...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, January 30, 2015

Ke Kuching lagi - 25/01/2015

Al salam alaykum

Pagi ni mak aku plak tak sehat. Muntah-muntah. Pagi-pagi dah makan pisang katanya. 

Lepas kami bersarapan di Kopi o Corner, kami cuba utk ke Pasar Serikin. Aku riki-riki, jalan ke Pasar Serikin banjir dah banyak hari. Tapi cuba je la, mana tau rezeki. 

Alhamdulillah, banjir dah surut sepanjang perjalanan. Sampai di Pasar Serikin pun teduh je. Tapi mood shopping mak aku tak sampai. Sbb masih lagi perut meragam dan muntah-muntah. 


Aku borak-borak dgn peniaga di situ, hari ni baru betul-betul berbisnes. Semalam hari Sabtu, pasar still bukak, tapi takde pengunjung sbb banjir. Ada pun petang, pun tak ramai. Yg berani redah banjir dgn kereta tinggi-tinggi sampai la ke pasar. 

Barang-barang bisnes diorang pun lembab sbb hujan. Mmg rezeki la kami pada hari Ahad, cuaca ok tak hujan, banjir surut. Cuma mak aku je yg tak sehat. Dan, aku kena pow dgn Ammar dan Adam dgn mainan yg hebat. Nangis!!!

Kemudian, kami bergerak ke Taman Buaya Jong. Sejam jugak perjalanan.  Kemudian, aku ternampak papan tanda Semenggoh Wildlife Centre, tengok jam dah 2.30 pm. Aku ada baca waktu makan orang utan jam 3.00 pm. Kita p singgah Semenggoh dulu la. 


Bayaran masuk RM 5.00 utk dewasa, RM 3.00 utk kanak-kanak. Tapi, kami teah diingatkan utk melihat orang utan keluar makan amat tipis sbb skrg musim buah-buahan. Tapi oleh sbb, penjaga kaunter cakap pg td ada 2 ekor orang utan keluar, jadinya doa banyak-banyak la harap ada rezeki utk kami. 


Sebelum masuk ke feeding port, kami kena dengar taklimat dulu. Masa tu Adam bising, terus renjer hutan cakap kanak-kanak tidak digalakkan masuk. Ramai jgk yg pandang kami. Tapi apalah yg budak-budak paham. Aku je buat tak paham. Heheheehe. 


Nak berjalan masuk ke feeding port tu dlm 500 meter. Renjer hutan pun telah menjalankan tugasnya utk memanggil orang utan keluar. Bunyinya lebih kurang mcm cerita tarzan. 


Tapi selepas 15 minit takde tanda pun orang utan nak keluar. Kemudian, ada seorang renjer lain cakap org utan ada kat jalan masuk tadi. Berkejar kami keluar. Aza pun tepon aku cakap menda yg sama. 


Alhamdulillah, adalah rezeki utk kami tengok orang utan. Daripada 27 ekor yg ada, sekor je yg keluar. Ok la tu kan. Adalah dlm 15 minit jgk. Oh ya, ini adalah anak orang utan ye. Besar! 

Kemudian, kami bergerak ke Pantai Santubong. Hajat hati nak tengok matahari jatuh. Tapi aku salah tunjuk jalan, terus ke Damai Beach Resort. 


Ammar cakap, "ni bukan pantai ni Ciklong". Hahaahaha. 


Bukan pantai pun, boleh je diorang ni main pasir pantai kononnya. 


Sempat jugak kami makan durian Sarawak kat Santubong. Tapi aku tak sempat nak tengok matahari terbenam. Tengok dari dalam kereta takleh berenti. Takpe la, simpan pahat dalam ingatan saat matahari cantik itu. 

Dan, balik semula ke Kuching, dinner di Waterfront, dan bergambar di replika Kuching. Org kata, apa barang datang Kuching takde gambar kat replika Kuching. Hehehehe. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, January 29, 2015

Ke Kuching lagi - 24/01/2015

Al salam alaykum

Beli tiket ke Kuching lebih setahun yg lalu. Nak beli tiket p KK tak dapat harga yg betul-betul murah. 

Dan, selepas beberapa tahun asyik dok dengar janji palsu Ciklong nak bawak Ammar naik kapal terbang, kali ni hasrat tercapai. 


Harga tiket Ammar sorang RM 270.00. Hahahaaha! Boleh bawak 4 org lain lagi! Demi Ammar, apa-apa je la. Ayohde support skit, Ciklong support skit. Yg lain ibu dan abah dia la. 




Hari pertama di Kuching, takde ke mana sangat. Kuching hujan. Musim banjir lagipun. Tapi dapat byk feedback, takde masalah, so ok je la sampai jugak ke Kuching. Tapi kami hanya ke Waterfront, tak dapat naik bot sbb hujan. Air sungai Sarawak pun mcm teh tarik terlebih susu dah warnanya. 

Kami ke seberang bayar tol kat jambatan. Tol 1.60 sehala. Tapi ok la, dapat berenti bebetul depan Kek Lapis Dayang Salhah. 


Beli kek lapis awal-awal, kot kang nanti tak sempat nak datang dah. 

Kemudian, kami ke Pasar Satok di Kubah Ria. Dekat la jugak dengan Pasar Satok lama. Cuma kali ni dalam bangunan. Aku cari jugak Kek Lapis Yudi yg sedap tu, jumpa, tapi sbb dah banyak beli kat Dayang Salhah, tak membeli la aku kat Pasar Satok. 


Datang Pasar Satok mau beli Ikan Terubuk masin dengan belacan. Tu je. Berjalan dgn mak ayah dan baby kecik kena kira jugak tahap kesihatan dan stamina masing-masing. Kalau ikutkan aku, mmg habis nak round satu Kubah Ria tu. Tapi tak boleh la pentingkan diri sendiri. 

Dan kemudian, kami makan malam kat RJ Ayam Penyet di bandar Kuching. Hujan masih lg mencurah, baiklah balik ke bilik utk aktiviti esok harinya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, January 28, 2015

Desperado

Al salam alaykum

Bercerita soal jodoh.

Budak kecik: Mak sy dh bising abg sy tak nak kawin lg. umur dh 28. Mak tu tgh sibuk carikan pasangan. 
Aku: Cuba tny, dia nak tak org umur 34. 
Budak lelaki: desperado. 

Yeahh! Tu la dia, bila diam, dikatakan tidak berusaha. Bila berusaha, dikatakan desperate.

Apa yg kamu mahu wahai masyarakat?

Hehehehe. 

Wednesday, January 21, 2015

Cuti

Al salam alaykum

Kami bercerita pasal munakahat lunch td. Tetiba org tanya aku. 

Kak, cuti kahwin kat sini berapa hari?

Ntah, tak pernah plak aku apply cuti kahwin sepanjang aku keja sini. Bkn sini je, kampeni dulu-dulu pun aku tak pernah apply cuti kahwin. Harap dapat la kot apply cuti kahwin sebelum aku berenti keja kat sini. 

Aamiin. 

Ngeh ngeh ngeh. 

Azam la tu agaknya!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, January 20, 2015

Ececececece

Al salam alaykum

"Kay, dia hon ko la. Wahhh! Kay kena hon. Hik hik hik" Nada suara yg digunakan kononnya org mcm nak ngorat di jalanan. 

Aku kena hon sbb dia ingt aku terus nak lintas jalan tak tengok kiri kanan. Kang kena langgar kang. 

Ececececeece

Kami ke The Curve nak beli kasut sukan. Dah masuk maghrib, kami ke surau. Aku jaga barang diorg sambil main telefon di luar surau. 

Tiba-tiba, aku dengar suara menegur "banyak shopping." Seperti biasa, aku buat tatau. Dgr lagi sekali suara menego, suara mcm kenal. Betul pun budak kedai kasut td. Maka, kami berborak la pung pang pung pang di luar surau. Kebetulan, dia pun asal Kuantan, pernah duduk setaman dgn aku, maka beriya la perbualannya. 

Kawan kuar dr surau, "ko borak dgn sapa?" Budak kedai kasut td la. "Ko tak tanya nama dia?" Buat apa? "Heh ko ni, nanti boleh google. Dlm kita berempat ni, ko yg ditakdirkan utk berborak dgn dia, mana la tau kot tu jodoh ko!" Adoi laaa! Adik-adik kot. 

Ecececeecece. 

Bersabar je la. Biasalah, krisis bujang 30an. Hahahaaha. 

Tapi, aku mmg mcm ni. Susah nak ber-ececececece. Pada aku, org berborak dgn aku ialh sekadar berborak. Org hon aku, sbb aku yg salah. 

Sbb aku sendiri pun mcm tu, berborak dgn org yg tidak dikenali dgn bersebab. Aku hon org pun, sbb org tu ada nak buat salah. Heheheehehe. 

Apa yg berlaku kan semuanya bersebab?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, January 19, 2015

17/01/2015 - Pine Tree Hill lagi

Al salam alaykum


Kali kedua sampai di Gunung Pokok Ru, Bukit Fraser. 

Kali ni sampai dalam keadaan kering. Tidak basah seperti tahun lepas. 

Dan sampai ke bawah jam 5.00 lebih kurang. Alhamdulillah. 

Latihan utk ke ABC. 

Tapi, aku seronok dgn GGK dan jgk Gadis Semasa. Semua ahli adalah sama umur. Heheheehe.

Semoga urusan kami dipermudahkan utk menawan ABC. Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, January 05, 2015

Tahajjud Cinta - Sirah Rasulullah

Al salam alaykum

Aku teringin nak tengok teater kat Istana Budaya. Dpt sekali seumur pun jadilah. Rupa-rupanya Hani dan Fida sama la dgn aku jgk. 

Dan kebetulan, aku tgk IG abam Beto, ada teater tentang Sirah Rasulullah, dan lakonan abam Beto sekali, so apa lagi. Hehehehe. Sambil menyelam sambil minum air la. 


Kami beli tiket RM 53.00, upper circle. Tu je la yg mampu utk rakyat marhaen mcm aku ni. Tapi nak jadi rezeki, kami diupgradekan ke grand circle. Aku tatau la berapa harga kat grand circle ni. 


Pengalaman betul menonton teater. Tambahan lagi, tentang perjalanan sejarah Rasulullah saw. Semacam aku baca balik buku Pendidikan Islam darjah 1 sampailah tingkatan 5. 


Sayu hati menyaksikan kisah seksaan terhadap keluarga Yaser dan Sumayyah dan juga Bilal bin Rabah demi agama Islam tercinta. Tertanya pada diri, apakah sumbangan diri terhadap agama, ataupun apakah cukup kasih sayang aku terhadap Rasulullah dgn melaksanakan sunnah baginda?

Aku berdoa semoga seluruh umat mendapat pengajaran yg terbaik dari teater tersebut, baik kpd penontonnya, dan juga pelakon dan kru produksi. 

Itu kisah Sirah Rasulullah. 

Kisah aku dan abam Beto plak. Adegan abam Beto hanya satu je. Beto berlakon sbg Saidina Ali karamallahuwajhah. Tapi itupun di balik tabir ataupun skrin. Aku tak pikir abam Beto betul wujud malam td. Mungkin scene tu dah dirakamkan dan dipancarkan dgn projektor je. 

Sbbnya bila dah habis, semasa barisan nama pelakon disebut terutamanya Remy dan Beto, diorang takde pun atas pentas. Kecewa plak tak dapat nak jumpa abam Beto depan-depan. Hahaahah. 


Amik gambo poster je la jadinya! Hahahaahaha. InsyaAllah, harap dapat berjumpa Beto Kusyairy jugak satu hari nanti. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, January 01, 2015

1/1/2015

Al salam alaykum

Hari ni konon nak derma darah. Rendah lg hemoglobinnya. 

Tapi, Fida ikut tadi, dia dapat derma. Sbb sebulan lepas Hb dia 9.5 je! Lagi teruk. Tapi kali ni dapat derma. 

Aku je la kantoi lagi. Dan seperti biasa, ayat yg aku dapat "banyakkan makan bayam, kerang, bla bla bla" Semua yg aku tak berapa nak makan. Hahahaaha. 

Cuba plak Sabtu nnt. InsyaAllah. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::