...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, June 30, 2014

Blues Terengganu Kita

Al salam alaykum

Demam. Hahaahaha. 

Perubahan cuaca datang KL?

Ataupun penangan Ramadhan?

Blues Terengganu Kita, aku tinggalkan. 

Bos cakap, aku tak perlu datang lagi. 

Dan, meronta-ronta aku nak pergi.

Sabar je la!

Hari jumaat lepas, hari terakhir, lepas hantar Maziah, aku ronda-ronda Batu Rakit. 

Pergi ke pantai. 


Lepak sejam. 

Pusing Wakaf Tengah. Tengok rumah batu atap ungu tu kat belakang Caltex tu. Dah siap pasang langsir. Cantik! Tak amik gambo sbb mcm ada tuan rumah. 

Masuk lorong rumah kami yg sewa yg kena mangga tu sbb kampeni tak bayar sewa. Ada kereta Peugeot kat situ. 

Kemudian mengintai TBM, tp takde plak. Hahaahaha. 

                Ni gambo sebulan yg lalu. 

Pergi kedai ECO 2 inggit. Beli mainan utk anak-anak sedara. 

Dulu, tak berapa familiar dgn Batu Rakit, sbb hanya pergi utk melawat saudara-mara ketika musim perayaan dan kenduri kendara. 

Batu Rakit dalam kenangan. 

We say hello and we say goodbye
And i know that we'll be alright
But you and i live far away
Just wait till i, come back back. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, June 28, 2014

Bulan pengampunan

Al salam alaykum

Pengisian pagi tadi. 

Ustaz Hariyanto (Masjid Sungai Isap, 28/6/14)
1. Ramadhan ialah bulan keampunan
2. Apabila datang Ramadhan, dibuka pintu syurga (diberi pengampunan), dan dikabulkan doa.
3. Doa adalah ibadah. Banyakkan doa diberikan keampunan. Bersegeralah kpd keampunan Tuhanmu. 

اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي
Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni

Ertinya:  “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”

4. Terawih sunat muakkad. Tunaikan walau lewat. 
5. Puasa ialah alat. Matlamatnya ialah mendapat keampunan dan menjadi org yg bertaqwa. 
6. Ruginya manusia, apabila sampai Ramadhan, tidak diampunkan dosa-dosanya. 
7. Dosa ialah sesuatu yg kita tak suka orang tengok. 
8. 3 yg tak masuk syurga: Lelaki yg dayus, perempuan yg menyerupai lelaki, org yg ketagihan arak. 
9. Siapa yg berpuasa tetapi tidak boleh meninggalkan perkataan yg buruk, Allah tidak ada keperluan utknya menahan makan dan minum (berpuasa). 
10. Kesimpulan, kejar keampunan di dalam Ramadhan kali ini.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 26, 2014

Sedih

Al salam alaykum

Aku tanya bos. 

"Bos tak sedih ke?"

Sedih la jugak. Ko tau tak dulu-dulu kami meeting bawah pokok tu je?

Ko baru tiga bulan pun sedih, bos tu setahun. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Wednesday, June 25, 2014

Sedih.

Al salam alaykum

Dah boleh dikatakan aku boleh balik KL dah hujung bulan ni. 

Tapi, aku sedih sbb boleh balik KL. 

Kebangangan apakah ini?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, June 23, 2014

25 kau!

Al salam alaykum

Kat FB mcm-mcm. Saja buat. 



Tapi dapat 25, takleh share kat FB. Hik hik hik. 



Muda lagi! Ngeh ngeh ngeh. 

Moga usia muda ini berisi dgn sesuatu yg berfaedah di dunia, dan hasilnya dapat dituai di akhirat sana. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 20, 2014

Tak sempat kot

Al salam alaykum

Mungkin tak sempat nak ke Redang. Aku plan hari ni nak pi Redang, tapi parents Maziah datang. So tak dapat la nak pergi. Apa-apa hal pun mmg aku dengan dia berdua je. Pergi sorang tak seronok plak. 

Minggu depan, mungkin aku dah balik KL. Office Batu Rakit dah nak tutup. 

Semalam bos tepon, aku tanya la jugak bila boleh balik. Dia jawab, bila kerja siap. 

Sebenarnya, kerja yg aku patut buat aku dah siap 2 minggu pertama bulan Mei. Tapi bos aku saja je menambah kerja aku, sampai la sekarang. Tak siap pun sebab nak menunggu segala yg dia hold. 



Sehinggalah sekarang, aku tak terasa nak balik. Bestnya kalau dapat duduk sini sampai bila-bila. 

Tapi utk apa? 

Kerja pun tak ada sini. 

Sedih. Pilu. Nak tinggalkan Batu Rakit. 

Kenangan. Sikit je. Tapi berbekas. Mungkin. 

Jumpa lagi. Lain kali. Dengan izin Allah. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 19, 2014

Balik

Al salam alaykum

S: Kak k bile nye balik kl? Drp bulan lps lagi haha. Duk riuh

K: Hahahaha. Riuh dopleh balik. Kali ni aku malas tanya dh. Tadop hati dh nk balik KL

M: Xblk la. Duk sni je. Blh mkn sambal sotong. 

K: Itu je?

M: Nasi dagang. Satey jabi. Cendol maroh. 😁

S: Balik kl ade wangsa walk. Haha

A: Kak k bkn kne g labuan ke?😝


Apaaaa? Labuan??? 

Makan nasi lemak sambal sotong la dulu. 

Bulan-bulan posa p Labuan,
Harap ia hanya khayalan,
Tak sanggup aku bayangkan,
Nak berposa seberang lautan. 




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 18, 2014

Mu pung org ganu gok kang?

Al salam alaykum

Selepas beberapa lama di sini, mengalami peristiwa-peristiwa yg menyakitkan hati dan telinga, kami berlima di sini bersependapat dan berkesimpulan bahawa

"Orang ganu ni nyekik la"

Tapi bukanlah semua, ada je yg kami jumpa dan berurusan ok, tapi kebanyakan yg kami jumpa mmg nyekik. 

Dan aku mengadu kpd kawan aku yg bekerja di Terengganu bertahun-tahun lamanya. 

"Mu pung org ganu gok kang?"

Hahaahahaaha... Tapi setakat yg aku kenal orang ganu ni, mmg baik-baik belaka. Dop la nyekik pung. 

Tapi bila berada di bumi ganu ni, pelik plok nyekiknya. 

Kenapa kami rasa nyekik?

Bila pergi pasaraya Hock Kee Seng, tanya soalan pasal saiz apa yg ada, cara dia menjawab tu mcm terpaksa je, mcm soalan kami tu budus gila. 

Kemudian, kami bertanya pasal landmark, dia tanya kami "tau x klinik wakaf tengah?" Banyak klinik sini. Dia cakap, "susah kalau tak tau pasal wakaf tengah ni". Sebenarnya klinik wakaf tengah yg dia ckp tu, ialah klinik kesihatan batu rakit! Alahai, mmg la kami tatau!

Pergi kedai kek tempatan, tengok kek menyelerakan. So kami tanya kek yg mana boleh beli satu slice je? Hari-hari kek yg sama ke? Dia boleh ckp pelan-pelan "banyak tanya la". Aku pun ckp "sbb tatau kami bertanya"

 Banyak lagi la kes. Cakap luar pun salah. Cakap tranung pun salah. 

Serba salah. 

Tapi, aku dah sebati dgn sini. Nyekik pung nyekik la. Nak cakap cemana lagi. 

Redha. 

Bahagia. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, June 17, 2014

Jaja dan Din - Realiti

Al salam alaykum

Novel Jaja dan Din, aku dah banyak kali khatam. 

Aku kagum dengan watak Jaja. 

Dan, mungkin ramai di dunia ini seperti Jaja. 

Tapi, mungkin bukan dari kalangan yg aku kenal setakat hari semalam. 

Apabila sahabat blogger aku menghulurkan berita yg manis, dan kisahnya seperti Jaja, buat aku kagum. 

Ye, kami mmg sama-sama membaca kisah Jaja dan Din. Sama-sama mengagumi Jaja. 

Aku kagum serba serbi. 

Kagum kerana Allah mengurniakan kpdnya keberanian utk menjadi spt Jaja utk meminang Ustaz Din!

Sudah ketentuan yg tertulis, semestinya. Tetapi, kita juga yg mencipta takdir itu, dengan izin dariNya. 

Ku menunggu kad undanganmu Cik Manis dari Putrajaya. 

Gembira. Bahagia. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, June 16, 2014

Forever More

Al salam alaykum



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, June 15, 2014

Saturday, June 14, 2014

Come Back

Al salam alaykum


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 13, 2014

Penginapan

Al salam alaykum

Dah masuk bulan ketiga di Terengganu, penginapan di sini pun dah nak masuk 4 buah rumah. 

Bulan 4, di Pengkalan Atap. 

Bulan 5, di Alor Damat. 

Bulan 6, pagar rumah kena kunci, tumpang masuk ke rumah staff lain. Sedih tak?

Management balas msg aku jam 10 malam!

Aku mmg merajuk. Aku nak tunggu sampai Ahad ni je, sbb temankan Maziah je, kemudian nak cabut balik KL. 

Pagi ni, management tepon cakap, diorg dah cari rumah lain. 

Bos mintak aku duduk sini lagi seminggu!

Dan janji itu aku tak percaya dah. 

Takpe la, duduk la Terengganu sampai bila-bila pun. Tawar hati nak balik KL. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 12, 2014

Khadeejah Azzahrah

Al salam alaykum

Kalah nama Abang Long Adam ye!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 11, 2014

Ku bahagia?

Al salam alaykum

Kami berlima di site digelarkan Power Rangers. Hahaahaha


Dan dapat aku dapat komen ini:

"Rasa cam k yg paling bahagia disitu"

Bahagia? InsyaAllah. 

Walau macam-macam terjadi, hanya senyum penawar duka. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, June 10, 2014

Lagu kahwin Eein

Al salam alaykum

Aku menyampah radio Era, asyik putar lagu sama je. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, June 09, 2014

Main masak-masak

Al salam alaykum

Arakian mak beta telah bertitah:

Kakngah masak ada gak la ciri-ciri macam ma masak. Ada gak la rasa. 

Tiya tu pandai masak. Boleh la nak banding dengan mu Kaklong. 

Aza pun pandai masak. 


Dan kesimpulannya, tak pandai masak lambat la kawin kan?

Jangan tanya lagi ye ada calon ke tidak. Sbb masak tak pandai. Hahahaaha. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, June 08, 2014

Adik Adam

Al salam alaykum

Abg long Adam dah dapat adik baru. Adik Adam besar, 3.8kg. Kena keluar ikut tingkap. Petang tadi jam 4.00 ptg, kat HTAA. Adik Adam perempuan. 

Ciklong yeay banyak kali! Heheehe

Papa Adam cakap takleh upload kat FB. So Ciklong boleh la upload kat blog dan IG kan?

Hahaahhaa. 

Adik Adam ikut hidung mummy dia jugak. 

Takpe, asalkan adik Adam sehat membesar menjadi muslimah mu'minah solehah. Aamiin. 


Alhamdulillah. 

P/S: tahun depan dapat lagi sorang anak sedara, insyaAllah. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 05, 2014

Hanya mampu kuseru dari jauh!

Al salam alaykum

Time mcm ni, dah sampai agaknya Gadis-gadis Semasa di Juanda Airport, Surabaya. 

Aku tak ikut atas sbb-sbb yg tidak dijangka. Rencana Allah utk aku mungkin lebih baik. 

Walaubagaimanapun, katanya Semeru ditutup utk aktiviti pendakian. Ada org sesat. Selagi tak jumpa, selagi tu la takleh mendaki. 

Aku berdoa, semoga ada rezeki mereka utk menakluk puncak Mahameru. 

Esok, mereka akan ke Bromo dahulu. Jeles! Tahun lepas kami tak nampak pemandangan yg diidam-idamkan. Rezeki mereka. 


Tulis nama kami di puncak sana, 
ada rezeki kami sampai juga. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 04, 2014

Rumah batu atap ungu

Al salam alaykum


"Bawak aku pergi rumah yg kita tgk hari tu. Suka la rumah tu."

Kak apa lagi, buat la sutir mcm tu. 

"Apa plak aku nak kena buat. Tok laki aku la hadiah kat aku."

Nampak mcm tak lama je lagi. Bila tu kak? Saya nak kumpul pitih nak gi Kuantan ni. 

"Alang-alang mu kumpul pitih tu, kumpul byk2 skit, bawak rombongan sebas."


Jeda. 


Tamat. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, June 03, 2014

Monday, June 02, 2014

Baby Azhan dan Wan Nor.

Al salam alaykum

Hari Jumaat yg permai, aku melawat Azhan dan Wannor yg baru dikurniakan putera pujaan pada 27 Rejab 1435. 

Nama belum diberi. Susah nak pilih nama ni!

       Berat 2.4kg. 

      Ciklong mmg suka la nak gomol adik-adik baru lahir ni. Terima kasih Jehe utk gambar ni. 

Baru tau utk ubatkan kuning budak kecik, selain susu ibu, boleh bagi air anggur merah. Tapi sikit-sikit je la. 

Ciklong doakan adik membesar sihat bagai johan dan menjadi khalifah yg disegani di langit dan bumi. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, June 01, 2014