...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, April 30, 2014

Hari terakhir

Al salam alaykum

Seperti yg aku jangka, cempedak jadi nangka. 

Sabar je la duhai hati. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, April 29, 2014

Cerita hindustan

Al salam alaykum

Cerita 1

Salman Khan: Muka akka macam Preiti Zinta. Dia mcm Amisha Patel

Preiti Zinta: Ok la, muka u macam Salman Khan. 


Cerita 2

Salman Khan: Akka tau ka bla bla bla?

Preiti Zinta: Saya tatau. Bukan keja saya tu. 

Iqban Khan: buat apa tanya dia. Dia kerani. Dia tatau apa-apa

Preiti Zinta: ye ye. Saya kerani je. 


Cerita 3:

Salman Khan: u cantik la akka. 

Preiti Zinta: hahaahaha. Hari-hari saya mmg cantik. Hahaahahaha. 


Cerita 4

Iqbal Khan: saya dapat gaji 2 minggu sekali. Alhamdulillah. Sekali dapat 4 ribu. Alhamdulillah. Akka mau air? Saya belanja. 

Lepas tu dah berperang dengan aku. Hahaaha. Degil betul. 


Cerita 5

Iqbal Khan: akka, kalau itu macam perangai suka marah orang, pigi mana pun orang tarak suka kan?

Aku: kalau awk malas kerja, ada ke orang suka kat awak?




Macam-macam. Esok balik Kuantan yeay!! 

Kakak admin: Kay, rasanya awak kena datang semula je nanti! Nayyy!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, April 26, 2014

S.a.y.a.n.g

Al salam alaykum

Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah setuju seorang aweks memasak atau menolong membasuh baju utk lelaki yg hanya bergelar pakwe. 

Ataupun, sbb aku takde perasaan, jadinya tak tau perasaan org lain?

Entah. Tapi takde kaitan dgn aku tak pandai masak, aku malas masak, aku malas membasuh baju dan sewaktu dengannya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 25, 2014

Percaya

Al salam alaykum

Hari ni hari cuti di Terengganu. 

Hari ni takde kereta. 

Kerjanya ialah golek-golek depan tv. 

Dari satu siaran ke siaran yg lain. 

Baru pukul 11.00 pagi rupanya. 

Ada lagu utk MH 370 rupanya. Lirik yg bermakna. 



Berlalu awan langit nan suram
Membawaku cahaya baru
Hari semalam ku lepaskan
Esok hari bawa harapan
Teruskan

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Woah... Percayalah
Woah... Selamanya

Hentikan semua air mata
Tuhan sentiasa bersama
Segalanya akan berlalu
Pulang aku pasti padaMu
Yang Satu

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Woah... Percayalah
Woah... Selamanya

Woah... Percayalah
Woah... Selamanya

Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang di hati
Terus gagah melangkah
Pasti

Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti

Woah... Percayalah
Woah... Selamanya

Woah... Percayalah
Woah... Selamanya

Ku takkan biar kau sendiri

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, April 22, 2014

Mabuk Laut

Al salam alaykum

Sekarang musim mencandat sotong di Terengganu. Bahkan, ada Festival Mencandat Sotong Terengganu pd 10 - 17 April lepas. 

Kami kumpul orang beramai-ramai, daripada 2 org perempuan iaitu aku dan Aimi, terus jadi 6 orang. Bila Encik Pengurus Pembinaan tengok senarai nama, "Khairini, awak pasti tak mabuk laut?" Ye, saya ok je dengan laut ni. He he he.

Lagi, aku dapatkan kebenaran dari mak ayah aku. Ye la, aku nak p main air kan ni. Ayah aku mcm berat nak bg, tp akhirnya dapat jgk permisi. Mak aku, mula-mula sekali cakap "Mabuk laut nanti". Tapi akhirnya dapat la jugak. Tapi aku rasa mcm dapat 50 persen je. 

Dan, petang semalam, kami amik time off beramai-ramai, terus ke Jeti Losong, nak naik bot nak ke kawasan Pulau Kapas, misinya nak dapatkan sotong sebanyak yg mungkin. 

       Sesi Toolbox bersama Construction Manager. Siap ada head counting lg. Mana 1 manager tu? Cer teka. 

Perjalanan ke Pulau Kapas mengambil masa 2 jam. Sebelum tu, kami dah telan dulu ubat tahan mabuk. Tanak apa-apa terjadi. 

Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku ok. Walaupun yg lain dah mabuk. 3 orang mmg dah padam. 

          Umpan tiruan

       Persediaan

           Masa ni happy la. 



Lepas 2 jam, bot kami melabuhkan sauhnya. Masa ni la aku dah mula pening. Tapi aku kuatkan hati lagi. Aku mesti boleh. 

Cubaan pertama kali menjatuhkan tali kail dalam laut. Seronok jugak. Tapi pening tak dapat ditahan-tahan. Bila Construction Manager dapat sotong 2 ekor, keinginan membuak-buak. Keinginan je la. Tapi mabuk tu lagi kuat membuak-buak. Adoi!

Tak tahan nak layan, aku join Wani, Noor dan Nurul yg dah padam awal-awal lagi. Masa tu jam baru 9.00 malam. Aku terjaga bila org panggil makan sotong goreng. Hahaahah. Dalam penin tu makan la jugak 2 potong sotong. Pastu sambung tidur semula. 

Port pertama hasilnya tak memberangsangkan. Pindah ke port kedua. Pun sama. Sikit je. Masa ni aku tengok yg lelaki pun ramai dah padam. Construction Manager kami tu lepas masak trrus tido. Aku pun tak lalu dah nak pegang tepon. 

Kemudian di port ketiga, kira-kira jam 11.00 malam, aku terjaga. Masa ni penin dan loya macam hilang. Aku amik tali kail aku, jatuhkan ke laut. Sekali tarik, dapat sekor. Masa ni aku jerit sakan. Terjaga semua yg lain. Nak amik gambar pun dah tak kuasa. Lagi sekali tarik, dapat lagi sekor. Happy lg. 

Pastu tekong bot cakap nak pindah tempat lain. Masa ni la, loya tak dapat ditahan-tahan. Terus muntah uwek uwek. Tapi serius aku doa, janganlah sotong yg aku makan td termuntah sama. Ha ha ha. 

Aku mmg dah tak larat, tido terus. Sampai la jam 2.30, tekong cakap balik aje la. Terus segar. Sampai di jeti 4.30 pagi. 

Rupa-rupanya, yg lelaki semua pun tak tahan. Diorang cakap ombak kali ni kuat. Tak macam yg diorg pergi minggu lepas. So aku kira kami ni ok jugak la, sbb muntah pun dah kat port2 terakhir. 

         Hasil mencandat kami yg berjumlah 12 orang. Tak ape la. Rezeki takde. 

Kalau ada peluang lagi sekali, aku tak serik utk mencuba lagi sekali. Mungkin kali ni aku tewas, lain kali belum tentu lagi kan?

Perbelanjaan:

Sewa bot: RM 700.00. Seorang, RM 60.00. 
Peralatan dan makanan: RM 120.00, Seorang, RM 10.00
Total: RM 70.00/seorang. 

Baloi tak berbaloi, itulah pengalaman berharga yg aku dapat. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, April 19, 2014

Dayang Senandung

Al salam alaykum

Ciklong harap nanti bila Ammar, Adam, Ayyan jumpa Ciklong nanti, jangan tertukar dengan Dayang Senandung. 

Sebab Ciklong bukan Dayang Senandung. 

Tapi, kulit Ciklong yg gelap ni bertambah gelap. 

Macam Tokma cakap, Ciklong mmg gelap, takyah risau la gelap. 




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 18, 2014

Lebihan

Al salam alaykum

Bilang

Tanda

Conteng

Gelak-gelak

Amik gambo

Hilang?

Cari

Tak jumpa

Laporan

"Maaf kak, kak kena korbankan kredit akak"

Pelik nak gelak. 

Pergi ibu pejabat. 

Nama panggilan?

Nama ayah?

Tempat lahir?

Adik beradik?

Ingat tanya saja-saja, kena catit jgk. 

Penat. Lapar. Pelik. Heran. Bimbang. 


Hanya kepada Allah tempat ku bergantung. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Thursday, April 17, 2014

Kemahiran mendengar?

Al salam alaykum




Mudah-mudahan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, April 16, 2014

Bos saya lagi

Al salam alaykum

Bos yg dirindui semua orang sampai ke site. 

Sebelum tu, dapat panggilan dari bos. 

"Awk tlg revise itu ini bla bla bla bla. Sekejap lg saya masuk nak tengok. Saya dah dekat-dekat sini je"

Ok bos! 

5 minit je, nampak kereta bos lalu. Uit! Sekejap bebeno sekejap dia tu. 

Tapi aku tak buat apa pun. Sbb aku kat stor. Kasi setel dulu kerja dengan baiya-baiya Pakistan ni. 

Jam 12.30, aku masuk ofis. Ramai nak jumpa bos. Pemandangan biasa, aku dah imun. Kat ofis KL pun macam tu. Baik aku p makan dulu, solat dulu. 

Jam 2.00, makin ramai dalam bilik bos. Aku tunggu je la giliran aku nak jumpa. Tp bila client datang panggil bos la la tu jgk, baik aku pi store. Bos kuar bilik jap, aku pun cakap nak p store. Dia cakap tak payah, ko tunggu je aku situ. Sekejap je ni. 

Bos balik esok kan? Bukan hari ni kan? Tak tau lagi, saya takde tiket ni. Ko tunggu je la. 

Termenung lagi aku. En Construction Manager tego, "Khairini, kenapa termenung?"  Tunggu bos. Huhuhu. 

Lepas Asar, bos Store datang nak amik barang kat ofis. Tengah mengira stock, bos pun panggil nak jumpa. Aku cakap tengah kira stock kejap. "Ok la saya pi Asar dulu"

Ko kenapa tak balik lg Kay?

Tunggu bos!

Bos kat kantin nun. 

Hah?


Jam dah 6.30. Aku p keluar pintu lambai-lambai kat bos tunjuk jam. Dia buat tatau je!

Lepas tu aku dengar "Khairini dah balik?"

Aku jawab, "dah, dia dah balik"

"Kalau dah balik, saya nak balik sekarang la"

Adoi la bos aku buat lawak!

Aku nak p jumpa dia, ada plak lg sorg potong Q aku. Tunggu lagi. 

Last sekali, bila org tu keluar, bos pun siap nak kuar angkat beg!! Nak balik dah!

Bos nak p mana tu?

Sorry2, aku lupa. Aku tak makan lagi ni. Lapar. 

Ololololo, kesiannya bos! Tak kira, kena setel hari ni jgk. 

Tapi sekejap je la pun. 

Ayat bos "Sabo ye! Dah nak habis dah projek ni"

Bila tengok bos, kesian pun ada. Nampak macam dia ok, tapi sebenarnya sangat restless. 

Selagi aku boleh bersabar, insyaAllah aku akan bersabar. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::






Tuesday, April 15, 2014

Ko kat mana?

Al salam alaykum

Bila kedengaran lagu iklan Cadbury berbunyi dari telefon, terus tengok sapa yg tepon. Waahhh!! Bos yg dirindui oleh segenap lapisan staf di KT ni rupanya!

Bos: ko kat mana?
Aku: kat KT la bos. Kenapa nak mintak balik KL ke? 
Bos: tak nampak pun ko. Ko kat mana?
Aku: kat kabin ofis la. Bos datang sini ke?
Bos: aku kat KL. He he he

Sakit!

Lawak ye bos!

Aku balas semula. 

Kami ni tunggu bos datang tak datang-datang!

Terus bos kona!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, April 14, 2014

Kata-kata

Al salam alaykum




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 11, 2014

Istidraj

Al salam alaykum

Al Hassan Al Basri didatangi seorang lelaki dan berkata,

"Aku selalu melakukan maksiat, aku selalu melakukan dosa kepada Tuhan, tetapi aku dapati Allah tetap berikan kesenangan hidup dunia kepadaku, tanpa ada diharamkan kepadaku"

Al Hassan Al Basri bertanya,
"Apakah kamu selalu bangun malam?"

Dia menjawab,
"Tidak"

"Memadai bagi kamu bahawa Allah mengharamkan kamu bermunajat kepadaNya", Jawab Al Hasan Al Basri ringkas.

#Allah mendekatkan kita dengan dunia agar kita lalai mengingatiNya.
Inilah ujian terbesar, istidraj.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 10, 2014

Ratan Tata

Al salam alaykum



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, April 08, 2014

Dah la gelap...

Al salam alaykum

Aku suka tengok pantai pada waktu tengahari. 







Pantai di Batu Rakit. 

Doh bakpe duduk patta tengoh2 panah ni? Itang kang!

Ada pakcik menego. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, April 06, 2014

Anak

Al salam alaykum

Perbualan di dalam sebuah group di wasap wasap yo!


"K brapa anok..?

Hahaahaha. Gaya ada anak ke? Kih kih kih

Xdok lg ke k...

Tadop. 

Xpo..anok buah ramai dlm Ni..👍

Hehehe"


Ok, ada pakar imej tak yg baca blog aku ni? 

Tolong saya yg masih bujang ni supaya betul-betul nampak masih bujang. Bukan nampak macam wanita yg ada suami dan anak. 

Mueheehehehe...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 04, 2014

Edisi Makan: Adeq Sue Ikan Bakar, Kuala Terengganu

Al salam alaykum

Che Mah ajak makan-makan. 

Aku ni baru sampai, kerja pun tak mula lagi, dah p makan besar. Diorg tu kerja dah nak habis, boleh la nak makan-makan. 

Tapi sejak bila plak Kay tolak kalau diajak makan kan?

Kami memilih utk makan di Adeq Sue Ikan Bakar. 

Kami tepon dulu utk pesanan makanan. Tidaklah sampai-sampai nanti lama menunggu. 

Antara yg kami pesan ialah:

         Tomyam Poktek. Lemak berkrim, disukai kami!

        Ikan Siakap Stim Limau. Habis kuah!

       Ikan pari bakar bersambal!

        Ikan barat bakar bersambal

      Sotong bakar kosong. Sbb ada org tak makan pedas. 

Kami order juga sotong bakar bersambal yg mabeles. 

       Ikan barat bakar kosong. Kami makan dengan kuah stim limau tadi. 

        Sotong celup tepung yg crunchie!

Dan sayur kailan goreng dan jugak sayur campur. Tak dilupakan air tembikai sejag, dan teh o panas sejag. 

Semua hidangan ini dimakan bersama 9 orang. 

Harga, RM 389.00 semuanya. Ok, sila bukak dompet masing-masing. Makan ramai-ramai, bayar sorang-sorang! Heheeheh. 

Dan memang sangat sedap!

Kalau korang datang ke Kuala Terengganu, nak makan ikan bakar yg sedap, apa kata cuba datang kesini!

Peta lokasi seperti di bawah. 

         Sebelah "kami di sini" tu. 

Kalau korang guna Waze, boleh la set Pak Aziz Homestay, insyaAllah tak sesat. 

No telefon utk tempahan: 013-947 4446

Selamat menjamu selera!

         Gadis tudung merah tu dah gemuk!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::
           

Thursday, April 03, 2014

Tapak

Al salam alaykum

Sebelum aku betul-betul sibuk, aku p melawat projek yg KJ dah rasmi minggu lepas sampai masuk berita tu. 

Sebelum tu, aku tengok gambo kat FB engineer aku. Cantik!

Maka, terjadilah perbualan berikut selepas aku pergi tengok dan amik gambo tak sama dengan kat FB dia. 

K: Encik amik gambo kat mana, cantik la dlm FB tu. Saya puas tengok angle takde pun nampak serupa. 

Engineer: ko nak amik gambo, kena tau angle, tempat, waktu. Baru la cantik. 

K: tu encik amik kat mana?

Engineer: ko kena panjat tempat tinggi skit. Fire water tank tu pun takpe. 

K: itu dlm gmbo tu encik panjat cooler ke?

Engineer: hahaaha. Tu bukan aku la amik gmbo tu. Tu aku cilok dr photoghrapher profesional. Apa, ko ingt aku pandai amik gambo ke?

Sambil dia gelak lagi berdekah-dekah. 

Adoi, tertipu kami! Mmg aku tau dia tak tau pakai sgt kamera handphone dia tu. Tp mana la tau, kot dah pandai kan?



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, April 02, 2014

Jeles

Al salam alaykum

S: kak kay, saya pun nak p jugak ke site. 
K: tak payah la ko. Nnt ko jadi tumpuan je kang. Tak jadi keroje. 
J: hahaaha. Kak Kay jeles!

Utk apa aku jeles? Tak paham aku dengan budak-budak ni. 

Tu la Kay. Suka sangat kawan dengan budak-budak. 

Daripada aku jeles dengan budak umur 25 tahun, baik aku jeles dengan makcik umur 60 tahun kat China sana yg cun melecun kahwin dengan budak umur 28 tahun. 

Makcik tu sangat cantik ok! Tapi plastik la. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, April 01, 2014

Bawak bertenang

Al salam alaykum

Hari pertama di site, penat nak layan karenah. 



Bawaklah bersabar!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::