...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, October 31, 2012

I don't care?

al salam alaykum




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 25, 2012

Rahsia

al salam alaykum


Everybody should have at least two friends...one to talk to and one to talk about.


tak ingat amik kat mana quote tu...

...........................................................................................


dah bila pegang rahsia "one to talk about" takkan nak bercerita kat "one to talk to" kan?

itu sudah tidak amanah...

nak jadi amanah bukan senang, tapi wajib utk amanah...


terima kasih kpd sahabat-sahabat yg percaya kepada aku!



........................................................................................



hidup kita ni, tak seindah yg macam yg kita nak, yg macam kita harap...

tiba-tiba, timbul je persoalan, timbul je masalah, timbul je macam-macam yg tak dijangka...

kusut!

tapi apa yg kusut bukan bermakna tak boleh dirungkaikan, kan?

ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut pun tak putus, tepung pun tak selerak...



dan, walo apa pun terjadi, kita mesti yakin hikmah yg Allah nak beri tu sangat la banyak!

kita tidak gembira pada hari ini, esok lusa pasti bahagia itu milik kita kan?



ahli keluarga dan sahabat-sahabat yg aku kasihi sekalian, walau apa pun dugaan yg kita hadapi, sebesar mana pun ujian yang datang, hadapi dengan redha, hadapi dengan sabar, hadapi dengan tabah... Allah akan beri sebaik-baik ganjaran...



.........................................................................................


Selamat menyambut Eidul Adha buat semua...





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, October 24, 2012

Dunia yang kecil...

al salam alaykum

ye, dunia ni kecik je...

dulu aku bekerja di sebuah kampeni sebagai Client

skrg, aku kerja kat kampeni skrg ni, sebagai Vendor


 dan mereka terjumpa e-mail aku yg telah berusia 2 tahun...




"What a small world. We just like the soccer players. One day we are playing for Red Devil and tomorrow we are the Gunners." - Che Wan Rojas




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, October 22, 2012

2 hari

Al salam alaykum

Tiba-tiba dpt plak update hari ni... Byk draft tak sempat habis karang... Nak habiskan dh malas plak...

PC aku problem, tunggu budak IT tak datang-datang... Kerja banyak nak kena kejar bos sebelum Rabu... Sedih aku!

Ok la... Cerita pasal gambar-gambar di bawah...

Gambar pertama:
Akhirnya dapat jugak jumpa Kak Yanti, kawan sekolah aku kat Masjid Assyakirin KLCC, semasa program Jelajah Cinta Rasul...

Gambar kedua:
Muhammad Rayyan Zikri, anak kak Zack yg aku jadi pengapitnya awal tahun dulu... Semoga sehat menjadi johan yg cemerlang, gemilang, terbilang dunia dan akhirat

Gambar ketiga:
GGK masuk photorace treasure hunt di Matic, dari KL-Putrajaya-KL... Dapat no 6... Sedih itu sedih, tp itu rezeki pada hari itu... InsyaAllah, nnt dapat la no 1 plak kan?

Alamak, mana budak IT tsk masuk pfis lg ni???




Tuesday, October 09, 2012

Mee Ketam Keramat

Al salam alaykum

Ramai sangat yg cari Mee Ketam Keramat sampai sesat masuk blog aku ni...

Aku pun tlg sama la carikan! Dan bertanya kpd penduduk Keramat... Tp penduduk Keramat pun tatau...

Tadi tiba-tiba Thirah tepon cakap dia dah nampak Kedai Mee Ketam, dan dia ajak aku makan... Aku yg baru kenyang makan KFC terus bersetuju...

Restoran Mee Ketam ni rupa-rupanya nama sebenarnya ialah Mee Ketam KL, kat Jalan Keramat Dalam... Sejalan dengan Masjid Keramat, dan jugak sederet dgn Klinik Menara... Aku amik gambo papan tanda kedai, tapi tak jelas...

Aku tanya Thirah, betul ke kedai ni yg orang dok cari? Mcm takde org pun, dah la nama kedainya Mee Ketam KL, bukan Mee Ketam Keramat... Kita cuba dulu je...

Masuk ke restoran, betul la kot yg org cari... Sbb ada pelekat Jalan-Jalan Cari Makan TV3... Dan banyak jugak keratan akhbar kat dinding-dinding tu...

Aku tanya apa yg istimewa... Jawabnya Mee Kari Ketam dan jugak ketam blackpepper... Aku order Mee Kari Ketam biasa, harga RM 8.00 semangkuk, dan Thirah order Nasi Putih Ketam Blackpepper harganya RM 7.00...

Bagi aku Mee Kari Ketam tu sedap... Ketam lada hitam tu pun sedap...

Ada jugak Mee Kari Udang Galah... Kalu ada lain kali, insyaAllah nak cuba la plak...

Gambar tak banyak, sbbnya memori tepon aku dah penuh...

Ok, so korang boleh pergi merasai sendiri keenakan Mee Ketam KL...


Sunday, October 07, 2012

Bukit Tabur 2

Al salam alaykum

Thirah tiba-tiba ajak teman dia ke Bukit Tabur... Sbb dia bawak kawan-kawan dari ofis dia...

Thirah dah boleh bukak agensi pelancongan, asyik jadi tour guide je yek!

Aku tak yakin aku boleh panjat... Jadinya aku panjangkan kepada Miza utk temankan sekali...

Alhamdulillah, kami berjaya menawan Bukit Tabur... Walopun aku la byk sekali berhenti... Dgn kaki yg sakitnya, dengan tak cukup tenaganya... Dah lama kan aku tak mendaki sejak kaki aku terseliuh bulan 5 dulu?

Tapi aku kena cabar jugak kaki aku ni... Masa mendaki mmg nyut nyut nyut kakinya... Nak patah balik, laluan mmg ngeri... Nak tak nak, aku kena jugak habiskan...

Alhamdulillah, berjaya!

Masa nak turun lalu kebun durian org tu, mmg takleh nak laju sgt, kaki aku dh terasa sakitnya...

Hmmm... Rasanya kami mula dalam pukul 8.30 dan sampai ke bawah lebih kurang pukul 12.00 tengahari...

Ok la kan utk aku yg dh lama sangat rehat sbb sakit kaki ni kan...

Saturday, October 06, 2012

Anak Saudara Baru

Al salam alaykum

Julie dah bersalin semalam... Jangka sepatutnya 24.10.2012... Tapi baby nak kuar awal plak ye...

Sempat melawat Julie di hospital dgn Miza... Susah jugak nak cari tempatnya... Kat Presint 8, Putrajaya... Rupa-rupanya nama tempat ialah pusat Bersalin Risiko Rendah...

Ahmad Zhareef Haikal... Semoga membesar bagai johan... Jadi anak yg soleh, cemerlang, gemilang dan terbilang...


Friday, October 05, 2012

Cari-cari

 al salam alaykum

selama ni aku yg cari pasal org lain...

ni bila nama kita plak yg terpampang, kecut jugak rasanya...




Dayang Azizah, saya harap awak yg cari saya dari Negeri di Bawah Bayu!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 04, 2012

kat mana tu?

 al salam alaykum

dalam seminggu, mesti ada 3 - 4 kali org dtg blog ni sbb mencari mee ketam keramat...

kat mana tu? nak tau jugak!!!

yg aku tau, kat Shah Alam ada la, belakang UNISEL tu...

kat Keramat ni kat mana?

kongsi-kongsi laa... nak merasa jugak!




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, October 03, 2012

Guna Otak

al salam alaykum

pagi tadi masa sarapan bercerita pasal game yg ada dlm handphone masing-masing... pastu aku teringat yg aku tak main lagi game Where's My Water, setiap hari akan ada game yg baru, selama 10 hari...

dan, diorg cakap, apa la main game cam tuh... tak membina langsung... org main la hangman ke, sudoku ke, scrabble ke... baru mencabar skit...


sapa kata main game ntah apa2 tu tak mencabar minda? kalu tak gunakan akal dan minda yg Allah kurnia ni, takdenya dapat nak selesaikan game tuh dgn skor yg tinggi kan? sama la main sudoku ke, scrabble ke, semua kena guna otak kan?bagi aku, semua game akan menajamkan fikiran...


aku pun byk download game utk Ammar... tp dia dh tak banyak nak main game dia... sebok suh aku ajar dia main Where's my water jugak... ni pun mencabar minda jugak nak ajar budak kecik sorg ni... aku mmg takde bakat nak mengajar... last-last dia fedap main je sendiri2 sampai pandai...



aku ada jugak game Sudoku dan Hangman... dan jugak pernha download scrabble, tp tak pernah main scrabble, aku delete laa... sudoku ni mmg hari2 main, sblm nak tido... hangman dh lama tak main, tp sayang nak delete...


dan sebenarnya, yg aku main pun skit je... yg lain semua Ammar dan si Nisa yg main... ada sekali aku delete game kete, Ammar bising carik game kete dia dh hilang, kena la download semula... 

aku tgh berkira-kira nak download game lain jugak, tp tatau nak delete yg mana satu... sbbnya memori tepon aku dh tinggal tak sampai 100MB... tu ada 16GB tu... kalu 32GB, tatau la ntah apa menda lagi aku download... 

nampak gayanya kena delete gambo la kot... tu lg sayang nak delete!


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Tuesday, October 02, 2012

Jodoh Pertemuan

al salam alaykum

semalam, kami meraikan hari lahir Puan Hajjah Zainab, pelajar paling senior dalam kelas talaqi kami.... umur beliau ialah 76 tahun... lahir pada 28/09... tu pun tahu sbb Ustaz borak-borak dgn Puan Hajjah... pelajar kesayangan Ustaz...




kebetulan pulak, Ustaz bawak isteri dia smlm...jadi tumpuan la semalam... lupa plak nak amik gambo mereka berdua... dan baru kami tahu, isteri Ustaz seorang doktor perubatan rupanya... Doktor Rohaida... patut la Ustaz selalu cakap hantar isteri dia pergi hospital, ingtkan sakit ke apa ke... Doktor rupanya... isteri Ustaz umurnya 36 tahun...

Kak Norlijah tanya Ustaz, macamana kenal dgn isterinya... dia ckp, jumpa dalam mimpi... bila tanya dgn isterinya, isterinya pun menjawab, Ustaz pun cakap camtu kat dia, sampai skrg mmg dia tatau cemana Ustaz boleh jumpa dia... tp, dah jodoh tertulis di sana kan?

aku sebenarnya kagum la, sbb bukannya ramai Ustaz yg beristerikan seorg Doktor... yg aku tau, Ustaz Saifulislam... kemudian, kawan aku sendiri, tp Aris bukan la Ustaz, dia Cikgu Sains, isterinya Asmiza, kawan aku jugak, seorang doktor...

Kak Norlijah dia dok tanya-tanya sbb risaukan pasal anak dia... aku sengeh je laa... Kak Norlijah pulak ckp kat isteri Ustaz aku ni bujang lagi... isteri Ustaz cakap, takpe, insyaAllah panjang jodohnya... yg penting, ingt ni, org yg baik, dijodohkan dgn org yg baik-baik...

hmmm... aku ni baik ke?

Lama tak lama borak, setengah jam jugak laa... sbbnya Ustaz ada mesyuarat utk peperiksaan bulan November nnt... dia tinggalkan isterinya dgn kami... macam2 la diborakkan... bila Ustaz datang ambil isteri dia, kami pun beransur utk pulang... masa bersalaman, sekali lagi Doktor Rohaida cakap "insyaAllah, jodoh awak panjang..."

aamiin... aamiin... aamiin


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Monday, October 01, 2012

Ola Oli

Al salam alaykum

 

Semalam, menengok Nasi Lemak Kopi O, mengimbau nostalgia permainan zaman kanak-kanak… budak-budak sekarang kalu yg kat kampong tu mungkin main lagi la kot… tp yg dok kat Bandar ni mungkin mmg dok terperuk dalam rumah, sbb bahaya main kat luar kan? Jadinya, main kat handphone, main internet je la kerjanya…

 

Tp mungkin jugak kalu main yg acara-acara ada nyanyi mcm Ola Oli, under the rainbow, set-set tom tom, enjit-enjit semut, pak mat jual kopi, cak cekur udang gamit  dan sebagainya laa, dh tak glamer agaknya…

 

Kalu ikutkan pengacara NLKO smlm, diorg main menda ni, dlm bas… aku pun sama la, tak dlm bas, masa tunggu bas, kat rumah kalu takleh kuar main dgn kawan-kawan…

 

Kalu yg main kat luar rumah plak, main lompat getah, gelap cerah (galah panjang), bola kaki, bola selipar, konda kondi, apa khabar datuk harimau, main deccott (teng teng), bola tin, polis sentri wan tu jaga, dan sebagainya… kalu main bola selipar tu, kalu main ngn budak2 laki, sakit jugak la badan ni kena lempar… hangin jek…

 

Ok, sebenarnya nak taip lagu penuh Ola Oli… sbb smlm kat FB Puan Husna Ne’mat request kat status aku… dia ckp kalu tny pakcik google blum tentu boleh jawab… aku ckp nnt aku tulis tempat lain, then silalah tanya pakcik google lg sekali…

 

Tapi bila aku googled banyak je sebenarnya org dh tulis…

 

Takpe taip aje…

 

Ola oli diberi nama saudara saudari

Cikebum cikebum

Malam malam minggu siang siang hari

Disko disko breakdance breakdance

Putih putih melati ali baba

Merah merah jelita meow meow

Siapa yg baik hati Cinderella

………………………………….

 

Eh, tah tak ingt la plak…

 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::