...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, June 30, 2013

Mama, I love u!

Al salam alaykum

Hari ni ibu saya genap 52 tahun. 

Selamat hari lahir Ma!

Kaklong doakan ma sehat sokmo, gembira sokmo dan jadi ibu yg bahagia dengan suami dan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu yg soleh dan solehah, selamanya dunia dan akhirat.


Saturday, June 29, 2013

Friday, June 28, 2013

Cute!

al salam alaykum






:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, June 27, 2013

Fotogedik

Al salam alaykum

Letak gambar ni kat Whatsapp. 

Ada pulak org bertanya. 

Ni gambo mu umur 20an ke?

Umur 30an ni. 

Ni gambo masa majlis konvokesyen pengajian bersijil kat Masjid Negeri Shah Alam, sebulan yg lepas. 

Aku kan fotogedik, dan selalunya memang kena makan dek gambar. 

Faktor lain, kesan pencahayaan. Sudut yg menarik. Dan, mungkin gambar konvo ni telah diedit. 

Agaknya sebab tu gambo aku lain dari realiti. 





Terima kasih la kpd yg bertanya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Wednesday, June 26, 2013

Bali: Berapa aku belanja?

Al salam alaykum

daripada feedback kawan-kawan, aku akan berjaya dalam percutian Bali ni dgn bajet yg sederhana... jadinya aku pun tukar RM 500 sahaja...

hehehehe... berjaya la sangat ye!

ni pertama kali ni selepas balik bercuti aku buat kira-kira semula... yg dulu-dulu takde maknanya aku nak mengira...

Tiket (return): MYR 309.06
Baggage (15 kg return), seat dan makan: MYR 86.00
Hotel: MYR 162.20
Parking LCCT: MYR 18.00
Minyak dan tol: MYR 12.20

total: RM 587.46

aku bawak IDR 1,600,000 (MYR 511.00)

kita tengok berapa perbelanjaan di Bali plak...

Hari Pertama:
Sewa APV dan Supir: IDR 312,500
Daki Gunung Batur: IDR 350,000
FM: IDR 15,000
Makan di Pawon: IDR 58,000
Tiket Uluwatu: IDR 20,000
Tarian Kecak: IDR 70,000
Aiskrim Durian yg Sedap: IDR 6,000
Makan di Ayam Betutu: IDR 32,300
Lain-lain: IDR 2,000

Total: IDR 865,800.00 (MYR 276.45)

Hari Kedua:
Tiket Taman Ayun: IDR 10,000
Tiket Ulun Danu Beratan: IDR 10,000
Souvenir - Gambar: IDR 15,000
Poskad: IDR 6,000
Telekung Bali: IDR 75,000
Makan di Bedugul: IDR 21,000
Tiket Air Terjun Munduk: IDR 5,000
Souvenir - T-shirt utk Bai: IDR 30,000
Tiket Tanah Lot: IDR 30,000
lain-lain: IDR 2,000

Total: IDR 204,000 (MYR 65.14)

Hari Ketiga:
Jajan Bali: IDR 77,600
Tiket Barong: IDR 100,000
Souvenir - T-shirt adik & anak saudara: IDR 120,000
Souvenir - kotak tisu mak: IDR 10,000
Souvenir - kain batik Bali: IDR 60,000
Tiket Kintamani: IDR 10,000
Makan (Mount Batur View): IDR 110,000
Kopi Pineh Colada Bali (guna kad kredit): IDR 90,000
Tiket Tegalalang: IDR 5,000

Total: IDR 582,600 (MYR 186.02)

baru utk tiga hari, duit IDR 1.6 juta dah habis... jadinya pergi CIMB la utk cucuk duit utk belanja hari terakhir...


Hari Keempat:
Tips utk Adi (Gunung Batur): IDR 10,000
Spa: IDR 200,000
Setem utk poskad: IDR 14,000
Souvenir - keychain: IDR 11,500
Makan - Wong Solo: IDR 60,000
Tips utk Wayan (Supir): IDR 50,000
Souvenir - FM utk diri sendiri: IDR 19,000
Airport tax: IDR 150,000
Air isotonic: IDR 7,500
lain-lain: IDR 2,700

Total: IDR 524,700 (MYR 174.20)

Total perbelanjaan di Bali: MYR 701.81

Grand total: MYR 1,289.27

aku hanya ada lebihan IDR 2,000 je dalam purse aku...

uishh... lap peluh... nak kena menabung balik ni!

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Tuesday, June 25, 2013

Bali: Makan dan Penginapan

al salam alaykum

ada perkara lain yg bermain-main di fikiran, nak taip tapi biarlah... kot-kot esok aku dah lupakan, alhamdulillah...



di Bali, nak cari makanan halal, tak la susah sangat... banyak tempat halal...

tapi yg aku suka tengok, papan tanda Babi Guling... hahahaha, tatau la kenapa...

kemudian, ada satu papan tanda, aku tak sempat nak snap, sbb laju sangat Wayan bawak... 

"bakso babi, 100% haram"

kih kih kih... mesti bosan kot sbb org datang tanya ada sediakan menu halal ke tidak kan?



Cik Organizer kami yg best, Cik Nurul yg cun telah listkan beberapa tempat yg halal utk dicuba... antaranya ialah:

·         Restoran Buk Tinuk (Restoran Nasik Pecel)

·         ayam betutu gilimanuk

·         warung sederhana padang

·         Warung Plengkung
Lokasi : Jl. Raya Kuta
buka : makan siang, makan malam
makanan : Ayam dan Ikan Bakar/Goreng

·         Pawon Pasundan
lokasi : Jl Kediri Kuta
buka : makan siang, makan malam
makanan : Khas Sunda

·         Warung Bandung
Lokasi : Jl. Sunset Road Kuta
buka : makan siang, makan malam
makanan : Jawa Barat

·         Rumah Makan Madania
Lokasi : Jl. By Pass Ngurah rai, Kuta


antara yg kami makan di sana ialah:



Pawon Pasundan - Nasi Timbel Empal

aku kecewa skit... sebab daging dia nipis dan sekeping... harga, macam makan kat Cibiuk Bangi... uwwaaa!! dan tak jadi percutian budget...

Kemudian kami makan Ayam Betutu Gilimanuk... tapi tak sesedap dekat Surabaya... dan aku geli tengok kepala ayam dihidangkan sekali...

di Kintamani, kami makan dekat Rumah Makan yg ada view Danau Batur... sambil makan, sambil amik gambar... hidangan buffet... nak amik ala carte, harga lebih kurang harga buffet dan dia amik makanan tu pun dari meja buffet... adoi la! harga buffetnya ialah IDR 110,000... uwwaaaa! masa tu aku mmg duit tinggal cukup2 utk airport tax je... kena pakai dulu la utk bayar makan... sedih betul kena p cucuk kat CIMB... budget la sangat aku ni...



yang paling sedap di Kintamani, ialah Sate Bali... aku makan yg ni je la... lepas tu kami amik buah limau dia yg sedap sangat tu banyak-banyak... bayar mahal wehhh!!!


buah limau, ada yang manis, ada yg tawar, ada yg masam... rasa kehidupan kita la kan?

singgah di Pineh Colada Bali, kami diperkenalkan dgn buah Tamarillu... ataupun terung belanda... aku ingtkan buah markisa/buah susu yg paklang aku tanam kat belakang rumah dia... 

Tamarillu


rasa buah ni masam-masam skit... kulit dia pahit, org tak makan... patut la banyak menu air terung belanda... aku ingt macam terung bulat tu... ekekeke


teh halia, teh lemon, kopi vanilla, kopi biasa, kopi ginseng...

kopi-kopi yg dijual di Pineh Colada Bali... aku suka teh lemon, sedap! dan kopi vanilla... rasanya mcm kopi kat Hajah Basiroh kat Vietnam... oleh sebab ini, duit yg habis pun, aku srettt kat kredit beli paket kecik... aku nak teh lemon je pun...


kemudian, naik Gunung Batur, kami dibekalkan supper Banana Pancake with Chocolate... sedapp! mintak resipi dengan Wayan, dia gelak je... asal tanya budak Wayan ni, kalau dia tak dapat jawab, dia sengih dan gelak kecik "saya nggak tau"


untuk sarapan di Puncak Batur, kami dapat roti lapis pisang dan telur rebus volcano... tapi tak habis pun makan... tak lalu... huhuhuhu


utk makan terakhir di Bali, kami makan di Wong Solo... sedappp!!! sambal mmg mengekick!! tak cukup la sambal... nasi pun licin...

kali ni aku tak sibuk mencari nasi ambeng (nasi rames) sbb aku rasa mmg tak sesedap kat Malaysia kot... tapi adalah jugak cuba nasi Rawon... juga tak sesedap macam kat Surabaya... Eein makan bakso, mcm sup bebola je la... mungkin sbb tempat tu dah jauh skit dari bandar, lain la skit kot penyediaan makanannya...

tapi kami sangat la berterima kasih kat Wayan sbb sabar melayan kami dalam bab makan-makan ni... mana taknya, asal dia berenti kat restoran halal je, kami cakap "tanak la" asal berenti kat kedai makan masakan padang, "tanak" hahahaha... kesian dia!



Cik Miza memperkenalkan kami minuman ini di Jogja-Surabaya... tapi kat Bali ni kami tak singgah plak kat Indomaret... kami beli kat airport je... harga IDR 7,500. aku mmg suka banget!

untuk penginapan, Cik Organizer telah membuat tempahan di Agoda... harga murah utk percutian budget kami... aku nak murah dan selesa dan bilik air tak share... hahahaha... gila demand! terima kasih Nurul!


di Kuta, kami menginap di Matahari Guest House, selama dua malam... bilik sedang2 saja, cukup utk kami berdua... ada tv dalam bilik... jadinya, pagi-pagi boleh la tengok gossip artis Indonesia tu kan? tapi oleh sbb masa yg padat, kami tak sempat nak berjalan di sekitar penginapan kami... sedih... mungkin lain kali? insyaAllah...


di Ubud pula, kami menginap di Matahari Cottage and Spa... tv takde dlm bilik... bila kami tanya pasal tv, pekerja hotel tu gelak je... adoi! malam-malam agak menyeramkan jugak, ada kolam renang, tapi tak sempat pun nak berenang... sebelah bilik kami, bilik rosak... mcm tak berapa nak terjaga la jugak...


Untuk khidmat supir dan kenderaan, kami mendapatkan khidmat dari Pineh Colada Bali... linknya di sini...


harga utk sewa kenderaan Suzuki Arena dan mas supirnya sekali ialah IDR 350,000 sehari... naik je Arena, cakap la nak ke mana, akan dibawanya dengan senang hati... recommended la kalau korang tak berapa nak adventurous nak naik bas atau teksi... 

apa lagi eh nak citer pasal Bali? gambar banyak... malas nak pilih... hihihihi



:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::




Monday, June 24, 2013

Bali: Kecak dan Barong



al salam alaykum

kami ke Uluwatu, nak tengok Tarian Kecak dan matahari terbenam...

matahari diliputi awan


dah nak mula dah

asal tarian kecak? sila tanya pakcik Google... :-)

harga ialah IDR 70,000.00

tarian ni bermula sebaik sahaja matahari terbenam...

tapi tarian kecak tak menggunakan sebarang alat muzik langsung...

babak kijang emas dengan sang puteri


sang hanuman yg nakal


dalam perjalanan ke Kintamani, kami singgah di Batu Bulan Village, nak menonton tarian Barong...

seperti biasa, tanya pakcik Google, apa itu tarian Barong... tapi lain la jugak dari tarian Barongan Johor...



tiket ialah IDR 100,000.00. Ternganga kejap...

(belek-belek beg duit ada balance tak utk makan) 

ni dah nak jadi kebal dah ni

Gambar Barong tak berapa nak banyak... :D


sesi bergambar dengan karakter Tarian Barong




kami terserempak dengan Beego dan Linda Hashim yg katanya sedang berbulan madu di Bali... jumpa "kawan" dari Malaysia, abadikanlah potret ye dak? sebenarnya aku pun tatau diorang dah kahwin, baru lagi katanya...


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::






Sunday, June 23, 2013

Bali: Mencari Mentari Pagi

al salam alaykum

23/06/2013

kami mendaki Gunung Batur, utk menyaksikan terbitnya mentari yg indah...

bangun seawal jam 1 pagi, bertolak ke Kintamani jam 2 pagi, sarapan lempeng pisang yg sedap jam 3 pagi...

Guider kami namanya Adi, umur baru 23, jadi guider utk 5 tahun dah... guider mendaki seramai 60 orang... katanya bergilir-gilir setiap hari... komen kami utk Adi "you are the best"

dan mula mendaki jam 4 pagi... kami sampai ke Batur jam 5.30 pagi...

selepas solat Subuh, terus mendapatkan port yg menarik utk menyaksikan matahari terbit...



katanya supir kami, si Wayan... cuaca pagi tu tak terlalu keras, bintang pun tak ada... mungkin tak dapat tengok matahari... kecewa jugak mendengarnya...

tapi mana kita tahu, Allah nak bagi rezeki tengok cantiknya matahari dari Gunung Abang kan?



itu je yang mampu kami dapat... cantik!


terang skit... tapi tak dapat tgk yg membulat...

Danau Batur

kecewa jugak la sikit... memburu mentari pagi, tak dapat, memburu mentari senja, juga dukacita...

bukan rezeki Allah nak bagi... nak kata cemana... 


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Saturday, June 22, 2013

Dari Bali

Al salam alaykum

Di Uluwatu



Di Tanah Lot



Di Kintamani


Esok daki Gunung Batur. InsyaAllah. 



Wednesday, June 19, 2013

Tuesday, June 18, 2013

setahun

al salam alaykum

sedar tak sedar, dah setahun aku kerja kat Setiawangsa ni...

tak percaya pun ada, aku boleh kekal setahun...

dalam masa setahun ni, ada jugak aku pergi interview tempat lain, tapi rezekinya masih di sini...

dalam masa setahun jugak, bukannya takde aku terlintas dalam hati nak berpatah, aku cekalkan hati... yg lalu tak payah la dikenang... itukan pengalaman?



mungkin akan kekal setahun lagi, ataupun berhijrah lagi?



hanya Allah penentu segala...






:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 17, 2013

Kuota

al salam alaykum

Kuota haji dikurangkan 20 persen...


Ustaz kat Kursus Haji cakap, jangan cakap takde harapan... tapi cakaplah "InsyaAllah ada rezeki pada tahun ni"

keputusan rayuan, sebelum berakhirnya Ramadhan...






:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 16, 2013

Lima tahun je?

Al salam alaykum

Aku dengar lagu ni kat Radio Pahangfm. Balik Kuantan kan minggu lepas. Terus terhenti aktiviti mengemas rumah. Ekekeke

Lagu macam ni pun ada... Ish ish ish. 

Realiti kehidupan kan?



LIMA TAHUN SAJA - Haida

[*] Eh, aku jatuh cinta
Begini rasanya
Ini tak biasa
Eh, dia lebih muda
Memang lebih muda
Aku tak biasa

[**] Memanglah cinta tak pandang usia
Tapi tetap saja buatku tak selesa
Terlebih saat dia dekatiku
Sikapnya seperti berkata iya iya iyaaa

[***] Dik, cuba dengarkan saya
Usia kita berbeza
5 tahun saja
Dik, sudikah kau menjadi
Kekasih hati ini
Kita saling setia

Itulah saja ingin aku bicara
Masih rencana tak tahu lagi bila
Semoga saja masa itu kan tiba
Bersama indahnya

Repeat [*], [**] & [***]

Repeat [***]


Itulah saja ingin aku bicara
Masih rencana tak tahu lagi bila
Semoga saja masa itu kan tiba
Bersama indahnya

Dik, 5 tahun saja
5 tahun saja




Friday, June 14, 2013

Sibuk skit

al salam alaykum

aku dapat e-mail dari MEDIU tadi... terus ada jalan nak update blog... ehehehe...

emel dari MEDIU tu pasal nak minta letakkan banner MEDIU kat blog aku...

korang boleh tengok lepas baca doa pendekat jodoh utk aku, kat bawah doa tu ada la link utk belajar bahasa arab ataupun nak gunakan galeri ilmu MEDIU...

semoga ada manfaat utk kita semua...


------------------------------------------------------

hari Isnin 10/06/2013 lepas, aku tepon customer service sebuah syarikat insurans... no tu ada dlm website dia... 3 jam, tak pernah panggilan bersambung, bz memanjang! aku geram, terus isi complaint form...


bila kah komplen ku itu dijawab?

aku dapat balasan e-mail pada 13/06/2013! lamanya!

aku tengok, complaint aku tu telah diperpanjangkan sebanyak 3 kali! mula diforwardkan pada 12/06/2013... agaknya hari Isnin tu Customer Services Dept ramai yg bercuti kot...

sedih kami, nak balasa cepat jadi lambat...


-----------------------------------------------------

seminggu ni, sangat sibuk di ofis... balik rumah, sibuk main candy crush, sampai level 50 sudah... dah la, baik stop sebelum melarat... stop main ngadap tepon main candy crush, sekarang sibuk dok ulang novel yg dah banyak kali baca... LAZUARDI tu dah kali kelima kot dikhatam... novel yg tak habis baca lagi tu tak mula lagi... mastika dan Nur bulan 5 pun tak baca lagi... bulan June tak beli lagi....

sibuk betul ye!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, June 10, 2013

2

al salam alaykum

dah alang-alang balik Kuantan, aku pergi kenduri Asyha... walaupun awal-awal dah cakap aku tak dapat balik...

alhamdulillah, kehadiran kami menggembirakan hati mempelai...



doakan mereka bahagia, hingga hujung nyawa, sampai ke syurga...

Nazatul Asyha dan Amrul, 08/06/2013



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 09, 2013

Seorang

Al salam alaykum

Baru sampai dari Kuantan setengah jam yg lepas. 

Teringat plak mak aku cakap "Malam ni ma tido sorg la"

Ayah aku kerja RELA, malam ni shif malam mula jam 12.00 sampai 8.00 pagi. 
Abang sekeluarga dah balik Balok. 
Iman ke Gelang Patah, hari Selasa ada kenduri arwah. 
Nisa dah balik asrama. 

Sebenarnya langsung takde plan nak balik Kuantan walaupun Asyha ada jemput ke kenduri dia. Sbb aku dah tanya Asyha cakap takpe kalu tak balik. Jadinya, aku plan nak jumpa geng-geng matriks kat rumah Akma.

Tapi sbb mak aku demam, maka pulanglah aku ke Kuantan. Ayah aku cakap mak aku tanak p klinik. Hari Sabtu aku ajak jugak p klinik. Mak aku pilih Klinik 1 Malaysia kat UTC. Klinik pun boleh nak pilih-pilih. Tekanan darah rendah, kencing manis makin tinggi. 

Semalam jugak, mak aku ajak pi Gebeng, cari kilang @ tempat kerja yg sesuai utk aku pohon. Ajak tengok tempat yg DS Najib rasmi, abang cakap lg 10 tahun kot baru projek mula. 

Aku sengih je. 

Bukan aku tak mintak kat Kuantan, tapi rezekinya takde. 

Kena berkira-kira utk tukar industri la nampak gayanya. 




Wednesday, June 05, 2013

Jayyid Jiddan

Al salam alaykum

Dapat markah 86.5, jadinya pangkat Jayyid Jiddan saja la. 

Kalau dapat 90 ke atas, dapatlah Mumtaz. 


Utk peperiksaan Talaqi Al-Quran Lanjutan, peperiksaan yg baru berlalu, utk yg bertulis aku dapat 27.5/30. Alhamdulillah. Aku mmg tak target dapat markah penuh, sbb aku mmg percuma je salah soalan akhir. Balik peksa terus semak buku. Kompem salah. Terus merudum mood.  Tunggu utk markah peperiksaan Syafawi pulak. Utk markah kedatangan, mmg aku dapat markah paling rendah la 8/10. Banyak ponteng. 

Semester kedua lagi mencabar. Harapnya aku dapat mengharunginya. 

Prof Muhaya: Peperiksaan bukan utk  pencapaian, tetapi utk amalan. 

Moga kita sama-sama dapat beramal dengan ilmu yg kita telah perolehi. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, June 04, 2013

Hikmah

Al salam alaykum

Pagi tadi Tanyalah Ustaz. 

Ada pasal hikmah. Cerita ni biasa je didengar. Tapi kadang ingat, kadang lupa. 

Zaman dahulu, ada seorang raja dan memanda menteri. Kalau ada saja perkara yg berlaku, raja akan bertanya kpd menterinya. Dan menteri akan menjawab "bawalah bersabar. Pasti ada hikmahnya"

Hinggalah suatu hari, raja kemalangan dan cacat kaki. Apabila ditanya kpd menterinya, jawapannya ialah "bawalah bersabar, ada hikmahnya"

Raja marah dan memenjarakan menteri itu. Apabila ditanya sebabnya, raja menjawab, "bersabarlah, ada hikmahnya"

Suatu hari, raja berjalan melawat kampung. Sampai di satu kampung, raja diculik dan dijadikan korban. Tetapi disebabkan kaki raja tu cacat, dia dilepaskan. 

Pulanglah raja ke istana dan terus membebaskan menterinya dari penjara. Lantas diceritakan tentang peristiwa yg dialami tadi. Maka benarlah, hikmah kakinya cacat raja dilepaskan dari menjadi korban. 

Raja bertanya apa hikmah yg menteri dapat. Menteri menjawab "kalau saya menemani raja melawat kampung, tentu saya yg menjadi korban"

Begitulah serba sedikit cerita pasal hikmah. 

Kawan aku bertanya, macamana kita nak tau apa hikmah di sebalik setiap perbuatan kita. Susah nak jawab. 

Tapi bagi aku, kita akan sedar juga suatu hari nanti, apa hikmah yg terjadi. Kita akan temuinya, jika kita rajin berfikir. 

Wallahu a'lam

Monday, June 03, 2013

Bolo yg bulat

al salam alaykum

ayah saya orang Johor, mak saya orang Terengganu... saya sendiri berIC 11...

tapi Pahang tetap di hati saya...

naik turun pasukan Pahang, dari zaman Dollah Salleh menjaringkan gol utk Pahang, hinggalah beliau melatih pemain Pahang utk menjaringkan gol kemenangan...

oleh sbb Tok Gajah kalah kpd JDT, dan bertemu dengan TRW, maka, semangat kesukanan saya tetap utk Pantai Timur...

gomo Kelate gomo deh!

kenapa bukan JDT?

sedara mara saya ramai di Johor sana, cukuplah sokongan mereka utk JDT...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 02, 2013

Dari Tanah Tinggi ke Istana Lama

Al salam alaykum

Kami ke YZ Agro Farm nak makan skon strawberi, sarapan pagi gitu. Cikgu Hanisah (kapalterbangkertasku.blogspot.com) dah order siap-siap. Alhamdulillah, sedapp! 


Ada jugak mee kari dan nasi lemak. Tapi, sambal nasi lemak tu, kami ingatkan sambal strawberi, sambal biasa je rupanya. 


Kami berpisah dgn semua ahli mendaki. Ahli GGK ada agenda lain. 

Jalan nak keluar dari Cameron Highlands jam jugak! Cuti sekolah punya penangan. 


Singgah beli teh utk familiku. Kali ni tak beli ole-ole utk anak sedara 3 org tu. lain kali ye Ciklong beli T-Shirt CH! 


Kami naik ke Batu Gajah, nak ke Kellie's Castle. Masa belajar kat Tronoh dulu tak berkesempatan nak melawat istana tak siap ni. 


Cuaca baik-baik saja. Org pun agak ramai. 


Istana ni kalau siap sepenuhnya dulu, mesti cantik kan?


Dan kami jumpa 5 pasangan pengantin nak buat wedding photo shoot. 


2 pengantin Cina, 2 pengantin Melayu, dan 1 pasangan India.


Elok je keluar dari Kellie's Castle, langit pun gelap. Marilah kita pulang. 

Dah melawat Istana, terus bedesop balik ke KL. Simpan perut (kenyang lagi sebenarnya) utk makan malam di Restoran Saba, Jelatek. 

Habis hari mingguku dalam edisi Jalan-jalan juga, makan jangan lupa! 

Eh!

Saturday, June 01, 2013

11.45 am

Al salam alaykum

Sampai jugak kami ke puncak Gunung Berembun. 

Aku tak naik Jasar sbb kaki yg seliuh dah mula sakit. 

6 org je naik Jasar. 

Takpe la.