...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, April 28, 2015

Jalan-jalan cari pasal di Johor

Al salam alaykum

Aku ke Johor kan minggu lepas!

Sbb kali ni segmen terjah je, jadinya takde la banyak tempat yg kami pergi. Pergi tengok tempat tarikan utama yg baru je. Tu pun tengok luar je. Hehehehe. Budget ketat. Plan pun banyak berubah dari plan asal. 


Masuk Muar sekejap nak makan sate kat R&H Cafe. 


Ada kedai rupanya. Tapi aku bukan peminat kopi. 


Duduk-duduk jap layan angin Sungai Muar. 

Dan terus gerak ke Nusajaya. 

Kita ke Legoland!


Utk bergambar je! Hahaahaha. 


Mahal le nak masuk!


Kemudian ke Puteri Harbour. Baru ku tau Hello Kitty ni dalam Puteri Harbour. 


Dapat amik gambo setelah berkali datang. 


Kita ke Kota Iskandar. 


15 minit cukup la. 

Kemudian berkejar ke Tanjung Piai. 


Tapi tutup la plak. Sedih. 

Malamnya selepas makan mee bandung tulang, kita ke Bazar Karat JB dulu. 


Bergambar dengan Que Haidar. Tetiba je kan?


Kemudian ke Dataran MBJB. Ada lampu-lampu meriah sempena pertabalan Sultan Johor. Tapi malam tu takde plak. 


Dan inilah dia istiadat pertabalan Pak Lang aku. Hahaahahaa

Dah balik tido!

Esoknya, masuk Kg Bukit Tempurung melawat Mak Tam. Ada buah kedondong di julai pohon. 


Rezeki-rezeki. 

Dan selepas menikmati Kacang Pul Haji di Larkin Bomba, kami ke JPO, tapi tak beli apa pun. Sbb sentiasa ku sedari JPO itu ialah bukan tempat aku. 

Last sekali, singgah di Peserai Batu Pahat menikmati Nasi Beriyani Md Shah dan ke kampung Husna sekejap kutip mempelam. 


Dah, jom balik Kolumpo. 

Harap dapat jelajah satu Johor plak lepas ni. 

Dari Muar membawa ke Endau. 

InsyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, April 27, 2015

Gempa bumi di Nepal

Al salam alaykum

Kami dikejutkan dgn berita gempa bumi di Nepal. Terus terbayang kpd ejen kami dan jugak guider dan porter. 

Hantar mesej di FB, hanya Ganesh yg jawab, mereka semua selamat. Lega. 

Rakyat Malaysia juga ramai di sana. Semuanya selamat. Tapi, rakyat Malaysia yang hilang di Annapurna masih lg belum dijumpai. 

Apa pun, harap mereka semua tabah dgn dugaan ni.


Sunday, April 26, 2015

Bukit Kutu, sampai jgk akhirnya

Al salam alaykum

Sampai jugak ke Bukit Kutu. 


Dah 2 bulan kaki berehat, baru bermula semula. 


Walaupun ke Rinjani masih samar-samar, tetap kena training. 


Tinggi Bukit Kutu 1053 meter. 


Tapi kat puncak agak ngeri jugak la, ada batu dan angin sangat kuat. 


Sebelum tu borak dgn budak-budak Komplot Hikers. 


Oleh sbb angin kuat, hati tak kuat nak berdiri di puncak menikmati keindahan alam. 


Itulah empangan yg kami nampak di puncak Bukit Kutu. 


Thanks Nurul utk gambar ni!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 23, 2015

Tough

Al salam alaykum

Petang tadi aku ke Port Klang. Ada hal nak kena selesaikan dgn kastam. Pasal barang kami yg sepatutnya tak kena cukai tapi kena cukai plak. 

Dah bg kat ejen drawing dan katalog tapi pegawai masih lg berkeras barang kena cukai. Masalahnya deskripsi dalam buku merah kastam dah terang-terang tulis saiz apa yg kena cukai. Sedangkan barang kami saiznya kecik daripada saiz yg kena cukai. 

Dengan terpaksanya aku kena turun bawak jurutera bertauliah utk berdiskusi dgn pegawai tu. 

Masa mula2 HQ ejen cakap kat aku nama ejen kat Port Klang tu pompuan, aku dah membayangkan mesti dia ni perwatakan dia ganas skit, pakai jeans dan t-shirt dan kasut sukan. Maklumlah, aku tak pernah dgr lagi ejen pompuan dok kat Port Klang. 

Tapi bila jumpa dgn ejen ni, kagum aku! Dia berbaju kurung, bersandal wedges, mekap, rambut mengurai paras bahu, kemas walaupun tak berikat, bawak handbag pompuan sangkut kat bahu, jalan pun ayu, bercakap pun santun. 

Tough-nya awak! 

Sbb tu la saya tunggu awak dalam kereta, dia jawab. 

Mana taknya, sekeliling aku semua lelaki! Dan diorg tgk kami pun pandangan pelik! Jurutera aku cakap, ko dgn dia je pompuan, selain daripada penguasa kastam la kat dalam dinding kaca tu! Kat luar dinding kaca, aku dan dia je pompuan!

Penguasa kastam yg sign borang K1 kami tu takde plak petang-petang ni. Frust aku, aku dh siap google tgk muka dia, gambo kawin dia, takde plak. Penguasa tu pompuan ye. Heheheehe 

Kemudian, kami bercakap dgn penguasa yg lain plak. Yg ni mmg tanak dgr penerangan kami. Dia suh datang esok atau pergi ke West Port utk buat penjenisan semula. Mmg tak la! Jauh kot datang sesenang suh balik. Tapi kami paksa jgk dia dengar. Aku bukak drawing, terangkan kat dia pasal saiz. Dia mcm keliru. Last-last dia bg jugak kami jumpa tuan pegawai kanan, kalau tak mmg mintak kami balik je suh datang semul esok. 

Engineer aku cakap penguasa kastam tu tanya kawan dia, "cemana nak tukar cm jadi mm? Aku tak tahu la" kawan dia plak jawab, "tukar cm ke inchi dulu la kot"

Adoii!

Alhamdulillah, selepas berdiskusi dalam 15 minit, kami dapat tarif kod yg tak memerlukan bayaran cukai. Kena bayar GST je la, mmg takleh nak elak. 

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, April 22, 2015

Suram

Al salam alaykum

Macam-macam la plak terjadi lagi sebulan aku nak cuti ni. 

Lepas satu, satu lagi. Baru nak bernafas lega, jadi yg lain plak. 

Cuak nak hantar borang cuti. 

Nak kena bagi confirmation sebelum 30/4 ni. Nak bayar deposit RM 200, kalau betul tak jadi pergi, kira hangus la plak. 

RM 200 tu banyak, bukan sikit. 

Hangus tiket kapal lagi. 

Tapi, kalu tengok keadaan, mmg jalan di depan aku ni suram dan kelam. 

Sekelam muka bos aku minggu ni. Cemana la aku berani nak hantar borang cuti gini gaya?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, April 20, 2015

Jalan-jalan cari makan di Johor

Al salam alaykum

Rancangan nak berjalan dan cari makan di Johor dah lama. Tapi tetiba jadi konsep jom kita terjah. 

Antara yg menjadi idaman aku utk dicuba ialah Nasi ambeng, asam pedas, mee bandung, kacang pool haji, laksa johor dan murtabak singapore cheese. 


Mula-mula singgah di Muar. Google punya google, R&H Cafe ni yg paling best. Mmg ramai orang pun. 

Menu tak la banyak sgt. Tapi ada la jgk yg spesel.


Sarapan pagi di Muor makan sate ye!


Tapi pilihan aku tentunya Nasi Ambeng. 


Ada nama menu tauhu lentok. 


Dan nama air pun pelik-pelik. 

Makan pagi di Muor kira brunch la. Kemudian baru jumpa makanan semula pada waktu malam. 

Mula-mula kami ke Hutan Bandar. Tapi org penuh sangat. Terus tukar tempat, pergi Restoran Sup Tulang ZZ, di Jalan JKR. 

Bila tengok papan tanda tu aku baru teringat aku pernah pergi sini dgn Fahmi Wichi, Siti Sofiah dan Yati Yem. 


Kat sini pekena mee bandung tulang, mee rebus tulang dan sup tulang. 


Mee rebus tulang yg sedap. 


Pagi Ahad Mak Lang dan Pak Lang jamu kami dgn kacang pool selera kami. Alhamdulillah, seperti biasa, mmg sedap la kan. 

Dan, kami ke Medan Selera Larkin Bomba di Jalan Tun Abdul Razak 5. 



Merasalah kami Kacang Pool Haji. Selama ni buat sendiri je. Dan tauhu bakar, juga lempeng kelapa gerai sebelah. 

Petangnya, kami menghala ke Batu Pahat utk merasa Nasi Beriyani Md. Shah yg terkenal tu. 

Kami singgah di Benteng Peserai, gerai nasi beriyani Md Shah ni kat gerai no 14. Dan kami jgk mengorder Murtabak Singapore Keju, sbb tak sempat nak cari kat JB. 


Nasi beriyani ni bagi aku macam nasi tomato. 


Tapi murtabak cheese ni mmg mengundang sengeh la. Kami ingtkan cheese ada la dalam murtabak. Tapi kat bahagian atas je. Utk 4 org makan, murtabak ni harganya RM 15.00. Lupakan cheese atas tu, pentingkan rasanya. Mmg marbeles la murtabak ni. 

Walaupun tak dapat nak rasa semua yg aku listkan, tapi dapat makan yg sedap-sedap pun dah cukup syukur dan disudahi dgn alhamdulillah. 

Lain kali, kita terjah lagi insyaAllah

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

Sunday, April 19, 2015

Tanjung Piai, misi yg gagal!

Al salam alaykum

Beberapa tahun lepas, Mak Lang tagged aku gambar Pak Lang kat FB, yg berbunyi "Pak Lang dah sampai, ko bila lagi? Monyet-monyet ni tunggu ko datang ni!"

Gambar Pak Lang kat tanah paling hujung di Benua Asia. Amboi! Cabar anak sedara dia ni. 

Maka, Sabtu semalam 18/04/2015 aku ke Johor utk misi menjejak kaki di tanah hujung Tanjung Piai yg terletak di Taman Negara Tanjung Piai. 

Nanti boleh la cakap kat Pak Lang "Kay pun dah sampai la!"

Hahahaahaa...

Kalau mengikut GPS, perjalanan dalam masa sejam je daripada Gelang Patah ataupun Johor Bahru. 

Kami lalu jalan lama. 

Dan, Husna pun pernah sampai, jadinya takde la risau sesat ke apa ke. 

Sampai je ke sana, pintu pagar berkunci rapat. Apa ni? Takkan dah tutup? Dalam website takde tulis pun tutup jam berapa. 


Kemudian aku nampak tanah sedang dalam proses penambakan. 

Masa tu dah 6.30 petang. 


Kami ke bahagian lain. Jumpa Tanjung Piai Resort. Ni tempat makan-makan. 


Nak bertanya orang, takde plak nampak orang. 

Kecewa punya pasal, aku sempat snap ini je la. 




Dalam perjalanan balik, kami cuba google lagi. Tapi takde info apa pun pasal Tanjung Piai yg terbaru. 

Pagi Ahadnya, aku tepon Taman Negara Tanjung Piai. Dia cakap Taman Negara masih dibuka tapi sampai jam 6.00 petang je. 

Kawasan bakau masih boleh dilalui. 

Akan tetapi, di kawasan tanah paling hujung tu, kawasan glob dan monumen/arca tu ditutup sementara waktu utk kerja pemulihan dan penambakan tanah. 

Dan, belum tahu lagi bila siap dan akan dibuka semula kepada umum. Macam lama lagi je!

Pak Anjang aku kata, mungkin amik masa lama kot sbb kerja-kerja penambakan tu mengundang kemarahan para nelayan di situ. Sbb tu la tak dapat nak bagi tarikh bila siap. 

Oleh itu, mungkin tahun depan la plak aku telefon tanya dah siap belum tambak semua tu. Pergi ke Tanjung Piai tidak bermakna kalau kaki tak jejak di tanah paling hujung di Benua Asia. 

Ni aku letak siap-siap nombor telefon Taman Negara Tanjung Piai utk rujukan di masa hadapan. 

Taman Negara Tanjung Piai: 07 696 9712

Takkan lari Tanjung itu dikejar. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 17, 2015

Ibu

Al salam alaykum

Budak baru kat ofis, "Kak Kay dah kahwin ke?"

Belum. Kenapa, nampak macam dah kawin ye? Tang mana nampak tu? Muka ke? Perwatakan ke? Sbb gemuk ke?

"Ermm... Perwatakan akak, macam keibuan"

Gituuuu!

Nampak keibuan ye? Tapi tak pun. 

Tolong! Tolong! Make over kan saya jadi wajah anak ibu!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 16, 2015

Hati teringin nak makan skon...

Al salam alaykum

Minggu lepas aku buat scone, sbb rindu scone kat Cameron. 

Tanya pakcik google, dapat resipi mudah di blog Chawana. 

Resipinya:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri - aku pakai tepung gandum biasa
1 sudu serbuk penaik
50 gram butter
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar gula
Secubit garam - kalau suka

Cara-caranya:

Ayak tepung dgn serbuk penaik. Kemudian ramaskan dgn butter. Guna tangan je. Masukkan gula dan garam, dan masukkan susu sedikit demi sedikit. Uli sampai sebati dan mudah dibentuk. 

Canai doh ikut tebal yg diinginkan. Aku gentel-gentel je pastu tekan dgn jari. Bakar dalam oven suhu 190 deg C, selama 12-15 minit. 

Tapi aku bakar dalam pemanggang ajaib aku. 

Makan panas-panas dgn mentega, kaya, jam dan sewaktu dgnnya. 

Nak bergaya kat Cameron, makan dgn jem strawberi dan minum teh o. Wallaahh!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, April 14, 2015

Ulang 4 kali

Al salam alaykum

Akhirnya, habis marathon drama dan filem lakonan Lee Jong Suk. 


Diakhiri dgn Pinnochio. Aku tengok Pinnochio kali keempat! Kenapa? 


Sbb pertama kali kenal Lee Jong Suk dalam drama ni, "kujatuh hati bagaikan mimpi"

Lepas tgk Pinnochio, aku layan School 2013. Jong Suk jadi gangster yg insaf. Paling lawak gambar selfie dgn Kim Woo Bin sbb nak bukti makan ramen bersama. Cute!!



Kemudian, layan I Hear Your Voice. Dia jadi budak sekolah yg bercinta dgn perempuan yg tua 10 tahun dari dia yg selamatkan dia. 

Budak ofis aku cakap, "Saya tak suka tengok cerita ni. Kenapa dia kena berlakon bercinta dgn pompuan tua?"

Uishh... Sensitip bab pompuan tua tu! Hahahaaha... Dalam realiti kan mmg ramai je pasangan macam ni. Terima hakikat seadanya. 

Yg jadi heroin dia ni mmg tua 10 tahun pun dari Jong Suk. 



Dan, Doctor Stranger. Cerita pasal doktor Park Hoon yg smart dan bijak dari Korea Utara yg mencari aweks dia yg hilang. 



Dan akhirnya, aku ulang Pinnochio lg. Berkisar tentang seorang wartawan yg mencari kebenaran di sebalik peristiwa yg terjadi kpd keluarganya. 


Aku suka bila rambut Lee Jong Suk disikat ke belakang. Memang smart dan hensem walaupun YB Khairy Jamaluddin pernah cakap lelaki Korea ni "pale, skinny and pretty". Eh, tak pretty la, mmg handsome!


Tapi, boleh nampak perbezaan ketara perubahan hidung Jong Suk! Awat la diorang ni suka sangat plastik-plastik ni? 

Rugi tau tak bersyukur!


Saya pun suka awak!


Sungguh? Hahahaaha

Dah la, lupakan saja rasa itu kerana ia takkan bersatu di bumi yg nyata. 

Kih kih kih


Jadi la, tak dapat jumpa bebetul, posing dgn gambo dia pun ok gak!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::