...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, June 30, 2015

Tazkirah Ramadhan

Al salam alaykum

Copy paste:

Malam raya.

Ibu mengetuk pintu bilikku.

Menghulurkanku sepucuk surat.

“Apa ni, mak?”

“Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.”

Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat. 

Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali. 

Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat. Ringkas saja isinya.

“Assalamualaikum.

Maaf mengganggu. 

Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?”

Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam. Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya.

“Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat terawikh.

Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun, hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu dan tunggu, awak tak datang-datang juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak. 

Kecewa sendiri.

Saya decide untuk meninjau-ninjau masjid dan surau yang berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana-mana.

Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dengan laptop dan henfon awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan-kawan makan-makan. Begitulah rutin awak setiap hari.

Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak akan tahu saya lebih istimewa dari orang yang awak suka tu. Awak tak tahu, perasaan saya pada awak jauh lebih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal. Lebih anggun dan menawan dari gadis-gadis yang awak kenali.”

Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok sendiri ke minah ni? Aku menyambung baca.

“Saya sedih. Sangat sedih. 

Saya tetap menanti awak di pintu masjid yang awak katakan. Setia menanti. Cuma nak melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu tak, betapa saya happy sangat dapat tengok awak? Walaupun awak tak perasan saya, saya tak kisah. 

Tapi, gembira saya tak lama.

Awak hilang lagi. Tak datang lagi ke masjid. Saya pergi ke masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dengan harapan awak ada sama berjemaah. Tapi, hampa bertubi-tubi. Bayang awak pun saya tak nampak.

Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur, sibuk dengan fon. Malam kadang-kadang awak tidur, banyaknya berjaga. Tak habis-habis dengan internet dan gajet. Kadang-kadang saya terfikir, awak tak bosankah menghadap benda-benda tu? Apa penting sangatkah mereka?

Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu. Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga. 

Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup-cukup. Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan kesetiaan saya selama ini.
Tak peduli yang saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tak peduli yang saya ambil berat tentang awak sangat-sangat.

Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nak tengok awak jadi pemuda yang soleh. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda-benda lagha. Namun, hajat tak kesampaian.

Cukuplah sampai sini.

Saya ambil keputusan untuk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi. Biarlah awak dengan hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yang tidak bermakna saja pada awak. 

Biar berjauhan.

Awak kenal siapa saya.”

Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri jua.

“Saya Ramadhan.

Jaga diri, jaga iman.

Selamat tinggal.”

Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah misteri itu. 

Ya Allah. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar untuk bertanyakan mak siapa yang bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali, surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap. Hilang.

Melihat orang lain beraya, aku juga mahu sakan beraya dengan orang tercinta. Tapi, selama ini aku buat semberono ala kadar saja pada Ramadhan Allah.

Air mata mengalir tak tertahan lagi. 
Aku pendosa yang lupa Allah Maha Memerhati.
Kesal 150 juta kali.


Jgn biar ending kisah anda sebegini TRAGIS!!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 25, 2015

Lovers of Music @ Trot Lovers

Al salam alaykum

Bulan-bulan posa buat review drama Korea la plak. 

Balik dari Lombok, aku tertengok cerita ni kat slot Chamsarang kat TV9. Rupanya drama ni dah mula 27/5. Mmg masa tu aku dah terbang ke Lombok. 


Tengok dah di pertengahan episod, best plak. Kisah nyanyi-nyanyi. Aku kan suka lagu lagu ni. 

Jadinya, download la drama ni kat myasiantv.com. Niatnya nak tgk episod awal yg aku tertinggal je. Pastu nak layan kat TV9 je, sbb skrg bulan posa cite ni main Isnin - Khamis jam 7.00 malam. So sambil bukak posa sengsorang tu, adalah teman kan?

Tapi, tertengok habis plak semua 16 episod. Hehehehe. Dan tapi lagi, aku pulun lg tgk kat TV9 setiap kali berbuka puasa. 

Trot Lovers, kisah seorang penyanyi popular yg mengalami zaman kejatuhan yg terpaksa mengasuh penyanyi trot menjadi penyanyi yg berjaya utk menyelamatkan kerjayanya. 

Paham?

Penyanyi lelaki tu, banyak sgt skandal, so kerjayanya merudum. Sbb nak popular balik, Dewa Muzik katanya, dia dikenakan syarat utk menjadikan seorang penyanyi pompuan, asalnya pelari marathon, yg ada bakat dalam muzik trot, muzik tradisional Korea, jadi penyanyi terkenal. Dan pompuan, setuju nak jadi penyanyi, bila ayah dia lari dari rumah sbb dikejar oleh ah long. Nak bayar duit ah long, dan berharap ayah balik rumah semula. 

Dan, misi berjaya!

Maka bermulalah detik masam manis suka duka diorang ni.

Jalan cerita klise la jgk. Mula-mula terpaksa, benci, pastu suka, pastu bercinta, pastu berpisah sekejap, dan bertaut kembali. Ada jgk adegan dengki mendengki, cinta 3 segi jadi 4 segi. 

Tapi aku pulun layan jgk. 

Kemudian, Jang Jung Hyun kemalangan atas pentas sbb nak selamatkan Choi Choon Nee. Kena hempap. Sbb heroin no 2 Park Soo In rasa tergugat dgn kejayaan Choi Choon Nee. Jadi lupa ingatan sekejap. Tak kenal Choi Choon Nee. Nyaris nak kahwin dgn Park Soo In. Park Soo In amik kesempatan jgk bila Jung Hyun ilang ingatan. Kerjaya Soo In pun merudum gak sbb ada kes mabuk dan terlibat kemalangan jalan raya. 

Susah jgk kalau jadi penyanyi dan pelakon kat Korea. Terlibat skandal skit je, terus kena hukum. Umpama tiada maaf bagimu. 

Lagi kenapa ye aku suka cite ni?

Lagu-lagu trot dia best. Tapi aku tak jumpa plak lagu-lagu yg Choi Choon Nee nyanyi. Yg ada OST je. 

Tapi aku suka episod 8, dah nak habis episod semasa Jang Joon Hyun nak berhenti jadi pengurus Choi Choon Nee, dia bawak Choon Nee ke tempat yg dia selalu pergi. Pastu kat situ diorang nyanyi lagu yg bertajuk You and I, Fluttering. 

Link youtube:


Penyanyi asal lagu ni ialah Acoustic Collabo. Mmg jiwang habis la lagu ni.

Link youtube lagu asal:



Dan tak semena-mena aku download semua lagu Acoustic Collabo. Macam la paham sgt bahasa Korea tu!


Jadinya, kengkawan peminat drama Korea, meh la tengok cite ni. 

Tak mengecewakan!

Hero pun cute la jgk, mcm Lee Sang Woo, walaupun tak nampak tall, dark & handsome mcm Lee Sang Woo. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 24, 2015

Main-main di Ofis

Al salam alaykum

3.25 pm di grup wasap
Incik bos: Khairini 📢📢📢📢📢

4.41 pm personal wasap
Incik bos: K. Pls update the cntrl vlv status in the group. Pls co-operate. Don't just silence

Aku fwd email kat bos yg aku dh bg kat inginiur. 

Tiba-tiba bos datang kat aku. 

Kenapa ko tak reply msg kat grup? Kenapa ko diam? 

Sambil sengih aku jawab: hari tu bos ckp sapa yg senyap dlm grup bos nak remove. Boleh la remove saya sbb saya tak pernah jawab dalam grup. 

Ko ingt menda ni main-main ye?

😁

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, June 22, 2015

Yang sebenarnya...

Al salam alaykum


Ye. Itulah sebenarnya yg menjadi kebimbangan. 

Kadang-kadang, bila tak dapat tahan kesabaran, rasa nak marah tiba-tiba. Selalu aku tanya pada diri, kenapa aku masih lg nak berasa marah? 

Atau sebenarnya, marah itu mmg datang dari kelemahan diri sendiri?

Itu baru satu contoh, sifat marah. 

Mungkin ada lagi beribu-ribu (nauzubillahi min zalik) lagi mazmumah dalam diri. 

Bulan Ramadhan, mari kita cuba didik hati kita, didik diri kita, dgn sifat mahmudah yg sebenarnya. 

Supaya, bukanlah kita syaitan di bulan Ramadhan ini. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Kareem!

Al salam alaykum wbt

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan semoga kita semua beroleh rahmat, pengampunan dosa, dijauhkan dari api neraka dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan kita kpd Allah swt.

Maafkan segala salah dan silap saya kpd kalian semua.

"Hai org2 yg beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kpd org2 sblm kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 10, 2015

Data plan habis

Al salam alaykum

Tak sempat nak bercerita pasal Rinjani, data plan habis. Terpaksa la ditangguhkan. 

Boleh baca kat blog kakak pengurus majlis, http://n-hafizah.blogspot.com/

Nanti dataplan dah ada semula ku update dari sudut pandang aku. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, June 09, 2015

Lombok (Rinjani - Gili): Perbelanjaan

Al salam alaykum

 

Malas nak mengarang lagi, mari kita kira duit dulu la…

 

Dalam Ringgit Malaysia:

 

Tiket Air Asia (Kuala Lumpur – Lombok – Kuala Lumpur) = MYR 296.00

Airport tax, insurance, seat, baggage dan meal = MYR 208.00

Package Rinjani – Gili = MYR 850.00

Porter = RM 150.00

Kos ke KLIA2 (teksi, minyak, tol, ERL, parking, makan) = MYR 56.28

Ole-ole (kain sarung, key chain, t-shirt) = MYR 231.45

T-shirt group = MYR 25.00

 

Total: MYR 1,816.73

 

Dalam Rupiah Indonesia:

 

Makan dan minum = IDR 366,000.00

Sim Card Indonesia = IDR 75,000.00

Tips utk Kendirak = IDR 100,000.00

Bayaran utk Guider di Bukit Penyeksaan = IDR 175,000.00

T-Shirt Rinjani = IDR 110,000.00

Sewa Basikal di Gili = IDR 50,000.00

Spa di Gili = IDR 150,000.00

Snorkeling di Gili = IDR 150,000.00

Kain sarung (4 helai) = IDR 760,000.00

Kerepek = IDR 120,000.00

Lain-lain = IDR 4,000.00

Strawberi = IDR 50,000.00

 

Total: IDR 2,110,000.00

Total MYR:  MYR 595.02

 

Jumlah besar: MYR 2,411.75

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

 

 

Monday, June 08, 2015

Rezeki itu tahu alamat tuannya

Al salam alaykum

Aku ada pra-temubual kat menara jagung. 

Berdebar tak sudah sbb tak tau cemana pra-temubual tu. Berdebar punya berdebar, 20 minit je masa berbual. Sekejap sangat. 

Tak sama plak macam chit chat utk SMSO Kerteh dulu. 

Kali ni tak tau position apa, department apa, projek apa. 

Harapannya, adalah panggilan seterusnya. Aamiin. 

Tapi, aku dah kena praktis semula bercakap omputis. Teruk sangat rasanya! Vocabulary kurang sangat! Malu 10 tahun kerja cakap omputis masih lagi tahap budak sekolah. Budak sekolah skrg pun berabuk englishnya. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, June 07, 2015

Sayang Kinabalu

Al salam alaykum

Angka kematian meningkat. Di antaranya ada juga malim gunung ataupun guider. 

Sedih. 

Aku harap guider kami semasa pendakian 21/5-22/5/2010 dulu selamat dan tidak terlibat semasa gempa ini. 

Impian utk mendaki via ferrata tidak pernah berkubur. 




Antara guider kami. Pak Jaidi, Pak Jab, Pak jimin, Pak Jurunin, Pak James. 

Salam Takziah utk mereka yg terkorban. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 04, 2015

Nampak Gigi Je

Al salam alaykum

Datang ofis semalam, terus tgk atas meja ada jadual bertugas utk OGA 2015. 

Muka mmg hitam betul. Aku cuba nak mengelak, tapi encik Man dah mmg cakap aku wajib pergi. Ju pun tambah mmg dia sebut nama aku wajib pergi. Adoi la. Penat tak habis lg. 


Maka selama dua hari tadah muka hitam di booth. 


Nasib baik aku ni mmg hitam. 


Dan tetiba, dalam mangkuk bisnes kad ada pamplet kuning ni. Nak tergelak pun ada. Org tu dtg tny mcm2, kami bg pamplet kami, dan mintak bisnes kad dua, dia tinggalkan pamplet ni. 

Lawak!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, June 02, 2015

Veni vidi vici Rinjani

Al salam alaykum

29 Mei 2015, 6.00 pagi, rezekinya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Rinjani. 


Alhamdulillah. 

Terima kasih utk Geng Gunung Ke? yg menjadi Gadis Semasa seterusnya Gadis Luar Biasa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::