...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, February 28, 2013

Ole-ole

Al salam alaykum

Bila Kak Roza tanya aku nak kirim apa, dia nak ke Langkawi, aku jawab coklat dan t-shirt.

Kenapa t-shirt?

Sbb aku tak sempat nak cari t-shirt utk aku masa aku gi Langkawi tahun lepas.


Cantik t-shirt yg Kak Roza belikan. Bunga-bunga pink! Cumanya, saiznya M!

Lupa nak pesan beli saiz yg padan dgn aku! Tapi takpe, semangat nak pakai M membara-bara ni!


Sejak 2 bulan tak jumpa Kak Roza ni, dari saiz M jadi saiz L aku ni!


Jadinya, kena la aku usaha lg turunkan berat, supaya M itu selesa dgn aku!


Chaiyyook!!!



Terima kasih daun keladi lagi sekali Kak Roza!!









Wednesday, February 27, 2013

Hijau bumi Tuhan

al salam alaykum

Bos: Duduk dulu
Kay: Kawan saya dh tunggu kat bawah bos...
Bos: Lelaki ke pompuan? kalu lelaki, pergi turun skrg... kalu pompuan, bior la dia tunggu...
Kay: amboi... 


ok, kena duduk dulu tunggu bos bercerita la jawabnya...


macam-macam bos aku ni...

sebenarnya, aku macam dah kurang bercerita pasal kerjaya aku skrg rasanya...
bukan apa, takde menda menarik pun...

tapi, setiap hari, aku belajar sesuatu yg baru, walaupun sedikit...

cumanya, aku takde la sesibuk macam setahun yg lepas...

dan membuatkan aku bosan jugak la kot...

dan, sampai skrg masih lagi mencari kerja di tempat lain... aishhh!

oleh sbb, roommate (rakan sedepartment) aku ni dah bercuti utk majlis pernikahannya, tinggal la aku sorang-sorang...

aku pikir, mungkin aku akan sibuk la kan, sbb amik alih kerja dia... tapi, tidak la sesibuk mana jugak... sibuk, tapi biasa-biasa...

sebelum lunch tadi, aku jumpa bos nak dapatkan signature dia... tu yg jadi dialog kat atas tu...

dia pun cerita la gitu gini, apa yg dia nak, apa yg aku kena buat kat department aku... aku pun angguk angguk geleng geleng... menda yg sama, dan ada yg aku dah laksanakan, tapi susah nak dapat kerjasama... dan penyudahnya, aku ikut je...

bila bercakap dgn bos, tiba-tiba macam nak terus je kerja kat sini... dia yakin kat aku, aku kena la buat dgn yakin... (padahal aku baru je pas isi appraisal form minggu lepas, semua negatif je pasal diri sendiri)

bila keluar je dari bilik bos, aku macam nak berhenti kerja, tapi takde lagi kerja lain yg datang cari aku...

sindrom apa kemenda pun aku tak paham...

kagum dengan kawan-kawan yg lain, susah senang bertahan dengan kampeni yg sama pada sela waktu yg panjang...


"If the grass always look greener on the other side, maybe it is painted..." 

aku cilok di sini 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 26, 2013

Projek Amal

al salam alaykum

saya copy dari twitter kawan aku... kawan sama course di USM dulu...

kerja amal yg ingin dilakukan spt berikut:


CJ: I have this homeless project thingy that requires donation but how do I get you guys to chip in without giving away my bank account details…

CJ: Would like to hand out hygiene kits to the homeless in KL - soap, shampoo, comb, toothbrush and toothpaste.

CJ: There are hundreds of homeless in KL alone. The last drive was giving them fleece blankets… obviously not enough for all.

CJ: The homeless comprise immigrants, refugees, unfortunate Malaysians kicked out by their families for various reasons.

CJ: Senior citizens thrown out by kids who don't wanna take care of them, mostly. Also the mentally impaired and handicapped.

CJ: There are also prostitutes, alcoholics, drug addicts, transvestites, petty thieves etc. Some of you may not want to donate?

CJ: Anyway if you wish to donate either money or the aforetweeted items do gimme a mention. Thanks.


CJ: @tufulah cek DM. Aku bagi account no. Kalau nak ikut distribute lagi ok.


Projek ni akan dibuat selepas dana mencukupi dan selepas LIMA 2013... dia bz dgn projek berkaitan LIMA ni...

kalau ada pembaca blog ni yg nak menyumbang, boleh la e-mail dekat saya utk dapatkan no akaun... tapi saya akan bg no akaun saya la... kemudian akan terus ke akaun bank kawan saya...  kawan saya  tanak bagi no akaun dia kepada org yg tak dikenali... e-mail saya: tufulah@gmail.com


terima kasih!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, February 25, 2013

4 Ceritera

Al salam alaykum

Penat, tapi tetap nak taip sikit.

1. Pergi tak kembali

25.02.13 - Ayah saudara sabit, suami makngah saya, telah pun pergi tak kembali pada jam 12.45 am. Arwah dah lama sakit, dah lama tenat, dah beberapa kali nazak. Kali ni, bila Chik cakap Pakngah sdg nazak lagi, ma dan pa nak balik Gelang Patah dgn van, dan kami adik beradik berasa was-was dgn kondisi van tersebut. Abang sekeluarga sdg bercuti di Muar. Aku fikir, baik aku balik Kuantan amik ma dan pa.

Aku kuar rumah 10.30 pm, pukul 12.00 am aku dh kat Maran. Pa tepon cakap Chik cakap arwah dah ok. Chik sendiri pun dah balik ke Batu Pahat. Jadinya, sama ada aku patah balik ke KL ataupun terus balik Kuantan, tido sekejap dan balik semual ke KL subuh2 hari. Tapi, aku pikir alang-alang balik, baik la balik Johor terus. Takpe la, kalau pun nanti lepas melawat arwah sedang nazak, dan ditakdirkan sehari dua selepas tu meninggal, takde la ralat sgt kalu tak balik.

Lebih kurang pukul 12.50, dapat sms dari Chik, pakngah dah takde. Chik masa dapat perkhabaran tu, baru sampai ke Batu Pahat. Pukul 1 aku sampai Kuantan, terus bertolak ke Gelang Patah.

Al-Fatihah utk arwah pakngah saya. Semoga dosa-dosanya diampunkan dan ditempatkan di kalangan para mukminin.

--------------------------------------------

2. Laju

Sebab aku dah drive 2 jam lebih dari KL, utk ke Gelang Patah, aku minta ayah aku drive dulu. Sebelum tu, dah pesan suruh tido dulu sementara aku sampai.

Ayah aku bawak 80kmj. Dan aku pun tak boleh nak tido. Sampai Paloh Inai, ayah aku berenti nak tido. Aku pun tengah mengantuk, tido la dulu. Tapi tengok jam, dah jam 2.30 am. Nanti pukul berapa nak sampai GP ni. Aku drive dulu la, sampai Segamat. Aku bawak 100-120 kmj. Mcm best plak bawak, sbb tayar baru pam, walaupun jalan Kuantan - Segamat tu macam apa je, dengan lori yg bersepah-sepah. Bila ayah aku terjaga, cepatnya sampai Segamat!

--------------------------------------------

3. Lupa

Ayah aku bawak, kembali semula kpd 80kmj. Pulak tu, kami tak masuk highway kat Yong Peng. Lalu jalan lama. Macam berjanggut je nak sampai. Aku mmg takleh nak tido jugak. Sama-sama berjaga tengok jalan dan tengok ayah aku potong lori berderet-deret tu dgn sekali potong. Kecut perut aku.

Mak aku terjaga. Bakpe pa bawak slow je ni?

Ayah aku pun jawab: kan mata pa ni takleh masuk cahaya banyak. Silau!

Ya Allah! Kenapa aku lupa?? Ayah aku kan kena strok mata. Sebelah mata dia, pembuluh darah pecah. Menyebabkan apabila cahaya masuk ke dalam mata tak dapat dipantulkan dg betul, cahaya berserakan dan menyebabkan ayah aku silau yg teramat sangat! Aku sangat lupa! Walaupun dah amik ubat, 3 kali suntikan, mata ayah aku mmg tak dapat pulih spt sediakala. Masih usaha lagi, ulang alik ke Pakar Mata HTAA.

Aku lupa! Aku lupa! Aku lupa!

Mungkin sbb mata ayah aku masih bercahaya sentiasa.
Mungkin sbb ayah aku kuat, seolah-olah dia melihat mmg menggunakan kedua-dua matanya.
Mungkin sbb ayah aku masih lg sihat.

Jadi aku lupa, pasal mata itu!

Aku janji, lain kali kalu ayah aku bawak kereta Kuantan - KL, KL - Kuantan dalam masa 4 - 5 jam, aku takkan tanya kenapa!

Kenapa pa teragak-agak bila baca nama simpang di papan tanda, aku takkan tanya kenapa.

Aku janji! Aku takkan lupa lagi!

-----------------------------------------------

4. AES

Sampai di Bangi, aku tengok banyak papan tanda amaran "Zon Operasi Kamera". Rasanya la bunyi mcm tu la.

Dan, banyak kereta asyik dok tekan-tekan brek kat lorong tengah. Had laju 90kmj, aku bawak 80kmj. Tanak cari pasal, aku tukar lorong kiri. Sambil mata melilau tgk dashboard supaya meter tak cecah 90kmj, dan tgk kat mana kamera AES tu jika ada.

Tiba-tiba, nampak cahaya sepantas kilat. Dan sepantas kilat jugak, aku melatah. Nampak tebeng kamera AES. Tgk meter, aku bawak 80kmj je. Takkan kena jugak kot? Ni aku nak join angkatan mengamuk dgn AES ni!

Aku dah siap download minggu lepas aplikasi AES. Tapi tadi tak sempat nak guna pun.


Dup dap dup dap dup dap tunggu pagi esok!









Sunday, February 24, 2013

Friday, February 22, 2013

tufulah

al salam alaykum

aku gunakan tufulah sejak zaman SPM lagi...

saja aku tanya pakcik google, dan aku terkejut bila jumpa link berikut:


1. tufulah: teringat kt kwn2 ku..tehah,ayna,fatin.kay,arisya,saad..aq x lupe kan kowunk sbb kowunk lah kwn aq smpai maty :)

http://www.iheartmusicvideos.com/waSpGMusiccja9Go/BROTHERS-Doa-Perpisahan-+-Lirik-Lagu.html

2. tufulah 11 months ago

weyh syada tu msty x biase lg..so jgn laa nk nagte owng..cm laa kowunk tu peramah sngt! sedo kr diry dulu :P




menggunakan "tufulah"



cumanya, aku mmg guna nickname "tufulah" utk akaun youtube... dan seingat-ingat aku, tak pernah aku nak komen video apa2 pun kat youtube...


dah la mengeja tu pelik-pelik bebeno... aku mmg tak pernah nak mengeja style zaman muda-mudi skrg...

cuma aku bersyukur, takde la komen tu komen yg pelik, cuma pasal sahabat-sahabat je ye?



isk isk... boleh ke akaun kat youtube ada dua ID eh?


dunia internet ni, mmg berpancaroba la...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, February 21, 2013

Saya suka!

Al salam alaykum

Hari bila ntah, kak Jehan upload gambar sabsuka, sungguh menyelerakan!

Aku tanya la pakcik google, banyak versi resipi sabsuka ni. Kira boleh main campak-campak la.

Bahan asas ialah daging cincang!

Katanya sedap makan dgn roti dan nasi panas-panas.

Versi aku, aku campak je apa yg ada kat dalam peti dan rak tepi peti. Dengan cili padi aku bubuh.

Tomato puri aku takde, aku bubuh sos spaghetti. Janji rasa tomato kan?

Dan, aku tak bakar pun. Sbbnya, oven kat dapur rumah aku tu jadi tempat simpan barang makanan.

Telur aku goreng je la. Ada org tabur mozarela. Tapi aku tak bubuh la, aku kira kalori dah 400! (Ada hati lg kira kalori)

Dan, aku lupa beli roti dan tak makan nasi. Jadinya, bancuh tepung buat lempeng.

Cara makan: ikut suka hati la kot.

Dah nak azan, selamat berbuka puasa!








Wednesday, February 20, 2013

Rumah Sendiri

Al salam alaykum

Saja mencari dalam mudah.my rumah-rumah uk dijual yg dalam budget aku. Banyaknya mmg luar KL la. Yg dekat dgn aku sewa bilik skrg, rumah-rumah pangsa kos rendah.

Luar dari KL, dapat jugak bawah 100k utk freehold, tapi mmg agak jauh. Bukan di Shah Alam ye. Shah Alam harga rumah melambung-lambung. Kena kira tol dan jugak minyak. Dan kena korbankan waktu tido dan bangun tido la.

Dalam KL, berdekatan dgn kawasan aku, ada rumah pangsa kos rendah. 2 bilik, luas max 550, lease hold. Kalu tenure year 99 tahun ok lagi la, kena yg 55 tahun, 70 tahun, rugi jugak la. Dan, tengok rumah pangsa tu dari luar, tatau selera ke tak. Belum lg panjat tangga kan?

Tapi, yg buat aku tertagak-tagak ialah:

1. Down payment rumah dan kos peguam: aku tak layak nak kuarkan EPF
2. Loan bank mungkin hanya lulus utk 70% sahaja. Mana nak cekau 30% utk down payment?

Dan, kalaupun kedua-dua masalah di atas dapat diselesaikan, mungkin dgn menggunakan nama adik aku ke, persoalan berikut pulak timbul:

1. Misalan kata, duduk jauh dari KL, mampu ke utk bangun awal-awal pagi, yg selama ni 6.30 am baru bangun kan? Ni 6.30 am nak kena kuar rumah dah.
2. Ko kan phobia dgn letrik. Kalu tiba-tiba suis utama tertendang, sanggup tak ko betulkan sendiri suis tu? Selama ni kalu kat rumah sewa, samggup bergelap tunggu housemate balik. Kalu kat rumah ma dan pa, kalu diorg takde kat rumah, ko panggil jiran tlg betulkan.
3. Gas memasak. Ko jugak takut dgn gas. Kalu nak balik kampung, berani ke nak cabut kepala gas, pastu pasang balik bila balik ke rumah? Kang tak pasal-pasal pun mintak tlg org, siap kena gelak lg.
4. Phobia dgn petir. Ko nak gi peluk sapa kalu tiba-tiba petir menyabung?


Tu la senarai phobia aku terhadap perkara-perkara dlm rumah. Sampai housemate pun pernah tanya, cemana ko nak duduk sorg2 ni?


Hmmm hmmm hmmm...



Tuesday, February 19, 2013

Cuti

al salam alaykum

bukan main lagi plan cuti-cuti... nak ke situ, nak ke sini... tgk tiket kapal terbang... tgk tiket ketapi... tgk tiket bas...

tapi lupa ye ko skrg kerja kt kampeni yg tak mewah cuti tahunannya!

cuti setahun 14 hari

Bromo: 3 hari
May: 3 hari
Jun: 2 hari

total: dah 8 hari situ

cuti interview? cuti raya? cuti kecemasan? cuti balik kampung? cuti lain-lain?


amboi-amboi, sedap ye dia plan macam2 ye!


ish....
ish....
ish....





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 18, 2013

3 Hero Saya

al salam alaykum

Balik Kuantan pergi saringan LASIK, bawak Amy ke Teluk Chempedak... bawak Adam sekali... aku bagi Adam duduk atas pasir... muka ketakutan... tak sempat aku nak amik gambar macam papa dia kecik-kecik dulu...

kena dukung tinggi-tinggi

papa Adam di Pantai Teluk Chempedak, 1987


orang galak berdiri takyah pegang apa-apa! 


Yang Adam paling terer sekarang ialah "aaaaaaaaaarrrrrrrrrgggggggghhhhhhhhhh" dgn nyaringnya pastu gelak gelekek gelekek... adoi! nak suka kalu dgr dia gelak gelekek... apa yg dia gelihati sgt pun tatau laa...


tak sama pun muka!



petang semalam, Kakngah drive dari Semenyih ke rumah aku, patut la sampai lambat!

pergi mana je pun, KL Festival City...



Cikyong, Ammar nak ttuttu... dah nak masuk 4 tahun, pun masih pelat...

A: Cikyong... Ammar nak ngkung!
K: Ngkung tu apa?
A: dukung!!
K: dukung tu apa?
A: errrr.... (lama dok pikir tu) dunggg kunggg
K: hahahahaa... ciklong tatau la dungkung tu apa
A: Ammar enat ni... 
K: Ammar kan ada kaki, jalan la... Ciklong guna kaki kan nak jalan
A: Ammar ada gak kaki, tapi Ammar enat!!
K: erghhhhhhh! (dan terus lari)

sabo je la aku ada anak sedara pandai menjawab

kendian, masa makan, ada la budak pompuan Cina menangis... Ammar gelak-gelak cakap kat ibu dia "Anak Cina nangis" adoi!!


ni baru first time bergambo ngn Areeq Zayyan



bila Botak main nampak  tembam


keluarga Ibnu Fitri dan Khalilah





::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::







Sunday, February 17, 2013

Wajib ke melawat?

Al salam alaykum

Semalam tengahari, mak aku tepon.

Along, anak Mokcik Dah Pokcik Riping, eksiden. 4 bulan dh. Koma. Pastu lumpuh dari pinggang. Ada la kat spital askar kat rumah kaklong tu. menda nama tempat. Wangsa-wangsa jugak la. Gi la melawat.

Along anak Mokcik Dah Pokcik Riping? Sapa tu?

Ala. yg duduk alor akar dulu tu. yg kawan ngn mu tu. adik dia nama Sari. Tu ada jaga dia la kat spital tu. kabo ke kakngah, ajak dia gi melawat jugak.

Ooo. Isk, takkan kaklong nk gi melawat kot? Bukannya ingat pun rupa cemana. Kang tak kenal pun. Ma tau cemana?

Alaa. Gi la je la. Org tgh sakit. Bukannya x kenal. Kawan lama kang? Tadi la ma gi Indera Mahkota, ada org cuit kat belakang, "padilah, mu kenal aku dok ni?"

(Sbb tu la aku mcm ingt x ingt sbbnya kami ni dah berpindah randah, cumanya aku bersekolah sama ngn Along sampai darjah 6, kelas pun lain. Mak aku pun tak kenal dh kawan dia, mujur la Mokcik Dah tu ingt rupa mak aku)

Kalu kaklong tau kaklong gi la.

Aku google, spital tentera tu kat mana. Kat setiawangsa ada markas tentera je. Patut la wangsa-wangsa. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kat Wangsa Maju rupanya.

Aku bukak FB, cek FB along, takde pun berita eksiden. Tapi, kalu mak dia sendiri yg kabo kat mak aku, betul la kan dia eksiden?

Aku pos kat group kami, pasal berita eksiden ni. Last sekali Along pun bersuara, skrg ni mmg kat spital lagi, koma 4 hari je, sdg buat fisio. Sbb eksiden, dia terbabas sendiri. Mengalami kecederaan "multiple fracture and spinal cord injury"

Jadinya, aku buat keputusan, takyah la melawat. Erk?

Takpe kan? Segan la weh, nak melawat org yg dh lama kita tak jumpa. Aku kenal dia ke tak. Dia kenal aku ke tak.

Abaikan je la eh!

Along, cepat sembuh ye!






Thursday, February 14, 2013

Ayat Pengasih

al salam alaykum



semoga kita semua sentiasa dikasihi dan di sayangi, di langit dan di bumi...







:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 13, 2013

tanya pakcik google

al salam alaykum


sekarang ni, nak tau apa-apa, taip je kat www.google.com.my

cepat, mudah, pantas... kalau ada la maklumat tu kat internet...

dan, kebanyakannya menyalahgunakan pakcik google tu, termasuk la aku...



tapinya, kalu pasal hal ehwal hukum hakam agama, aku takde la aku amik bulat-bulat... bahaya bertaqlid membuta tuli... kena tanya jugak dgn ustaz ustazah dan orang-orang yg ahli... kalu tafsir al-Quran dan sewaktu dengannya, semak balik dalam al-Quran... mana la tau, ada org buat jahat, diubahnya tafsir kat internet ni, kita ni dok salin membuta tuli...


banyaknya aku cari pasal manusia la... cari kawan lama, cari cikgu lama, cari musuh lama... cari kawan baru... dan sapa-sapa je la yg pernah hadir sepintas lalu dalam perjalanan hidup aku... sama ada buat aku minat nak tau atau pun buat aku nak cari pasal...

smlm aku cari no plat kereta yg sama bersesak-sesak dengan aku di LPT sampai la ke Gombak...

baru-baru ni, sibuk aku dok mencari pasal Bambang, pak supir kami dari Jogjakarta - Surabaya... sampai sudah tak jumpa... isk isk isk...


aku punya suka la kan nak cari pun kan?


kadang-kadang, kita cari lain, dapatnya menda lain... cthnya, nak cari alamat email je... yg dapat no IC... gila kentang kalu nak ngintai alamat rumah org kat mana... jangan tanya aku cemana, pandai-pandai la korang...



jadinya, hati-hati nak berkongsi segala hal di internet... bahaya wehhh!!! kita bukannya tau niat dan hati orang cemana...





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 12, 2013

WXD 4176

Al salam alaykum

Julung-julung kali, aku bertolak awal dari Kuantan. Demi janji ditepati. Aku janji pada diri sendiri, malam ni kena p ngaji jugak. Banyak sgt dh ponteng kelas.

Aku gerak 2.30 pm, sampai Shah Alam 6.40 pm. Cepat jugak la kan? Selepas tempuh jam masa isi minyak kat R&R Gambang, 25 minit.

Kendian, jalan cantik je. Tapinya, lepas tol Karak, perjalanan dah macam siput. Kat Tol Bentong, hampir macam tak bergerak! Keadaan macam tu sampai ke Bukit Tinggi.

Nak tau sbb apa? Sbbnya tabiat pemandu Malaysia ni yg suka sgt nak tgk kemalangan. Lepas je tempat kemalangan tu, elok je masing-masing laju. Aduhai!

Dan, jalan mula perlahan semula lepas Terowong Genting Sempah sampai la ke Tol Gombak. Kat situ, jam aku dah pukul 6. Terus aku masuk DUKE dan NKVE. Sampai masjid Shah Alam 6.40 pm.

Alhamdulillah! Walaupun jalan sesak, aku sampai dengan cepat dan selamat.











Monday, February 11, 2013

Hadapi Dengan Senyuman

Al salam alaykum


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang





Sunday, February 10, 2013

Cuti

Al salam alaykum

Bila tengok cara orang Malaysia sambut hari raya, aku terfikir.

Kenapa Tahun Baru Cina, diberi cuti pada hari pertama dan kedua di tahun baru? Kenapa tak diberi cuti pada hari makan besar dan hari pertama di tahun baru?

Pada hari raya puasa, kenapa tak diberi cuti pada hari terakhir Ramadhan dan hanya pada 1 Syawal sahaja? Raya puasa kan hanya sehari je, bukannya sebulan.

Pada hari raya haji, kenapa cuti sehari sahaja pada 10 Zulhijjah? Sedangkan kita beraya sampai hari Tasyrik yg ketiga kan?

Ok, abaikan saja pemikiran aku yg entah apa2 tu.

Cerita cuti aku:

Hari Jumaat, aku ke UIAM utk saringan Lasik, dan petangnya bawak Amy berjalan makan ikan celup tepung kat Warung Poksu/Moksu di Tanjung Lumpur, dan terus singgah di Teluk Chempedak.

Hari Sabtu, ma kena siapkan tempahan laksa, waktu pagi dan malam. Pa, ada gotong royong KRT utk majlis hari ahad. Dan pa demam jugak.

Hari Ahad, pa dan pa pergi kursus haji kat masjid, kemudian balik dari masjid terus ke majlis anjuran KRT, penyampaian bantuan kpd warga emas. Pa dan ma mmg aktif dalam KRT. aku kuar pukul 10.00 pagi teman Asyha ke Kg Gunung Senyum, ada kenduri. Sampai rumah pukul 3.00 pm.

Hari Isnin esok, kononnya pa dan ma dah takde aktiviti, jadinya aku plan nak ke Pekan, melawat muzium. Kemudian, abang ajak pergi Kuala Terengganu, kenduri kahwin kawan dia. Best jugak kan? Mula-mula mcm dah setuju. Pastu tiba-tiba pa dan ma tengok kalendar kuda, diorg ada dua kenduri esok. Adoyai!!! Mmg tak ke mana-mana la kami.

Selasa: aku mmg kena balik KL dh. Aku plan balik awal, takut sangkut dalam j. Maklumlah, pernah sangkut sampai 8 jam Kuantan-KL.

Makna kata, cuti CNY ni mmg kerja aku makan-tido-makan-tido je laa





Saturday, February 09, 2013

Saringan

Al salam alaykum

Aku tahu pasal Lasik ni dalam tahun 2007 2008 dulu. Banyak artikel pasal Lasik ni. Tapi masa tu membayangkan, kos mesti mahal dan prosedur pun mcm menakutkan.

Dan, mmg mahal pun Lasik ni. Tahun lepas, heboh lagi pasal Lasik, kat Prince Court, Prof Muhaya. Harga RM 6999.00. Telan air liur!

Dan, aku pun mula buat survey, saja-saja la kan. Kawan aku pernah buat tahun 2008, harga masa tu RM 3500 utk sepasang mata. Aku cuba call pusat rawatan mata yg ada kat KL, rata-ratanya paling murah RM 2000 utk sebelah mata.

Dan kawan aku Aikin, up status tahun lepas, betapa jelasnya penglihatannya lepas buat epi-lasik. Aku tanya dia, dia ckp buat kat UIAM, harga RM 3500. Masih lagi murah la kan?

Tapi, hati aku tak berapa betul-betul kuat nak p screening. Penakut! Baca kat internet, tanya pengalaman orang, pastu mak aku pun tak berapa nak bagi, so takde la tindakan selanjutnya.

Tiba-tiba Edd p buat screening kat Damansara tak silap aku. Kalu dia proceed Lasik, dia kena bayar RM 10k. Sbb mata dia ada prob. Buat aku down jgk la sekejap.

Kemudian, Edd proceed kat UIAM, utk peringkat kedua, full assessment. Ini akan amik masa 5 jam. Lepas assessment tu, Edd ckp dia kena tunggu dulu, sbb mata dia tak sesuai utk custom Lasik. Last-last, Edd msg aku cakap dia akan buat Lasik pada 31.01.13. Waaahhhh!!!

Hari Thaipusam bulan lepas, aku balik Kuantan, aku p jumpa Aikin. Tanya dia macam-macam, dia cakap lepas setahun, mata dia dah ok. Cuma malam-malam la silau waktu drive. Tapi still takde masalah. Aku rasa macam dapat suntikan baru. Balik cite kat mak, mak aku bagi kebenaran buat saringan dulu. Seronok-seronok.

Tepon UIAM, buat appointment, 08.02.2013. Edd plak, lepas je siap Lasik dia tu, terus sms aku, pertama kali bangun selepas berbelas-belas tahun, tak perlu sebok nak cari cermin mata. Aku nak jugak situasi mcm tu!

Ujian saringan takde la perkara yg menyakitkan mata. Dia cek power mata, ketebalan kornea mata etc. Guna mesin Specular Microscope. Kemudian baru jumpa doktor.

Alhamdulillah semalam, lepas ujian saringan, Prof Madya Dr Khairidzan Mohd Kamal cakap aku boleh buat full assessment, mata aku takde masalah, mata aku sihat. Macam-macam aku tanya pasal Lasik, tp tak sempat aku tanya kenapa beliau masih lg bercermin mata, beliau dah bercerita yg matanya ada parut. Macamana boleh berparut? Masa muda-muda mata memerah so tinggal kesan parut.

Appointment kedua utk full assessment, pada 15.07.2013. Lama lagi! Tapi nak buat cemana, ramai menunggu! Sementara nak tunggu Amy siap, aku borak dgn sorg pesakit. Dia pun baru lepas Lasik minggu lepas. Dia cakap, "menyesal tak buat awal-awal"

Tapi, walau apa pun, bak kata adik misi tu, bila dah meningkat usia, cthnya dah usia 40 tahun, kalau rabun dekat tu datang, tetap pakai cermin mata jugak. Betul la tu, semuanya hanyalah pinjaman utk kita kan?

Kenapa Lasik UIAM ni masuh lg murah? Sbbnya masih lg dapat subsidi kerajaan. Ramai yg datang dari pelosok semenanjung Malaysia. Harga RM 3500 tu termasuk sekali dgn follow up treatment dan check up selama setahun.

Ada beberapa jenis Lasik yg digunakan di UIAM mengikut kesesuaian mata. Selepas full assessment baru tau. Ada epi-lasik, macam Aikin buat dan custom PRK, macam Edd. Kalau nak tahu maklumat lanjut, boleh kontek UIAM Kuantan.

















Friday, February 08, 2013

Tiba

Al salam alaykum

Yang ditunggu, dah pun tiba!

Tapi dh kerepot kerepot

Semalam kot sampai.

Ambil masa lebih kurang 28 hari jugak ye!

Sukapura, Surabaya - Kuantan, Pahang
09/01/2013 - 07/02/2013

Gembira gembira gembira

Terima kasih!





Thursday, February 07, 2013

Mencari Sakinah

al salam alaykum

Asalnya
Memang dulu aku tak percaya
Sehingga ku jumpa Sakinah
Cinta boleh mencair segala
Biar keras bagai teras buana

Katakan cantik mana aku tak tergoda
Sehingga ku jumpa Sakinah
Pintu hati yang tertutup terbuka
Datang azam nak mengolah

Rancak dunia
Berlagu tipu daya
Mustakim semula

Biarlah
Orang-orang macam aku bahagia
Orang-orang macam aku merdeka

Tutup mata
Buka mata Sakinah
Dalam lena
Dalam jaga Sakinah

Bila kenal Sakinah
Kenal diri siapa sebenar
Cairlah segalanya
Yang tinggal hanya benar

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, February 06, 2013

Matriks

al salam alaykum

en Keri buat group KMT (Kolej Matrikulasi Terengganu) USM 1999/2000 kat Whatsapp...

pastu Zuang pulok ada seminar kat Shah Alam... jadinya kami berkumpul tak ramai-ramai kat Plaza Alam Sentral...

yg ada tentulah en Keri, Zuang, Shah dan aku sengsorang perempuan... mula-mula Keri nak bawak isteri dan anaknya, tiba-tiba dop jadi... memandangkan kelas aku habis awal semalam, jadinya, aku lepak la sekejap dgn diorg...


Keri & Zuang

Zuang dan Shah

borak-borak berempat, macam-macam cerita... Khairi dan Shah, aku selalu la jugak terserempak kat KL Sentral, zaman aku kerja kat sana dulu... tambahan plak, Khairi selalu gak naik komuter... kalu ada member-member turun KL Sentral, kami akan berjumpa la di sana... Rizuan plak tenaga pengajar kat KKTM Melaka... 

sebenarnya, ramai gak set-set matrik kat KL/Selangor ni, cumanya takde kesempatan nak berjumpa... kena buat reunion ke baru boleh jumpa-jumpa ye?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, February 05, 2013

Teruskan

al salam alaykum





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, February 04, 2013

Hari Wilayah 2013

al salam alaykum

Hari Wilayah tahun lepas, kami panjat Broga separuh bukit, kemudian kami bedesoop ke Klebang utk menikmati Air Kelapa Goyang Istimewa dan tiba-tiba melawat kapal selam... 

Tahun ni takde kerja gila beramai-ramai, aku buat sorang-sorang je... pergi PWTC utk Pesta Buku 1 Malaysia...

Kenapa kerja gila? Sbb aku habiskan lebih separuh daripada rebat LHDN utk memborong buku, hanya utk dalam masa 2 jam sahaja... diulangi, 2 jam sahaja! jadinya, wajib tahun ni aku simpan resit di tempat selamat...

aku sampai awal di PWTC, terus ke Jemari Seni... memborong novel terbaharu Jemari Seni dan juga JS Adiwarna... 

Masa ni Kak Sue tak sampai lagi... jadinya aku pusing-pusing lagi... lama skit aku lepak kat PTS... angkat letak sebuah dua buku, nak amik tanak, nak amik tanak, nak amik tanak... dalam hati, nanti bulan 4 datang lagi kan?

kena kental tau Kay!


dengan Kak Su, novelis yg aku minat sangat-sangat...

aku mula membaca novel Keranamu Ain, dan seterusnya aku terus mencari novel-novel tulisan Kak Sue... dalam novel Keranamu Ain tu ada pantun yg aku hafal sampai skrg...

"Apa khabar nasi di daun
Nasi di talam bagai nak basi
Apa khabar tinggal setahun
Tinggal semalam bagai nak mati"

dan pantun tu pernah aku up sbg status aku di MSN Messenger waktu zaman belajar dulu, dan meninggalkan kesan di hati ex-musuh aku... katanya!

oh, walaupun aku brutal dan rock masa belajar dulu, dalam hati tetap ada taman... cuma tatau taman aku tu penuh dengan bunga ros ke atau bunga lili ke atau bunga taik ayam...


John Norafizan


dan, sementara nak tunggu Kak Sue datang tu, aku tersinggah kat Lejen Press.... mmg Lejen la! Semua buku best! sangkut jugak beli RM 100! dan dapat sehelai t-shirt yg walllah!! oh ya, masa bayar tu "akak nak beg biru ke pink?" biru itu milik aku la... mana masuk pink pink ni...


dah pakai semalam!


dan, lepas memborong dengan penatnya, aku lepak jap kat bawah, kat kerusi merah-merah tu, apa menda pun tatau nama... sambil layan twitter... tengok-tengok, blogger Trankuiliti Tronoh (oh pakcik, boleh tolong update blog tak?) twit yg dia ada kat Dubook Press.... yg aku cari-cari tak jumpa... aku pun saja balas twit tu, cakap tak jumpa booth... tak sangka dapat balasan... dua kali aku berpusing dalam dewan, rupa-rupanya booth Dubok Press dekat dgn pintu dewan, dekat dengan Inteam... kalu dah jumpa, pilih punya pilih, terbang lagi RM 56.00...

dah dah... jangan nak menyinggah lagi, balik sekarang!


dapat harga lelong! En. Fdaus Ahmad, cemana nak dapat kerja kat KLCC?


ini baru separuh utk "Cabaran 50 Buku Setahun", utk tahun ini... (eh, aku tak buat list lg rupanya)



aku sedang mula baca ini... dah separuh... tak habis lagi, sbbnya Sabtu dan Ahad aku berkampung di Cheras dan Semenyih... adik aku berpindah rumah...

"Kakngah, bakpe mu beli rumah kat Semenyih? dah la jauh, jalan jem, line tepon susah, line tenet tadop, shopping complex tadop"

weh, lagi best, nnt aku p KL, tido kat hotel la... - Kakngah

heh!

oh ya... azam baru selepas balik dari PB1M, aku kena tahankan diri daripada berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur April nanti...

Pesta Buku Selangor, insyaAllah akan dipertimbangkan...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, February 03, 2013

Buah Hati

Al salam alaykum



Tadop buah hati lagi ke?




Ada, 3 orang lagi!!



Ammar Darwisy
Khalis Adam Faiz
Areeq Zayyan





Buah hati pengarang jantung Ciklong!













Friday, February 01, 2013

main masak-masak

al salam alaykum

kacang pul...

kalu kawan-kawan kat ofis lama tu, selalu cite pasal kacang pul...

kacang pul yg terkenal di johor tu...

tapi bila tanya mak sedara pak sedara sepupu sepapat di johor sana, "apa tu? tak pernah dengar pun"


tak lama lepas tu, paklang tepon aku, "kay nak makan kacang pul tak? sediakan bahan, nnt paklang datang kuantan, maklang masakkan"

bahan-bahannya ialah:

baked bean setin
daging cincang
bawang
limau kasturi
telur
roti perancis
sos tomato
telur

maka, belajarlah aku masak kacang pul... tp maklang aku masih lg cakap, ni bukanlah original sangat, sbb dia tatau kacang pul tu kacang apa...

kali kedua masak kacang pul versi maklang aku, kat Awana Kijal... sepupu aku yg mmg darah Johor tu pun tak pernah makan... kali ni aku tambah ciliboh dan jugak sos lada hitam... baru menyengat!

kali ketiga, aku masak kat rumah Huzz... ... Huzz kata sedap! alhamdulillah...




dan, bila diajukan kpd Miza, Miza kata kacang foul itu ialah kacang parang... oo ye ker?

itulah dia, dasar pemalas nak tanya pakcik google...

Miza pun dah siap beli daging cincang dan kacang parang dalam tin... tp bilanya dapur Huzz nak berasap?

 sebelum kita asapkan dapur Huzz, meh kita google resipi asal...

Resipi Kacang Pul

kebanyakan resipi guna rempah-ratus spt jintan, ketumbar, kayu manis etc... ada jugak yg pakai 2 - 3 jenis kacang...

tapi aku rasa, nak cuba resipi Mat Gebu la, guna rempah kari je... rasa selamat skit la kot...

cumanya, bila la masanya nak main masak-masak tu yek?





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::