...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, August 31, 2013

Merdeka

Al salam alaykum

Apa erti merdeka pada aku?

Bila takde org ofis di site sana telefon aku tanya bila lori nak smpi, bila boleh order barang dan itu ini dan sewaktu dgnnya. 

Aku rasa aku merdeka sehinggalah jam 4.30 pm Jurutera Kanan Projek menelefon aku tanya pasal barang!

Hilang nikmat merdeka. 

    365 hari megah berkibar. 

Hari ni, mak aku demam tiba-tiba. Demam sakit sendi. Semalam menyiapkan 20kg tapai utk kenduri jiran kami esok. 

Aku pergi merewang sekejap. Kali ni tugas aku basuh ayam dan siang ikan. Kalu dulu-dulu tugasnya kupas bawang halia dan sewaktu dengannya. Hasil bergaul dgn kawan-kawan mak aku beginilah gayanya.  Dan aku sendiri takkan memilih utk tolong siapkan hantaran dan sewaktu dgnnya sbb tangan aku keras. Hehehe

Semalam, aku dapat merasa durian hasil semaian ayah aku. Kami punyalah menunggu durian gugur sejak puasa, tak jugak gugur. Akhirnya, dapat sebiji jadi rezeki aku. Rezeki utk anak sulung mak ayah aku. Adik-adik aku yg lain tak merasa lg. Tunggu ye adik-adik ku sayang. 


Ada 2 ulas durian dgn butirnya kepek. Pangsa lain tidak menghasilkan ulas durian. Paham tak? Aku anggap paham je la. Sbb tu la aku je yg dapat makan. 

Esok kena pergi 2 kenduri. Satu kenduri jiran, satu lagi kenduri 2 pupu aku. Perut pun dah siap meragam hari ni. Harap esok dah ok. 

Selamat hari merdeka dari Khalis Adam Faiz yg ajak aku lawan bendera. 

Sakit la Ciklong Adam ni. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 30, 2013

Balik

Al salam alaykum

Merdeka balik ke Kay?

"Ha ah, aku balik"

2 hari je, bukannya cuti lama pun...

"mak aku suh balik, aku balik la"


hari Ahad, ada kenduri sepupu aku dan jiran sebelah rumah kat Kuantan... tu je pun... tapi sbb diorg mmg mengundang aku secara personal semasa raya ari tu, takkan tak balik... dan, mak aku mmg suruh balik, jadinya balik la aku petang kang selepas kerja...

adik aku plak, nak buat majlis hari lahir Ammar Darwisy 1/9 ni... Ammar nak masuk 4 tahun dah... tapi majlisnya kat KL ni la... kalu ikut aku, mmg la nak duduk KL je... ye la, pertama kali buat majlis anak sedara kan... tapi, kalu ikutkan, mesti la mak ayah aku pun nak jugak datang majlis cucu dia kan? tapi nak buat cemana, jiran sebelah rumah buat majlis, takkan la nak ditinggalkan... dgn aku sekali kena balik...

bak kata officemate aku "jangan jadi anak derhaka"

Ammar... simpan kek kat Ciklong skit ye... nanti Ciklong tepon Ammar ye 1hb nanti...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, August 29, 2013

Kawan-kawan yang kita suka

Al salam alaykum

Ofis aku ni tak la ramai 30 ke atas. Ramai  30 ke bawah. Tapi tahun depan ramai la 30 ke atas. 

Tapi aku takleh masuk sangat dgn 30 ke atas. 

Perasan budak lagi ke?


Lepak-lepak di rumah Azhan dan isteri sambil makan keropok dan rambutan dan melayan Semanis Kurma. 

Ye... Manisnya persahabatan. Manisnya kenangan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 27, 2013

belated + farewell + agensi jodoh

al salam alaykum

minggu lepas, Che Mah cakap kat aku:

hari Isnin 26/08/2013, jangan posa, nak buat makan-makan...

eh, nak jamu kek saya ke?

perasan, farewell Zul la... 

awalnya? kan dia tu bulan 9?

apa2 je la... jangan posa masa tu...


sedih aku, org tanak jamu kek kat aku... uwwaaa! lambat lg kot budak tu nak last day...

semalam, 26/08/2013, kami pun sampai la kat Pizza Hut Jusco Au Au... undangan 16 org... amboi! ramainya??

ada serampang 3 mata rupanya... Che Mah ni laa... alahai...

aku nampak kotak kek... sedih tgk, sbb kompem la kek tu utk budak yg nak berpisah kan? namanya farewell party...

sekali bukak... tadaaaaaa!


serampang pertama: nak terharu ke nak cepuk?

dah, buat ucapan...

ermmm... "Saya dah tua. Peace!"

hahahaha...


pelakon utama: Maziah dan Sheera


serampang kedua: yang diraikan perpisahannya, En Mohd Zulfadzli Zahari...

hari terakhirnya ialah 27/09/2013... lambat lagi kan? tapi kami ni baik hati raikan awal-awal... hahahaha... terkena aku...


serampang ketiga 1: ada agensi jodoh rupanya Che Mah ni... 

si tudung hijau ni Che Mah nak kenalkan dgn adiknya...



serampang ketiga 2: dgn Lili, housemate Che Mah dan Che Mah yg dh kurus...

Lili ni Che Mah nak kenalkan dengan Hafidzul...


yang meraikan kami...

terharu la jugak ada sambutan utk saya walaupun agendanya serampang 3 mata... 

kek Humming Bird dibakar dengan penuh kasih sayang oleh Cik Miza Hashim di Red Raven's Oven... semasa Miza uploaded gambar kek kat IG, sapa la yg tempah kek tu, teringinnya aku nak rasa... hahahaha... alhamdulillah, ada rezeki aku rupanya...

terima kasih semua terutama utk roommate di ofis dan chatime partner saya, Che Mah, Maziah dan Sheera... dan sahabat2 yg lain... hanya Allah yg dpt membalasnya...

Zul, selamat bekerja di tempat baru ye... jgn sombong kerja kat menara nanti ye! Kalau Kaklong awak ni jalan-jalan kat Menara, terserempak jgn buat tak kenal plak... ekekeke


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Monday, August 26, 2013

Sunday, August 25, 2013

Raya Geng USMKKj

Al salam alaykum

Dua hari, penuh dengan undangan budak2 USMKkj. 

Lebih separuh dlm whatsapp group ada berkumpul kat rumah Yanchor. 

Sabtu, di Enstek. Rumah Yanchor. 

Dari meja depan, ke meja dapur, terus ke ruang tv, dan sambung kat ruang atas. 

Raya lupa diri. 


Kemudian, sambung ke rumah Suhaimih di Setiawangsa. 


Lupa diri di rumah Sumih. 

Bercerita kisah-kisah lama di USMKkj. 

Balik pukul 11.00 malam. 

Terima kasih kat suami Erna sbb sabar melayan karenah kami yg bawak Erna jadi bujang sekejap. Heheheehe

Kemudian Ahad, lepas beraya dgn geng KMT di rumah Akma dengan Lida di Subang Bestari, aku berdesup ke rumah Kak Zack di Seksyen 33, Shah Alam. 


Kemudian, Kak Zack tutup pintu, kami ke rumah Eagy di Pinggiran Subang. 


Berpisah kami di simpang jalan. 

Jumpa lagi insyaAllah di entah kapan. 

Terima kasih kpd semua yg sudi menjadi hos. 

***gambar last aku sgt gemuk***

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Masa Esa :::

Thursday, August 22, 2013

susah nak susun kata

al salam alaykum

taip delete, taip delete...

susahnya!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, August 19, 2013

Aweks la sangat

Al salam alaykum

Adik aku, si Iman ni post gambo ni kat FB dia dgn caption "Awek terbaru aku"

Bongek!


Kami amik gambo ni semalam, kat Kuantan Parade, lepas aku mengamuk sbb dia pau duit aku tukar screen protector tepon dia. 

"Comel kang Kaklong?"

Adik aku jawap "Comel menapa. Hudoh sepang. Iman lg comel"

Cess... Comel la sangat! Makin gemuk ada la!

Dia bercita-cita nak kahwin bulan 1 tahun depan. Dan mak aku bangkang la jugak. 

Hahaahahaha. Padan muka!

"Kaklong ni, bila mu nk kawin? Sampai ke tua la mu ni"

Aku plak kena. 

Aku malas layan, gelak je. Boleh plak mak dgn adik aku borak-borak dua org. 

Paling tak boleh blah adik aku cakap:

"Toksoh nak kawin org umur muda la. Iman nak panggil apa nnt? Abg long? Geli la. Kang kena sepak je lama kang"

Adik aku ni mcm-mcm. 

Ada satu kes lama awal tahun dulu. 

"Takpe la kaklong tak kahwin pun. Iman jaga kaklong tua kekgi"

Konon la!

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Wednesday, August 14, 2013

Tragedi 3 Syawal 1434

al salam alaykum

Seperti kelaziman raya aku, 1 Syawal mmg kat Kuantan... yg ada kat Kuantan tahun ni pada 1 Syawal ialah Kakngah, Iman dan Nisa... Abang balik Muor...

3 Syawal, kami ke gerak ke Kuala Terengganu... aku dgn pa, ma, nisa, abg dan ammar sebuah kereta... dan kakngah dan ibnu dan ayyan sebuah kereta... sungguh tak adil pembahagian itu... hahahaha...

yg kereta aku, dah sampai Awana Kijal, nak beraya dgn Iza yg tak balik johor sbb bisnes time cuti lagi kencang... tak sampai  minit kat Awana Kijal, kakngah tepon cakap dia eksiden... aku ingat dia bergurau... maklum la, mmg dah tabiat kami suka bergurau kan? rupanya betul... 

kereta dia langgar kereta depan... alkisahnya kereta depan tu dah berapa lama kerjanya dok main brek... sekejap2 brek... dan tiba nak jadi gerah, dia membrek tiba-tiba sbb memerang kecik melintas... lagi tak boleh blah, tuan punya kereta yg dilanggar tu menjawab "tikus lalu pun saya berenti bang!" 

adoi!!

mujur la kereta adik aku tu tak penyek depan belakang sbb kereta belakang dapat mengelak dengan cepatnya dan tergelong ke kanan... 

alhamdulillah, tiada kecederaan yg berlaku kpd adik-adik aku dan ayyan... cuma kereta la, pergi tanya bengkel, kena sedia dalam RM 2000... uiksss.... selepas berdrama swasta selama beberapa jam, akhirnya sampai la kami ke Dungun... bertolak dari Kuantan jam 10 pagi, sampai Dungun jam 4 petang... seronok betul!


Ammar dan Ayyan bergambar kenangan di Dungun dgn kereta ibu mereka yg dh terjongket bumpernya... 

banyak sebenarnya adegan2 lawak masam manis masin dan sewaktu dengannya, tapi biarlah...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

Thursday, August 08, 2013

1 Syawal 1434

Al salam alaykum

Arwah nenek cite, mak aku cite, ayah aku cite, aku ni bayi Syawal. Aku lahir lepas zuhur pada 1 Syawal 1401. 

Nak sahih tarikh tu, aku kira sendiri. Masa tu aku jumpa buku agama yg ada tarikh hijrah dan tarikh masehi sekali. Gigih aku mengira secara manual. Masa tu manalah ada internet. Dan, ye, aku dapat tepat 1 Syawal 1401. 

Dan skrg disahkan lg dgn perisian di internet. Dan, aku saja cuba cari, bilakah 2 Ogos akan bersamaan dgn 1 Syawal lg sekali. Tapi tak dijumpa. Mungkin hanya sekali utk seumur hidup. 

Selamat hari lahir Cik Khairini, yg ke 33 pd tahun Hijrah. 

Selamat hari raya Eidulfitri utk semua! 
Maaf zahir dan batin. 

Semoga amalan-amalan kita diterima dan kita dapat beristiqamah dgnnya utk sepanjang tahun. 


تقبل الله منا ومنكم
عيدالفطري المبارك سعيد لكم
 في كل عام وانتم بخير


Friday, August 02, 2013

Selamat Memperbaharui Lesen Memandu

al salam alaykum

“Allah jualah yg telah menciptakan kamu, kemudian ia mewafatkan kamu. Di antara kamu ada yg dipanjangkan umurnya smpi tua bangka, sehingga menjadi tak tahu apa2 sesudah dia mengetahui segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui & Kuasa.” - Surah An-Nahl, ayat 70. 


Sabda Rasulullah.saw.:

“Sebaik-baik manusia , ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya , seburuk-buruk manusia ialah orang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.”



Sanah helwah, Khairini binti Kamaruddin...

Hidup baik-baik ye!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::