...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, July 28, 2014

1 Syawal 1435 / 28 Jul 2014

Al salam alaykum

Sanah helwah Khairini. 

Seperti biasa, terima kasih kpd seluruh warga muka bumi sbb menyambut hari kemenangan berserta hari lahir saya dalam tahun Hijrah. Dah 34 tahun dalam tahun Hijrah. 

Dan, terkesan dgn tazkirah yg disampaikan dalam rancangan Dikir Zikir Khas Hari Raya. 

5 raya yg sebenarnya:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu dgn setiap org Islam serta ia tidak melakukan dosa

2. Hari kematiannya, dgn penuh keimanan dan dpt mengucap Lailahaillallah

3. Berjaya melepasi titian sirat

4. Berjaya memasuki Syurga Allah dan terhindar dari azab nerakanya

5. Hari ia berjumpa ALLAH di dlm Syurga.


Mampukah kita berhari raya dgn sebenar-benarnya?


Jauh sangat tu nak kejar Hari Raya yg sebenar-benarnya. Hari kemenangan yg sebenar-benarnya. Nak nangis. 

Dan, Ramadhan kali ni betul-betul mendapat ujian dari Allah. 

Awal Ramadhan, kereta kena umpil. Dan, ditambah pula dengan batuk demam dan selesema yg berpanjangan selama 2 minggu. Apa-apa pun, alhamdulillah, Allah gantikan pula dengan yg rezeki yg tak disangka-sangka dalam situasi yg gawat. Hikmah dugaan dan cabaran. Maka nikmat yg manakah yg hendak didustakan?

Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan:


Wassalam. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, July 26, 2014

Hantaran

Al salam alaykum

Semalam borak di grup wasap berkenaan seorang budak yg masih lg bekerja pada hari ini, katanya. 

Aku pun tanya "awek mintak hantaran 20k ke yg sibuk lg kerja?"

Dan ada sorg menyampuk, lelaki yg sudah berkahwin "hantaran apa mahal-mahal. Kalau hafaz Quran takpe gak"

Tapi aku tak sempat nak balas apa-apa sbb topik lain sebenarnya. 

Tapi, terlintas jugak nak tanya!

Hmmm... Wanita je hafaz Quran? Suami macam mana plak?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, July 25, 2014

takde apa-apa la

al salam alaykum

kalau kita susah nak bercakap dengan seseorang tu, mungkin kita ada perasaan padanya...

perasaan itu tidak tertakluk hanya kepada perasaan suka, sayang, kasih, cinta, dan sewaktu dengannya...

tetapi juga perasaan marah, bosan, benci, duka dan sewaktu dengannya juga...

eh, macam ada pernah je kuar entri macam ni suatu ketika dulu dalam blog ni!


takpe la... tapi satu je nak pesan, tak baik benci-benci!




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, July 24, 2014

VSS

Al salam alaykum

Semalam kami terkejut. Iman dapat VSS. Selepas hariraya. 

Dugaan. 

Harap Iman dapat kerja baru dengan cepat. 

Mintak naik kapal kang, isteri nak bersalin tahun depan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 23, 2014

Chatime Partner tinggal 2!

Al salam alaykum

Iftar bersama Chatime Partner selama dua tahun di kampeni ni. 

Dua orang meninggalkan kami. 

Cik Maziah dan Che Mah. 

Sedih. 


Selamat maju jaya. 


Kami jangan dilupa. 


Berpisah di mata, di hati tidak. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, July 22, 2014

Telekung Wakaf

Al salam alaykum

Kat Malaysia ni, kebanyakan surau awam, biasanya tersedia telekung wakaf. 

Ada yg banyak, ada yg tak cukup. 

Yang banyak ok la. Yang tak cukup pun ok jugak. 

Cuma bila terjadi yg tak cukup tu, kenalah penggunanya prihatin. 

Selepas selesai bersolat, jangan berlama-lama. Kesian kat orang yg nak guna telekung berebut-rebut dan tertunggu-tunggu. 

Diingatkan, telekung itu bukan milik kita sendiri. Telekung yg diwakafkan utk kegunaan bersama. 

Kesian kat mereka yg mengejar waktu yg singkat kerana doa anda yg panjang-panjang dan "iktikaf" anda dalam surau tu. 

Oh ya! Macamana nak kenal tu telekung wakaf? Telekung wakaf kebanyakannya bertanda. Tanda itu boleh nampak dengan jelas. Jadinya takde buruk sangka atau salah sangka atau silap sangka dalam entri ini. 

Tetapi yg sebenarnya, berpakaianlah menutup aurat sepenuhnya. Kerana pakaian di dalam solat adalah sama saja dengan pakaian anda di setiap inci muka bumi Allah ini. 

Entri ini utk seorang aku, yg tak berani nak cakap kat orang "saya nak guna telekung tu kak".  

Juga utk aku yg lupa membawa telekung solat sendiri dan juga utk aku yg lupa di mana letaknya stokin tangan dia. 

Semoga berguna juga utk sahabat-sahabat yg dikasihi semua. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, July 18, 2014

#PrayForMH17

Al salam alaykum

Kita dikejutkan lagi. Kali ni MH17 ditembak jatuh. 

Pilu rasanya. Tak terungkap. 



Al-Fatihah utk mereka yg beragama Islam. 

Salam takziah utk semua. 

Semoga Malaysia terus tabah dengan dugaan ini. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 17, 2014

Kad raya

Al salam alaykum

Oleh sbb ada uncle Cina beli kad raya banyak-banyak utk sahabat-sahabat dia, aku pun beli la satu. 

Macam dah lama tak pos kad raya. 

Seronok plak. Beli kad ada bunyi lagu selamat hari raya. Tapi lagu mcm dah habis bateri. Gasak! Janji aku nak pos jugak. 

Tapi aku terpikir plak. 

Yg mana sampai dulu, aku atau pun kad itu?

Sabo je la. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 16, 2014

Ammar dah besar!

Al salam alaykum

A: Ciklong, tadi kan Ammar dah tahan, skrg Ammar nak masuk toilet jugak. 
K: Ok, jom. 

Sampai depan toilet, aku dah kompius, nak bawak masuk toilet pompuan ke, atau biarkan dia masuk toilet lelaki sendiri. 

A: Ammar masuk sini la. (Sambil tunjuk toilet lelaki)
K: Ammar berani tak?
A: Takpe, kalau ada orang jahat, Ammar sepak la orang tu. 

Waahhhh! Ammar dah besar!

Sekejap je masa berlalu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, July 15, 2014

17 Ramadhan

Al salam alaykum

Tanpa Tuhan, takkan ada ketenangan...
Tanpa ketenangan, takkan ada kebahagiaan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, July 14, 2014

Mencari Malam Seribu Bulan

Al salam alaykum

Terima kasih sahabat utk perkongsian ini. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, July 13, 2014

3A 1D

Al salam alaykum


Dari kanan, Ammar, Adam, Ayyan. Model kedai 2 inggit Batu Rakit. Sekateh sekateh patah. Sib baik harga 2 inggit. 


Dijoh. Nama sedap-sedap Khadeejah Azzahrah, dapat panggil Dijoh. Sungguh kejam la Ciklong dan Mokngoh dia. Tokpa Tokma Ayohchik Moksu semua panggil Khadeejah. 

Ammar, Adam, Ayyan dan Dijohhhhh. 

Membesar dengan sehat menjadi khalifah yg soleh dan solehah ye sayang semua! Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, July 12, 2014

Malam 15 Ramadhan

Al salam alaykum

Malam ni dah malam ke 15. Dah separuh Ramadhan. 

Bagaimana checklist Ramadhan kita?

Yg aku tak buat lagi Ramadhan kali ni, berjemaah Isyak dan Terawih. Sedih! Aku sejak balik dari Batu Rakit, demam, batuk dan selesema yg berpanjangan. Alhamdulillah, hari ni rasa sihat. Tapi masih lg solat sendiri malam ni. 

Walaubagaimanapun, tujuan utama Ramadhan adalah untuk mencapai taqwa. Seperti mana dalam ayat 183, surah Al-Baqarah "Wahai org2 yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat yg terdahulu, mudah-mudahan kamu beroleh ketaqwaan". 

Taqwa: menurut Ubai bin Kaab, apabila ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab, Ubai menjawab dgn pertanyaan lebih kurang mcm ni “Bagaimana keadaannya andai kita sedang melalui jalan yg penuh dgn duri?” Saidina Umar menjawab, “Tentulah kita akan lebih berhati-hati” Ubai jawab, begitulah halnya dengan taqwa, kita akan berhati-hati melalui segala ujian yg Allah turunkan utk kita di dunia ini. 

Semoga kita semua mendapat mengecap berkat dan rahmat Ramadhan, diampunkan segala dosa, dibebaskan dari seksa api neraka dan mencapai ketaqwaan seperti yg telah Allah janjikan. Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, July 11, 2014

Rindu

Al salam alaykum


Kredit utk blog Bluehikari.com

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 10, 2014

Sangka-sangka

Al salam alaykum

Lepas bukak posa tadi, kami maghrib kat Masjid Taman Dagang. Lepas solat, aku ke tempat kawan-kawan berkumpul. Aimi, tengah dukung sorang budak. Umur 10 bulan. 

Anak sapa tu?

Mak dia tengah amik wuduk. Mintak tolong jaga kejap. 

Lepas tu mak dia datang. Kami pun cakap takpe kami boleh jagakan sekejap sementara mak dia solat. Mak dia ok. Aku mcm heran la jugak. Berani ye!

Tapi alhamdulillah, beliau memberikan kepercayaan kpd kami. Budaknya pun tak meragam. Macam nak tido. Dan tak nangis walaupun mak takde depan mata. Oh nama budak yg comel itu ialah Umar.  

Cuma aku terpikir dua perkara:
1. Andailah kata mak budak tu tinggalkan anak dia kat org yg salah. Contoh, ada org yg ke masjid pura-pura konon nak solat, tapi sebenarnya mmg daripada sindiket penculikan budak, macamana la agaknya?
2. Dan, andaikata sebenarnya, budak tu sengaja ditinggalkan kpd kami, dan mak budak tu hilang lari meninggalkan anak tu, cemana plak keadaan kami?

Dunia ni kan macam-macam. 

Teringt kejadian 1 Ramadhan, semasa kami sefamili ke Megamall Kuantan, nak beli baju raya siap-siap. 

Adam berguling-guling atas lantai dekat pintu masuk Megamall. Aku nak dukung dia tanak. Dia mengamuk tatau nak apa. 

Aku paksa jgk dukung Adam yg beratnya 15 kg tu. Lelah wehh! Lama tak exercise gitulah gaya. Bawak lari nak masuk kereta. Nak sampai kat kereta, terlepas jgk dia. 

Dia lari semula nak ke pintu masuk Megamall. Mak aku yg mmg berjalan kat belakang, pun tak larat nak tahan dia. Berkejar aku ikut dia. 

Ada orang tengok. Timbul pertanyaan, "budak tu cari sapa tu?" "Mak dia mana?" Mmg macam kami ni nak menculik budak je gayanya. Sbb Adam tanak dgn aku, tanak dgn Moksu dia, tanak dengan Tokma dia. 

Dah la Adam tu muka takde iras kami langsung. Cerah plak tu. Ciklong dia kan gelap. Lagi la orang syak wasangka! 

Adam! Adam! Nasib baik orang tu tak panggil polis. Naya je!

Sekarang semua org berhati-hati. Banyak sgt kes penculikan skrg ni. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 09, 2014

Lupa Janji

Al salam alaykum

BK: Kay, nanti kita p batu rakit. 
KK: tanak la saya. Takde keperluan. Bos dah janji dgn saya yg saya takkan pergi Batu Rakit dah. 
Bos: Eh, bila plak aku janji.Kalau ada kerja kena la pergi. Hehehee

KK: bos nak pakai matco eh kat Labuan? BK ada tny sy requirement utk matco
Bos: takde rasanya. 
BK: eh kena ada. Sekejap je. hantar la org tu ke sana. 
KK: takde. Bos dah janji dgn saya, saya kat KL je. 
BK: mana aci ni bos. Ko ni tabur janji je kat dia ni. 
Bos: Takpe, nanti kalau ada keperluan kita hantar la budak tu ke sana. Mana eh budak tu? (Konon mata melilau mencari) eh. Ada haaa dalam bilik ni. 

Gelak berterabur. Aku je masam. 

Tolong bos, jangan lupa janji-janji manismu. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, July 08, 2014

Wajah rahsia hati

Al salam alaykum

Hai awak. Bersua lagi kita ye. 

Maaf, saya tak dapat menyembunyikan kata hati saya. 

Maaf, kalau di raut wajah saya nampak sangat riak hati yg tidak senang. 

Saya harap awak tak perasan langsung. Jadi takde la saya rasa bersalah sangat. Ntah apa-apa kan nak rasa bersalah. 

Tapi, itulah, saya tak pandai nak berpura-pura. Konon, kita tak pernah bersua muka sebelum ini. 

Wajah rahsia hati katanya. 

Aloft KL Sentral. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, July 06, 2014

Peringatan

Al salam alaykum

Semasa kejadian kereta aku kena umpil tu, ada org tanya aku,

"Kak Kay ada buat orang sakit hati ke?"

Sentap la jugak masa tu. Sbb seingt aku, takde. Tapi lama-lama aku pun takde pikir dah ada tak salah aku kat orang.  Sbb aku pikir hati aku dah redha. Semua takdir kan?

Dan pagi ni, ada org fwd tazkirah ini. 

Sangat terkesan. Semoga bermanfaat utk semua. 



Tazkirah Dhuha ⛅

"Ouch!"
 
Kakiku terpijak kaca. 
 
Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 
Kecil saja. Tapi berdarah juga.
 
Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.
  
"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.
 
"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."
 
Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.
 
"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.
 
Kau nak dengar?"
 
Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.
 
"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.
 
Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.
 
Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.
 
Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.
 
Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung! 
 
Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."
 
Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,
 
"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran. 
 
Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.
 
Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.
 
Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?
 
Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun."          
 
Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.
 
"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia. 
 
Pasti ada saat kau terlupakan Dia.
 
Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"
 
Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.
 
"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."
 
Kawanku menepuk-nepuk bahuku.
 
"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri."
 
Aku tunduk mengalah.
 
Malu semalu. Malunya.
  
(cerita benar perihal hafizah tu 😊) [moga dapat forward & peroleh manfaat yg berterusan]  -c/p-


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, July 05, 2014

Lepaskan

Al salam alaykum



Bukan senang nak mengungkapkan kata cinta.
Bukan senang nak merasakannya. 
Bukan senang juga, nak melepaskannya pergi. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, July 04, 2014

Seminggu

Al salam alaykum

Dah seminggu, demam tak kebah. 

Perubahan cuaca yg ketara kot dari Batu Rakit ke Kuantan ke Kuala Lumpur. 

Suara pun dah hilang. 

Badan tak larat. 

Awal ramadhan yg mencabar. 

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku - Assyu'ara 80

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 03, 2014

Tuesday, July 01, 2014

Kali kedua ke Balai Polis

Al salam alaykum

Dugaan. Encik Gemuk yg Gojes kena umpil. Perkara yg tak pernah terlintas. 

Barang yg hilang:

Safety helmet : RM 50.00
Pakaian : RM 200.00 (anggaran kasar)
Tudung baru beli : RM 63.00
Keropok keping utk kak gee : RM 30.00
Bantal : RM 20.00
Kasut sukan : RM 100.00
Sunglasses Bonia kesayangan : RM 200.00

Pengajaran:
1. Jangan tinggal barang dlm bonet kereta
2. Jangan biarkan kereta tak berbasuh. Susah nak tgk cap jari. Tapi kes aku, dah basuh kereta, ptg td hujan lebat. 

Duhai hati. Sabarlah. 

Dugaan di bulan Ramadhan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::