...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, February 27, 2015

Nepal: Perbelanjaan

Al salam alaykum

Hahahaha… cerita pun takde, tetiba buat perbelanjaan…

Aku sedang mengambil mood utk bercerita… biasanya aku bercerita secara siaran langsung, tp disebabkan kekangan waktu dan internet, tak dapat bercerita live dari tempat kejadian…

Di Kathmandu, ada sesetengah kedai menerima RM, ada yg menerima USD. Tapi mereka lebih teruja utk menerima NPR.

Korang boleh bawak semua matawang yg ada, sbb banyak sgt money changer counter kat sana, kadar tukaran pun OK…

ATM pun banyak, tapi lebih baik bawak RM banyak-banyak, daripada keluarkan duit di ATM…

 

Tiket Air Asia: MYR 732.00

Baggage & Food: MYR 297.40

Total: MYR 1,030.00


Visa ke Nepal: MYR 95.00

Insurans AIG: MYR 145.00

 Total: MYR 240.00


Road to KLIA2 (Minyak, Tol, ERL, Teksi, Parking, Marrybrown): MYR 189.00/3 : MYR 63.00

Sarapan di KLIA2: MYR 15.00

T-shirt ABC: MYR 30.00

Total: MYR 108.00

 

Di Kathmandu:

Baju dryfit (MYR 18.00 x 3), Trekking Pole, Glove utk Hiking: MYR 147.00

Total: MYR 147.00

 

Kadar tukaran wang: USD 1.00 = NPR 100.00 = MYR 3.62

 

Perbelanjaan dalam USD:

 

Wajib:

Underground package: USD 515.00

Sewa Sleeping Bag: USD 10.00

Tips utk Guider & Porter: USD 60.00

Total: USD 585.00 (MYR 2,118.00)

 

Lain-lain:

Buff: USD 4.00

Seluar trekking: USD 15.00

Drybag: USD 21.00

T-Shirt ABC: USD 4.00

Total: USD 44.00 (MYR 160.00)

 

Perbelanjaan dalam NPR:

 

Keperluan:

Air Mineral: NPR 20.00 x 4 litre: NPR 80.00

Makan di Pokhara Halal Food: NPR 460.00

Internet di Jhinu: NPR 100.00

Air panas utk  mandi di Jhinu: NPR 100.00

Air panas utk mandi di Bamboo: NPR 150.00

Air panas utk mandi di New Bridge: NPR 100.00

Charge bateri di New Bridge: NPR 150.00

Air panas utk mandi di Pothana: NPR 100.00

Makan di Lazeez Halal Food Pokhara: NPR 215.00

Total: NPR 1,455.00 (MYR 53.00)

 

Lain-lain:

Derma sekolah: NPR 100.00

Poskad: NPR 10.00 x 16 pcs: NPR 160.00

FM: NPR 50.00 x 10 pcs: NPR 500.00

FM: NPR 45.00 x 2 pcs: NPR 90.00

Topi Nepal: NPR 270.00

Kain Saree: NPR 2,000.00 x 6 pcs: NPR 12,000.00

Baju Nepal utk budak berlima: NPR 500.00 x 5 pcs: NPR 2,500.00

T-shirt Everest: NPR 450.00

Seluar trekking: NPR 1,100.00

Jaket waterproof: NPR 1,500.00

Seluar trekking Mammut: NPR 1,200.00

Dryfit t-shirt (NPR 550.00 x 2 pcs): NPR 1,100.00

T-shirt ABC: NPR 400.00

Beg adik: NPR 300.00

Pouch: NPR 150.00

Total: NPR 21,820.00 (MYR 790.00)

 

Total: MYR 4,646.00

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, February 22, 2015

ABC kami gagal


Al salam alaykum

Rancangan kami utk menakluk South Anapurna Base Camp (ABC) gagal. Faktor cuaca yg tidak mengizinkan, jatuhan salji di sana sini dan demi keselamatan setiap ahli kumpulan, kami tidak meneruskan misi. 

Dan, baru kami dapat tahu yg Rabin tanak bawak kami naik bimbang akan stamina kami. Masa mendengar alasan tu mmg rasa nak marah sangat. Sepatutnya Rabin memberikan kami pilihan dahulu ataupun berbincang sebelum membuat keputusan sendiri. Ralat rasa di hati.

Walaubagaimanapun, merasai hujan salji di sepanjang perjalanan ke Duraeli (3,200m) adalah pengalaman yg sgt mengujakan. 

Dan pengalaman tidur dalam suhu -2 degree C adalah sangat menakutkan. Dua malam menangis, takut mati kejung.

Alhamdulillah utk setiap nikmat, rahmat dan dugaan yg Allah kurniakan. 

Mengulang misi ke ABC? 

Aku kena pastikan lutut aku pulih dan fobia kesejukan hilang. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, February 12, 2015

Gagal

Al salam alaykum

Al-Fatihah utk TG Nik Aziz dan Hj. Hasbullah Awang. 

................................................

Dah bertahun berjalan, perkara yg masih lagi aku gagal kuasai ialah mengemas beg. 

Beg dah penuh, barang masih lagi banyak yg tak masuk beg. 

Berehat sebentar utk memecah kebuntuan. 

Dan harap dipermudahkan segalaNya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, February 07, 2015

Lilang libu

Al salam alaykum

Tetiba mcm nak tarik diri. 

Tapi, byk jgk dah berhabis. 

Tapi, cuti plak tak approve lagi. 

Masa-masa sekarang la macam-macam perasaan datang. 

Mana keputusan yg betul? Apa yg perlu dibuat?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, February 03, 2015

Mati hidup semula

Al salam salam alaykum

Ada org beli myvi aku yg eksiden tu secara lelong. Dia baiki. Dan dia jual. RM 15,000.00 katanya. 

Terima kasih kpd undang-undang JPJ yg baru. Utk sebarang urusan tukar milik, mesti ada owner utk cap jari di JPJ. Dan jugak penjual kereta itu sbb jujur mencari aku utk urusan tukar milik. Kalau tak, mesti aku tatau En. Hitam aku dilelong dan diperbaiki. 

Seingt aku, bengkel tu pernah cakap, yg kereta eksiden akan diambil spare part je. Kereta tu bukannya tak boleh diperbaiki, boleh je. Tapi tak best sbb yg rosak tu chasis, driving shaft dan jugak radiator. 



Takpe, akan aku simpan alamat Cik Puan baru En. Hitam. Suatu hari nanti jika ku punya wang yg banyak (nak tunggu berjuta mmg takde la kan) akan ku suntingmu semula En. Hitam ku sayang. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, February 02, 2015

Ke Kuching lagi - 26/01/2015

Al salam alaykum

Hari ni kami keluar hotel jam 10.00 pagi. Takde aktiviti apa pun. Pergi waterfront nak cari sarapan. Tapi takde kedai yg bukak. Agak susah jugak nak cari makan kat sini pagi-pagi. 

Sambil tu singgah kedai kek lapis Mira. Sedap gak kek lapis Mira ni. 


Memborong kek lapis lagi la kita. Kendian pergi ke Kopi O Corner utk sarapan dan makan tengahari terus. 

Dan pukul 2 sampai airport utk flight ke KL jam 4.15 petang. Kesimpulannya, berjalan yg betul berjalan hari Ahad je la. 

Kuching, ok jgk pakai aci redah je time banjir dan hujan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::