...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, December 31, 2013

31.12.2013 - Nak jugak!

Al salam alaykum

Hari terakhir 2013. Sama je kot. 

Ada yg bertanya. Apa azam tahun baru?

Aku ni tiap-tiap hari berazam. 

Dan azam yg ada tahun lepas dibawa ke tahun baru. 

Dan tambah lg. 

Nak kurus nak kurus nak kurus. 
Nak berjimat nak berjimat nak berjimat. 

Yg pasti, umur makin memendek. Kematian itu semakin tiba. 

Selamat tahun baru 2014. 
Bukan setakat tgk bunga api. 
Bukan setakat tanam azam baru. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, December 29, 2013

Makan di Kuantan: Lila Wadi

Al salam alaykum

Org selalu tanya aku kalau makan kat Kuantan kat mana yg best. Aku sukar utk menjawab. Sbb aku kalau balik mmg makan kat rumah yg mak ayah dan kadang-kadang adik aku masak je laa. 

Kemudian, ada kawan-kawan aku kat FB cakap makan kat Lila Wadi sedap. Aku pun teringin nak cuba. 

Jadinya semalam, bawak la famili pergi ke Lila Wadi. Lila Wadi letaknya di Jalan Teluk Sisek, sebelah Annexe Rest House. Dulu kat belakang Pejabat Kastam Jalan Besar. 

Kat Lila Wadi ada masakan panas dan juga BBQ. Oleh sbb x cukup korum, kita cuba masakan panas je la. Niat di hati, kakngah balik sefamili nnt kita cuba BBQ la plak. 

Sebelum tu, suka aku mengingatkan aku bercerita ni tanpa gambar. Heheehe. 

Kami semua order nasi goreng. Ada nasi goreng ayam, seafood, mushroom, beef, lamb. Kemudian order udang dan sotong tempura, fries utk Adam. 

Kami suka udang dan sotong tempura. Mmg sedap. 

Tapi bila tiba nasi goreng, muka masing-masing dh sedih. Hahaahaha. Serius! Nasi goreng semuanya sama warna dan jenis. Iaitu nasi goreng asas, nasi goreng cina. Cuma yg berbeza, kalau order nasi goreng ayam, adalah ayam dlm nasi goreng tu. Order lamb fried rice, ada la lamb dlm tu. Tu je la. 

Aku pandang sekeliling. Mmg ramai Chinese yg datang ke situ. Tapi takde la order macam kami ni. Diorg minum air dan makan kek je. Rata-rata kesemuanya macam tu. 

Aku pun tambah order. Amik mango cake dan chocolate cake. Dan ternyata, memang sedap. Habis diet aku! Sbb tu la ramai Chinese kot. 

Baiklah, kesimpulannya, Lila Wadi ok je. Cuma mungkin pilihan nasi yg ada tidak memikat selera kami. Lain kali, pergi utk lepak minum air dan makan kek dan makan tempura je la. 

Dari segi harga, mmg ikut standard Kuala Lumpur. Tidaklah mahal, tidaklah murah. Tiada service tax jugak. Ada RM 10, boleh dah nak makan dan minum. 

Ok, tu je cerita makan kami di Lila Wadi. 


Oh ya! Ini hanyalah mengikut selera kami sekeluarga ye! Kalau korang baca blog org lain, mungkin diorang cakap best. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 24, 2013

Hal adik beradik

Al salam alaykum

Aku plan dpt gaji lepas bayar segala hutang piutang dan kalau ada lebih lebih aku nak beli novel yg aku listkan dulu. 

Aku tanya adik aku. 

Kaklong: Aku nk beli novel. Harga total 500. Kalu aku beli aku kena marah dgn ma x?

Kakngah: 500 tu bleh tukar bli brg umah yg rosak. Novel tu tahun depan pesta buku bleh

Hasrat murni aku ditentang. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, December 23, 2013

Papa, I love you!

Al salam alaykum

hari ini ayah saya genap 58 tahun

Selamat hari lahir Pa!

Kaklong doakan Pa sehat sokmo-sokmo, gembira sokmo-sokmo, dan jadi ayah berbahagia dgn suami dan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu yg soleh dan solehah... di dunia dan di akhirat kelak...

aamiin...

Kaklong sayang pa dan ma!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, December 22, 2013

Pernahkah anda mengalami pengalaman yg pahit semasa remaja?

Al salam alaykum

Aku tgk 3R pertama kalinya utk musim baru ni. Kira ada masa la ni. 

Kalau ikut soalan tu, jawapan aku, tidak la sgt. 

Cuma yg buat aku rendah diri. Aku gelap. Adik-adik aku yg pompuan semua cerah skit. Aku je gelap. 

Gelap-gelap aku pun, ada ramai la jgk peminat. Masa umur belasan tahun la. Bukanlah utk dibanggakan. Aku pelik la jgk. Budak gelap mcm aku ni ada org minat. Tapi org yg aku minat takde la plak minat kat aku. Tu yg jadi rendah diri. 

Rendah diri makin ketara bila masuk zaman universiti. Sbb aku makin gemuk. Ex-musuh aku cakap aku tembam. Dan masalah gemuk melanda sampai skrg. 

Dan aku jadi lagi rendah diri apabila, kawan perempuan aku dgn selambanya tego aku dan entah kenapa aku ingt sampai skrg. "mu ni huduh la kay". Aku tau aku mmg tak lawa, tapi perlukah korg berkata  begitu kpd aku?

Kebenaran itu mmg pahit kan?

Aku pun tak pernah la nak memuji dan mengeji sesapa mcm tu sekali. 

Dan skrg makin down sbb jerawat sdg berleluasa merayap kat muka. Takde la muka aku ni mulus, tp tak pernah la muka ada jerawat merah-merah di pipi. 

Lagi satu masalah, apabila org yg lg tua dr aku panggil aku "kak". Apakah? 

Ya, aku takde masalah sangat semasa remaja. Zaman remaja aku ok je. 

Aku ada masalah di umur 30an. 

Alhamdulillah aku ni positif. Walaupun tak sepenuhnya, tapi berdoa supaya aku sentiasa positif. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, December 19, 2013

50 Buku Setahun?

al salam alaykum

tersenarai di bawah novel yg aku tak sempat beli dengan penerbit kegemaran aku...

sbb apa tak sempat nak beli?

sbbnya aku dh menggunakan kad kredit dengan amaun yg melebihi separuh rebet LHDN utk pembelian buku... masa tu aku gila dekat Pesta Buku 1 Malaysia awal tahun hari tu dan aku membayar hutangg kad kredit setiap bulan dengan bayaran mudah utk setahun... mudah la sangat! jadinya, peruntukan bulanan aku utk novel habis utk mebayar kad kredit je...


JS Adiwarna:


Betty Oh Betty!: Feeza (double check)










Dan, total harga semua novel-novel di atas ialah RM 544.00... mana nak cekau ni? tahun depan, senarai novel bakal bertambah... uwwwaaa lagi...

50 buku setahun? aku tak dapat gapai tahun ni... sbb aku takde masa nak baca sgt... dulu-dulu, aku ada la masa baca sbb tunggu komuter dan naik komuter, pergi balik dah amik masa 2 jam... so sekurang2nya 2  buah buku mmg habis la utk seminggu...

tahun ni, office 5 minit jalan kaki... kat bilik, kerjanya tengok tv je... mana la sempat nak belek novel ye tak? pastu dgn strugglenya nak menghabiskan data telefon 2GB sebulan, wajblah sambil tgk tv sambil melayan whatsapp, instagram, wechat, FB, Twitter, Youtube bla bla bla...

tahun depan, aku ingt nak tukar data plan la... tp tu la... bila tinggal skit nnt, mesti x cukup bila nak pakai time kecemasan kan?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 17, 2013

Khatam Al-Quran

Al salam alaykum

Semalam sempat pergi kelas terakhir, Talaqi Al-Quran Lanjutan 2013 di masjid Shah Alam.  

Maklum la kereta takde, susah nak bergerak, malas nak susahkan kawan-kawan. Dah jadi rezeki smlm, Kak Roza sudi amik aku kat komuter batu tiga, dan Husna sudi amik lepas kelas. 

Lepas tamat kelas ni, aku pun takde daftar mana-mana kelas lagi. Di Masjid Negara pun ada, tapi masa lama sgt. Masjid Shah Alam kelasnya setahun je. Yg setahun ni pun kdg2 aku rasa nak syahid awal. 

Tapi yg betul-betul khatam sebenarnya Ustaz Khalil sorang je. Aku sendiri pun banyak tuang kelas. 


Ada rezeki, jumpa lg konvo tahun depan. InsyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, December 15, 2013

Kebaikan

Al salam alaykum

Alhamdulillah, aku dikurniakan sahabat-sahabat yg baik. 

Mungkin aku bukanlah sahabat yg baik utk mereka. Tetapi, mereka semua amat baik terhadap kedua ibu bapaku. 

Alhamdulillah. Rezeki aku mempunyai sahabat-sahabat berhati mulia.

Harap aku juga spt mereka. Berhati mulia. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Al salam alaykum

Sebelum tahun 2001, aku tak pernah merasa banjir. Kalau ada pun, di kg aku, Alor Tembesu Dungun. Takde la boleh dikatakan banjir pun. Sbb naik air skit je. Tu pun bukan kawasan rumah arwah nenek aku. Takde aktiviti pindah memindah ke pusat pemindahan banjir. 

Hujung tahun 2001, selepas beberapa hari raya aidilfitri. Hujan turun tak berhenti di Kuantan. Juga malam itu diramalkan air pasang tinggi dan juga kunci air Kobat akan dibuka. Kawasan berdekatan mula dinaiki air. Siang hari tu, jiran aku berkata "marilah kita rasa banjir sekali. Nok gok rasa banjir cemana". 

Adik-adik aku yg lelaki, sibuk main air hujan. Aku dan mak dan adik-adik perempuan aku, sibuk bergambar dalam rumah. Mengabiskan kodak (filem) hari raya. Ayah aku, keluar rumah meninjau hujan. Sbb Sg Isap Damai dh naik air. 

Ayah aku balik, cakap rumah dihujung lorong kami, mula dinaiki air. Ayah aku pergi menolong mengemas barang di rumah hujung tu. Kami plak, duduk-duduk tgk tv lg. Sambil tgk air longkang. "Tak banjir kot"

Jam 12 tgh malam, jiran kami datang mengetuk pintu. Air longkang melimpah. Kebanyakan rumah di lorong kami mula dinaiki air. Sudah!!! Ayah aku masih lg menolong mengemas rumah jiran. Kami bergegas mengemas rumah. Tatau mana nak mula. Mana pernah rasa banjir wehh!!

Baju-baju masuk dlm karung bawak naik atas siling rumah. Barang-barang letrik letak atas almari tinggi. Aku tak ingt cemana kami simpan tilam kami. Yg aku paling ingt, ayah aku letak tv atas meja jepun. Meja jepun tu plak ayah aku ikat dekat pelampung tayar besar. 

Jam 4 pagi, air makin naik. Sampai paras lutut kami. Kemudian naik lagi, sampai pinggang aku. Kami tak berlengah. Kami harung banjir ke Sg Isap 2. Berlindung sekejap di pusat KRT. Kemudian situ pun naik air. Jiran kami yg nak merasa banjir, sempat telefon anak dia di Inderapura mengabarkan keadaan kami. Dan, menantunya datang dengan lori pasir. 

Kami keluar ke jalan masuk Sg Isap 2, dekat pencawang tu. Lori Abg Mi dah menunggu kami. Tp bukan kami je yg panjat naik, mangsa banjir yg lain juga. Semua yg menumpang naik, Abg Mi tlg hantarkan ke pusat pemindahan Sek Men Paya Besar. Dan kami 2 keluarga terus dibawa ke Inderapura, menumpang teduh di rumah Abg Mi dan Kak Yah selama 2 hari. 

Akibat dari banjir tersebut, van ayah aku rosak. Tikar getah kena buang. Ada sebiji 2 almari dh kembang, kena buang. Kerusi rotan rosak. Barang letrik alhamdulillah kebanyakannya ok. Barang-barang aku yg bernilai sentimental pun habis kena banjir, tp aku simpan lg smpi skrg. 

Operasi membasuh dan mengemas mmg memenatkan. Aku balik lambat ke kampus, utk menolong famili aku mengemas. 

Sedih pedih mengenangkan kerosakan dan kemusnahan. Dan, aku berdoa semoga tahun-tahun mendatang kami tidak akan terlibat dgn banjir. Setiap tahun sebelum benteng banjir dibina di kawasan perumahan kami, tiba je hujung tahun, kami berjaga2. Mengemas cepat2. Dan berpindah cepat2, takut bah melanda. Alhamdulillah, selepas benteng banjir dibina, kami rasa tenteram skit apabila hujung tahun tiba. 

Dan, siapa sangka, tahun 2013, kami akan mengalami banjir lagi sekali! Malah lebih teruk! Salah satu punca selain hujan yg lebat dan air pasang tinggi, ialah benteng banjir tu pecah!

Banjir melanda setinggi paras dada aku di lorong rumah kami. Siapalah kita utk menidakkan kuasa Tuhan. 

Sebenarnya, kami tak menjangka banjir akan berlaku. Jadinya, acara kemas mengemas tidaklah beriya. Mengikut pengalaman kami bertahun-tahun, air akan naik paras buku lali di rumah paling hujung di lorong kami, kemudian terus surut. 

Cuma, bila bekalan elektrik terputus, mak ayah aku rasa macam tak sedap hati. Teruskan mengemas apa yg patut, dan tinggalkan rumah menuju ke pusat pemindahan banjir walaupun air taknaik pun lg di kawasan rumah kami.  Aku pun di KL ni sempat berdoa. Air yg naik tu banjir acah-acah je, mcm tahun sudah. Ternyata, doa tidak makbul. 

Banjir yg amat dahsyat melanda Kuantan. Oleh sbb skrg ni canggih dgn teknologi di hujung jari, kami dapat update dan informasi dgn cepatnya. 

Adik aku Iman, sblm dia hilang tidak dapat dikesan, sempat telefon aku cakap "rumah kita tenggelam kaklong". Duduk kat KL ni tak senang hati langsung!

Banjir yg dahsyat. Kami memohon keampunanMu Ya Allah! Kami berharap semoga kami tidak diuji dgn bencana ini lagi Ya Allah! Aamiin. 

Di kesempatan ini, ribuan terima kasih kpd kerajaan negeri dan pusat, ahli parlimen Kuantan, ADUN Tg Lumpur, keluarga sanak saudara yg disayangi, sahabat-sahabat saya yg dikasihi, badan-badan berkanun, NGO-NGO, syarikat2, dan orang perseorangan yg menyumbang secara langsung dan tidak langsung kpd kami dan semua mangsa banjir kali ni. Hanya Allah yg mampu membalas budi baik anda semua. Spt yg kita percaya, "hari ni kita tlg org lain dlm susah, bila kita susah, Allah akan hantar org lain utk bantu kita"

Dan, doakan Kuantan terus bangkit menjadi bandar lestari di Pantai Timur. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 10, 2013

En Hitam ku pula

al salam alaykum

dalam aku sibuk-sibuk hal banjir minggu lepas, tiba-tiba teringatkan En Hitam ku plak...

saja la aku tepon insurance... terkejut aku! dia offer total lost!

jatuh terduduk!

menangis tak berlagu... pihak insurance cakap bengkel bg quotation melebihi sum insured value...

eh, kenapa plak bila aku tepon bengkel, bengkel bg harga separuh je dari jumlah yg insurans cakap kat aku?

aku penin di situ...

tapi pihak insurans sendiri pun mmg nasihatkan aku supaya terima je offer tu... kejung aku! dia cakap, nnt kalau baiki sekalipun, tak sebest dulu dah... menitis lagi air mata... 

oleh sbb surat original pun aku tak dapat lg, so aku mintak tangguh dulu la... biar aku setelkan satu satu... minggu lepas aku sibuk sgt nak balik Kuantan nak tgk rumah banjir ni, so malas nak pikir pasal hal kereta lagi...

tiba-tiba, hari ni, pihak insurans tepon tanya keputusan aku... kalau cakap baik-baik takpe la jugak... aku mintak penjelasan kenapa bengkel quote kat pihak insurans harga lain, kat aku harga lain pun tak boleh nak jelaskan dgn baik... pastu tinggi2 suara kat aku tanya "awak paham tak?"

aku cakap, sabar la dulu, saya ni byk lg hal lain nak pikir... lagipun surat tu dalam masa 7 hari bekerja... surat original pun aku tak dapat lg... lepas tu boleh dia bebel-bebel kat aku perli-perli aku cakap "biasalah org Melayu nak slow and steady" bertambah la bengang aku, mcm nak cepatkan aje kete aku tu RIP... last-last, aku marah dia, "call saya balik lepas seminggu" dan terus letak tepon...

ikutkan hati aku yg membara tadi, nak je aku buat aduan ada staff yg kurang ajar bila tepon pelanggan... tp skrg perasaan aku dah ok, so malas aku nak panjangkan... 

aku sendiri pun belum ada keputusan... cuma mengikut saja pendapat keluarga aku dan utamakan keselamatan sejagat...

istikharah dulu, kemudian baru buat keputusan...

mudah-mudahan dapat petunjuk yg betul... aamiinn



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, December 07, 2013

Banjir: Rumah Kami

Al salam alaykum

Banjir kali ni tinggi skit daripada tahun 2001. Kalau 2001 betul-betul paras tingkap rumah kami, kali ni lebih dalam 5". 

Sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk, sahabat-sahabat menyampaikan pesan, mungkin malam ni banjir lagi sekali. 

Mmg hujan agak lebat siang tadi. Kunci air Sg Kobat katanya dibuka. Dan malam ni air pasang besar dijangka setinggi 3.5 meter. 

Jadinya, katil-katil, almari-almari kami tak usik lagi. Lagipun, gelap nak buat kerja. 

Buang air lumpur, dengan harapan malam ni tak banjir dan esok dpt memudahkan kerja kami. 

Dan kami mengikut nasihat isteri Perdana Menteri kita yg muncul kat Buletin Utama. Beliau tak bagi kami terburu-buru utk mencuci dan mengemas rumah. Kang banjir lagi, susah hati plak pemimpin negara kami. 






::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Friday, December 06, 2013

Banjir: bantuan diperlukan

al salam alaykum

aku share kat blog plak... 

malam ni lori akan bergerak ke Kemaman utk menghantar bantuan...

sekiranya pembaca-pembaca blog saya yg ingin menghulurkan bantuan, boleh la menghubungi nombor di bawah...




terima kasih utk segala doa dan bantuan utk mangsa-mangsa banjir di Malaysia



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::




Thursday, December 05, 2013

Banjir: 03/12/2013 & 04/12/2013

Al salam alaykum


Bertabahlah hati. Allah akan menolongmu!

P/S: Iman kat mana??

Update: 3.50 pm: air makin surut. Ayah aku pergi tgk, tapi x dapat masuk ke kawasan. Cuba utk masuk dari Sungai Isap Jaya. Tapi air takat pinggang lagi. 

Alhamdulillah, Iman telefon nak balik ke Balok. Dia kat bandar tadi. Lega dengar suara. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, December 04, 2013

Banjir?

Al salam alaykum

Pagi ni (Selasa) bukak IG, org Kuantan dah pakat update pasal banjir. 

Tepon mak ayah aku, diorg dah pergi mana ntah amik barang bantuan utk dihantar ke pusat banjir. Ahli KRT la katakan. 

Terus aku bukak FB. Banjir teruk!!

Jumaat, Sabtu, Ahad, semasa aku di Kuantan, hujan turun kadang lebat kadang tak, pastu nmpk matahari skit. 

Isnin, terus gelita hujan lebat sampai la Selasa. 

Kawasan rumah aku pun naik air dah. Tapi belum sampai ke rumah aku. 

Jam 11 tadi, bekalan letrik dah terputus. Mengemas dalam gelap. 

Air dalam longkang statik. Tak naik tak turun. Aku berdoa, semoga surut. 

Hati meronta-ronta nak balik. 

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu".  Al-Quran (11:44) 

Sama-sama doa. Ini bukan bencana. 


Update 12.50 am: famili aku dgn beberapa jiran dah meninggalkan rumah utk mencari tempat perlindungan banjir. Air longkang dah melimpah. 

Update 5.00 am: famili aku semua dh mendaftar sbg mangsa banjir di Paya Besar jam 1.30 pg. Kemudian semua pergi ke Balok rumah adik aku. Cuma Iman, ikut Cik Zie, jiran kami. Konon Iman tinggal nak pantau air, tp sbb air cepat jgk naiknya, dia ikut Cik Zie kuar dari kawasan perumahan.

Update 1.00 pm: Iman tepon, takde bantuan makanan kat Sekolah Sungai Isap Murni... dia terperangkap kat situ... Sungai Isap Perdana dah naik paras dada katanya... Cik Dah sekeluarga duduk kat masjid pun takde bantuan makanan... aku tepon pusat bantuan banjir, semua no tak bersambung... telefon MPK, dia bg no JKM... JKM cakap diorg sendiri pun mangsa banjir... bawak2 la bersabar, nnt bantuan tiba... sbb tak cukup kelengkapan utk ke pusat banjir... tolong sahabat-sahabat semua... hulurkan doa utk mangsa2 banjir di Kuantan...

Update 6.00 pm: ada khabar malam ni air pasang lagi sekali... kalau betul, campur dengan hujan sekali mungkin kampung kami akan tenggelam... dan, paling risau, kami tak dapat nak kontek adik kami, Iman... Iman cakap takde bantuan makanan kat Sek SUngai Isap Murni tu... jadi dia nak keluar... aku berharap dia ada di sekolah tu lagi dan tak ke mana-mana melainkan mendapat bantuan... aku baca tadi semua mangsa banjir akan dipindahkan dari sekolah-sekolah ke satu penempatan tentera...

bantulah mereka, mangsa-mangsa banjir... 

Update 9.00 malam: bantuan kebanyakannya dah sampai. Aku baru dpt tau famili aku sebenarnya tak dapat mendaftar sbg mangsa banjir kat paya besar sbb kaunter tak bukak. Harap Iman daftar nama sbg mangsa banjir. Kami x dapat lg nak kontek iman. Harap sgt iman selamat di mana2 pusat pemindahan banjir dgn cik zie, ayin dan apik. 

Doa terus doa moga air cepat surut. Jasad di sini, hati dan fikiran di Kuantan. 




Update 10.00 malam: ma cakap balok makmur dh ada letrik. Dan tak hujan. Tapi Iman tak balik lg. nak mintak ayah p tgk mana2 pusat pemindahan, tp ayah aku pun keletihan. Harap esok semua baik kembali. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 03, 2013

LASIK - Post PRK 1M - masalah mata kiri

al salam alaykum

Jumaat, 29/11/2013, aku ada pemeriksaan berkala di Klinik Mata UIAM...

mula-mula jumpa doktor pelatih... mata kanan aku ok, alhamdulillah... mata kiri aku masih lagi 6/9... aku tak kisah la... sbb bertambah ok la dari sebelumnya kan?


cuba tengok form atas tu... mcm2 komplen aku buat... tu semua utk mata kiri aku...

sepanjang sebulan ni mmg aku ada masalah skit utk mata kiri... rasa mcm ada selaput la... rasa mcm ada menda masuk dalam mata... mata kiri terasa kering skit berbanding mata kanan... sakit kepala belah kiri... sakit kepala tu perasaannya sama mcm apabila mata kita tambah atau pun tak cukup power... cam tu la perasaan dia...

dan kali ni Doktor Khairidzan tak komplen mata aku kering... alhamdulillah...

tapi beliau ada satu kebimbangan... mata kiri aku ni macam nak bertambah dia punya kuasa rabun...

"penat-penat kita repair, senang-senang dia rabun nak datang ye"

aku mendengarnya rasa lelah juga... 

Doktor Khairidzan tanya aku, aku prefer utk buat pemeriksaan berkala di mana? di Prince Court ataupun di UIAM Kuantan? aku prefer di Kuantan la... Prince Court akan mengenakan caj sebanyak RM 200.00 utk sekali temujanji... itu tak mengapa, aku boleh claim... cumanya, kalau aku pilih di Kuantan, secara tak langsung aku balik Kuantan lama la skit kan, jadi 3 hari sebulan... ehehehe... itu motif sampingannya... 

dan sepatutnya next check up ialah bulan Januari 2014, tapi oleh sbb mata kiri aku ada masalah yg membimbangkan, aku kena jumpa Doktor Khairidzan kerap la skit... 

aku ada ubat tambahan... Pred Forte... mcm Naza Forte je...

pemeriksaan seterusnya ialah pada 27/12/2013... aku akan berpisah dengan Amy... Amy takde masalah apa-apa, cuma matanya sangat kering... dia plak pemeriksaan seterusnya ialah pada 24/01/2014...


dulu bergambar di sini dengan cermin mata, skrg tidak lagi... 

harap sembuh dengan baiknya kedua-dua mataku! aamiinnn


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Monday, December 02, 2013

Sahabat dari Negeri di Bawah Bayu

al salam alaykum

aku sampai ke KL jam 10 malam tadi, naik bas jam 4.30 ptg! jalan jam teruk kat Karak Highway... pakcik bas tepon kawan-kawan dia yg lain, apa yg berlaku... katanya lori terbalik di Bukit Tinggi... tapi takde apa pun! yg ada hanyalah jam sepanjang berpuluh-puluh kilometer!

plan asal aku, sampai KL jam 7.30 pm, terus berdesup pergi Masjid Jamek, teman Dayang shopping... tapi dah sampai jam 10 malam... kita borak-borak atas katil je la...


Dayang: dah berapa tahun kita tak jumpa ye?
Aku: 10 tahun laa...

10 tahun, terlalu banyak nak diperkatakan... nak diceritakan...
mmg tak cukup dalam masa beberapa jam...

Firuz, ni gambar utk ko! hik hik hik


berpisah semula kami pagi tadi... sob sob sob!

jumpa lagi ye Dayang! insyaAllah...




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, December 01, 2013

Selamat

Al salam alaykum

Alhamdulillah, sempat pergi kenduri Ika hari ni. 

Terima kasih Asyha dan suami sbb datang amik saya!

Selamat pengantin baru Puan Aznika dan Encik Kamarul Arifin. Semoga bercinta hingga ke syurga!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::