...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, May 30, 2013

Episod terakhir

Al salam alaykum

Dah episod akhir pun rancangan Signs of The Hereafter. Sekejap je...

apa yg sempat aku coretkan ialah:

Kita dibangkitkan nanti sama keadaan semasa kita dimatikan

Adakah kita menunggang atau kita ditunggang?

Kita menunggang amal kebaikan ataupun amal kejahatan yg akan menunggang kita?

Orang yg beriman akan mati dulu sblm kiamat tiba. 

Apakah makna anda menyembah Allah?

Di dalam kubur, 3 soalan:
Siapa tuhan kamu
Apa agama kamu
Siapa nabi kamu

Dapat jawab, maka dilapangkan kubur dan diperlihatkan tempat di syurga. 

Tidak dapat jawab, diseksa dan ditunjukkan tempatnya di neraka

Sudahkah kita bersedia dgn jawapan ini apabila kembali kepada Allah?

Kita yg memilih utk jadikan kubur kita sebahagian taman syurga ataupun menjadikan ia neraka

Tiupan sangkakala kedua, semua dibangkitkan. Dan kita akan menerima buku catatan amalan kita di dunia. Dapat di sebelah kanan, insyaAllah selamatlah kita. 

Di sana nanti, semua makhluk hanya menyelamatkan diri sendiri. Kecuali Nabi Muhammad saw yg menghulurkan syafaat utk umat baginda

Solat:
Bersolatlah sebelum anda tidak mampu bersolat lagi

Taubat:
Bertaubatlah sebelum kita meninggalkan dunia atau sebelum matahari terbit di barat

Mereka yg bersabar akan mendapat ganjaran tanpa hukuman

Tamat

Semoga ada manfaat. 

Wednesday, May 29, 2013

seposen

al salam alaykum

tension laa...

layan butterfingers la!




I never again and again count it over 
Never again and again and again this 
Why?
Come on again and again on my power
And on the shame and my pain will i get this 
Why ?!!
It's so real!!
Fall in love again?
It's all we have to live
Whenever i'm unseen
I blame it on myself
All over again and again coming over
Never again and again and again this 
Why ?
Come on again and again on my power
And on the shame and my pain will i get this
Why??
It's so real!!!
Fall in love again ?
It's easier to be.....
Whenever i'm unseen 
I blame it on myself
Silky colored 
Will you love me ? [Suck!!]
Silky colored
Will you leave me ?
Silky colored 
Indecision [Go!!]
Silky colored
Cause i'm a patient...
Yaaaaa........heyyyyyyyyyyy
Fall in love again?
It's all we have to live ...
Whenever i'm unseen 
I blame it on my self X2
Nooooo!!!!!
Fall in love again ?
Fall in love again ?
Hmmmmmmmm.....




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 27, 2013

Berkumpul

al salam alaykum

Cuti hari Wesak, aku balik menumpang kereta Kakngah ke Kuantan...

Plan asal memenuhkan cuti 3 hari ialah, nak pergi lepak di Awana Kijal, main Jet Ski dan banana boat sepupu kami kat sana...

tapi last-last tukar rancangan...

Pa dgn Ma banyak sgt agenda kenduri kahwin... 

pilihan yg ada supaya kami tidak meninggalkan Kuantan ialah:
1. berkelah kat Panching - reject sbb Kakngah tanak masuk hutan, dan susah utk Abg Eri
2. Gambang Resort - reject, sbb tak boleh nak makan kat dalam... 
3. Pantai Balok - Abg Iman berbelah bagi, sbb dia malas nak jumpa air masin... puas katanya dok atas kapal bau air masin je...

Abang Iman yg dah turun kapal, ajak makan ikan bakar... dari sebelum naik kapal, sampai la turun kapal, cari ikan bakar? atas kapal ari tuh tak makan ikan bakar ke? lagi fresh dari laut masin kot...

makan ikan bakar, spt biasa la kat Tanjung Lumpur... hajat hati nak pekena ikan bakar kat kedai baru, tapi review dari blog cakap sgt teruk servisnya... jadinya, terus je la pergi kedai ikan bakar Kak Long... sbb tempat lain mmg penuh... ramai sgt org turun ke Kuantan ni! mmg dari dulu sampai skrg, itu je la port kitorg kalu tak dpt makan ikan bakar kat tempat lain... walaupun org tak ramai, tapi ikan bakar dia mmg sedap! org je tatau kot...

hari Sabtu, masak pagi-pagi, perap ayam... kami ke pantai Balok... sambil tunggu ayam siap bakar, aku bawak Ammar dan Adam main pantai dulu... Adam penakut bukan main! kalu Ammar, mmg hantu air... jangan la lepa, ke tengah je nnt tak pasal-pasal...

lepas siap makan, terus pergi De Rhu, nak main kolam... bayaran masuk utk kolam ni ialah RM 10.00 sorg, utk dewasa sahaja... Kolam kat De Rhu ni ok la jugak, besar dan utk kanak-kanak pun best... Kalau kat Indera Sempurna tu biasa je kolamnya...


yg tudung oren tu lupa diri, ada anak 2 org tp org lain kena jaga... ekekekeke

semua budak-budak kena main kat kolam dalam, termasuk la si Ayyan yg baru 5 bulan tu... Abang Ammar takpe, dia buli Adam, main pelampung Adam... yg heran si Adam... kat pantai takut air, kat sungai pun takut air... tapi dalam kolam suka bukan main... tanak guna pelampung... 

kalu Adam, letak je kat tepi kolam tu, tak sempat nak tahan, dia debush terjun kolam... dah tersedak masuk air dalam mulut pun, suka jugak dok ulang tayang aksi lompat dia tu... bahaya ni, kalau dia sorg-sorg main terjun tiruk masuk kolam dalam...

balik dari kolam, terus p kenduri kahwin... adoi!

Ahad, takde aktiviti, kecuali pa dgn ma pergi kenduri... dan petangnya kami pergi kebun... kutip buah jambu keling... sepokok terus gondol... tapi aku lupa nak amik plastik jambu atas meja... sedapnya wat colek dgn kicap! kemudian, pergi makan kat Warung Paksu dan Maksu... 

habis cuti 3 hari... Kakngah mmg cuti sekolah, suami dia amik cuti hari Isnin sbb nak cucuk Ayyan... Kakngah paksa aku amik cuti jugak, tapi aku mana ada cuti... Abg Eri "amik la unpaid leave" gaji kakakmu ini tak besar mana nak amik unpaid leave... huhuhuh...

insyaAllah, nnt kita pergi jalan-jalan lagi...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, May 24, 2013

Konvokesyen... :D

al salam alaykum

tak sangka, aku rezeki aku utk merasai konvokesyen...

kali ni Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil 2012, anjuran Masjid Negeri, Shah Alam, pada 23/05/2013... 

tahun lepas aku mengikuti kelas Talaqi Al-Quran Menengah 2...


Dewan Bawah Masjid


rakan sekelas...


Husna, ex-housemate aku...


Majlis bermula jam 9.00 malam... lain kali aku cadangkan pihak masjid buat hari Sabtu, dan pada waktu pagi... sbb kebanyakan pelajar tak datang disebabkan oleh majlis yg dibuat pada waktu malam... dan semasa majlis berlangsung, bila kami dah terima skrol masing-masing, kebanyakannya terus pulang... dan kerusi tinggal kosong... tak cantik kan tengok?


doakan aku, semoga lulus pada tahun ini utk kelas Talaqi Al-Quran Lanjutan, dan dapat konvo dan dapat bunga lili... eh?

sesungguhnya kejayaan  yg paling bermakna ialah apabila belajar dan mengajarkan... 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, May 22, 2013

5 tahun lagi.

Al salam alaykum

"Bapak" kami pos gambar kat IG dia kat ofis Dr Burn. 


Dan kami sibuk mengomen. 



Hehehehe. Ye, bila KJ naik jadi menteri, kami perasan muka "bapak" sama dgn KJ. Sempat dia berkejar ke ofis DrButn, sebelah je katanya. 

"Bapak" adalah schoolmate bahan. 

"Bapak" la bagi gelaran kat kami. "Kehelan" gelaran oleh "bapak" kpd aku. 

Am dapat "ampeh"
Izma dapat "cindu"
Ina dapat "telur"

Semasa "bapak" bertanding dlm pilihanraya MPDL, aku memilih utk tidak mengundi. Ada conflict of interest gitu. Hahaha. Calon favorite aku ialah bapak. Tapi aku berkempen utk calon lain. Jadinya, tidak mengundi adalah jalan paling "bijak". Ketiadaan 1 undi aku tidak menjejaskan keputusan. 

Eh. Termasuk bab mengundi pulak. 

Selamat maju jaya "bapak". 


Tuesday, May 21, 2013

Konvo 2014

Al salam alaykum

Saya nak pakai jubah ni tahun depan. 



Doakan saya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik pada malam ini. Dan seterusnya lulus cemerlang, dan dapat pakai jubah ini utk konvokesyen tahun depan. 

Walaupun ada yg berkata hanya kelas Talaqi Al-Quran lanjutan, ia penting bagi saya. 

Terima kasih utk doa sahabat-sahabat semua. 

Monday, May 20, 2013

Tak muat

Al salam alaykum

pergi kenduri akikah kawan aku, Kak Mard budak bahan...



"Kayyyyyy... ko kurusnya!"



haaa? berat (dah sebulan tak timbang... takuttt) skrg sama je masa zaman undergrad...


tak tengok lg aku tahun lepas yg berat sama zaman matriks 1999/2000...

ekekekeke



org yg jumpa aku lepas lebih kurang 10 tahun tak jumpa, cakap aku dah kurus...

aku tak lah gemuk pun 10 tahun lepas, tembam je skit...

figura gemuk tu menjelma 5 tahun lepas je...

dan 2 tahun lepas mula menguruskan diri semula macam zaman sweet 18...



tapi sebenarnya semalam semasa aku nak pakai jeans adik aku bagi, aku tak boleh pakai!
kalu ketat aku boleh terima lagi, tapi tak boleh sarung terus!

tahun lepas, aku boleh pakai dengan selesanya...

tidaakkkkk!!!!

sapa kata aku dah kurus???








kek coklat dimakan dengan aiskrim coklat, sangat sedappp ok!







:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, May 19, 2013

Janji Dicapati

Al salam alaykum

Tiba2 malam ni berborak dgn si pemberi janji. 

Dan tiba-tiba aku teringat konvo Talaqi Al-Quran aku Khamis ni. 

Dan tiba-tiba aku rasa nak tuntut janji. Janji bunga lili. 

Dan tiba-tiba, insyaAllah dia akan berada di Shah Alam Khamis ni. 

Tapi, lagi sekali. Janji tinggal janji. 

Konvo Ijazah Pertama
Konvo Ijazah Kedua
Konvo Talaqi Al-Quran. 

Nak tunggu konvo Ijazah Ketiga?

Kecewa, walaupun aku tidak sungguh berharap. Bila nak berhenti berharap sebetulnya?






Tuesday, May 14, 2013

HCM - 13/05/2013

al salam alaykum

Flight balik pukul 1.25 pm... so takde apa aktiviti... kemas mengemas... pukul 10.00 pagi dah check out dari hotel, menuju ke airport...


ikat kabel

masing-masing beg berbondong-bondong

selamat tinggal Saigon

Dalam flight dok diskas, apa yg nak makan lepas turun flight... hahahah... kami ke red wok di Bangi... 

kuew teow daging halia... sedap!

kemudian aku terus ke Semenyih, hantar barang adik aku... dan Ammar ingat aku datang nak jaga dia... Ciklong kerja la Ammar!

kasi pusing taman 1x

terima kasih Miza dan Bai!

dan jugak terima kasih kpd GGK yg lain... 

tak puas sebenarnya, sbb byk tempat kami tak sempat nak pusing... kami tak dapat ke Muzium Perang dan jugak tengok sunset di Harbour View...

Pengalaman yg best!
1. alami hiruk pikuk HCM dengan berjalan kaki ke mana saja... mmg best! 
2. kalau nak berkomunikasi, gunakan pen dan kertas... org Vietnam tak berapa pandai komunikasi dalam bahasa Inggeris... bahasa melayu pun tak banyak patah mana... yg boleh komunikasi dalam bahasa melayu ialah warga Melayu Champa...
3. kalau tujuan korang nak shopping, bawak RM je banyak-banyak, takyah tukar Dong... sbb bila convert ke Dong, harga yg RM 50 boleh jadi RM 53... exchange rate kat Malaysia mmg murah... tapi kat sana mahal...




Monday, May 13, 2013

HCM - 12/05/13

Al salam alaykum

Hari ni kami keluar awal. Pukul 5.30 pagi lebih kurang. Tiket kami ke Vungtao jam 6.45 pagi. Awal kan? Tapi cerah secerahnya dah masa ni. 


Kami nak cuba bersarapan di kedai Basiroh ni, tapi masih lagi tutup. Pukul berapa diorg meniaga sebenarnya? Kedai sebelahnya, tulis kat muka pintu mula pukul 5.30 pagi, tapi bila tanya apa pun tak siap lg. 

Pagi yg sunyi. Malam meriah. 


    Pagi di Pasar Ben Thanh. 

Kami terus amik teksi ke Port. 


Kira mmg awal la kat port tu. takpe, kita bergambar dulu. 

Feri bertolak tepat pukul 6.45 am. Ramai jugak yg nak ke Vungtao. Mungkin main golf, ke Christ Hill, bertaruh atau balik kampung. 

   Mcm jambatan Pulau Pinang. Menghubungkan HCM dan Vungtao. 


Kami sampai di Vungtao jam 8.00 pagi. Sejam suku je rupanya. Terus cari jalan ke Christ Hill. Dari stesen feri ke Christ Hill, jaraknya 3km. 


Kami berjalan separuh, kemudian naik teksi. Sbb nak daki tangga plak nanti. 


Pemandangan macam ni mmg banyak di Vietnam. Memang cara hidup diorg kot suka bersantai-santai di tepi jalan, di luar rumah, bangunan dan lain-lain. 


Kami mula mendaki Christ Hill. Orang tgk kami pun pelik. Tapi dari apa yg kami tahu, org sanggup panjat sampai ke patung tu nak tengok pemandangan yg sangat indah. Subhanallah. 

   Ni baru separuh pendakian. 

       Tinggi skit. 

     Buffalo Bay katanya. Aku dengar diorg bercerita dgn omputis. 

Aku dan Bai tak daki sampai habis pun. Miza terus sampai ke puncak. Kami duduk-duduk menikmati indahnya ciptaan Allah. 

       Korea, bila aku nak datang?

Kami turun dari bukit tu utk pulang ke HCM. Tiket feri dah beli siap-siap semalam. 

Sebenarnya kat Vungtao ni banyak resort. Selain dari tu, ada jugak kereta kabel. Tapi pada arah berlawanan. Vungtao ni macam baru dibangunkan. Sbb serba serbi nampak baru. Wayar telekom pun tak berselirat mana. 

Sampai kat stesen, Miza cuba nak tukar tiket ke jam 11.30 pagi. Tapi yg ada hanya jam 12.00 pm. Tiket kami 12.30 pm. Beza setengah jam je, tunggu je la. 

Nak isi masa lapang, kami lepak kat mesin urut Ogawa. Katanya free massage. Hahaha! Rupa-rupanya, sama je modus operandi mesin urut Hinano yg pernah aku kena kat Malaysia. Tapi ni kira ok la kot sbb jenama Ogawa. 

Kemudian, kami lepak kat tempat tunggu  feri. Mula-mula feri 12.00 pm. Kemudian ada pengumuman utk feri 12.15 pm. Ok, lagi 15 minit feri kami. Kemudian aku nampak dia tukar kat papan tanda dia feri jam 12.30 pm. Tapi pengumuman takde lg. tunggu lagi. 

Jam dah nak pukul 1.00. Miza ke kaunter utk bertanya. Geramnya! Mereka salahkan kami cakap kami lambat dan feri telah pun berlepas. Takde pun announcement! Takde pun nampak feri bergerak.

Nak tanak, kena la beli tiket feri baru. Lagi VND 250,000 seorang. Sedihnya!! Dah la muflis dah. Redha je la. Feri yg ini bergerak 1.30 pm. Nak tambah lagi tak bestnya, kami dapat tiket dengan nombor kerusi yg sama utk 3 penumpang. Waaahhh!! Dugaan betul. 


Ini feri yg ada buat pengumuman. Feri yg takde pengumuman tu namanya Vina Ekspress. 

Oleh sbb kelaparan, maklumlah pagi tak sempat makan apa, kami ke Dong Du Street. Kat sini banyak makanan halal. Kami pilih utk makan di Dnyonya. Harga pun boleh la tahan utk kami yg budget tinggal nyawa-nyawa ikan ni. 


Dan, memang sedap! Cuma segalanya manis. Tuannya manis kot. 


Jalan kaki tak sempat 50 langkah. Jumpa masjid. Katanya ini salah satu masjid tertua di Vietnam. 

  Ada sekolah juga

       Bahasa Melayu!

Plan asal kami ialah utk ke muzium, kemudian ke Harbour View nak tengok sunset. Tapinya, sbb terlepas feri, makan lambat, muzium pun dah nak tutup. Hasrat dibatalkan. 

     Kami bergambar dgn pakcik Korea kat sini. 

Dan, rancangan nak tengok sunset pun dibatalkan sbb hujan. Rasanya hari Jumaat je yg tak hujan petang. 

      Jumpa bunga raya. 

Kami balik ke hotel. Rehat sekejap. Dan keluar ke pasar malam. Bai nak beli barang skit lg katanya. 

Kami cari lagi pakcik Judika Bai tu. tapi tak jumpa. Anggapan Kami, dia tak meniaga. Masa aku masuk kedai mini, pakcik Judika tego aku. Uwwaaa! Kami cakap dua malam kami cari nak beli kain dgn dia, tapi dia takde. Dia cakap dia bukak lewat skit. Takpe, bukan rezeki dia. "InsyaAllah rezeki dia lain kali". 

Dalam banyak-banyak peniaga yg aku jumpa kat sini, Pakcik Judika bai ni yg ramah dan baik. Kemudian dalam Ben Thanh market, gerai no 371 dan 504. Tu je. Yg lain, mcm layan tanak layan je. 


Dan kami juga menikmati Pho terakhir. Duit cukup-cukup. Makan semangkuk je, kongsi berdua. Eleekeke

Esok balik Malaysia yeahhh!!!

Sunday, May 12, 2013

HCM - 11/05/13

Al salam alaykum

Hari ni kami gerak ke Cu Chi Tunnel jam 8 pagi.  


Dalam perjalanan singgah di Pusat Kraftangan Orang Kelainan Upaya.





Kraftangan yg dihasilkan berasaskan pasir, kulit telur dan kulit kerang-kerangan.

         

        Harga mahal la skit, tapi cantik. 



Kemudian, perjalanan diteruskan ke Cu Chi Tunnel. Kami sampai pada jam lebih kurang 10.30 pagi. 

            Lubang kecik je

Sejarah Cu Chi Tunnel, boleh la tanya pakcik Google.

         Jerangkap samar

        Dan lagi

           workshop


Kemudian kami dibawa ke lapang sasar utk merasai pengalaman menembak menggunakan M16 atau AK54. Harga sebiji peluru bermula kira-kira VND 30,000. 


Kemudian, kami berpeluang untuk merasai pengalaman merangkak dalam terowong. Tak dapat bayangkan bagaimana rakyat Vietnam dapat bertahan semasa zaman perang. 


Dah merangkak, dapatlah merasa ubi rebus. Tapinya, ubi dia tak berapa nak empuk. 

                Jenis-jenis bom. 


Selepas Cu Chi Tunnel, kami ke Saigon Port utk membeli tiket feri ke Vungtao keesokan harinya. Harga VND 250,000 sehala. Harga ini adalah utk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Hari biasa VND 200,000. 

Kemudian, singgah kat kedai makan Hajah Basiroh. Lapar!! Makan nasi lauk telur kicap dengan sayur kacang buncis, nikmatnya. Walaupun mahal, pejam mata je la. 

Aku dan Bai berpisah dengan Miza. Miza berjalan-jalan dgn kawannya. Aku dan Bai ke Ben Thanh Market lg sekali. 

Mencari baju kurung tambahan utk adik aku. Dan kain pasang utk Bai. 

Kemudian, pergi ke Saigon Square. Nak tengok apa ada. 


Memang rata-rata semua barang berjenama pada harga sangat murah! Walaupun sepanjang berada di Ho Chi Minh banyak aku tengok kedai-kedai berjenama yg original, tetapi kosong je. Takde pelanggan pun. Sebabnya, dapat harga lg murah di Saigon Square.

Bai dapat la rembat sehelai jaket 2 in 1. Utk daki Kinabalu katanya. 

Kami pusing sekejap, kemudian balik ke hotel utk tidur. Sbb esoknya kena bangun pagi-pagi ke Vungtao plak, dan petangnya ke Harbour View utk melihat matahari terbenam. 

Bersambung, insyaAllah.