...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, January 30, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure - Alumni

al salam alaykum

rupa-rupanya pengendali BOA ni ialah super senior kami di USM Kampus Kejuruteraan...

patut la masa daftar nama tu, nama Hilmi Yusof tu mcm biasa tengok je...

kemudian, masa naik houseboat tu muka  dia ni macam familiar je...

senior di USM rupanya...

lepas tu dia cakap, dia biasa tengok muka aku dengan muka Cik Pah...

aku pun tanya, "join PMI ke?"

ha ah, saya timbalan presiden PMI dulu... dia jawab...

tu diaaaa... aku tak ingt la plak sapa presiden timbalan presiden zaman dia...

tapi kiranya muka aku dengan muka Cik Pah ni muka bersepah jugak la kat kampus ye, sampai org ckp biasa tengok...


Alumni USMKKj - En. Hilmi, Cik Fad, Cik Kay, Cik Raf, Cik Awin dan Cik Pah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 29, 2014

Jodoh tak ke mana

al salam alaykum




budak-budak ofis aku semuanya bertapa kat site office...

dan salah sorang daripada mereka, telah dipertemukan dengan pasangan bakal "serasi bersama" insyaAllah, jika dipermudahkan urusan jodohnya... pasangan Ms. M tu ialah pekerja kontrak syarikat kami... selalu bertemu utk berdiskusi hal projek, terjadilah diskusi hal hati... begitulah ceritanya...

dan perkara itu telah menimbulkan kehavocan kat ofis KL...

lalu, terjadi perbualan berikut...


Mr. S: Kay, ko bila nak pergi lagi kat site?
Ms. K: tatau lagi... tapi mmg kena pergi lagi, date tatau bila... kenapa?
Mr. S: ko patut duduk lama la sana Kay... tgk Ms. M tu, dah berjumpa jodohnya...
Ms. K: uitt, belum tentu lagi tu... cuma doakan la diorg semoga berpanjangan jodohnya sampai akhir hayat...
Mr. S: habis tu ko p sana takde org sangkut ke?
Ms. K: oittt... aku pi sana niatnya kerja adalah satu ibadah lillahi taala, tak terpikir plak aku jauh ke situ... lagipun sana adik-adik ramai la... 
Mr. S: nnt ko pergi sana, biar lama skit... mana tau kang jumpa jodoh...
Ms. K: ish, kalau dh jodoh tak ke mana la... nanti jap, aku bitau kak R... dia patut dok sana lama... 

lepas tu aku blah... sabo je la melayan pakcik-pakcik kat ofis ni... 

kat ofis aku ni mmg wanita-wanitanya ramai yg belum berkahwin... tetapi lelaki-lelakinya semua dah berkahwin...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::



Tuesday, January 28, 2014

Royal Belum Outdoor Adventure - Houseboat


al salam alaykum

dah lama nak pergi Taman Negeri Royal Belum ni... baru ada kesempatan... terima kasih Pah sbb ajak aku...

Harga RM 150/pax termasuk makan dan penginapan... boleh pilih nak tido di houseboat ataupun di chalet... tapi chalet pun tak banyak, ada 7 buah je... cumanya masa kami pergi chalet tak dapat diduduki sbb generator sedang diselenggara...

apa pun puas hati dapat tido dalam houseboat...

kalau nak tau details, boleh klik link di bawah:

1. Discover Royal Belum 2014

2. Facebook: BOA

Layan gambar houseboat kami dulu ye...

para peserta bergambar kenangan pada 26/01/2014 (kredit to BOA)


dua tingkat tu!

kita lepak bahagian atas... siap ada kerusi rotan... (kredit to Sniza Bajuri)

masa utk mengopi

lepak-lepak bahagian bawah...

hammock ni boleh menampung 180 kg... itu baru 120 kg tu...

bahagian atas, utk wanita-wanita tido bergelimpangan


bilik tido ada dua

kita parti!!!


Houseboat ni lengkap dengan dapur, bilik air 2 buah, set tv dan karaoke... dan juga bot laju 2 buah... 

mmg seronok!

nanti aku updatekan pengalaman sepanjang berada di sana selama 2 hari 1 malam...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, January 24, 2014

Lasik: Pemeriksaan 24/01/2014

Al salam alaykum

Hari ni, student yg bernama Doktor Ikhwan plak yg cek aku. 

Boleh tahan lawak, mesra dan sebagainya. 

"OK, lepas ni kita cek guna pinhole plak"

Mata kiri ke kanan doktor?

"Mana-mana pun boleh. Tapi yg sunnah kanannnn"

Pastu doktor Ikhwan senyummm. Heheehe

Kemudian, spt biasa, jumpa Prof Khairidzan. 


Alhamdulillah, mata aku takde masalah mcm bulan lepas. So tak perlu pakai forte tu dah. 

Cuma, mata aku kering la plak. 

Selain tu, aku cakap dgn Prof, mata kiri masih tak dapat vision spt yg aku harapkan. Prof cakap kena sabar. Nanti akan dapat jelas. Jangan tinggalkan eye drop. 

Dan, aku pun mengadu, aku masih terasa silau lagi pada waktu malam. Amy dh ok. Kalau pemeriksaan selanjutnya nanti masih silau, mungkin aku kena guna anti glare. Tp aku tak tanya lanjut la. 

Aku cakap lagi "Prof, saya tak dapat baca papan tanda kat luar tu". Memang la awak tak nampak, sbb lighting tak cukup. Cuba awak tgk yg dalam bilik saya ni, tulisan yg sama, jarak yg sama, nampak kan?

Prof, bila saya boleh mula makan collagen?

Hmmm... Biasanya selepas 6 bulan hingga setahun. 


Banyak tanya plak kali ni. 

Prof pun pesan lagi, kalau tiba-tiba aku rasa mata kabur, terus call klinik. Berdebar wehhh. Aku berdoa supaya rabun tak datang lagi. 

Temujanji seterusnya, bulan 5 nanti. InsyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, January 22, 2014

Serempak

Al salam alaykum

Bila terserempak je dgn org yg aku kenal, tapi aku nak buat-buat macam tak kenal... Aku nak jadi beku... Tapi misi gagal. 

Paling tidak, aku mesti nak menjeling jugak. 


Menjeling menjeling ku bertentang
Mata kita sama memandang


Aku mmg tak pernah pandai bab-bab berlakon ni. 

Org pernah cakap, "air muka jujur sgt. Tak reti nak sorok langsung perasaan"

Erkkkk!

Jujur la sangat!


Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yg harus pergi
Ku terima walau sakit hati. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, January 20, 2014

Cakna

Al salam alaykum

1. Balik rumah sewa, tgk botol sabun mandi aku lesap. Aku tanya housemate, dia cakap tak perasan. 

Botol sabun mandi tu letaknya sebelah je botol sabun mandi dia. 

Boleh tak perasan ye?

Aku perasan barang mandi aku pun kucar kacir. Dia cakap masa dia cuci bilik air bekas barang mandi aku jatuh. 

Kesimpulannya, kena buang la tu botol sabun mandi aku. 



2. Toilet kat ofis sejak direnovasikan asyik la kena kunci. Yg suka sgt buat arahan kunci mengunci toilet ni, org ofis sebelah. Diorg tanak org dari level lain dtg guna toilet level kami. 

Masih boleh bersabar lagi. 

Yg jadi kurang sabar bila lampu toilet pun nak dipadamkan. Takde org takpe la jugak. 

Tolong prihatin skit boleh? Sebelum kunci pintu tutup lampu tu, tolong tengok pintu toilet lain kaler merah ke hijau?

Tak pasal-pasal ada org kena marah tadi. 

Td aku dh mintak receptionist ofis aku taip besar-besar tampal kat pintu toilet "Tolong jangan padamkan lampu pada waktu pejabat boleh tak?"

Tp receptionist tak buat lg la td. 



3. Group whatsapp. Kalau kita dimasukkan ke dlm group sembang yg sebahagian besarnya ialah org yg tidak kita kenali, boleh tak kalau cuba bersopan skit dlm menaip? Cuba hormati privasi org lain yg ada dlm group tu. Cuba utk berbincang hanya utk topik yg berkaitan dgn aktiviti yg bakal dijalankan. 

Ini tidak, merapu meraban. Aku cuba utk bersabar sampai hujung minggu ni. 



4. "Saya tak pernah tgk awak masak utk kami. "

Eh, saya pernah la goreng nasi bawak p ofis, goreng cekodok bawak p ofis. Buat roti telur bawak p ofis. Awak kot yg tak pernah makan. Org lain makan je. 

Ok, lain kali takyah la masak-masak then pelawa saya makan. 



5. "Ada org nak berkenalan dgn awak"

Boleh je. Takde masalah

"So bila boleh jumpa?"

Nak kena jumpa ke? Nak kawan tak perlu kot jumpa-jumpa lagi. 

Fahamilah, berkenalan tak semestinya kena bercinta dan seterusnya berkahwin kan? 




6. Hari Jumaat saya MC. Ada check up kat hospital. 

"Ko ni selalu je cuti Kay" tiba-tiba kakak penolong pengurus bersuara. 

Kak, tahun baru ni baru sehari saya nak amik MC. Tu pun bukannya saya nak, terpaksa. Ada option lain, saya pergi check up kat Prince Court, tp kena bayar la 200, dan dapat MC jgk. Masalahnya, nak claim tu lambat. Baik sy pergi yg free. 

"Ye lah, sakit nak buat cemana kan?"

Setakat ni aku x pernah amik MC sbb demam. Awal tahun lepas je aku MC sbb cabut gigi. Lepas tu bulan 11 tahun lepas, MC pasal Lasik. 

Aku pun tak pernah kira org lain punya cuti. Walaupun aku tahu org lain MC dh melebihi hari yg ditetapkan. Amik cuti yg dipinjam pada tahun depan dan depannya. Semua ni terjadi sbb org terlebih cakna dan tak berapa nak cakna. 




7. Oh, aku melilau kat kawasan ofis td. Gembiranya, dah ada pusat dobi layan diri. Tak sabar nak gi cuba. 



8. "Kay, bila ko nak balik KL?"

Aku dh balik la. Lupa nak update. Heheehe. 




Cakna. Prihatin. Ambil tahu. Tapi tidaklah sampai menyibuk. Dan bukan jaga tepi kain orang. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Sunday, January 19, 2014

Ammar Darwisy yg kaya...

Al salam alaykum

Ammar Darwisy mmg petah bercakap. Dah 5 tahun kan. 

AD: Ciklong, Ammar suka la cameron ni. Ammar nak beli rumah la kat sini. 
CL: harga berapa?
AD: murah je. 6 juta je. 

Amboi. 

CL: Ammar dh ada berapa rumah?
AD: ammar ada 3 rumah. Tak mahal pun, 3 juta je. 
CL: rumah mana yg best?
AD: rumah skrg best. Sbb ada kolam yg Ciklong beli. Tapi rumah dulu yg Ammar pergi ada kolam dalam bilik. Laaagggiiiiii best!

Rupanya dia ingt mak ayah dia bawak dia jalan-jalan kat PD yg bilik hotel ada kolam tu. 

Dia ni jenis ingat cerita lama. Tapi mesti dia cakap "semalam kan Ammar kan" dan dia rangkum sekali dgn cerita lain. 

Dan Ammar jugak kuat bodek. 

"Ciklong comel la"

Terima kasih la ye Ammar!!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, January 16, 2014

Pertama tahun ini

Al salam alaykum

Buku pertama 2014.


Dalam sibuk kat site, aku luangkan masa jgk malam-malam baca. 

Kerana Dia, Ratu Sehari. 

Buku yg menghimpunkan cerpen-cerpen yg bertemakan kisah pasangan dua sejoli  menjejak pelamin angan-angan. 

Tapi bila habis baca, geram plak. Hahaahaha. Sbb semua kisah kebanyakannya berakhir dengan indah-indah belaka. 

Dalam kehidupan realiti, awal sama je jalan cerita, tapi habis macam tu je. Tak berapa nak indah. Hahahaa

Mana tak geram ye! Hahaahaha. 

Ok. Dalam bas, nak balik Kuantan. Isnin masuk kerja kat KL. 

Batu Rakit, nanti aku sampai lagi. InsyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, January 15, 2014

Seratus

Al salam alaykum

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan 

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Bila baca senarai yg 100 ni, berapa je lah amalan yg aku buat. 

Harap yg no 100 tu sentiasa bersama kami. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, January 12, 2014

Rekemen

Al salam alaykum

"Kak, rekemen la saya kat bos, serap permanent"

Aku bkn bos boleh rekemen ko. Lagi satu, tatau bila bos nak wujudkan jawatan ko. Lain la ko nak jadi runner pergi miti, mida, forwarding agent. 

"Bukan apa, client dh tanya saya, nak kerja dgn diorg tak. Kalau boleh sy nak keja dgn melayu"

Dh client panggil, pergi la keja dgn client. Gaji 10k kot. 

"Tak la kak. Sy mintak 15k. Kalau dpt sy pergi la"

Hehss! Lagi sibuk nak mintak rekemen. Seligi baru tau. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, January 07, 2014

Ni Ni Ni

Al salam alaykum

Aku dapat nama panggilan baru. 

Ni ooo Ni....

Uittt. 

Kalau panggil Kay, bengkeng sangat. Panggil Ni lembut skit. Harap-harapnya lah. 


Ni?

No no no. Aku tak layan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, January 06, 2014

Caramello

Al salam alaykum


Masih ingat. Terima kasih la dik masih ingt juga kenangan lalu. 

Kegemaran sgt ni.  Mesti la ingat. Pergi koperasi USM je beli caramello. Masa tu harga dalam RM 2.50.  

Skrg je dah jarang beli. Gemuk aku nnt yg dah sedia gemuk. 

Officemates yg duduk kat site ni kebanyakannya dah bertukar gebu gebas. Aku tanak termasuk dalam statistik cik gebu tu. 

Bos aku pun sibuk bilang sapa yg dh gebu. Sabo je la. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, January 05, 2014

Umur akak berapa?

Al salam alaykum

Ada budak praktikal jgk kat sini. Kalau kat ofis KL senyap je tak bercakap. Kat sini boleh tahan riuh gak. 

Kak, nak tanya boleh? Umur Kak R berapa?

Uitt. Kenapa?

Kat ofis KL tu ada 4 org sy kompius umur diorg berapa. Antara akak dgn kak R, sapa lg tua?

Ko agak? Sapa tua? Aku ke Kak R?

Ala... Akak ckp je la. 

Ko ckp je la ko teka umur aku berapa. Aku tau dah jawapan ko, tp bitau je. 

Hmmm... Saya rasa akak lg tua dari Kak R. 

Hahaahaha. Takpe aku x marah. Sbb awal-awal dulu pun aku ingt kak R tu muda dari aku. Kak R 35 la. 

Uishh. Tuanya! Tp dia nmpk muda la. Umur akak 29 eh?

Aku 33 la. 

Ye ke? Hmmm. Saya ni boleh agak umur org. Tengok muka. Bawah mata. Tangan. Kak R tu mesti pakai something kan. Jaga betul-betul muka dia kan?

Pulakkkk. 


Kelakar betul budak ni. 

Hari kedua kat site office. Boleh tahan la jugak. Takpe Kay, ko boleh. Positif. Positif. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, January 04, 2014

Kerja Luar

Al salam alaykum

Hari ni aku mula kerja kat site. Kerja dari Sabtu hingga Khamis. Tak tau berapa lama. Ikut perjanjian dgn bos 2 minggu je. Tapi bos aku ni pelupa. Kang dia extend lama-lama. 

Aku gantikan kawan ofis aku kat sini. Sbb dia dh berbulan-bulan kat site tak amik cuti. So dia amik cuti 2 minggu utk bercuti bersama suami dan keluarga. 

Aku pun tatau apakah cabarannya. Tapi yg pasti aku nak elakkan dibuat perbandingan. Bagi aku setiap org lain caranya. Aku harap aku dapat kawal emosi. Tu je. Heheehe. 

Hari pertama, ok je. Cuma bila kat site, biasalah bila ada wanita yg baru datang, mmg jadi tumpuan. Sungguh tak selesa. 

So, hari ni aku dibawa berjalan-jalan utk mengenali pembekal-pembekal kami di sini. Sbb kat sini kami takkan kuar pesanan belian. Pembelian adhoc utk keperluan projek. 

Harap semuanya dipermudahkan utk aku  harungi 2 minggu ni. 

Oh ya. Bos nampak aku hari ni "eh, awak ada kat sini!"  Amboi. Berlakon ye. 

Seperti biasa, kalau menunggu bos tak sah kalau balik malam. Kat KL pun aku la yg last dpt jumpa bos. Kat site pun sama. 

Hari ni, aku dan rakan sedepartment aku dapat bercakap dgn bos, mcm kawan dgn kawan. Dan aku harap, perbincangan dgn bos pada hari ni, dapat membantu rakan aku dlm membuat keputusan yg muktamad. Semoga ada nur di hujung jalan kita. 

Dan ayat bos "masa ni la kita nak tgk sapa yg loyal". 

Terima kasih bos. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, January 03, 2014

LASIK - Follow up 27/12/2013

al salam alaykum

lupa plak dah pasal LASIK aku ni... ada follow up pada 27/12/2013...



Mata kanan alhamdulillah... mata kiri masih lg bermasalah... mcm ada selaput lagi kat mata... Vision aku dh dapat 6/9, tapi masih lagi tak dapat baca habis la segaris tu... yg PH tu, maksudnya guna pin hole... so dapatlah 6/6...

dan perkembangan yg sama... body aku menolak power mata yg baru ni... dapat lagi ubat forte, kali ni kena pakai 4x sehari...

aku harap sangat mata aku ok... mcm Edd, macam Amy... macam orang lain... 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, January 02, 2014

RIP En Hitamku

al salam alaykum

sekejap tadi pi bengkel amik kunci kereta nak serahkan ke syarikat insurance...

borak-borak dgn bengkel owner, awak baik amik duit... kalau baiki awak nak tolak pergi used car pun susah...

nanti kereta saya ni jadi apa?

jadi scrap saja lorr...

apa punya orang la aku ni... tgk kereta tu menangis-nangis mcm kena tinggal kekasih!

gitulah agaknya ye perasaan org berkasih bila kena tinggal...


ni gambo lama, aku pergi melawat bulan November itu hari...


RIP En Hitamku sayang... 

Pergilah sayang...
Dirimu kan tetap daku kenang...
Setiap malam berlinang
Air mata ku jadi perangsang
merindumu sayang...


28/02/2006 - 03/11/2013


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 01, 2014

Pesan pada angin

Al salam alaykum

Kait-berkait akar beringin
Di situlah banyak ular melata
Nak kupesan pada angin
Sayangnya angin tak tahu berkata

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::