. ni Geng Kejuruteraan Bahan, USMKKj ye!

Kuar dari rumah Kak Mard, hari masih siang, macam tak puas nak beraya... dok mikir sapa la lagi ada kat kawasan Shah Alam ni, akhirnya tepon Baie, tp Baie tak jawab. Tepon Chah, dia ada, jom la serbu. Padahal dah jumpa Chah kat rumah Kak Zack td... hahahaha

Depan umah je jadi

Kemudian, kami ke rumah Baie, melawat Abang Syuk sekali yg kena slip disc.

Habislah cerita raya pada Sabtu dan Ahad minggu lepas.

semoga ziarah raya kali ni memanjangkan ukhwah kita hingga ke syurga... :)



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, August 02, 2015

Ulang tahun kelahiran

al salam alaykum

Menyambut ulangtahun kelahiran ke 34

Rasa sayu tetiba, tak tau lah kenapa...

Walaubagaimanapun, terima kasih utk semua ucapan doa dan ingatan dari pa, ma, kakngah, abg, iman... dan sahabat-sahabat yg dekat di mata, yg jauh di mata tetapi semuanya dekat di hati...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::