...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, May 31, 2012

Au Revoir

Al salam alaykum

Jumpa lagi nanti!

IKLAN: Kami sedang mencari housemate baru!

 ini ialah entri melekat... sila skrol ke bawah utk entri terkini


 al salam alaykum


Pangsapuri Suria Subang, Batu 3, Shah Alam...
Kami sedang mencari seorang housemate baru, seorang wanita bujang...

Kemasukan June 2012

Kemudahan dalam rumah:
Astro, TV, dapur etc… kira mmg lengkap la sebuah rumah keluarga bahagia…

Bawak tilam, bantal, almari dan kelengkapan diri sendiri je masuk bilik!

rumah bersih & selamat 

 24hrs security

Berdekatan dengan Plus, Elite, Guthrie, Federal, NKVE, KESAS highway

Berdekatan dengan tesco, giant, komuter batu 3, kedai makan, pasar malam batu tiga, seven eleven, klinik, subang hi-tech industry etc.

Sewa yg berpatutan

Deposit: 2 + 1 month utk utility…

Utk maklumat lanjut, sila hubungi:

Husna: 019-6676327, e-mel: spiral_beauty@yahoo.com


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, May 29, 2012

Pindah III

Al salam alaykum

Akhirnya, bukan lagi rahsia...

Tak sangka plak bos nak raikan kami...

Rezeki la dapat makan ayam kepsi dan kek butterscotch secret recipe...

Oh ya! Dpt 3 kuntum bunga ros lg...

Org buat baik dgn kita, kita balas la dgn kebaikan...

Org buat jahat, kita buat baik jugak pada orang...

Hari terakhir aku bekerja ialah 31.05.2012...

Hari terakhir aku bergelar staf Tambatan Pelampung Tunggal Malaysia Sdn Bhd ialah 15.06.2012...

Heh... Aku masih lg busy menghabiskan pakej-pakej kerja aku...

Ya Allah, permudahkanlah urusan-urusanku ini!

Terima kasih utk semua!



Monday, May 28, 2012

Pindah II

Al salam alaykum

Menjawab persoalan kawan-kawan semua, saya berpindah dari Shah Alam ke Kuala Lumpur berkuatkuasa 01.06.2012...

Takde rezeki lagi nak balik ke Kuantan...

Knp ke Kuala Lumpur?

Nanti la plak yek

Kalau dapat balik ke Kuantan, alangkah syurganya!

Sunday, May 27, 2012

Pindah

Al salam alaykum

Baru siap kemas utk pemindahan...

Yg nk bawak balik Kuantan tak kemas lagi...

Yg kat ofis mungkin sekotak lagi...

Sedang memikir utk me-let-go katil bujang yg aku beli dari Dekdaa dan tilam free yg Pah bagi...

Tak larat nak angkut nak bawak balik Kuantan...

Aku harap muat la dlm Myvi sebuah, Viva sebuah...

Beg baju besar 4 biji
Almari buku 1
TV 1
Set Astro 1
Kotak barang 4
Kotak ofis dlm kete 1
Bakul baju 1

Macam banyak plak!!

Ada ke lori kecik 1 tan nak disewa pagi2 esok? Heh, awal2 tanak kemas, yakin sgt boleh muat dlm kete...

Mujut mesin basuh aku jual kat Husna... Lega skit, takyah nak pikir nak angkut balik Kuantan...

Tido la, pagi esok nak kena gerak awal...


Saturday, May 26, 2012

Sejarah

Al salam alaykum

Sepanjang 3 tahun 7 bulan aku kerja kat Tambatan Pelampung Tunggal ni, hari ni ialah pertama kali aku cipta sejarah, aku masuk ofis pada hari Sabtu...

Haruslah aku catat kan?

Cipta sejarah la katakan...

Wednesday, May 23, 2012

Berdiri duduk bongkok

Al salam salam alaykum

Berdiri duduk bongkok adalah salah satu permainan dalam rancangan Super Spontan...

Petang td, ada raptai majlis perasmian bangunan kot kat bangunan hijau kami...

Tiba-tiba terdengar lagu Negaraku dimainkan... Dgn spontan aku pun berdiri... Masa sekolah rendah dulu, cikgu ajar bab patriotik salah satunya ialah berdiri tegak apabila lagu Negaraku dimainkan...

Dan, aku kalau bab patriotik boleh tahan sangat la... Heh!

Kena gelak la jugak tadi sbb aku je yg berdiri...

Tiba-tiba, terfikir...

Apabila azan dilaungkan, tak kiralah di laca televisyen, di radio, secara langsung dari masjid, takde la plak kita nak berdiri... Apatah lagi bangun utk terus berwuduk dan bersiap-siap mendirikan tiang agama...

Dhaif betul diriku ini!

Tuesday, May 22, 2012

Saturday, May 19, 2012

Tua

Al salam alaykum

Aku dan Husna ke Berjaya Times Square, ada hari terbuka utk sebuah syarikat...

Interview sekejap je... Bagi resume, daftar, isi borang, interview dgn HR, lagi 2 minggu panggil interview utk kali kedua...

Kemudian, aku cadang nak ke KL Tower, nak bagi sokongan utk kawan-kawan yg panjat tangga menara, tp bila dh tgk theme park yg dh lama aku idamkan... Aku beli tiket theme park la...

Teruja!!!!

Terus tarik Husna ke DNA Mixer... Bak nangis aku mintak turun semula!

Berapa kali tunggang terbalik kat situ... Lama plak tu!!! Rupa-rupanya rosak!!! Uwwaaa...

Turun je, aku mmg dh tak betul, sakit kepala, nak pitam, nak muntah semua ada...

Rehat lama la jugak, pastu pergi main plak Ooort's Express... Laju gila pusing!!

Kuasa dua nak muntah...

Kendian, naik tingkat atas pi main budak2 punya dulu...

Aku dh angkat tangan suh Husna main sorg-sorg... Tp mengenangkan bayar masuk mahal, aku gagahkan diri main semua, kecuali Space Attack... Hahahaa...

Habis semua, aku berpendapat aku dah tua la nak main-main kat theme park... Tak pun sbb teruja sangat! Bila kena yg paling teruk dulu, tu yg anglat tangan terus!

Dan ralat, sbb terlalu teruja, telepon berkamera aku ni terus simpan masuk loker, tak ingt nak bergambar kenangan...

Thursday, May 17, 2012

Cool

Al salam alaykum

Adakah kena saman oleh PDRM COOL???

Cool la sangat ye!

Selasa malam, aku keluar dari simpang Bdr Seri Permaisuri, nak masuk ke simpang Bdr Tun Razak, jalan sesak yg amat... Jadinya aku pertama kalinya guna lorong kiri sekali, lorong kecemasan namanya... Pada aku, bkn nak ke Kajang/Cheras pun, nak keluar semula ke Simpang Tun Razak, yg jaraknya 500m je...

Tak sampai 100 meter, nampak pakcik polis, cuba masuk semula ke jalanraya, kena tahan jugak...

Buat muka toya, dimintak lesen, aku bagi lesen... Lesen plak mati hari Ahad... Dgn muka terkejut-kejut, saya tak perasan pun lesen saya mati!

Jadinya, aku malas nak soal banyak, saman je la encik...

Aku tanya, kena bayar berapa? Dia jawab 150 je... Lega gak la dgr, sbb ayah aku yg ikut kat belakang pun kena saman jugak...

Alhamdulillah, polis tak saman ayah aku sbb anaknya dah disaman... Terima kasih pak polisi!

Semalam aku cek kat MYEG, saman potong kiri ialah RM 300! Pakcik polis tipu aku! Terus tak jadi nak bayar saman...

Biar la dulu kat situ!

Ini adalah kali kedua aku disaman sepanjang aku memiliki lesen B2 & D... utk kesalahan kali pertama yg aku buat...

Dan, ia tidak COOL ok!

Saturday, May 12, 2012

Wednesday, May 09, 2012

Monday, May 07, 2012

Siaran langsung

Al salam alaykum

Langsung dari Krabi Resort, Pantai Ao Nang, Krabi Thailand

Gambo pantai Laut Andaman la yek!

Tak berjalan lagi...

Sunday, May 06, 2012

Kemas

Al salam alaykum

Setiap kali nak berjalan, dari kecik sampai la dh tua ni, perkara yg paling buat aku runsing ialah kemas beg baju...

Tak kira la nak berjalan yg ada jadual, atau balik kampung, baju la buat aku paling runsing... Cukup ke tak? Ke trrlebih banyak??

Kalau ada jadual, mmg aku bawak baju susun ikut jadual dan aktiviti, dan kemudiannya aku akan bawak lebih sepasang...

Tp utk berjalan esok ni, free and easy konsepnya... Dan aku dh penin nak susun baju... Sbb tatau aktiviti apa lg nak dibuat... Main air dh kompem la... Hiking ada tak ni?

Sudahnya, aku sumbat je la apa2 dlm beg tu... Mujur beg besar kan... Pakai tak pakai belakang kira laa...

Doakan perjalanan dan percutian kami selamat ye!