...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, July 31, 2015

Tenang-tenang aje

Al salam alaykum


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 29, 2015

Muhasabah

Al salam alaykum

Saya ada dua org kawan. Si A dan si B. 

Si A mmg dilahirkan dlm keluarga mewah, dan bila berkahwin pun keluarga suami mewah. 

Dahulu, si A selalu update kehidupan dia di FB. Dapat test drive kereta harga juta-juta, check in di hotel berbintang-bintang, shopping di tempat mahal-mahal, makan di restoran ekslusif. Saya hanya tukang like dan waah bestnya, kagum la jugak kan?

Dan si B, menghantar msg kpd saya. Meminta saya pesan kpd si A supaya tidak mengupdate status utk menunjuk-nunjuk. Saya tidak berkeupayaan utk menegur kerana saya tidak tahu niat sebenar si A, dalam pada masa yg sama, saya happy je baca. 

Dan waktu terus berputar. 

Si B skrg melalui fasa kemewahan. Dan, seperti di A juga dahulu, Si B skrg selalu update perkembangan terkini dirinya. Mengikut suami bekerja di luar negara, makan di restoran mewah, bermalam di hotel terkemuka, melancong sana sini dan macam-macam lg. 

Dan saya, seperti biasa, gembira melihat kehidupan kawan-kawan yg bg saya jauh lebih baik dari saya. 

Apa khabar si A? Si A skrg yg dahulunya mmg baik, bertambah baik. Tudungnya lagi labuh daripada tudung saya. Pakaiannya juga longgar, warna-warnanya tidak membuatkan mata kita terpikat utk memandang. Dan dia juga merupakan usahawanita butik muslimah. Menganjurkan program kebajikan dan juga keIslaman. Betapa berubah 360 darjah. Mungkin juga hikmah satu peristiwa yg Allah duga utk dirinya dan keluarga. 

Kenapa saya menulis entry ini? Kerana semasa saya bersidai di FB saya terbaca status Si B yg sedang bercuti di sebuah hotel mewah di Negeri Sembilan. Tiba-tiba saya teringat pesanannya yg mahu saya menegor si A supaya tidak keterlaluan mengemaskini kehidupan di FB. 

Saya tidak mahu menghakimi sesiapa. Cuma tiba-tiba terfikir, betapa besarnya kuasa Allah yg dapat membolak balikkan hati kita. Betapa agungnya Dia, menguji kita pada titik kelemahan kita. 

Saya berdoa, semoga saya terus mengamalkan kehidupan sederhana jika dikurniakan kemewahan, semoga nikmat yg Allah kurniakan menjadi rahmat utk saya. 

Dan, semoga Si A terus istiqamah dgn apa yg dilakukan skrg dan Si B juga berada dalam rahmat Allah. 

Hari ini kita di bawah, esok lusa mungkin di atas, dan mungkin di bawah semula. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, July 26, 2015

Tradisi

Al salam alaykum

Pi beraya ke Labu, Negeri Sembilan. 

Kuih muih tradisi. 

Kalu moden pun yg lama yg dah tak masuk list kuih raya moden. Biskut kacang mazola. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, July 25, 2015

Kengkawan tak ramai

Al salam alaykum

Kat KL ni kengkawan tak berapa nak ramai sangat. Kalau musim perayaan ni, nak kena plan bebetul tanak terlepas mana-mana pun. 

Tapi sebaik-baik kita merancang, Allah juga la sebaik-baik Perancang. Tanak bertembung dgn aktiviti Gadis Semasa, bertembung jgk. Mungkin lain kali pula, insyaAllah. 

Pada hari ni, walaupun sakit kepala pikir pasal Encik Gojes, perancangan asal tetap diteruskan. Main masak-masak hari raya dgn Husna Aizah dan Kak Roza. Nak tangguhkan lagi, tak sampai hati plak. Minggu depannya aku plak ada aktiviti raya dgn geng USM. 

Menu kami ialah:
Nasi impit dan kuah kacang
Sate ayam dan daging goreng
Laksa Utara
Karipap mini, tapi lepas mengelim tak goreng lg, byk plak makanannya utk 4 org


Jemputan, kami berempat la. Heheheehe. 


Baju raya kami sedondon utk 3 tahun. 

Semoga ukhwah berpanjangan. Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, July 24, 2015

Encik Gojes kena umpil lagi?

Al salam alaykum

Untuk kali ketiga. 

Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti. Tapi satu beg aku yg ada kasut berlari, sandal kerja dan bekalan makanan bukak posa itu hari lesap dalam bonet.

Keadaan bonet mcm tak berusik, mcm tak kena geledah pun. Kasut Ammar dan Ayyan ada, safety jacket ada, tikar ada. mestin ada, bantal ada, tong sampah ada, kasut buaya tipu ada. Kotak tepung oat dgn kerepek aku ada. Tapi beg itu takde. 

Aku parking dekat jalan depan Hidayah dan kat depan guard dah tu. Ada lampu jalan lagi.  Aku balik Selasa malam itu hari aku takde bukak bonet pun sbb semua barang aku letak kat tempat penumpang, mmg sengaja sbb aku tanak ada org perhati masa aku bukak bonet. Nak elak kena umpil la. 

Aku nak tukar tempat parking tak dapat sbb takde parking kosong depan apartment. Tadi aku bawak kete p jusco beli barang kat DIY masa Nisa masukkan barang dalam bonet aku x perasan barang takde sbb keadaan dalam bonet tu sama je masa aku kemas bonet Selasa lepas. 

Tapi tadi bila aku nak kuarkan kotak tepung tu dgn kasut aku dan anak buah, beg kasut tu takde. Blur rasanya! Tepon ayah aku whatsapp adik beradik semua ckp takde kat umah atau dlm kete diorg. 

Jadinya, aku nak kata apa? Ada kesan kat kunci bonet tu tp aku tak pasti kesan lama ke atau baru. 

Apa yg boleh buat, pujuk hati, supaya redha. Niat nak p report polis, tapi renyah. Yg kes dulu pun tutup camtu je. Renyah sbb lepas report kat Setiawangsa kena p report kat ibupejabat polis Wangsa Maju yg terletak di Pudu!

Kerugian:
Kasut sukan Puma: RM 80.00
Sandal Sembonia: RM 80.00
Makanan: RM 5.00
Kunci bonet: RM 400.00 (aku tak ganti lg sejak kejadian kes kedua, tak larat mahal sgt! Aku nak tukar bonet terus mcm model yg latest. Tapi kena tunggu warranti habis)



Apa milik kita? Mana milik kita? Semuanya Allah yang punya. 

Semoga yg mengambilnya mendapat manfaat dan Allah memberi hidayah kepada aku dan juga dia. Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Thursday, July 23, 2015

Bertukar!

Al salam alaykum

Banyak kali plak jumpa quote ni. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 22, 2015

Raya!

Al salam alaykum

1. Selamat hari lahir yg ke 35 tahun pada 1 Syawal 1436H utk diri aku. 

2. Yg ada kali ni Kakngah dan Iman. Abg balik beraya Muor. 1 Syawal seharian di rumah dari pagi membawa ke malam. Athirah pun datang beraya. 

3. Walaupun kita sebenarnya raya pd 1 Syawal je, tp dh jadi tradisi rakyat Malaysia beraya sebulan. 2 Syawal ikut pa ma pergi beraya. Tutup pintu rumah. 

4. 3 Syawal, Balik Dungun kenduri Hakim dan Ajwad, anak arwah Che Da. Dan terus ke Kuala Terengganu, bermalam di Batu Rakit. Tapi sbb kekangan masa tak p beraya kat bandar ataupun ke darat. 

Batu Rakit... Hmmmm. 

5. 4 Syawal, ke Kota Bahru. Gi umah Tiya. Ayah dia sakit. 

6. 5 Syawal, berehat saja. Sbb nak balik KL dah. 

7. Tak sempat nak beraya dgn kengkawan kat Kuantan. Rasa kali ni cuti pendek sangat. 

8. 6 Syawal dh masuk ofis, tapi ramai lagi budak ofis bercuti. Hehehehe



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, July 17, 2015

Ramadhan telah pergi

Al salam alaykum




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Thursday, July 09, 2015

Ibrah dari Forum Perdana

Al salam alaykum

Menurut Saidina Ali, Taqwa: takut kpd Allah, mengamalkan apa yg diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran, mesti redha dgn apa yg Allah rezekikan kpd kita, sentiasa bersiap sedia utk menemui hari kematian

Misi utama Ramadhan:
Mendapat keampunan Allah

Ramadhan: 
ر - Rahmat
م - Maghfirah
ض - Dhoman (Jaminan)
ا - Aman
ن - Nikmat

Bagaimana taqwa boleh diperolehi sepanjang ramadhan:
Mempunyai sifat:
ت - Tawaduk
ق - Qanaah
و - Warak
ي - Yakin

Parameter keberhasilan Ramadhan:
Sesiapa yg bertaubat tidak bertambah ilmunya
Sesiapa yg bertaubat tidak bertambah ibadahnya
Sesiapa yg bertaubat tetapi dalam hati masih lg bermusuh
Sesiapa yg bertaubat tapi tidak berubah pakaiannya 
Sesiapa yg bertaubat tetapi kawan-kawannya tidak berubah
Sesiapa yg bertaubat tetapi akhlak masih lg ditakuk lama
Sesiapa yg bertaubat tetapi masih banyak tidurnya

Berapa ramai yg berpuasa tetapi yg diperolehi hanyalah lapar dan dahaga?

Imam Shafie, syairnya:
Dgn kadar usaha kamu, kamu akan capai ketinggian
Jika hendak ketinggian, hendaklah berjaga malam (mendekatkan diri kpd Allah)
Jika inginkan ketinggian tanpa usaha, hanya menghabiskan usianya mecari perkara mustahil
Jika kamu mahukan kemuliaan, tapi kamu tidur, sedangkan org yg mahukan mutiara, menyelam ke dasar laut mencarinya

Jgn jadi hamba ramadhan, jd hamba Allah

Taat pd puasa tidak semestinya taat pada Allah, taat pd Allah pasti taat pada puasa

Kemenangan (hari raya) diraikan oleh:
1. Org yg Ketaatan bertambah
2. Org yg mendapat keampunan

(Maaf kalau tulisan susah dibaca, sbb aku catat dlm Note Iphone, kemudian copy masuk blog, tulisannya lain. Kalau jumpa dekstop yg boleh bukak blogger, kuedit semula, insyaAllah)

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 08, 2015

DOA MAKAN?

Al salam alaykum

 

Semalam, 4 orang gadis ke Dagang Avenue utk berbuka puasa bersama kengkawan ofis yg lain. Seperti yg sedia maklum, Dagang Avenue AMpang tu amatlah susah nak dapat parking.

 

Maka, telah berkata seorang gadis, cepat baca doa.

 

Dan si gadis pemandu pun berdoa, “Allahumma barik lana fi ma rozaqtana waqina azabannar”

 

Dan si gadis lain yg mendengar, “kenapa doa makan?”

 

Ngeh ngeh ngeh…

 

Dipendekkan cerita, dapatlah parking… Alhamdulillah

 

Ye, kenapa doa makan?

 

Kalau diteliti maksudnya, “Ya Allah berkatilah rezeki yg telah kau berikan kpd kami, dan jauhkan kami dari seksaan api neraka” baca dalam nada Ammar Darwisy baca ye!

 

Rezeki di sini, apa saja rezeki yg Allah kurniakan… kereta itu rezeki, dan mungkin kerana Allah memberkati rezeki (kereta) itu, maka rezekinya kami dapat tempat parking kereta.

 

Kesimpulannya, doa itu bukan saja utk dibaca pada waktu makan, tetapi pada sebarang waktu dan juga selepas waktu solat… J

 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

 

 

 

Monday, July 06, 2015

Fasa Terakhir

Al salam alaykum


Semoga dikurniakan kesihatan yg baik utk meneruskan ibadah di 10 malam terakhir. 


Semoga kita semua diberikan keampunan dan meraih ketaqwaan seperti yg dijanjikan oleh Allah swt. 

Ayuh!


Terima kasih Nurul utk nota di atas. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Sunday, July 05, 2015

Tetamu istimewa, jangan kau pergi!

Al salam alaykum

Ada budak ofis mintak aku pasang lagu raya, tapi yg ada hanya lagu Sepasang Kurung Biru. 

Itulah yg aku mainkan. Aku takde lagu. 

Dan aku jenguk instagram, dapat tazkirah. 

Allah bagi peringatan kat kita bermacam cara kan?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, July 04, 2015

Nak simpan resipi lagi walaupun tak jadi-jadi

Al salam alaykum

Itu hari aku buat congo bar, macam tak cukup makan yg Miza buat. 


Tapi aku bakar dalam magic pan, eh tak jadi la plak!


Takpe la, nanti balik Kuantan bakar dlm oven, kot jadi plak. 

Tapi selamat la aku makan ala-ala brownies kat Magnum Cafe. 


Resipi kedua, kek coklat gila. 

http://www.sweetlittlebluebird.com/2013/03/tried-true-tuesday-crazy-cake-no-eggs.html?m=1

https://www.verybestbaking.com/recipes/136980/crazy-cake/




Tak guna butter, tak guna telur. Happy la sangat!


Ku ikut step by step, tapi aku kukus lepas tu. jadi apam! Hahahaahaha

Adoi la. Layan je la. Nnt kita balik Kuantan kita bakar dalam oven ok!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::





Friday, July 03, 2015

Zuhrah dan Musytari bertemu jua

Al salam alaykum

Terima kasih utk teknologi. Kami berpeluang utk menyaksikan fenomena pertemuan dua planet di dada langit. 

Kalau tak, mesti terfikir tu satelit la, roket la, kapal terbang la, alien la, dunia nak kiamat la (tapi mmg pasti dunia akan kiamat, cuma tak tau bila kan?). 
Pada 02/07/2015. 

Menyaksikan kekuasaan Allah swt. di bulan Ramadhan 1436H. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 02, 2015

Yang jauh, yang berat

Al salam alaykum

Mak aku bertanya, aku tak gi masjid ke bulan ramadhan ni?

Jawab aku: Masjid sini tak cukup parking, kalau aku pergi dgn kereta, aku kena parking jauh serupa macam jalan kaki. Kalau jalan kaki, sampai je, tapi kena lalu lorong gelap. Aku sengsorang. Agak tidak berani. 

Kemudian, surau tepi sekolah ni, dah tahun kedua aku tak sampai. Sebabnya hanya satu, aku bimbang terserempak dgn makcik Bukit Setiawangsa, dan aku tak tau nak bereaksi macamana. Aku tak pandai berpura-pura, mesti terserlah jugak kat muka. 

Krik krik krik. 

Dan, sedang aku membelek nota-nota tazkirah, terjumpa tajuknya yg terjauh dan terberat. 

Itulah peringatan utk diri aku! Dusyum dusyum!!

-----------------------------

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan menuju masjid.

Banyak orang kaya-raya tidak sanggup mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan banyak pula yang seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup tidak pernah singgah ke sana. 

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang cerdik dan pandai pun sering tidak mampu ke masjid. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke Eropah mahupun juga Amerika. Menjejakkan kaki Ke Jepun dan Korea dengan semangat yang membara. Namun ke masjid tetap saja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh walau telah bergelar sarjana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Kerana para pemuda kuat dan bertubuh sihat yang mampu menakluki puncak gunung Kinabalu dan Tahan pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid. Alasan mereka pun bermacam ragam, ada yang berkata sebentar lagi, ada yang berucap tidak selesa di cap alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai sahabat, bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalananmu ke masjid.

Biar kuberi tahu rahsia kepadamu, sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabb-mu dan itulah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi, serta perjalanan yang akan membezakanmu dengan orang-orang yang lupa akan Rabbnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid. 

Maka lakukanlah walau engkau harus merangkak dalam gelap Subuh demi mengenal Rabbmu.

AllahuAkbar
AllahuAkbar
AllahuAkbar

Kuatkan kami memakmurkan Masjid-masjid

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 01, 2015

Berdoalah

Al salam alaykum

Ada sahabat kami mengerjakan umrah pada Ramadhan kali ni. 

Dan seorang sahabat kami menitipkan pesan utk berdoa di tempat mustajab di sana. 

Dan doa tersebut ialah:

1. Mati dalam khusnul khatimah
2. Jauhi dari azab api neraka 
3. Jauhi dari siksa kubur
4. Jauhi fitnah dajjal
5. Jauhi fitnah hidup dan mati. 

Untuk kita juga di sini, boleh la juga mengamalkan doa-doa di atas. Banyak juga waktu mustajab utk berdoa di bulan Ramadhan yg mulia ni. 

Utk Eein, semoga mendapat umrah yg mabrur. Doakan kami utk sampai di sana juga 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana yang Maha Esa :::