...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, July 31, 2012

Buffet Ramadhan di Kafe Istana Budaya

al salam alaykum

mula-mula malas dah nak up entry makan-makan buka puasa di Istana Budaya, sbb aku tak amik gambo pun, lg pun bulan posa tunjuk gambo makanan tak berapa nak syok... tp adik aku plak rajin amik gambo apa yg ada atas meja kami... dan, Huzz bertanya pada entry yg sebelumnya... jadinya entry ni utk Huzz la khasnya...



plan nak berbuka kat sini dari tahun lepas lagi... tp asal telefon nak booking je, meja dah habis... jadinya tahun ni telefon awal-awal, alhamdulillah ada rezeki utk ibu mengandung tu... rezeki jugak nampak Hafiz Hamidun dan jugak Red Mummy (aku tak baca pun blog dia)



kami gi buffet Ramadhan di Kafe Istana Budaya ni pada hari ahad lepas, 29/07/2012... sebelum tu berkampung kat Mid Valley, sbb ada pameran dan jualan utk ibu-ibu mengandung, adik aku nak cari barang utk anak kedua yg insyaAllah bakal lahirnya akhir tahun ini...




keluar dari MidValley pukul 5.30 petang, sbb menjangkakan Jalan Tun Razak akan sesak sesesaknya... tp tak sesak langsung... lepak dulu kat Tasik Titiwangsa setengah jam, baru la pergi ke Istana Budaya... nasib baik dah ramai yg ada kat situ...



utk informasi:

No telefon Kafe Istana Budaya: 03-4026 5535 (tempahan dibuka mulai 1.00 ptg setiap hari)
Harga: RM 35.00 per pax




dengan harga RM 35, pelbagai juadah yg disediakan... dari segala jenis pencuci mulut, sampai la hidangan masakan ala kampung...


ada jugak ayam dan ikan bakar... kambing bakar pun ada... tp kambing bakar lepas solat maghrib la baru ada...


yg aku suka makan: boleh dikatakan semua!! tp aku tak sempat nak rasa Roti John, ketam masak lemak dan udang masak merah... sbb yg ni dihidangkan dekat nak isyak dah... tak larat la nak makan banyak-banyak... sekarang perut kecik... dan jugak tanak jadi mcm syaitan...



nasi putih pun aku tak sentuh, makan nasi lemak sebungkus, kemudian lauk pauk, laksa johor, kuih muih etc... tp aku tak sempat jugak nak rasa puding roti, sbbnya dah habis...


bila anda berbuffet, jangan lari dari matlamat utama Ramadhan... tiba-tiba plak kang kita yg menjadi syaitan yg direjam...

::: Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Yang Maha Esa :::

Monday, July 30, 2012

Gembira

Al salam alaykum

Kdg-kdg, perkara yg membuatkan kita gembira, tak payah menda-menda yg besar.

Semalam, berbuka puasa dgn famili adik aku di Istana Budaya, perkara yg menggembirakan...

Membeli-belah utk famili, perkara yg membahagiakan...

Dan, mlm tadi, aku teringin sangat nak minum teh o ais limau... Tp foodcourt kat rumah aku ni, pukul 10.30 mlm pun dah takde apa... Nak pergi ke kedai mamak, aku segan, penuh dgn lelaki-lelaki yg baru balik dari terawih...

Tadi, Aizah, Husna dan Kak Roza datang membuat penghantaran kerepek, aku paksa diorg ikut aku minum kat kedai mamak... Dapatlah minum teh o ais limau... Sangat menggembirakan aku!

Sapa kata nak gembira-gembira mesti perkara yg besar-besar saja kan?

Dan, Ramadhan sudah masuk fasa yg kedua... Jom kita rebut! Nak gembira dan bahagia tak?

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem

Al salam alaykum

Ahlan wasahlan wa marhaban ya Ramadhan!!

Jom, kita rebut peluang setahun sekali ini!

Monday, July 16, 2012

Kuar TV jgk

Al salam alaykum

Abg Firdaus, jiran kat Kuantan dulu, tepon mak aku cakap, "muka kaklong kuar tv7 la!!"

Tak sangka keluar jugak kat tv... Mujur tengahari, tak ramai sangat yg tgk aku merapu ntahapahapantah pasal entri semalam...

Ok wassalam

Sunday, July 15, 2012

Help Call Button

Al salam alaykum

Sebelum tu, tak keluar pun muka aku kat NTV7!!!

Heheheh...

Ok, siang tadi aku ke Sunway Pyramid dgn Husna dan Kak Roza... Parking kat CP3, nampak la ada butang merah kat dinding tiang... Tp tak la aku tgk dekat, cuma terbaca kat tiang merah tu "Help Call Button" ke Emergency Call Button... Aku pun x ingat, cumanya dalam tv tulis Help Call Button...

Sampai ke pintu masuk nak ke lif, kami ditahan tiba-tiba... Ingtkan ada buat salah, rupanya kena temuramah... Microfon disua ke Husna, Kak Roza dh ke belakang, dan aku setia di sisi Husna... Hahahaha...

Dia tanya Husna, tau tak pasal button tu? Aku pun nyampuk, baru baca tadi... Dia tanya lagi, tak tgk tv ke asa berita pasal button tu? Tatau pun! Hahaha... Lg dia tanya, bagus tak shopping complex punya usaha adakan button tu? Bagus la bla bla bla bla (aku tak ingt apa aku jawab, tp mcm menyimpang je)... Apa lg usaha penambahbaikkan yg patut dilakukan? Aku mmg tatau nak jawab apa dh, sbb tatau cemana function sebenarnya... Dia tak terangkan pun, cuma logic akal bila tekan butang, security pun datang laa kan?

Kak Roza plak temuramah pegawai perhubungan Sunway Pyramid tu... Bila button ditekan, pegawai keselamatan akan datang dalam masa 10 saat... Pantas la jugak, tp dlm masa 10 saat apa pun boleh jadi...

Kami masuk menyelesaikan urusan... Kemudian beberapa jam kemudian, kami keluar utk meninjau butang tu cemana...

Rugi plak tak amik gambar...

Kalu korg tgk tv, tau la cemana butang tu... Sebenarnya kena tambahbaik kan lg...

Butang tu kita kena guna jari utk tekan... Tp kalau kecemasan, mmg takkan tertunjuknya nak tekan butang tu... Sepatutnya, dia kena buat butang timbul utk ditekan dgn tapak tangan... Bayangkan, dalam kecemasan, korg nak menekan dgn jari sambil berlari tu? Susahkan? Jadinya, butang kena tukar jadi butang timbul...

Dan yg kedua, butang kecemasan tu, terletak agak jauh juga antara satu sama lain... Untuk wanita, jenuh la nak berlari nak pergi ke tiang yg berbutang... Yg agak mudah dikesan sbb setiap butang tu ada ditiang merah...

Setakat ni kami tgk butang tu ada di level CP3, di level CP2 takde lagi... Mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa...

Usaha Sunway Pyramid ni patut dicontohi oleh shopping complex yang lain jugak...

Mujur jgk muka aku tak kuar NTV7 tadi...

Tuesday, July 10, 2012

Tuesday, July 03, 2012

terima kasih

Al salam alaykum

Aku mmg sukar nak mengungkapkan "terima kasih"... terutama sekali kpd
mereka yg rapat dgn aku... keluarga, saudara mara mahupun
sahabat-sahabat...

Bagi aku, cara utk mengucapkan "terima kasih" bukan sekadar
mengungkapkan dengan perkataan, tetapi banyak lagi cara lain...

Mmg ada sahabat aku yg menegur, mak aku pun tegur... jadi sedikit demi
sedikit aku cuba la utk mengungkapkan dengan perkataan...

Tapi, bila ayah dan mak aku mengungkapkan ucapan terima kasih dgn
perkataan baru-baru ni, aku jadi sedih...

Terpikir dengan diri sendiri... berapa banyak kali aku ungkapkan ucapan
terima kasih kpd mak ayah aku selama ni? Kadang-kadang je!! Banyaknya
hanya dalam hati, dan banyaknya dari segi lain...

Dah nak masuk umur 31 tahun ni, berapa banyak menda yg mak ayah aku
buatkan, berikan dalam hidup aku? Berapa banyak kasih sayang yg
dicurahkan, macam lautan yg tak bertepi tu? Ada kita ucapkan "terima
kasih"? mungkin dari segi material, ada... tp, mungkin tak sama dgn
sepatah ucapan "terima kasih"

Dah tak sanggup nak menaip lagi... dh merah mata ni...

Jangan kedekut utk mengucapkan "terima kasih"

Monday, July 02, 2012

Kena lagi!

Al salam alaykum

Sekali kena, mesti berkali-kali kena ye!

Melayang duit raya aku kena bagi kat PDRM...