...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, November 19, 2013

Barakallahu Lakuma

al salam alaykum


Alhamdulillah... berkesempatan nak ke Tanah Merah, Kelantan utk kenduri Kak Burn aka Whooz atau nama yg diberi Huziana Fauzi...

Majlis nkah berlangsung pada 16/11/2013 di Masjid Paloh... dan kenduri pada 17/11/2013 di kediaman ibu bapanya...



sebelum diakadnikahkan...





bersama encik suami...



antara GGK yg sempat hadir pada 17/11/2013

Majlis bertandang pada hari ni... gambar bawah ni adik Kak Burn yg bagi tadi kat whatsapp group kami...

Majlis bertandang 19/11/2013


seorang ahli dah selamat... siapa plak lepas ni?

ahli GGK yg dh selamat:
Yatt
Huzz

yg belum lagi:
Amy
Kay
Adeq
Athirah
Bai

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, November 18, 2013

First thing in the morning

Al salam alaykum

Petang jumaat lepas, aku bersiap nak balik. Tiba-tiba bos masuk bilik aku. 

"Tolong siapkan report bla bla bla. Boleh buat?"

Ok boss. 

Lepas siap, tunjuk kat bos.

"Awak masukkan sekali bla bla bla."

Hmm... Tak boleh siap malam ni bos. Saya kena refer kat Kak dlm bilik sana. Saya siapkan part saya. Nnt Isnin saya refer kat Kak bilik sana. 

"Ok, first thing in the morning ye"

Baik bos. 

Siap part aku, balik rumah jam 8 mlm. 

Dua hari berjimba-jimba, tp hati dup dap dup dap teringt "first thing in the morning"

Pagi2 ni, cuba siapkan part yg x siap. Pergi bilik Kak sana dptkan info dan mula menyiapkan kerja. 

Bos terjengul dpn pintu. 

"Dah siap?"

Ni yg saya dapat bos. 

"Ok, awak tambah ni lagi dan lagi bla blab bla."

Bos nak jam berapa plak ni?

"Sblm lunch"

Ok, boss. 

Pergi bilik Kak sana lg, dapatkan lagi info2 yg berkenaan. Bos masuk plak bilik Kak. 

"Bagi semua without fail"

Amboi, Kak2 tu pun amik kesempatan kemain lg ye. 

Degung degang degung degang, siap jam 2. Baru dpt bernafas sekejap. Bagi kat bos. 

"Awak segregate list ni bla bla bla"

Baik bos. 

Hantar lagi. Bos ni nak pi meeting jam berapa?

"Kay kejap. Awak listkan satu2 menda ni. Pastu attachkan sekali dgn bla bla bla. Boleh?"

Bos nak jam berapa? (Jam skrg 3.30 pm)

"Sebelum jam 6"

Mana sempat bos. 

"Tak sempat ke?" Sambil sengih-sengih. 

Yela saya buat. 

Tiba2 Sheera masuk bilik aku. Bos suruh saya tolong akak. 

Aaaahhhh. So sweeeeetttttt bos aku ni!

Sabo je la aku. 

Jam 5 bos datang. 

"Dah siap?"

Bos tunggu je la dlm bilik bos. Nnt siap saya bagi la. Jgn kacau sini. 

Kesian bos dpt pekerja cam aku. 

Alhamdulillah, jam 6.30 ptg siap. 

Dari sekeping report, jadi 1 file 3" tu!

First thing in the morning la sangatt!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, November 15, 2013

Lasik: Kos

Al salam alaykum

Aku ada cerita pasal kos Lasik ni berapa, tapi mungkin sbb aku bercerita panjang sgt, ramai tak jumpa berapa kosnya. 

Kos Lasik: RM 3,500.00 
(RM 300.00 dibayar semasa temujanji kedua - full assessment, dan RM 3,200.00 dibayar ketika hari prosedur)
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau kad debit/kredit

Tempat: Pusat Pakar Mata, Kuliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Temujanji setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Hari Khamis adalah hari prosedur. 

Kos-kos berkaitan: ubat-ubatan (eye lubricant je biasanya) sepanjang tempoh temujanji sehingga didiscaj sepenuhnya selepas setahun. 

Utk maklumat lanjut, boleh hubungi no telefon berikut:

Waktu pejabat: +60 9 570 4550
Hotline: +60 19 911 2642

Harap sedikit sebanyak dapat membantu pengunjung blog ni. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, November 10, 2013

2 berita

Al salam alaykum

1. Interview 1/10/2013: aku tak berjaya. 
2. Kereta aku: 50-50

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, November 09, 2013

Merajuk?

Al salam alaykum

Takde kes merajuk, dah tersurat kereta aku akan terlibat kemalangan. 

Yang penting, tiada kehilangan nyawa. 

Dan En Hitam, aku berdoa kpd Yg Maha Esa, semoga ko dapat diperbaiki utk kembali berkhidmat kepadaku dan keluargaku kembali. Aamiin. 









::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, November 08, 2013

Lasik: Catatan Seminggu

Al salam alaykum

1/11/2013: 
Aku tak boleh buka mata langsung. Pedih macam kena bawang. Pakai sunglass siang malam. Nak duduk sentiasa dalam gelap. Sensitif kpd cahaya lampu matahari etc. 

Follow up pertama selepas lasik. Bacaan mata kanan 6/6, mata kiri 6/9. Alhamdulillah. 

2/11/2013:
Masih lagi tak boleh bukak mata. Penglihatan makin kabur. Stress la jugak. 

3/11/2013:
Aku sedar jam 1.30 pagi Iman tepon cakap dia eksiden dan kereta aku hancur. Dan masa tu aku perasan mata aku dah tak memerlukan sunglass sepanjang masa. Tapi aku kompius aku boleh menangis ke tidak, tahan je la tak bagi air mata keluar. Kan kata, mata takleh kena air seminggu. 

Siangnya pun dah ok. Cuma mata kiri aku terasa sangat kering dan rasa tak selesa. Macam nak tercabut je contact lens tu. 

Tapi penglihatan aku tetap kabur. 

4/11/2013:
Ada temujanji di Klinik Mata UIAM. Hari ni Prof akan cabut contact lens sementara tu. Sebelum tu, amik bacaan mata. Seperti dijangka, bacaan merosot, 6/18. 

Kemudian, Prof cabut contact lens lepas titik ubat bius. Cabut dengan penyepit. Dan mata kiri aku rasa sakit skit. Sensitif sangat mata kiri. 

Lepas tu, rehat selama setengah jam. Dan ambil bacaan mata semula. Bacaan masih sama, 6/18. 

Prof cakap ni adalah perkara biasa. Dalam masa sebulan insyaAllah akan dapat 6/6 macam hari pertama. Mudah-mudahan Allah perkenankan dan makbulkan. Aamiin. 

5/11/2013:
Aku tak memerlukan sangat sunglass. Cuma guna masa tengok tv. Dan tidaklah  berapa jelas lagi. Kadang aku boleh baca subtitle, kadang kabur. 

Mata kiri pun rasa cam pelik skit. 

6/11/2013:
Pun sama macam 5/11/2013. Bila aku fokus ke tulisan yg ada kat dinding, aku nampak jelas tulisan tu. Lepas sejam cuba lagi, dah kabur. 

Dah dua hari aku tak guna eye lubricant. Tatau la nanti kena marah ke tidak. Sbb aku tak rasa pun mata aku kering. 

7/11/2013:
Alhamdulillah, aku dah boleh baca subtitle kat tv. Tapi mata aku rasa macam berpasir. So pakai balik eye lubricant tu. 

Malam plak lepas baca nota, mata jadi kabur semula. 

8/11/2013:
Ada appointment utk PRK 1/52. Ni yg pertama utk follow up selama setahun. Mata aku kabur jugak skit. Tak macam semalam. 

Mula-mula amik bacaan mata. Mata kanan dapat 6/6, mata kiri 6/12. 

Kemudian masuk ke Microsurgical Lab. Amik gambar anak mata. Prof cakap, mata ok. Cuma sangat kering. Sepatutnya aku dapat results yg lagi bagus. So, kena amik eye drop berterusan utk 3 bulan. 

Prof cakap masalah utama selepas Lasik, pesakit tak rasa mata dia kering. Tetapi sebenarnya mata sangat kering. Mmg kena guna sepanjang masa utk 3 bulan pertama. 

Doa banyak-banyak utk penglihatan yg lebih baik. 

Appointment seterusnya 29/11/2013. 


Ini gambar Dr Ismadi. Masa Prof panggil dia masuk ke bilik, ternganga aku dgr nama dia. Aku snap gambar, blur. Nak upload kat IG, IG aku hang 6 kali.  Sesuatu betul. Letak kat blog je la. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, November 07, 2013

Anak Johor bersuara

Al salam alaykum

Tengok Buletin Utama pasal Tok Gajah nak buat majlis utk peminat. 

Si Iman beriya nak pergi. Aku cakap "mu sokong JDT, diam!" Hahaha... 

Tiba-tiba ayah aku menyampuk. 

"JDT tu kena jual semua pemain dia. Rombak pasukan. Buat pasukan baru. Semua main ntah apa-apa. Bayar je mahal. Menangnya tak."

Ok, anak Johor dah bersuara. 

Hik hik hik

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, November 06, 2013

Lasik: Hari Prosedur

Al salam alaykum

Ada masa nak menaip. Mata pun ok skit. Alhamdulillah. 

Hari prosedur: 31/10/2013 jam 8.30 pagi utk temujanji. 

Aku pergi awal skit. Bukan tak sabar, tapi berdebar. 

Pada hari prosedur, kita tak dibenarkan pakai sebarang wangian, mekap, deodorant, bedak dan sewaktu dgnnya. 

Sampai je, terus ke kaunter pembayaran. 

Tapi aku dipanggil utk cek lagi sekali correction power mata aku. Dan pagi tu, mata kiri aku dapat bacaan 525. Sama macam bulan 7 dulu. 

Kemudian, ke kaunter pembayaran lagi sekali. Kali ni bayar RM 3,200.00. Dulu dah bayar kan RM 300.00 semasa buat full assessment. 

Kami dapat MC sampai 8/11/2013. 

Kami diberi pek ubat. Pek ubat adalah berlainan utk setiap prosedur. 



Ini utk aku. PRK. Utk Amy, takde ubat titis 3x sehari. Aku tak sempat lagi nak baca fungsi segala ubat tu. Tulisan kecik sangat. Optive tu aku tau la utk pelincir mata. 

Lepas tu, kami masuk ke bilik pembedahan. Hari tu ada 7 org yg menjalani prosedur. 

Aku sempat tanya kat staff nurse tu, kenapa aku tak dapat buat Custom Lasik. Dia cakap kornea aku nipis. Tapi Prof cakap kornea saya tebal. Kornea awak mmg tebal, tapi masih tak cukup utk menampung correction power. 

Staff nurse tu cakap, kat UIAM ni mmg kebanyakannya akan menjalani PRK. Jarang buat custom Lasik. Jadinya, kes Amy ialah kes istimewa, kes aku kes biasa. Hahaaha. 

Masuk ke OT, kami kena salin baju bedah dulu. Kemudian, kat mata kami disapu iodin dan jugak dititis ubat bius mata. 


Lepas tu sila la tunggu giliran. Aku yg ketiga. Berdebar wehhh. Sambil-sambil tu, borak la dgn kakak baju pink tu. Kata peramah kan? Hehehe

Bila Prof panggil masuk, dia titiskan lagi sekali ubat titis mata. Dan rehat 5 minit. Dan lepas tu aku dibaringkan ke katil pembedahan. 

Mata mmg kena straight je pandang cahaya hijau dan merah kat siling. Kena dengar apa yg prof cakap dan arahkan. 

Mula-mula buat mata kanan. Mata aku disembur dengan air suling. Kemudian aku rasa mcm disembur dengan cairan lain. Ni aku rasa alkohol la. Aku tak tanya sbb takut. Dalam hati selawat banyak-banyak. Bibir senyum je. Senyum bimbang tu. 

Lepas alkohol tu, rest sekejap. Pastu aku rasa prof mcm kikis/buang kornea aku yg dh cair tu. Kemudian dia cakap dia akan pancarkan laser ke anak mata aku. Laser tu selama lebih kurang 12 saat. Masa tu mmg bau hangit. Tapi bukan hangit mata terbakar yg aku dok pikir-pikir. Hangit laser tu la. Lepas tu, rest utk 60 saat. Kemudian Prof masukkan lens sementara utk pertumbuhan kornea baru. 

Lepas mata kanan, prosedur yg sama jugak utk mata kiri. Utk mata kiri ni, Prof ada tego, mata aku ada kesan penggunaan contact lens lama. Seingt aku, last aku guna contact lens pun masa majlis kahwin kak Zack. Guna yg pakai sehari terus buang je pun. Aku mmg malas nak pakai contact lens, renyah!

Eh, dan dan aku teringt mata kiri aku mmg selalu masalah kalau pakai contact lens.

Lepas prosedur siap, aku gembira sgt. Sbb mata terang! Syukurnya ya Rabbi! Tapi lepas tu, mata aku pedih! Macam kena bawang!!! Takleh bukak mata langsung. Mmg terus pakai sunglass. 

Selepas tu, kami kena rehat sekejap dalam setengah jam sambil berbaring. Masa tu mmg selalu pakai eye drop. Mata cepat sgt rasa kering. Sebelum balik, kena jumpa doktor utk cek mata. Takut ada sebarang complication. 

Balik rumah, lepas makan, Amy dapat tido dengan tenang. Aku tak dapat tido. Amy bangun, mata dah terang boleh bukak. Aku belum lagi. Tensen ooo! Tak boleh tgk tv, tak boleh tengok tepon, kena sentiasa pakai sunglass. Nak nangis!!! 

Utk seminggu, mata tak boleh masuk air ye! Tak boleh berenang utk sebulan. Nak basuh rambut, sila pergi saloon. Nak goreng ikan? Nak tumis sambal? Nak potong bawang? Nak main dgn Adam? Nak drive en Hitam Legam? Lupakan dulu. 

Ok, nanti aku sambung lg pasca Lasik. InsyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, November 05, 2013

Sunyi

Al salam alaykum

Sunyi. 

Mula dari Sabtu, Adam tido dgn aku. 

Kemudian Ammar Ahad malam. 

Ayyan tak tido la dgn aku. Masih menyusu dengan ibu. 

Dukung Ayyan, Adam pun datang tarik kaki Ayyan. 

Ammar duduk di riba, datang Adam nak meriba jugak. 

Kereta kontrol 2 buah yg  Ayah Da dan Ayah Chik simpan dari diorg kecik-kecik dulu, jadi rebutan 3 orang budak ni. Tayar tercabut ntah ke mana. Yg elok2 boleh main, rosak terus. 

Malam ni, semua dah takde. Pulang ke destinasi masing-masing. Esok kerja. Esok sekolah. Ciklong je masih lagi bercuti sakit. 

Rindu. Rindu Ammar yg becok, Adam yg bising, Ayyan yg riuh. 


Gambar abg Ammar takde. Ammar dah besar malas bergambar. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, November 04, 2013

Amuk Tok Gajah

Al salam alaykum

Sejak balik utk bercuti sakit di Kuantan ni, tiap-tiap hari bukak radio Pahang FM asyik main lagu bola Pahang je, pagi petang, siang malam. Semangat tahun ni nak rebut Piala Malaysia. 

Dan semangat Piala Malaysia jugak la, adik aku accident sorang dlm perjalanan ke Shah Alam, lagi sorg sanggup turun Shah Alam angkut isteri sekali. Dan, aku tgk tv je la seat paling depan dgn berkacamata hitam. 


Mak aku, dia cakap dia anak Teganu, so tengah-tengah. Tapi dia sokong TRW sebenarnya, sbb ada KFCM. Heheehe

Tahniah Tok Gajah. 

Hey ale ale ale... Amuk Tok Gajah, Amuk Tok Gajah...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, November 03, 2013

Accident

Al salam alaykum

Adik aku bawak pakwe hitam legam aku ke Shah Alam. Dan kemalangan di Genting Sempah kira2 jam 1 tadi. 

Adik aku masuk Hospital Selayang. Skrg tengah x-ray sbb dia mengadu sakit dada. Harapannya dia ok. 

Pakwe hitam legam aku katanya hancur. Skrg di IPD Gombak. 


Adik aku si Eri pun ke Shah Alam juga dgn isterinya. Kereta lain. Dia pergi lewat, jadinya dapatlah dia tolong uruskan apa yg patut. 

Aku takleh nak tido pikirkan adik aku dan pakwe aku. Aku takde kereta nak berkejar ke sana. Ayah aku cakap esok pagi pergi tukar bateri kereta Eri kemudian gerak ke KL. 

Buntu apa patut kena buat. Sbb ni pertama kali dlm sejarah keluarga kami, ada kemalangan. 

Doakan kami selamat. 

***update 4.34 pagi. 

Adik aku Iman. Leher bengkak. X-ray takde patah apa-apa. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::