...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, December 31, 2012

31.12.2012

al salam alaykum

ramai org buat sorotan 2012 yek!

dengan pertambahan tahun, umur utk mengadap Ilahi juga semakin berkurang...

dan bagi aku, setiap tahun yg berlalu, memberikan impak dan kenangan yg berbeza...

tahun 2012:

Januari - aku masuk kelas Talaqi Al-Quran di Masjid Shah Alam... dan pertama kali menjadi pengapit pengantin... hmmm!! lain kali takmoh dah...

Februari - pergi Medan... best! 

Mac - aku hantar notis 3 bulan... mmg dah nekad!

April - dapat anak saudara baru, Khalis Adam Faiz yg dilahirkan pada 04/04/2012

Mei - bulan terakhir aku di Tambatan Pelampung Tunggal Sdn Bhd, aku jatuh masa main paintball hingga seliuh kaki dan sakitnya masih terasa hingga ke hari ini, dengan kaki yg masih sakit aku berjalan-jalan ke Krabi, dan penghijrahan aku dari Shah Alam ke Kuala Lumpur

Jun - aku amik cuti 2 minggu, berehat di Kuantan, pada masa tu malasnya nak balik KL semula... famili Paklang dan Pak Anjang datang bercuti ke Kuantan, kemudian kami sekeluarga pun ikut sama bercuti di Awana Kijal... mula kerja di tempat baru, sebuah syarikat bumiputra tempatan, mcm-mcm ragam org kat sini, kadang-kadang terimbau jugak kenangan masa kerja kat AMB Kuantan dulu...

Julai - pengalaman ditemuramah oleh NTV7 berkenaan Help Call Button, dan siarannya aku tunggu-tunggu, aku warwarkan kpd famili aku, tapi kami sendiri tak dapat tengok... alih2 ada jiran called mak aku cakap, muka aku kuar tv... ehehehe... bayangkan aku yg sememeh itu!

Ogos - selamat hari lahir utk aku sebanyak 2x... 2 Ogos tahun masehi, dan 1 Syawal tahun Hijrah... aku dah kira, mmg takkan dapat tarikh 2 Ogos bersamaan 1 Syawal utk kali kedua... tapi kira rezeki la dapat sambut  dalam bulan yg sama...

September - biasa-biasa saja mungkin, cuma berpeluang utk mengalami suasana membida rumah di Bilik Lelong, Kompleks Mahkamah Kuantan... alhamdulillah, semua urusan dah selesai, dah jadi milik kami yg sementara di dunia ini... dan jugak, pengalaman bersama dgn Lynas... sbb masa amik gambar tu, aku dan adik ipar duduk depan sekali, mmg nampak la 2 org wanita bertudung di samping majoriti besarnya ialah kaum Cina, dalam akhbar harian tempatan utama... sampai skrg isu Lynas masih tidak berkesudahan...

Oktober - menjalani kehidupan spt biasa

November - bulan terakhir utk Talaqi Al-Quran di Shah Alam... alhamdulillah... mula-mula pindah ke Kuala Lumpur, aku ingt aku akan syahid di pertengahan jalan... ye laa, jauh jugak nak ulang alik... harap2 aku akan bertahan jugak utk Talaqi Al-Quran lanjutan tahun depan, insyaAllah... dan, pertama kali dalam erti kata yg sebenar, aku bawak mak ayah aku bercuti jauh skit... pergi Langkawi! ada rezeki lagi, nak bawak jalan-jalan lagi...

Disember - Abang Ammar dapat adik, lahir pada 06/12/2012, nama diberi Areeq Zayyan... dan, yg tak disangka-sangka, bandar aku membesar, banjir kilat yg telah menyebabkan bandar Kuantan lumpuh sepenuhnya! 

itu je rangkuman tahun 2012 yg telah berlaku dalam hidup aku... 

dan ramai kawan-kawan aku yg update di FB, kisah hantar anak-anak masuk darjah 1...

aku macam "haaaa???' dah darjah satu anak korg tahun depan!

dan, sahabat aku di zaman U dulu, "Kay, cuba ko scan gmbo kita masa zaman anak2 dara comel lote dulu"
aku jawab, "Eh Eagy, aku sampai skrg masih lg seorang anak dara yg comel lote ye... ahaks"
Eagy "hampeh ko kay" ekekeke


mudah-mudahan tahun 2013 beroleh lebih keberkatan, kerahmatan, dan limpahan kasih sayang dari Allah swt..


apa azam? azam tahun 2012 diperbaharui dan dibawa ke tahun hadapan...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 28, 2012

Kelas

Al salam alaykum

Dah sebulan aku tak pergi kelas Tafsir Al-Quran kat Masjid Muadz bin Jabal, majlis taalim Darul Murtadza. Kelas taalim ni setiap hari Jumaat selepas solat Isyak.

Yg tak pergi sbb balik kampung dan ada hal lain. Tp dua kali, iaitu minggu lepas dan minggu ni sbb parking dah penuh. Minggu lepas lambat sbb aku dari acara makan-makan kat KLCC. Pusing keliling cari parking takde. Jadinya balik rumah je la.

Malam ni pulak, aku saja solat Isyak kat rumah dulu, pastu baru pergi. Dan, parking pun takde jugak! Aku pusing 5 kali takde parking, kot-kot ada kereta kuar lepas solat Isyak kan. Parking penuh dari dalam kawasan masjid, sepanjang jalan ke masjid, tepi kat traffic light, parking dekat rumah-rumah teres tu, semua penuh. Dan satu sikap aku, aku tak suka nak buat double parking, walopun utk majlis ilmu mungkin tak jadi kesalahan. Jadinya balik rumah terus la.

Lagi satu pilihan, jalan kaki dari rumah. Akan mengambil masa 15 minit. Cumanya, kelas biasa habis pukul 12.00 tgh malam, ada kebimbangan di situ. Walopun gayanya kawasan aku duduk ni mcm happening, tp pukul 10.00 sebenarnya dah sunyi.

Pengajaran utk aku, lain kali pergi masjid awal-awal iktikaf dan solat berjemaah. Bukan susah pun kan?

Ok, azam baru mulai esok!

Wednesday, December 26, 2012

Belanja

Al salam alaykum


ada sahabat kongsi di FB... bab-bab pengurusan kewangan ni mmg best!

sama ada ko muflis bulan tu dengan cepatnya atau pun tak! 


bulan Dec aku awal-awal lagi dah muflis... sejak kerja tempat baru ni, aku dah mula pakai kad kredit semula... baru je berangan nak buang satu kad kredit...



kalau tengok carta bawah ni... 30% adalah utk simpanan... banyak tu! kalau boleh laksanakan, aku tabik spring kat diri sendiri! 






utk bayaran takaful tu, kena letak bawah perbelanjaan atau simpanan?

mungkin simpanan, mungkin jugak perbelanjaan...



takpe, walaupun tak dapat ikut 100%, sikit-sikit pun jadilah kan... 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, December 24, 2012

Kampung kita naik air!

al salam alaykum

nak cerita menda lain, tapi bila tengok kat FB banyak org citer pasal banjir kat Kuantan...

aku tepon ayah, ayah cakap takde lg cakap kat radio pasal banjir...

kemudian kawan-kawan update sungai isap damai dah banjir... aku suh ayah aku balik rumah laa... sebelah je tuh! ayah ngn mak aku tengah shopping baju sekolah adik aku kat taman tas...

selama ni kalu sungai isap damai banjir, sungai isap perdana jarang banjir, kecuali banjir besar 10 tahun dulu! harapannya sungai isap tak banjir teruk... awal tahun ni kan kerajaan dah bina tembok kat tepi sungai kat sungai damai sana... harapnya tak banjir la... aamiin...

update di FB 12.30 pm tadi...


Asmiza update dari Wisma Persekutuan


dekat Kamdar


depan Tan Chong Motor

semua gambar dikutip dari FB Kuantan dan sahabat aku, Asmiza Abdul Manaf...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, December 23, 2012

Friday, December 21, 2012

Kakak

al salam alaykum

baru-baru ni, budak-budak kat ofis dok mengira berapa ramai "kakak" diorg kat ofis ni...

oleh sebab aku ni dah angka 3, aku pun termasuk la sekali geng yg di"kakak"kan... redha aje...

ada sorg tu ada paling ramai "kakak", hampir semua org jadi "kakak" dia... 

tapi sekurang-kurang seorang mesti ada 4 org kakak...

uitt, kenapa aku ada 3 org kakak je?

Kak Faezah
Kak Rose
Kak Emi

aku pun nak cukupkan 4 org kakak jugak, padahal aku patutnya ada 6 org "kakak" kat sini... hehehehe...

yang jadi mangsa, Rabi, HR Admin...

tapi aku mintak izin dulu la nak panggil "kakak" sbb selama ni aku panggil nama je... sbb pertama kali berjumpa cam rasa budak ni sebaya aku ke atau kakak aku? bila diselidiki, tua 3 tahun dari aku...

Rabi, Rabi... boleh tak saya nak panggil Kak Rabi?

"kenapa plak?"

sbbnya diorg dok mengira kakak diorg ada 4, saya sorg je ada 3... so, saya pilih Rabi la utk di"kakak"kan?

"haaa... saya pun pelik kenapa awak panggil saya nama je..." 

ooo, jadinya tak salah la nak panggil Kak Rabi ni?

"panggil je..."

ok...

tp sangat susah ok sbb 6 bulan aku panggil nama je...

skit skit Rabi...

skit skit Rabi...



akhirnya, semalam dia tepon aku ada hal...

"Kay, boleh tak awak tolong jawab tepon, sbbnya KAK Rabi tak dapat jaga depan, ada kerja skit kat belakang ni"

(tepon bilik aku adalah salah satu line utama ofis ni, terpaksa la sekejap jadi operator kalu malas nak dengar tepon tu berdering lama-lama)

yesss!!! dah cukup kuota 4 org kakak... lagi dua org tu halalkan aje, sbbnya diorg tua setahun je dari aku, pastu aku kot nmpk kakak dari diorg... ekekeke


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 20, 2012

20122012

al salam alaykum

ada org post kat FB... masih boikot McD? alhamdulillah setakat ni masih lagi... dalam beg duit ada baucer McD RM 15.00 dapat masa masuk KL-Putrajaya Photo Race 2012... hajat hati nak bagi kat Abang Meran, tapi sampai skrg tak bagi-bagi sbb boikot McD...

boikot McD... aku mula boikot dah lama... lama sangat! sejak McD sampai ke Kuantan, tak ingat la aku tahun bila... mungkin zaman sekolah menengah... kemudian, bila ramai sahabat sambung belajar di UIAM, mereka balik bawak berita, kita dok boikot McD, org2 Palestine yg sambung belajar di UIAM pun pulun makan McD... 

aku masih lagi boikot, tapi kalu teringin nak makan BigMac, beli la jugak, sekali setahun kot...

kemudian, McD memperkenalkan prosperity burger... adoi laa! tak tahan... beli jugak...

setiap tahun macam tu, asal kuar prosperity, puasa McD batal... lemah betul!

kemudian, tahun 2009, sebok buat thesis utk master, supervisor selalu ajak meeting kat McD... dia belanja makan McD, pastu Ida belanja jugak makan McD... Prof aku cakap, sejak Obama naik jadi Presiden Amerika, dia yakin skit yg Obama boleh pertahankan Palestine...

dan, aku sendiri pun, sejak kerja kat KL Sentral, McD mmg depan mata... kalu malas makan nasi, mmg singgah McD beli Mc Chicken... tp bukan lah selalu... pastu boikot semula, pastu tak rasa nak makan nasi, makan McD... 

teruknya aku ni!

tahun ni, mmg byk jugak la kot makan McD, sbb macam-macam plak burger baru yg McD perkenalkan... boikot ntah ke mana...

dan, bila kita dikejutkan selepas 1 Muharram baru-baru ni, dengan berita serangan Israel ke Gaza... tiba-tiba isu boikot timbul semula... ok, kita sambung semula boikot...

satu malam tu, tertengok iklan prosperity... alamak! janganlah aku tergoda! jangan! jangan! jangan!

kalu pergi petronas, dalam petronas ada McD, tunduk je kepala aku ni, tanak tgk iklan...

harapannya, aku bertahan lagi... dengan lebih lama lagi!


p/s Burger King korang tak boikot sekali ke? Produk US jugak tu... cuma tak pasti pendapatannya disalurkan ke Israel atau pun tak...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 19, 2012

Usaha

Al salam alaykum

Dh lama tak baca Mingguan Malaysia... skrg ada ruangan dengan Ustaz Lokman, pengasas Pusat Perubatan Al-Hidayah... kalu dulu-dulu, suka baca soal jawab dgn Dr. Amran Kasimin... skrg dah takde... dah lama takde kan?

saja nak kongsi apa yg aku dapat...



sapa-sapa yg ada gangguan tu boleh la amalkan, yg takde gangguan pun amalkan, sama-sama kita berusaha!



oh ya, ada org cakap muka aku tak berseri...

mungkin dah tiba masa kena tukar produk penjagaan muka...
mungkin juga dah kurang wudhuk...
mungkin dah banyak titik-titik hitam dalam hati...


masa utk muhasabah diri...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 18, 2012

Cuak

al salam alaykum

Jumaat lepas, aku bertolak dari KL jam 6.13 pm, waktu dashboard kereta aku, dan sampai di depan rumah kat Kuantan, jam 8.43 pm, waktu dashboard kereta juga... jadinya, aku mengambil masa 2 jam 30 minit utk sampai ke Kuantan...

sampai je, mak aku sambut, ayah aku kat surau...

"cepatnya sampai?"

"tu la pasal, kaklong pelik bakpe pa amik masa 4 jam" aku menjawab...

"takpe la, 4 jam sampai tadop saman sampai"

tiba-tiba cuak...

esoknya, saja cakap menda yg sama dengan ayah aku...

"bakpe pa 4 jam baru sampai Kuantan, kaklong 2 jam setengah je?"

ayah aku gelak dan berkata:

"takpe, jangan sampai surat saman sudah!"

"eh, malam-malam mana ada spped trap, gelap x nampak"

"eh ada... skrg pakai kamera terang punya"

"ye ke?"

cuak berkali-kali ganda...

dalam perjalanan balik ke KL, kat Maran, sebelum exit Maran, tiba-tiba aku nampak lampu limpah terang benderang kat pembahagi jalan... masa tu aku tgk aku tgh bawak 120km/j... had laju LPT ialah 110km/j... tengok belah kiri, kilometer yg sama aku kena speed trap dulu! habislah aku!!


nak bukak myeg pun berdebor-debor... alhamdulillah, baru je lepas cek, aku takde saman baru...




tau cuak! lain kali dengar cakap mak ayah, berkat hidup!




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 17, 2012

Berempat

al salam alaykum

sepatutnya aku yg nak bergambar berempat macam ni...

tp Adam dan Ammar tak berapa nak menyokong... asyik berebut mainan je kerjanya...


 tengok tu! sebok berebut..


Adam baru 8 bulan, tapi cerianya mcm umur setahun! sekarang dah malas nak tepuk amai-amai... asal nampak org berjalan ke pintu, dia pun sama la ke pintu... makan sangat banyak! semangkuk bubur nasi boleh habis... kalu lambat suap, pandai buat bunyi marah! kecik-kecik dah pandai marah... tapi, suara marah dia tu, kalu dengar tengah malam, boleh buat meremang bulu roma... hehehehe

oh lupa, nama anak sedara baru ialah Areeq Zayyan... Abg Ammar panggil adik dia "Ayyan"

CIklong nak panggil Areeq boleh? Takyeh la cikyong, Ayyan!!

adik aku sms nak bagi nama Rifqy Zayyan... Rifqy tu kalu cari maksudnya ialah lemah lembut... suaminya tak seuju... adik aku tanya nak bg nama apa pun boleh, janji ada Zayyan jugak... aku cadangkan beberapa nama termasuk la Ariq Zayyan... 

Ariq = bijaksana, baik budi
Zayyan = perhiasan

abahnya eja nama jadi Areeq Zayyan... harapnya namanya tidak membebankan bahunya...

Areeq Zayyan dan Ammar Darwisy bersama ibunya skrg berada di Kuantan utk sesi pantang memantang... 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, December 13, 2012

Add friend pastu unfriend?

Al salam alaykum

Ada 1195 kawan di FB... Tp yg btul aku kenal mungkin separuh pun tak sampai...

Kenal di sini dlm erti kata aku tahu siapa mereka walopun tak pernah berkomunikasi... Ada senior dan junior sekolah, universiti, kawan-kawan sekampung, saudara mara yg jauh dan lain-lain...

Ada yg tambah aku sebagai kenalan, bila cek profile rupanya ada bisnes... Kalu aku kenal, aku approve la, kalu tak kenal, aku delete friend request la...

Jadinya dari sehari ke sehari, perasaan nak meng-unfriend org di FB tu memuncak... Tapi tak tahu nak unfriendkan sapa... Kalu yg perempuan tidak mencurigakan, aku biarkan je la...

Akhirnya, petang tadi dgn lafaz Bismillah, aku unfriend 2 orang...

Yg pertama, ialah kawan kpd kawan aku kat usmkkj, dia tambah aku setahun lepas rasanya... Tapi dalam masa setahun ni, rasanya langsung takde komunikasi, dgn tidak teragak-agaknya aku klik unfriend...

Yg kedua, sang doktor (ingat lg doktor yg mintak aku mekap tu?) yg telahpun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorg anak, pun aku unfriendkan... Sbb sejak dia kahwin, mmg terus hilang komunikasi...

Kedua-dua mereka di atas ialah kawan kpd sahabat-sahabatku, yg berkenalan utk mendirikan mahligai sakinah...

Siapa lg aku nak unfriend ni?

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Al salam alaykum

Jumpa geng lama di AMB... Kenangan paling banyak, paling diingat mmg dekat AMB je la...

Tapi pertemuan di Ampang Park hanyalah selama sejam je... Mana boleh ronggeng lama-lama...





Tuesday, December 11, 2012

Alternatif

al salam alaykum

 tiba-tiba tergerak nak bukak website Darussyifa'...

dah lama tak bukak...

semalam, borak-borak dgn seorang tukang urut...

tiba-tiba dia cakap: "kenapa awak tak cuba pergi pusat rawatan al-hidayah? dekat je kan? rawatan alternatif"

 aku macam...

 kenapa yek?

"cuba-cuba je"

saya rasa saya takde la sakit apa-apa...

"biasanya orang yg cakap dia tak sakit tu la sakit sebenarnya"


dan jumpa poster ayat ini di website darussyifa


ayat ini kalu sesiapa biasa baca Mathurat pagi dan petang, mesti jumpa... bacaan Mathurat itu adalah amalan bacaan doa utk kita...


doa ini, aku mmg share dekat sidebar aku... tp yg biasa je, bila nampak pink ni macam menarik je...



Mari kita amalkan bersama-sama...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 10, 2012

Merah hijau kuning

Al salam alaykum

Selangor Shines Eco Photo Hunt 2012

Shah Alam - Kapar - Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan - Sungai Besar - Sabak Bernam



Q12: Merah Hijau Kuning yang menyegarkan, hasil keluaran tempatan...


... Dan jawapannya ialah:


Nata de Coco ke?



Gambar: Kredit utk Nurul

Adoi laaa...


Tu la... Tak tengok kiri kanan depan belakang lagi...


p/s: free photo storage dh 1GB... pasni kena update dlm tepon je, letak gmbo sekeping je... :(

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 07, 2012

Hantu Occong

al salam alaykum

masa aku amik Ammar Darwisy dari HUKM, nak bawak balik rumah teman dia tido, jam dah pukul 12 pagi...

"Ciklong, Ammar nak tgk tv"

aku pun bukak la tv... kebetulan berita kat tv3... pastu plak berita kemalangan... dan liputan kat hospital, kat bilik mayat hospital plak tu... tunjuk mayat siap berkafan...

Ammar dengan tak semena-mena:

"Ciklong, tengok tu... hantu occong (pocong)... nnt dia alan (jalan) oncat-oncat (loncat-loncat) cam Ammar uat (buat) ni"

sambil loncat-loncat tunjuk gaya hantu pocong...

adoi laa!! dah la pukul 12 pagi... dah la rumah atas rumah adik aku tu misteri!! si Ammar plak sebok bercerita pasal hantu!

"cepat tido!"

"Ammar nak akan (makan) kek"

nnt ciklong amik... masuk dapur tak bukak lampu...

"Ciklong, bukak la lampu, gelap tu... takuttt!!"

sabo je laa aku!

lepas makan kek:

"Ammar nak susu..."

botol susu Ammar kan ada dlm kete, malas Ciklong nak turun amik, Ammar nak minum susu, Ammar la turun...

"Ciklong la turun, Ammar takleh, takut apek makan Ammar" dia cakap sambil main tab dia...

petah betul alasan!


----------------------------------------------

petang semalam melawat "Abu Sayyaf" kat HUKM,

"Ammar, muka adik Ammar ni macam muka sapa"

Ammar jawab "macam muka Ammar laa"

dop sama lalu...


Ammar Darwisy, umur tak sampai sehari...
http://kehelan.blogspot.com/2009/09/01-september-2009.html 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 06, 2012

Adik Abang Ammar

Al salam alaykum

Saya takde nama lagi. Tapi selalu dgr Ciklong cakap nak panggil Abu Sayyaf. Sbb ibu dgn abah nak bagi nama mula huruf A jugak.

Saya lahir pagi tadi, jam 3 pagi, 06/12/2012. Lewat skit saya kuar. Patutnya doktor cakap saya kena kuar 4/12/2012. Tak puas nak duduk-duduk dalam perut ibu.

Tp abang Ammar dah panggil saya, saya kuar je la. Tapi saya tak jumpa lg Abg Ammar saya dgn Ciklong saya. Ciklong teman Abang Ammar tido kat rumah ibu. Tok Kedah dgn abah teman ibu kat spital.

Kalu ibu sihat, saya sihat, tak kena kuning mcm abg Ammar dulu, petang karang saya boleh balik rumah ibu. Petang karang Ciklong boleh la ulit-ulit saya, insyaAllah.




Wednesday, December 05, 2012

Derma

Al salam alaykum

@tufulah: Sdg mkn, dtg budak minta derma utk Pusat Tahfiz Amal, Kedah. Apabila x dilayan, beliau b'lalu dgn muka x puas hati sambil b'kata "Bodoh la"

Terkejut kitorg!

Betul ke belajar tahfiz ni?

Pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Amal ni ada di mana-mana je...

Kalau aku balik Kuantan, pun diorg ada...
Di Shah Alam pun ada...
Apatah lg di Kuala Lumpur, sentiasa berjumpa...
Tak kira kat tempat makan ke, kat stesen minyak ke, kat bank ke, kat pasaraya ke, mesti ada 2-3 org...

Berapa ramai ustaz yg rajin bawak anak murid diorg ke serata ceruk semenanjung malaysia ni?

Bukanlah anti, cuma pelik... Dah bertahun... Bila ditanya derma utk apa, utk bina asrama... Utk bina bangunan sekolah...

Yg datang jumpa, biasanya budak-budak lelaki la, kdg-kdg budak-budak perempuan, ada yg kata dia staf pejabat Pusat Tahfiz Amal, ada jugak makcik tua, tp aku tak berani nak tanya makcik tu apa-apa soalan...


Setiap kali kalu diorg jumpa aku, aku akan tanya:

1. Datang dgn sapa?
2. Datang berapa ramai?
3. Tido kat mana?
4. Ustaz awak mana?
5. Awak betul ke belajar tahfiz?
6. Awak dah makan ke belum?

Bukan setakat cuti sekolah, hari sekolah pun tgk diorg ada! Bila masa diorg belajar eh?

Biasa yg aku interview, diorg ckp diorg dtg hari jumaat, sabtu balik la, sbbnya ahad kan dah sekolah...

Pernah mak aku tanya "Ustaz awak mana? Ustaz mintak derma jugak kat situ..." Sambil tunjuk kat maybank...

Org kata, kalu nak buat baik, buat baik pada org yg menuntut ilmu... Org yg menuntut ilmu ni sala satu golongan yg boleh menerima zakat...

Cumanya, aku tak setuju dgn pendekatan membawa murid-murid bermusafir jauh utk mengutip derma... Kadang aku isi minyak pukul 11.00 mlm pun, ada lg diorg kat stesen minyak... Kesiannya!

Aku cuba google, mmg byk jugak cerita pasal Pusat Tahfiz Amal ni... Tp kebenarannya hanya Allah yg tahu...

Tp sbb td dpt perkataan "Bodoh" sedih aku rasa!

Monday, December 03, 2012

Rawatan

Al salam alaykum

Tengahari tadi pergi buat rawatan gigi, dalam misi nak menghabiskan peruntukan kampeni... Tp claim lg 3 bulan la baru dapat...

Doktor sangat ramah... Tengah dia gerudi gigi aku dia tanya soalan macam-macam... Tp cemana nak jawab, semua alat dok dalam mulut aku... Angguk-angguk geleng-geleng je la...



Awak duduk mana?

Saya duduk dekat apartment M. Sewa bilik.

Duduk dgn tuan rumah ke?

Tak, sewa bujang. Doktor duduk mana?

Saya duduk kat puncak. Awak pernah sampai?

Tak lagi. Jauh tak?

Dekat je. Bagus kalu awak pergi sana jalan kaki sampai puncak. Saya tgk ada security guard bangla tu dari gemuk jadi kurus. Awak cuba la.

Pastu dia gelak...

Aku sengih. Nampak sgt ke aku gemuk?

Hehehehe....

Kemudian dia bercerita pengalaman dia dalam kehidupan, onak ranjau yg dia tempuh nak jadi pakar pergigian... Pasal anak-anak dia, pasal bisnes dia, pasal pesakit-pesakit dia... Sedar tak sedar dah sejam lebih aku dok situ...


Selepas sesi consultation, scaling, x-ray, jumlahnya adalah RM 286.00.

Terbuntang mata aku!


Ok, lagi 6 bulan aku cari klinik gigi lain plak...





Sunday, December 02, 2012

Banyakkk

Al salam alaykum

Pagi tadi jumpa member kampeni lama...

Beberapa bulan lepas kot aku naik Tabur dgn dia, dia bawak budak-budak ofis dia, dan sorg dua mmg adik-adik la kan...

Pastu aku saja kenenkan dia dg sorg budak yg aku tgk mmg stok baik-baik...

Pastu tadi dia citer kat aku...

Budak ni suka usik dia, kenenkan dia dgn budak Korea...

Kawan aku cakap, walopun dia suka international, tp mak dia takkan approvenya, kena cari local jugak...

Kawan lg sorg menyampuk "ooo nak yg local, ni haa ada sorg budak local ni haaa!"

Kawan dia merujuk kpd budak yg stok baik-baik la...

Dan budak tu jawab "dia beza banyakkk umur kot dr saya, tak boleh..."

Hahahaaha...

Ayat tak boleh blah...


Punah harapan aku nak tgk kawan aku bahagia! Hehehehe...

Kena carik stok lain!