...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, January 31, 2013

Baca

al salam alaykum

pagi-pagi dah cengeng...

jemput baca blog ni...


http://kapalterbangkertasku.blogspot.com/


kisah seorang guru muda di sebuah daerah pedalaman...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 30, 2013

Bingkisan dari Surabaya

Al salam alaykum



Kami masih menunggu

Menanti penuh sabar

Mengharap dengan tabah!



Semoga kamu selamat sampai ke peti surat kami!

Oh poskad ku!





"Setemnya cukup kan pak?"

"Ya. Cukup tu. bisa sampai"







Tuesday, January 29, 2013

Kedua

al salam alaykum

semalam ke KWSP Kuantan... 

dan mendapat tahu, pengeluaran akaun kedua adalah tidak dibenarkan utk pembelian rumah kedua dan seterusnya...



berapa lama nak menabung ni nak beli rumah pangsapuri kos sederhana kat KL ni?



:'(

---------------------------------------------------------------------------


update:

aku dpt balasan twitter daripada @KWSPBuzz yg berbunyi begini:

@tufulah Pngluaran Membeli Rumah Kedua dbenarkn jika rmh pertama telah dijual/hilang pemilikan.Klik bit.ly/PdpDdh utk mklmt lnjt.NHA

masalahnya ialah: aku takde niat nak tukar pemilikan rumah pertama... dan semua ini telah aku tanya dengan pegawai KWSP Kuantan...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 22, 2013

Jatuh Cinta Lagi

Al salam alaykum

Novel skrg semua cite pasal wanita berkahwin dengan lelaki yg muda 2 - 3 tahun.

Novel di bawah ini juga manis kisahnya!



Dulu jatuh cinta dengan Shark, skrg E-Key.

Lepas ni?



Aku tak terkejar dah novel Jemari Seni ni!






Monday, January 21, 2013

Goreng

Al salam alaykum

Hari ni MC. Pas cabut gigi. Sebelum cabut gigi mmg sakit la seminggu. Semasa cabut gigi sbb kena bius 2x, tak sakit. Kendian, bius dah habis, terasa denyutan sakit tu lagi.

Ni tengah dok terpikir, semalam masa makan roti pisang keju tu kami dok diskas-diskas cemana dia buat. Goreng ke, rebus ke? Kalu goreng, takde mintak pun. Tak muak rasa minyak langsung.

Tiba-tiba terpikir, mungkin digoreng sama macam aiskrim goreng. Pernah makan aiskrim goreng kat pasar malam? Tak berminyak kan? Rasanya sama la kot proses penggorengannya.

Ok, itu saja. Tiba-tiba sakit kembali semula.

Sunday, January 20, 2013

Kurus ke?

Al salam alaykum

Org kata kita kurus (perasan di situ), jom kita makan la. Ekekeeke

Miza yg bagitau tentang Rumah Makan Cibiuk ini. Dan katanya roti pisang keju itu sedap.

Mana boleh tahan. Kegemaran tu semasa di Medan.

Kunjungan kali pertama, malam tadi. Tapi roti pisang keju dah habis. Sbb ada perkumpulan budak-budak (tua-tua) MRSM di situ. Cemana tau? Aku nampak ex-officemate aku dua org kat situ, dan terus whatsapp Amir, tanya diorg buat apa sampai Roti Pisang Keju habis.

Dan, semasa membayar harga makanan, cowok di situ bitau kami, esok pasti ada roti pisang keju, jadi datang la esok, makan itu saja pun takpe. Sabo je!

Tengahari tadi, lepas sarapan pagi, ke rumah Fadd dan Adeq di Kajang, dan diorg pun ikut sekali ke Rumah Makan Cibiuk. Hebat, dah tiga kali dua beradik tu sampai Rumah Makan Cibiuk!

Rumah Makan Cibiuk terletak di Taman Putra Kajang. Selepas Tol Sungai Ramal (B) kalau tak silap. Dari highway mmg dah nampak Cibiuk.

Gambar mengikut turutan:
1. Nasi Timbel Ayam Goreng : RM 12.90
2. Nasi Timbel Ayam Bakar: RM 13.90
3. Mee Goreng Special: Harga tak ingat. Tapi boleh menampung 2 perut.
4. 4 Jenis Sambel
5. Lauk sampingan Nasi Timbel
6. Es Durian
7. Pavlova: RM 9.90
8. Es Limau: RM 2.90. Best sbb guna limau jeruk
9. Roti Pisang Keju: RM 9.90 kot. Mmg sedap la! Alhamdulillah
10. Sate Ayam : RM 9.90. Kuah kacang lain dari yg lain.
11. Itu adalah sarapan pagi kami, mee goreng dan roti kacang pul. Harga: bahagia tak terkata kot.


























Friday, January 18, 2013

Jenama

al salam alaykum

masa aku amik master dulu, dalam ramai-ramai budak sekelas, ada sorg ni pakai barang branded... dia pakai beg Prada...

begnya lebih kurang macam ni:

link gambar di sini


tapi warna begnya coklat... dan aku mmg akan jatuh hati dengan cepatnya pada coklat!

masa tu aku takde la tanya harga, sbb biasanya aku mmg nampak kat Jalan Tar tu Prada bersepah-sepah! so, harganya mesti lah dalam RM 30 - RM 60 je kan?

hehehehe...

kemudian, aku bertukar kerja ke kampeni omputis tu, lagi la banyak jenama beg yg aku kenal, contoh paling biasa ialah Coach, LV (yg aku tak reti nak menyebutnya sampai skrg), tapi mmg bersepah-sepah la aku nampak kat Jalan Tar... 

kenapa la diorg ni suka sangat pakai jenama bersepah kat Jalan Tar kan?

pakai la Sembonia ke, Bonia ke, Carlo Rino ke, F. Timber ke? kan berlambak kat Sogo?


bila dikenali sorg-sorg, apa barang shopping kat Sogo? masing-masing shopping kat KLCC... bila aku kenal KLCC, rupa-rupanya jenama-jenama yg bersepah kat Jalan Tar tu, dijual di dalam butik yg eksklusif... harga bukan RM 30 spt yg aku fikirkan, menjangkau ribuan ringgit!

patut la aku tak pernah nampak Sembonia ke, Bonia ke, Carlo Rino ke bersepah-sepah kat Jalan Tar...

adoi laa!!

sungguh naif aku pada masa itu!

cuma pernah teringat adik aku pesan, kalu beli beg kat Jalan Tar, jangan beli beg yg ada label jenama, malu! masa tu aku beli beg RM 30.00, ada label Dolce & Gabbana... sbb aku tatau tu jenama apa, aku tak peduli pun...

sebenarnya, sampai sekarang aku masih lagi teringt beg Prada kawan aku tu... mmg menarik tertarik kau mmg da bomb la! tapi tak mampu la dgn harga riban-riban...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 17, 2013

Batik

al salam alaykum

semasa menjelajah Tanah Jawa, selain daripada tujuan utk mengenali negara serumpun, membeli-belah itu juga perlu...

di tanahair kita, tak lari dengan kain batik Jawa...

tapi, pengalaman aku ke Bandung, susah betul nak cari kain batik Jawa yg bernama Tga Serangkai, Puteri Kembar dan macam-macam lagi laa yg ada dijual di Langkawi, yang bila ditanya mmg diimport dari Tanah Jawa...

macam tu jugak la bila sampai ke Jogjakarta dan Surabaya...

di Jogjakarta, yang kami jumpa di sepanjang Jalan Malioboro itu, hanya hasilan produk batik yang dijadikan kaus...

tambahan plak lagi, pemandu pelancong kami yg sedikit cengil, nak tanya banyak-banyak pun tak boleh, nak mintak bawak pergi Jalan Ahmad Yani pun tak dapat... jadinya kirim salam je laa...


di Surabaya, misi mencari batik diteruskan... tak mahu menghampakan ibunda tercinta... terima kasih utk Agus dan Bambang (tiba-tiba rindu Bambang, ekekeke), yg sudi merealisasikan impian kami...

banyak kedai jugak yg mereka bawak, tapi bila ditanya pasal batik yg aku nak, takde...

aku pun macam malas nak cari dah...

so, tak beli la batik mula-mulanya... nampak telekung, tanya la pasal telekung... tapi mahal!

nampak telekung segera bolehlipatkecikmasukdalambegsandangkainwarnawarniyangringan... dapat harga IDR 45,000, belasah angkat 1...

kemudian aku terdengar Adeq borak-borak dengan kakaknya si Fadd Gojes... dalam erti kata lain, beli je batik yg ada utk tidak menghampakan ibunda...

terus, terdetik " a ah kan, beli je... bukan utk sapa pun, utk ibu kita jugak"

dan, terus aku menyelit di antara Adeq dan Bai... ekekeke

dapat la 5 helai kain batik... 3 helai batik Madura, 2 helai batik halus...

batik Madura harganya IDR 30,000
batk halus harganya IDR 45,000



ok, tu je cite ole-ole dari Jogjakarta - Surabaya...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, January 16, 2013

Tempat Duduk Percuma?

al salam alaykum

semalam, puas menggodek-godek, sampai masuk bilik menunggu...

keluar je dari bilik menunggu, dapat paling rendah pun RM 110 pergi balik utk seorang... cuba utk 2 orang, harganya menjangkau RM 500! huhs...

tukar date lain, harga promo dah takde...


hajat hati nak ikut kak gee ke Sydney, harga tak termasuk baggage dah RM 1300.00 return! masa kak gee beli dulu, tanak ikut beli siap-siap!


tengok tiket Semarang, RM 91.00 sehala...

tengok Beijing, takde tiket promo pada masa yang dikehendaki...

Kathmandu la plak, RM 1200 pergi balik...

Incheon
Lombok
Banda Acheh
Padang
Kuching
Langkawi


betul ke tidak ni ada tempat duduk percuma?


sedih! sbb takde tiket yg dibeli kali ini...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 15, 2013

Cabut gigi dengan spana!

al salam alaykum


Ya Habibi Ya Maulana
Cabut gigi dengan spana!


buat kesekian kalinya, gigi geraham sakit berdenyut lagi...

tapi kali sakitnya membuak-buak

aku syak, sbb stress melampau... hehehehe


pagi tadi telefon klinik gigi swasta yg berdekatan... semua penuh, kena buat appointment...

teringat plak hari ahad minggu lepas round keramat, nampak ada satu klinik kesihatan dan pergigian, depan asrama Felda, terus aku tanya pakcik Google, dapat no telefon, kita tanya laa...

waktu rawatan utk pesakit luar setiap hari Isnin - Jumaat, 8.30 pagi - 12.00 tengahari... waktu petang utk temujanji...

dan soalan paling mengarut aku tanya "ramai tak pesakit menunggu skrg?"

"kejap ye cik saya intai... ada 3 org je cik"

zasss... terus aku kuar ofis ke klinik tu...

tapinya, salah klinik la plak... klinik depan asrama felda tu, pagi ni utk rawatan ada temujanji... bukan pesakit luar...

klinik mana la yg aku tepon tadi ni?

rupanya klinik tu dekat LRT Jelatek!

mmg tak ramai orang! aku kuar ofis pukul 10.50 am, balik ofis 11.50 am... termasuk dengan waktu sesat ke klinik lain, dan termasuk aku pusing-pusing kawasan ofis mencari parking, sbb parking aku dah kena amik org...

tapi, aku takleh cabut gigi lagi pagi ni... doktor cakap "gusi awak bengkak, ada jangkitan, awak makan antibiotik 5 hari, pastu datang lagi nanti, kita cabut" doktor cakap dengan lemah lembut... first time tau aku pi klinik kerajaan doktor giginya baik! masa zaman kecik dulu, menakutkan!

lagi 5 hari kita jumpa yek Doktor!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 14, 2013

Kacau...

al salam alaykum



 dan, cubaan menghantar sms kosong tidak mendapat respon spt yg diharapkan...

 sedih saya!

 takpe laa... mmg tak sepatutnya pun mendapat balasan...


 

terima kasih Cikgu Fatimah, sanggup baca sms aku yg panjang berjela-jela... malam-malam time ko nak tido plak tu...



sms dari ayahanda tercinta buat aku tersenyum pagi ini...





tinggal aku utk berani berkata...


 bukan utk sesiapa, utk aku juga...




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, January 13, 2013

Cenderahati Yang Terlarang

Al salam alaykum

Hajat hati nak berpagi-pagi keluar hari ni. Apakan daya, hujan mencurah-curah di luar.

Belek-belek memori telefon, jumpa gambar ini.

Ini adalah cenderahati terlarang.

Jauh asalnya, dari Kawah Gunung Ijen.


Kenapa terlarang?


Ia adalah belerang. Bahasa lagi best sulphur. Lagi best, bahan api.

Masing-masing banyak gak beli. Mula-mula aku tanak beli, tapi sbb dapat harga IDR 2000 sebiji, beli la jugak satu. Lagi satu daya tarikan sebenarnya ialah bentuk yg pelbagai. Aku beli yg bentuk kura-kura.

Oleh sbb telah diingatkan oleh kawan-kawan, kami bungkus rapi masuk dalam baggage.

Tapi, ada jugak kawan-kawan kami yg bungkus masuk dalam hand luggage. Dapat tahu pun sbb dia tak lepas masa scan. Dah kena rampas. Banyak plak tu dia beli! Tak pasal-pasal kami kena berlakon buat tak tahu! Cuak jugak masa tu.

Minta maaf ye Hanim!

Antara kenangan manis di sana.










Saturday, January 12, 2013

Selero Jowo

Al salam alaykum

Di Tanah Jawa, saja aku mencari nasi Ambeng yang popular di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia.

Bila ditanya kpd Agus, guider kami nampaknya macam kebingungan. Bila diterangkan, "oh, itu nasi Rames. Atau dibilang nasi campur"

Sampai di Rumah Makan, ada menu Nasi Rames, aku pun order la nak rasa.

Tapi, tak seperti Nasi Ambeng di Malaysia. Sedap je, cuma Nasi Ambeng Jawa Malaysia lagi sedap!

Sedih!

Kalau makan soto, di Malaysia soto di makan dengan mee ataupun nasi impit. Di sana, kuah soto dihidangkan dgn nasi putih.

Hidangan yg paling aku suka, Nasi Rawon. Nasi putih bersama daging masak ala-ala masak kicap. Paling sedap! Gambar dah terdeleted la plak.

Ni kalau citer pasal makan, sampai bila pun tak habis.

Dan, akibat dari jalan-jalan dan makan-makan jugak, beratku naik 1 kg.

Gambar mengikut turutan:
1. Nasi Rames
2. Bakso Eddy
3. Ayam betutu (kuahnya pedas)
4. Lauk lalapan
5. Soto daging nasi pisah





















Friday, January 11, 2013

Ayahku kerja lagi!

al salam alaykum



luluh hati, bila tepon mak cakap, ayah aku dah mula kerja sejak selasa hari tu... kerja kat kedai cat...



impian aku tanak bagi ayah aku bekerja tak tercapai lagi...

kena kerja keras lagi ni!





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 09, 2013

Dari Jogjakarta ke Surabaya

Al salam alaykum

05/01/2013 - 09/01/2013

Candi Prambanan - Candi Borobudur - Lumpur Lapindo - Gunung Ijen - Gunung Bromo

Hotel Oasis - Family Guest House - Catimor Homestay - Hotel Sion View

Masakan Padang - Soto Daging Nasi Pisah - Ayam Lalapan - Nasi Rawon - Ayam Betutu - Nasi Rames - Bakso Eddy - Tahu & Tempe Crispy

Pak Budi - Ismail - Agus - Bambang


Dari cerita sejarah, kepada keindahan alam ciptaan Allah Yg Maha Agung...

Makanan yang nyaman, enak dan lumayan murahnya!

Jati diri demi kelangsungan hidup...


Juga persahabatan dan kekeluargaan


Walaupun kami sedikit kecewa. Cuaca yg tidak mengizinkan kami utk menikmati keindahan Bromo...

Alhamdulillah. Bersyukur utk semua kesempatan yg diberikan...













Saturday, January 05, 2013

Tunai

Al salam alaykum

Sepanjang federal highway, hujan lebat. Aku bawak dengan hati-hati. Biasa, aku akan berada di lorong tengah.

Sampai di Jalan Syed Putra, aku masih lg kat lorong tengah, dengan kelajuan sederhana.

Tiba-tiba, ada kereta hon aku. Apa hal plak? Aku masih lagi kat lorong tengah, langsung tak masuk garisan lorong kanan. Kemudian, kereta tu potong aku, dan pemandu juga penumpang tengok aku. Aku tengok dengan putih mata. Sambil-sambil tu, aku macam hangin, aku pun cakap sorang-sorang, "kalau dah tau kereta tu gedabak tak muat jalan, baik bawak kereta kecik macam aku ni"

Tak lama, aku masuk simpang kiri, utk menuju ke jalan Tun Abdul Razak. Sekejap je, aku dah dapat balasan, tunai!

Ada kereta, dipandu laju, air di jalan banyak sangat kot. Habis menyimbah cermin depan aku, dan juga di sebelah kanan. Memang langsung tak nampak jalan. Aku gelabah, tertekan brek. Alhamdulillah, keadaan tu sekejap je, dan tak ada kereta di depan aku, dan jugak di belakang aku.

Aku urut dada. Alhamdulillah aku tak apa-apa. Tapi, ketar lutut tu sampai la ke Dato Keramat.

Peringatan, Allah nak balas tunai sekejap je. Selain berhati-hati semasa memandu, sila bersabar, dan jaga mulut. Jangan suka hati nak maki orang walaupun kita tak bersalah.

Terima kasih Ya Allah.

Wednesday, January 02, 2013

True End of Life

al salam alaykum

tajuk pakai google translation... heh!


berkesempatan tengok drama pukul 7.00 malam, kat TV3... mula-mula macam menyampah, sbb percintaan budak-budak gedik manja...

tapi bila tengok katanya adaptasi dari novel.... eh, macam pernah baca!

tapi ye ke tidak pernah bacanya... kena cari semula!

kalu takde, kena beli ke?

tapi aku suka watak Zain... tu je pun tarikan nak tengok tv!




kalu nak baca sinopsis bagai, tanya je pakcik google, ramai orang share...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 01, 2013

Kemanisan Hidup

Al salam alaykum

Setiap manusia mempunyai kemanisan tersendiri dalam hidup. Kemanisan ini yang menolak manusia untuk terus hidup.

Antara kemanisan hidup:
Pelajaran
Kerjaya Idaman
Kekayaan
Kebahagiaan
Kegembiraan
Perkahwinan
Kebenaran
Dan lain lain

Namun, kemanisan yang paling tinggi dalam hidup adalah Iman. Sekiranya sahaja, kamu dapat menjadikan iman itu sebagai kemanisan hidup, hidup kamu adalah hidup yang bebas daripada segala masalah dunia.

Petikan: Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati