...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, February 29, 2012

bila dh dapat

al salam alaykum



sebelum dapat, bulan bintang dijanjikan...

dah dapat, sonyap masing-masing...





janji tinggal janji...

ekekekeke

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, February 28, 2012

TiVi

Al salam alaykum

Aku dan tv mmg tak dpt dipisahkan... Aku boleh tgk apa saja yg ditayangkan di tv... Tp akan ada jugaklah satu-satu masa yg aku tgk tv rasa nak makan tv... Masa jiwa kacau laa biasanya, tp jarang la berlaku...

Walopun aku dan buku pun mmg tak dpt dipisahkan, tp aku tetap akan pilih tv dulu... Sbb baca buku mmg aku byk waktu lapang, sambil tgk tv pun aku baca buku...

Dulu aku boleh aje tgk siaran percuma... Tp sejak aku kenal Astro masa di bumi Rasa dulu, smpi skrg tetap mcm kena ada Astro walopun bkn setiap malam aku tgk Astro...

Dan spt biasa, Astro akan mengulang tayang cerita2nya kan... Tp mmg habit aku, bknlah suka sgt tgk siaran ulangan... Cuma kalau ada tiba-tiba cerita kat tv percuma lg best, aku pilih siaran tv percuma dulu la, kendian terpaksa la tunggu ulangan utk Astro...

Cuma, kdg2 kalau yg bersiri hari2 panjang2 tu, aku cuba elakkan utk menontonnya... Biasanya aku tgk episod awal, episod tengah pastu episod penghabisan laa...

Aku ada terbaca dlm paper tak lama lg akan dilancarkan siaran satelit percuma... Aku tgk ada siaran tv percuma kerajaan, tp tak pasti plak media prima ada tak... astro pun ada tp trrbatas laa... Yg penting KBS World takde...

Ada syarat tak eh utk mohon? Yg aku baca kena beli dekoder je laa... Takde kontrak, takde yuran bulanan...

Apa motif tiba-tiba?


Malas nak berebut tgk tv je...

Monday, February 27, 2012

Horas - Medan V

al salam alaykum

07/02/2012 - Air Terjun Sipiso-piso - Taman Simalem Resort -Pasar Buah, Berastagi - Sibayak International Hotel

dari Permatang Purba, kami ke Air Terjun Sipiso-piso... jaraknya lebih kurang 45 minit...



air terjun ni berketinggian 110 meter...kalau nak turun ke bawah tu ada lebih kurang 500 anak tangga... oleh sebab kami kat sini tak lama, jadinya kami tak turun la ke bawah...

nak qadha hajat, sila ke sana...


di sini jugak kami dapat melihat pemandangan indah Danau Toba dari arah bahagian utara...


cicak lagi

Subhanallah... tgk dgn mata sendiri kat sana, lagi cantik... rasa tanak balik!

kami di Sipiso-piso ni lebih kurang sejam, sempatlah jugak kawan kita sorg tu beli indomie, dan lg sorg membeli baju dingin...


kemudiannya kami ke Taman Simalem Resort, Pearl of Lake Toba... Taman Simalem ni nmpknya macam tak siap lagi... kat Taman Simalem ni jugak ada Agro Tourism, kebun buah oren... tp kami tak singgah pun, sbb bayarannya mahal katanya... kat kebun ni kami boleh la nak petik-petik buah...

kena tonggeng yek!

penembak-penembak tegar

kan, kena tonggeng, walopun bkn kat Tongging Point... ekekeke


sebelum makan tengahari, kami mintak Pak Amrin & Chandra berhenti sekejap tepi jalan utk kami bergambar kenangan... mmg cantik sangat!

Mutiara Danau Toba


kami ke Kodon-Kodon Cafe utk makan tengahari... alhamdulillah, antara yg tersedap la jugak bagi kami...

sebelum makan

air markisa


makanan yg terdapat di sini kebanyakan bahan mentahnya diambil dari kebun Taman Simalem Resort sendiri... jadinya, ada la jugak menu yg mengikut musim...

sup sayur

ayam masak apa ntah...

ikan talapia...

gado-gado... sedap!!!

pencuci mulut, pisang goreng bercoklat keju... sedap!!!

masing-masing dok nak menambah pisang ni, bila tgk harganya, senyap sekejap... tp takpe, kami dh salin resepi dari buku menu... nnt la si Nurul nak buat, nak jamu kami makan... ekekeeke...

kat Kodon-kodon Cafe ni jugak, ada toilet yg cantik sekali dalam dunia!

kenapa??

toilet dia biasa je, standard hotel resort laa... pemandangan dari jendela toilet tu!!! mmg lama-lama laa duduk dalam toilet, tanak keluar-keluar! serius, sbb aku yg lepak lama dlm toilet... tp sbb kamera tinggal kat meja, tak dpt la amik gambar...

boleh baca kat blog Meeza

perjalanan diteruskan ke Berastagi... Berastagi membawa maksud Beras Tak Ada Lagi... oleh sbb tu, aktiviti utama penduduk di sini ialah pertanian... kat sini, majoriti penduduknya ialah Batak Kabanjahe... mcm nama hindi skit...

pekan Berastagi

mercu tanda Berastagi

kami singgah di Pasar Buah Sentral... ekekeke...

RM

sekali naik IDR 30,000 

antara barang jualan di sini

bukan bunga lili rupanya!

buah-buahan tempatan

lagi buah-buahan tempatan...

kelinci

membeli dan belah itu perlu





dah pusing Pasar Buah Sentral ni, kami berehat sebentar... makan jagung... sebenarnya, kami tanya harga kat gerai sebelah... tp ntah cemana, terbeli kat kedai makcik ni... rezeki dia kan... harga setongkol jagung ialah IDR 5,000... beli 5 percuma 1... kami makan jagung bakar... sedap dan manis!

dah sampai masanya utk ke tempat penginapan kami, Sibayak International Hotel... sampai kat sini, pertama-pertamanya yg aku tanya ialah, ada wifi tak? sangap rasanya tak jumpa internet 2 hari... tp internetnya tak dpt di dalam bilik, hanya di lobi hotel sahaja...


bilik kami... katanya bilik sebelah ada Cik T merayap...

rehat sebentar

dok dalam bilik sekejap je, tunaikan apa yg wajib... dan zasss, semua ke lobi hotel utk berinternet... hahahaha...

khusyuknya masing-masing

tak sempat pun nak berjalan-jalan nak tinjau sekitar hotel... sekejap je dh malam... masa makan, Chandra bg briefing skit, kemudian terus balik bilik... kena tidur awal, nak kena bangun awal... esok nak daki Sibayak!

dan, aku takde gambar kat sini... sob sob sob...

sambung ye!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, February 26, 2012

Terukir Di Bintang

Al salam alaykum

Jatuh jati dgn lagu Yuna, Terukir di Bintang...


Tambah jatuh hati lagi bila tengok rancangan walimatulurus Yusry dan Lisa Surihani...

Ye la, aku kan peminat susah nak mati pakcik Yusry tu... Dh jodoh dgn Lisa, kita doakan semoga kekal hingga ke syurga...

Sebenarnya, aku ingtkan nikah diorg tu sama tarikh dgn resepsi diorg... Alih-alih hari aku jaga Ammar Darwisy kat spital tu, aku dgr kat radio Yusry dh selamat bernikah dgn Lisa...

Nak tergelak pun ada, cemana la bleh tak tau ni kan...


Takpe, tak masuk silibus kerja... Aku pun dh lama tinggalkan kerja-kerja mengemaskini buku log KRU dari zaman sekolah menengah lagi...


Layan lagu Yuna la best skit...

Kak Burn, sebelum mengadap matahari terbit, hantarlah lagu ni kat saya...


Sekian terima kasih



Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Saturday, February 25, 2012

Sendiri

Al salam alaykum

Byk jugak lagu pasal SENDIRI rupanya...

Biasa berkawan, apabila ditinggal sendiri sakit juga...


Resam dunia, adakala perlu sendiri juga...


Dan tiba masanya, kita akan sendiri...



Aku suka lagu Sendiri, Saujana



"Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri"

Friday, February 24, 2012

Horas - Medan IV

al salam alaykum

07/02/2012 - Pulau Samosir - Parapat - Simarjarunjung Hill (Siantar Hotel) - Permatang Purba



pagi ni kena bangun awal, pukul 6.30 nak bertolak ke jeti...


selepas sarapan, terus bertolak ke Jeti... laju amat pakcik Amrin tu bawak, nak kejar feri pukul 7.30 pagi... aku mmg takut betul menengokkan diorg bawak kereta ke, lori ke, bas ke... asal ada ruang skit je, terus nak potong... jalan yg kacik boleh jadi besar utk diorg... hon mmg berbunyi sepanjang masa, tp bkn utk marahkan org, sbg tanda hormat dan jugak mintak laluan...


kami dapat naik Feri yg dijadualkan pada pukul 7.30 pagi, tp lewat la jugak rasanya feri tu gerak dari jeti... nak kena tunggu feri penuh baru boleh gerak kot...


korg mcm tak cukup tidur je

tempat penumpang


pakcik pilot feri pernah kerja kat Malaysia, dan dengan ramahnya mereka mempelawa kami cuba utk mengemudi feri... dan tentunya, dia bagi kami bergambar... best!!!

bas kecik tu sgt padat ok!

boleh masuk lagi!

katanya pulau cinta

ada tv tapi tak terpasang


sepanjang perjalanan, kami dijamukan dgn pemandangan yg sgt indah... tasik yg terbentang luas... subhanallah... tu je yg dpt dilafazkan...

kadang aku rasa, betul ke kat Indonesia ni?


rapat saja je Tigaras, kami terus ke Siantar Hotel, yg terletak di Simarjarunjung Hill, berada di ketinggian 2100m dari aras laut... perjalanan mengambil masa 2 jam kalau tak silap aku...

udah sampei!


dengan cuaca yg sejuk, mestilah nak pekena yg panas-panas kan... jom minum bandrek... teh halia rupanya... sbb dh sampai tempat orang, cuba je la minum walopun tak pernah minum teh halia selama ni...


hidangan teh halia ni datang dgn pakej 2 keping pisang goreng... harganya IDR 21,000... siap kami bawak tapau pisang goreng lagi... sekeping harganya IDR 2,500...

pekat, likat, melekat

bau teh halia ni macam sup ayam... tak tahan betul... last-last aku minum dgn tutup hidung... macam masuk Fear Factor pun ada...

patut laa, ni ha ramuannya!


siap menjamu selera, kami bersiar-siar di kawasan sekitar... sgt cantik! dan, kompem tak melepaskan peluang nak mengabadikan kenangan...

eh, ada Fadd... tiba-tiba!


marilah beli durian...

perjalanan ke Berastagi diteruskan...

tp tiba-tiba, kenderaan kami membelok ke kawasan sejarah, Permatang Purba, tempat menginap si Raja Simalungun...

Rumah Bolon


pada dasarnya, aku tengok, mmg corak kehidupan diorg sama je... tapi Raja Simalungun ni ada 24 orang isteri... cemana nak tau... tgk pada dapurnya ada berapa... sebuah dapur akan dikongsi oleh 2 orang isteri...

nak masuk rumah, kena naik dgn rotan panjang yg diikat di depan pintu...

nama raja pemerintah...

ni la dapurnya... rumah ni luas dan panjang...

alatan muzik

tanduk kerbau... gambar ni terbalik :(

anak-anak dara jgn lepak di muka pintu!

pandangan hadapan

Jambur - ruang tamu


dalam kawasan yg luas ni ada terdapat Rumah Adat Bolon, tempat tinggal si Raja... Jambur, berfungsi sebagai ruang tamu, Pattangan Raja sbg tempat Raja beraktiviti, Balei Bolon, tempat bermesyuarat dan jatuh hukum, Pattangan Puan Bolon, tempat permaisuri... Balei Butu plak tempat pengawal raja, dan Jabu Jungga tempat tinggal panglima Raja...


kemudian, kami teruskan perjalanan...

sambung nanti la eh...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::