...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, December 31, 2015

2015 akan berlalu

al salam alaykum

Azam tahun 2015 aku nak dapat kerja baru, tapi sampai ke akhirnya aku masih lg di sini... Kerja baru tu dapat tapi sbb tak dapat nak meyakinkan diri sendiri utk berhijrah, maka apatah lagi nak meyakinkan mak dan ayah, maka terpaksa dilupakan saja tawaran... Bawak azam ke tahun depan, insyaAllah

Tahun 2015, aku hanya bermusafir dengan bas udara ke Kuching, Sarawak bawak famili, ke Nepal utk menawan ABC tapi tak dapat, dan misi menawan Rinjani, Lombok, tapi aku tak update blog pasal trip ni, sbb hati kucar kacir hahaha... Trip jalan-jalan ialah ke Cambodia dan Vietnam, tetapi terpaksa dilupakan kerana cuti tidak mendapat kelulusan... dan ada juga jalan-jalan kecilan di Semenanjung Malaysia ini...

Makanya tahun 2015, tak boleh kata tak best pun, sebab semuanya best! Janganlah kita menjadi orang yg kufur nikmat atas segala yg Allah kurniakan... 

Azam tahun 2016?

1. Yang utama-utama tidak dicoretkan di sini, cukuplah ada dalam hati
2. Ada peningkatan dalam kerjaya, mudah-mudahan Allah permudahkan
3. Dapat berat 55kg
4. Lebihkan senaman
5. Nak berjimat cermat
6. Kurangkan merajuk, sbb orang tak tau pun ahahaha, layan blues sendiri je padan muka
7. Nak jadi lemah lembut lagi, kesian kat aku, aku tak marah orang pun, orang cakap aku marah, jadinya cuba la Cik Kay cakap lemah lembut menjadi contoh wanita sejati muslimah mukminah solehah mujahidah fi sabilillah... panjang beno azam yg ni
8. Nak kurangkan kedut kat muka, supaya sentiasa 29 tahun hahahaha... sapa ada petua, bak mai sini
9. Nak keliling Malaysia, banyak lg tempat dalam Malaysia tak p lagi, Pulau Redang jom!
10. Nak delete akaun FB selama-lamanya, tekadnya 31/12/2015, tapi macam tak berjaya je! Rindu kengkawan di kejauhan
11. Azam 50 buah buku setahun! tahun 2015 ke laut sbb banyak tengok tv dan drama online!

Banyak lagi, tapi semoga yg dicoretkan ini berjaya

Semoga semua lebih cemerlang gemilang dan terbilang, biarlah kita tidak disebut penduduk bumi, tapi diingati oleh penduduk langit

Iltizam menuju jaya! (moto sekolah sapa ni?)

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 28, 2015

Pesan mak ayah

Al salam alaykum


Pa pesan, jangan laju sangat, bahaya

Ma pesan, jangan laju sangat, hati-hati, kalau eksiden mati terus takpe la jugak! Senang hantar kubur terus... :-)


Hehehe... mampu dengar tak mak ko pesan cam tu?


Balik dari Kuantan pagi tadi, jam 6.40 pagi... Mula-mula dah malas sbb hujan lebat sangat...

Bila teduh skit, terus gerak... Tapi mmg hujan sepanjang perjalanan sampai la ke Maran...

Oleh itu sbb ingat pesan mak ayah, aku bawak 120kmj je pagi tadi... Pastu aku berenti tido kat Lanchang, ngantuk sangat la plak! Masa tu jam dah 8.20 pagi :)

Jam 9.30 pagi, mak aku dah tepon. Dia heran aku tak sms lagi aku cakap dah sampai... Biasanya memang 2 jam setengah aku dah sms pa dan ma cakap dah sampai.

Jadinya mungkin hal pagi tadi aku lambat sampai melegakan hati mak ayah aku tapi buat diorang risau jugak la kot...





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, December 27, 2015

Kek Nenas Terbalik

Al salam alaykum

Bila ntah tengok Kak Lah, senior PMI USMKKj upload gambo upside down pineapple cake dia kat FB, rasa terliur. Pastu tengok Anna Olson buat pun, terliur jugak. 

Pa beli nanas dalam tin besor utk makan anak cucu. Amik kesempatan la buat kek ni. 

Cuma yg nanas karamel tu tak menjadi sangat. Tak kisah la, janji diorang makan. Padahal, adik aku berdua, Iman dgn Nisa mintak kek coklat. 

Resipi:

Sedikit butter - dicairkan, gula perang 3 sudu, dicampur dan dilenser dalam loyang. Susun nanas dan ketepikan. 

(A)
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
sedikit garam

- gaul rata semua bahan A

(B)
3 biji telur
1 1/2 cwn minyak masak
1 st esen vanila

- Blender semua sampai kembang

Masukkan B ke dalam A, dan gaul rata sampai sebati. Tuangkan dalam loyang nanas tadi. 

Bakar susu 170 deg C selama 45 minit. 

Bila sejuk, terbalikkan kek, potong dan makan!


Nyam nyam nyam!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, December 25, 2015

Gelak pagi Jumaat

Al salam alaykum

Sebelum bercerita mak aku pesan kat aku "Mu jangan maroh!"

Kami menonton siaran ulangan di tv dan ada seorang penghibur pujaan ramai di tv. 

Sepupu mak aku pernah bekerja dgn penghibur tu utk salah sebuah syarikatnya. 

Dan dia bertanya pada mak aku, Kay mmg takde kawan ke? Penghibur tu sedang mencari isteri, boleh rekemen Kay?

Mak aku mmg tak bagi la. 

Adik-adik aku bantai gelak "Rugi la! Kalau tak dapat Datin segera. Boleh selfie dekat IG letak caption - bersama abang ipar kami"

Cehss. 

Salam hari Jumaat penuh barakah. Moga doa kita semua diperkenankan Allah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, December 23, 2015

Buang

Al salam alaykum

En. Mon, saya nak berhenti ni... Saya dapat keja lain

Kampeni mana?

B*m* A**a*a

Eh, bukan ke kampeni tu buang orang, kenapa plak awak nak pergi?

Sbb dia buang orang la dia amik saya keja... Dia buang org gaji besar-besar pastu amik org gaji kecik macam saya ni...

Pastu awak buat keja utk gaji besar-besar?

Gitu la kekdahnya...



Bergurau senda dengan Operation Director...

Ye, aku nak berhenti, tapi masih belum ada rezeki lagi... Aku dapat offer dr BA tu, tapi kena notis sebulan je... Lagi 2 bulan BA akan buy-out... Cuma banyak perkara aku kena fikir...

Ikutkan hati aku, mmg nak buat hati kering, tapi tak boleh... Pikir banyak kali jadi tak boleh nak berhati kering...

Sapa kata bujang-bujang ni boleh ikut kata hati je?

Gawat-gawat sekarang ni, bersyukurlah ko masih ada gaji :)



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 22, 2015

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Al salam alaykum

Saya nak saiz M

"Eh, you kecik meh... you pakai saiz S la"

Saya pakai saiz M. Saya tanak S

Dan, bila balik rumah, dapat saiz S!


Saya tau ukuran baju saya, saya tau keselesaan saya, kenapa plak awak yg nak tentukan?

Jika pilihan awak betul, secocok, takpe la jugak, tapi langsung tak kena dengan saya!

Dan tiba-tiba, awak cakap kat saya, terimalah takdir dengan redha dan rela hati?

Kan saya dah pesan awal-awal, dah bilang awal-awal, biar saya je ukur baju saya sendiri...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, December 20, 2015

No 6

Al salam alaykum

Ciklong dapat anak saudara baru yg no 6, pagi tadi. 

Masa tu Ciklong kat GM Klang bawak Tok Pa dan Tok Ma jalan-jalan sebelum pergi kenduri. 

Dan dia ialah lelaki. 

Oleh itu, rancangan jalan-jalan Tok Pa dan Tok Ma disingkatkan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, December 18, 2015

Sarung bantal utk anak saudara Ciklong

Al salam alaykum

Dah lama tak menjahit guna mesin jahit...

Setahun lepas, Azura offer aku beli mesin jahit dari Australia...

Rupanya cap Brothers, Jepun... Hahaha...

Tanpa cek harga pasaran, aku terus setuju... Niat masa tu, nak mulakan semula aktiviti menjahit...

Dapat mesin jahit, aku jahit mudah-mudah je, repair baju aku, utk praktis-praktis...

Pastu lama kemudian, aku simpan dalam kotak semula...

Sampai la aku bagi pinjam kat Sheera...

Lepas tu, barulah aku tergerak hati nak bukak semula dari kotak...

Tolong Sal jahitkan tulang langsir...

Kemudian aku beli kain murah kat Jakel, nak buat sarung bantal...

Siap sarung bantal peluk aku...

Siap sarung bantal peluk, tunjuk kat mak dan adik beradik...

Kebetulan adik aku beli bantal baby utk anak sedara aku yg bakal lahir nanti, takde sarung, dia mintak aku jahitkan sekali... Uwwaaa!

Nangis Ciklong!

Ye, Ciklong ni dapat nama timangan Kehelan, sbb Ciklong tak pandai menggunting. Gunting kertas pun senget benget walaupun ada garisan, inikan plak nak guntingkan kain!


Lukis pola, pastu gunting, pun senget


Siap utk bantal panjang 2 biji...

Dan utk bantal pendek!

Tapi utk bantal pendek, yg sarung kedua ada problem skit, mmg tak lawa langsung jahitannya! Kalau ibu dan abah awak tak berkenan, bior lah diorg beli lain utk awak ye baby!

Ni esok Ciklong kirim kat Tok Ma dgn Tok Pa ye



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 17, 2015

Semangat berkobar-kobar tau!

Al salam alaykum

Kalau ada coacheenim cenggini A+!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 16, 2015

Ozaki 8

Al salam alaykum

Sabtu lepas Eein Miza Bai ajak tengok wayang. Filem Point Break. 

Filem menarik. Katanya remake filem tahun 1991. Tapi jalan cerita tak berapa nak sama. 

Filem ni kisah seorang ejen FBI merungkai misteri jenayah yg berasaskan sukan ekstrem. 

Penjenayah tu plak melakukan perkara ekstrem untuk melengkapkan prinsip Ozaki 8. Aku tak ingat sangat details Ozaki 8 tu, tapi setiap aksi ekstrem tu sangat mendebarkan jiwa raga aku. Dan Ozaki 8 ni semua berkaitan dgn alam. 

Antaranya meluncur di ombak besar di Perancis, meluncur angin melalui pergunungan, meluncur salji, wall climbing di air terjun tinggi tanpa menggunakan peralatan, kemudian terjun balik dan yg lain aku tak ingat. 

Setiap prinsip yg diorg kena buat tu tak kisah ikut turutan atau pun tak. Sebab semuanya bergantung kepada alam dan cuaca. 

Setiap aksi tu aku rasa berkocak perut. Ngeri wehh!

Tapi kecewa, bila aku google prinsip Ozaki 8 tu tak wujud pun! Ozaki 8 fiksyen semata utk filem tu.  

Tapi mujur gak tak wujud, kalau betul wujud, memang nyata la ada orang yg sangat gila dalam dunia yg memang gila ni! 

Eein tanya, mana satu aku nak buat kalau ada peluang?

Aku takut air, aku takut sejuk, aku takut tinggi, aku takut kedalaman, maknanya, mmg tak buat la kan?

Tapi kalau ada peluang nak surfing kat laut, dan jugak meluncur angin pakai baju yg ada sayap tu. Heheehe. Angan-angan tetap angan-angan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 15, 2015

John Kim

Al salam alaykum

Episod 7, Oh! My Venus.

Kang Joo Eun bertanya

Kim Young Ho jawab:




Berahsia sangat, dah kantoi, habis!

Aku tengok cite ni kat KBS World, mengajar hati supaya jangan download. Ni aku download sbb teringat So Ji Sub hensem macam Superman... ekekekee


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 14, 2015

Tips utk pendakian di gunung bersalji bersuhu rendah negatif-negatif gitu

Al salam alaykum

Geng Rinjani kami, Kak Syu mendaki Gunung Alpine bersama Siti Hanisah, Wanita Pertama Malaysia yg sampai ke puncak Everest.

Makanya, dapatlah tips sikit-sikit...

Meh kita share, nak ke EBC katanya!

ABC pun aku tak sampai... ngeh ngeh ngeh


Tips daripada Siti Hanisah, Srikandi Everest

10 tips yg Kak Syu ingat ialah:

1. Pakai baju layer kena betul - Thermal, fleece, downjacket (klu sejuk sgt) n outershell/windbreaker

2. Minum air byk2 utk elak/kurangkan AMS. Anis siap tido peluk air dlm nalgene n minum tgh2 mlm

3. Glove esp yg 1st layer kena bli betul2 ikut size tgn..muat2 biar angin x ble masuk. Klu x nanti sejuk..yg 2nd layer pakai yg waterproof

4. Sunglass kena yg betul2 hitam klu x nanti ble effect mata bila tgk snow masa tghari.

5. Kena mkn jugak walau sikit utk elak AMS n hypothermia

6. Klu sampai kat kem elakkan tido siang nanti x ble tido mlm esp utk summit attack

7. Utk tido kena pakai persalinan baru utk baju kat dlm utk elak badan sejuk even kita rasa baju kita tu kering.

8. Utk summit attack pun klu ble jgn pakai baju kat dlm n stokin yg sama masa kita trekking

9. Jalan ikut pace sendiri..jangan laju sgt utk acclamatize. Lg 1 sbb klu jln dlm grup nanti bila guide soh tunggu org blkg nanti kita kat depan dah beku menunggu

10. Hotpack ble bwk juga utk summit. In case sejuk sgt ble guna.

Ku salin sebijik-bijik, takde edit apa lagi... Kang rajin edit la..

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 10, 2015

Jalan-jalan

al salam alaykum





Jauh berjalan, luas pengalaman


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 09, 2015

Makan nasi lemak sotong king

Al salam alaykum

Mula-mula baca menu, gelak dulu







Lepas gelak order la makan!


Ini mmg terbaekk! Tapi sambal dia biasa je. Tak pedas tak manis. Sesedap rasa. Kick la jgk masuk dgn nasi lemak. 

Kat mana?

Brotherhood & Co, Shah Alam. Terima kasih Kak Awin memperkenalkannya kod kami. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 08, 2015

Akhirnya, bertemu jodohnya!

Al salam alaykum

Sepanjang aku berkenalan dgn pengantin ni, aku tau sejarah persahabatan dia dgn bakal-bakal jodohnya. 

Ada kisah yg buat aku marah, ada yg aku suka, dan ada yg aku sedih. 

Alhamdulillah, akhirnya jodoh dari langit sampai juga. 

Tangisan kesyukuran. 

Semoga sentiasa berbahagia hingga ke syurga. 

Tahniah Maziah!




Zara dah tak boleh manja-manja dgn Alang tau!
Sayu aku tengok si Zara ni... Sekejap-sekejap dia p peluk Alang dia...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, December 07, 2015

Ipoh, 28/11/2015 - Art of Old Town

Al salam alaykum

Kami mencari lukisan mural ni... sesat-sesat sampai ke kawasan perumahan... Padahal jalan kaki je, senang...


Ada 7 lukisan mural yg disenaraikan... Kalau jalan kaki mudah je nak cari... Kebetulan plak masa ni ada Treasure Hunt pasukan Go Shop saluran Astro 318. Tanya dia la jugak kadang-kadang...

Dan, kami pakai Google Map jugak, masukkan koordinat, dan ayuh berjalan...

Kami bermula berdekatan dgn Ipoh Tourisme Centre...

1. Old Uncle With Coffee Cup



2. Paper Plane


3. Kopi O


4. Humming Bird


5. Evolution


6. Trishaw


7. Girl



Tapi sayang, bila ada tempatnya yg ada parking kereta...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 04, 2015

Ipoh, 28/11/2015 - Jejak bertapak di pekan Ipoh

al salam alaykum

Azan berkumandang, kita solat dulu di Masjid Sultan Idris Shah II. Masjid ni dekat je dengan Stesen Keretapi, Pusat Pelancongan Perak, Dewan Bandaran Ipoh. Jalan kaki pun sampai.

Senibina yg cantik, tapi barangkali masih dalam proses renovasi.

Asal namanya ialah Masjid Negeri Perak, dan ditukar nama bersempena dgn nama Sultan Idris Iskandar Shah II.


Dewan solat atas

Senibina kubah yg cantik


Dan kami ke Pusat Pelancongan Perak, jeng jeng jeng...

Sebelum tu aku singgah kat Tugu Peringatan Birch, tapi tak amik gambar sbb kompius. Gereja ke apa...

Tugu ni belakang Masjid je, dalam masjid tu aku terdengar denting loceng, macam loceng gereja... takkan la dalam masjid pasang loceng cenggini kan? Rupanya bunyi loceng tu datang dari Tugu Peringatan Birch... Maka, tiada la gambarnya... kompius punya pasal...

Singgah di Pusat Pelancongan Perak, tapi nak masuk segan, sbb rupanya ada abang-abang kat kaunter perati kami betulkan tudung kat pintu, ingatkan takde orang... Hheheheehe

Belakang kerusi tu ialah pencedok kat kapal korek, tak ingt la nama apa

masih lg kekal keantikan senibinanya



Padang Ipoh

Pusat Pelancongan Ipoh

 di lorong-lorong kecil

tumpang bergambar sebentar

ada sepasang pengantin sedang bertembak foto

kekalkah ia 20 tahun lagi?


 Dan kami jenjalan lagi, sampai la jumpa Plan B... 


takde dalam perancangan, tapi dah nampak, singgah la tengok apa ada...


Ais Kepal... layan! RM 3.00 sekepal..


inilah kunci cinta tu ye!


Lagi, ni je ke?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 03, 2015

Ipoh, 28/11/2015 - Jejak Warisan Ipoh

Al salam alaykum

Dah sampai Ipoh tercangak-cangak tatau nak ke mana, dalam kepala nak makan nasi vanggey dengan mee kicap je...

Hahahaha... bayar tol mahal-mahal, minyak setangki penuh, takkan itu je?

Mula-mula kami nampak signboard pelancongan di Ipoh, ada Taman Jepun, jadinya set waze, moh la kita...

Pastu habis masa berpusing-pusing kat situ, macam pelik je... Tak puas hati betul...

Selepas berpusing-pusing mencari Taman Jepun tak jumpa-jumpa, kami tanya pakcik guard
"Taman Jepun kat mana pakcik?"
Sambil gelak pakcik tu jawab: Tu sebelah tu, takleh masuk dah. Jepun semua dah balik Jepun, mana ada taman lagi... Korang dari mana ni?
"Dari KL pakcik"
Datang Ipoh wat apa?
"Saja jenjalan pakcik"
Takde apa dah kat pekan Ipoh ni, semua dah kuar dari Ipoh... pergi la Gua Tempurung ke, Gunung Lang ke, Kuale Kangsor ke... kami pun nak berjalan kami ke Tepen, takde apa dah kat Ipoh ni...

Amik ko kena sebijik... ehehehe

Taman Jepun yg telah ditutup


Kemudian, kami cuba nak ke Muzium Darul Ridzuan, pun sama, pusing-pusing, takleh nak masuk, pintu pagar tutup. Aku dah google, buka setiap hari kecuali Jumaat, tapi kenapa sunyi sepi ke? Dah la takleh berenti nak parking, tengok dari dalam kereta je la, nak amik gambar pun tak dapat... TAk puas hati betul Muzium tutup hari Sabtu! 

Aku called pihak muzium hari Isnin itu hari, muzium tutup utk kerja naik taraf sampai tahun depan. January bukak semula... Terlupa plak Muzium Geologi hahahaha

Takkan la kita nak p Stesen Ketapi je kak? Plan B C D E dan kafe hispter semua mmg tak masuk dalam list langsung ni...

Kalu tanya pakcik Google, ada banyak tempat Jejak Warisan Ipoh:

  1. Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Stesen Keretapi Ipoh, Mahkamah Tinggi, Rumah Kelab Ipoh)
  2. Jalan S.P. Seenivasagam (St. Michael Institution, Masjid India)
  3. Jalan Sultan Idris Shah (Jambatan Birch, Persisiran Sungai Kinta, Memory Lane)
  4. Jalan Dato’ Onn Jaafar
  5. Jalan Raja Musa Aziz (Taman DR Seenivasagam & Bulatan Sultan Iskandar)
  6. Jalan Hospital (Hospital Besar Ipoh)
  7. Jalan Dato’ Seri Ahmad Said (Pusat Beli Belah)
  8. Persiaran Tugu (Dataran MBI, Pembangunan Kawasan Greentown)
  9. Jalan Sultan Abdul Jalil (Sekolah Convent)
  10. Persiaran Greenhill
  11. Jalan Sultan Idris Shah
  12. Bulatan Sultan Ismail
  13. Jalan Raja DiHillir
  14. Jalan Brash (Padang Polo)
  15. Jalan Kelab Golf (Padang Lumba Kuda Ipoh)
  16. Jalan Raja DiHilir (Taman Jepun, Taman Budaya)
  17. Bulatan Sultan Ismail
  18. Jalan Sultan Iskandar (Gerbang Malam, Lam Looking Bazaar,Bangunan Persatuan Pelombong Cina, Taman Persisiran Kinta)
  19. Jalan Bandar Timah (Restoran Ipoh White Coffee)
  20. Jalan Sultan Yusuf (Little India)
  21. Jalan Dato’ Maharaja Lela(Bangunan Straits Trading, Tempat Letak Kereta Bertingkat Majlis)
  22. Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

Kenapa Jejak Warisan Ipoh? Mungkin kerana senibinanya, tinggalan sejarahnya, kaitan dengan timah, dan lain lain...

Singgah di Stesen Keretapi Ipoh...







Jom masuk dalam



Jom tengok apa ada di luar


Bangunan Dewan Bandaran Ipoh





Bangunan Pejabat Pos



Tugu Peringatan Mangsa Landasan Keretapi Maut Burma - Thailand





Pokok Ipoh!


Wajib kenal ni!


Habis di kawasan sekitar Stesen Keretapi Ipoh, jom p masjid solat dulu.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::