...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Loading...

Monday, January 16, 2012

Empat

al salam alaykum


Pertama:

tahun ni, lepas semua org dapat surat, mcm tak bising sangat mcm tahun-tahun lepas, diorg dapat bagus kot...

utk aku, alhamdulillah, sbb aku tak jangka dpt tinggi, jadinya takde la kecewa sgt... cuma bila mak aku telefon, bg nasihat, cuba hitung nikmat lain yg kita dapat, rahmat yg Allah bagi, tak terkira kan?

yg aku dok tahan air mata, nangis jugak la kan...

resume dh update dgn gaji baru, moh kita layangkan ke syarikat lain...

Hehehehe


Kedua:

Dlm seminggu, dah baca 3 buah buku, semuanya aku pinjam dari Perpustakaan Raja Tun Uda... Sebuah buku pun aku tak beli lagi tahun ni... Aku harap, dapatlah aku kejar target 50 buah buku setahun...

Tp kira buku, kira jugak... Qualiti buku tu pun mestilah ada... Kena pastikan setiap buku tu ada manfaatnya, bkn baca kosong2 je...

Buku pertama yg aku baca, Dingin Salju Indiana, lepas habis baca, diorg ckp cerita Dingin Lavenda kat TV3 tu berdasarkan novel ni... Aku tak tgk pun cerita tu, mcm lambat je, novelnya best je...

Skrg ni musim cerita adaptasi novel kan?

Musim cerita hantu dh habis eh?


Ketiga:

Minggu ni minggu last utk Glory Jane... Hari Rabu tak dpt tgk, ada kelas al-quran... Kalau larat, bolehla bangun pagi sblm subuh nak tgk ulangan... Tp nak tahajud dua rakaat pun susah, ni kan plak semata-mata nak tgk cerita tu...

Mujur nak balik Kuantan minggu ni, boleh la nak tgk online... Walopun penghabisan cerita ni boleh diagak, aku tetap nak tgk jugak episod akhir...


Keempat:

Eh, dah lupa dah yg keempat...

Ok la...

Wassalam



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 jejak bertapak:

whooz said...

ada satu watak yang tetiba hilang mcm tu. ingat kan ada sangkut paut..hmmmm

Afida Anuar said...

Fida pun dah baca Dingin Salju Indiana tu, sedih jugak part akhir tu... Dingin Lavenda tak tengok pulak.. huhu