...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, August 30, 2014

Konvo lagi...

Al salam alaykum

Asal konvo je, teringat bunga lili. Konvo bila la ntahnya nak dpt bunga lili. Heheehehe

Alhamdulillah, kami diraikan dalam satu Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil 2013. 


Seperti biasa, dengan Husna. Muka dia mulus tak nampak kesan kemalangan. Alhamdulillah. 


Bersama sebahagian rakan seperjuangan Bilik Kuliah 11, Ustaz Khalil bin Ramlee. 


Alhamdulillah, tahun ni dapat Mumtaz. Macam tak percaya pun ada. Rezeki Allah bagi. 

Tapi, bukanlah belajar utk sebab berkonvo. Belajar utk menggali ilmu. Dan serius, makin banyak yg aku tak tahu. Kena pergi mengaji lagi ni. 

Semoga kita semua terpilih utk memenuhi taman-taman syurga. 

Oh ya, pantun Tuan Pengerusi Majlis. 

Kalau ada jarum yg patah
Banyaklah kain yg tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadi kenangan pahit

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::






Thursday, August 28, 2014

Saling Terpesona... Sungguh!

Al salam alaykum

Lagu best di saat ini. Lagu lama pun. Boleh la buat pujuk hati. 

Lirik Saling Terpesona - Yanie & Diddy

Tercipta saat tak dijangka
Sukar untuk ku percaya
Dengan pantas masa
Bawa kita berdua

Dengar lagu nyanyikanlah
Melodi yang indah
Hiburkanlah tiap jiwa yang berduka lara
Alunan suara bisa mengusik jiwa
Memikat hatiku

Bila kita bersama
Mesranya berbicara
Hilang getar di dada
Saling terpesona
Namun tak bermakna ku cinta

Bila kita bersua
Kau buat ku selesa
Wajah manis dan ceria
Kita saling teruja
Namun tak bermakna ku cinta

Terpancar kehebatan di mata
Ku rasakan semangat mu
Ku juga kagumi caramu
Setia melayari mimpi

Kau dan aku memiliki impian
Meski berbeda jalan dan haluan
Seiringan merentasi dugaan
Sinar harapan pastikan menjelma
Hiburkanlah tiap jiwa yang berduka lara
Alunan suara bisa mengusik jiwa
Memikat hatiku

Dikau dan aku cuma saling terpesona


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

Tuesday, August 26, 2014

Pendiam/pemalu mula-mula...

Al salam alaykum



Lebih kurang je ciri-ciri yg pakai jam tangan kanan dgn ciri-ciri anak 1/3/4/6 tu. 

Rajin mengkaji

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 25, 2014

Warga Wakaf Tengah

Al salam alaykum

Sabtu minggu lepas aku ber-hi-tea hari raya kat umah Kak Anor dan En. Fairuz. Dua-dua ex-officemate di KL Sentral. 

Fairuz ni anak jati Mengabang Telipot (Wakaf Tengah). Oleh sbb masa kat Batu Rakit dulu aku selalu updated FB pasal Teganu, maka kebanyakan perbualan kami berkisar kpd kisah Teganu je la. 

Dan, aku menjawab "org ganu ni nyekik la"

Doh bakpe plok?

Aku ceritakan semula kisah "Klinik Wakaf Tengah" tu. 

Dia jawab "mmg la, mana ada org panggil Klinik Kesihatan Batu Rakit tu Klinik Batu Rakit, kami panggil Klinik Wakaf Tengah"

Tu, mana la dop nyekik, kami org luar mana tau korg panggil klinik apa. 

Kami gelak besar di situ. 

"Sbb apa ko suka duduk Batu Rakit? Tengok hari-hari updated cam hepi je kat sana" Fairuz tanya. 

Hmmmm. Ntah. Nak kata best takde la best pun. Nak kata pantai best, pantai mmg cantik, tapi sampah merata-rata. Nak kata pasal makanan, yg best mmg la best, tapi mahal. Rumah pun mahal. Takde rumah yg murah. Tapi, banyak tapi-tapi pun,  mmg best la dok keja situ. 

Hmmm. Less stress. Kot. 

Tu je la aku boleh jawab. 


Gambar takde kaitan dgn cerita di atas. Tapi tiga-tiga manusia ni ada kaitan dgn Terengganu. Saiful, isterinya org Teganu, Muiz mmg asalnya Gong Badak, dan aku, lahir di Dungun. 

Gambo ni Saiful cakap dapat dari En. Wan. Aku dok heran, bila plak En. Wan jadi paparazi ni. Tapi aku tau apa sebabnya gambo ini diambil. Macam-macam hal. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, August 24, 2014

Sakit

Al salam alaykum

Encik Gemuk yg Gojes dilukai lagi. 

Masih lg sama. Bonet kena umpil. 

Bila kena, aku mmg tak tau. 

Sbb kereta tak bergerak seminggu. 

Pagi td masa nak kuar aku saja tengok kunci bonet, macam lain macam je. 

Bila masukkan kunci, tak boleh masuk. 

Betul la tu, kena umpil. Tapi dalam bonet mmg takde apa-apa dah. 

Tapi aku tak buat report lagi. Tengah menimbang-nimbang. Lepas buat report yg kes pertama tu, takde pun aku nampak polis datang meronda kat kawasan ni. 

Aku tanya pak guard, dia cakap takde pun org mengadu kereta kena umpil. Macam kereta aku je jadi tumpuan plak. 

Esok tepon pakcik inspektor. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 22, 2014

To all Malaysians, welcome home!

Al salam alaykum

Salam takziah utk semua keluarga yg terlibat dgn MH17. 

Al-fatihah utk yg beragama Islam. 

Semoga Allah mengampunkan semua dosa mereka, merahmati mereka, menyayangi mereka dan memberikan kemaafan kepada mereka. Aamiin. 


Hayati puisi Ferry Anugerah Makmur

Sejurus selesai ujian-Mu Allah, kepedihan dulu belum pun reda

Luka lama masih bernanah, bernoda, mendadak terhunus lagi di dada, menembusi nadi, memuntahkan panas darah merah, berbaur di air mata kepiluan

Apa lagi yang tersisa bila gajah dengan gajah bertempur gila, pelanduk mati tersepit di celah jeritan parah

Namun dipatuk dua kali ular di lubang yang sama adalah kejadian maha aneh, hanya Allah yang bisa merungkai

Apakah tersirat dan tersurat di sebalik noda

Apa lagi yang tersisa apabila Aidilfitri mengintai lagi

Perlukah jiwa ini berpesta merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa, senyuman di atas tangisan keluarga dan anak isteri ditinggalkan

Matahari kau masih terbit lagi

Biarkanlah alam sudah semakin uzur, nazak menampung dosa umat yang bertambah berat

Ayuh kita meniti jalan ke syurga


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, August 21, 2014

Jaga dia untukku

Al salam alaykum

Sejak tengok cerita Cinta 200% ni, best plak lagu Siti Nurhaliza ni. Cerita tu biasa je, tapi suka tgk Zul Arifin. Dan lagu yg tiba-tiba jadi best. 

-------

Mohon Allah jaga kedua ibubapaku, keluargaku, saudara-mara, sahabat-sahabat, kita semua dan seluruh umat Islam di dunia.

Aamiin.  

--------

Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak di sini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa 
Tebarlah tulus doa 
Ku kepadanya saatku tiada

Tuhan 
Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan 
Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa 
Ku kepadanya saatku tiada

Tuhan 
jaga dia untukku
Kala ku masih jauh 
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan 
Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, August 20, 2014

Belajar tak habis?

Al salam alaykum

Dapat soalan ni


Ada yg jawab 22, ada yg jawab 24, ada yg jawab 28. Tapi aku tak tanya la cara kira cemana. 

Ikut pengiraan cara budak-budak aku dapat jawapan yg betul iaitu 26. 

Dan, ada yg berkongsi cara pengiraan yg betul. 

x^2 + 1

Dan namanya ialah janjang arimetik. 

Aku pernah belajar ke dulu?

Hahaahaha...

Banyaknya yg aku lupa!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 19, 2014

Dunia yg fana

Al salam alaykum

Al-Ĥadīd:20 - Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 18, 2014

Lagu Kita

Al salam alaykum

"Muzik itu mmg makanan jiwa. Tapi salah makan, buruk padahnya."

Lagu yg aku nak elak dengar, kudengar jugak 2 hari lepas. Naik kereta member, siaran Hot FM. Lagu tu baru glamer kat Hot FM rupanya. Kalau kat Era FM, dah terkeluar carta 40 dah. Takkan nak mintak orang tukar cenel plak kan? 

Nampaknya, mmg aku terlebih makan laaa. 

"Lagu kita takde ke?"

Ada dah aku download. Tapi tak best macam dengar kat radio. 

"Cer pasang"

Dop beh kan?

"Ok je. Sama je dalam radio"

Di bibirmu ada lagu kita. Lagu kita la sangat! Perghhhhhh...

"Terkadang, bukan kenangan buruk yang membuatmu bersedih, tapi kenangan indah yang kamu tahu, tak akan terulang kembali"

Kembali ke dunia nyata. 

"Dengan mengingati Allah, jiwa kita akan tenang"

Tenanglah wahai hati. 
Allah jaga dia. Allah jaga kita. Allah jaga semua. 

Jagalah hati kita. Jangan ingat menda-menda lagha. Syaitan suka menyelit. Tau kan?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 15, 2014

Muda hanya sekali

Al salam alaykum

Sejak beberapa menjak ni, isu wanita berusia kahwin dengan lelaki muda naik lagi... tapi di kalangan budak-budak ofis aku laa... 

Aku gelak je la...

Menda tu tak salah pun... 

Cuma kadang-kadang penerimaan keluarga dan masyarakat la kan?

Kalau wanita tu tak nampak macam "kakak" kat suami dia, takde la yg nak mengata... kalau nampak macam "kakak" tak pun lagi haru nampak macam "ibu" ramai la yg nak mengata...

Berkahwin sesama usia pun risiko tetap sama... Contoh jadi kat kawan aku... adik kat pasar malam panggil dia makcik, si suami dia budak tu panggil abang... kesian kawan aku yg bergetah tu...

Perasaan nak jatuh suka tu, bukannya saja dibuat-buat kan? Dah tersuka nak kata apa... dan kedua-dua belah pihak dan keluarga boleh terima, jodoh pun sampai, teruskan aje la...

Dan, ada juga, memulakan perhubungan tak kisah pun dengan umur... tetapi bila dibawa berjumpa keluarga, putus di tengah jalan, atas faktor umur... beza hanya setahun dua, dan masalahnya tak nampak beza pun pada rupa... tapi, dah nama bukan jodoh, redha saja la... ada yg lagi baik menanti, insyaAllah...

Teringat plak kisah yg aku dengar kat radio, Era FM... topik pagi ni dah lama kot, sbb masa ni aku dengar kat Terengganu... 

Caller perempuan, seorang isteri, menceritakan kisah perkenalan dgn suaminya... masa tu lelaki tu menego dia "pregnant ke kak?" tak silap aku wanita tu ckp dia gempal skit... mana  la tak marah kan? Aku pun marah (sbb gemuk skrg ni)

Lama-lama cinta berputik dan menyulam kasih dan menjadi suami isteri... dan wanita tu pun cakap, "sekarang ni saya tengah pregnantkan anak dia ni." Hahaha... 

Caller tersebut tak bitau pun umur dia berapa, cuma dia cakap beza umur dia dan suami ialah 7 tahun... mungkin umur dia 30, lelaki tu 23... tapi tu la, kalau dah jodoh tak kemana kan?


Masih lagi tak berjumpa yg menjawab, "saya tak ke mana-mana" ekekekeeke


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, August 14, 2014

A love to kill.

Al salam alaykum

Bos: Oh tufulah, kita dpt projek baru ni. 

Tak pasal-pasal kena panggil tufulah. Ni semua pasal email ofis tak berfungsi. 

Aku: alhamdulillah. Tapi bos. Saya tak kira, bulan 10 ni saya cuti. Bos takleh suka2 hati nak kensel cuti saya. 

Bos: ko nak ke mana plak?

Aku: nak p Ko**a. 

Bos: tak payah la nak p Ko**a. Dajal turun kat situ.

Apakah? Sabo je la bos aku ni. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, August 13, 2014

Kuch kuch lagi

Al salam alaykum

Tiba-tiba Kuch Kuch Hota Hai lg sekali main kat TV. 

Hari tu main dah kat TV3, bulan 5 tak silap, tp takleh tgk sbb keja Sabtu. Kat Ganu kang. 

Tapi malam td pun berbahagi jgk. Tengok bola Pahang vs JDT II, mula 9.30 mlm sbb hujan. Time tak best tgk KKHH kejap. 

Seperti biasa, walaupun lagu best, cerita best, tapi masih lg tak boleh terima yg Anjali pilih Rahul gak. 

Cite tak habis lg, tapi tgk dah berpuluh-puluh kali mana tak hafal ye dak?

Dan saja aku tweet. TV2 balas begini:

@tv2_rtm: @tufulah @RTM_Malaysia Rahul nangis2 salman cool je..sebab tahu dah dia takde chance...

Baiklah Cik Kay, cool je tau! Sbb ko sendiri pun tau takde chance kan? Takyah nak sedih-sedih takut kehilangan macam Rahul tu. 

Akhirnya, dapat jugak pengajarannya ye!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 12, 2014

Nada dering

Al salam alaykum


Aku masih kisah. Heheehe. 

Di suatu peristiwa. 

Demi terdengar telefon mendendangkan lagu The Butterfingers, Faculties of the Mind, aku bingkas bangun dapatkan telefon. 

Dan terdengar suara berkata, "Lari anak pok imam, pok imam" 

Ganas sangat ke ringtone tu?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 11, 2014

Praktis

Al salam alaykum

Bos: sejuk benor bilik ko ni
Aku: nak praktis bos. 
Bos: nak ke mana plak?
Aku: Nepal. 
Bos: ye la tu 

Hik hik hik hik. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, August 07, 2014

Waze

Al salam alaykum

Aku dan waze mmg tak ngam. 

Tak boleh kawan rapat. 

Asyik salah jalan je dia bawak. 

Sesat 10x dulu baru jumpa tempat yg nak dituju. 

P/S Husna kemalangan lagi. Kali ni teruk skit nak banding yg lepas-lepas. Doakan dia. Terima kasih. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, August 06, 2014

Jangan takut gelap

Al salam alaykum

Jangan takut akan gelap
Kerna gelap melindungi diri kita
Dari kelelahan...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 05, 2014

Anak

Al salam alaykum

1 Syawal, ada jiran yg memang lama tak jumpa datang bertandang. 

Macam jauh ye, selang jalan besar dan beberapa lorong la jugak. Tapi mmg lama la tak jumpa. 

Kaklong, berapa orang anak dah?

Terkedu kejap, sbb rata-rata org tau anak En. Din dan Cik Lah yg sulung ni takde rumah takde tangga lagi. 

Tak apa la. 

Kaklong ada 4 orang dah anak. 

Ooo, dah ramai. 

Aku sengeh. 

Sambil bingkas berlalu ke dapur. 

Mak aku plak terkejut dgr jawapan aku. 

Ye, 4 orang anak... saudara!

Hik hik hik. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 04, 2014

Hari lahir: Makan, Kek dan Hadiah adalah seiring

Al salam alaykum

Ada dua kek birthday tahun ni. 

Yg pertama share bertiga. Makan masa bulan posa. Ma. Kakngah. Aku. 

       Terima kasih Abang Eri. Sedap!

Pastu lagi sebiji, ma aku ckp kat Iman, ma nak yg ada buah. Aku paham yg blueberry cheesecake. 

       Terima kasih abg Iman! Sedap jugak. 

Mak aku dan geng KRT dah kena buat laksa ada org tempah utk jamuan raya. Dan aku pun order jugak sekilo laksa. Nak meraikan dgn jiran-jiran. Tapi mak aku buat secara percuma utk aku. Amik tepung kat rumah sendiri, ayah belikan santan dan ikan. Terima kasih Ma dan Pa. 

Nak tempah laksa Pahang? nanti aku bagi no tepon... Projek Laksa KRT Sungai Isap Perdana


Aku mintak abang Eri belikan mee bandung Muor depan Sekolah Sains Muar. 

lupa nak amik gmbo dalam mangkuk...

Terima kasih Abang dan Aza. Sedappp!!!


Dan, Rafidah bawak aku naik Bukit Pelindung pagi 2 Ogos tu. Thanx Fidah!

Budak orang tua gemuk dgn kasut pink... sbb kasut sukan tak bawak balik Kuantan...

kat puncak... Thanx Fidah...

Dan lari sekejap ke Teluk Chempedak, membawa hati yg hiba... kih kih kih...

dulu bawah tu ada air tau!


Dan dapat hadiah awal daripada Puan Herny Farhanna. Melawat Herny dan baby Akif...

         Herny dalam pantang lagi. 

Dan tiba-tiba, anak tokei nasi ayam yg aku pernah kerja basuh pinggan dulu datang beraya bawak hadiah. 

Terima kasih Adik Wan, Jiah, dan Wa!


Alhamdulillah.


Maka nikmat Tuhan yg mana satu yg mahu kamu dustakan?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, August 03, 2014

Sepasang kurung biru... Eh?

Al salam alaykum

Aku takde lagi dengar lagu Sepasang Kurung Biru kat mana-mana tv dan radio. Paham kot perasaan aku ye?

Pertengahan tahun lepas, aku beli sepasang kain berwarna biru, berbunga coklat. Cadang buat pakai raya pada Syawal 1434. 

Bukan rezeki, baju tak siap. Mintak siap pada raya haji 1434, pun tak siap. Sampai la banjir melanda Kuantan, kain tu pun turut terendam dalam banjir. 

Dan, masa Iman nak kahwin Mei itu hari, aku mintak jugak nak pakai baju tu. Tapi, tetap tak siap. Tak apa lah, boleh pakai raya 1435H la plak, tapi, takde rezeki jugak, tak siap jugak. 

Aku dah siap beli 3 helai tudung yg ada biru-coklat utk digayakan dgn baju kurung biru itu. 

Sedih? Sedih la jgk. 

Aku nak amik balik kain tu, tapi acik tukang jahit cakap, dia nak jahit sampai siap. Harap la aku boleh pakai raya haji nanti. 

Dan, utk raya kali ni, aku ada beli sepasang kain coklat hijau  kat Bukit Tinggi dulu. Aku hantar jahit kat kawan mak aku. Siap sebelum puasa.  Boleh la dari tak ada.

Kemudian, aku ada beli sepasang baju kurung Vietnam dgn kawan Eein. Sebelum puasa jgk.  Boleh la dari takde. 

Dan, aku ada beli sepasang baju kurung yg sama corak, sama warna dgn Husna, Kak Roza, dan Aizah. Ni masa puasa.  Boleh la dari takde. 

Dan, aku ada lagi lebihan baju raya tahun lepas, beli kain kapas kat Vietnam. Boleh la dari takde. 

Kemudian, ayah aku cakap tahun ni dia nak pakai baju Melayu hijau, dan aku pun belilah sepasang baju kurung utk aku di Jalan Tar warna hijau. Cadang nak sama la dgn ayah mak dan Nisa. Boleh la dari takde. 

Dari boleh la dari takde baju raya, aku ada 5 pasang baju raya. Dan semua ada warna hijau. Heheehehe. 

Boleh la dari takde sangat ye!

Dan 4 pasang dah pakai la sepanjang Syawal ni. 

Aku ada sepasang lg baju raya kaler kuning yg tak penah pakai lagi. Tu baju raya tahun masa aku berat 55kg. Aku tatau padan ke tak tahun ni. Sbb berat dah naik 13kg kan?

Balik KL cuba utk buang 8kg. 


Temanya... Kulihat hijauuu!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, August 02, 2014

Tahun ni takyah renew lesen

Al salam alaykum

Sbb aku punya gabra tahun lepas aku renew sampai 3 tahun terus. 

Dapat ucapan hari lahir yg paling sedih tahun ni. Ucapan hari lahir yg membawa kpd ucapan perpisahan. Hahahaha. Itu yg aku pikir la. Sbb tahun-tahun mendatang takkan ada ucapan dari ex-musuh aku. Bermakna, aku pun takleh la ucap selamat hari lahir kat dia. Takpe, hormat menghormati kehendak dia. 

Selamat hari lahir ke 33 Cik Khairini. 
Semoga menjadi manusia yg bermanfaaf utk sekelian penghuni langit dan bumi. 

“Allah jualah yg telah menciptakan kamu, kemudian ia mewafatkan kamu. Di antara kamu ada yg dipanjangkan umurnya smpi tua bangka, sehingga menjadi tak tahu apa2 sesudah dia mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui & Kuasa.” - Surah An-Nahl, ayat 70. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::