...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, September 29, 2014

Bila Allah menduga kita

Al salam alaykum

Seminggu berlalu. Bermacam ujian dan dugaan. 

Rasa macam nak jatuh. Terduduk. Pitam. Pengsan. Dan bila sedar, berdoa semoga tak ingat apa-apa, semua yg berlaku hanya dalam mimpi. 

Tapi, dugaan yg datang, bukan utk suka-suka kan?

Allah menduga, mengikut kemampuan kita kan?

Kita diuji, sbb kita layakkan? Sbb kita hambaNya. 

Dan, sebagai hamba, berdoalah senantiasa, semoga Allah memberikan kekuatan utk menempuh segalanya, sentiasa positif, sentiasa ada peluang utk memperbetulkan setiap kesilapan, setiap kesusahan. 

Doakan sahabat, semoga sentiasa kuat, sentiasa tabah, tidak rebah, sentiasa bersangka baik, supaya menjadi manusia lagi baik berbanding hari-hari yg berlalu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, September 22, 2014

Lagu

Al salam alaykum

Demi mendengar telefon ofis berdering, dan telefon tangan bernyanyi... Dua-dua aku pegang tatau nak jawab yg mana satu dulu. 

Telefon ofis, bos yg telefon rupanya. Telefon tangan yg menyanyikan lagu "Lagu", budak ofis jgk yg ada kat site. 

Aku memilih utk bercakap dgn bos dulu. Tapi bos pakai loud speaker, mentang tepon dia ada speaker kan, jadinya aku tak dengar apa dia cakap. 

Helo helo helo!

Padanlah tak dengar, ko dengar lagu rupanya!

Ringtone saya la bos!

Susah kalau bos tak berjiwa seni ni. Pakai ringtone "tett tett tett". 

Aku punya la rajin sunting lagu nak jadikan ringtone. Maklumlah, sejak kenal telefon mmg tak pernah guna ringtone standard telefon tu. 

Lagu best plak tu. 

Walaupun kawan-kawan cakap lagu nak tido kedengarannya. 

Hariku, harus dipenuhi dgn kehadiranmu, sayangku
Fikiranku, hanya dipenuhi dgn senyumanmu... Uuuu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa, di sisiku sayangku
Berikanku, hanya satu, hanya satu, lagu...

Lagu - Bedtime Sanctuary

Oh, terasa nak assign satu ringtone khas utk bos, supaya bila telefon tangan aku berbunyi, aku tak payah berkejaran tgk sapa yg telefon, so masa tu aku boleh pilih nak jawab atau biarkan berdering je 10 kali. 

Ngeh ngeh ngeh. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, September 21, 2014

Sakit lutut

Al salam alaykum

"Kat sana tangga banyak kak! Saya pun sakit kaki ni panjat tangga. Akak tu sakit lutut cemana la nanti"

Ye, aku sakit lutut. Dah berminggu terasa. 

Duduk bersila, atau bersimpuh, atau duduk sesaja, bila nak alih riba, nak alih kaki, sakitnya terasa di lutut. 

Tatau kenapa. 

Nak pergi jumpa doktor masih bertangguh-tangguh. 

Nanti cemana nak panjat tangga, nak panjat bukit kat sana?

Naik kereta kabel boleh?


Eheheehe

Semoga Allah sembuhkan sakitku. Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, September 20, 2014

Kekasih Waktu

Al salam alaykum

Sbb tak sabar nak tau ending, berjaga malam ni. Dan, sedih bila ada watak yg mati. 


Best! Sbb aku terasa mcm aku ada kat Kashmir, ada kat Peshawar, ada kat Taj Mahal, terasa mcm aku ada kat wilayah yg bergolak sana. 

Jom cari tiket p India!

Tahukah kamu, sekiranya kita bersahabat seiring dgn berlalunya waktu, kita panggil teman kita itu "kekasih waktu". 

Pengajaran: Mencintai tak semestinya memiliki. 

Doa adala senjata mukmin. 

Walaupun nampak klise, tapi sebenarnya dalam kehidupan kita, itulah yg sering kita lupa. 

Lupa utk berpada-pada, lupa utk menyerahkan segalanya kpd Yang Esa. 


Jadilah matahari yg sentiasa menerangi, walaupun tidak disukai. 

Lagi petikan:

Doa adalah tempat beristirehat bg mereka yg miskin, tempat berteduh bg mereka yg gundah, dan kelegaan bagi yg terbakar api hasrat - risalah Sufi al-Qusyairi

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 18, 2014

Time-off

Al salam alaykum

Bukan rezeki nak p temuduga kat menara jagung hari ni. 

Mintak time-off tak lepas. 

"Bg saya 5 good reasons why i should sign your time-off"

Erkk. Tak sempat nak jawab, berbalik semula kpd soal kerja, kena marah, terus tak dapat time-off. 

Tapi, dapat semula slot temuduga minggu depan. Aku nak amik cuti separuh hari la terus. 

InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, September 17, 2014

Cooling Period

Al salam alaykum

Baru hari ni ku tahu selepas gagal dalam temuduga berangka di syarikat menara jagung, maka calon yg gagal akan diberikan masa penyejukan selama 2 tahun. 

Ini adalah utk memajukan dan menyediakan masa yg mencukupi utk menghadapi temuduga berangka lagi sekali jika berpeluang. 

Lama kot dua tahun? 

Tapi setiap kali ada je pegawai sumber manusia dari syarikat menara jagung telefon, soalan yg sama akan ditanya "pernahkah menghadiri temuduga berangka?"

Sama ada:
1. Mereka tak buat semakan latarbelakang
2. Mereka nak menguji kejujuran calon. 

Jadinya, berpikir secara baik, aku amik yg nombor 2. 

Temuduga berangka tu utk jawatan tetap. Jadinya, kalau mereka berminat utk mengambil calon yg gagal dalam temuduga berangka tu, mereka akan menawarkan jawatan kontrak, tetapi kalau nak diserap ke jawatan tetap, tetap la jugak kena hadiri temuduga berangka. 

Mimpi ngeri pergi temuduga berangka. Kenapa orang lain cakap senang ek?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 16, 2014

Balik kampung

Al salam alayum

Sebelum tu, tepon dah ok. Dia terpadam sbb bateri. Takpe, Adam tak bersalah pun. 

Bila Encik Epal Putih kembali berkhidmat, tabiat keja gila kentang pun kembali semula. Asyik tgk last seen orangg je. Ngek!

Ma tepon tanya tanak balik ke Kuantan ke walaupun tak jadi p interview kat Gebeng? Aku mmg jawab tak jadi la sbb fulus dlm poket dlm kantung rimau semua dah berkurang. 

Boleh je nak jimat balik dgn bas. Tapi sebulan dua ni macam serik nak tinggalkan Encik Gemuk Gojes bersendirian di KL. 

Ma cakap nak balik Dungun. Pikir punya pikir, balik je la dgn Encik Gemuk, gasaklah kurang fulus pun. Janji mak ayah happy kan? Tapi tak dapat la amik cuti hari Senin, sbb nak kena attend course berkenaan cukai yg bakal dilaksanakan nanti pada April 2015. 

Hari Sabtu, balik Dungun. Eh pergi Dungun. Nak cakap balik pun macam tak kena, sbb kami dah takde rumah utk berteduh. 

Ada kenduri kahwin dua beradik 4-5 pupu aku, Shuhada dan Sakina. Aku takde gambar pengantin sbb Shuhada dah siap makan beradab, Sakina plak masih menunggu ketibaan pengantin. 

Kemudian, seperti kelaziman apabila balik Dungun, menziarahi kubur arwah tokyang dan mok (nenek), dan juga saudara mara yg lain. 

Dan, masuk Kg Alor Tembesu, berjumpa saudara mara yg lain. 

Dan, kami mengimbau kenangan. 

Rumah Arwah nenek. Tapi bukan kami yg punya. 


Jalan lurus ke sana dan belok kanan, jumpa la tadika Kemas. Bangunan lama masih ada. Tempat aku mengenal huruf. Dulu rasa malas nak p tadika sbb rasa jauh. Skrg tgk dekat pehh je. 


Kedai Long Arah. Tapi Long tak jaga dah. Kawan masa kecik aku, kawan baloh, Izan anak Teh Semoh yg jaga. Kedai ni tempat aku makan nasi lemak Cik Kah pagi2 sebelum aku pergi tadika. 


Jalan Nibong Stesyen 5 Kiri namanya. Tapi dalam alamat surat menyurat, takyah rajin sangat tulis, buat penat jemari je. 


Dah jadi terbiar. Dulu mana ada rumput-rumput ni. 

Tempat main kejar-kejar, main gelap cerah (galah panjang), main deccok (teng teng), main nusuk sampai kat balik telaga arwah Tok Chik sampai la dalam gok ayam kambing, main wa wa pepek wa pepek hujung galah, main getah zero point, main blue black ikan kasar, sili oli owais (apa nama lagu ntah), main apa khabar datuk harimau, main bola kaki, bola selipar, baling tin, konda kondi, nenek2 si bongkok tiga macam2 lagi la apa yg boleh dimain. Sampai koto belokong itang legang kaki. 

Adik-adik anak-anak sekarang main lg tak?


Mercu tanda Bandar Dungun yang baru. 

Kemudian, gi Pantai Sura ataupun Pantai Teluk Lipat. Semakin terhakis, tapi terjaga la skit. 


Banyak gak gambar masa kecik kat sini. Mak aku cite aku penah hilang dalam rok (semak) semasa cari buah kemunting. Ye, aku ni peminat buah kemunting. Tapi skrg, payah nak jumpa. Pastu selalu tertukar dgn buah pokok senduduk. Lebih kurang je rupanya. 

Jam 6 petang, kami bertolak pulang ke Kuantan. 

Harap dapat pulang lagi ke kampung kelahiranku, Dungun, Terengganu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::









Sunday, September 14, 2014

Dik, topup Maxis paling minimum berapa hinggit?

Al salam alaykum

Kerja gila bila gila tengok kereta atas jalan nak cari nombor plat kereta yg dah lama tak tengok... Sbb namanya ialah perasaan gila kentang!




Encik Epal Putih meragam lagi... jadinya saya kembali ke dunia Nokia yg tak boleh nak compose ringtone... dan nombor pun lain... saya guna nombor prepaid... sbb saya tak boleh keluarkan simkad saya dari Cik Epal Putih... Balik kolumpo nanti kita masukkan dia ke wad... harap2 tak kritikal...

Adam semalam main game kat tepon kendian dia campak seperti biasa... tapi kali ni tak seperti biasa, padam terus tanak menyala...

Saya harap awak sakit biasa-biasa saja dan tak tenat... saya tak mampu lagi nak menggantikan awak dengan Encik Epal no 6, apatah lagi no 6 tambahan... Awak jangan buat saya susah hati tau Encik Epal Putih...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 08, 2014

Bos beranekdot ini hari

Al salam alaykum

Pagi td dpt panggilan dari En. Client. Sepatutnya dia bukan cari aku, tp sbb org yg dicari takde, aku la jadi mangsa keadaan. Ngek client ni, dok menyumpah-nyumpah plak. 

Aku pun menyuarakan ketidakpuashatian aku kat bos. Tapi aku tak cite pun part menyumpah tu. Aku cakap aku tak suka dan tak patut. Bos gelak je. Pastu dia tanya, "Dia cakap apa kat ko? Ko tau tak, dia tu sama negeri dgn ko, dia orang Pahang"

Aku jawab, "Eh, saya bukan orang Pahang. Saya lahir kat Terengganu."

Bos: "Dan dan eh ngko! Tak ngaku orang Pahang."

-------------------------------

Bos: tepon ko ni bleh loud speaker kan?
Aku: tak boleh la bos. Kami dh try dah. 

Dia pun tekan-tekan,

Bos: tu boleh tu!
Aku: tak boleh. 

Bos tak caya. Sekali dia call orang, orang belah sana tak dengar! Hik hik hik. Degil!

Bos: ko pergi amik tepon bilik Monshi. 

Hahahahaaha

------------------------------

Aku: Bos, saya nanti nak hantar borang cuti tau!
Bos: cuti ko kena freeze! So takleh cuti!
Aku: Whatt???

-----------------------------

Aku sedang bergelak ketawa dgn Kekna dan Sheera. Tiba-tiba Kekna cakap ada org panggil. 

Bos: Amboi seronok sakan ko eh. Aku panggil tak dengar. Meh sini kejap!

Dah pukul 6 kot!

----------------------------

Bos: Ko buat ini petang ni. 
Aku: Esok la bos, nak balik dah ni. 
Bos: alaa... Ko balik pun bkn buat apa pun. 
Aku: saya pun ada dunia saya, ada buku nak baca. Ada tv nak kena tengok. 
Bos: itu bukan duniaaaaa. Pergi buat kejap. 

---------------------------

Sedang buat apa yg diminta td, tiba bos masuk bilik. 

Bos: ko buat la ni, takyah tunggu diorang. 
Aku: ok bos. Esok sy buat. 

Dia berdiri depan pintu buat muka. 

Aku: ok la. Saya buat sekarang. Ingatkan bos tak dengar td. 
Bos: heeeiii ko ni!

Aku buat, siap e-mail. Tengok bos hilang. Aku pun cabutttt!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Sunday, September 07, 2014

Sambal Hitam Pahang

Al salam alaykum

Minggu lepas balik Kuantan, adik aku mintak mak aku buatkan sambal hitam. 

Mak aku tanya, aku nak tak. Adik aku mintak banyak, aku malas nak tambah banyak lagi, so aku mintak stok belimbing je bawak balik KL. 

Pastu mak aku cakap ada dua cara sebenarnya nak buat sambal hitam Pahang ni. 

Aku bagi dulu bahan-bahannya. 

Belimbing buluh - rebus sampai hitam
Cili padi
Ikan bilis
Bawang merah

Kisar semua sekali. Tumis dalam kuali, perasakan garam dan gula. Tumis sampai kering. 

Yang original Pahang, lepas blend semua bahan, terus masuk kuali. Goreng la sampai kering. 

Aku pernah makan versi ni kat kenduri kahwin Remi kat Kuala Lipis dan kat Restoran Ikan Patin Claypot kat Temerloh. 


Ni baru buat tadi. Tapi kurang pedas sbb Husna dan Kak Roza kurang makan pedas. 

Yang resipi derhaka skit, tumis dengan minyak, sampai la kering. 


Ni yg aku buat tumis dengan minyak. 

Kecur air liur. 

Makan nasi bertambah la kita!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, September 05, 2014

Terlebih gula!

Al salam alaykum

Kenapa Kak Kay skrg ni nampak ceria? Dah ada pakwe eh?

Kenapa bila ceria dikaitkan dgn pakwe? Padahal aku sentiasa je ceria! Ha ha ha. 

Hidup ini indah kan? Berbahagialah, bergembiralah, bercerialah! Hehehehe

"Kalau apa yg kita minta, tidak diberi... Maknanya apa yg kita suka tidak memberi kebaikan utk kita sepanjang hidup di bumi ini." - Detak Jantung Dia. 

Novel yg terlebih gula. Nasib baik banyak kata-kata indah yg boleh direnungkan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 04, 2014

Surat cinta pertama

Al salam alaykum

Tak sampai setahun, En. Gemuk yg Gojes dh dapat surat cinta pertama. 

Salah sendiri. 

Aku menego adik ipar aku yg bawak kereta. Bakpe lambat sgt nak sampai ni? Patut la, bawak 100 je. Laju la skit. 

Lalu bawah jambatan, macam ada pakcik baju putih je!

Tepat kena tembak depan mata!

Sendiri salah la kan?



Terbang melayang! Bukan rezeki namanya.

Dugaan. Kifarah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, September 03, 2014

Rahsia Allah

Al salam alaykum

Saja buat test Herbalife kira lemak kira otot kira berat semua habis, pastu ada la testimoni seorang Ustaz. Lupa nama dia sapa. Tapi ada la td kat booth tu. 

Dia tunjuk gambo dia dan wife dia. Dia cakap wife dia doktor, tapi gemuk jugak. Tak kira la doktor ke tak doktor ke sama je kalau gemuk tak sihatnya. 

Isteri dia amik Herbalife sesama dgn dia so kurus pun sesama. 

Tapi aku tak berminat sgt tang Herbalife tu. 

Setakat ni ramai betul Ustaz yg aku jumpa, isteri dia ialah seorang doktor. 

Aci tak tetiba nak tukar profesion? Hahaahahaha


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::