...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, December 31, 2014

31/12/2014

Al salam alaykum

Tak sedar pun dah 31/12/2014. Balik rumah tgk TV3 ada rancangan Imbasan 2014. 

Harap tahun 2015 membawa sinar harapan utk aku. 

Azam tahun baru, bawak je la azam tahun lepas. Azam yg satu belum tertunai. 

Dan semoga Allah makbulkan doa kami utk menjadi tetamuNya nanti. Usaha usaha usaha!

Harap dapat meningkatkan taraf kerjaya. Oh, bukan nak jadi bos. Tapi boleh meluaskan skop lingkup kerja. Mana tahu boleh berhijrah, dgn sebetul-betul hijrah?


Kalau nak senaraikan azam, mmg ada 365 azam la sekurang-kurangnya. Sbb hari-hari azamnya sentiasa baru. 

Nak buat baling belakang ke? Tak payah la. 

Semalam itu kenangan. 
Hari ini adalah kenyataan. 
Esok adalah harapan. 


Selamat tahun baru 2015. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, December 30, 2014

Banjir: Jalan pulang ke KL

Al salam alaykum

Dapat balik ke Kuantan, 2 hari 1 malam berada di pusat pemindahan, dapat balik ke rumah. 

Hari Sabtu, dah dapat khabar Temerloh banjir. KM 126 di LPT mula-mula ditutup utk kenderaan ringan. Kemudian, terus ditutup utk semua. 

Tapi tak mengapa, jalan lama ada lagi. Kak Anor bg update. Dia lalu jalan lama. Sampai Paya Pulai, air dah naik sampai betis. Tapi kereta dia besar, boleh redah la. Lepas je Kak Anor sampai KL, jalan lama pun ditutup utk semua lalu lintas. 

Aku tatau nak sedih atau gembira kalau tak dapat balik KL. Sedih sbb cuti sebenarnya takde, gembira sbb boleh 
duduk Kuantan lagi. 

Tak keruan aku malam tu. Isnin dah kena masuk kerja. As, sentiasa update aku. Jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh. Tapi jalan yg boleh dilalui itu jauh dan berliku-liku. Aku mmg tak berani nak balik sengsorang. 

Ada tiga cara:
1. Telefon bos mintak compassionate leave, sbb takde jalan pulang. Bab tepon bos tak berapa nak sanggup sangat, kan tgh perang saraf. 
2. Mengikut kereta kawan-kawan yg nak pulang ke KL. Kalau takde, aku kena buat nombor 1. 
3. Mak aku cadangkan, ayah aku teman balik ke KL pastu ayah aku balik naik bas. Eh, ok jgk. Pastu baru teringt, mana ada bas! LPT kan tutup! Hahahaaha. 

Oh ya, smpi hari ni LPT masih lg ditutup dan jalan lama pun tutup lagi. Tengku Mahkota Pahang siap landing helikopter kat R & R Temerloh lagi!

Alhamdulillah. Urusan dipermudahkan. Gigih mencari jalan pulang ke KL demi mencari rezeki utk keluarga. Chewaah!

Aku ikut Hafiz dan Raz yg mmg kena balik KL jgk sbb Raz ada meeting sekolah hari Isnin. Kami bertolak lebih kurang jam 9.20 pagi di Caltex Gambang, dan sampai ke KL jam 3.00 petang. 

Perjalanan kami sejauh 340 km, meliputi Kuantan, Pekan, masuk Muadzam Shah, kemudian simpang Bahau, ke Jempol, terus menuju ke Manchis, Karak, keluar di tol Bentong seterusnya Gombak dan sampai ke KL. 

Jalan sungguh berlopak-lopak dan berliku-liku. Agak sunyi pagi tu tapi lama kelamaan banyak dah kereta. Sbb tu la satu-satunya jalan utk menghubungkan Kuala Lumpur dan Pantai Timur buat masa ini. 

Shuhada tepon aku jam 3.00 ckp dia dah stuck dlm jam kat Paloh Hinai. Zuhdi balik semalam amik masa selama 20 jam dari Kuala Terengganu utk sampai ke Klang. Alhamdulillah, kami bertolak awal dan aku rasa pelik sbb jam 3.00 ptg Ahad aku dh ada kat KL. 

Walau apapun, mmg sangat berterima kasih kpd sahabat-sahabat yg sentiasa saling update mengupdate situasi banjir. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, December 29, 2014

Kenapa pindah?

Al salam alaykum

Ada org tny jgk, rumah tak banjir kenapa pergi duduk pusat pemindahan?

1. Mmg dapat arahan utk pindah, sbb minggu lepas selama beberapa hari dijangka air pasang besar. Paling tinggi 3.6 meter. Kalau beserta dgn hujan, banjir akan berlaku tambahan pula longkang besar sekitar kawasan kami airnya penuh dan ada yg melimpah keluar. 

2. Tapi bg aku sbb utama ialah, tak sanggup utk melihat rumah dimasuki air. Tahun 2001, rumah kami mula dimasuki sekitar jam 12 tgh malam, air tu tenang je, tp setenang-tenang air tu, jam 4.00 pg air dah separas pinggang. Dan, kami mengharung air dari rumah hingga ke jalan besar dekat pencawang TNB utk mendapatkan bantuan. 

3. Tahun lepas, 2013, mak dan ayah pun berkemas, walaupun perasaannya banjir tak jadi, tapi dapat arahan berpindah, dan masih berharap tak banjir. Tapi mmg dah takdir, lagi sekali kami merasa banjir. Banjir yg tak dijangka langsung. Alhamdulillah mmg dah keluar dari rumah awal-awal, tapi adik aku sorang terperangkap. Sbb tak sangka banjir. 

4. Dan oleh sbb itu, apabila dapat arahan utk pindah, cepat-cepat mengemas rumah, dan terus keluar mencari tempat perlindungan. Tak sanggup lg nak dengar famili terperangkap dalam banjir. Biarlah sampai ke pusat pemindahan, tidur tak selesa, tapi semua ahli keluarga ada, jiran-jiran ada. Sayangkan rumah memang sangat sayang, tapi demi keselamatan, tinggalkanlah. 

Cuma, lain kali, kalau terdapat lg jangkaan banjir (na'uzubillahi min zaalik),  kalau ada lagi arahan utk pindah, sebelum air naik ke paras buku lali atau paras betis, selain dari barang berharga dan dokumen penting, keperluan diri spt pakaian dan pakaian solat, yg penting jugak siapkan sekali bekalan makanan sedikit, dan tikar bantal dan toto selimut, dan khemah bawak sekali ke pusat pemindahan. 

Jadinya, takdelah sukarelawan dan petugas banjir dan jugak mangsa-mangsa banjir bertekak dan berkecil hati dgn perangai masing-masing. 



Salam takziah utk sahabat-sahabat saya di seluruh Malaysia yg terlibat dgn banjir pada kali ini, terutama sekali di Kelantan. 

Bila Allah menduga, itu tanda kasih sayang dan rahmatNya kpd kita. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, December 27, 2014

Banjir - Pusat pemindahan

Al salam alaykum

Kami dah balik rumah. Dah tak larat nak tido kat pusat pemindahan. Katanya air pasang lagi. Harap tak banjir. 

Sempat berwasap dgn kengkawan lain. Dapt berita dari Keri, Kelantan makin teruk banjirnya. Rumah dia hapus. Sedih. 

Aku nak kongsi pengalaman duduk di Pusat Pemindahan. Kali ni pusat pemindahan di Kuantan jauh dari kawasan banjir. Alhamdulillah. Pengalaman dari tahun lepas. 

Famili aku dan kebanyakan jiran-jiran duduk di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Sbb dewan Sukpa dan dewan lain dah penuh. 

Alhamdulillah, makan ok. Sentiasa ada roti dan biskut. Nasi nak makan ikut jadual makan. Cuma kalau roti nak kena p mintak. 

Tapi, ada jgk kelemahan. Terutama utk warga emas yg kesejukan. Tahun ni takde masalah utk pengangkutan dan jalanraya. Tapi, bantuan seperti tikar dan bantal utk warga emas lambat sampai ataupun mungkin tak mencukupi. 

Masuk hari kedua, ada lagi jiran-jiran kami yg tak dapat tikar dan bantal.  Tido atas kotak. Warga emas plak tu. Bila ditanya, jawapan yg diterima tak pasti. Petang sikit, barulah ada toto. Dan juga selimut. Alhamdulillah.

Cuma, pelik, masalah apa yg dihadapi sehinggakan perkara asas utk mangsa banjir tidak mencukupi atau lambat sampai. Bukan tidak bersyukur, tapi seluruh Malaysia telah diwarwarkan oleh kerajaan bahawa kerajaan telah bersedia utk menghadapi bencana banjir.  

Ini masalah di Kuantan, yg mana jaringan pengangkutan masih lagi ok dan selamat. Belum lagi di Kelantan atau di tempat pedalaman yg lain yg terus terputus hubungan. 

Dan, aku dapat kontek adik ipar aku kat Kelantan. Dia kat pusat pemindahan jgk. Makan semua ok, tapi nak dapat air panas  nak simpan air panas utk susu baby susah. Maka, mungkin sahabat2 yg menguruskan bantuan kemanusiaan boleh mempertimbangkan utk memberi termos air panas utk ibu beranak kecil. 

Dan, yg paling mendukacitakan ialah, mak aku nak amik nasi utk Adam. Waktu utk makan nasi ialah jam 7.00 pm. Tp Adam dh mengamuk nak nasi, mak aku nak amik nasi skit je. Utk Adam. Dah dapat kebenaran daripada sukarelawan lain, tapi yg duduk kat nasi tu marah kat mak aku, walaupun dah cakap utk budak 2 tahun.

Meja utk agihan makanan ada dua. Petugas kat meja belah kanan baik-baik je. Senyum sentiasa. Cerita berikutnya utk meja yg di sebelah kiri. 

Masa makan tengahari, aku mmg perhatikan petugas-petugas ni. Amik gambar beraksi macam-macam dengan senyum sampai ke telinga. Tapi semasa bertugas memberikan makanan kepada mangsa banjir, muka masam mencuka. Takde terselit senyuman sikit pun. Masih bersangka baik, penat memasak mungkin. 

Dan, ada sukarelawan dari Ikatan Muslimin datang membuat program utk kanak-kanak mangsa banjir. Seronok budak-budak ni dapat mewarna dan jgk pensil warna baru. 


Pengalaman aku. Pengalaman semua. 

Teruskan bantuan utk mangsa-mangsa banjir lain yg lagi memerlukan. Teruskan berdoa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, December 25, 2014

Kisah banjir

Al salam alaykum

Kalau tahun lepas berendam air mata tengok Kuantan banjir, tahun ni berendam air mata tengok banjir di Kelantan. 

Banyak khabar disebarkan. Video budak menangis mintak tolong. Sekolah yg tenggelam. Hospital yg sampai separas pinggang. 

Sedih. 

Allah menguji hambaNya yg sedia diuji. Harap semua tabah. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah! 

Malam ni, aku tidur di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Penduduk Sungai Isap diarahkan berpindah. Malam ni hujan. Kemungkinan air pasang besar lagi. Harap kami tak banjir. Semalam 3 buah rumah di hujung lorong dinaiki air. 

Harap malam ni takde apa-apa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Tuesday, December 23, 2014

23/12/2014

Al salam alaykum

Hari ni hari lahir lelaki kesayangan saya, iaitu En. Kamaruddin bin Md. Taib. Selamat hari lahir Pa! Semoga sehat sejahtera sokmo. 

Dan hari ni juga, warga Kuantan sedang berjaga-jaga. Air pasang tinggi malam ni. Hujan dah seminggu tak berhenti. Berdoa, hujan yg turun ialah hujan rahmat, hujan manfaat, tidak membawa mudarat.

Pray for Pantai Timur. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, December 22, 2014

Adik dpt 5A, adik nak Oppo!

Al salam alaykum

Adik aku mintak tepon Oppo. 

Hahahahaaha. Dia mintak laptop lepas UPSR dulu pun aku tak bg. Inikan plak tepon Oppo. 

Sbb apa nak hadiah?

Sbb dapat 5A dlm PT3. Huyyooo! Lain adik dapat apa?

Kaklong tahu adik dpt 5A dah la. Yg lain tak penting. Adik nak Oppo!!!!!

Aku bercakap dgn mak aku. 5A tu mcm cantik je kan?

Yg lain C, 2E dan paling tak sangka, ada F! F tu apa? Sains!! Hahaahaha. 

Sebenarnya, kami mmg terkejut dgn keputusan PT3 dia ni. Tapi, sbb mmg tak paham cemana PT3 ni, yg boleh kami tolong, belikan buku-buku rujukan untuk dia. Yg lain-lain, atas usaha sendiri utk berjaya. 

Aku pun terasa mcm nak mintak sekolah teknik utk dia, tapi dgn result yg macam tu, adik duduk la sekolah Ihsan ye! Sekolah tu pun dah best dah. 

Takpe la dik, harap ada rezeki yg lagi baik utk peperiksaan SMA dan SPM nanti. 

Nak apa? Oppo???? 

Nnt kaklong belanja Opor daging yek!

Luahan hati calon PT3:




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, December 21, 2014

Kurang dua bulan lagi ye

Al salam alaykum

Hari ni baru aku mulakan latihan utk misi Februari 2015 nanti. 

"So kita skrg kena praktis tetiap minggu ke?"

"Memang la, dah dekat ni!"

Hahahaahaha. Nampak macam tahun 2015 tu lambat je lagi nak sampai ye!

Pertama kali panjat Bukit Saga. Biasa pergi Bukit Apek je. 

Dan, pertama kali aku rasa dada mcm nak pecah. Tak pernah selama ni aku rasa macam tu. Bukit Saga tu kalau ikut stamina Cik Nurul, setengah jam je siap. Aku rehat agak lama juga, pikirkan pasal jantung aku. 

Risau la jugak. 

Hajat hati nak takluk awan, bukit pun tak lepas, apa cerita?

Harap semua dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, December 19, 2014

Marahkan nyamuk...

Al salam alaykum

Sekarang industri kerjaya kami ni sedang perlahan. Banyak projek yg ditangguhkan. Dan, ramai jugak kengkawan yg ditawarkan VSS. 

Alhamdulillah, kampeni yg aku kerja skrg ni ada projek utk sampai tahun depan. Maka, kebarangkalian utk staf2 kami kehilangan pekerjaan adalah sangat rendah, insyaAllah. Kecuali, kalau ko buat perangai tak semenggah, maka, berhati-hatilah. 

Cuma, seminggu dua ni, aku tetiba tak sebulu dengan bos. Tapi aku tak buat perangai, kerja aku jalan seperti biasa, cuma komunikasi dan reaksi aku dgn bos sangatlah teruk. Dan, bos perasan.

Pada suatu petang, bos panggil bertanyakan apa yg aku marah dan tak puas hati. Aku suka jugak la sbb bos perasan kepincangan tu. Tapi bila bos tanya, aku sebal dan sebak. Hahahaaha. Jadinya, tak terluah jgk apa yg aku tak puas hati. Jaga gengsi beb!

Akhirnya, aku cakap aku malas nak cakap apa-apa lagi, dan aku cakap tak perlu cakap apa-apa lagi buat masa skrg. Yg penting, aku melakukan kerja aku seperti biasa. 

Tapi bos tak betah. 

"Khairini yg hari ni, bukan Khairini yg sebulan lepas." Dia cakap. Dia tak suka situasi sekarang. Tapi, bg aku, sbb dia yg mulakan dulu, maka terimalah dulu seadanya. 

Kalau betul ko tak marah takde apa-apa nak cakap, mesti ko pandang muka aku macam biasa. Setakat nak pandang muka bos, senang je. Tgk ni saya pandang bos. Hahahaaha.  Penin la bos seantero dunia ada staf mcm aku. 

Dan, secara drastiknya, aku buat keputusan, pindah ke belakang ke bilik En. Lan. Sebenarnya, arahan pindah ni belum lagi secara rasminya. Tapi aku benci cakap-cakap belakang yg sampai kat telinga aku. Maka, aku pindah sendiri semalam. Tak payah la nak tunggu arahan. Pindah je. Kalau itu yg org mintak. 

Rindu bilik aku. Selepas 2 tahun lebih aku tak hiraukan hiruk pikuk bising luar dari bilik aku, akhirnya 2 hari ni aku cuba utk menyesuaikan diri. Dan, sekaligus, bos tak cari aku dah la. Kalau dia nak marah pun, lambat la skit sampai kat aku. Agaknya la. Kalau sebelum 2 hari lepas, nak marah ke, nak panggil ke, senang je dia datang terjah. Ni jauh la skit. Heheheehe. 

Bos konon nak bergurau dgn aku. Datang kat tempat baru aku, "eh, dah pindah sini ye? Patut la sunyi je kat depan." Aku buat derkkkk je. 

Tapi, fail-fail lain masih dalam bilik lama. Bilik En. Lan takde tempat nak letak fail. Kurus la aku ulang alik banyak kali nak amik fail nak jumpa project engineer nak p toilet etc etc. 

Dan, bersyukurlah, ko masih mempunyai pekerjaan. Alhamdulillah. Harap aku cepat sejuk hati supaya aku boleh mengadap bos dgn tenang. 

 “Don’t quit your job just because you’re unhappy. Your bills don’t care if you’re happy or not.”

http://fitzvillafuerte.com/quit-job-youre-unhappy-work.html

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, December 18, 2014

Korea dalam mimpi

Al salam alaykum

Selepas beberapa malam berturut-turut, aku mimpi ngeriiiii (mimpikan bos dan tempat kerja dan kerja-kerja tak berkesudahan tu kan mimpi ngeri!!), aku mimpikan Korea. 

Kali ni, kami pergi ke tempat-tempat yg kami tak sampai lagi masa trip itu hari. 

Seronoknyaaaaa!

Tapi, mimpi je la. Mana la tau satu hari nanti, Allah izinkan kaki ini utk jejak lg ke Korea. 

Tapi aku syak, aku mimpi Korea ni sbb dua minggu tak dapat tgk Lee Sang Woo kat tv ni!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, December 14, 2014

Shah Alam Exciting Hunt 2014

Al salam alaykum

Semalam, 13/12/2014 kami masuk Exciting Hunt di Shah Alam. Pertama kali aku join dgn budak ofis aku, Ana, Nadira dan Nir. 

Aktiviti ni adalah anjuran MBSA dan Hikers Climber Adventure Team. Yuran penyertaan RM 200.00 utk sepasukan. 


Alhamdulillah, kami dapat no 6. Hadiah ada 20. Juara, naib juara dan tempat ketiga semua lelaki!

Aku tanya sang Juara, mereka menghabiskan semua check point, 14 check point semuanya dalam masa 7 jam. Mmg terer ah!

Tapi sepanjang aku berkecimpung dgn Treasure Hunt, ni la yg aku rasa mcm penganjur agak kedekut dan routenya mcm mengarut. 

Aku kata kedekut sbb:
1. Takde sarapan pagi ataupun makan tengahari ataupun minum petang disediakan. waima sebuku roti ataupun sebotol air mineral utk bekalan sepanjang aktiviti. Sepanjang aktiviti, takde pun air di check point walaupun katanya ada dpt sponsor air mineral. Jumpa 100 plus je pun di SACC Mall. Ohs, mungkin itu boleh dikira sbg minum petang kot. 

2. Nak lukis graffiti, yg disediakan hanyalah papan plywood. Pastu peralatan melukis kena beli sendiri. "Korg boleh beli spray cat kat kedai belakang sana." Sebotol RM 7.00 tau! Tak salah kot kalau pihak penganjur sediakan botol2 spray tu. Bkn habis pun peserta guna. 

3. Memancing ikan. Kena bawak alat memancing sendiri. Nangis! Sib baik Nir ada joran. Tapi nak gali tanah cari cacing tu mmg tak la. Pakai je la umpan roti. At least, pihak penganjur dpt sediakan tali kail bodoh2 pun takpe la. 


Pasal route yg tak masuk akal tu, dari Shah Alam, kami ke Klang. Ok la lagi. Lepas tu, balik semula ke Jalan U8, kendian kena pergi ke Setia City Mall yg dh bersempadan dgn Klang plak! Pastu kena balik semula ke Shah Alam, yg bila tgk jalan tu, "kita dah lalu tadi kan? Yg kita buat itu kan? Buat ini kan?"

Banyak songeh ko Kay! Tu yg juara sampai ketiga tu sampai je semua CP! Hahaahaha, sbb tu diorg juara. Aku saja tgk markah utk CP 1, sang juara dapat markah 28 je, kami 36! Tp diorg dapat tangkap ikan, kami tak... Hahaahah. 

Kami ketinggalan dgn kumpulan 001 tu sejam je jarak masa. Utk CP1 dan CP2, hanya kami yg awal. Tapi kami habiskan masa sejam utk tangkap ikan sombong tu, tapi tak berjaya. Dari kami konker kolam tu, selepas setengah jam, ramai dah kumpulan lain sampai. 

Antara check point yg ada:
CP 1: Laman Seni 7 - Jawab 20 soalan (40 markah)
CP 2: Tasik Shah Alam - Pancing ikan (30 markah)
CP 3: Pasar Klang - Beli kerang


CP 4: Little India Klang - Bunga Malai (40 markah)
CP 5: Jalan U8 - Jawab soalan (20 markah)


CP 6: Setia City Mall - cari senarai barang (salah satu barangnya ialah telefon analog! Mana nak cari? Tak terpikir masa tu masuk Daiso beli tepon mainan budak-budak)


CP 7: Tasik Shah Alam - rebus kerang (10 markah)
CP 8: Persiaran Dato Menteri - tangkap ayam (10 markah)


CP 9: Belakang Concorde - Graffiti (10 markah)


CP 10: Tesco Extra Shah Alam - Selfie dgn Papadom (10 markah)
CP 11: Tadisma - x sempat
CP 12: tatau kat mana
CP 13: tatau kat mana
CP 14: mungkin SACC, sbb ada aktiviti repelling

Apa pun kami enjoy setiap detik sepanjang aktiviti ni. Biasalah, memula kata kuncinya ialah, kita suka-suka je, tak kejar menang. Tapi bila dah rasa ada harapan, tekanan utk menang pun datang. Maka, macam-macam la terjadi. Hahaahahaa. 

Kpd pihak penganjur, harap dapat memperbaiki setiap kelemahan yg ada utk penganjuran aktiviti ini di masa hadapan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, December 12, 2014

Wasap yo!

Al salam alaykum

Berapa banyak masa yg korang habiskan mengadap telefon pintar korang tu?

Aku sendiri tatau. 

Tapi kalau kat rumah sewa ni, kalau malam tak tgk tv, tak baca novel, tak masak, mmg tepon ni adala kat tangan. 

Bukan buat apa pun. Baca wasap. 

Tapi kalau balik Kuantan, takdenya nak menghadap tepon pun. Layan mak ayah aku, anak-anak sedara lagi baik. Kadang-kadang, anak-anak sedara aku main tepon sampai habis bateri pun aki tak sedar. Kalau org tepon, takdenya diorg nak ckp kat aku. Apatah lg kalau masuk msg. 

Berbalik kpd wasap punya cerita. 

Skrg plak mcm2 group org buat. Famili sendiri, sedara mara, zaman sekolah, zaman matriks, zaman U, bebudak ofis, bekas ofis, geng-geng kacik, geng kadang2 kacik dan bermacam lagi. 

Kalau tak kena dgn jiwa aku, aku mmg kuar dr group tu. Dan jgk, grup pasal kerja, semua aku left walaupun dlm grup tu ada Pengarah Urusan kampeni. Hheehehe. 

 Kalau ok tak merapu, aku stay je la. Cuma, walaupun aku mute semua grup utk setahun, tak dapat tidak, aku terasa jgk nak 'bersuara' dlm grup tu walaupun sepotong ayat sehari. 

Aku kagum dgn kengkawan yg langsung tak pernah bersuara dlm group. Tp dia baca. Dia tahu apa tg berlaku.  Dan tak tinggalkan group. Ilmu apa yg korg pakai ye? Tahan betul!

Utk aku, penyelesaiannya ialah, waktu kerja aku off kan data, bukak malam je. Tapi nnt tak habislah data aku plak. Hahaahah. Ataupun, aku keluar je dr grup semua tu. 

Kawan aku yg senyap dalam grup ckp, dia tak kuar dr grup sbb appreciates dgn admin yg add dia. Waaaaahhh! Tp nak harap dia borak, mmg takde la. 

Kagum! 

Apa pun, Rasulullah pun dh pesan, bersederhanalah dalam segala hal. Itu yg cuba utk aku buat dalam hal berwasap-wasap ni. Semoga dipermudahkan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, December 10, 2014

Warna warni kehidupan

Al salam alaykum

Ramai cakap aku suka warna purple. 

Tapi aku tak la suka pun. Tapi tak la benci. 

Tak baik benci-benci. Kata abam Yusry KRU. 

Cuma aku pikir warna purple adalah warna selamat. 

Warna purple mcm warna coklat. Kalau warna coklat, mmg aku suka. Warna yg bersatu dgn alam. 

Warna selamat, warna yg tidak menyerlah, yg tak menonjol, warna yg boleh buat aku menyorok. 

Heheheehe. 

Org kata, warna ungu tu sesuai sgt dgn aku, sbb cepat merajuk. 

Merajuk tu takde kaitan dgn warna mungkin. 

Tapi mungkin adalah salah satu sifat mazmumah dalam diri. 

Sifat yg aku cuba kikis sikit demi sikit. 

Sapa kata merajuk tu manja?

Gediks la sangat. 

Tapi, merajuk bukanlah berpanjangan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, December 03, 2014

Masak

Al salam alaykum

Sejak tgk Feast of the God ni, semangat nak memasak berkobar-kobar. 

Sungguh pelik. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::