...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, January 30, 2012

Ikut

Al salam alaykum

Ko apa masalah? Dia tanya...

Aku takde masalah apa-apa... Yg sempat aku jawab

Dan aku nak tambah...

Aku hanya akan ikut rentak, ko ke kiri, aku ke kekiri... Ko menari zapin, aku pun berzapin... Ko berlari, aku berlari...

Sampai bila? Selagi aku terdaya...

Saturday, January 28, 2012

Cinta

Al salam alaykum

Skrg ni aku dh kurang masa utk membaca... Dlm sebulan ni, aku p kerja naik kereta dgn kawan aku, jadinya komuter baru 6 koc tu pun aku tak pernah merasa naik lg la...

Dan, waktu membaca pun mmg takde la... Selama ni aku membaca dalam komuter... Dalam kereta mmg aku tak boleh, sakit kepala, berpinar mata...

Aku cuba amik masa sblm tidur, tp tak dpt... Aku cuba pd hari Sabtu, tp takde la plak masa utk lepak tgk tv...

InsyaAllah, dh namanya minat membaca, akan aku cuba jgk mencari masa utk membaca...

Baru sudah membaca Langit Ilahi 2 Kembara Hamba Mencari Cahaya, nukilan Hilal Asyraf... Blog dia boleh dicapai di www.langitilahi.com

Sesungguhnya, aku tak pernah pun baca blog dia... Cuma, kalau baca blog iluvislam, adalah tazkirah yg dipetik dr kata-kata saudara Hilal... Dan, buku ni aku terjumpa di Perpustakaan Shah Alam... Dan mmg menarik!

Aku petik skit intipati buku ini:

Al-Mutanabbi pernah berkata:

Cinta itu lebih tua daripada alam ini, kerana atas dasar cintalah Tuhan menciptakan alam ini

Dan, bukti cinta kita kpd Allah:

1. Kita cintakan kematian
2. Berjihad di jalan Allah
3. Menundukkan hawa nafsu
4. Berzikir kpd Allah
5. Munajat kpd Allah
6. Tidak sedih apabila kehilangan sesuatu
7. Berasa nikmat apabila melakukan ketaatan
8. Berkasih sayang sesama makhluk
9. Takut berpaling drp Allah

Adakah kita semua dh terbukti mencintai Allah?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, January 26, 2012

Kembali menemui penciptaNya

al salam alaykum

pagi-pagi dapat sms dari Ida, suaminya meninggal... innalillahi wainna ilaihi rooji'un...

kali terakhir aku berjumpa dgn Ida, 2 tahun lepas, di majlis perkahwinannya...

semoga Ida tabah menempuh hari mendatang...

dan, semoga urusan Allahyarham di sana dipermudahkan, dan ditempatkan di kalangan org yg solihin...

salam takziah utk Ida sekeluarga...


al-Fatihah...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 25, 2012

Kak Zack kawin yeayy!!

Al salam alaykum

Hari Ahad 22/01/12 maka tersimpullah ikatan 2 hati, Zainur Hanim & Shahril...

Kak Zack ni aku kenal zaman USM dulu... Kami kos lain2 tp sbb kami sebendera, dan jugak selalu masuk aktiviti yg sama, maka rapatlah kami...

Kalau aku ada interview di Shah Apam zaman dulu kala, terataknya la tempat aku menumpang kasih...

Kak Zack, moga kekal hingga ke syurga!


Tuesday, January 24, 2012

Masok

Al salam alaykum


Bukak tudung saji, jumpa nota...


Bukak kedai makan la Iman ye?!!!



Saturday, January 21, 2012

Periksa

Al salam alaykum

Pagi tadi aku teman mak aku p buat pemeriksaan kesihan percuma, Program Ihsan Samudera, anjuran Yayasan 1 Malaysia, Yayasan Felda dan lain-lain... Sempena jugak la dgn penyerahan BR1M tu jgk laa... Dato PM kita turun padang hari ni...

Alang-alang aku p, aku pun buat pemeriksaan sekali la jgk... Aku tatau la yg periksa aku tu pegawai perubatan ke atau pembantu perubatan...

Yg aku geram, first sekali yg dia ckp, muka cik matang, tak sesuai dgn usia! Aku pun ckp, a ah, sy mmg 40 pun... Eh, jgn la marah, saya pun mengalami perkara yg serupa, dia ckp...

Kendian, dia tanya, anak dh berapa org? Encik, dlm borg saya tu dh tulis bujang lg!! Sorry2... Tp knp tak kawin lg? Tengah menunggu... Tunggu apa? Doa2kan je laa... Tak semena-mena dia tadah tangan - nak doakan apa ye? Doakan je la yg terbaik...

Aku hempuk jugak la dia ni...

Keputusan pemeriksaan, aku ni semput kot... Pastu kena jaga pemakanan, waktu makan kena jaga, sbb tu la berat aku susah nak turun... Cam tau je aku tgh tak puas hati berat aku tak turun2 dh ni...

Dan, aku kena makan zat besi dan jugak vitamin utk kesihatan... Zat besi lg!

Lepas amik ubat, amik giliran utk pemeriksaan mata... Dpt spek free la plak! Rabun mata bertambah, silau berkurang... Takpe la asal silau berkurang, bersyukur la sgt... Boleh pilih frame yg kita nak, tp frame nya sama je bentuk, kaler pun sama... Hitam ngn putih, aku amik la hitam... Yg putih framenya besar sgt... 29/02 baru dpt amik spek tu...

Terima kasih kpd semua yg prihatin...

Friday, January 20, 2012

Seikat Kembang Merah

Al salam alaykum

Terngiang-ngiang kat telinga aku Firuz cakap:

"Bila dapat, ko jangan gelak..."

Bila mana aku dpt call dr receptionist...

"Kak, ada flower utk akak..."

Hai Puan Firuz ni, bikin aku terkejut je...



Bunga tu dihantar ke Plaza Sentral, sedangkan aku di Taman Sentral...

Sayangkan bunga tu lambat sampai ke tangan aku, aku menapak la ke sana...



Terharu sangat!

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku sahabat-sahabat yg baik utk aku... Dan salah seorgnya ialah Puan Firuz...


Tp Firuz, dgn kedatangan sejambak bunga mawar merah, sahamku jatuh dgn jayanya!!! Ekekeke... Diorg tak caya yg Firuz itu ialah seorang Puan!


Cantiknya!!!! Tp aku tak bau wanginya, hidung tersumbat...


Terima kasih Firuz...

Aku tersenyum sampai skrg...

Takde kata yg dpt aku kiaskan, cuma aku harap, aku doa agar persahabatan kita kekal mewangi seharum mawar merah yg ko kirimkan utk aku... (walaupun aku tak dpt lg nak membaunya)

Firuz, my bestest friend forever!



ukhwah itu indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa... :)


Wassalam


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, January 19, 2012

-

 al salam alaykum




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 18, 2012

Silibus

Al salam alaykum

Dh dapat silibus utk pengajian semester pertama

Bacaan al-quran juzuk 1 - 15

Kemudian akan belajar tentang:

1. Hukum isti'azah
2. Bacaan basmalah
3. Hukum nun mati dan tanwin
4. Hukum nun dan mim bersabdu

Walaupun kita semua pernah belajar dan tahu, tak salah utk kita memperelokkan lg bacaan dan memberikan hak yg sewajarnya kpd al-Quran

InsyaAllah, aku akan kongsi sedikit sebanyak ilmu yg aku pelajari dalam kelas talaqi ni

Skrg nak tidur dulu, nak bangun awal tgk ulangan Glory Jane

Wassalam

Tuesday, January 17, 2012

Soal jawab

Al salam alaykum

Baru selesai baca Curahan Cinta Niagara

Ada terjumpa sesuatu menarik...


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA KITA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Ali Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka"
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERKATA : AKU TAK TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERKATA : SAMPAI BILA AKU AKAN MERANA BEGINI?
QURAN MENJAWAB
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
Surah Al-Insyirah ayat 5 - 6


Sudah! Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran


Moga bermanfaat dan dapat mengusir segala resah dan keluh kesah kita...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, January 16, 2012

Empat

al salam alaykum


Pertama:

tahun ni, lepas semua org dapat surat, mcm tak bising sangat mcm tahun-tahun lepas, diorg dapat bagus kot...

utk aku, alhamdulillah, sbb aku tak jangka dpt tinggi, jadinya takde la kecewa sgt... cuma bila mak aku telefon, bg nasihat, cuba hitung nikmat lain yg kita dapat, rahmat yg Allah bagi, tak terkira kan?

yg aku dok tahan air mata, nangis jugak la kan...

resume dh update dgn gaji baru, moh kita layangkan ke syarikat lain...

Hehehehe


Kedua:

Dlm seminggu, dah baca 3 buah buku, semuanya aku pinjam dari Perpustakaan Raja Tun Uda... Sebuah buku pun aku tak beli lagi tahun ni... Aku harap, dapatlah aku kejar target 50 buah buku setahun...

Tp kira buku, kira jugak... Qualiti buku tu pun mestilah ada... Kena pastikan setiap buku tu ada manfaatnya, bkn baca kosong2 je...

Buku pertama yg aku baca, Dingin Salju Indiana, lepas habis baca, diorg ckp cerita Dingin Lavenda kat TV3 tu berdasarkan novel ni... Aku tak tgk pun cerita tu, mcm lambat je, novelnya best je...

Skrg ni musim cerita adaptasi novel kan?

Musim cerita hantu dh habis eh?


Ketiga:

Minggu ni minggu last utk Glory Jane... Hari Rabu tak dpt tgk, ada kelas al-quran... Kalau larat, bolehla bangun pagi sblm subuh nak tgk ulangan... Tp nak tahajud dua rakaat pun susah, ni kan plak semata-mata nak tgk cerita tu...

Mujur nak balik Kuantan minggu ni, boleh la nak tgk online... Walopun penghabisan cerita ni boleh diagak, aku tetap nak tgk jugak episod akhir...


Keempat:

Eh, dah lupa dah yg keempat...

Ok la...

Wassalam



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, January 14, 2012

Tipu beta ye!

Al salam alaykum

Pagi tadi ke Mydin Mall USJ, sambil menunggu si Husna dan Kak Roza setelkan hal diorg, aku jalan sorg2...

Pi ke Bazar Rakyat, kena tahan dgn sorg aweks mintak aku buat urut refleksologi percuma, takyah beli apa... Oleh sbb aku pun tgh sakit kaki, aku ok je la... Bkn buat apa pun, letak kaki atas mesin, dgr dia bercerita... Ok je la kan?

Harga mesin urut kaki 1690, dapat 2 barang percuma... Harga barang pertama, 789, katanya LWM ada guna dan jgk kat hospital buat fisio... Yg kedua harga 289, mesin urut badan...

Dia pun bercerita la bla bla bla bla pasal kesihatan dan mesin urut dia yg best tu... Sambil badan aku merasa kelegaannya...

Dah setel berurut, dia pun cerita la yg aku bertuah sbb dpt 3 barang dgn harga 1690... Dan, yg tinggal lg 2 set je dari 10 set...

Aku tolak dgn senyuman, aku ckp aku mmg takde duit nak beli... Dia ckp takper, boleh bayar dgn kad kredit ansuran mudah tanpa faedah, aku ckp aku dh tak guna kad... Akak boleh pakai debit kad, kalu sy pakai debit kad, sy nak makan apa? Takpe, akak boleh book dulu 50, lg sebulan akak bayar habis... Duit gaji tak cukup dik oii! Hmmm... Akak pernah dgr AEON? Boleh apply then bayar guna AEON, selama 36 bulan, 75 je sebulan... Hoh! Tak dpt la harga 1690!! Tak pe la dik, sy tak boleh beli, takde duit...

Pastu dtg plak lg sorg ckp, eh korg tak baca ke notis baru smlm? Dpt lg barang free, pembersih apa kemenda ntah dia ckp, boleh bersihkan bahan kimia dlm makanan, aweks tu pun p la amik buat demo kat aku! Rugi kak tak amik barang ni, akak jimat dekat 1600! Dgn hanya harga 1690!!!

Ehehehehe

Mcm2 taktik diorg buat eh! Siapkan tunjukkan testimonial lg, tp sorg je plak yg tulis testimoni tuh...

Tak tertipu!

Kelebihan guna mesin diorg tu, aku takyah sebok2 jogging nak jaga kesihatan, nak kurus ke apa ke, dgn cuaca tak menentu, kes jenayah meningkat, duduk depan tv pagi dan malam boleh bersenam, time tidur boleh rawatan...

Hahahahaha...

Korg nak try mesin ajaib tu?

Namanya ialah:-



HiNano

Cubalah pergi tgk, ada 2 set je lg tu


Hihihihi

Friday, January 13, 2012

Ya Allah, jgn jadikan aku manusia yg kufur nikmat Ya Allah! aaminn

 al salam alaykum


Syukur dengan apa yang sedikit. - Athirah M. Nor


Bila rezeki itu berkat, sikitnya mencukupi, banyaknya boleh memberi. – Ustaz Pahrol Muhammad Juoi...
 
apa yang paling kita nak, itulah yang kita takkan dapat - Saidina Umar Al-Khattab
 
 
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih - Surah Ibrahim, ayat 7



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 12, 2012

Rindu...

Al salam alaykum

Rindu si budak kecik, Ammar Darwisy...

Aku tepon la dia tadi...


- assalamualaikum

- kuummm (assalamualaikum)

- ammar buat apa?

- wiii (tgk tv)

- cerita apa?

- tuuu (hantu)

- x tgk boboiboy ke?

- aanoookkkk (tanak)

Bkn tanak tgk boboiboy, tanak bercakap ngn aku, cerita hantu lg best agaknya dari bercakap dgn Ciklong dia...

Ok, Ciklong tepon salah masa...





Wednesday, January 11, 2012

Tazkirah Rabu

Al salam alaykum

Hari ni hari rabu, ada kelas Talaqi... Dan hari Rabu juga, ada kuliah maghrib... Setiap hari ada kuliah maghrib, tapi setiap hari Rabu ada Ustaz jemputan, bila ada ustaz jemputan, ruang solat di bawah yg digunakan, speaker besar digunakan, dan sekaligus, semua kelas pengajian hanya akan bermula selepas waktu Isyak...

Malam ni, ustaz yg menyampaikan kuliah ialah Ustaz Rashidi, berkenaan sirah Rasulullah...

Antara sunnah Rasulullah yg disarankan kita amalkan ialah:

1. Apabila org panggil, hendaklah kita berpaling dgn badan sekali, bkn hanya kepala dan muka saja

2. Apabila menunjukkan sesuatu/menunjuk arah, gunakan kelima-lima jari, bkn hanya jari telunjuk atau ibu jari, atau jgn sekali-kali tunjuk dgn bibir je

3. Setiap malam, Rasulullah pasti meluangkan masa utk berbual bertanya khabar dgn isteri baginda sblm tidur

Dan, ada jemaah yg bertanya tentang konsep syukur...

Syukur ada 3 maqam:

1. Syukur dgn lisan
2. Syukur dgn anggota badan
3. Syukur dgn sepenuh hati, zahir dan batin - maqam paling tinggi

Dan ada tiga jenis:

1. Syukur di kalangan org awam - syukur atas nikmat yg dikecapi
2. Syukur di kalangan khawwas - syukur atas nikmat dan musibah yg melanda
3. Khawas alal khawas - bersyukur kpd Pemberi nikmat dan Pemberi musibah, tanpa melihat nikmat yg dikecapi dan musibah yg melanda


Semoga bermanfaat

Wassalam

- hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa -

Tuesday, January 10, 2012

kejayaan

 al salam alaykum

premis 1: Azam tahun baru, nak balik awal
premis 2: utk berjaya dalam karier, kena balik lewat

===> azam tahun baru, saya tanak berjaya dalam karier saya!!

boleh diterima ke premis 2 tu?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, January 07, 2012

50

Al salam alaykum

Hari ni dh hari ketujuh 2012... Sebuah buku pun tak baca lagi!!! Inikan plak nak 50, apatah lagi 100...

Sbg permulaan, aku ke Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam, dapatlah pinjam 3 buah buku...

Selama 3 tahun di Shah Alam, ini kali pertama aku jejakkan kaki di perpustakaan negeri... Daftar dah lama! 3 tahun lepas...

Tp suasana di perpustakaan mmg terbaik! Damai, tenang... Dan ramai budak-budak muda, termasuklah yg dewasa dan warga emas memenuhi perpustakaan...

Tempat parking kereta pun penuh!!

Ok, cepat habiskan 3 buah tu! Minggu depan pinjam buku lain plak!

Tak sabar nak pi lagi...

Friday, January 06, 2012

mimpi sedih

 al salam alaykum

terjaga pukul 5 pagi, tersedu-sedu, tanpa mengalir air mata...

mimpi dia, suatu mimpi sedih... dalam mimpi, aku menangis tersedu-sedu...

tp bila terjaga, tak menangis, tersedu je, tak sedih sgt la tu kan?


moga dia baik-baik saja dalam lindungan Allah...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 05, 2012

AZAM

al salam alaykum

salah satu azam tahun baru saya:



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 02, 2012

Bacalah

Al salam alaykum

Sekadar peringatan utk kita yang mmg dah tahu, dah tahu tapi tak ingat, dan mungkin tak tahu...

Setiap huruf al-quran yg kita baca setiap hurufnya Allah bagi 10 pahala... Tidaklah dikatakan الم itu satu huruf sahaja, tetapi ا satu huruf, ل satu huruf dan م satu huruf, jumlahnya 30 pahala... Masih lg kita bertagak-tagak utk membaca kalam Tuhan, ayat suci al-quran, apatah lg utk kita memahaminya....

Masa ustaz Khalid Al-Walid cakap camtu, malu sendiri... 54 buah buku setahun boleh habis ye! Utk baca al-quran, nak habis satu ع sehari pun payah!

Alhamdulillah, tadi baru habis kelas yg pertama, tak mula pun lagi! Sesi taaruf dan jugak bacaan surah Al-Fatihah... Sebelum ni, pikirnya dah betul sgt bacaannya, bila Ustaz mengajar, ada lg yg perlu diperbetulkan...

Dalam kelas seramai 25 orang, aku dilantik menjadi ketua kelas... Alasan yg munasabah bg mereka mungkin, aku seorang yg masih bergelar CIK, yg lain dh Puan...

Dan kedatangan ke kelas mestilah baik, sbb menyumbang peratusan kelulusan pada akhir semester nnt... Dalam kalendar aku, 4 kelas la aku kena tuang nnt! Macaman ni Cik Kay, cth tauladan seorg ketua mana ni?

Selamat belajar ye Cik Kay! Semoga tak syahid di tengah jalan...