...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, October 30, 2013

Lasik: Temujanji Ketiga

Al salam alaykum

Hari ni aku ada temujanji ketiga utk sebelum masuk bilik pembedahan. 

Mula-mula aku kena buat beberapa ujian mata lagi sekali. Hanya dua tiga jenis ujian. Tapi, aku kena tego dengan pegawai sains tu, sbb aku tak pakai eye drop seperti yg disarankan. Aku lupa, bukan tanak pakai. 

Lepas tu, ada tayangan video. Ni penerangan pasal lasik la. Ada custom lasik (flap kornea menggunakan blade). Kemudian epi-lasik, lepas buat flap, lens sementara akan dimasukkan menggantikan kornea utk kornea tumbuh sempurna. Kawan sekolah aku, Aikin guna teknik epi-lasik. Dan yg ketiga, PRK, yg ni utk kes tertentu cthnya kornea mata nipis. Ni tak guna blade utk buat cornea flap, tapi guna alkohol. Ni plak kes Edd, kawan aku kat USM. 

Aku yakin je aku akan jalani yg pertama. 

Kemudian, aku kena jumpa Optometris lg sekali, utk dapatkan correction power utk mata aku. Optometris garang la jugak. Mmg sentap la jugak. Ayat perli-perli je. 

Lepas pemeriksaan, dia cakap dia dia tak puas hati aku dgn keputusan mata aku. Mata kiri aku. Dia takkan syorkan aku kat Prof utk jalani prosedur esok. Aku dok heran-heran kenapa sbb dia tak terangkan. Dia tanya mata kiri aku ada masalah ke? Aku cakap takde. Pastu aku tanya balik, masalah yg macamana? Apa-apa aje, dia jawab. Mmg tak membantu langsung utk aku berpikir cth-cth masalah yg mungkin aku hadapi tapi aku tak sedar. 

Lepas tu jumpa Prof. Sblm Prof masuk, aku intai-intai dulu apa Optometris tulis sampai dia tak puas hati benor dgn mata kiri aku. Mata kiri aku powernya meningkat rupanya. Dari 400 lebih jadi 625. Agaknya pasal tu la kot. 

Prof kata mata aku ok, so aku boleh jalani prosedur esok. Mungkin dia akan buat bladeless procedure. Aku dh hepi-hepi. Dlm hati aku, ni mcm Prof Muhaya punya la kot. Hahahahaaha. 

Pastu aku tanya Prof, kenapa Optometris cakap dia tak puas hati dengan mata kiri aku. Dia ckp sbb power mata aku fluctuating. So pagi esok aku akan buat lagi sekali, cek power mata lg sekali. Dan dia cakap tengahari nnt diorg akan meeting utk tentukan procedure yg mana satu sesuai utk pesakit. 

Prof Madya Dr Khairidzan ni baik. Beliau bercakap dengan kita lembut je. Sesuai la kot dengan kerjanya yg berjumpa dgn ramai orang dan nama universiti tempat beliau bertugas. 

Lepas jumpa Prof, pegawai sains tu cakap nnt ptg dia akan tepon utk beritahu keputusan meeting. 

Dan, 6.30 ptg tadi, petugas Klinik Mata UIAM telepon kami. Mula-mula tepon Amy kendian aku. Dan Amy akan jalani prosedur custom-lasik. Dan aku, PRK!!! Uwwaaaa! Ngeri aku rasa. Patutlah Prof cakap bladeless. Pakai alkohol. 

Esok pukul 8.30 pagi dah kena ada di klinik. 

Doakan kami ye! 

InsyaAllah bila aku dah boleh mengadap telepon, aku akan update pasal pasca-Lasik plak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, October 27, 2013

Lama Tak Jumpa!

Al salam alaykum

Lama tak jumpa ye cik blog!

Tak sempat nak menaip. Lupa nak update. 

Selasa malam ni saya akan menghadapi peperiksaan lisan utk Talaqi Al-Quran Lanjutan. 

Kemudian terus balik Kuantan utk MC seminggu. 

Harap dapat menonton perlawanan bola sepak. 

Tok Gajah menentang The Red Warrior. (Bakpo pasuke kelate namo supo omputis ni?)

Hogoh Pahang Hogoh! 

Dan, selepas seminggu, masuk kerja semula. 

Jumaat 8/11/2013, peperiksaan bertulis utk Talaqi Al-Quran. 


Doakan saya utk segalanya!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, October 16, 2013

Adam!

Al salam alaykum

Balik kuantan, aku mintak adik aku hantar Adam hari Ahad. Tapi dia hantar hari Sabtu. Jadinya, 2 malam la Adam tido dgn aku. 

Malam pertama, Adam terjaga jam 3 pagi mintak susu. Pastu dia terkelip-kelip mata ngintai dapur, ngintai ruang tamu. Cari mami dia la tu. Tapi dia tak nangis. 

Malam kedua, penat sangat agaknya, tak terjaga langsung mintak susu. Tido nyenyak sampai pagi. 

Tapi kalau mami dgn papa dia ada, kalau terjaga je, mesti mengamuk. Kompem! 

Dah la susah nak tido. Mata kuyu cemana pun, dia gagahkan diri nak main!

Adam Adam. 

Kalau takde mami dia, baik je. Tak mengamuk tak apa. Kalau dia nak kecahkan dapur, marah skit je. Dia tak buat la. Kalau mami dia ada, kami marah ke, mami dia marah ke, tantrum dia kuar la. Dia pergi mengamuk kat mami dia. Geram je!

Takde mami dia, main dengan kami ok je. Oh ya, Adam ni ganas orangnya. Hahahahaha. Suka cepuk Ciklong. 

Ni layan Upin Ipin pagi-pagi. Ciklong takleh bergerak langsung!

Suka buli Moksu dia!

Adam besar-besar nanti jangan suka buli-buli Ciklong ye!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, October 14, 2013

Saya cuti hari ni

Al salam alaykum

Pagi-pagi dapat panggilan telefon dari bos. Kena marah pada hari-hari cuti ni!

Aku cuba setelkan apa yg bos nak aku setelkan pagi ni. Walaupun sepatutnya bukan aku. 

Petang plak, dapat panggilan lagi sekali daripada bos. Soalan pertama "ko cuti ke kerja hari ni?" Ye, bersabarlah cik Kay, bos ko lupa ko cuti. Walaupun hari Jumaat hari tu dia tahan ko dari balik awal sbb dia tahu ko cuti hari ni. 

Selamat hari raya bos!

Selamat berkorban!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, October 12, 2013

Cerita

Al salam alaykum

Semalam aku sampai Kuantan lewat. Sbb bos tak lepas aku balik 5.30 pm. Sampaikan bila aku nak balik tu aku tatau nak cakap apa dan bos tiba-tiba tanya "nak balik dah ke?" Sambil gelak-gelak. Hampes betul bos aku. Tapi setakat ni aku pikir aku ok kerja sini. Kena marah, mmg la kena marah. Tapi dalam masa yg sama bos baik-baik je boleh gurau-gurau. 

Sampai rumah, kita masukkan baju kotor dalam mesin basuh sbb selama ni basuh pakai tangan kan. So sebulan sekali manjakan diri basuh baju guna mesin. Dan mula sesi bercerita dengan mak ayah aku yg tak sempat nak dikongsi dalam telefon. 

Mak aku cerita ayah aku pergi kursus menembak. Orang lain tembak dapat 40 yg mengena, ayah aku dapat 3 je kena. Dan kami gelak sama-sama. Ayah aku cakap, dapat tembak sikit pun dapat gak sijil. Kami paham, dengan penglihatannya yg terhad dgn sebelah mata saja, sebelah lagi nampak tak nampak.

Dan aku tanya mak aku guna tak barang pengganti gula tu. Mak aku dah stop guna sbb selepas seminggu dia guna gantikan gula dalam makanan dan minuman dia, dia gelap mata dan jatuh atas jalan. Dan doktor dah tak bagi guna utk sementara waktu. Masa tu, darah tinggi dia stabil. Gula dalam darah juga tinggi. Tatau silap di mana sampai boleh gelap mata kat jalan. 

Dan ayah aku komplen asal aku balik je sibuklah kena cari uban mak aku. Hahaha. Dan dan itu jugak la. Kalau sampai 1 pagi pun takpe. 

Sebenarnya mak ayah aku ni sibuk jugak la duduk rumah. Kalau ayah aku tak pi kerja, dia pergi kebun. Kalau ada kenduri, ayah aku pergi menolong. Kalau malam tak kerja, ayah aku ada meeting JJK kampung. Mak aku, jadual tiga hari dia penuh. Orang tempah laksa. Jadinya mak aku mmg duduk dewan la buat laksa sampai Isnin. Boleh jumpa malam je la. Aku plak, pagi ni servis kereta. Petang nnt, kuar p bandar jap. Harap Adam balik boleh main dengan Adam. 

Eh Cik Kay. Exam syafawi ko 28hb ni. Dah baca buku belum? Dah hafaz sifat-sifat huruf belum? Exam bertulis 13hb november. Huhuhu

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, October 11, 2013

TMJ

Al salam alaykum

Aku mimpi. 

Aku pergi kursus. 

Dan TMJ duduk di depan kami. 

Pun berkursus juga. 

Sama kursus. 

Dan, aku dan kawan berangan-angan nak bergambar dengan TMJ. 

Kami bercerita pasal bola. 

Dan gelak-gelak. 

JDT kalah yeay! JDT kalah yeay! JDT kalah yeay!

Tiba-tiba TMJ berpaling ke belakang. Alamak, TMJ dengar la plak. 

Kami diam menikus. Dan TMJ berubah tempat duduk. 

Aku terjaga. Cuma, tak sempat bergambar!

:-(


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, October 10, 2013

Pengurusan

al salam alaykum

pagi tadi berborak dengan ahli kumpulan... sahabat kami kuar berita TV3... aku tak sempat la tengok berita tu sbb malam tu aku ada kelas... dan aku tengok semalam kat FB... ada kawan aku uploaded, tapi tidaklah tengok sampai habis... cuma mata cepat tertangkap jawatan sahabat kami tu, Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan... wowwowoww! padanlah sahabat kami tu tak pernah penat utk sambung belajar ke peringkat PHD... buat part time ok!

rezeki dia dan rezeki kami...

semalam, ada vendor datang... nak jumpa Pengarah Urusan... tapi bos kami kat Terengganu sekarang... jadinya takde bos la kat ofis... jadinya, aku je yg ada, aku la yg kena pi jumpa... aku hangin jugak la, ko datang main terjah... orang sibuk... eh, aku la sibuk semalam... department aku tinggal aku sorang, sbb lagi sahabat sedepartment aku ni kena duduk Terengganu... 

pastu ko datang main terjah takde appointment, mmg dapat muka masam aku je la kan... yg lagi terkejut, datang bawak segerombolan, 6 orang! isunya, cuma nak serahkan surat tukar nama syarikat... dan terlebih dahulu sebelum datang, diorang dah diskas dengan bos aku, cuma nak serahkan surat secara rasminya... ok, aku amiklah surat tu, nanti aku e-mailkan la kat bos utk signature... 

tapi, ada sorang tu, muka tak puas hati... tanak bercakap dengan aku yg ntah sapa sapa ni kan... boleh ke minah ni buat keputusan? dia sibuk mintak nak jumpa dengan management level... Managing Director takde, Operation Director meeting... yg tinggal kat ofis ni kuli je wehhh! 

aku tetap dgn muka masam aku nak makan orang, "awak boleh bagi kat saya, kalau tanak, awak buat appointment lain la nak jumpa Managing Director" dalam hati aku dah nyanyi ayat ni "yg ko datang main terjah tak buat appointment apa hal? kalau tak caya kat aku takyah la mintak nak jumpa sesapa je yg ada kat sini"

agaknya tengok aku gitu, barulah dia ok skit... tapi berkeras nak tunggu sampai bos aku sain surat tu... bos aku tak teganu kot, kalau petang baru dia masuk ofis teganu, ko nak tunggu ke kat ofis KL ni sampai petang? malas aku nak layan...

kesimpulannya utk hari semalam, kalau ko takde "jawatan" dan "pangkat" takde sesapa nak dengar cakap ko... org pandang lekeh je... 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, October 09, 2013

Umur

al salam alaykum

pergi Halfest Ahad lepas dengan Kak Awin dan Hani...

Herbalife ada bukak booth kesihatan...

Pemeriksaan berat badan secara percuma...

kena isi borang...

umur saya 32...
Kak Awin ngusik "ye ke Kay 32?"
eh, salah 23 laa... hahahaha

adik tu muka pengor tanya semula, "umur akak 23 ke?"
aku kerut dahi pandang dia, "awak percaya ke akak 23?"
adik tu serba salah nak menjawab "tak percaya"
"dah tu kenapa tanya? hahahaha"

keputusan berat badan kami ialah:

Kak Awin berat 52 kg, tinggi 150cm, umur betul 33 tahun, umur dalaman 39 tahun
Kay berat 66.4 kg (apa aku dah buat ni???), tinggi 160cm, umur betul 32 tahun, umur dalaman 46 tahun
Hani berat 82 kg (terkejut den), tinggi 160cm, umur betul 32 tahun, umur dalaman 59 tahun

terer la mesin tu boleh kira umur dalaman...
sampai Kak Awin ketawakan kami terbahak-bahak... amboi! suruh bawak beg pun tak larat ye Kak Awin??

padahal formula mengira umur dalaman tu mungkin berdasarkan berat vs umur betul je kot...

cuba kalu aku timbang tahun lepas dengan berat 55 kg (tak habis2 nak menyebut berat lama tu), kompem umur dalaman aku 23 tahun... hahahahaha

stress ni nak dapat berat 60 kg semua!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, October 08, 2013

tanggung dan jawab

al salam alaykum

Manager: Kay, mana PO ni?
Kay: Kan ke saya dah e-mail semalam?
Manager: Aku tak sempat la nak bukak email. Banyak lg kerja aku...
Kay: Kalu ikut tak sempat, saya pun tak sempat... Sebab saya tahu tanggungjawab saya, saya sempatkan jugak nak e-mail kat akak. Jadinya, akak sbg pekerja bertanggungjawab, bukak lah email, ada la PO tu...

Penat adik tau!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, October 07, 2013

"Fenomena"

Al salam alaykum

Fenomena mimpi. 

Hari ni masuk ofis, tengok kakak tu, aku teringat kisah seram itu. 

Mujur lagi, selalunya kami borak di meja pantri je. Takde la borak-borak mesra. Kalau tak, lagi la ngeri aku rasa. So, tengok dan senyum je la. Dan teringat kisah itu. 


Sabtu malam, housemate aku cakap, dia tak balik tido rumah. Aku dah biasa. So anggukkan je la. 

Malam tu, dekat nak jam 12.00 malam, aku siap-siap nak tido. Biasa, kalu tinggal sorang, aku takde la rajin nak kunci pintu grill. Aku hanya selak pintu utama je. 

Malam tu, aku bukak pintu utama, kuncikan grill. Dan tutup pintu, selakkan pintu. Dan masuk bilik, selak pintu bilik aku. 

Baring tengah katil, baca-baca doa tido dan selawat, terus hanyut dibuai alam mimpi. 

Kemudian, aku dengar nama aku dipanggil. Oh, kakak di ofis rupanya. 

"kay, akak nak tumpang tido dengan kay ye"

Boleh je. Tapi cemana akak masuk? Saya dah kunci semua pintu. 

"Tadi ada orang bagi masuk."

Aku beranggapan housemate aku balik la, tak jadi tido luar. Dan kakak tu pergi amik barang dia. Aku pun dah mengengsot ke tepi katil mengadap dinding. Tadi kan aku tido di tengah katil. 

Aku rasa pergerakan kakak tu, mcm letak bantal dan tido sebelah aku. Dan ia kata,

"Kay, kita tido berhimpit skit ye!"

Dan, aku dihimpit. Pehal plak nak tido himpit-himpit ni. Aku terasa rambut kakak tu kat lengan aku. Lain macam je rambut kakak ni. Dan dada aku terus sesak, lemas. Kena himpitkan?

Apa ni???

Aku baca ayat Kursi, kumat kamit kat mulut, tapi baca dalam hati. Susah nak dilafazkan dengan lidah dan mulut. 

Habis satu ayat, aku baca lagi kali kedua, pun kumat kamit di mulut je, aku tak dengar apa yg aku baca, tapi aku tahu hati aku ikut. Di pertengahan ayat, aku dah rasa bebas, dan aku dapat habiskan ayat kursi dengan bacaan jelas didengar di telinga aku. 

Aku ulang lagi bacaan ayat kursi. Sampai la mata aku terbuka dan terkebil-kebil tengok dinding. Cemana aku boleh tido dekat dgn dinding ni? Tadi bukan aku tido tengah-tengah?

Dalam keadaan sedar, susah jugak nak cerna apa terjadi sebenarnya, aku teruskan lagi mengulang ayat kursi berpuluh-puluh kali. 

Aku gerakkan kaki aku ke sebelah kanan, nak uji, ada tak lagi tubuh kakak tu sebelah aku. Dah berani sikit, yakin takde sesapa kat sebelah, aku bukak suis lampu Ikea kat hujung katil aku, terus paling ke sebelah. Takde orang. Tengok jam, 12.40 pagi. 

Ya Allah! Awalnya aku kena ganggu!

Aku mmg tak berani nak buat apa. Nak bangun pergi toilet pun aku tak berani. Belek-belek tepon, pasang ayat Al-Quran. Dan, kemudian dapat sms dari mak aku. Terkejut dgr bunyi sms!

Mak aku bawak perkhabaran, kawan mak aku meninggal jam 12.00 tengah malam. Kompem la mak aku tak tido lagi kan? Aku tepon mak aku, bercerita kisah seram itu. 

Malam tu, dan malam tadi, aku tido dalam keadaan terang. Takut punya pasal. 

Dekat ofis pagi tadi, kalau nampak muka kakak tu, aku terus teringat kisah ni. Tak paham aku apa kaitan kakak tu dgn "gangguan" yg aku dapat. 

Harap keseraman tengok kakak tu esok-esok akan hilang. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, October 06, 2013

Broga lagi

Al salam alaykum

Sepatutnya Sabtu dan Ahad minggu ni aku berada di Jerangkang, Maran, Pahang. 

Tapi, aku menghabiskan cuti hujung minggu aku di KL je. Ada hal lain katanya. 

Jadinya pada hari Sabtu, saja merealisasikan hasrat kawan aku, yg tak kenal Broga. 

Spt biasa, aku naik Broga takkan sampai ke Puncak. Pagi ni hujan lebat, trek licin. Aku pakai kasut getah takde spike. Tak sangka plak masa aku keluar rumah kering kontang sampai Semenyih buminya basah disirami hujan. 

Boleh uli buat tembikar

Kasut aku yg tapaknya licin. Dan kasut Hani yg terkopak tiba-tiba

Aku mintak kak Awin temankan Pah naik le puncak, dan aku lepak dgn Hani kat anak bukit. Sambil-sambil tu selfie la kerjanya. Hehehe

Tak kira masa, Broga sibuk sentiasa

Jumpa beberapa pendaki yg berjubah. Kagum la jugak

Buaian yg pernah jadi fenomena. Aku pun pernah bergambar kat buaian tu. 


Kami turun ke bawah. Beli t-tshirt Broga dan makan roti aiskrim. 

***budak Kay tu panjatnya tak habis pun, tambah lg kalori. 

Kemudian, kami bergerak ke Hulu Langat. Nak berpiknik kat Pangsun. Bakar ayam dan main air. 

Tapi lepas je Sungai Tekala, jalan dihadang dgn blok kuning. Saja degil nak tau kenapa, kami lalu jugak sampailah jumpa papan tanda amaran, jalan ditutup sbb tanah runtuh. Sedih tak dapat pi Pangsun yg best tu. 

Pusing balik, pergi Tekala je la kan. 

Ni je gambar yg ada! Bakar ayam pakai dapur gas ok!

Tapi tak mandi pun kat Tekala. Sbb tiba-tiba nampak air besar jatuh. Lepas makan, kemas-kemas, naik kereta, pergi mandi kat R&R. Hahahaah. 

Nak balik, kami singgah ke Rumah Makan Cibiuk di Bandar Baru Bangi. Hahaaha. Syurga kan?


Bakar kalori sikit je, masuknya kemain lagi!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, October 02, 2013

Sara Hidup

al salam alaykum

semalam, borak-borak dgn orang di KLCC, tentang kos sara hidup di Malaysia...

ada sorang cakap, harga makanan kat KL masih lagi murah, berbanding di Bintulu... nasi goreng ayam RM 8.00, harga gerai biasa...

kalau nak banding harga gerai biasa Bintulu dengan kedai kat KLCC, sama je kot... KLCC kan ada jual teh tarik RM 9.90 segelas!

tapi, kalau nak banding dengan kebanyakan food court kat KL ni, nasi bungkus boleh lagi la nak dapat RM 5.00, nasi, seketul ayam, sayur 2 jenis... ni pengalaman aku la... kalau nasi ayam tu dapat lg la RM 4.50 sebungkus...

dan, sorang lagi menyampuk, harga makanan kat Kerteh pun melampau-lampau... itu mmg betul! kalau sekali sekala aku balik Dungun, berhenti makan kat Kerteh ke, kat Paka ke, kat Dungun sekalipun, mmg terasa kemahalannya...

nasi kukus ayam rempah, tahun 2008 dulu kat Kerteh, harganya dah RM 6.50... kalau kat KL, tahun 2008, masih lg dapat RM 5.00... ayam tu sama je keratnya... sebelum harga minyak naik, harga kat KL RM 6.00 sebungkus... bayangkan kat Kerteh sana berapa ringgit? ada kawan aku cakap, RM 8.00 sebungkus pun ada...

kalau perbandingan nasi lemak... 

Kuantan sebungkus dapat RM 1.20... lengkap ada nasi, timun, sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng dan telur sesuku
KL sebungkus RM 1.50... lengkap ada nasi, timun, sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng dan telur sesuku
Dungun (daerah kelahiranku tercinta) sebungkus ialah RM 2.00... ada nasi dan sambal sahaja...

baru bab makan!

belum lagi bercerita pasal rumah sewa, pengangkutan dan lain lain...


syukurlah, kami masih dapat bernafas!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, October 01, 2013

senyum dari jauh

al salam alaykum


2010: terserempak kat PD semasa Family Day kampeni lama dulu
2011: nampak kereta mereka suami isteri semasa nak teman Intan mekap kat Seksyen 7, Shah Alam
2012: dia tepon aku mintak nombor telefon classmate kami dulu

peristiwa di atas, aku salin daripada entry lama tahun-tahun sudah...


dan, untuk tahun 2013, aku ingat aku tak akan jumpa dia kat mana-mana dah...

ye la, time aku duduk Shah Alam dulu pun susah nak serempak... ni kan plak aku duduk KL kan...

hikmah sbb aku tak dapat naik awal ke tingkat atas menara jagung tu, aku pun berlegar-legar kat ruang legar menara, dan...

aku nampak dia pagi tadi di tepi tangga escalator...
dia tengah diskas dgn officemate kot...

tidak la aku pergi menego, sbb nampak serius sangat... dan aku segan pun ya jugak...

hahahaha... gila kentang!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::