...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, March 29, 2013

Alang Rebus Tak Empuk

al salam alaykum

masa baca prolog, ok, aku suka...
masuk bab 1... ala, kisah budak U rupanya!

2 hari jugak terbiar kat tepi bantal aku...

kemudian semalam, lepas tengok tv, nak tido mata tak mengantuk lagi, aku pun sambung baca novel ni laa... ye pun kalu tak berapa nak sedap, dah beli, kena la baca kan?


Photo: Habis jgk baca kisah gadis yg sangat sederhana. #JSAdiwarna

tapi, lepas satu bab, masuk bab seterusnya, aku makin suka... makin jatuh hati... setiap bab ada je buat aku gelak, buat aku sengih sorang...

tambahan plak lagi, perincian tentang watak Nurul Shifa, seorang gadis, seorang pelajar yg sederhana perwatakannya, yg sederhana perawakannya... digmabarkan sebagai seorg yg berkulit gelap spt Cheryl Samad (tapi bg aku Cheryl Samad cantik)... di kulit muka penuh dgn jerawat... kecil molek... dan jatuh hati kpd Ziyad Hafni yg hensem, seorang jejaka yg memilih paras rupa... 

utk menyelamatkan keadaan, Ziyad hanya menghulurkan salam persahabatan sbg teman tapi mesra, tapi makin hari makin pelik pulak tingkahnya... pengakhirannya, mmg la mereka bersama kan?

sbb aku boleh berjaga sampai pukul 2 pagi, sayang nak tido nak tinggalkan novel ni, maknanya sudah tentulah novel ni best! 

dan aku sendiri bawak diri aku yg tua ni, utk bersama mereka, watak dalam lingkungan 20an... zaman universiti kan? bukan susah pun... 

lagipun, aku sendiri pun macam Nurul Shifa la jugak, gelap mmg gelap, ada jerawat juga, cuma aku berkerangka besar, Shifa kecil molek orangnya, aku pengasar, Shifa manis dan lembut orangnya... dan sbb disamakan Shifa dgn Cheryl Samad, maknanya Shifa pun cantik, aku tidak la, jauh panggang dari pulut panggang...  

minat org yg hensem, tp Shifa dapat la jugak jadi kawan baik, aku? nan ado! Shifa adalah berani jugak simpan no telefon org yg dia suka, aku mmg tak berani nak mintak, apatah lagi nak simpan...

korang nak baca, boleh baca baba awal di JS Adiwarna... klik link di bawah...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 28, 2013

Bersama-sama

al salam alaykum







:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::









Wednesday, March 27, 2013

Kenangan Bergambar

al salam alaykum

tengahari tadi, Idah sms aku, tanya aku ada simpan tak gambar-gambar anak dia, Irsyad dari kecik sampai la sekarang...

rupanya rumah dia kena pecah masuk, laptop dan ipad kena kebas, barang-barang kemas dan mcm2 lagi laa...

walaupun ada pos pengawal dan pengawal bertugas, tetap org boleh pecah masuk jugak! kena waspada sentiasa...

mujur lagi masa aku menggodek laptop aku hari tu, aku simpan lagi gambar Irsyad yg baru berusia sehari... cuma video dia je dah takde...

Irsyad sehari (gambar dalam blog ni)

dlm FB aku, ada album utk Faris Irsyad... istimewa sungguh  ye dia!


mmg rezeki dia ada lagi...



Irsyad dah tua, asyik buli Ammar je yek!

dan, aku pikir aku pun dah kena pilih gambar utk dicetak... yg terakhir aku cetak ialah gambar tahun 2010... tahun 2011 belum, tahun 2012 pun belum... banyaknya! berkira-kira nak buat photobook, tapi aku tak kreatif nak susun gambar... pastu semua nak masukkan, bila semua nak dimasukkan, gambo kecik-kecik je laa... tak best! aku kalau ada 100 gambar, semua pun nak print... ish!

gambar Ammar Darwisy pun aku tak pernah cetak lagi...

Ammar dalam pantang


Fotokem ada buat diskaun lagi tak utk cetak gambar ye?



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 26, 2013

Lee Soo Haa

al salam alaykum

dalam 2 tahun lepas, aku beli Cik Putih aku kat Maxis Centre... lepas beberapa jam pakai, aku rasa nak jual je...

tapi rasa tu sekejap je laa...

kemudian rasa nak campak semula sbb takleh nak guna mp3 utk nada dering... 

tepon jenama Epal ni mmg sombong betul! geram je perasaan!

aku cuba muat turun beberapa aplikasi percuma utk create ringtone sendiri ni... boleh mmg boleh... tapi, masih jugak kena guna Itune... takde Itune, apa menda pun tak jadi... 

tak puas hati jugak, tanya pakcik google... memang apa kemenda pun, mmg kena guna Itune... boleh jugak nak create dari lagu mp3 kat PC, tapi renyah serenyahnya la... boleh refer kat sini:


oleh sbb renyah, aku mmg buat banyak-banyak terus... puas hati kan? Itulah Sayang ada, Chemistry Between Us ada, Faculties of the Mind ada, Terukir di Bintang ada... Ya Rasulullah ada, Ya Maulai pun ada... Tapi Bagaimana pun ada... pendek kata, macam-macam la ada... 

dan semalam, tiba-tiba nak tukar ringtone lagu Korea... teringat zaman pakai Sony Ericsson, aku guna ringtone Lee Soo Haa, dalam cite Hello, My Lady! kalau tepon aku bunyi je, org putih sebelah aku mesti geleng-geleng kepala... 

aku pun menggodek laptop aku cari ringtone ni, takde langsung! byk ringtone (mp3 pendek-pendek) Full House je... mujur jumpa kat internet semula... terima kasih ye sbb kongsi lagu ni!

dan, skrg, dalam Cik Putih aku ada ringtone baru... yeahhhhh! semua ringtone zaman Sony Erricson ada dalam Cik Putih... dan sekarang, set default Lee Soo Haa punya ringtone laa... 

tapinya, bukannya ada org call pun... kalu ada org call, saja je bagi bunyi lama-lama skit... puas hati skit nak mendengar... 

sila la tepon saya kerap skit ye!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 25, 2013

More than Blue

al salam alaykum

sejak pindah dok KL, takde astro, cite korea pun takde nak tgk sangat...

layan pun Marry Me Mary kat 8tv setiap sabtu malam Ahad... walaupun dh tengok banyak kali tapi masih nak tengok lagi!

kat tv9, Chamsarang, cite I Miss You skrg... aku malas nak tgk, sbb hari selasa tak dapat tgk, ada kelas mengaji...

kalu kat 8tv, Isnin - Jumaat, cite Korea alih bahasa Mandarin, tak best nak mendengarnya...

semalam, tengok Saraghae kat tv9, tajuk cerita ialah More Than Blue...

tepat jam 12.00 tengah malam, aku dah nangis teresak-esak... sedih betul citer tu!



Lagu tajuk No One Else, nyanyian Lee Seung Chul pun sedih... uwwaaa!!!



Romanization:
cheonbeonigo dasi taeeonandedo
geureon saram tto eobseultejyo eum~
seulpeun nae sarmeul ttatteutage
haejul cham gomaun saramimnida

geureon geudaereul wihaeseo naui simjangjjeumiya
eolmadeun apado joheunde
sarangiran geu mareun motaedo
meongoseseo ireoke baraman
boado modeungeol julsu isseoseo
saranghalsu isseoseo nan seulpeodo haengbokhamnida
 na taeeona cheoeum gaseum
tteollineun ireon sarang tto
eobseultejyo mollae gamchwodun
oraen gieoksoge dan hanaui sarangimnida
geureon geudaereul wihaeseo apeun nunmuljjeumiya
eolmadeun chameulsu inneunde sarangiran
geu mareun motaedo meongoseseo ireoke baraman
boado modeungeol julsu isseoseo
saranghalsu isseoseo nan seulpeodo haengbokhamnida
amugeotdo baraji anhado
geudae useojundamyeon nan haengbokhaltende
sarangeun juneungeonikka geujeo
juneungeonikka nan seulpeodo haengbokhamnida

 Translation:
even if i'm reborn a thousand more times
there wouldn't be another person like you Mm~
the person who would warm up my sad life
i'm grateful for that person for that person,
my heart could hurt indefinitely
even if i can't tell that i love you,
 the fact that I'm able to look at you from a distance,
give you everything and love you
even if i'm sad, i'm happy
 there is no other love in the world
that would make my chest
shake with anticipation like this
my one love that i've hidden so far
within my memories for a person like you,
i could endure painful tears indefinitely
even if i can't tell that i love you,
the fact that I'm able to look at you from a distance,
give you everything and love you even if i'm sad,
i'm happy I don't want anything else except your laughter. with it,
I'll be happy because love is all about giving,
just about giving so even if i'm sad, i'm happy


aku suka tengok cite yg wajah hero, heroin dia setara je dengan pelakon tambahan yg lain... baru la betul-betul Korea kan?


bila nak gi Korea ni?


 :::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, March 24, 2013

Rajin

Al salam alaykum

Bila malas nak keluar rumah, rajin la pulak:

Menggodek laptop yg dulu sakit, skrg dah sembuh. Tolong jangan sakit lagi!

Bila sibuk menggodek, gelak-gelak tgk harta karun, pastu rajin plak nak compose ringtone baru utk Cik Putih Epal saya ni, mulut mmg rasa nak makan je.

Kek Coklat Lembap Harissa dengan aiskrim coklat Nestle

Dan jugak Kek Baldu Merah yg saya sangat sayang nak makan! Tapi kena makan, tanak zalim pd diri saya dan kek itu!

Itulah, bila duduk terperap dlm bilik, mmg rajin la segala-galanya

Rajin makan
Rajin tido
Rajin la lemak-lemak itu berternak kan?








Friday, March 22, 2013

Fikir-fikirkan

al salam alaykum

saya salin dari FB Kak Jehan Bakar...

Syair Imam Ali. A good read. Jawab soalan di baris akhir itu...

Aku khuatir dengan suatu masa yang rodanya dapat menggilis keimanan
Keyakinan tinggal pemikiran, yang tak berbekas dalam perbuatan

Banyak orang baik tapi tidak berakal,
Ada orang berakal tapi tidak beriman.


Ada lidah fasih tapi berhati lalai,
Ada yang khusuk tapi sibuk dalan kesendirian.


Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis
Ada ahli maksiat tapi bagai sufi


Ada yang banyak tertawa tapi hatinya berkarat,
Ada yang banyak menangis tapi kufur nikmat


Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat,

Ada yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut (masam muka)

Ada yang berlisan bijak namun tak memberi tauladan,
Ada pezina yang tampil menjadi figur (ikutan)


Ada yang berilmu tapi tak faham,
Ada yang faham tapi tak menjalankan


Ada yang pintar tapi tak memberi pelajaran,
Ada yang bodoh tak tau diri


Ada yang beragama tapi tak berahlak,
Ada yang berakhlak tapi tak bertuhan

Lalu diantara semua itu dimanakah aku berada?

Fikir-fikirkan!





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 21, 2013

SPAM

al salam alaykum

SPM apa tu? SPAM aku tau la...

aku tanak menyibuk dah cite pasal SPM tiap-tiap tahun... 

kadang-kadang, aku malas nak keluar rumah, sbb nak hidup berjimat... kalau keluar, mmg duit pun keluar la... apa barang keluar jalan-jalan pi Pavillion bawak bekal roti sandwich... nak gak merasa makan kat Madam Kwan... tapinya paling murah kat Madam Kwan tu, air batu campur je la kot... tapi baiklah minum air batu campur kat Madam Kwan banding nak minum air batu campur kat foodcourt Pavi tu...

bila duduk kat rumah, bosan baca buku, bosan tengok tv, bosan tido, dok tekan-tekan semua apps yg ada kat tepon ni... explore groupon, mydeal bla bla bla... tengok kat FB org dok jual macam-macam, nak jugak membeli... menghabiskan duit yg mmg kurang...

asyik dok terbeli je...

yg terbeli mmg nak guna ok la kan? 

antara yg terbeli ialah:

1. Powerbank... wajib la aku beli, susah benor bila tepon nak habis bateri je manjang, kamera pun sama... tapi smpi skrg tak dapat2 lagi... aku e-mail kat diorg pehal delay, tak lepas custom lagi... dan sbb aku rajin tanya, nnt dia bg aku voucher RM 18...
2. Universal Adapter... yg aku beli ngn Miza dulu dah rosak kat Krabi... :-( 

baru dua terbeli ye! mujur la aku tak terjebak nak beli baju-baju yg cantik kat blog dan FB tu... 

dan, sebenarnya aku mcm nak tambah pembelian, yg ni kalu org yg selalu berjalan dgn aku mesti undi 10 jari suh aku beli:

1. Digital Luggage Scale - RM 35.00... ok tak eh harganya? 

2. Mini Travel Steamer - RM 50.00... pun aku tatau betul-betul best deal ke? aku pikir kalu ada ini, takde la aku perlu bawak iron gedabak ataupun pinjam iron comel cik Thirah tu kan? bawak iron bukan sbb apa, baju komot aku tak kisah... tudung komot, muncung atas tak jadi, mau hancus mood satu hari... 

3. Polarized fit over sunglasses - RM 38.00... yg ni tak berapa nak penting lg, sbb aku pun dh ada sunglasses yg ada kuasa... cuma payah bila drive, sinar mentari tegak kena mata... sibuk nak tukar spek... membahayakan pemanduan je... takpe, ada lagi 3 hari nak pikir... 


yg no 1 & no 3, ada 3 hari lagi nak pikir... yg no 2 tu, kurang dari 10 jam lagi nak pikir... nak beli ke tak? nak beli ke tak?


sbb tu la wajar bagi aku e-mail dari Groupon dan seangkatan dgnnya aku tandakan SPAM kan?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, March 20, 2013

9/10

al salam alaykum

dari dulu lagi aku selalu buntu nak buat bisnes apa...

bila tahu buat kek coklat dan ada kawan-kawan mak aku yg puji sedap, semangat nak bakar kek je kerjanya... semangat je la lebih, buatnya setahun sekali pun susah!

aku pernah mengajar budak-budak mengaji dan fardu ain kat Akademi Alif, lepas SPM dulu... dan dari situ azam mcm nak bukak tempat mengaji sendiri... tapi masalahnya aku ni garang... kang lepas sorg-sorg budak berhenti sbb tak tahan...

kemudian, aku juga pernah belajar menjahit baju kurung dan baju melayu... tapinya dari dulu sampai skrg, baju yg aku siap jahit ada 3 pasang je... pastu mesin jahit pun rosak... mana la nak amik upah kan? ragu-ragu pulak lepas buku menjahit aku kembang rendam dalam air banjir...

pastu kenal dengan Husna, dia jual kain pasang... aku pun tolong la jugak jualkan kain pasang dia kat kawan-kawan ofis dulu, dapat la upah RM 5.00 sepasang... pernah ikut dia pergi beli kain sekodi kat Jalan Tar, tapi aku sendiri tak berani nak beli utk bawak balik jual kat Kuantan... sbbnya, nak beli sekodi tu kena dari jenis dan kain yg sama, takleh campur-campur... :(

aku juga pernah jadi ahli MLM yg skrg ni pemimpin-pemimpinnya asyik keluar tv dan majalah, tapi aku tak pernah beli satu barang pun... sbbnya harganya yg mahal, dan aku kena beli 10 biji utk dapatkan bonus! kalu satu barang tu 20 inggit, boleh la tahan jugak, harga RM 2000 plak tu sebiji! mana nak cekau? kena cari org plak lagi utk buat perkara yg sama... dan terus berulang berulang berulang lagi, sampai habis org kat muka bumi ni kot?

dan tak lupa juga satu lg MLM... pun sama, nak dapatkan bonus, kena beli barang yg mahal-mahal jugak... kalu setakat beli dan jual barang kemas celup, tak dapatnya nak dapat bonus banyak-banyak...

tu semua buat aku sedih je!

aku jadi ahli tupperware... utk dapatkan diskaun 20%... kemudian, aku jumpa pulak kat Mida sana ada bazar kadang-kadang hari Jumaat, harga yg dia bagi, mcm dpt diskaun 30%... terus terlupa pasal ahli tu... skrg, kalu nak mula semula, kena beli RM 500.00 dalam satu resit... ekekeke...

dan, semasa tudung syria baru lagi menjengah pasaran Malaysia, masa tu harga mmg cecah RM 40.00 sepasang tudung... aku dengan Aizah kongsi modal beli tudung tu dgn kawan aku masa kerja dulu... dan pada waktu tu, tiba-tiba disebabkan lambakan tudung Syria kat pasaran, harga jatuh murah! mmg kami jual tak balik modal pun... lagi satu, aku tak berapa happy nak jual, sbb tudung Syria tu singkat, kalu silap gaya atas dari dada... aku mcm serba salah jual tudung yg aku sendiri tak pakai...

pastu aku malas dah...

pastu, junior sekolah aku jual rumpai laut, banayak testimonial yg best2! aku pun nak cuba... ajak kawan-kawan aku cuba sekali, aku beli 10 bungkus... dapat la kat aku upah singgit sebungkus... tapinya masa tu harga yg dijual mahal jugak, sampai la jugak RM 30 sebungkus utk 100g... sekarang nak tau harga berapa org jual? RM 10.00 sebungkus (100g) utk semua gred! tapi aku dah stop makan, sbbnya aku fobia dengan Gred AAA yg tak boleh ditelan... 

kemudian sampai la aku jumpa telekung Auni Imtisal ni, junior USM aku tanya ada sesapa nak jadi agen dropship tak? oleh sbb harga telekung ni tak sampai pun RM 100 sepasang, aku saja cuba... aku tanak jual barang yg mahal, sbb aku tak mampu nak dulukan duit aku kalu ada kawan-kawan yg tak dapat nak bayar segera...

alhamdulillah, walaupun setakat ni hanya ada 6 order, untung pun tak la banyak... tapi aku puas dan gembira!  terima kasih kerana mengorder telekung dengan saya!

yer la, telekung ni bukannya setiap hari org beli... org beli kadang2 nak hadiahkan kpd ahli keluarga, kemudian bila telekung lama dah lama sangat, beli telekung nak pakai bulan Ramadhan, nak pi umrah, nak p haji, nak raya, nak kahwin etc...



ini adalah pelanggan saya yg pertama!


takpe la... aku buat ni pun sekadar saja nak tengok, aku ni masih lg minat berbisnes ke tak...

kalau korg berminat nak dapatkan telekung ni, boleh klik kat sidebar atas kanan!

terima kasih


2 hari lepas, berwhatsapp dengan Edd, dia masih lg semangat nak berbisnes walaupun kebanyakan bisnes dia ada yg gagal... tapi tak pernah putus asa! kawan kami, Eagy, dari zaman USM sampai skrg, mmg buat part time bisnes je, walaupun untungnya tak banyak mana... dia tak kisah, ada peluang kecik pun rebut, kalu peluang besar apatah lagi!

aku kagum dengan mereka!

mereka sdg menyediakan diri mereka utk berhenti/bersara awal, dan telah ada perancangan yg baik utk itu...



:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::










Tuesday, March 19, 2013

Pembantu Peribadi

al salam alaykum


umur CEO tu berapa la ye?

berminat?


macam-macam...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, March 18, 2013

Ungu hariku...

al salam alaykum 

semalam, saja je menyibuk kat Putrajaya, 1M Women Purple Walk... patriotik la katakan... 

tapi, baru aku sedar, tudung ungu ada la 10 helai, tapi baju kaler ungu tak banyak pun... kemeja selai, blouse 2 helai, baju kurung 3 pasang, jubah sepasang, t-shirt takde langsung! jadinya, pakai t-shirt hitam tudung purple je la... janji ikut tema!

tapi ramai jugak acik-acik pakai blouse dan jugak baju kurung ungu... kagum dengan semangat mereka semua!

punya la ramai manusia pada hari kejadian, sampaikan nak tepon dan sms sapa2 pn susah nak dapat line! keluar dari Putrajaya, baru la bertalu2 sms masuk...

Bila tengok berita petang, rupa-rupanya 1M Women Purple Walk diadakan serentak di seluruh negara... baik la kami pergi yg kat Shah Alam je, tak payah nak berawal-awal pagi bedesop ke Putrajaya...

berita semua dah ada kat tv dan suratkhabar, jadinya takyah la aku nak bercerita panjang kat sini kan?

ada perkara yg mcm aku tak berapa nak berkenan jugak la

pertama: agihan makanan... selepas je majlis, agihan makanan utk tengahari tu... diorg dok bagi2 seplastik sorg kpd setiap org... kalau mmg yg datang tu berkumpulan dan dgn famili ok la kan? kalu yg dtg berempat je mcm kami ni, kemudian dapat seplastik makanan yg ada sedozen dalam tu... pastu ramai lg org lain, yg beredar lambat skit, dah tak dapat makanan... kesian kan?

kedua: bila dah amik banyak-banyak, contohnya air mineral, ada org amik sekotak-kotak, tiba-tiba aku tengok ada dekat tepi-tepi jalan, yg masih elok belum diminum, takde sapa pun yg peduli...sungguh sedih...

ketiga: ada nyanyian lagu Negaraku... di saat semua orang bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan kita, aku tengok kat layar besar PieM kita nyanyi, mcm tak gerak langsung bibir dia... nak kata macam miming pun tidak... mmg tak susah la nak tengok gerak bibir tu macam melafazkan dengan lantang dan jelas lagu Negaraku... sedih ooo! nak amik gambar dia tengah nyanyi tu tak boleh jugak... tengah berdiri tegak ni...


meramaikan majlis


sarapan pagi yg disediakan


u r 4 me?


semasa senam tari... di celahan wanita, terdapat jejaka pendokong wanita...


bendera berkibar di angkasa


inilah hasilnya... isk isk isk...




balik pergi ke Digital Mall, kemudian pekena Cheese Nan kat Medan Selera Seksyen 14... terangkat!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, March 16, 2013

Das Auto

Al salam alaykum

Semasa aku masuk NST Motor Hunt tahun lepas, penaja utama ialah Volkswagen. Dah tentu la hadiah utama pun kereta Wak Segan kan?

Jadinya, ada la soalan di Kedai Pameran Das Auto kat Shah Alam sana. Ingatkan, boleh la pegang-pegang, masuk duduk dalam kereta pameran tu. tapi, jawapannya dah siap-siap salesgirl bg kat kat kaunter. Takut Wak Segan calar katanya.

Tapi bukan rezeki kami, kereta pun tak menang, nak pegang kereta pun tak dapat.


Dapat pakai baju tajaan jadi la kan?


Awal minggu ni, dapat sms dari seorang sahabat. Dia ckp dia buat keputusan tiba-tiba. Beli kereta baru. Kereta lama dia tolak, buat duit muka kereta baru. "Kalu ada rezeki Kay, kita pi kenduri Sabtu ni dapatlah naik kereta baru"

Tak sabar beb nak tunggu Sabtu. Nak merasa naik kereta baru orang yg mahal tu! Punya tak sabar, aku sms dia tengahari tadi, bg reminder jangan lupa amik aku. Ekekeekeke. 

Alhamdulillah, dapat la jugak merasa naik kereta mahal harga lebih 100k. Asyik tengok iklan kat tv. Asyik tengok kat jalan dan kagum sbb rata-rata yg bawak budak-budak muda. 

Tahniah ye sahabatku! Impian menjadi nyata!

Terima kasih jugak, sbb memilih saya menjadi org terawal yg tahu pasal kereta baru awak ni!

Moga terus mendapat rezeki yg baik dan diredhai. Aamiin. 



Friday, March 15, 2013

Masuk peksa ke?

Al salam alaykum

Hari Jumaat malam Sabtu, kelas Talaqi Al-Quran Lanjutan seperti biasa.

Datang2 dapat sekeping kertas.

"Matan makhraj huruf"

Ustaz, yg ni masuk peksa ke?

"Tahun lepas kuar soalan peksa"

Kena hafal la ni ye?

"Begitulah rasanya"

Ustaz, matan ni ada lagu tak?

"Takde la lagu, tapi ada rentak yg memudahkan."

Matan kelas menengah ada lagu Ustaz!

"Cuba lagukan"

Ada kakak sorg tlg lagukan matan tahun lepas. Tapi tu lagu kelas dia la. kelas aku lain lagunya.

Lain la Ustaz. Ustaz Khalid Al-Walid ajar lagu lain dari kelas kakak ni.

"Cuba saya nak dengar skit"

Suara aku pelan je jawab: Suara berlagu aurat Ustaz. Hehehe. Tiba-tiba plak jadi aurat ye!

Tak ingat la Ustaz.

Kak Norlijah yg sekelas dgn aku masa menengah "Kay tak ingat ke?"

Sengih nampak gigi je la.

Bukan tak ingat, lagu saya selalunya lari tempo.

Kemudian kami nampak Ustaz terkumat kamit mulutnya baca matan.

Kakak sebelah aku: Ustaz nak lagukan tu.

Kami gelak-gelak. Ustaz sengeh-sengeh.

"Saya tak ingat la rentak matan ni macamana. Marilah kita baca biasa dulu dan fahamkan maksud matan"

Heheheehehe. Kami gelak lagi.


Lepas baca dan fahamkan matan, kami mengaji.

Dan, kami berdua yg sama-sama bergelak tadi, dua-dua salah baca qalqalah la plak tiba-tiba hari ni. Kan, dah ditimpa tulah. Gelak lagi kat Ustaz.

Matan ni, aku hafal dekat-dekat nak exam la kang.








Tuesday, March 12, 2013

Bisnes - Telekung Auni Imtisal

al salam alaykum

dah lama tak menjual, tiba-tiba macam nak menjual jugak...

telekung Auni Imtisal diperbuat dari kain lycra... tebal dan sejuk...



UKURAN TELEKUNG DEWASA:

~ labuh telekung dan kain sarung sama untuk semua saiz dewasa tapi boleh ditambah ukuran mengikut kehendak pelanggan (untuk yang tinggi lampai) dengan caj tambahan RM5 (telekung shj), RM10 (utk telekung & kain)

~ labuh telekung (dari dagu): 30 inci

~ labuh kain sarung (dari pinggang): 50 inci


UNTUK TEMPAHAN:

* berikan kod renda yang diingini

* sila nyatakan ukuran muka

* sila nyatakan tambahan ukuran untuk telekung dan kain (jika ada), ukuran standard seperti yang dinyatakan di atas

* bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum penghantaran dibuat

* penghantaran seminggu dari tarikh bayaran penuh dilakukan


TELEKUNG KANAK-KANAK: 


~ boleh tempah untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun hingga 12 tahun (13 tahun ke atas boleh guna ukuran telekung dewasa) 

~ harga RM 63.00 sepasang termasuk pos (hanya terdapat utk renda biasa sahaja)


TELEKUNG SAHAJA: 

~ RM 65.00 (utk renda biasa) - termasuk pengeposan
~ RM 70.00 (utk renda Eksklusif) - termasuk pengeposan

Nota: utk Sabah/Sarawak: tambahan RM 6.00 utk kos pengeposan

untuk pertanyaan dan tempahan:

1. Facebook saya:


2. Twitter saya:

@tufulah


3. atau e-mail saya:



terima kasih~!

RM 80.00 sepasang (termasuk pos)



















































tak jarang

pandangan depan

pandangan sisi


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, March 11, 2013

masih lagi

al salam alaykum

Asyha upload gambar ni kat FB...

aishhh!!




Jawapan utk Ika: Gambar ni time kita balik Kuantan, dan Asyha sms kita ajak jalan-jalan, dan Ika ke Terengganu tak silap, ada kenduri... dan Asyha tukar plan ajak saya teman dia pergi kenduri kat Gunung Senyum....

Sally komen: Kay jujur...

ehehehe... takde menda nak ditipukan...


trend skrg, setiap majlis kenduri kahwin ada photo booth... dan, saya dan Asyha sedang menjakunkan diri di photo booth itu... props yg tersedia tak berapa nak banyak, dan itu je yg mmg relevan dgn diri ini... hahahaha... mungkin ada yg akan kata, tak payah la sibuk nak bergambar dgn props... seperti yg saya katakan tadi, saya dan Asyha sedang menjakunkan diri... 

sebenarnya, selepas bergambar, terlupa dah nak pesan kat Asyha takyah la upload... dan, sbb dah lama, terlupa dah pasal gambar ini, hinggalah Sabtu lepas... cek e-mail ada komen dari Sally iaitu "Kay jujur!" haa sudah, apa kemenda la plak...

gambar tu tak salah, takde apa pun... boleh je nak upload... cuma kadang-kadang, bila dapat komen yg macam malas nak layan... 


- knp tak kahwin lg? - rugi tak kahwin awal - memilih sangat ni - tak ikut sunnah rasulullah - diri tak berapa baik la tu - pakai mekap skit, bg menawan - takde pakwe lg eh? - bersosial la, baru kenal org - best tau ada tempat nak kongsi masalah susah senang - dan list bertambah lagi la -


"tak payah nak kenang sangat pasal jodoh, sbb ia belum pasti (tapinya doa, usaha, ikhtiar, tawakkal jangan dilupa)... ingatlah sentiasa perihal mati, kerana mati itu pasti"


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::