...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, June 28, 2012

buka tutup

Al salam alaykum

 

Baru-baru ni, aku ke Sungai Wang Plaza… alang-alang nak ke Lowyat, mari kita mengukur Bukit Bintang la kan…

 

Masuk la I**tan… ada sale katanya… masa tgk2 baju dan seluar yg potongannya sehingga 80%, datang la adik salesgirl dok mencadangkan kat aku suh beli baju yg macam kimono… tp size terhad laa… aku cuba la jugak size XL, tp mmg muat2 je, mcm takde ruang pernafasan… adik tu ckp, dia pun pakai baju tu jugak, pakai dgn legging dan jugak tudung corak-corak… pastu dia tunjuk lagi satu, pun cakap camtu jugak, ni kalu akak pakai ngn tudung cantik… kami pun mcm tu jugak…

 

Tak sempat nak tanya lanjut, dia pun cakap… sebenarnya saya mmg bertudung di luar waktu kerja… time kerja je cabut tudung, sbb polisi syarikat tak bagi kami bertudung waktu kerja…

 

Hah? Ada lagi ke kampeni macam tu kat Malaysia, sebuah Negara Islam ni?

 

Aku dgn tak piker panjang… aku tanya “kenapa tak cari je kerja kat tempat lain? Parkson ada je org pakai tudung…” opsss… maaf!

 

Betapa org Islam di Negara Islam dinafikan haknya…

 

 

 

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Saturday, June 23, 2012

Kemalangan

Al salam alaykum

Adik aku, Khairi Kamaruddin terlibat dalam kemalangan yg membabitkan 2 buah kenderaan di Muadzam Shah, Pahang...

Kesemua mangsa dilaporkan stabil, tp ada yg cedera parah... Adik aku sendiri, patah tulang kaki...

Sekarang dia dan keempat kawan-kawannya berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan...

Aku harapkan adik aku dan kawan-kawannya dan keluarga masing-masing bertabah dan bersabar atas dugaan ini...

Bagi aku sendiri, mmg peristiwa ni menyedihkan, tambahan lagi adik aku baru je menimang cahaya mata 2 bulan yg lalu... Alhamdulillah, isterinya sendiri dah dapat bertukar ke Kuantan...

Aku berdoa, semoga semuanya dapat sembuh sebaik dan secepat yg mungkin...

Dan kpd pembaca blog dan diri aku sendiri, berhati-hati walau di mana saja, gerah nak datang tak bagi petanda...


Thursday, June 21, 2012

Cuti

Al salam alaykum

Selepas berpindah kerja, apa yg aku terasa sangat kehilangan, sangat-sangat, bukanlah elaun cermin mata, ataupun elaun pergigian, ataupun sumbangan KWSP majikan 15%, ataupun bonus kesetiaan yg masih berbaki 1.5 bulan, tetapi lebih kepada Cuti Tahunan...

Itu mmg aku rasa peritnya... Dari cuti yg setahun aku dapat 21 hari, sekarang hanya 14 hari... Perit!!

Tiada lagi cuti yg akan aku bawa ke tahun hadapan... Tiada lagi cuti hari raya Eidulfitri yg panjang... Tiada aku cuti berlebihan semasa EidulAdha...

Nak cuti pergi temuduga jauh-jauh pun kena pikir panjang... Kalu dapat temuduga di Terengganu, kena mintak Ahad laa... Kalau di KL, selepas pukul 5.30 pm boleh tak??

Selepas dipukul rata utk tahun ini di syarikat baru, aku dapat 7 hari cuti... 3 hari cuti utk Hari Raya Eidulfitri (cuti wajib, takde dapat cuti percuma), 4 hari lagi utk acara jalan-jalan bersama ibu dan ayah aku bulan 11 nanti, InsyaAllah...

Mmg sedih!! Aku dah takde cuti yg aku kumpul cukup sebulan...

Aku kena belajar berjimat tentang cuti aku!

Yg buat aku rindu tempat lama, tidak lain dan tidak bukan, CUTI!



Sunday, June 17, 2012

Baru

Al salam alaykum

Setelah lebih kurang 16 hari aku bercuti di Kuantan, hari ni aku kembali ke Kuala Lumpur...

Kerja baru, kediaman baru, suasaba baru, kawasan baru, serba serbi baru...

Semangat juga mesti baru!!

Aku dapat lagi satu tawaran, tapi tak berapa menarik, kontrak setahun, walaupun lebih sikit dari tawaran pertama, aku tak boleh terima... Sangat berisiko!

Sepanjang berada di Kuantan, aku mengharapkan ada panggilan temuduga di kawasan sekitar, Kuantan, Kerteh ataupun Kemaman, tp tak ada pun...

Takdirnya Kuala Lumpur jugak...

Dapat panggilan temuduga di Kuala Lumpur, aku tolak... Alasan, kaki aku yg masih sakit lagi akibat main paintball sebulan lepas...

Pasal kaki aku ni, alhamdulillah, lepas 2 kali berurut dengan bomoh patah, keadaan beransur baik... Takde la 100 peratus, rasa sakit ada lagi skit-skit, tapi tak la menyeringai macam dulu... Bengkak pun dah surut... Alhamdulillah...

Cumanya, aku terpaksa mengehadkan aktiviti berat dan lasak la skit... Baru tahu betapa berharganya kaki!

Untuk esok, aku harap semuanya ok!

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua... Aamiin


Saturday, June 16, 2012

Kursus Haji

al salam alaykum

Ahad 3/6/12 aku ikut mak ayah aku pi kursus haji... yg ni kelas terakhir sebelum kelas intensif selepas hari raya nanti...

bukanlah kami dapat pergi haji pun tahun ni, tp mak ayah aku pergi kursus sebagai persediaan awal... tahun depan nak pi lagi...

aku je yg tak pergi-pergi kursus, bkn sbb pandai pun, tp tak pandai nak bahagi masa... padahal kat Masjid Shah Alam tu ada je...

hari kursus terakhir ni buat praktikal tawaf, sa'ie dan melontar...

aku ikut utk tawaf & sa'ie je... melontar aku tak buat... adik aku dh buat muka penat, so teman dia lepak... mak ayah aku je la buat...

praktikal tawaf dan sa'ie ni utk Haji Tamattuk...


 bakal jemaah mendengar penerangan

 tawaf umrah

 Saie antara Safa dan Marwah

 bersungguh-sungguh menghayati

 replika Kaabah

masa buat praktikal nih syahdu jugak dalam hati!

berdoa-doa moga mak ayah dapat panggilan haji tahun ni... keputusan rayuan katanya dapat dalam bulan Ramadhan nanti... kalau ikutkan pendaftaran, giliran kami tahun 2024 nanti... moga sampai usia kami ke tahun itu utk mengerjakan ibadah haji... tp harapannya agar dapat pergi awal lagi... aamiinn...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, June 15, 2012

Kaza Watersports

Al salam alaykum

Kalau korang ke Kijal, tersinggah, menyinggah dan singgahlah ke Awana Kijal, Terengganu...

Pantai pun cantik...

Kalau nak bersukan air, byk pilihan di Awana Kijal...

Kaza Watersports ni sepupu aku yg jaga... Kepunyaan ayahnya...

Aku nak sewa bot nak bercandat sotong je yg tak dapat nak buat lagi...

Apa lagi!! Jom la bercuti...


Thursday, June 14, 2012

Nak geget!!!

Al salam alaykum

Pertamanya aku nak gigit tepon aku ni... Tiba-tiba 3G tak available la plak...

Bertekak dgn adik callcenter sbb aku sorg je yg tiba-tiba tak boleh nak ber3G di wilayah 3G Kuantan ni...

Keduanya... Aku mintak adik aku hantar MMS nak tahu sama ada aku je yg bermasalah ataupun tepon dia sekali...

Sekali dapat gambar ini!!! Mana aku tanak geget!!!


Khalis Adam Faiz... Cepatlah besar Ciklong nak bawak jalan-jalan naik motor!


Sunday, June 10, 2012

Penyu...

Al salam alaykum

Kat Awana ada pameran penyu... Sempena cuti sekolah agaknya...

Baru aku tahu penyu ni keluarga Dinosaur rupanya...




Friday, June 08, 2012

Berjumpa & Bercerita

Al salam alaykum

Plan nak jumpa Asyha, Fatimah ngn Rafidah... Tp Asyha dah balik USM plak...

As plak ikut...

Tp tak bawak la anak dan suami dia...

As nak sambung belajar tahun depan... Nak jadi pakar bidang apa tatau lagi... Tlg la jadi Pakar Sakit Puan ye As!

Rafidah dah jadi assistant kat Pasdec... Heh, boleh dapat rumah murah2 tak?

Fatimah, tak dapat tukar sekolah lagi... Seronok dok Sarawak... Hehehe

Tuesday, June 05, 2012

Din & Dang

Al salam alaykum

Sempat jugak jejak kaki ke kenduri Puan Dang Fatihah Abd Aziz... Sahabat aku yg rapat di Kolej Matrikulasi Terengganu...

Majlis sebelah Dang 27.05.2012... Tapi aku pergi sebelah suaminya di Jabor pada 03.06.2012...

Tahniah Dang! Moga sampai ke syurga...