...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, March 29, 2012

Ketinggalan

Al salam alaykum


http://www.youtube.com/watch?v=g8lZog-XZYs


2 hari lepas Ustaz Din dok nyanyi lagu ni kat aku...

Dan hari ni aku dok nyanyi sorang-sorang...

Kak Gee, bakal tinggalkan aku... Bkn jauh pun, depan aku je... Tapi tukar position terus...

Kak Gee cakap, sblm org tinggalkan dia, baik dia tinggalkan kami dulu...

Minggu depan, mungkin staff baru masuk duduk tempat Kak Gee... Harap-harap hensem... Heheheh... Eh, lupa plak, depan aku dh ada staff baru masuk minggu lepas, muda, dah kawin, hensem takde, manis ada, mcm senyap, tapi bising... Hehehehehe



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 26, 2012

Berpesan-pesan

Al salam alaykum

Dah lama tak cerita pasal kelas mengaji... Alhamdulillah, kami dah masuk juzuk 8, surah Al-Aa'raf.. Bila masuk kelas, kami akan bersalam-salam, dan makcik (nenek) yg berusia 79 tahun, pasti akan cakap kat aku, dia cemburu dgn aku, "muda-muda sanggup datang belajar"

Aku plak, memang kagum dengan dia, sanggup masuk kelas pada usia macam dia... Dan dia mempunyai jiran yg baik, sama-sama juga belajar mengaji...

Aku tak dapat bayangkan, sanggup tak aku nanti (jika panjang umurku) utk datang ke kelas mengaji pada usia 79?

Sesungguhnya jalan utk menuntut ilmu itu tidak mengira usia kan? Sapa yg berusaha, dia akan berjaya...

Cerita lain...

Sabtu dan Ahad, aku sempat mendengar ceramah di Radio pahang.Fm... Mmg sedari aku kecik lagi, radio pahang akan menyiarkan slot ceramah dari pukul 1.30 - 2.00 petang... Nak dengar radio Pahang sila ke channel 107.5 MHz di Lembah Kelang...

Intipati ceramah kali ni, tentang persaudaraan dan silaturrahim... Mesti ramai yg dah maklum, cukup tiga hari tak bertegur sapa sesama muslim, berdosa la dia...

Kadang2, takde sebab pun mesti ada antara kita yg tak bertego dgn sorg dua dlm dunia kita... Bukan apa pun, takde menda yg nak dicakapkan... Org tak tego kita, kita pun tak tego orang...

Ustaz Mad cakap, berdosa bila cukup 3 hari, walaupun kita tak gaduh dgn orang tu... Kalau org tak tego kita, kita la kena tego dia... Biarlah dia tanak tego kita, asalkan kita selamat pada bahagian kita... Sekurang-kurangnya, ucapkanlah salam...

Oh ya, ni berkaitan dgn org yg kita jumpa hari-hari ye! Bkn seminggu sekali, setahun sekali etc... Cthnya, jiran-jiran kita, rakan serumah, rakan sepejabat etc...

Mesti akan ada yg cakap, dah tu takde apa yg nak diborakkan... Kang kalu berborak kang, ada plak yg makan hati, baik diam, ataupun nnt jadi plak gosip-gosip...

Tak pun, ada yg kata "dia tak tego kita, wat apalah kita nak jadi hidung tak mancung, pipi plak tersorong-sorong nak tego dia?"

Tak pun keluar pepatah petitih "pinggan tak retak, nasi tak dingin"

Jadinya, ucapkan salam dan tanya khabar je, janganlah meleret-leret ke menda lain... Tak susah kan?

Teringat plak aku satu novel yg pernah aku baca, walaupun dia gaduh nak marah suami dia byk bulan, tp setiap 3 hari, dia tetap akan tego suami dia, cthnya, mintak belikan barang dapur ke, mintak belikan novel ke, supaya dia tidak berdosa krn tidak bertego sapa...

Nampak macam remeh, tp sanggup ke kita nak menanggung dosa-dosa yg remeh semata?

Marilah kita sama-sama mengeratkan tali persaudaraan kita semua...

Jangan sombong, jangan ego... Hulurkan salam, eratkan persaudaraan...

Pesanan ni utk aku jua terutamanya...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 25, 2012

Gerbera

Al salam alaykum

Ada seorg sahabat aku, guna nickname gerbera...

Takde la plak aku beria-ia mencarinya di internet, apa maksud gerbera tu...

Bila tgk personaliti sahabat aku ni, aku membayangkan gerbera itu lebih kiranya lasak-lasak, ganas-ganas, dan sewaktu dengannya...

Sampai la aku membaca novel "Dapur Wawa", barulah aku tau, gerbera tu apa...


Adoi laa, nak mengesahkannya, aku tanya sahabat-sahabat yg lain... Dan kami bertanya pada pakcik google semalam...


Tak sangka la plak, sahabatku itu, luaran nampak macam ganas, tp dalam hati ada taman rupanya... Hik hik hik...


Cantik bunga tu!




*** Lemah betul aku ni dgn bahasa penjajah, walaupun hari-hari kena cakap omputis di ofis...


Friday, March 23, 2012

Yang baru

Al salam alaykum

Dah lama KTMB war warkan akan ada komuter baru... Mula-mula kata bulan 9 tahun lepas... Kendian beranjak lagi... Akhirnya barulah terlaksana tahun ni...

Gembira la jugak, tp katanya komuter baru tak banyak...

Dapat la jugak merasa 2 kali... Ada 2 koc utk wanita... Alhamdulillah...

Kerusi keras, lapik kusyen nipis je... Setakat ni sejuk lagi la aircondnya...

Canggih!!!

Ada skrin tv, tp suara tak dengar la yek... Pasang citer kartun...

Pengumuman stesen pun dua kali... Pertama semasa gerak dari stesen, dan yg kedua bila dah nak sampai ke stesen berikutnya... Takde la kompius sgt...

Tp, komuter tetap komuter... Masalah tetap masalah... Komuter batal, lambat etc... Mmg tak lari lah...

Harap-harap lg banyak komuter yg ditambah, Lagi efisien la perkhidmatannya...



Thursday, March 22, 2012

Jangan Bersedih

Al salam alaykum

Semalam kan keputusan SPM 2011 dah keluar... Ada yg menjerit kegembiraan, ada yg melolong kesedihan, ada yg tak rasa apa-apa...

Anak sepupu aku, dapat 7A2B...

Sepupu aku lambat bitau keputusan, sbb dia cakap tak best... Kakak dia ckp dia dpt 4A2B3C...

Bagi aku keputusan tu baik la... Tp mungkin jgk baik utk zaman aku... Utk zaman skrg mungkin bg mereka teruk...

Zaman aku SPM tak kira berapa A, yg dikira aggregate... Sapa dapat aggregate nombor sa sa tu kira terer laa kan? Tak tau berapa A dia dapat...

Aku dapat aggregate 9... Terer eh? Zaman tu boleh laa... Cuba sekarang... Hahahaha... Kira ikut bilangan A aku dpt... Aku dapat 5A2B3C... Tak best kan? Jadinya, bagi aku takde apa la sangat kalau keputusan tak dapat banyak A...

Walau apa pun, tahniah utk korang yg berjaya mengambil keputusan SPM masing- masing semalam...

SPM bukan penentu segalanya...


P/s tiba-tiba teringat, asal kuar keputusan SPM je aku pun sibuk nak berSPM jugak, tiap-tiap tahun ada cerita SPM...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Blogged via I-Phone



Tuesday, March 20, 2012

Anak Kampung

Al salam alaykum

Raja Lawak dah habis, tapi suka nak tengok ulangan... Sbb aku suka lagu Anak Kampung, kumpulan Zero punya kije laa...

Jozan macam biasa laa, mmg lawak!! Dapat lagu tu kat dia, mcm2 versi ada... Versi Datuk Yusuf Haslam lawak, tu boleh tgk masa separuh akhir Raja Lawak...

Tahun lepas aku format laptop aku, software convert video ke mp3 dah takde... Tak bulih la aku nak pakai ringtone Anak Kampung versi Jozan...

Korus Anak Kampung versi lelaki:

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Ada balasan plak dari pihak pompuan, nak tergelak...

(Korus)
Tiada kereta mu ndak apa-apa bah
Bapa ku ada jet terbang sini-sana
Siap boleh landing-landing atas sana
Gunung Kinabalu


Aku nak numpang nak landing kat puncak Kinabalu, boleh???





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, March 18, 2012

Bandung

Al salam alaykum

Mee bandung, mmg kegemaran aku...








Yg paling sedap, di Nilam Klasik Di Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam

Tp, yg paling best tentulah yg mak aku masak, lain dari yg lain... Aku tatau la mak aku amik mana resipinya, tp bukan dari Muar la... Mmg lain la! Nnt kalu balik Kuantan aku mintak mak aku buatkan... Nnt aku share resipi... InsyaAllah...


::: hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, March 15, 2012

Fajar dan Senja

Al salam alaykum

Penunggu fajar adalah seorg insan yg setia dan sgt sabar. Krn kasihnya yg sgt dalam buat sang fajar, dia sanggup menunggu munculnya fajar itu setiap pagi. Walaupun dia tahu cahaya fajar yg bakal menjelma itu nanti hanya akan singgah sebentar saja di kaki alam. Kalau dia terleka, fajar itu akan terus hilang tanpa pesan.

-------------------------------------

Alhamdulillah, segalanya ok pada hari ini... Semoga hari esok dan sterusnya pun terus membuahkan kebahagiaan utk aku... Aamiin

Yg penting, mak dan ayah aku merestui aku selamanya...

Redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa kita...

Aku mahu redha itu sampai bila-bila... Aamiin

------------------------------------

Tiba-tiba, AZH tepon aku, Selasa yg lalu, nak mintak no telefon rakan sekelas kami dulu... Alhamdulillah, baru cukup sebulan usia anak lelakinya, lupa plak nak tanya nama... Yg penting, mereka suami isteri bahagia, aku pun tumpang gembira...

2010 - terserempak di PD semasa family day kampeni aku
2011 - nampak kereta mereka suami isteri semasa nak pergi teman Intan mekap
2012 - dapat panggilan telefon

Lagi setahun?

---------------------------------------

Fajar dan senja munculnya hanya sedetik di kaki langit. Tapi biarlah di kala fajar dan senja singgah sebentar di kaki langit, kenangan yg diukir indah selama hidup. - Wanginya, Bunga Rampai...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, March 14, 2012

Alangkah...

Al salam alaykum


Alangkah seronoknya jadi kanak-kanak... Tak perlu nak pikir apa pun masalah dunia...


Nak merajuk, dia merajuk je... Nanti adalah datang pujuk... Tak datuk nenek dia, mak ayah dia...

Tak mak ayah dia, mak pak sedara dia...

Sentiasa disayangi... Sentiasa dikasihi... Sentiasa dirai...



Kemudian, terlupa yg dia prnah merajuk, lepas dipujuk, terus ceria menguntum senyum... Terus lupa apa yg dirajukkan... Takde nak kenang, takde nak bilang...


Pesan mak aku tadi:

Apa-apa yg terjadi sekalipun, jangan salahkan org lain... Tilik diri sendiri, apa yg tak betul dalam hati, jgn menyesal di kemudian hari...


Ya Allah, kau mudahkanlah urusan aku... Pertemukanlah aku dgn titik pencarianku... Aamiin


P/s Aksi Ammar Darwisy ketika merajuk, sbb Tokpa bawak dia jalan2 naik motor sekejap sangat...


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 13, 2012

Tak suka tak apa

Al salam alaykum

Lagu paling best utk aku buat masa sekarang...



Jikalau kau dah tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau kau dah tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Chorus#

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri
Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka ada ada saja
Sukarnya nak ku temui cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangi ku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya


Monday, March 12, 2012

Opss!!!

Al salam alaykum

Opsss!!! Terlupa sudah, pada 10/03/2012 blog aku telah berusia 8 tahun...

Kalau baca entry pertama, tujuan tertubuhnya blog ini ialah dot dot dot... Tp hala tujunya macam makin jauh... Tapi takpe laa, aku je pun yg baca sendiri...

Kalau org lain, 8 tahun tu patutnya dh glamer kan? Dapat pendapatan dari blog... Ada pembaca tersendiri... Oh ya, terima kasih kpd mereka yg ikut blog aku yg tak seberapa ni... Tp tu bkn tujuan tertubuhnya blog ni...

Cuma aku berharap, agar ada manfaat yg dpt korg, sbg pembaca blog aku, ambil dan manfaatkan sebaik mungkin... Moga yg baik-baik yg korang ambil dan amalkan, jadi bekalan tambahan utk aku di sana nanti...

Tiba-tiba rasa mcm nak delete semua entry2 yg lagha...

Pagi tadi, novel2 Jemari Seni telah selamat sampai ke meja aku... 13 buah ke semuanya... Dh lama tak borong online, sbb duit nak beli novel selalu terbabas ke menda lain...

Syurga sekejap aku rasa!!

Nak pinjam? Tunggu aku habis dulu ye...



Friday, March 09, 2012

Horas - Medan Akhir

al salam alaykum

09/02/2012 - Hotel Grand Antares - Pasar Ikan - Bandara Polonia - LCCT

Hotel Grand Antares ni hotel 4 bintang tak silap aku... time kami kat sini, ramai sangat orang... warga-warga Medan ada seminar agaknya kat hotel ni... berbondong-bondong!

sebab hari ni dah hari terakhir di Medan, kami bermalas-malasan la jugak... turun sarapan pun lambat...

kami nak sarap dulu


menu sarapan pagi bagi aku sedap la jugak... tapi dewan makan penuh! lama jugak la menunggu nak dapatkan meja kosong utk kami bertujuh...

walaupun dewan makan tu dah ditulis "Dilarang Merokok", ramai sangat yg hisap rokok dengan gembiranya... mmg tak peduli langsung la dengan tanda amaran tu... staff pun takde plak yg menegur... dh kebiasaan mereka agaknya...

sambil makan, sambil ber-wifi


pancong, sedap!!!

lepas sarapan, lepak semula dalam bilik, sambung mengemas... nak daftar keluar pukul 12... hari ni takde agenda dengan Chandra, jadi kami amik keputusan utk ke Pasar Ikan semula, tambahan plak flight balik LCCT Sepang pukul 5.55 pm nanti... aku ikut aje... duit rupiah cukup-cukup nak bayar Bika Ambon utk Huzz, dan airport tax, dan beli makanan ringan-ringan...sungguh berjimat aku pada hari ini!

kami ke Pasar Ikan naik Toyota Avanza, kira mcm teksi laa... harga tak silap aku IDR 50,000.00 utk sebuah teksi... siap pakcik tu nak tunggu kami kat Pasar Ikan, tunggu siap shopping... tp kami tolak laa... sbb tatau berapa lama nak berjalan kat situ... amik no telefon je, kot-kot la nanti nak panggil dia datang amik kami...

sebelum tu singgah kat pengurup wang, ada org nak tukar duit lagi... aku tak tukar... aku simpan duit RM, azam tanak belanja dah... ye la tu kan?


Pasar Ikan

Pasar Ikan ni kiranya macam Pasar Filipina kat Sabah kot gambaran dia... tp aku tak nampak plak org jual ikan...

antara jualan mereka

dan lagi

batik

kain lace, murah!

dan lagi



selain orang-orang berjualan dalam kedai, ada jugak yg berjual-jual di kaki lima, di sepanjang jalan... nampak je kami, terus kena kerumun... ada kain pelekat rendam dalam minyak ke air ntah, mula-mula kata harga IDR 80,000.00... tiba-tiba dapat IDR 10,000.00... ish ish ish...


nampak orang menjual cendol, Fadd terus selidik dengan mbak dalam kedai kain, sambil nak tunggu Thirah shopping... dia ckp cendol tu sedap, dan penjualnya Islam... aku kongsi dengan Thirah, harganya aku tak ingat, aku tak tulis rupanya dalam nota aku... tapi rasanya IDR 5,000.00 kot...



kat sini, ada jugak jualan borong... yg jual borong ni, kalu nak beli sehelai, ada yg boleh, ada yang tak... kalau nak beli selai je, harga memang takleh tawar dah... mati je kat situ...


kembar terpisah jauh, sorg di KL, sorg di Johor

kata tanak shopping dh ye?? aku beli jugak lagi 3 helai kain pelekat yg kompem takde kat Malaysia katanya... utk 2 org adik aku dan adik ipar aku... aku bayar dalam RM, hehehehe... kalu namanya Kay, selagi duit dalam purse dia ada, selagi tu la dia belanja... bkn nak pikir apa dah...

kami balik semula ke hotel, naik Teksi Avanza pakcik tadi... kemas balik beg-beg... kemudian solat jamak dulu... Chandra pun dh sampai nak bawak kami ke Airport... sampai Airport, bila tanya Bika Ambon yg kami tempah dengan Chandra, dia ckp tertinggal di Hotel.. pulak! dia balik semula ke hotel nak amik Bika Ambon... tp takde pun... mujur ada kat airport... tak la Huzz  kempunan...


Sorso, teh jasmin

kami makan tengahari kat kafe kat airport, masing-masing makan mee Indomie... heheheehe... mcm takde kat Malaysia yek! eh, ada sorg makan nasi goreng rasanya...


kami berlepas pulang ke LCCT dengan macam-macam perasaan... sedih pun ada, gembira apatah lagi kan?


Mejauh-jauh Medan, jumpa lagi ntah kapan!


terim kasih yg tak terhingga utk semua GGK... dapat aku merasa berjalan-jalan dgn korang, bergembira dengan korang, berdukacita pun dgn korang...

nanti kita jalan-jalan lagi ye! insyaAllah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 08, 2012

Horas - Medan VII

 al salam alaykum

08/02/2012 - Hot Spring - Lovely Gallery - Pasar Ikan - Istana Maimon - Grand Antares Hotel

selamat turun dari Sibayak, kami ke Hot Spring Sibayak... jauhnya dari Sibayak dalam setengah jam... Pak Aman cakap, sebenarnya kami boleh je turun dari Sibayak terus ke Hot Spring... tp laluannya susah la skit... Bayaran masuk ke sini IDR 10,000 seorang tak silap aku... tp Pak Aman cakap kami tak perlu bayar...

sumber mata air panas

salah satu kolam air panas



bagi kami, kolam air panas ni ok-ok la... ada kolam yg airnya panas terketik-ketik... ada yg biasa-biasa je... aku rendam kaki kat kolam biasa-biasa je.. hehehe, penakut air panas la katakan...

kami kat sini tak lama, hajat di hati nak duduk makan-makan, tp tak jadi...

pemandangan Sibayak dari Hot Spring

pulang ke Sibayak International Hotel, utk operasi mengemas barang-barang dan berinternet percuma selagi masih ada...

kami ke bertolak ke Medan lebih kurang pukul 11 pagi melalui Sibolangit... kali ni Chandra yg bawak van, mcm free je bg nyawa hilang... Pak Amrin katanya sakit kaki, tak boleh nak drive dah... perjalanan ke Medan mengambil masa 2 jam...

ada org dh tempah dh menda alah ni utk majlis kenduri dia


Sampai di Medan, kami singgah sebentar di Lovely Gallery... walopun kami kata macam tak berminat, tp sbb dh ada dalam itinerary, singgah la jugak kan...

kraftangan diperbuat dari jati

macam-macam ada


Lovely Gallery ni terletak dalam kawasan perumahan... galeri ni ada dua tingkat... tingkat atas berpenghuni, dan ruang bawah dijadikan galeri

menjamu mata

ole-ole utk majlis perkahwinan pun ada

barang yg berjaya dibeli, sudu kayu... dia makan madu pagi-pagi

perut pun dah melapar, Chandra bawa kami ke Lubuk Idai... tgk suasana mmg best... lupa nak snap gambar... perut lapar sangat

lauk sampingan

sampingan lagi

ni dia! talapia bakar

gambar ayam bakar hilang! kat sini ada air pelangi... gabungan beberapa jenis jus, aku  lupa, tapi rasanya wallah!!! harga pun sama dgn jus oren IDR 10,000.00... murah utk air yg sesedap itu...

perut dah kenyang, kami bergerak ke bandar Medan... Chandra bawa kami singgah di sebuah kedai yg jual telekung dan kain batik... tujuan utama aku nak cari telekung... tp harga semua mahal-mahal! mcm tak percaya je kan? sempat la jugak bertekak sekejap... hahahaha... last-last, tak amik pun telekung... tokei kedai membebel kat kami ckp kami tak paham jenis kain...

lepas tu Chandra bawak kami ke Pasar Ikan... kat sini masuk 2 - 3 kedai jugak laa... baru la dapat harga dengan kualiti yg bagus jugak laa... kat sini, aku yg bergelar jutawan serta merta muflis... bkn amik telekung je, kain batik ngn pelekat utk ayah aku sekali... pakai duit RM... kira-kira duit yg tinggal utk keesokan harinya, ada la skit lg, cukup laa... terus aku senyap! dh kayap... uwwaaaa!!! penat wehh nak menawar harga...

harga pasnya berapa pak?

tidak mau harga umno ye?

saya nak harga pakatan rakyat, adil dan saksama...

pastu gelak-gelak... adoi laa

dh dapat apa yg kami nak, berbondong keluar dengan plastik besar masing-masing...

terus bergegas ke Istana Maimoon... Chandra cakap dia dh telepon penjaga Istana supaya tunggu kami sekejap...

waktu melawat

Sultan Pertama


Menurut panjaga istana ni, mereka juga ada darah keturunan dari Kesultanan Selangor... patut la aku tgk lebih kurang je rupanya dgn waris-waris Kesultanan Selangor... Istana Maimoon ni dibina pada tahun 1888, warisan Kesultanan Melayu Deli...

Sultan Deli sekarang, umurnya 13 tahun mungkin

Sultan Deli yg termuda sekarang tinggal bersama ibunya di Makasar, masih bersekolah... akan datang ke Istana Maimoon sebulan sekali bila berkelapangan...


penjaga Istana, waris Kesultanan melayu Deli

gambar kenangan di Singgahsana

aku tak ingt tempat apa ni


waris-waris kesultanan melayu Deli masih lagi tinggal di sini

sekitar kawasan Istana

kami tak boleh ke sana

tarikh pembinaan


selepas je lawatan kami berakhir, Istana terus ditutup... dan kami menumpang solat jamak ta'khir di istana ini... semasa kami nak menumpang solat, terdengar jugak perbualan waris-waris mereka kat situ, dok diskas pasal pembahagian harta bla bla bla...

tersergam


kami terus ke Hotel Grand Antares utk berehat dan makan malam... esok nak berjalan ke mana? dah hari terakhir dah... duit pun dh takde...

sedih sedih...

tidur dulu yek!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::