...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, September 30, 2013

Wake me up when September ends

Al salam alaykum

Bangun! Bangun! Bangun!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, September 29, 2013

Ke utara kita!

Al salam alaykum

Misi menjejak kampus. 

28/09/2013

Sarapan: Kuala Lumpur
Tengahari: Tronoh, Perak
Makan malam: Kuala Sepetang, Perak
Minum malam: Gurney Drive, Pulau Pinang




29/09/2013

Sarapan: Kulim, Kedah
Makan Tengahari: Nibong Tebal, Pulau Pinang
Makan Malam: Taiping, Perak
Minum Malam: Kuala Lumpur





Dari Kuala Lumpur ke USMKKj:

Azuin / EE
Khairini / Bahan
Suhaimih / Kimia
Sharifah / Kimia
Alifah Hani / Mekanik

Dari Utara ke USMKKj:

Fadzilah / Kimia
Jalilah / Kimia
Anis Fauzan / Mekanik (Pembuatan)

Ada umur panjang, boleh kita jumpa lagi...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, September 27, 2013

Goodbye

Al salam alaykum




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 26, 2013

Bos saya

Al salam alaykum

Isnin

OD: bila awak nak hantar skru ni kay?
K: boleh tak naik camry bos? Tak pun angkut naik kete baru bos MD (sambil mata aku bersinar cemerlang)
MD: (sengih-sengih) Mon***, ko bawak pajero aku, bawak skru ni sekali. Nnt aku bg kunci

Wahhhhh! Skru berpeluang naik kete baru bos!! Aku tunggu sampai jam 7, MD aku tak balik lg dari meeting. Sudahnya OD pergi teganu tak bawak skru aku 300kg tu. 

Selasa

K: Bos nak gi Teganu bila?
MD: kenapa ko nak ikut ke?
K: Skru bos tu nak ikut. 
MD: aku rabu ni ada meeting kat KL, Khamis pun KL, Jumaat pun KL. Aku weekend la baru p Teganu. 

Ooo ok. Simpan la dulu dlm bilik kecik. 

Rabu

Bukak bilik kecik, skru takde. Betul ke budak2 ni simpan dlm bilik kecik? Bos plak katanya pi Teganu. Terus tepon bos. 

K: assalamualaikum bos. Bos gi Teganu eh? Saya nak tanya ni, skru tu bos amik ke? Dah takde dalam bilik kecik ni. (Suara panik ok!)
MD: kenapa? Ko takut kena curi ke? Mana ada sapa nak curi. 
K: dah takde tu. Huhuhu
MD: aku la angkut pi Teganu ni. Sapa la nak curi. 
K: smlm saya tanya bos, bos cakap tak pergi.
MD: tiba2 diorg panggil aku meeting urgent ni. Ni kenapa bla bla bla bla?

Alamak, ni malas tepon bos ni. Macam2 la plak. 

Tapi lega, skru 300 kg tu dgn bos rupanya. Cemana la dia angkut pagi-pagi sorg-sorg? Gagah jgk bos aku. 

Hahahaha

Terima kasih bos sbb jimat duit kampeni nak bayar sewa lori. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, September 25, 2013

Pesan

al salam alaykum

Selepas kelas Talaqi kami...

Tiba-tiba ustaz tanya, ada tak bangun tido nampak lebam-lebam di badan?

Kalau ada, pergilah berubat. Tu jin dah ganggu. 

Kalau ada selalu mimpi-mimpi binatang berbisa spt ular, jatuh dari bangunan tinggi, kendong bayi etc, pergilah berubat. Tu tanda-tanda awal gangguan jin. 

Takde kaitan dengan sihir kan Ustaz?

Tak... tu gangguan jin tu...


Ustaz bercerita kepada kami berdasarkan pengalaman keluarganya...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

Tuesday, September 24, 2013

Cuba teka

Al salam alaykum

Semalam layan drama Bunga bunga Jodoh kat tv9... Ending dia pompuan tu mcm terpaksa kahwin dgn lelaki yg konon dia tak suka. 

Ending citer melayu yg tak berapa nak real. Ye la, sbbnya nak nikah, kompem kena isi borg, dan kat borg tu ko kena sain, takkan la skit pun ko tak baca borang tu nama bakal suami siapa? Kot ye pun kena paksa nikah kan?

Tapi tu la standard cite melayu. Layan je la. 

Tapi, Lagu cite ni best...


matamu redup bagai bayu 
juga awan biru dilangitku
senyummu seindah mentari
selalu menerangi mimpi sepi

cubalah cuba sayang teka
siapa yang bertakhta dalam jiwa
adakah kau rasa

sayangku selalu ada waktu tuk menyayangimu,
menjagamu, seluruh hidupku 

matamu redup bagai bayu 
juga awan biru dilangitku
senyummu seindah mentari
selalu menerangi mimpi sepi

cubalah cuba sayang teka
siapa yang bertakhta dalam jiwa
adakah kau rasa

sayangku selalu ada waktu tuk menyayangimu,
menjagamu, seluruh hidupku 

matamu redup bagai bayu 
juga awan biru dilangitku
senyummu seindah mentari
selalu menerangi mimpi sepi
cuba, cuba, cuba lah cuba sayang teka
siapa yang bertakhta dalam jiwa
adakah kau rasa

sayangku selalu ada waktu tuk menyayangimu,
menjagamu, seluruh hidupku 

caramu mempersona kalbu
sesungguhnya aku tahu kamu
terbaik buat diriku 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, September 23, 2013

Sponsor

Al salam alaykum


Ermm... Sponsor dah ada! Bila majlisnya? Calonnya siapa?

Eh, apa-apa hal pun, biarlah "kakak" tukang sponsor yg bertemu jodohnya dulu. 

Aku doakan ko cepat bertemu jodohnya, yg soleh, yg mukmin, yg hensem, yg kaya. Aamiin. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, September 22, 2013

Aktiviti Sabtu

Al salam alaykum

Setahun bekerja kat kampeni ni, aku tak pernah nak turut serta dalam aktiviti staf kat sini. Aktiviti makan selalu la jgk. Heheheehe

Dan semalam, aku ikut pergi jungle trekking. Dah lama tak masuk hutan. Last masuk hutan yg pergi Gunung Irau sebelum puasa dulu. 

Sbb aku ikut, diorg nak pergi ke Hutan Simpan Ayer Hitam. Aku tak pernah sampai lagi. Ahli GGK ada yg dh sampai.

Officemate aku, Hajar cakap dia tau nak bawak kami ke sana. Dan aku pun tak la tengok semula blog Nurul, sbb dah ada org tau. Hehehehe. 

Pagi smlm, kami sesat jalan sbb tiba-tiba Hajar lupa jalan nak ke entrance masuk ke Hutan Simpan ni. Mula-mula kami ke belah Seri Kembangan. Tapi Hajar cakap bukan. Aku tepon Nurul, cek dlm blog Nurul, baru la jumpa entrance di Puchong. 

Jadinya, jam 9.00 pagi baru boleh mula trekking. Bagi aku, trek dia ok-ok je. Tapi aku semput jugak la. Dah lama tak ber"trekking" dan ber"hiking". Dan, berat aku yg naik sebanyak 2kg dari sebelum puasa, mmg mencabar jugaklah stamina aku ni. 

Entrance mula2

Kemudian laluannya begini

Dekat dgn kawasan perumahan Taman Wawasan

Kami...

Selepas sejam, kami sampai ke dataran. Hajar cakap cukuplah sampai kat sini. Pastu berpapasan dgn dua org adik yg nak ke lagun. Alang-alang kami sampai lambat dan sesat pada awalnya, apa kata kita ke lagun. Bukan nak mandi pun. Lagi pun adik tu cakap half way je lagi. 

Half way la sgt! Jalannya menurun bukit skit. So bg aku ok la. Tapi bila nak balik, mmg semput kuasa dua la sbb nak mendaki semula. 

Suami isteri

Flora dan fauna. Anak Hajar tanya, kenapa semut ni tak mati sbb makan cendawan ni? Sbb tak beracun la tu, dia jawab sendiri

Keluar dari jalan hutan, sampai jalan balak. Sekejap je lg sampai la ke lagun tu. 

Dalam 10.45 pg, kami sampai ke lagun itu. Subhanallah! Cantiknya. 


Letak beg, makan sekejap. Konon2 aku nak celup kaki, aku terus berendam. Hahaaha

Tak sabar sangat lelaki-lelaki itu. 

Itu, seorang aunty yg bernama Cuya ajar Boboi tangkap anak todak. 

Bersantai bersama

Berani nak terjun?

Sebenarnya ada lagi satu kolam katanya. Tapi jalan ke atas lg. cukuplah kami kat sini ke. Lepak kat sini sampai jam 12.30 lebih kurang. Dan kemas-kemas utk pulang.

Kami sampai ke entrance masuk jam 2.00 petang. Dan sekali lagi, nak balik ke KL, kami sesat ke Shah Alam. Hahahaaha. 

Terus pergi Seksyen 2, utk makan tengahari dan layan ABC. 


Bakar kalori skit je, tambah kalori berganda-ganda. 

Lain kali nak sampai lagi insyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, September 18, 2013

3 Pahlawan Ciklong

al salam alaykum

baru ada kesempatan nak bergambar dengan tiga bersaudara ni...

tu pun jauh nun di Muar sana...

time balik Kuantan, tak sempat ye? hahaha


Ammar Darwisy, Khalis Adam Faiz, Areeq Zayyan

tapi yg manja dgn Ciklong, Ammar la...

Ciklong sayang semua!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 17, 2013

Tak betul

Al salam alaykum

Sampai ke Tangkak, Sabtu malam lepas, dlm jam 11, aku berhenti di Shell. Aku tunggu dalam kereta kat tepi jalan. Shell tu kecik je. 

Kemudian, ada sorg pakcik tu datang dekat kereta aku, sambil tunjuk pil. Haa sudahh! Menakutkan. Baru je aku nak bawak kereta ke tempat lain, nampak ayah mak adik aku datang ke kereta. 

Yg lain dah naik kereta, ayah aku dok borak plak dgn pakcik tu. 

Tanya ayah aku, apa pakcik dok bercerita? Cerita pasal polis tembak isteri dan mertua kemudian tembak diri sendiri. Kejadian tu berlaku ptg Sabtu hari tu la, pakcik tu cerita. 

Betul la sgt tu. Nampak macam tak betul je. Tadi tunjuk pil. Ayah aku cakap, orang cerita kita dengar je la. Pastu ayah aku cakap, dia mintak duit dgn ayah aku. Kan dah cakap tak betul pakcik tu. 

Ahad malam, keluar berita pasal anggota polis yg tembak isteri dan mertua kat Buletin Utama. 

Berita lanjut:



Saidina Ali berkata:

[kataali3.JPG]

"Janganlah melihat kpd sesiapa yg berkata, lihatlah apa yg dikatakan"





::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, September 16, 2013

JPO

Al salam alaykum

Walaupun boleh dikatakan setiap tahun balik Gelang Patah, tapi tak pernah sampai JPO. 

Kali ni, sajalah menyampaikan diri ke JPO. Sbb selama ni dengar cerita org best je kan?

Katanya kali ni ada jualan murah sempena Hari Malaysia. Manalah tau ada yg best utk aku beli. 

Habis pusing segala butik yg ada, aku dan adik aku kecewa. Apa yg kami cari tak ada pun. 

"Maaf cik, yg itu hanya ada di butik. Tiada di outlet"

Dan harganya selepas diskaun pun masih lg tidak mampu milik utk kami. Hahaahaha, lain kali kena ukur poket sendiri ye! 

Tapi aku pikir beli online lagi murah kot daripada JPO. Agaknya la. hari2 aku dok usha harga online, tapi membelinya tidak pun. 

Aku sebenarnya mencari dompet utk diri sendiri. Maklumlah, aku takde lagi hadiah hari lahir sendiri.

 "Kesiannya anak aku, kena beli hadiah utk diri sendiri" kata seorang ibu kpd anaknya. 

Dah tu, adik-adik aku takde pun nak belikan hadiah utk kakak diorg ni! Sob sob sob. 

Ada pengantin kat JPO

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, September 13, 2013

Merah Jambu

Al salam alaykum

Engineer: Wehh... Ingatkan sapa pakai kasut pink. Kak Kay rupanya!

Aku: bakpe Zemi? Dop caya ke?

Engineer: puas cari sapa. kah kah kah kah

Ampess!







Sebenarnya, aku pun tak percaya!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 12, 2013

Makan aje

Al salam alaykum

Sepanjang puasa dan syawal, aku sesaja nak buat pertandingan turun berat dgn budak ofis. Kemudian, Miza dan kawan dia, Intan pun join jugak. 6 org semuanya. Seronok!

Nama pertandingan: Siapa turun berat kami belanja makan!


Awal-awal pertandingan, aku la yg dpt no 1. Kemudian terus dipintas dengan lajunya oleh Intan dan Che Mah. Pastu tiba-tiba Miza mendaki tangga-tangga kecemerlangan. 

Akhir pertandingan, aku naik 1kg!!! Ampes tak??

Apa-apa pun, tahniah utk Miza sang juara. Dan tahniah utk Che Mah, tak berhenti berusaha. 

Sesuai dgn tajuk pertandingan, kami belanja Miza dan Che Mah makan tadi. Tapi Intan tak turut serta, dia kat Johor. 

GGK, makan kat Arima ni sedap ok!

Che Mah punya

Miza punya

Sheera punya

Maziah punya

Kay punya

So, esok diet semula ye Kay!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::





Wednesday, September 11, 2013

Untuk siapa?

Al salam alaykum

Untuk aku
Untuk kamu

Untuk kita



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 10, 2013

Korang Suka Ye?

Al salam alaykum


Khairini Kamaruddin
"dulu 47, skrg 48.3... ok la kan?"

diam! hahahaha

  • Sally:  tp dh biasa tgk kay chubby, kalu tgk kurus mesti kurang comel.. hihihi...
    19 hours ago · Unlike · 1

  • Kak Awin:  Sally..aku sokong!!!
    19 hours ago via mobile · Like · 1

  • Nurul: Kay, aku lg suka tgk ko berisi 
  • 13 hours ago via mobile · Unlike · 3





    Adoi... tu bukan berat aku...

    tengahari semalam, aku masuk dalam lif, ada sekumpulan ibu-ibu sedang bercerita tentang kenaikan berat badan semasa mengandung...

    bila dengar berat ibu yg sedang mengandung, hati aku tergelak... dan terus menoleh pandang si ibu itu... kecik je orangnya...

    aku jeles, sbb dia angka 4 di depan...

    aku angka 4 di depan semasa tingkatan 5...
    semasa matrikulasi, angka 5 di depan menjengah...
    dan semasa tahun 1 hingga tahun akhir di USM, angka 6 tak pernah lari... berat 60 - 61 kg, tapi aku ok je...

    hingga aku memulakan kerjaya di Kuantan, 60 - 65 kg itu biasa je... antara ayat popular, "takpe, ko tinggi, mmg nampak kurus"

    aku pegang  ayat tu sampai la aku memulakan kerjaya di Hulu Selangor dan Kuala Lumpur pada tahun 2008... hingga jumpa angka 7 di depan... 

    dan, aku pernah nak cecah angka 8, ketika aku mula bekerja di KL Sentral, tahun 2009..

    dan sejak itu, aku sedar diri hinggalah aku dapat 55 kg

    tapi itu sebentar cuma... setahun je rasa best 55 kg, berat aku semalam ialah 65 kg!

    mana aku tak sedih dengar perbualan ibu-ibu mengandung, beratnya ringan amat-amat! hahahaha...

    tapi, semasa aku berat 55kg, mmg mak aku marah, sbb dia cakap cengkung sangat, dan mak aku mintak aku makan banyak skit bagi naik semula 60 kg...

    tapi, aku dapat 65 kg ok!

    baiklah, misi utk 60kg bermula semula... 


    ::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 09, 2013

Senada Seirama

al salam alaykum



gambar kat atas ni semasa kami melawat Bukit Fraser 2 tahun lepas...




gambar yg ini plak Ziarah Zulkaedah rumah Kak Gee, Sabtu lepas...

nampak tak apa yg saya nampak?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Friday, September 06, 2013

Lebih

Al salam alaykum

Apa yg kita dapat, lebih dari apa yg kita harapkan #UsrahNurani

Hari ni mengaminkan doa Usrah Nurani, teresak-esak. 

Semoga Allah pelihara agama kita, iman kita. Aamiin. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 05, 2013

Datang utk apa?

Al salam alaykum

Israel datang. 


Cari apa ye?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, September 04, 2013

Pencuri

Al salam alaykum



Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, September 03, 2013

Ustaz Fathi tak garang pun

al salam alaykum



adik aku si Nisa suh p melawat dia kat sekolah hari ahad hari tu, sambil bawak Adam...

sbg kakak yg baik hati aku pun pergi la jugak walaupun hati membara... kih kih kih...


sampai-sampai...

"mananya buah? adik kan pesan bawak buah..."

ampesss!

keluarlah kami pergi beli buah kat pasar malam dekat dgn sekolah...

'adik beli berapa inggit?'

"sekilo je..."

'bukan ma bg duit 50 ke? beli la 3 kilo... 3 kilo kan dapat RM 10?'

"hmmm, takpe la takpe la..."

itu je dia boleh jawab... tak puas hati la tu

aku belasah la ...

'gitu lah kalu matematik dapat D, tak reti nak mengira...'

apa kaitan matematik dgn tak boleh nak pikir beli banyak skit kongsi ngn kawan-kawan aku pun tak tau... yg penting aku dapat belasah dia...

"eh, matematik adik dapat C eh... tolong skit"

'C je? kaklong dulu mana pernah dapat huruf lain, manjang dapat A!'

hahahahahaa

"elleh... yg lain-lain tu?"

'nahu kaklong dapat A, fekah A, hadis A... dan semua A laa'

hahahaha... tak riak, saja nak bg "pelajaran" kat adik aku...

"nahu, Ustaz Fathi ajar... rambut dia kerinting"

'garang kan Ustaz Fathi?'

"ustaz Fathi tak garang pun!" adik aku jawab...

'masa zaman kaklong ustaz Fathi mmg baik pun, tapi lepas tu budak-budak lain cakap Ustaz Fathi garang'

"tak la, dia baik je" adik aku jawab dengan yakin... 


ok la tuh, Ustaz Fathi dah tak garang...





Ustaz Fathi bin Abu Seman


Ggambar tu masa kami tingkatan 2 Biru, jamuan akhir tahun... hadiah tu kalu tak silap aku la, kami bagi alas meja dan kami tulis khat... tulis apa aku tak ingat...

apa pun, jasa guru-guru di Sekolah Menengah (A) Al-Ihsan, tidak pernah kami lupakan, selagi hayat dikandung badan...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, September 02, 2013

Rasionalisasi Subsidi

Al salam alaykum

RT @tufulah: Terima kasih @Najib4PM




1, 2, 3 tarik nafas. Senyum. Goyang tangan. 














::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, September 01, 2013

01/09/2013

al salam alaykum

Ammar Darwisy dah 4 tahun hari ni... sekejap je dah besar...

Ammar jadi anak soleh ye... aamiin...

Hari ni ada 2 kenduri... satu kenduri selang beberapa rumah dari rumah aku yg smlm aku p merewang... satu lagi kenduri 2 pupu aku... yg ni kami tak p merewang sbb semua pakai catering...

gerbang pengantin ni betul-betul depan rumah kami... tu yg Adam suka sangat 

kami ke Desa ASPA dulu utk menghadiri kenduri 2 pupu aku... 

Novel Setia Hujung Nyawa sbg hantaran... kelass!

2 pupu aku bersama adik beradik dan mak saudara mereka...

kami tak tunggu pengantin bersanding sbb nak balik semula ke kenduri jiran kami... mak ayah aku org penting di dapur kenduri... hahahaha...

undangan 3 ribu orang... nak tunggu orang serik tu mmg takde la... aku redah je la kenduri dgn adik aku... amik makanan amik air, kami balik makan kat rumah, sbb takde tempat kosong... jangan amalkan ye kawan-kawan~!

lepas makan baru pergi semula kat rumah kenduri utk bersalam dgn tuan rumah... bawak sekali pinggan yg dah berbasuh ye!

aku tak amik gambo pengantin sbbnya pengantin dh sibuk makan masa ni...

kunci kebun yg ada dalam kereta aku... tak pasal-pasal esok ayah aku kena takik kunci kebun nak cari durian...

kami plan nak pi kebun semula nak tengok durian... tapi adik aku plak pi tolong basuh periuk dan adik aku di asrama sebok menelefon suruh melawat dia di asrama dan bawak Adam dan bawak puding koktel... takde sapa nak melayan tengah sebok kenduri... sbb tu la kot kunci kebun ada dlm kereta aku, konon nak p kebun amik durian kan? sudahnya. kuncinya sampai KL sudah...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::