...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, March 28, 2015

Lemah lembut

Al salam alaykum

Buat kerja part time tolong Huz. 

Bos Huz tny kenal aku kat mana?

Huz ckp kenal masa hiking!

Betul ke Kay hiking? Lemah lembut je tengok. 

Hahahaaha

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 24, 2015

Dongseng Lee Jong Suk!

Al salam alaykum

Maafkan saya oppa Lee Sang Woo! Saya sedang beralih arah kepada Lee Jong Suk!

Dia sgt cute! Senyumnya menawan! Sungguh! Hahahaaha

Ni semua sbb aku tengok cite Pinocchio! Cerita tu sendiri mmg best! Lepas tu pelakon-pelakon plak best! Mmg menghayati watak betul!

Dan, saat tu terus aku tanya pakcik Google! Sbb aku rasa aku tak pernah tengok dia sebelum ni!

Bila google, banyak jgk cerita yg dia berlakon sebenarnya! Paling tak sangka, dia berlakon jgk dalam Secret Garden! Dah satu-satu episode aku belek, nak tengok scene yg mana!

Dan pernah jgk muncul dalam Running Man. Episod 138 dan episode 181 tu, aku pernah tgk banyak kali kot. Tapi, tu la, tak kenal maka tak cinta la kan kekdahnya!

So, Pinocchio aku dh ulang 2 kali dlm masa seminggu. Tak tido malam marathon Pinocchio ni!

Kemudian, aku cari filem yg Lee Jong Suk berlakon. No Breathing pun best!


Hot Young Blood pun best!


Sekarang layan Doctor Stranger, pun menarik gak wataknya!

Aku dah download School 2013. Habis Doctor Stranger la nanti.


Kemudian, I Can Hear Your Voice.


Dan, Return to Base (Soar into the Sun). Lee Jong Suk minat Rain, mesti suka gila dia kan berlakon dgn idola dia!


Kemudian nak cari When I Am The Prettiest. Kisah budak bercinta dgn org tua… J


High Kick 3 belum cari lg



Ni adalah pertama kali aku minat pelakon yg muka dia plastik, tapi tak berapa nak plastik sgt la, sbb sama je muka dia sebelum surgery pun!


Oh Jong Suk!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::







Sunday, March 22, 2015

Ji yes ti

Al salam alaykum

40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini. Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

Kita ikut tips beliau di bawah.

SELAMATKAN WANG ANDA

Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :

1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung EMAS FIZIKAL
6. Batalkan kad kredit
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. MESYUARAT KELUARGA TENTANG BELANJA
39. Kurangkan tengok drama orang kaya2
40. Didik nafsu

Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. Wallahu A’llam

Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling), bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas..

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 17, 2015

Gurung Bread @ Tibetan Bread

Al salam alaykum

Roti Gurung yg menjadi kegemaran kami di Banjaran Himalaya. 


Kemudian Huz mintak resipi, aku terus google. Mcm senang je nak buat. 

Aku dapat resipi dari sini:


Cara nak goreng:


https://m.youtube.com/watch?v=GEAQo2Vcohg


Pastu yg cuba buat dulu. 



Sbb aku goreng dlm magic pan pakai minyak sikit je, jadilah gitu rupanya. 

Tapi rasa mmg sama macam kat Banjaran Himalaya. 

Bawak p office, budak office pun suka dan mintak resipi. 


Ainur dah buat. 


Huz pun dah buat. 

Diorg biasa masuk ke dapur, resipi senang macam ni mesti la sekacang 1, 2, 3 je. 

Cubalah, kot korg pun suka. 

Cicah sardin sedap!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, March 16, 2015

Emergency Couple

Al salam alaykum

Cite Korea kat TV9 ni best sungguh. Lepas habis Feast of The God ada cite Emergency Couple plak. 

Tertengok jugak. Konon habis FoTG petang-petang nak jogging. Tapi tidak la. Hahahaha. 


Sbb tak sabar nak tau penghabisan, aku amik copy cite ni kat Ju. 2 hari marathon habis jgk. 

Org Korea ni berlakon betul-betul jadi doktor. Yg lg best, setiap nama penyakit yg disebut, mesti ada penerangan kat tepi bawah kanan skrin, tapi dalam bahasa Korea la. Macam paham! Tapi kalau aku nak tau, boleh la tny pakcik Google kan?

Dan paling seriau aku tgk bila Doktor amik air tulang belakang baby. Menitik air mata aku. 

Dan sbb tu la ko tak ditakdirkan jadi doktor Kay! Sbb ko sensitif tak bertempat. 

Esok cari lagu soundtrack plak. Lagu yg tajuk Scent of Flower tu mcm suara Oh Chang Min. Boleh tahan gak suara dia. 

Dan sekarang, aku marathon cite Pinocchio plak! Kat ofis lunch time tgk Glorious Day! Lee Sang Woo oppa!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 15, 2015

Ke ABC Kita? - Bahagian Akhir

Al salam alaykum

23/02/2015 - Pokhara - Kathmandu


Kami tunggu bas kat tepi jalan je. Dekat la dgn hotel jgk. 


Kata bas nak datang jam 7.00 pagi. Tapi tak muncul-muncul. 


Bas datang dalam jam 8.00 pagi. Internet tak berapa nak bagus, duduk pun kat idle seat, so tido je la. 


Lunch di R n R yg sama kami berhenti semasa nak ke Pokhara. Kami pilih tempat di dalam. 


Mintak pinggan, air panas, dan kami masak makanan kami. 

Naik bas sambung tido semula. Tapi sungguh rasa perjalanan kami sangat lama. Jalan jam, ada ketika mcm tak bergerak. Siap nampak makcik menunaikan hajat dalam longkang. 

Semua dah resah. Sbb duit NPR tak luak lagi. Perempuan tetap perempuan, shopping tetap menjadi agenda nombor 1 selepas mendaki. Hahahaha. 


Kami sampai di Blue Diamond hotel lebih kurang jam 4.00 petang. Tak duduk lama dalam bilik, selepas solat terus keluar utk shopping. 


Aku berpecah dgn diorang, aku nak cari kain sari. Jadinya, aku ikut Rabin ke kawasan pasar, juga di Thamel Street. 


Kami berjalan kaki lebih kurang 15 minit, dan sampai ke kawasan pasar. 


Menurut Rabin, pasar ni mula sibuk jam 5.00 petang iaitu selepas org balik dari kerja. 


Akhirnya kami masuk satu kedai. Tak berlengah, teruskan aje urusan pembelian. Harapnya, Rabin tak tipu la dgn harga sari tu. 

Kemudian, aku balik ke hotel simpan barang dan terserempak dgn Bella budak  group Santana. Dia sengsorang sbb sakit kaki. 

Jadinya, aku berjalan teman dia usha-usha harga. 

Dalam jam 7.00 malam,  kami bergerak ke Anatolia Restaurant utk makan malam. 


Lepas makan, kami menyuarakan rasa tidak puas hati kami sepanjang masa ekspedisi ke ABC. Bukan tak puas hati apa pun, yg ketika Rabin buat keputusan sendiri dan jgk mengerah tenaga kami melalui offroad. Yg lain bg kami ok je. Makan terjaga. 

Dah, balik hotel dan masa utk mengemas. 


24/02/2015 - Kathmandu - KLIA2


Nampaknya masih banyak lg yg nak dibeli lagi. Maka berjalanlah kita lagi sekali di Thamel Street. 

Kiri kanan tangan penuh plastik. 

Balik bilik, mengemas beg semula. 


Kami bertolak ke airport dgn sebuah bas mini yg semuanya rakyat Malaysia. 

Sedih plak rasanya. 

Semasa daftar masuk ke balai berlepas, masa nilah kami terserempak dgn geng pakatan berjalan yg sampai ke ABC. Rezekinya diorang!


Kali ni pun ramai penduduk Nepal yg nak ke Malaysia utk bekerja. Yg duduk sebelah seat kami, aku tanya dia jawab first time nak p Malaysia. 

Flight kami jam 3.15 petang. 


Dalam penerbangan pulang, kami beli seat belah kiri, nak tengok Everest punya pasal. Aku pikir tak syak lg, itulah puncak tertinggi yg aku nampak dari tingkap flight. 


Ada rezeki mana tau dapat jejak Everest Base Camp plak? Sbb itulah sebenarnya angan-angan aku semasa projek Mendaki Everest Malaysia suatu masa dulu. 

Tak dapat sampai puncak Everest, sampai base camp pun jadi la. Hahahaah, berangan tu kan percuma. 


Walau bagaimanapun, dapat sampai Deurali pun aku rasa nikmat sangat dah!

Dalam flight, terasa lambatnya FA nak hidang makanan. Rindu makanan Malaysia. Dah la lapar! Diorg siap beli makanan tambahan! Hahahaaha. 

FA pesan lenkali beli Quiet Zone kalau nak makan cepat. Hahaahaha, lainkali nak naik MAS la plak. 


Apabila flight mendarat di KLIA2, terasa bahagianya sampai ke bumi bertuah. 


Terima kasih semua Geng Suntali berlapan! Nurul, Fad, Adeq, Athirah, Eein, Nir dan Nisa. Tak lupa jgk utk GGK yg lain. 

Maaf utk segalanya dan terima kasih utk segalanya. 

Oh ya Nurul! Kalu ko baca entry ni, kenapa ye ko menangis masa kita semua salam-salam di KLIA2? Kami terharu dan tertanya-tanya jgk. Peace!

Jumpa lagi di lain trip, insyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, March 14, 2015

Ke ABC Kita? - Bahagian 12

Al salam alaykum

22/02/2015 - Pothana - Pokhara


Selepas Subuh Fad datang ketuk pintu cakap view kat luar cantik. 


Buka tingkap bilik, matahari sedang naik. 



Allah makbulkan doa kami. 


Akhirnya, dapat tengok matahari naik. Alhamdulillah. 


Dan cahayanya memancar ke Bajnaran Himalaya. 


Annapurna South bermandikan cahaya matahari. 


Tidak lupa juga Machhapuchhre. 

Sungguh, mmg cantik suasana pagi di Pothana. Mungkin kami tidak nampak petang semalam kerana kepenatan dan kabus?

Maka, nikmat Allah yg manakah hendak engkau dustakan?




Pagi tu kami menikmati sarapan pagi yg berat. Macam-macam kami order. 

Paling best kentang masala. 


Penkek epal yg sedih. Tapi kenyang je. 


Kami bergembira dengan sarapan kami. Tapi sebenarnya paling gembira sbb hari ni takyah nak berjalan. 


Kami sambung lagi sesi penggambaran. 


Guider dan porter jugak turut sama. 


Tiba-tiba rasa sayang utk meninggalkan Pothana. 


Kami mesti pergi. Hidup kena terus. 


Selamat tinggal Pothana yg cantik!


Dan jam 9.00 pagi, kami meninggalkan Pothana utk ke Pokhara.


Melambung-lambung di dalam jeep. 

Sepanjang 3 jam perjalanan, kami teroleng-oleng dgn lagu Nepal. Lagu diorg sama je rentaknya. 

Sampai di New United Hotel, semua sibuk ber-wifi. Sampaikan bilik pun tatau kat mana. 

Dan tibalah saat berpisah dgn porter. Jiban dan Kaka terus pulang ke Kathmandu sbb Jiban kena p sekolah. 

Saat sedih. Tapi serius, sekeping gambar pun takde. 

Cikgu Nisa pun nangis berpisah dgn adik kesayangan. 

Kami meneruskan aktiviti ber-wifi, mandi siapkan diri dan makan. 

Kemudian kami keluar menjelajah pekan Pokhara. 

Shopping time!

Dari satu kedai ke satu kedai. 

Dan, beli limau lagi dgn makcik yg sama itu hari. 

Kenapa takde gambar?

Hahahaaha


Kemudian, kami makan malam di Lazeez Halal Restaurant. 

Kami mencuba makan momo. Momo tu rupanya mcm dumpling. Pelik sangat namanya. 


Lepas makan, balik hotel. Jumpa geng Santana, bertukar-tukar cerita. Rezeki mereka utk sampai ke ABC

Masuk bilik, mengemas, esok nak balik ke Kathmandu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::