...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, September 30, 2012

50 Buah Buku Setahun

Al salam alaykum

Bila tgk barisan novel dan buku yg blum aku baca, rasanya sempat tak utk 50 Buah Buku Setahun?

Dh lama tak buat update...

Aku rasa aku mampu utk baca 50 buah tahun ni tapinya...

Aku akan update semula mulai Januari tahun depan yek!

Tahun ni update sendiri2 je...

Friday, September 28, 2012

Kak

Al salam alaykum

Kakak yg sama nama ayahnya dgn aku, adalah hari terakhirnya di kampeni lama pada hari ini...

Masa aku dgr yg dia tender resignation, aku terkejut...

Ye la... Sbbnya mcm2 yg berlaku sejak dari akhir tahun lepas sampai la saat hari terakhir aku di sana...

Perubahan yg tak dijangka, dan tak tersangka... Mmg buat aku rindu betul dgn dia sblm perubahan drastiknya...

Semalam, aku berjumpa dgn dia... Dan dialah yg pernah aku kenal sblm ini... Aku dapat dia semula! Alhamdulillah...

Cuma, tumpang simpati dgn apa yg berlaku dlm rumahtangganya... Kami bersyukur, segalanya telah berakhir... Juga simpati utk apa yg kampeni telah buat padanya...

Jadinya kay, claim ko yg 35 inggit yg diorg x bayar lg tu, cubalah lupakan... Akak tu punya claim 500 lebih pun kompem mmg dah tak boleh dapat!

Kak, selamat memulakan penghidupan baru... Allah bersama kita kak!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 27, 2012

Bahasa Pantun

Al salam alaykum

Masa aku pi Muzium Negara hari tu, ada pameran bahasa... Aku suka pantun-pantun yg ada kat situ...

Nak share kat FB mcm tak larat, aku share kat sini je laa...


Indahkan?




Wednesday, September 26, 2012

Bilik Lelong

Al salam alaykum

 

Semalam aku berpengalaman masuk Bilik Lelong kat Kompleks Mahkamah Kuantan… kebetulan plak, ada anak kawan ayah aku… kesian mendengar ceritanya…

 

Dia suami isteri, nak beli rumah yg diorg sewa skrg… pinjaman bank dah lulus, tinggal nak bayar down payment kat tuan rumah je… rumah tu dia setuju nak beli dgn harga 90k… kemudiannya, tiba-tiba datang surat lelong… adoi laa!!! Terkejut la kan? Tiap2 bulan bayar sewa, tp rupanya tuan rumah tak bayar pun kat bank…

 

Rumah dilelong dgn harga rizab 68k… dan semalam,ada 4 org pembida termasuklah dia… kesian sungguh! Ada 2 pembida tu, mintak dia bagi duit air, RM 5,000 kalu tanak bagi diorg lawan… dan ada lagi sorg tu, nak jugak lawan sbb mmg dia nak sangat jugak rumah tu… lepas bincang dgn peguam, sbb dia pun dpt pinjaman bank 100k, lawan je, takyah la bagi duit air ni…

 

Lelongan pun bermula… majistret menetapkan sekali kenaikan ialah RM 3000… tergezut jugak laa… sbbnya kalu baca kat blog-blog, biasanya kenaikan RM 500 – RM 2,000…. Banyak jugak tu! Dipendekkan cerita, nak jadi rezeki anak kawan ayah aku ni, dapatlah kat dia rumah tu dgn harga lebih kurang RM 80k… bertepuk tangan kami dalam tu…

 

Berdebar jugak rupanya proses lelongan ni… aku pernah tgk sekali lelongan awam kat PKNS Shah Alam… tp takde la berdebar sangat mcm semalam… mungkin sbb masa tu mmg byk sgt rumah kena lelong, dan pembidanya aku tgk yg sama je… org ckp mmg ulat la, saja kaco nak bagi harga lagi tinggi…

 

Pengalaman berharga utk aku…

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 25, 2012

25 Sept 2012

al salam alaykum

terjebak sekejap... aku mmg tak sokong Lynas, tp takde la sampai nak join perhimpunan segala bagai...

tapi tadi masa menunggu masa, diorg panggil utk bergambar... aku pun join je laa...





berita selanjutnya boleh rujuk sini:

http://m.malaysiakini.com/news/209849

 
mak aku pun ada kena tarik bergambar sekali... 


 ::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, September 22, 2012

Sedapnya!!!

Al salam alaykum

Terima kasih utk Cik Miza, kek aiskrim oreo baskin robbin sedap sangat...

Terima kasih utk Abg Meran belanja kami mee bandung undang galah... Sungguhhh sedapp!!

Wednesday, September 19, 2012

BAKAL

Al salam alaykum

Ada budak kat ofis aku ni, mmg budak lagi, umur 22 kot… pergi rumah kawan lelakinya utk berkenalan dgn keluarga…

Sebelum tu, aku tanya, dia dah datang rumah awak tak berkenalan dgn keluarga awak? Dah… mak cakap apa? Mak cakap ikut suka awak laa…


Bila dia dah masuk ofis, kami pun bertanya, cemana? Lulus tak?

Tak! Kena reject!

Haaaaa? Ye ke?

Rupa-rupanya dia yg nak mereject… sbb? Sbb dia cannot go bercakap dalam loghat yg dia tak paham… nak tergelak jugak!


Dia orang Jawa Perak, kawan lelakinya org Kemaman, Terengganu…

Macam-macam!

Kisah korang cemana plak?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 18, 2012

Peluang Kedua?

al salam alaykum

aku dapat panggilan, panggilan temuduga... dia panggil temuduga hari Isnin nanti... dulu tahun 2009 aku pernah pergi temuduga, tak lepas masa temuduga yg kedua...

tp utk temuduga kali ni, aku mintak dijadualkan semula... bulan Oktober... macam banyak songeh kan?

HR tu cakap cam ni kat aku: "berdoalah banyak2 semoga org yg kami panggil utk temuduga bulan ni tak terpilih, jadinya nnt kami boleh panggil awak datang temuduga nanti"

ye, aku terasa la jugak...

kampeni besar tu! ko tolak temuduga kay!

bukannya aku sengaja...

aku kan baru kerja kat kampeni baru ni 3 bulan... surat pengesahan pun tak dapat lagi... minggu depan aku dah amik cuti sehari, nak balik Kuantan pada hari Selasa... cuti aku pun tak banyak... takkan dalam sebulan aku nak amik 2 hari cuti berturut-turut? aku kena jaga jugak nama aku... integriti kan?

takkan aku nak amik cuti sakit sbb nak pergi temuduga kan? aku mmg tak berani...

aku percaya, peluang yg baik, dengan izin Allah, akan datang jua lagi sekali...

dengan niat yg baik, insyaAllah ganjarannya juga baik... berdoa lah kay, moga ko dapat panggilan temuduga tu lagi sekali...

tapi, kalau bukan itu takdirnya, redha dan pasrah ye!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, September 15, 2012

Di Mana Joe Jambul?

Al salam alaykum

Tgh tengok Di Mana Joe Jambul? Di TV1... Rancangan yg dah lama takde... Dulu-dulu, Zizi la pengacaranya, takkan la skrg ni Zizi lg kot?

Skrg Aril... Walopun mcm tak sebest dulu, tp aku suka je...

Heheheh... Umur 31 pun tgk lg yek?

Joe Jambul skrg ensem skit dari yg dulu...


Aku suka, apa nak dikata...

Friday, September 14, 2012

OFIS BARU

Al salam alaykum

Rasanya aku dah lama tak bercerita pasal kerjaya aku… ok, skrg aku dah nak masuk 3 bulan bekerja kat kampeni Bumiputera kat Kuala Lumpur… ofisnya sangatlah dekat dengan rumah sewa, aku jalan kaki je gi kerja… Alhamdulillah… Cuma, nak pergi kelas talaqi tu la, jauh la skit kan, kat shah alam sana…

Pasal ofis ni, staffnya tak sampai la 100 org pun, semua Melayu… Alhamdulillah… setakat ni aku ok, walopun kadang-kadang aku terasa jugak macam nak cari kerja lain… department aku ada 2 org je, iaitu aku dan budak bawah aku laa… dan oleh sbb aku baru je masuk, org selalu refer kpd dia berbanding aku… tp Alhamdulillah, sekarang ni kehadiran aku disedari oleh mereka semua… kalu kita susah nak terima org baru, begitu juga org lain kan?

Oleh sbb kampeni ni 100% Bumiputera dan staff pun skit je, masa bulan Ramadhan best jugak… dgn adanya berbuka puasa dgn anak-anak yatim… dapat hamper hariraya daripada kampeni… masa bestday aku yg lepas, dapat hadiah baucer… menda-menda kecik, dan nilai pun kecik, tapi kesannya besar jugak utk aku… sbb mcm dah lama tak rasa pengalaman macam ni…

Ruang lingkup tugasan aku, takde sebenarnya… tak tertulis dlm SOP… tugas aku pada minggu pertama, mengarang dulu apa yg patut aku buat… dan jugak kena buat JD utk budak aku jugak… sbb kami takde JD spesifik, jadi kena wujudkan JD baru… mana yg berlubang aku kena tampal… susah jugak yek!

Kadang-kadang, terasa jugak rindu menyapa utk melawat ofis di KL Sentral… tp aku tahankan hati… aku sampai je KL Sentral, selalu jugak… kalu nak tgk ofis lama, tgk dr dalam train je la, nmpk… jumpa kawan2 pun sorok-sorok… hahahahaha… lawak tak patut…

Cumanya kat sini, yg aku tak berkenan, tentang menepati masa… kalu org panggil meeting pukul 11, mmg lg 5 minit pukul 11 la aku dh terpacak kat bilik meeting… tp nak tunggu semua org menjelma tu, payah! Cthnya hari ni, setengah jam menunggu org lain, tu pun selepas dipanggil baru sorg2 masuk… hello! Masing-masing pun busy, tp dah namanya meeting, tolong la tepati waktu… masa kita smeua sama, ada 24 jam kan? Ada sekali tuh, aku sengaja je masuk lmbt 5 minit, pun masih lg aku yg awal masuk bilik meeting… adoi laa… sgt tak best ok perasaan kalu org dtg cari kita utk masuk meeting…

Tapi hakikatnya, aku berharap aku dapat bertahan lama di sini… walopun boleh dikatakan tiap minggu jugak la dapat e-mail dari headhunter mintak resume…


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 13, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Kasut orang tak sama dgn kasut kita

Al salam alaykum

dah habis baca novel Nah, untuk Awak! seperti biasa terbitan Jemari Seni...

nak tau sinopsis novel, boleh klik link pada tajuk buku...




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 11, 2012

Rindukan Kebiasaan Itu

Al salam alaykum

Kebiasaannya, pagi-pagi berjalan kaki menuju ke ofis, dan petang-petang pulang dari ofis, aku akan memanjangkan leher meninjau keadaan kereta aku… maklum la, parking kereta kat luar, kat tepi jalan, macam-macam kemungkinana la… ada perubahan tak, ada kemek ke, ada tambahan geseran dan calaran ke, ada menda hilang ke…

Tapi, dah dua hari,aku tak dapat tengok kelibat kereta aku ni…

Seronok yek duduk kat Kuantan?

Kat kereta pun boleh rindu eh?

---------------------------------------------------------------------------


update 12.00 pm:
Anak sepupu saya, Razanur Haziqah telah kembali menemui Penciptanya sebentar tadi di Hospital Muar, Johor setelah koma sejak sebulan yg lalu... harap sahabat-sahabat semua dapat mensedeqahkan Al-Fatihah kpdnya dan mendoakan kesejahteraan beliau di sana...

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, September 07, 2012

Siri Bercakap Sorang

Al Salam Alaykum

ok, sejak balik makan nasi kerabu kelantan delight semalam, aku dah bercakap sorang-sorang...

tlg, jgn biarkan aku keseorangan!!

parah ni... :-(


ni semua Jessica, Kak Gee dan Ryan punya pasal... uwwaa!!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, September 06, 2012

Jamuan Raya 2 kali

al salam alaykum

Novel Menunggu Hujan dah ada pemiliknya... Siti Fadilah dari Shah Alam... Semalam jumpa dia bagi kat Masjid...

tahniah yek!

--------------------------------------------------------------------

nak cerita jamuan raya talaqi Al-Quran kami... sebenarnya, kami nak buat hari Rabu, ntah cemana, ada makcik-makcik tersalah paham, diorg bawak makanan hari Isnin... dgn kami ni satu apa pun tak prepare... takde air, takde pinggan, takde sudu garfu... 

Ustaz cakap, takpe la, kita ngaji dulu, pastu kita makan...

lepas turn aku ngaji, aku keluar kelas pergi Giant Masalam... beli air, sudu garfu dan pinggan... masa tu lg 10 minit Giant nak tutup... kelakar sgt! makanan pada hari tu ialah pasta goreng, kuih muih dan pulut serunding... pulut serunding Makcik Zainab mmg terbaik! aku pantang skit kalu pulut, sbb angin... tp aku menambah 5x, akibatnya lesu dh 2 - 3 hari laa...

raya tiba-tiba hari Isnin

dan, Makcik Arti cakap, kita takyah buat lah hari Rabu, kensel saja laa... tapi kami tak setuju, dgn Ustaz sendiri tak setuju... kita buat jgk lagi sekali, "saya nak makan sate jugak" gurau Ustaz kpd kami... ekekeke...

jadinya, semalam hari Rabu, lepas mengaji, berjamuan la kami... kalu hari Isnin hanya satu meja makanan, kali ni 2 meja... meriah dgn makanan dan aneka kuih muih... gambar tak dpt diambil, sbbnya masing-masing dh menyerbu ke meja dgn jayanya...

dlm kelas aku, bkn setakat makcik, ada yg berpangkat, ada yg biasa-biasa, ada yg bergelar Datin, ada yg memegang jawatan Professor... tp Ustaz cakap, dalam kelas, kita sama je, seorg pelajar... :-)

semoga ukhwah kami berpanjangan... aamiin...

Ustaz ckp yg bujang duduk bawah, yg betul bujang 2 org je... ekekeke




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, September 05, 2012

Raya-raya lagi

al salam alaykum

Cuti Hari Kebangsaan, aku nak balik Kuantan, mak aku cakap tak payah laa... pergi la beraya rumah kawan-kawan kat KL tuh...

hahahaha, nak pi beraya pun nak kena bersuruh yek! nak balik Kuantan sbb aku nak main dgn Adam... rindu!!!

oleh itu, lepas berpuluh-puluh email, set dgn GGK, 31/08/2012 pergi beraya rumah diorg...


ahli rombongan beraya Cik GGK

rumah pertama: rumah Nurul... kuih muih sedap, chocolate chip sedap, kek coklat sedap, tp tak berapa nak lembap, sedapp jugak... dan spaghetti kuah melimpah... sedapp!!!

rumah kedua: rumah Ezza... jumpa Safwan yg hensem... gmbo takde dlm handphone aku, malas nak korek FB... chocolate chip dan tart nenas yg sedapp!! mihun goreng pun sodapp... air teh sejuk pun sodappp...

rumah ketiga: rumah Rien kat Alam Damai... Rien bg makan soto... sedap! dan sampai tercabut kaki meja... kuikuikui...

rumah keempat: rumah Huzz... Huzz ckp konsepnya pandu lalu... pandu lalu la sangat... pandu, rehat, makan dan blah... gabungan Sheppard Pie dan air limau ais mmg mengancam laa!!! terima kasih Huzz sbb bg kami tapau...

dan rumah terakhir, ialah rumah Yatt... lama tak jumpa Yatt, last jumpa masa p Mulu la kot... dia bersalin aku tak gi tengok... dan anak Yatt si Haraz mmg bam bam bam... mihun singapore, triffle, chocolate chip sedapp!!

setiap rumah aku p, chocolate chip mesti ada, dan sedapp!



Nama saya Auni...


kemudian, plan berjalan raya ngn Husna ke rumah sedara maranya tak jadi, lepas servis kereta, ke rumah Eagy... nak beraya dan tengok baby baru...

Suami Eagy hidangkan kami cekodok udang, dekat dua pinggan jugak la habis... ahahahaha... mujur aku kenal pasangan suami isteri ni dari USM lg... :)

Ahad sepatutnya ke Nilai, tp dibatalkan... aku ke rumah Kak Nadia, kakak Sally... rumahnya kat Denai Alam... kalu ikut GPS dlm masa setengah jam dh boleh sampai, tp sbb rasa diri lg pandai dari GPS, jadinya perjalanan amik masa sejam... uwwaaa!! mujur tak sesat sampai ke Rawang sana...

melawat Sally, dan anaknya si Danish, dan juga mama Sally yg tak sehat... tp alhamdulillah, masa jumpa sehat skit walopun tak sepenuhnya... insyaAllah, dgn azam yg kuat, mudah-mudahan mama Sally sehat seperti sediakala... aamiin...


Hi Danish!! 

 tak habis lg berjalan raya ni... banyak lg rumah yg belum dikunjungi, sama ada sempat dgn tidak je... tak sempat raya ni, sambung aje lepas Syawal kan?


 ::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::