...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, February 28, 2014

Cuti lama

Al salam alaykum

Bila aku cakap aku cuti lama, hampir dua minggu, dua pertanyaan yg aku dapat. 

1. Nak pergi umrah ke?
2. Cuti kahwin ke?

Tak. Tak. Tak. 

Tapi aku aminkan. Sapa tanak sampai ke Mekah? Niat ada, aku sedang berusaha utk ke sana. Cuma masih belum diperkenankan. 

Kahwin? Pun nak jgk. Niat ada. Pasangan tak jumpa. 

Aku cuti 2 minggu. Mulai hari ini. 

Dua destinasi. 

5 minit lg nak berlepas. Flight jam 1.20 pm. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, February 27, 2014

Lasik: Radang Mata

al salam alaykum

kalau namanya pompuan, gothic ke, solehah ke, tomboi ke, ganas ke, apatah lagi yg ayu... hobi dia mmg belek muka kat cermin kan?

sejak buat lasik, aku suka belek mata kat cermin... dan tiba-tiba pada pagi Sabtu itu hari, aku merasakan ada kelainan pada mata aku...

mungkin sbb kering, aku tambah lg eye drop sekerap yg mungkin...

tengok balik pagi Ahad, masih lg perkara yg sama, tambah lagi eye drop... 

pagi Isnin pun begitu jugak... terus aku call hotline Lasik UIAM... bercakap dgn nurse yg incharge Lasik ni... aku pun ceritakan keadaan mata aku, dia ckp first time dengar masalah aku ni... takde lagi org mengadu perkara semacam aku ni... dia mintak aku datang UIAM hari Jumaat, sbb Prof Khairidzan ada Jumaat je... aku plak tak boleh, Jumaat esok tengahari dah nak ucap selamat tinggal...

Prof Khairidzan takde kat Prince Court minggu ni... jadinya nurse mintak aku pergi Klinik Mesra Bangi... Doktor Johari pernah bertugas di UIAM katanya...

jadinya semalam aku ke Klinik Mesra Bangi, di Seksyen 4, Bangi... utk menceritakan masalah aku ni...

apa yg terjadi sebenarnya? aku mmg bimbang sesangat...

lupa cerita masalah aku...

masalah yg terjadi pada mata aku ni, flap kornea mata aku ni, bila aku gerakkan mata, terkena kelopak mata, dia mcm korg pakai contact lens yg dh kering, dan melengkung ke atas... gitu lah jadinya dgn flap kornea aku ni... kenapa aku bimbang? kot flap kornea ni tercabut, tak ke aku ni takde penglihatan? naya je... gitu sekali kebimbangan aku...

dlm bulatan tu, nmpk tak mcm melengkung ke luar?

Dato Doktor Johari ni baik sangat, macam Prof Khairidzan... dia cakap mata aku takde apa-apa... healing process pun ok, progress pun ok... cuma tersangat kering sehingga menimbulkan radang pada mata... uwwaaa! awak marah saya ke cik mata?

jadinya, aku kena pakai eye drop sekerap yg mungkin lg, dan tambah lagi eye drop utk radang mata... dan jugak vitamin C, dan jugak ginko lobaloba... bila dapat vitamin C tu, aku baru teringt mmg aku stop makan vitamin C sbb muka aku naik jerawat tatau punca... jadinya aku stop mana yg aku rasa mendatangkan kesan pada muka... mungkin sbb aku stop vitamin C tu la mata aku pun jadi cenggitu...

dan, aku kena pergi lagi klinik dia pada 12/03/2014 utk pemeriksaan selanjutnya selepas guna ubat yg dia bagi selama 2 minggu ni... bertabahlah Cik Kay dengan segala ubat yg ada... 

dan, bagi sesiapa yg ada masalah mata, seperti rabun (power mata bawah 200 la), boleh pergi klinik ni, sbb ada disediakan rawatan utk rabun, tak perlu Lasik... dan jugak masalah-masalah mata yg lain... 

Doktor Johari ni dulu yg mula-mula buka ophthalmology department kat UIAM... so dia tau la aku jalani prosedur apa... dan sekali lagi Doktor tekankan, prosedur PRK yg aku buat tu mmg sangat bagus, dan takde hospital atau pusat mata lain yg offer kecuali UIAM... 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 26, 2014

Bedah

Al salam alaykum

Terkejut aku bila Kakngah cakap Ayyan kena bedah pagi td. Minor surgery je. Lepas bedah, tahan wad sekejap, kul 5 ptg td dah boleh balik. 

Kaki Ayyan bengkak tatau sbb apa. Dah lama. Masa balik Kuantan awal bulan itu hari. Tapi dia tak sakit.  

Doktor cakap ada lendir/air kat kaki dia. Kalau tak surut doktor nak bedah. Tak sangka kena bedah betul. 

Tapi Areeq Zayyan tetap Areeq Zayyan. Lepas kena bedah pun aktif lagi. 

Tapi Ciklong tak dapat nak p melawat Ayyan lagi. Ciklong tak berani lg nak drive malam-malam, sorang-sorang, jauh-jauh. 

Ciklong datang kat Ayyan lagi 2 minggu ye. InsyaAllah. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, February 25, 2014

tadop ke?

al salam alaykum

bila org tanya FB aku, aku pun ghoyak la, search je nama penuh aku, nama ayah aku double D ye...

mesti dpt komplen kata tak jumpa profile...

aku pun heran bin ajaib la jgk... aku mmg la ada klik-klik disable function apa kemenda ntah aku pun tak ingt, tp tak sangka la sampai profile tak dijumpai...

dan aku pun ada jual telekung kat blog ni, aku siap createdkan badge utk FB aku, sbb aku tak minat nak bg no tepon... link jual telekung kat sini...

http://kehelan.blogspot.com/2013/03/bisnes-telekung-auni-imtisal.html

saja aku pi intai nak klik profile Fb aku...

dapat apa?

Content not found katanya!

takpe la, malas aku nak godek FB nak cari balik segala yg disable tu semata2 nak suh profile aku dijumpai...

tapi kan, mana la tau kot ada kawan-kawan lama cari balik tak jumpa, cemana? aaahhh... mmg la tak jumpa, diorg bukannya reti eja nama aku dengan nama ayah aku betul-betul... ekekeke

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, February 23, 2014

Ko takde baju lain ye?

Al salam alaykum

Baju yg sama, di kenduri yg berbeza, pada tahun yg sama. 

Kenduri Syahru di Kuantan


Kenduri Acha di Seremban. 


Kedua-dua kenduri pada tahun 2006. 

Tapi skrg pun aku boleh pakai lagi baju tu. Sbb berat masih sama. Tapi tak pakai sangat skrg, sbb takde tudung yg padan dgn baju tu. Tudung yg aku pakai pada kedua-dua majlis tu dah hancur lebur sbb selalu sangat dilenjan. Feberet katanya!

Tahun ni takde baju kurung baru lagi. Nak  kena beli kain la buat baju baru. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, February 21, 2014

Murah katanya

al salam alaykum

Bai kata ada sales kat Uniqlo The Mines... takkan kat The Mines je? 

gigih aku tepon Uniqlo outlet kat KL ni... semua outlet ada mark down price katanya...

balik dari kerja janji dgn Bai jumpa kat KLCC...

beriya ye!

minggu depan nak p ke tempat suhu 15 deg C, aku ni walaupun gemuk, lemak-lemak kat badan tak dapat nak menampung suhu tu... kena la cari bahan penebat sejuk (ada ke?) 

ni first time aku tau shopping kat Uniqlo... sbb selama ni aku ikut je kengkawan... tak pernah aku nak cuba... antara sbb musababnya ialah:
1. Harga yg mencekik
2. Saiz XL dia pun mcm saiz M

sampai Uniqlo, mmg ada la yg murah betul... betul-betul mark down price! dari harga RM 79.90, dapat RM 29.90... tapinya, kaler yg tinggal kelabu, putih, hitam, coklat... takde la yg shocking2 kaler... dan jugak, saiz yg tinggal S, M & L dua tiga helai... XL tadak! 


kesimpulannya, kalau nak pakai baju bajan Uniqlo dengan harga yg berbaloi-baloi, kita kena:
1. kecikkan badan, supaya muat S & M (arrggghhhh)
2. minat dengan kaler-kaler bumi...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 20, 2014

kereta baru

al salam alaykum

malam tadi aku mimpi letak booking utk Honda City edisi 2014...
Honda City edisi 2014 pun ada diskaun 8 ribu?

terjaga, dh subuh rupanya..

penangan dok bukak website Honda tgk promo Honda City la ni...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 19, 2014

Terkena

Al salam alaykum

Kadang-kadang, kalau tak kena batang hidung sendiri, selagi tu la sangka baik sesangat. 

Bila dah terkena, baru la nak mikir patut la patut la patut la

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, February 18, 2014

kerja senang...

al salam alaykum

budak2 sekarang terer buat kerja yg lecturer bagi, semua dapat kat internet...

masa aku undergrad, lecturer siap pesan kalau saya tau korg guna internet, saya potong markah!

tu pun dapat guna internet sepenuhnya masa semester kedua, tahun kedua... sebelum tu takdenya... pergi library cari jurnal, cari buku, buat kerja sekolah...

skrg, zaman berubah... tanya pakcik google je...

masa aku amik master, sbb kekangan masa yg amat sangat, mmg google je la internet... taip soalan sebijik-sebijik, dapat jawapan terus! mmg score la utk subjek tu...

baru-baru ni, budak ofis aku, yg amik part time belajar, pun buat kerja sekolah kat ofis... pastu ada ujian online... macam2 skrg, amik ujian pun online... masa aku amik master, paling kuat pun sms jawapan kat lecturer... 

"susah ni kak kay" ko ni semua susah! meh sini aku tolong... tolong googlekan je la... ekekeke... mmg ada artikel tu kat internet... cuma lecturer dia bijak, tukar ayat... sudahnya, aku plak yg p jawab ujian online dia tu...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 12, 2014

Undangan Ilmu

Al salam alaykum

Kak Gee ajak aku berdating kat KL Sentral. Ada kuliah tahunan anjuran Pusat Zakat. Tahun pertama dulu, aku sempat bergambar dengan Imam Muda Asyraf. Tahun kedua, aku takde kat KL tak silap aku. Tahun ni, alhamdulillah, rezeki. Ustaz Fauzi dan juga Syam Kamikaze. 

Tapi utk slot Sham Kamikaze tak berapa jelas sgt. Ada problem dgn mikrofon. Tapi intipatinya ialah hijrah. Jika kita ingin berubah kpd kebaikan, pastikan di sekeliling kita bergaul dgn org baik-baik. 

Bahagian Ustaz Fauzi pula bercerita pasal kasih sayang. Antara yg sempat aku catat:

Kasih sayang

Hadis: tidak beriman seseorg itu seinggalah dia mengasihi ibubapanya dan sesama manusia. 

Kita x akan merasai kemanisan iman sehingga kita merasa kasih kpd Allah dan Rasul. 

Tanda:
Seronok beribadat
Tak sabar utk beribadat
Tiada halangan utk membuat kebaikan

Bilal bin Rabah, cth yg merasai kemanisan iman. Walaupun diseksa, tetap menyebut "Ahad" "Ahad" "Ahad"

Pinta Rabeah (khadam Rasulullah) kpd Allah, semoga beliau menjadi teman kpd Rasulullah saw di syurga nnt. 

Sayang rasulullah, ikut apa yg Nabi ajar dan buat. 

Semoga bermanfaat. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Friday, February 07, 2014

Royal Belum - Tasik Temenggor

al salam alaykum

tengok gambar, tak sama dgn tengok secara langsung di sana...


















klik gambar utk tumbesaran yg sempurna...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 06, 2014

Ceritera

Al salam alaykum

Mak aku dah seminggu tak sehat. Dimulai dgn cirit-birit, muntah-muntah, kemudian demam, dah baik demam, lenguh-lenguh badan plak. 

K: aku lupa la nak tepon mak aku hari ni dah sehat belum. 
S: selalu-selalu la tepon mak ayah tu, selagi ada. Mcm aku ni, dua-dua dah takde. 

Rakan sepejabat kami, kehilangan kedua ibubapanya dalam satu kemalangan jalanraya. 

Al-Fatihah utk semua ibubapa kita. 

--------------------

Tengahari tadi, aku teringin makan mee bandung. Lalu kami ke restoran masakan tradisi Johor. 

Kuah nampak sedap, tapi takde rasa. Hambar. Tawar. Kalau org yg cerewet, mmg tak makan dah. 

Masa bayar, aku cakap kat pekerja dia. Mee bandung takde rasa. 

Reaksi dia?

Tersengih dan buat muka "ada aku kesah?"

Aku geram menengoknya, "nnt tambah garam ye dalam kuah!"

Dan muka "ada aku kesah" lagi sekali. 


-------------------

Petang td hujan renyai-renyai, sekejap je pun. Aku jalan lenggang kangkung di dalam hujan itu. 

Pakcik jaga: hujan tu. Basah kang. 
Aku: takpe pakcik. Bersyukur hujan turun ni. 
Pakcik jaga: ye la, dah lama tak rasa hujan ye. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, February 05, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure - Aktiviti 26/01/2014

al salam alaykum 

 bersambung lagi aktiviti pada hari kedua, 26/01/2014...

aku takde la tidur pulas sangat malam tu, sbb tempat baru... setiap sejam aku terjaga... akhirnya jam 6 aku bangun bersiap-siap nak solat subuh...


sesudah subuh


aktiviti pada hari ini ialah masuk air dan makan... dan masuk air lagi sekali, dan makan... ehehehee


aktiviti pagi-pagi ialah terjun ke dalam Tasik Temenggor... utk aktiviti "keyakinan air" ehehehe


tapi oleh sbb semua teruja nak terjun dalam tasik, takde la gambar ye! tunggu pihak BOA upload dalam FB pun takde lagi...

utk aktiviti ni kami didedahkan dengan macam mana nak buat formasi teratai dan ulat bulu... juga diadakan perlumbaan ulat-ulat bulu sekalian ke daratan... 

memang seronok la...

aku ni mmg penakut air, tapi bila pakai life jacket, aku ok je... pulak tu air tak sejuk pun... suam-suam suku...


habis je aktiviti dalam air... kami pun bergerak menuju ke Sungai Ruok... sebelum tu, layan sarapan dulu sekali...

dan sambung aktiviti bergambar... sbb nak menuju ke Sungai Ruok ni amik masa yg lama jugak...

kredit to Amy

selepas sejam lebih, houseboat diparkirkan di tempat lain, dan kami ke Sungai Ruok menggunakan bot laju... lebih kurang 10 minit je sampai la ke Sungai Ruok...

ni kat dgn jetty


apa ada di Sungai Ruok?


campak roti, berkumpul lah ikan-ikan ni...


tak sabar nak ke sana!

tengok je ke?

tak berlengah-lengah, simpan telefon berkamera, kita masuk dalam air... boleh tahan dalam la jugak... cubaan nak sampai ke air terjun dengan formasi ulat bulu tidak berjaya... oleh itu, naik semula ke darat, susur pelan-pelan di tepi tebing... alhamdulillah berjaya... seronok tak terkata!

formasi ulat bulu yg terputus



lebih kurang jam 1, kami bergerak pulang ke houseboat, utk bersihkan diri... dan jugak makan tengahari...


nasi ayam yg sedap!

dan selepas itu, aktiviti bergambar mesra-mesraan disambung semula... sedih, sbb dh kena balik! best kan kalau hari-hari mcm ni... erk! yakin ke Kay?


gambar terakhir kami di Royal Belum, Grik, Perak...

terima kasih utk kru-kru BOA... terima kasih utk Weekenders, terima kasih utk semua! aku berharap aku akan sampai lagi sekali ke Tasik Temenggor ni, insyaAllah... 


ok, aktiviti bergambar dan  pemandangan Tasik Temenggor, aku letak esok-esok ye!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 04, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure - Aktiviti 25/01/2014

al salam alaykum

Antara aktiviti yg dijalankan pada hari pertama (25/01/2014) ialah:

Menjejak (amboi) bunga Pakma (Rafflesia) di Pos X-Ray...

Pos X-Ray Entrance

Panjat skit je... tak penat pun... dalam 10 - 15 minit je...

sepanjang pendakian (mcm mendaki la sangat), boleh la belajar nama tumbuh-tumbuhan yg pelik-pelik skit...

dilarang mengambil bunga ye... ambil gambar bunga ok je...

ambil gambar orang pun ok

tapi alangkah sedihnya sbb semasa kunjungan kami ke sini, bunga pakma belum berkembang mekar... spesis yg banyak terdapat di sini ialah Azlanii...

masih manggis

dah berkobis


baru je pergi meninggalkan kita...

baiklah, nanti kami datang lagi ye sampai jumpa awak yg sedang berkembang mekar...


kemudian kami ke Kampung Orang Asli Aman Damai...

masa ni aku mmg teringt kat USM la... ada Desasiwa Aman Damai kat USM Minden... 

Sungguh aman dan damai sekali (credit to Amy)

sesi suai kenal... 

sepatutnya ada tarian sewang... tp penari-penari kebetulannya ada di Kg. Sungai Tiang... tidak mengapa... cuma aku tertanya-tanya, orang Asli kan banyak suku kaumnya... adakah tarian mereka sama eh?

herba yg sedang dikeringkan...

mereka daripada suku Negrito

comel!

membedel la sekejap...

kedai herba

kalau korang suka dengan herba-herba asli, kat sini ada dijual kacip fatimah, tongkat ali, ubi jaga, ubi spring, akar kencing manis etc etc... harga pun murah boleh tahan...

kemudian petangnya kami bergerak ke Kem Sungai Tiang, utk check in chalet, tetapi atas masalah tertentu, semua tido dalam houseboat... yeay!

sebelum Maghrib, kebanyakannya terjun dalam tasik...


water confidence katanya...


aku layan blues utk aku... 

Maka nikmat yg mana utk kamu dustakan?



Dan malamnya, kami dinner dengan ayam BBQ, kambing BBQ dan lauk-lauk sampingan... sedap wehhh! tak cukup kambing... tolonggg! 

nom nom nom nom... yummeh! (kredit to Amy)

selepas makan-makan, kami belajar tentang Taman Negeri Royal Belum... disampaikan oleh pihak BOA... terima kasih utk informasi yg berguna...

dan, selepas itu sesi berdiskusi bantal dgn geng-geng USMKkj... banyak betul cerita selama 10 tahun utk dirangkumkan dalam 1 malam... yg 10 tahun tu dengan Kak Raf la, sbb mmg tak jumpa dia 10 tahun kan...

nanti aku sambung lagi ye...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::