...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, August 30, 2012

GA kot...

Al salam alaykum

Aku ada beli novel dari Jemari Seni, dan sempena bulan Ramadhan, beli 3 buah novel Jemari Seni percuma sebuah novel...

Memandangkan hampir ke semua novel Jemari Seni aku dh ada, makanya aku nak bagi novel ni kpd pembaca blog aku...

Novel ni sebuah je... Sila hantar e-mail kpd tufulah@gmail.com

Kalu nak tau sinopsis, layari web JemariSeni.com

Siapa cepat, dia yg dapat...



Tuesday, August 28, 2012

Sisih dan Derma

al salam alaykum

sebelum raya, mengemas almari aku kat bilik sewa ni...

selepas raya, mengemas almari aku, kakngah, nisa kat Kuantan...

berapa banyak beg plastik besar-besar... yg mana boleh buat kain buruk, ayah aku amik letak dekat dewan KRT...

yg lain-lain, bagi sedara mara tengok dulu, amik mana yg ok... yg lain, letak dalam tong derma dekat Giant Hypermarket...



dah lama sangat...

bila nak masukkan plastik berbondong-bondong tu, penuh rupanya tong ni... sama ada:

1. Time posa ramai yg menderma
2. Cuti raya org tak sempat nak kutip
3. Mmg dah lama tak berkutip


takleh nak tutup


aku je yg kena tutup mata, mensisihkan semua baju-baju walopun pada hakikatnya masih boleh dipakai, tapi sebenarnya dah tak terpakai-pakai... baik derma kan?

dan, bak kata Miza, boleh la kita beli baju baru... heeeeee



:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Thursday, August 23, 2012

Raya-raya



al salam alaykum

Eidulfitri 2012, kami beraya tanpa Kakngah dan Iman... Kakngah kat Kedah, Iman atas kapal tanak balik-balik...


keluarga Abang pakai pink, aku pun belikan ayah aku baju melayu pink lembut, mujur mak aku ada jgk baju ala-ala pink...


2 Syawal, pagi-pagi lg gerak ke Muar... melawat Makteh, kendian p Hospital Muar, anak sepupu aku koma dh sebulan sbb sakit buah pinggang... sama-sama la kita doakan yg terbaik utk Haziqah...

kendian, singgah sekejap rumah keluarga Aza, makan briyani Johor... pastu terus gerak ke Gelang Patah...

Chik dah berapa kali sms tanya bila nak sampai Gelang Patah... jalan dalam bandar Muar pun jem tak hengat!! masuk tol Pagoh, jalan sesak, pastu singgah sekejap kat R&R Pagoh, rasa nak nangis... kuar dr R&R Pagoh, jalan dh jam, boleh gerak dalam 20kmj je...

pastu plak, banyaknya kereta main aci potong belah lorong kecemasan... tensen oooo!!! tu tak kira lagi yg bawak laju tiba2 menyelit masuk hampir nak langgar kereta kita... adoi laa!! kita dh berhati-hati, tp org lain takde hati perut la plak...

sampai ke Gelang Patah pukul 10.30 malam... bertolak dari Muar pukul 6.00 petang...


bergambar kenangan depan rumah Makngah... yg ada, Paklang, Maktam, Chik dan Makngah serta keluarga masing-masing...


3 Syawal, dari Gelang Patah, ke Kota Tinggi, ziarah rumah Pak Andak di Penawar dan rumah Tokteh kat Felda Papan Timur... dan terus balik ke Kuantan...

tahun ni tak beraya ke Terengganu, sbb KRT kawasan aku dapat tempahan buat laksa seawal 4 Syawal, mak aku salah sorg dari AJKnya... jadinya, berjalan-jalan rumah kawan-kawan sekitar je laaa...



ni beraya rumah Raz - yg belah kanan tu...


yg ini kat rumah Fidah


ini kat rumah Nor


ini kat rumah Tim (pergi malam sbb flight dia subuh Sabtu)


beraya jugak kat rumah Shuhada dan Asyha tapi lupa nak bergambar... tahun ni Ika yg mula berjalan raya dulu, maklumlah Cik Peguam kita cuti lama la plak tahun ni... dan kami membuat edisi terjah ke rumah kawan-kawan yg lain... tp org yg hendak diterjah kebanyakannya takde kat rumah, Herny, Maziah, As, Pah dan lain-lain...

dan edisi raya kali ni mcm2 berita plak kami dapat... tahun lepas berubah status, tahun ni dh meningkat la plak... ketinggalan kami ni... tahun depan jangan la tinggal aku sorg je... biar la sama2 bertukar... aamiinn....

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, August 21, 2012

Sejarah Raya

Al salam alaykum

Lebih 20 tahun aku tak pernah dapat duit raya dari jiran aku ni, tiba-tiba raya kali ni dapat singgit...

Haruslah raya dalam sejarah...

Thursday, August 16, 2012

cerita di TV

al salam alaykum

dlm bulan Ramadhan ni, mmg banyak sangat la rancangan yg menarik kan? semua tv ada rancangan masing-masing...

oleh sbb tahun ni aku sambut Ramadhan di tempat baru, mana la aku ada Astro, tgk tv pun sorg2 dalam bilik, cam tak berbaloi plak nak pasang Astro, jadinya, aku dok ulang siaran percuma je la pun...

tp dalam banyak2 rancangan, tak semua pun aku sempat nengoknya...

yg betul aku tengok, Samarinda - 7 Ramadhan dan TV1 - Baitul Rahmah... itu je!

nak nengok Ustaz Don, tv al-hijrah tak dapat langsung kadang-kadang... waktu sahur je kadang-kadang dpt tgk ulangan Ihya Ramadhan...

dalam aku dok ikut cerita tu, geram jugak, asal tiba posa je mesti cerita sedih-sedih...

7 Ramadhan kisah anak angkat yg durhaka tak mengenang budi... takde la terkejut sgt, sbb zaman skrg ni anak kandung yg durhaka tak mengenang budi sangatlah ramai...

Baitulrahmah pun pasal anak kandung yg derhaka, hantar mak munah pergi rumah org tua swasta... tp dlm cerita Baitulrahmah ni, watak-watak org tua di Baitulrahmah tu menggunakan identiti sebenar, yg telah pun meninggal dunia... tp tatau la cerita tu cerita benar ke atau rekaan semata-mata...

setakat ni, ini je la yg aku layan, kadang-kadang kalu mata boleh bukak lg, aku layan la jugak Kias Ramadhan kat tv3 tu... pagi-pagi tgk Tanyalah Ustaz kat TV9...

ada rancangan lain lg ke yg lagi menarik?



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, August 15, 2012

Khatam

al salam alaykum


peringatan utk diri sendiri



alhamdulillah, lepas setahun, khatam jugak aku pada hari ni... spt biasa, aku mula mengaji pada Ramadhan tahun lepas ye... mula 1 Ramadhan, dengan surah Al-Kahfi, juzuk ke 15... tahun lepas, 15 Ramadhan dah khatam, tahun ni 26 Ramadhan baru khatam...

dan aku malu, sbb dalam masa setahun dari Ramadhan tahun lepas sampai la 1 Ramadhan tahun ni, hanya mampu utk baca 14 - 15 juzuk je dalam masa setahun!! malu, sungguh malu...

novel banyak plak boleh baca setahun! ada tu boleh baca sampai 3x sebuah novel!

sungguh patut ko malu Kay!

kali ni membaca makna surah dalam juzuk 'Amma dan jugak beberapa surah yg pernah aku hafaz zaman sekolah dulu...

hari ni akan mula juzuk 1 semula... harapannya, kalu sampai Ramadhan tahun depan (insyaAllah) dan la khatam 2 kali... aamiin...


p/s ini entri utk muhasabah diri aku, bkn niat utk menunjuk2...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 14, 2012

malam seribu bulan

al salam alaykum

apabila anda "dikejutkan" pada pukul 3 pagi, tetapi anda mengambil keputusan utk tido semula, kerana waktu kebiasaan anda pukul 4 pagi... tetapi terjaga hanya pukul 5.30 pagi, apakah perasaan anda?

Redha dan pasrah...


Jika ia malam tadi, dan bukan takdirnya rezeki kita, marilah kita terus berdoa, berdoa, berdoa, berdoa... semoga ada lagi kesempatannya pada tahun mendatang...

Jika ia belum lagi terjadi malam tadi, masih belum terlambat, masih ada lima malam lagi...

burung berlagu riang
hatiku sedih alang kepalang

belum penat utk mencari...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, August 11, 2012

Alhamdulillah

Al salam alaykum

Alhamdulillah, doa makbul!

Smlm berbuka puasa dgn housemate! Makan bertambah aku...

Nikmat berbuka puasa

Friday, August 10, 2012

Mimpi Ngeri

Al salam alaykum

Banyak kali jugak aku mimpi ngeri...

bulan-bulan posa plak ni...

:(


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, August 09, 2012

Jemputan Berbuka

al salam alaykum


dah masuk 10 Ramadhan terakhir ni, banyak plak undangan berbuka puasa...

dugaan utk org yg suka makan macam aku ni...


apa khabar checklist ramadhan kita? ada yg dah settled? ada yg di pertengahan? atau tak bergerak langsung?

checklist aku, separuh je kot... nak pulun supaya lebih dari tahun lepas...





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 07, 2012

Doa

Al salam alaykum

Doa yg aku belajar semasa umur 6 tahun di Taski At-Taqwa, Kuantan

Bacalah ia selepas solat...



Monday, August 06, 2012

Hadiah

Al salam alaykum

Dapat hadiah dari kampeni baru... Alhamdulillah...

Nak guna bila Kakngah balik raya kat Kuantan nnt, insyaAllah

Thursday, August 02, 2012

31

Al salam alaykum

 

Lagi 2 minit ke pukul  12 tengah malam, mata mmg dh kuyu nak tido, dapat sms:

 

“Selamat datang ke umur 31 pada esok hari. Fakta nombor semakin meningkat, hakikat sela masa makin singkat. Ingat-ingat, biar rasa hina pada kehidupan yang singkat tapi yakin mulia selamanya di akhirat”

 

Spt biasa, mmg akan buat aku tersengih, seperti bertahun-tahun yg dulu…

 

Terima kasih J

 

 

-------------------------------------------------------------------------------------

 

Puan Nurul Edry plak:

 

Kenapa Allah tak bagi apa yg kita nak?

Kenapa Allah lambatkan permintaan kita?

Kenapa Allah lanjutkan lagi usia kita?

 

Mesti ada sebabnya. Dia lebih tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya.

Dia bagi lebih masa & ruang untuk kita mengadu pada Nya.

Tak semua apa yg kita impikan tercapai, tp aku doakan yg terbaik untuk ko!

 

-----------------------------------------------------------------------------------

 

Terima kasih utk semua ingatan terutamanya daripada Pa, Ma, Abg, Iman, Kakngah, Puan Firuz, Cik Dayang, Puan Edd…

 

sahabat-sahabat sekalian, tak kira SMS, FB, LINE, E-mail, Whatsapp dan apa2 saja talian perhubungan kita…

 

terima kasih utk doa dan juga ingatan kalian terhadap aku yg kerdil ni… Hanya Allah yg dapat membalas segala kebaikan korang selama ni…

 

------------------------------------------------------------------------------------

 

Selamat Hari Lahir
Iringan doa kuhulur
Bersyukur kepada-Nya
Atas nikmat usia

 

Tu Lagu Saujana

 

 

Betapa banyaknya nikmat yg Allah bagi kita setiap saat yg berlalu…

 

Meh kita mengira sekejap…

 

Cuba kira… 31 tahun x 365 hari x 24 jam x 60 minit x 60 saat = 977,616,000

 

Banyaknya!!! Nak menyebut pun tak reti…

 

 

Cuba kira berapa plak pahala yg kita buat utk setiap saat yg berlalu tu?

 

Dan, cuba kira plak, berapa dosa yg kita pernah buat utk setiap saat yg berlalu tu?

 

Dan, berapa kali kita mengucapkan syukur?

 

Dan, berapa kali kita beristighfar?

 

Bila dihitung-hitung, dikenang-kenang, diingat-ingat, mmg tak sebanyak nikmat dan rahmat yg Allah bagi kan?

 

 

Tuhanku aku tidak layak masuk syurgaMu

namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu

terimalah taubatku dan ampunkan dosa2 ku..

Inginku ubah cara hidup ku yang lalu

menjadi hamba yang diredhai selalu

 

 

Lagu Saujana juga – Nur Malam

 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Wednesday, August 01, 2012

aku yang seorang

Al salam alaykum

 

Nak masuk pertengahan Ramadhan sudah… cuba utk menghabiskan senarai semak Ramadhan tahun lepas… Usaha-usaha utk meningkatkan ketaqwaan, utk beroleh Rahmat, Maghfirah dan Pembebasan Api Neraka…

 

Cuma, aku merasa Ramadhan kali ni agak hambar sikit… sbbnya berbuka dan bersahur sorang-sorang… masak sorang-sorang, makan pun sorang-sorang, tengok tv pun sorang-sorang… dan semuanya dalam bilik… eh, masak kat dapur la… mmg tak best…

 

Aku mmg dari dulu lagi mmg allergic dengan keseorangan… menda-menda mesti nak berkawan… tp, itulah yg harus aku tempuh sekarang ni… dugaan Ramadhan di tempat baru…

 

Bersahur dan berbuka beramai-ramai dengan family aku pada hujung minggu pertama dan minggu kedua… dan, oleh sbb demikian, aku pun nak balik jugak minggu ni ke Kuantan… tak sanggup nak lalui Sabtu dan Ahad yg sunyi keseorangan…

 

Dan minggu keempat Ramadhan, pagi Sabtu kelas mengaji di Shah Alam, kemudian nak berkampung kat Pangsapuri Suria Subang… (awal plan tu)

 

Ada sesapa nak mengundang aku berbuka puasa pada hari Ahad?

 

 

 

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::