...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, July 31, 2013

Lambat

Al salam alaykum

Pakcik jurutera kanan: Khai-Ra-Ni
Aku: Khai-Ri-Ni
Pakcik jurutera kanan: tu yg lambat tu
Aku: apa yg lambat?
Pakcik jurutera kanan: (sambil senyum) awak sendiri yg create kan proses pelambatan tu. 

Aku terpinga-pinga tak paham. 


Tuesday, July 30, 2013

21 Ramadhan 1434

Al salam alaykum

Cepat sangat berlalu. 

Masih banyak checklist aku yg belum selesai. 

Harap sempat sebelum 30 Ramadhan berakhir. 

Saturday, July 27, 2013

Semalam

Al salam alaykum

Semalam ada berita suka, ada yg duka. 

Yg suka, alhamdulillah dapat slip gaji dgn gaji baru. Nak kata banyak, tak jugak. Nak kata sikit, tak jugak. Padanlah dengan usia 6 bulan aku kerja dgn kampeni baru ni kan pada 31/12/2012 yg lalu. 

Yang duka, ada 2. Yg satu tu takde dinamakan duka sgt, sbbnya aku mmg dah jangka aku tak dapat. Dapat jawapn temuduga aku tak berjaya. Lama betul nak dapat tau keputusan. 

Aku ada temuduga bulan 1 dulu, lepas tu senyap takde jawapan berjaya atau tidak. Tapi berdasarkan pengalaman aku dalam temuduga tu, mmg aku tahu aku takkan berjaya. Cuma aku perlukan jawapan sbb aku dapat temuduga dari anak-anak syarikat kampeni yg sama pada bulan 3. Kampeni besar-besar ni kan prosedur macam-macam. Yg bulan 3 tu, aku tak pergi temuduga sbbnya ruang lingkup skop kerja tak berapa nak mencabar. Tambahan pula statusnya sbg pekerja kontrak. Yang bulan 7, statusnya sbg pekerja tetap. Cuma, aku pikir aku gagal semasa temuduga di telefon. "When life give u lemons, make lemonade". 

Takpe, bagi aku, dengan izin Allah, ada peluang lain lagi dengan organisasi yg sama ataupun anak-anaknya. Usaha dan terus usaha. 

Yg betul-betul duka, 16.08.2013. Mula-mula tak kompem lg. skrg dh kompem la, sbb surat dah smpi kat bos. Cuma, tarikhnya dah dianjakkan ke 02.09.2013. 

Perlahanlah wahai masa.

Friday, July 26, 2013

Thursday, July 25, 2013

Kampung awak di mana?

al salam alaykum

akan ada suatu hari nanti, kebanyakan daripada anak-anak kita, cucu-cucu kita...

bila ditanya,

"Kampung awak kat mana?"

jawapannya ialah...

"Kampung saya kat KL"


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 23, 2013

Kad

Al salam alaykum

Hari ni 14 Ramadhan. 

Dah ada ke yg mengepos kad raya?


Monday, July 22, 2013

Pablo Aimar

al salam alaykum

berita yg mengejutkan aku pagi semalam...

terus whatsapp kat Herny...

pakwe kami tahun 1997 ni, nak datang Malaysia main dgn JDT....

aaargghhhhh!! marah ni... ekekeke

takpe Pahang, kami tetap bersamamu...


kawan-kawan al-Ehsan, cuba belek majalah sekolah kita tahun 1997, bersepah tak nama Aimar dalam tu? ekekekeke




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, July 21, 2013

Anekdot - Tudung

Al salam alaykum

B: tak boleh la. Tak lepas piawai. Singkat la tudung ni
C: pelik. Ko pakai bawal ni pun ko selempang kiri kanan singkat atas dada jugak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, July 20, 2013

Kahwin

Al salam alaykum

Jangan kahwin selagi diri sendiri tidak bahagia - Prof Muhaya

Kalau kita tidak bahagia, bagaimana kita hendak membahagiakan orang lain?

Errrr... 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, July 19, 2013

10 Ramadhan 1434

al salam alaykum

rezeki Ramadhan 1434H....

aku dah lama nak beli buku ni... tapi selalunya angkat letak angkat letak angkat letak... letak balik... beli buku lain...

aku dapat hadiah ni daripada Auntie yg aku belikan dia puding raja tu...





Alhamdulillah... syukur pada Allah... terima kasih kepada Auntie Faridah...

rezeki yg tak disangka-sangka...

Auntie Faridah bagi lepas terawih semalam...


akan kumanfaatkan sebaik mungkin...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 18, 2013

Pre Ops Lasik

al salam alaykum 

 Isnin, 15/07/2013 aku ada pemeriksaan Pre Ops Lasik di Klinik Mata, Kuliah Perubatan UIAM Kuantan... temujanji jam 8.30 pagi... tapi, aku habis jam 4 petang... lama! sepatutnya dalam 4 jam je boleh habis... 

tapi bila tiba turn aku, pegawai yg nak buat ujian terakhir tu dah pergi ke masjid utk solat berjemaah... kena tunggu la jam 2 pulak...


antara yg ujian yg dilakukan ialah:

1. Daya penglihatan
2. Tekanan mata
3. Ketebalan kornea
4. Power cermin mata
5. Power mata
6. Titik bulat -  mata mana yg lebih dominan
7. Mata mana yg beri reaksi
8. Ujian 3D
9. Ujiana anak mata - normal atau tak
10. Ujian kontras
11. Ujian permukaan mata
12. Cek vision mata
13. Ujian lengkung mata
14.
15. Ujian kecerunan mata
16.
17.
18.
19. Ujian kekeringan mata
20. Sesi Kaunseling

yg takde nama tu, aku tak sempat nak tanya... semasa sesi kaunseling, aku diterangkan risiko Lasik ni... kenapa nak buat lasik? bla bla bla...

masalah mata aku ni, mata tak statik... suka sangat melilau... jadinya lama la aku amik masa utk ujian no 1 sampai 19 tuh... mintak maaf ye!

oh ya... sebelum ni aku ada tanya Edd, ujian apa yg kena buat sampai cakap kita tak boleh pandu kereta selepas ujian tu... Edd cakap, dia letak satu jenis ubat yg bg mata pedih, kemudian penglihatan kita akan kabur utk jarak dekat... tapi kesan dia sekejap je... Edd cakap utk dia, kesannya tak sampai pun semalaman... aku pun tnaya jugak kat adik pegawai tuh, dia cakap bergantung kepada seseorang... ada yg sampai 2 3 hari... sbb tu tak digalakkan utk pandu kereta selepas ujian...

ujian no 21 tu namanya "refraction" kalu tak silap aku... mata akan dititiskan sejenis ubat yg akan membesarkan anak mata... kemudian mata akan diuji utk menentukan kuasa penglihatan 100% semasa pembedahan dibuat nanti... gitu lah sikit sebanyak En. Hafiz yg ramah tamah tu cakap... 

lepas je ubat tu dititiskan dalam mata... pedih pun hilang... aku mmg tak dapat membaca dalam jarak dekat... kabur sekaburnya... macam org rabun dekat la... penglihatan lebih jelas tanpa cermin mata (untuk jarak dekat la), kalu utk jarak jauh, kena pakai spek la...

aku dah risau, cemana nak balik KL ni... mata mmg kabur utk jarak dekat... tunggu 4.30 pagi Selasa, kalau rabun/kabur lagi, aku amik EL la... terpaksa, bimbang jugak... tapi Amy, penglihatan dia makin baik... so balik jugak la pagi selasa tu selepas sahur... 

alhamdulillah selamat sampai KL dan terus masuk kerja...

dan, kesan ubat tu berakhir lebih kurang jam 3.30 petang... maknanya utk aku, amik masa sehari jugak la utk pulih...

temujanji seterusnya, bulan Oktober nanti... insyaAllah...


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::


Wednesday, July 17, 2013

Puding Raja Tok Mak

al salam alaykum

minggu lepas, terawih malam ketiga, aku berterawih dekat surau kawasan aku... aku buat lapan je... sambil menunggu kawan aku yg buat 20, aku borak-borak dgn sorg makcik yg tunggu suami dia...

borak punya borak, dia cakap dia pernah pergi Kuantan, kemudian cari puding raja, tapi dah habis...

puding raja?

aku pun pernah makan sekali je, seumur hidup aku menetap kat Pahang tu... tu pun sedara aku, Kak Na yang buat...

kemudian kami bertukar no telefon... dan pagi Jumaat, dia sms aku nak mintak tolong belikan puding raja... aku cuba la sedaya upaya kalau jumpa...

resah aku nak menunaikan hajat beliau...

tanya mak aku, mak aku pun cakap teringin nak makan puding raja... dah lama tak makan...

tambah dua kali resah...

tanya Kak Na, kot-kot dia boleh tolong buatkan... Kak Na kat Kelantan plok...

tanya kawan-kawan, ada yg cakap beli kat Pasar Ramadhan Indera Sempurna, Bukit Sekilau, Padang MPK dekat masjid... semua dekat Pasar Ramadhan la... yg mmg aku malas nak jejak...

nak dijadikan rezeki mak aku dan rezeki makcik tu, kawan AMB aku cakap, boleh tempah kat FB... puding raja glamer seantero FB... sedap pun sedap katanya...

gigih la aku menggoogle Puding Raja Tok Mak... dan terus ke page Tok Mak...

alhamdulillah... aku pun tempah la cepat-cepat, sebabnya katanya mmg sold out sokmo...


rupa puding raja Tok Mak

kalau korang nak tempah, boleh la ke FB Tok Mak... ada pelbagai saiz...

yang penting, sedappp dan lazat!!! 

harap makcik tu suka... :-)


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Tuesday, July 16, 2013

Sedih dua kali

Al salam alaykum

Dua perkara yg buat aku sedih. 

1. When life gives you lemons, make lemonade. 

Aku gagal lagi. 


2. Selepas raya, 16.08.2013. 


Sedih yg pertama tak habis lagi. 


Dapat tau yg kedua, dua kali sedih. 



Sunday, July 14, 2013

Adam

Al salam alaykum

Penat nak melayan. 

Balik dulu, sibuk panggil semua orang "miiiiii"

Panggil ibu dia "mami"

Kali ni, "maaaaa"

Lekat tokma plak. Mami dia pun dia panggil "ma"

Tokpa dia pun, dia panggil "ma"

Papa pun "ma"

Ciklong pun "ma"

Moksu pun "ma"



Dan, pandai sebut "nak air"

Tadi dengar plak baru "haus"

Dan paling baru, "abih"

Dia sedang melasak. 

Kalau berjalan, tak pandang depan. Langgar je apa yg ada. Jatuh, jatuh la. benjol kepala. Lebam dahi. 

Makan banyak. Orang makan, dia pun sibuk makan. Makan nasi, nasi lah. Makan kuih, kuih la.

Pastu, "haus". Nak susu la tu. 

Pagi tadi sahur dia siram lengan dia dengan air panas. 

Tapi bila datang petang tadi, tak serik. Tetap melasak dekat dapur. 

Nak marah pun susah. Bila dia sengih bikin hati jadi cair. 

Senyum boleh beli. 

Adam adam!

           Makan kuih raya free

         Lengan melepuh

    Hantar moksu balik asrama, muka dia sengih je dikelilingi kakak-kakak jelita. 


Saturday, July 13, 2013

Cerita kueh

Al salam alaykum

Ma gi terawih tak?

Gi. Buat kuih boleh, gi terawih mesti la boleh. 

Patut la aku tgk kotak tepung pulut je kat dapur. 

Dari aku kecik, umur belasan, masuk 20an, mmg mak aku buat kuih hantar pasar ramadhan, atau kat kedai kak Nora Abg Firdaus, yg aku pernah kerjabasuh pinggan dulu. 

Dari kuih karipap, sampai la tepung gomak, onde-onde, kuih koci. 

Dari onde-onde dulu boleh buat sebesar syiling 50 sen, sampai sekecik syiling 20 sen skrg ni. 

Tapi, mak aku berhenti buat lama jugak tak silap aku. Bila aku pindah kerja KL. walaupun org mintak buatkan, mak aku tolak. 


Tapi kali ni, rajin pulak tak menolak. 

Bila adik ipar aku tanya "ma buat hari2 ke?"

Aku yg tolong jawab, dari kaklong kecik, sampai hari ni dah tua ni, rajin benor melayan org mintak kuih. 

Nak halang pun, mak ayah aku happy je. Mak aku buat, ayah aku tukang bungkus dan bilang dan catat dan hantar kedai. 



Tahun ni kuih tepung gomak, kuih koci dan onde-onde. 

Semoga org yg membeli puas hati dengan kuih mak aku. 


Tapinya, hasrat aku nak makan popia simpul, terpaksa la dipadamkan sbbnya mak aku tanak tolong simpulkan. Aku kena simpul sengsorang. 

Dan segala kuih raya, aku dh dapat arahan beli yg siap je. Aku nak buat almond london pun mak aku tak bagi. Takde tempat dah kat dapur tu nak simpan barang kuih raya. 

Friday, July 12, 2013

06/07/2013 - Irau la plak

al salam alaykum

lepas makan, dan mengemas... tiba masa utk berangkat ke anak Irau...

beg otai... 

sebelum mendaki, sesi penerangan lagi sekali... 

dan, masa ni lah bos tepon aku tanya barang tak sampai...

boss, saya dalam hutan la boss!!

mulanya di sini

sepanjang perjalanan, dalam sejam pertama, aku tak dapat nak menikmati sangat keindahan hutan Irau ni... sebok menelefon pakcik lori, pastu pakcik bos, pastu pakcik jurutera, pastu adik eksekutif... stress dalam hutan... tapi sbb line Maxis masih lagi jelas dalam hutan tu, aku jalankan kerja aku walaupun hari Sabtu bukan hari bekerja... takleh nak berkira sangat...


bila line tepon dah takde, baru lah tenang skit nak mendaki... ekekeke...


kami sampai di Anak Irau lebih kurang jam 4.00 petang... dari starting point ke Anak Irau ambil masa lebih kurang 3 jam... 

kami banyak berhenti sebab nak bagi laluan kepada orang lain yg nak turun balik ke starting point... memang sesak la sepanjang nak mendaki ke Anak Irau tu...

rombongan kami yg naik saja dah 25 orang, yg nak turun lagi ramai!


lepas pacak khemah di Anak Irau, kami bergerak menuju ke puncak... 


Subhanallah... sepanjang pendakian turun naik, pemandangan lagi indah... lagi cantik... tapi mmg cantik... tak tergambar dengan kata-kata...



nak cakap macam alam kayangan kang tak pernah pergi alam kayangan... 



akhirnya kami sampai ke puncak jam 5.00 pm... ketua rombongan pelajar, melaungkan azan...


kami diberi masa 10 minit utk berada di Puncak Irau... memandangkan cuaca semakin berkabus...

sampai balik ke Anak Irau, kami bersiap-siap utk makan malam dan menunaikan solat... malam tu tido awal... pukul 8 malam dah tido... tapi sebenarnya takleh tido sangat... setiap sejam terjaga... tido2 ayam la layaknya... sbb sangat sejuk! mujur tak terkancing gigi aku ni... 

esoknya, kami gerak turun jam 9 pagi... wawa yg jadi ketua sampai bawah jam 10 pagi... aku sampai 11.00 pagi... dan last sekali sampai 12.00 tengahari...

tamat kisah daki Irau...

alhamdulillah, tercapai jugak impian aku nak daki Irau... sbb masa GGK pergi dulu, aku tak dapat nak ikut...

tapi, aku macam nak pergi lagi sekali... nak menikmati lagi keindahan yg Allah cipta utk kita manusia supaya kita berfikir...

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::







Thursday, July 11, 2013

06/07/13 - Berinchang

Al salam alaykum

Kak Awin ajak aku teman dia naik Berinchang dan Irau. Sbb budak kolej dia mula-mula semua lelaki yg turut serta. Saat akhir, sepupu dia boleh ikut dan dua pelajar perempuan pun ikut. Jadinya, berlima la kami menuju je Cameron Highlands

Hari Sabtu, kami mula mendaki jam 9 pagi. Sampai di puncak pukul 11.00 pagi. Berinchang ni boleh jugak kalau nak  daki guna kereta. 

Sebelum bermula... dengan Utih... ORL Green Nature

berhenti sekejap nak tengok banjaran...

aku, kak awin dan sepupunya yg bakal terbang ke Australia esok...


petanda dah sampai Puncak Berinchang, bila nampak pencawang elektrik ni....



dah sampai puncak, panjatlah Menara Pandang ni... memang cantik sangat pemandangan banjaran di kejauhan... dan, akan nampak jugak Perdah yg dah gondol ditelan arus masa...



Puncak Irau dari kejauhan...

kami berada di Berinchang sampai pukul 12.30 pm... makan tengahari dan jugak kemas beg utk dibawa ke Irau... maklum lah, nak kena bermalam... jadinya, yg berat sama dijunjung, yg ringan sama dijinjit...

bersambung...

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Al salam alaykum

pagi-pagi, encik Jurutera datang bilik kami.. muka tak bermaya... baru pukul 9 lebih kot...
diskas punya diskas, tetiba, dia pi kat kabinet kami... duduk pegang tupperware biskut...

ko tak posa ke?


kejap ada...


bukan... iman nipis ni... tergugat! kena sorokkan skit, dari pandangan mata...

memang selamat duduk dalam plastik kerepek tak nampak langsung pada pandangan mata...

geleng kepala je la...


selamat duduk dalam plastik kerepek dah...



tapi Biskut Cornflakes tu mmg sedap... itu adalah sampel utk jualan... tapi ptg smlm kami makan, macam pergi jamuan raya... biskutnya, kerepeknya... order je belum!

nak order? boleh hubungi Cik Miza Hashim di Red Raven's Oven

dijamin, sedap, yg pasti halalan toyyiban...


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan

Al salam alaykum

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan. 

Setahun sekali, marilah kita mengimarahkannya. 


Senarai semak utk Ramadhan kali ni dah siap?

Jom!

Semoga kita dapat keberkatan, rahmat dan keampunan Allah dan seterusnya pembebasan api neraka. 

Ramadhan Kareem utk semua. 

Monday, July 08, 2013

Thursday, July 04, 2013

Wednesday, July 03, 2013

Tuesday, July 02, 2013

Tulah

Al salam alaykum

Semalam buka puasa kat Nasi Lemak Royale Kedah. Nasi sedap. Lauk sedap. Tapi tak kena dgn perut aku kot. 


Hari ni perut sebu berangin, nak muntah segala. Melepek je. 

Tak kena dengan kuah agaknya. Nama nasi lemak, tapi takde sambal ikan bilis. Lauk nasi kandar kaedahnya. 

Ubat dia, makan kek Secret Recipe. Ada kaitan ke?



Monday, July 01, 2013

KLMJ

al salam alaykum 

 hantar adik aku pi Dewan Jubli, ada konvo budak Kolej Komuniti, nampak Pantai Selamat, aku snap la gambo... 



pasaraya Pantai Selamat, tempat kami habiskan masa tengahari Jumaat, tahun 1994 & 1995, sementara nak tunggu sekolah jam 2.20 petang...



 kendian petangnya, aku hantar adik aku balik sekolah...

masuk kawasan asrama, surau dah togel... 

 sedang dibaiki... tapi skrg ni surau ni budak aspuri je yg guna... 



sbb aspura depan bangunan sains tu dah jadi aspuri...

aspura baru dekat belakang pejabat lama sana...

 aku takde la nak pusing sampai belakang sana...



tahun 1984

baru semalam aku tau ada papan tanda ni... masa zaman aku sekolah dulu, mana boleh nak pergi baca... tempat lepak budak-budak lelaki kot kat situ... mengadap aspura plak tu...


sekarang adik aku tingkatan 2, kalu rezeki dia lama kat Ehsan, ada lagi 3 tahun la aku ulang alik masuk kawasan sekolah... insyaAllah...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::