...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, May 24, 2015

Gunung Angsi

Al salam alaykum

Tak pernah aku rasa semalas ni semasa mendaki. 

Kali ni sungguh malas. Mungkin terkesan dgn signboard yg memaparkan masa pendakian utk sampai ke puncak. 

Stress. 

Mencanak tu aku layan lagi. Tapi bila masa yg dinyatakan macam tak jadi kenyataan, rasa nak marah. Rasa malas. 

Sampai mmg betul-betul nak berhenti selamanya dari mendaki. Tapi kasut tak guna dgn sesungguhnya lagi. 




Cukup tak bekalan aku utk Rabu nanti?

Dimulai dgn Bukit Kutu, Air Terjun Pelangi, Bukit Saga, dan Gunung Angsi. 

Semoga Allah permudahkan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, May 18, 2015

Friday, May 15, 2015

Resipi Brownies - Simpan dulu kat blog


Bahan2
300g butter /mentega
300g chocolate masakan
6 biji telor ayam - pukul sedikit
80g serbuk koko
350g gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
100g tepung gandum- ayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yg telah di panggang 10minit dan dicincang

Caranya :
Cairkan butter.. pastu masukkan serbuk koko.. guna whisk je senang.. x yah guna mesin pemukul ya.. kacau sebati.. tutup api.. masuk dalam mangkuk.. campur kan ngan gula perang.. kacau rata..
Masukkan telor sikit2.. kacau rata....tepung gandum..masukkan esen vanilla.. kacau rata..

Bekas yg lain.. cairkan coklat masakkan dgn cara double boil.. pastu curah kat adunan tadi..
Masukkan kacang yg dipanggang .. kaup balik sampai rata.. terus masuk loyang yg telah di griss butter ..kalau rajin buh tepung skit kat loyang tu lepas griss butter.. In sha Allah x melekat

NOTA LUTUT :: Kalau ada budget lebih.. bole tabur chocolate chip di atas adunan tu sebelum korang bakar.. (mir tabur sikit sebab kebetulan ada kat rumah)

Mir guna loyang 10x10 inci..

Bakar suhu 150'c selama 60 minit.. tapi mir bakar 75minit bg garing skit atas dia..bergantung pada oven korang..
Sejukkan sebentar baru hidang.. bole tabur coklat cair kalau nak..tapi coklat kat umah mir dah habis.. mir makan mcm tu je..

NOTA KAKI :: Tip mir utk yg baru belajar :
1-Jangan pukul over sgt ya sebab dia guna tepung sikit je.. nanti kek u ols mendap kat tengah..

2 - bole taruk serbuk kopi skit..dalam adunan tu tapi umah mir takde kopi..

3- kalau korang lagi kaya.. bole makan ngan aiskrim.. terus ke Pintu Syurga..!!!!

Thursday, May 07, 2015

Memburu Pelangi - Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing

Al salam alaykum


Dah lama nak pergi, tapi takde kesempatan. 

Kemudian plan nak camping dgn GS, pun tak jadi jgk. 

Jadinya, balik kali ni cuti lama, cakap kat pa dgn ma, nak p Sungai Lembing dgn Fidah hari Ahad 3/5/2015. 



Segalanya Fidah yg uruskan. Book 4x4, kemudian dia amik aku kat rumah, thanx Fidah. 

Kalau korang nak book, banyak sebenarnya operator yg bawak pergi ke Air Terjun Pelangi. Harga la berbeza. Ada RM 40.00 sorang, ada RM 45.00 sorang, ada katanya lagi mahal. Ikut bekal makan apa yg akan disediakan nanti di sana. 

Dan 4x4 ni boleh muat minimum 10 org, maksimum aku tengok 20 orang. Bergantung cemana cara operator susun bangku dalam belakang 4x4 tu. 

Aku amik yg RM 40.00, dapat la nasi lemak dan air mineral sebotol. Kalau korang berminat, boleh la tepon nombor di banner gambar di atas. 


Kami gerak dari depan Balai Polis Sungai Lembing jam 6.45 pagi. Layan offroad selama 1 jam 30 minit. Jarak dari jalan besar ke Lubuk Beruk, 13 km je sebenarnya. Tapi layan je la. 


Tapi, hari tu, macam pesta! Ramai betul orang! Dan yg ramai orang Cina! Memang betul-betul. Kebanyakannya datang dari KL, Negeri Sembilan pun ada. Yg datang dari Kuantan? Aku dgn Fidah je kot. Kih kih kih. Sweet escape la sangat!


Dalam jam 8.30 pagi, kami harung Lubuk Beruk. Dalamnya dekat dgn pinggul aku. Oh ya, simpan je kasut hiking tu dalam beg. Pakai je selipar bongek, sandal hiking pun boleh, dan yg paling best kasut getah ataupun adidas kampung. 


Selepas harung sungai, mulalah kita jungle trekking. Kalau tak jam dgn barisan manusia, mungkin boleh sampai dalam 20-30 minit. Tapi ramai sangat yg berbaris, maka kami amik masa 40 minit. Manakan tidak, 5 langkah menapak, setengah minit menunggu. 


Dari jauh dah nampak air terjun. Tapi mmg air yg terjun takde la banyak. Macam air pancut automatik siram pokok  kat kebun sayur besar. 

Dah ramai sangat orang, tatau nak lepak mana. Kami panjat ke bukit tinggi skit, duduk diam-diam kat situ layan nasi lemak. Sambil terliur dgn maggi cup dan air milo jiran. Hahaahaha. 


Sebenarnya kami terpisah dgn group 4x4 kami. Mereka 2 keluarga dari Negeri Sembilan yg bawak baby 6 bulan. So lambat la skit. Kami jalan depan. 


Kami menunggu pelangi muncul dengan doa dan harapan. Mmg harap sangat muncul. Sbb cuaca agak mendung. Nak terjun dalam air mmg tak selera langsung! Ramai sangat. 


Waktu yg pelangi cantik keluar dalam lingkungan masa 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. 

Alhamdulillah rezeki. Dapat tengok pelangi pertama selepas 10 minit menunggu. Kemudian selang setiap 5-10 minit. 

Ada yg jelas nampak warnanya. Ada yg samar-samar, amik gambar pun tak nampak sangat. Tapi bentuknya mmg tak penuh. Tak dapat tengok dari hujung ke hujung. Tapi ni pun rasa dah puas sangat-sangat. Syukur dgn rezeki Allah bagi. 


Dalam jam 10.30 pagi, lepas 15 minit tunggu pelangi tak muncul, cuaca pun dah mendung, kami gerak balik. 


Sapa nak ke tandas, ada selepas harung Lubuk Beruk. 

Harap selepas ni aku dapat lagi sampai ke Air Terjun Pelangi ataupun panjat Bukit Panorama. Bila la lagi cuti panjang ni?

Kalau korang nak join aktiviti memburu pelangi di Air Terjun Pelangi Sungai Lembing, ataupun lain-lain aktiviti, boleh la hubungi kak Melati Hamid. InsyaAllah, harga berpatutan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, May 02, 2015

Plain Jane

Al salam alaykum

Tetiba pagi ni teringat ada budak ofis cakap aku ni "plain girl". 

Tapi aku tak tanya lanjut la apa yg dia maksudkan dgn plain tu. 

Sama ada takde menda yg menarik ke, simple ke, tak cantik ke, aku pun tatau. 

Cuma kekadang aku pernah la rasa macam "melukut di tepi gantang". 

Saja google pagi ni tetiba. Dapat la ni:

http://www.yourdictionary.com/plain-jane

http://forum.wordreference.com/showthread.php?t=2722815


Tapi, pandangan siapa yg penting skrg ni? 

Pandangan manusia?

Atau

Pandangan Pencipta kita?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::