...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, April 30, 2013

Habis!

al salam alaykum

belum berkesempatan ke PBAKL 13... sepatutnya mmg aku tanak pergi, tapi sbb nak dapatkan Hlovatinta, aku pejam mata jugak untuk cuba pergi pagi esok! tapi nampak gayanya mmg aku tak pergi la...

adik aku pergi dua kali, aku kirim kat dia... tapi dia tak sanggup nak masuk gerai Jemari Seni... terlalu padat! padat sepadatnya, katanya lah!

dan sekarang, Hlovatinta dah habis!



aku sedih! kemungkinan tidak akan diulang cetak!

sedih berganda lagi!


tarik nafas... lepas... tarik nafas... lepas... tarik nafas... lepas...


sapa sempat beli Hlovatinta? saya nak pinjam...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, April 27, 2013

Sampai Puncak

Al salam alaykum

2011, kami hanya sampai ke Kem Lolo melalui Pangsun, Hulu Langat.

Aku pikir, mungkin hanya itu yg terakhir.

Alhamdulillah, aku sampai jugak ke Puncak Nuang, tapi ikut Janda Baik.

Sepatutnya pada hari ini, kami berkumpul di USM. Tetapi, kami memilih utk perkumpulan mini di Puncak Nuang.

Mejar Bala: tak perlu laju-laju. Ambil masa sendiri. Lain la kat atas sana ada RM 10,000 menanti.





















Thursday, April 25, 2013

Repost

Al salam alaykum

Walau di mana kita berada, kita tetap merenung bulan yg sama...

Kan?

di mana & sesiapa pun kita... sdg jasad bermandikan matahari & bulan yg sama, sempadan geografi tidak ubah sekadar garisan bengkang bengkok yg menghiasai peta dunia...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, April 24, 2013

Jowo

Al salam alaykum

Masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu pelik bila tengok ayah aku makan mee goreng ke, maggi ke, mihun ke dengan nasi.

Kompius. Mana ada org makan nasi dengan mee.

Bila balik kampung di Gelang Patah, sarapan pagi kadang-kadang ada nasi putih berbungkus sekali dengan mee, sambal serunding, sambal tempe dan ikan masin. Aku makan semua kecuali mee. Aku bagi kat ayah aku.

Dan, bila aku duduk di Shah Alam, baru aku tau itu namanya Nasi Ambang. Warisan jawa katanya. Tapi, kalau aku beli nasi ambang kat pasar malam Shah Alam tu, aku mmg tak mintak mee tu. aku mintak lebihkan sambal serunding. Dah jadi macam nasi kerabu plak.

Tapi sekarang macam dah susah nak mintak asingkan mee sbbnya yg aku jumpa semua dah siap berbungkus. Kesian plak nak mintak buangkan mee. Membazir amalan syaitooon. Makan je la sampai licin.

Bila ke Tanah Jawa, namanya Nasi Rames. Cemana datang Malaysia jadi Nasi Ambang?

Dan, oleh sbb ayah aku asalnya Johor, dan aku plak skrg mcm dah suka sangat dengan Nasi Ambang, Mee Jawa, Lontong Jawa, macam dah kompius, ada darah jawa ke kami ni?

Sepupu-sepupu aku yg kat Johor yg memang ayah diorg jawa pun tak berapa makan kot nasi ambang.

Kami keturunan Melayu-Arab katanya.

Heh?

Aku jawa sesat ye?

P/s gambo takde. Sbb nnt kang esok bukak blog terliur plak tgk gambo nasi.

Tuesday, April 23, 2013

#CintaJanganPergi

al salam alaykum

Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana

Mengapa kita
masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu bertemu saat
Kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang

Reff:
Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu

Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku

Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana

Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang

Back to Reff:

Aku merindukanmu
Setengah mati merindu

Aku merindukanmu
Aku tetap menunggumu

Menunggumu
Menunggumu
Aku tetap menunggumu




p/s: Lepaskan aje kan?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, April 22, 2013

Kemalangan

al salam alaykum

kemalangan...


pemilik motor ni kawan aku kat kampeni dulu... skrg dia pun dah pindah kampeni baru... kemalangan isnin minggu lepas di NKVE... cemana kemalangan? dia sendiri pun tak tau... yg dia ingat ada lori dan kereta... moto dia hancur...

pagi tadi operation... banyak patah... patah tangan, di tulang atas bahu dan juga tulang rusuk... aku pergi melawat Sabtu hari tu, dia dan isterinya "jom kita gi makan, lapar" yg patah lain, tapi selera tak patah... 

semoga cepat sembuh!


yg ini pula, seorang sahabat... kemalangan malam tadi... dirempuh kenderaan lain... kereta sahabat dipandu oleh kawan sahabat... kereta bau kedai... nak gerah, tak diduga... alhamdulillah, ketiga-tiganya selamat tanpa kecederaan... trauma mungkin! aku pun mendengarnya trauma...

dugaan dan ujian utk kita di dunia...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 19, 2013

Novel

Al salam alaykum

Borak-borak di group whatsapp, mcm-mcm cerita.

Yg paling best:
1. Korea
2. Kerja
3. Novel

Dan malam ni kami berkisah pasal novel je. Novel-novel lama zaman kami sekolah rendah dan menengah. Pada masa tu novel terbitan DBP dan Utusan Publication yg jadi pilihan. Dan juga Creative Enterprise.

Dan, sebenarnya aku dah nekad dan tekad, tidak akan aku jejak Pesta Buku Antarabangsa KL kali ni. Sbb peruntukan bulanan utk membeli buku setiap bulan, telah aku habiskan utk 10 bulan di Pesta Buku Februari lalu.

Aku membayar ansuran tiap-tiap bulan kpd kad kredit utk buku-buku yg aku beli tu!

Dan, bila borak-borak dgn Ilah pasal novel lama, membuatkan aku terasa nak jejak PBAKL utk ke booth DBP dan Creative Enterprise. Mencari novel-novel lama.

Agaknya, ada tak ye?

Seminggu lagi utk mencari dana ke Pesta Buku!




Wednesday, April 17, 2013

Daftar

al salam alaykum

aku ada dua org kawan... yg tak pernah mendaftar sebagai pemilih...

dan, saja buat semakan kat website SPR, hairan, nama mereka tersenarai...

mungkin, famili korg tolong daftarkan kot?

walaupun sebenarnya tak mungkin dapat didaftarkan oleh orang lain...


takper la...

walaupun korang tak pernah berdaftar, dan sekarang nama korang mmg ada dalam daftar pemilih, ada hikmahnya...

pergilah mengundi!

tak rugi pun...


bukan utk siapa-siapa pun undi tu...
untuk diri kita, utk keluarga kita, utk bangsa kita, utk negara kita, dan untuk agama kita!


keluarlah mengundi!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, April 16, 2013

Sukarela

Al salam alaykum

Kadang-kadang hairan jugak, kita datang belajar, ada ustaz di depan. Tetapi kebanyakan dari kita, bila dengar kesalahan bacaan org lain, tak sempat ustaz nak tego, ramai yg sukarela utk menego.

Ustaz pun cakap "masa kawan baca, cepat je nampak kesalahan, masa kita sendiri baca, tak sedar pun ye?"

Peperiksaan bermula pada minggu 13 Mei 2013. Kelas aku akan mula 14 Mei 2013. Nak bawak buku ke nanti?



Monday, April 15, 2013

Rumah Biru di Kampung Baru

Al salam alaykum

Sambungan semalam.

Lepas googled, katanya kat Jalan Sheikh Mahadi. Tengok dalam blog Kak Dr. Singa, kat Jalan Raja Mahadi...

Bergeraklah kami mencari Jalan Sheikh Mahadi. Tapi masih tak nampak jumpa pun Rumah Biru. Sambil2 tgk landmark KLCC dan Ambank tu.

Kemudian, kami ke Jalan Raja Mahadi. Rumah hijau tu je yg nampak. Tapi mcm tak menarik minat nak amik gambar.

Nurul dan Fadd ada hal, diorang balik dulu.

Kami meneruskan pencarian. Alang-alang dah sampai Kampung Baru katanya.

Bertanya orang di perjalanan. Ada yg tahu, ada yg tak tahu. Huzz siap tunjuk gambar lagi ye?

Last-last, buat mesyuarat tingkap kereta, kami called Julie utk dapatkan no telefon Kak Suzilawa.

Dan jugak, aku nampak kak Dr. Singa uploaded gambar kat IG, aku tinggalkan komen kat situ.



Sori kak Sue, kaco time kak Sue ada kelas.


Dan, kami dapat balasan dari Kak Dr. Singa dan Kak Suzilawa dgn pantas. Siap dapat peta!

Terima kasih Julie! Terima kasih Kak Suzilawa dan kak Dr. Singa berdua!


Jumpa Jalan Salleh, kompius nak belok kiri atau kanan. Amik kiri dulu, terus jumpa flat. Pusing semula, masuk kanan, dan jumpa seorg kakak. Kat mana kak rumah biru tu?

"Oo rumah yg selalu shooting ye? Depan sikit sebelah kiri" sila baca dalam nada Indonesia.


Sampai lah kami ke Rumah Biru dgn selamatnya. Jenguk-jenguk, lampu terpasang, radio terpasang. Bagi salam dua tiga kali takde org jawab. Aku ke belakang, bagi salam lagi, "Macam takde org je"




Mamalong

Dan, Mamalong menjenguk dari belakang rumah. Dah mintak izin nak amik gambar, Mamalong ajak naik rumah, borak-borak dan minum-minum. Terasanya menyusahkan! Dah la main terjah tanpa apa2 informasi. Borak-borak macam banyak je tau Rumah Biru ni kuar dalam cerita apa.

ruang tamu

Mamalong memang peramah. Lepas satu cerita, satu cerita. Pengalaman hidupnya selama 55 tahun di muka bumi Allah ni. Pengalaman kerja, pengalaman dengan pihak produksi dan macam-macam lagi. Banyak kalu nak cerita kat sini. Seronok!


Sesi borak-borak

Rumah Biru ni, mmg warnanya biru dari zaman moyang Mamalong. Sekarang Mamalong menjaganya, di samping ibunya yg berusia 80an. Semasa borak-borak, ibu Mamalong terjaga utk ke tandas. Masih lg sihat utk bergerak tanpa bantuan.



Biskut kapit jam nanas yg sedap!


tak perasan peta yg kak Sue bg tu mmg ada no 36!


langit tak membiru...





Sesudah azan Zuhur, kami minta diri utk beransur pulang. Dgn janji, nak datang lagi. Sbbnya, kamera Athirah dalam beg Nurul. Jadinya, dia tak puas hati tak dapat nak amik gambar banyak-banyak. InsyaAllah, kita jumpa lg Mamalong.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, April 14, 2013

Naik bukit katanya

Al salam alaykum

Jam 7.00 am, dah terpacak depan KDE. Kali ni cik Organizer lambat. Hahahahaaha.

Naik bukit kat Taman Tar. Nurul cakap leisure je ni, sejam sampai la puncak.

Baru 10 minit, aku dah mengah. Tu la, makan byk lg, pastu dah la malas nak round taman setiawangsa skrg ni. Gitulah jadinya. Skit je dh mengah!

Tapi sbb tiba-tiba nak upah bg makan nasi lemak, semangat plak.

Tapi, pendakian kami tak sampai ke puncak. Hujan lebat mencurah-curah. Kami pusing balik, sbb nak teruskan perjalanan mcm tak berapa praktikal plak. Sbb kat atas takde tempat nak berteduh. Biasanya ada je payung dan baju hujan dlm beg, kali ni takde plak. Harap Bai sorg je yg bawak baju hujan.

GGK ni kan sinonim dgn makan-makan. Oleh itu, kami ke Kg Baru, nak makan lontong yg glamer tu. Ramai jugak beratur.

Tapi, lontong mmg sedapp! Alhamdulillah.

Tiba-tiba,

Eh korg tgk tak blog kak sue baru2 ni? Pasal rumah biru yg masuk filem sokmo tu. Jom kita cari.

Huz: a ah, aku baca dlm blog Wak Gelas.

Google punya google...

Esok je la sambung cite!

Wassalam


















Saturday, April 13, 2013

OME

Al salam alaykum

Oh my english!

Sampai bungkusan berdaftar tadi, dapat kabel USB. Bila masa plak aku order?

Cek balik link bawah ni,

https://www.livingsocial.com/shopmobile/products/17913

Aku salah order rupanya. Nak order adapter, tapi p order kabel USB.

Oh my english!!


Tapi ok jugak, boleh bawak jalan-jalan dengan bank kuasa.

Adapter yg rosak tu aku p kedai letrik, tukar fius. Tapi yg mcm aku rasa lawak skit, uncle tu pun mcm takut-takut nak test adapter tu. Berhati-hati mungkin.

Ok, adapter dah sihat, kabel USB dah ada, bank kuasa dah ada. Seterika mini je aku tak jumpa lg.





Thursday, April 11, 2013

Undi

al salam alaykum



"Awak, jangan lupa undi saya tau!" #PRU13




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, April 10, 2013

Tarikh

al salam alaykum

PRU 13 dah diumumkan... 5 Mei 2013... hari Ahad plak tu... 

kalau BN @ PR menang, Isnin tu cuti khas @ cuti umum tak? kalau cuti, bila nak umumkan? senang kot boleh berlibur-libur dan berehat-rehat dulu kat Kuantan...

dan, oleh sbb PRU 5 Mei, agenda nak bertandang ke rumah Edd secara beramai-ramai 3 buah kereta ke Melaka terpaksa ditangguhkan... Edd tak bagi kata putus lagi, bila tarikhnya... 

dan jugak, agenda ke Utara melawat USM tercinta pada akhir bulan ni jugak terpaksa ditangguhkan... Yanchor tiba2 kena pergi Bintulu... sbb dia jadi ketua nakhoda, takkan kami nak berjalan tanpa beliau kan? 

agenda ditangguhkan plak ke 18 & 19 Mei... tetapi kena ikut majoriti jugak, kang Edd bagi tarikh ke rumah dia 18 & 19 Mei, agenda ke USM tangguh lagi laa... silap2 masa budak baru daftar masuk... naya je kena halau ngn pakgad...

tarikh peperiksaan utk kelas Talaqi Al-Quran Lanjutan juga mungkin pada 13/05/2013 - 31/05/2013...

padat jugak ni agenda bulan Mei...


kita hanya mampu merancang, tapi sebaik-baik perancangan, adalah datangnya dari Allah Yang Maha Penentu...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, April 09, 2013

membesar-besarkan

al salam alaykum



ex·ag·ger·ate  

/igˈzajəˌrāt/
Verb
  1. Represent (something) as being larger, greater, better, or worse than it really is.
  2. Enlarged or altered beyond normal or due proportions.
Synonyms
overstate - magnify - overdo - overdraw - aggrandize



sumber: Google



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, April 08, 2013

Babysitter

al salam alaykum

Sabtu lepas, aku jadi babysitter anak2 adik aku ni... adik aku ada mesyuarat PIBG, suami dia plak kena kerja Sabtu, dan taska budak-budak ni tutup pada Sabtu pertama...

lepas kelas Jumaat malam, aku terus ke Semenyih, sampai jam 12.00 am... 

"yeaaa Cikyong datang! Cikyong, esok Cikyong jangan gi keje eh! Ibu gi keje, abah gi keje... Cikyong jaga Ammar eh"

aduhai! sedih perasaan...

ok, esok kita gi taman eh!

pagi-pagi, sesudah aku solat Subuh, Ammar ketuk pintu... 

awal Ammar bangun?

"Cikyong, jom kita gi taman"

lepas adik aku pesan macam-macam, susu kena panaskan skit skit, kena habis dalam masa sejam... bal bla bla bla lagi... bermulalah tugas aku menjaga 2 beradik ni... sorg 4 tahun, sorg lagi 4 bulan... 

yg 4 tahun tu aku dh mmg hafal dah pe'el dan helah dia, tapi sejak ada adik ni, pe'el macam-macam...

Ayyan plak, aku kena pahamkan laa... baru 4 bulan katakan! tapi yg mmg aku pasti, kalau nak apa-apa, tak dan dan! kalau dia merengek, pertamanya, kena agah dulu, sbb dia nak main... kalau tak jalan jugak, bagi susu... tapi bagi susu pun tanak, tengok pampers... kalau pampers ok, dan nangis lagi, sila dukung dan bawak jalan-jalan... kalu dah berjalan-jalan tawaf dari dapur ke ruang tamu luar rumah dan ulangan 2 3 kali, masih lagi merengek, tepuk tepuk dalam keadaan berdiri, dan kiraan 1 2 3, ok, dah pun lelap...

Ayyan oo Ayyan....

7.30 pagi, sunyi sepi je, ada Ammar, Ayyan dan Ciklongnya di taman...


dah siap mandi... 

lepas siap je tidurkan Ayyan kat bilik atas, abang Ammar tido depan tv, Ciklong kelaparan... pergi dapur masak nasi... tengok ada sardin setin... sedap kalu lawan dgn telur dadar... bukak peti, telur sebiji je... terus padam semangat nak masak lauk... Kakngah tepon, aku pesan dia beli lauk je, sbb nasi aku dh masak... tapi sebenanrya, nasi tak masak-masak, periuk nasi ada problem... adoi laa! mujur semua kedai tutup, lauk pun tak dibeli, pergi beli kfc drive thru je laa... nama je pekan Semenyih ni, semua fast food ada! eh, tapi Dominos takde...

upah jaga Ammar dan Ayyan, makan kat Cibiuk... best! lapar sgt takde aku amik gambar set nasi Bakar... nasi tu digulung dengan cili, pastu dibakar... harum!


Ahad, ingat nak balik awal, dan singgah Balakong jap... tapi sbb lama aku tak jalan-jalan kat Megamall. aku ikut diorg p megamall... 

Ammar siap tahan aku, "Cikyong, esok Cikyong jaga Ammar lagi eh, takyah gi kerja la..."

Ammar bayar gaji Ciklong boleh? Ciklong nak bayar kereta, rumah, kad kredit bla bla bla bla... 

Ammar senyap kejap, dan sambung, "Ammar takde duit nak bagi Cikyong" 

sayunya...


cemana keadaan nanti kalu aku berkahwin, ada anak sendiri, dan anak aku dah besar dan petah macam Ammar... mana yg aku nak pilih? Keluarga @ kerjaya duit?


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, April 07, 2013

Sambutlah Tanganku Kawan!

Kertas putih salju
Ku coretkan kedukaanku
Hitam dan kelabu
Adalah warna dalam hidupku

Kejutkanlah aku kawan
Aku sedang bermimpi
Kejutkanlah aku
Yang sengsara dalam mimpi

Gementar kakiku
Meniti titian usang
Berdegup jantungku
Apakah dapat ku ke seberang

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Jurangnya sangat mengerikan
Ramai yang telah kecundang
Dia sedang menunggu
Untuk memimpinku
Di seberang sana
Adanya cahaya

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Friday, April 05, 2013

Signs of the Hereafter, episod 1

al salam alaykum


sedikit perkongsian dan peringatan utk diri aku sendiri dan juga kawan-kawan pembaca blog saya...



petikan rancangan Signs of The Hereafter, kat TV9, 10.00 malam tadi... oleh Sheikh Alaa El Sayed


tentang kematian dan hari kebangkitan...




Apakah kita gembira utk bertemu dgn Allah? Adakah kita sudah bersedia bertemu Allah?




Adakah kita spt seorang pelarian, yg takut, yg malu utk berjumpa dgn keluarga @ majikan kita sbb byk sangat kesalahan?

Ataupun adakah kita spt pengembara? Yg mengembara mencari kehidupan, meninggalkan yang tersayang... dan tidak sabar utk pulang utk menemui mereka? Setelah sekian lama menanggung rindu?

Yang mana satu kita?



Taubat... jumhur ulama menggariskan 3 jalan utk bertaubat:

1. berhenti melakukan kesalahan dan dosa, dan tidak mengulangi kesalahan
2. menyesal bersungguh-sungguh utk tidak mengulangi kesalahan
3. jika berdosa dgn Allah, memohon ampun kepada Allah

jika melakukan kesalahan dgn manusia, pulangkan hak itu kpd org yg kita buat salah...


segala kebaikan dan pahala yg kita kumpul di dunia ini, jangan dibiarkan berkurangan di hari pengadilan nanti, kerana terpaksa dibahagikan kpd mereka yg pernah kita cabuli haknya...



banyak lagi sebenarnya... tapi biarlah sedikit ini mendatangkan kebaikan utk kita...


semoga bermanfaat utk semua...




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 04, 2013

Senyum Boleh Beli

Al salam alaykum

balik Kuantan minggu lepas, beli kek Secret Recipe, Moksu nak makan sambut hari lahir utk hari lahir ke 14 dia pada 25/03/2013... Adam plak 04/04/2013, sekali harung la kan...

tapinya, Ciklong dan Mokngoh pun sama, nak makan Secret Recipe jugak, kami beli kek sepotong-potong bagi cukup sebiji kek...

ni Moksu yg nak makan ke, kakak-kakak dia yg nak makan?



kek bestday utk Moksu & Adam... eh, Ammar pun nak join sekali?


bestday boy!

Bestday Moksu dan Adam, tapi Ammar nak tiup dulu... pastu kena tego, merajuk masuk bilik... hahahaha... kuat merajuk betul, macam ibu dia...



hadiah utk budak botak yg senyumnya boleh dibeli...

hadiah sama je dgn Abg Ammar masa umur dia setahun... tapi abang Ammar kaler hijau... si kodok ngorok rokotok-rokotok...

utk Moksu, dapat kasut sepasang...

Selamat hari lahir Khalis Adam Faiz bin Khairi yg pertama... Ciklong doakan Adam cepat membesar sehat bagai johan, menjadi cerdik pandai dalam semua bidang, terutama sekali bidang agama, menjadi seorang anak dan pemimpin yg soleh dan amanah kpd diri sendiri, papa dan mami, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara, dunia juga akhirat... aamiin...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Wednesday, April 03, 2013

uishhh

al salam alaykum

akhirnya, parlimen dibubarkan... menunggu tarikh pilihanraya plak...
jgn la kempen lama-lama, aku nak berjalan-jalan akhir bulan 4 ni... awal bulan 5 juga...

utk acara jalan-jalan awal bulan 5, mendengar pengalaman org lain yg baru balik dari sana, nampaknya macam kena ikat perut je bulan ni... huhuhu...

kena ikat perut, kena ikat perut...
kena ikat perut, kena ikat perut...

uisshhhh!!




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::