...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, December 31, 2012

31.12.2012

al salam alaykum

ramai org buat sorotan 2012 yek!

dengan pertambahan tahun, umur utk mengadap Ilahi juga semakin berkurang...

dan bagi aku, setiap tahun yg berlalu, memberikan impak dan kenangan yg berbeza...

tahun 2012:

Januari - aku masuk kelas Talaqi Al-Quran di Masjid Shah Alam... dan pertama kali menjadi pengapit pengantin... hmmm!! lain kali takmoh dah...

Februari - pergi Medan... best! 

Mac - aku hantar notis 3 bulan... mmg dah nekad!

April - dapat anak saudara baru, Khalis Adam Faiz yg dilahirkan pada 04/04/2012

Mei - bulan terakhir aku di Tambatan Pelampung Tunggal Sdn Bhd, aku jatuh masa main paintball hingga seliuh kaki dan sakitnya masih terasa hingga ke hari ini, dengan kaki yg masih sakit aku berjalan-jalan ke Krabi, dan penghijrahan aku dari Shah Alam ke Kuala Lumpur

Jun - aku amik cuti 2 minggu, berehat di Kuantan, pada masa tu malasnya nak balik KL semula... famili Paklang dan Pak Anjang datang bercuti ke Kuantan, kemudian kami sekeluarga pun ikut sama bercuti di Awana Kijal... mula kerja di tempat baru, sebuah syarikat bumiputra tempatan, mcm-mcm ragam org kat sini, kadang-kadang terimbau jugak kenangan masa kerja kat AMB Kuantan dulu...

Julai - pengalaman ditemuramah oleh NTV7 berkenaan Help Call Button, dan siarannya aku tunggu-tunggu, aku warwarkan kpd famili aku, tapi kami sendiri tak dapat tengok... alih2 ada jiran called mak aku cakap, muka aku kuar tv... ehehehe... bayangkan aku yg sememeh itu!

Ogos - selamat hari lahir utk aku sebanyak 2x... 2 Ogos tahun masehi, dan 1 Syawal tahun Hijrah... aku dah kira, mmg takkan dapat tarikh 2 Ogos bersamaan 1 Syawal utk kali kedua... tapi kira rezeki la dapat sambut  dalam bulan yg sama...

September - biasa-biasa saja mungkin, cuma berpeluang utk mengalami suasana membida rumah di Bilik Lelong, Kompleks Mahkamah Kuantan... alhamdulillah, semua urusan dah selesai, dah jadi milik kami yg sementara di dunia ini... dan jugak, pengalaman bersama dgn Lynas... sbb masa amik gambar tu, aku dan adik ipar duduk depan sekali, mmg nampak la 2 org wanita bertudung di samping majoriti besarnya ialah kaum Cina, dalam akhbar harian tempatan utama... sampai skrg isu Lynas masih tidak berkesudahan...

Oktober - menjalani kehidupan spt biasa

November - bulan terakhir utk Talaqi Al-Quran di Shah Alam... alhamdulillah... mula-mula pindah ke Kuala Lumpur, aku ingt aku akan syahid di pertengahan jalan... ye laa, jauh jugak nak ulang alik... harap2 aku akan bertahan jugak utk Talaqi Al-Quran lanjutan tahun depan, insyaAllah... dan, pertama kali dalam erti kata yg sebenar, aku bawak mak ayah aku bercuti jauh skit... pergi Langkawi! ada rezeki lagi, nak bawak jalan-jalan lagi...

Disember - Abang Ammar dapat adik, lahir pada 06/12/2012, nama diberi Areeq Zayyan... dan, yg tak disangka-sangka, bandar aku membesar, banjir kilat yg telah menyebabkan bandar Kuantan lumpuh sepenuhnya! 

itu je rangkuman tahun 2012 yg telah berlaku dalam hidup aku... 

dan ramai kawan-kawan aku yg update di FB, kisah hantar anak-anak masuk darjah 1...

aku macam "haaaa???' dah darjah satu anak korg tahun depan!

dan, sahabat aku di zaman U dulu, "Kay, cuba ko scan gmbo kita masa zaman anak2 dara comel lote dulu"
aku jawab, "Eh Eagy, aku sampai skrg masih lg seorang anak dara yg comel lote ye... ahaks"
Eagy "hampeh ko kay" ekekeke


mudah-mudahan tahun 2013 beroleh lebih keberkatan, kerahmatan, dan limpahan kasih sayang dari Allah swt..


apa azam? azam tahun 2012 diperbaharui dan dibawa ke tahun hadapan...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 28, 2012

Kelas

Al salam alaykum

Dah sebulan aku tak pergi kelas Tafsir Al-Quran kat Masjid Muadz bin Jabal, majlis taalim Darul Murtadza. Kelas taalim ni setiap hari Jumaat selepas solat Isyak.

Yg tak pergi sbb balik kampung dan ada hal lain. Tp dua kali, iaitu minggu lepas dan minggu ni sbb parking dah penuh. Minggu lepas lambat sbb aku dari acara makan-makan kat KLCC. Pusing keliling cari parking takde. Jadinya balik rumah je la.

Malam ni pulak, aku saja solat Isyak kat rumah dulu, pastu baru pergi. Dan, parking pun takde jugak! Aku pusing 5 kali takde parking, kot-kot ada kereta kuar lepas solat Isyak kan. Parking penuh dari dalam kawasan masjid, sepanjang jalan ke masjid, tepi kat traffic light, parking dekat rumah-rumah teres tu, semua penuh. Dan satu sikap aku, aku tak suka nak buat double parking, walopun utk majlis ilmu mungkin tak jadi kesalahan. Jadinya balik rumah terus la.

Lagi satu pilihan, jalan kaki dari rumah. Akan mengambil masa 15 minit. Cumanya, kelas biasa habis pukul 12.00 tgh malam, ada kebimbangan di situ. Walopun gayanya kawasan aku duduk ni mcm happening, tp pukul 10.00 sebenarnya dah sunyi.

Pengajaran utk aku, lain kali pergi masjid awal-awal iktikaf dan solat berjemaah. Bukan susah pun kan?

Ok, azam baru mulai esok!

Wednesday, December 26, 2012

Belanja

Al salam alaykum


ada sahabat kongsi di FB... bab-bab pengurusan kewangan ni mmg best!

sama ada ko muflis bulan tu dengan cepatnya atau pun tak! 


bulan Dec aku awal-awal lagi dah muflis... sejak kerja tempat baru ni, aku dah mula pakai kad kredit semula... baru je berangan nak buang satu kad kredit...



kalau tengok carta bawah ni... 30% adalah utk simpanan... banyak tu! kalau boleh laksanakan, aku tabik spring kat diri sendiri! 






utk bayaran takaful tu, kena letak bawah perbelanjaan atau simpanan?

mungkin simpanan, mungkin jugak perbelanjaan...



takpe, walaupun tak dapat ikut 100%, sikit-sikit pun jadilah kan... 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, December 24, 2012

Kampung kita naik air!

al salam alaykum

nak cerita menda lain, tapi bila tengok kat FB banyak org citer pasal banjir kat Kuantan...

aku tepon ayah, ayah cakap takde lg cakap kat radio pasal banjir...

kemudian kawan-kawan update sungai isap damai dah banjir... aku suh ayah aku balik rumah laa... sebelah je tuh! ayah ngn mak aku tengah shopping baju sekolah adik aku kat taman tas...

selama ni kalu sungai isap damai banjir, sungai isap perdana jarang banjir, kecuali banjir besar 10 tahun dulu! harapannya sungai isap tak banjir teruk... awal tahun ni kan kerajaan dah bina tembok kat tepi sungai kat sungai damai sana... harapnya tak banjir la... aamiin...

update di FB 12.30 pm tadi...


Asmiza update dari Wisma Persekutuan


dekat Kamdar


depan Tan Chong Motor

semua gambar dikutip dari FB Kuantan dan sahabat aku, Asmiza Abdul Manaf...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, December 23, 2012

Friday, December 21, 2012

Kakak

al salam alaykum

baru-baru ni, budak-budak kat ofis dok mengira berapa ramai "kakak" diorg kat ofis ni...

oleh sebab aku ni dah angka 3, aku pun termasuk la sekali geng yg di"kakak"kan... redha aje...

ada sorg tu ada paling ramai "kakak", hampir semua org jadi "kakak" dia... 

tapi sekurang-kurang seorang mesti ada 4 org kakak...

uitt, kenapa aku ada 3 org kakak je?

Kak Faezah
Kak Rose
Kak Emi

aku pun nak cukupkan 4 org kakak jugak, padahal aku patutnya ada 6 org "kakak" kat sini... hehehehe...

yang jadi mangsa, Rabi, HR Admin...

tapi aku mintak izin dulu la nak panggil "kakak" sbb selama ni aku panggil nama je... sbb pertama kali berjumpa cam rasa budak ni sebaya aku ke atau kakak aku? bila diselidiki, tua 3 tahun dari aku...

Rabi, Rabi... boleh tak saya nak panggil Kak Rabi?

"kenapa plak?"

sbbnya diorg dok mengira kakak diorg ada 4, saya sorg je ada 3... so, saya pilih Rabi la utk di"kakak"kan?

"haaa... saya pun pelik kenapa awak panggil saya nama je..." 

ooo, jadinya tak salah la nak panggil Kak Rabi ni?

"panggil je..."

ok...

tp sangat susah ok sbb 6 bulan aku panggil nama je...

skit skit Rabi...

skit skit Rabi...



akhirnya, semalam dia tepon aku ada hal...

"Kay, boleh tak awak tolong jawab tepon, sbbnya KAK Rabi tak dapat jaga depan, ada kerja skit kat belakang ni"

(tepon bilik aku adalah salah satu line utama ofis ni, terpaksa la sekejap jadi operator kalu malas nak dengar tepon tu berdering lama-lama)

yesss!!! dah cukup kuota 4 org kakak... lagi dua org tu halalkan aje, sbbnya diorg tua setahun je dari aku, pastu aku kot nmpk kakak dari diorg... ekekeke


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 20, 2012

20122012

al salam alaykum

ada org post kat FB... masih boikot McD? alhamdulillah setakat ni masih lagi... dalam beg duit ada baucer McD RM 15.00 dapat masa masuk KL-Putrajaya Photo Race 2012... hajat hati nak bagi kat Abang Meran, tapi sampai skrg tak bagi-bagi sbb boikot McD...

boikot McD... aku mula boikot dah lama... lama sangat! sejak McD sampai ke Kuantan, tak ingat la aku tahun bila... mungkin zaman sekolah menengah... kemudian, bila ramai sahabat sambung belajar di UIAM, mereka balik bawak berita, kita dok boikot McD, org2 Palestine yg sambung belajar di UIAM pun pulun makan McD... 

aku masih lagi boikot, tapi kalu teringin nak makan BigMac, beli la jugak, sekali setahun kot...

kemudian, McD memperkenalkan prosperity burger... adoi laa! tak tahan... beli jugak...

setiap tahun macam tu, asal kuar prosperity, puasa McD batal... lemah betul!

kemudian, tahun 2009, sebok buat thesis utk master, supervisor selalu ajak meeting kat McD... dia belanja makan McD, pastu Ida belanja jugak makan McD... Prof aku cakap, sejak Obama naik jadi Presiden Amerika, dia yakin skit yg Obama boleh pertahankan Palestine...

dan, aku sendiri pun, sejak kerja kat KL Sentral, McD mmg depan mata... kalu malas makan nasi, mmg singgah McD beli Mc Chicken... tp bukan lah selalu... pastu boikot semula, pastu tak rasa nak makan nasi, makan McD... 

teruknya aku ni!

tahun ni, mmg byk jugak la kot makan McD, sbb macam-macam plak burger baru yg McD perkenalkan... boikot ntah ke mana...

dan, bila kita dikejutkan selepas 1 Muharram baru-baru ni, dengan berita serangan Israel ke Gaza... tiba-tiba isu boikot timbul semula... ok, kita sambung semula boikot...

satu malam tu, tertengok iklan prosperity... alamak! janganlah aku tergoda! jangan! jangan! jangan!

kalu pergi petronas, dalam petronas ada McD, tunduk je kepala aku ni, tanak tgk iklan...

harapannya, aku bertahan lagi... dengan lebih lama lagi!


p/s Burger King korang tak boikot sekali ke? Produk US jugak tu... cuma tak pasti pendapatannya disalurkan ke Israel atau pun tak...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 19, 2012

Usaha

Al salam alaykum

Dh lama tak baca Mingguan Malaysia... skrg ada ruangan dengan Ustaz Lokman, pengasas Pusat Perubatan Al-Hidayah... kalu dulu-dulu, suka baca soal jawab dgn Dr. Amran Kasimin... skrg dah takde... dah lama takde kan?

saja nak kongsi apa yg aku dapat...



sapa-sapa yg ada gangguan tu boleh la amalkan, yg takde gangguan pun amalkan, sama-sama kita berusaha!



oh ya, ada org cakap muka aku tak berseri...

mungkin dah tiba masa kena tukar produk penjagaan muka...
mungkin juga dah kurang wudhuk...
mungkin dah banyak titik-titik hitam dalam hati...


masa utk muhasabah diri...



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 18, 2012

Cuak

al salam alaykum

Jumaat lepas, aku bertolak dari KL jam 6.13 pm, waktu dashboard kereta aku, dan sampai di depan rumah kat Kuantan, jam 8.43 pm, waktu dashboard kereta juga... jadinya, aku mengambil masa 2 jam 30 minit utk sampai ke Kuantan...

sampai je, mak aku sambut, ayah aku kat surau...

"cepatnya sampai?"

"tu la pasal, kaklong pelik bakpe pa amik masa 4 jam" aku menjawab...

"takpe la, 4 jam sampai tadop saman sampai"

tiba-tiba cuak...

esoknya, saja cakap menda yg sama dengan ayah aku...

"bakpe pa 4 jam baru sampai Kuantan, kaklong 2 jam setengah je?"

ayah aku gelak dan berkata:

"takpe, jangan sampai surat saman sudah!"

"eh, malam-malam mana ada spped trap, gelap x nampak"

"eh ada... skrg pakai kamera terang punya"

"ye ke?"

cuak berkali-kali ganda...

dalam perjalanan balik ke KL, kat Maran, sebelum exit Maran, tiba-tiba aku nampak lampu limpah terang benderang kat pembahagi jalan... masa tu aku tgk aku tgh bawak 120km/j... had laju LPT ialah 110km/j... tengok belah kiri, kilometer yg sama aku kena speed trap dulu! habislah aku!!


nak bukak myeg pun berdebor-debor... alhamdulillah, baru je lepas cek, aku takde saman baru...




tau cuak! lain kali dengar cakap mak ayah, berkat hidup!




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 17, 2012

Berempat

al salam alaykum

sepatutnya aku yg nak bergambar berempat macam ni...

tp Adam dan Ammar tak berapa nak menyokong... asyik berebut mainan je kerjanya...


 tengok tu! sebok berebut..


Adam baru 8 bulan, tapi cerianya mcm umur setahun! sekarang dah malas nak tepuk amai-amai... asal nampak org berjalan ke pintu, dia pun sama la ke pintu... makan sangat banyak! semangkuk bubur nasi boleh habis... kalu lambat suap, pandai buat bunyi marah! kecik-kecik dah pandai marah... tapi, suara marah dia tu, kalu dengar tengah malam, boleh buat meremang bulu roma... hehehehe

oh lupa, nama anak sedara baru ialah Areeq Zayyan... Abg Ammar panggil adik dia "Ayyan"

CIklong nak panggil Areeq boleh? Takyeh la cikyong, Ayyan!!

adik aku sms nak bagi nama Rifqy Zayyan... Rifqy tu kalu cari maksudnya ialah lemah lembut... suaminya tak seuju... adik aku tanya nak bg nama apa pun boleh, janji ada Zayyan jugak... aku cadangkan beberapa nama termasuk la Ariq Zayyan... 

Ariq = bijaksana, baik budi
Zayyan = perhiasan

abahnya eja nama jadi Areeq Zayyan... harapnya namanya tidak membebankan bahunya...

Areeq Zayyan dan Ammar Darwisy bersama ibunya skrg berada di Kuantan utk sesi pantang memantang... 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, December 13, 2012

Add friend pastu unfriend?

Al salam alaykum

Ada 1195 kawan di FB... Tp yg btul aku kenal mungkin separuh pun tak sampai...

Kenal di sini dlm erti kata aku tahu siapa mereka walopun tak pernah berkomunikasi... Ada senior dan junior sekolah, universiti, kawan-kawan sekampung, saudara mara yg jauh dan lain-lain...

Ada yg tambah aku sebagai kenalan, bila cek profile rupanya ada bisnes... Kalu aku kenal, aku approve la, kalu tak kenal, aku delete friend request la...

Jadinya dari sehari ke sehari, perasaan nak meng-unfriend org di FB tu memuncak... Tapi tak tahu nak unfriendkan sapa... Kalu yg perempuan tidak mencurigakan, aku biarkan je la...

Akhirnya, petang tadi dgn lafaz Bismillah, aku unfriend 2 orang...

Yg pertama, ialah kawan kpd kawan aku kat usmkkj, dia tambah aku setahun lepas rasanya... Tapi dalam masa setahun ni, rasanya langsung takde komunikasi, dgn tidak teragak-agaknya aku klik unfriend...

Yg kedua, sang doktor (ingat lg doktor yg mintak aku mekap tu?) yg telahpun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorg anak, pun aku unfriendkan... Sbb sejak dia kahwin, mmg terus hilang komunikasi...

Kedua-dua mereka di atas ialah kawan kpd sahabat-sahabatku, yg berkenalan utk mendirikan mahligai sakinah...

Siapa lg aku nak unfriend ni?

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Al salam alaykum

Jumpa geng lama di AMB... Kenangan paling banyak, paling diingat mmg dekat AMB je la...

Tapi pertemuan di Ampang Park hanyalah selama sejam je... Mana boleh ronggeng lama-lama...





Tuesday, December 11, 2012

Alternatif

al salam alaykum

 tiba-tiba tergerak nak bukak website Darussyifa'...

dah lama tak bukak...

semalam, borak-borak dgn seorang tukang urut...

tiba-tiba dia cakap: "kenapa awak tak cuba pergi pusat rawatan al-hidayah? dekat je kan? rawatan alternatif"

 aku macam...

 kenapa yek?

"cuba-cuba je"

saya rasa saya takde la sakit apa-apa...

"biasanya orang yg cakap dia tak sakit tu la sakit sebenarnya"


dan jumpa poster ayat ini di website darussyifa


ayat ini kalu sesiapa biasa baca Mathurat pagi dan petang, mesti jumpa... bacaan Mathurat itu adalah amalan bacaan doa utk kita...


doa ini, aku mmg share dekat sidebar aku... tp yg biasa je, bila nampak pink ni macam menarik je...



Mari kita amalkan bersama-sama...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 10, 2012

Merah hijau kuning

Al salam alaykum

Selangor Shines Eco Photo Hunt 2012

Shah Alam - Kapar - Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan - Sungai Besar - Sabak Bernam



Q12: Merah Hijau Kuning yang menyegarkan, hasil keluaran tempatan...


... Dan jawapannya ialah:


Nata de Coco ke?



Gambar: Kredit utk Nurul

Adoi laaa...


Tu la... Tak tengok kiri kanan depan belakang lagi...


p/s: free photo storage dh 1GB... pasni kena update dlm tepon je, letak gmbo sekeping je... :(

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 07, 2012

Hantu Occong

al salam alaykum

masa aku amik Ammar Darwisy dari HUKM, nak bawak balik rumah teman dia tido, jam dah pukul 12 pagi...

"Ciklong, Ammar nak tgk tv"

aku pun bukak la tv... kebetulan berita kat tv3... pastu plak berita kemalangan... dan liputan kat hospital, kat bilik mayat hospital plak tu... tunjuk mayat siap berkafan...

Ammar dengan tak semena-mena:

"Ciklong, tengok tu... hantu occong (pocong)... nnt dia alan (jalan) oncat-oncat (loncat-loncat) cam Ammar uat (buat) ni"

sambil loncat-loncat tunjuk gaya hantu pocong...

adoi laa!! dah la pukul 12 pagi... dah la rumah atas rumah adik aku tu misteri!! si Ammar plak sebok bercerita pasal hantu!

"cepat tido!"

"Ammar nak akan (makan) kek"

nnt ciklong amik... masuk dapur tak bukak lampu...

"Ciklong, bukak la lampu, gelap tu... takuttt!!"

sabo je laa aku!

lepas makan kek:

"Ammar nak susu..."

botol susu Ammar kan ada dlm kete, malas Ciklong nak turun amik, Ammar nak minum susu, Ammar la turun...

"Ciklong la turun, Ammar takleh, takut apek makan Ammar" dia cakap sambil main tab dia...

petah betul alasan!


----------------------------------------------

petang semalam melawat "Abu Sayyaf" kat HUKM,

"Ammar, muka adik Ammar ni macam muka sapa"

Ammar jawab "macam muka Ammar laa"

dop sama lalu...


Ammar Darwisy, umur tak sampai sehari...
http://kehelan.blogspot.com/2009/09/01-september-2009.html 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 06, 2012

Adik Abang Ammar

Al salam alaykum

Saya takde nama lagi. Tapi selalu dgr Ciklong cakap nak panggil Abu Sayyaf. Sbb ibu dgn abah nak bagi nama mula huruf A jugak.

Saya lahir pagi tadi, jam 3 pagi, 06/12/2012. Lewat skit saya kuar. Patutnya doktor cakap saya kena kuar 4/12/2012. Tak puas nak duduk-duduk dalam perut ibu.

Tp abang Ammar dah panggil saya, saya kuar je la. Tapi saya tak jumpa lg Abg Ammar saya dgn Ciklong saya. Ciklong teman Abang Ammar tido kat rumah ibu. Tok Kedah dgn abah teman ibu kat spital.

Kalu ibu sihat, saya sihat, tak kena kuning mcm abg Ammar dulu, petang karang saya boleh balik rumah ibu. Petang karang Ciklong boleh la ulit-ulit saya, insyaAllah.




Wednesday, December 05, 2012

Derma

Al salam alaykum

@tufulah: Sdg mkn, dtg budak minta derma utk Pusat Tahfiz Amal, Kedah. Apabila x dilayan, beliau b'lalu dgn muka x puas hati sambil b'kata "Bodoh la"

Terkejut kitorg!

Betul ke belajar tahfiz ni?

Pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Amal ni ada di mana-mana je...

Kalau aku balik Kuantan, pun diorg ada...
Di Shah Alam pun ada...
Apatah lg di Kuala Lumpur, sentiasa berjumpa...
Tak kira kat tempat makan ke, kat stesen minyak ke, kat bank ke, kat pasaraya ke, mesti ada 2-3 org...

Berapa ramai ustaz yg rajin bawak anak murid diorg ke serata ceruk semenanjung malaysia ni?

Bukanlah anti, cuma pelik... Dah bertahun... Bila ditanya derma utk apa, utk bina asrama... Utk bina bangunan sekolah...

Yg datang jumpa, biasanya budak-budak lelaki la, kdg-kdg budak-budak perempuan, ada yg kata dia staf pejabat Pusat Tahfiz Amal, ada jugak makcik tua, tp aku tak berani nak tanya makcik tu apa-apa soalan...


Setiap kali kalu diorg jumpa aku, aku akan tanya:

1. Datang dgn sapa?
2. Datang berapa ramai?
3. Tido kat mana?
4. Ustaz awak mana?
5. Awak betul ke belajar tahfiz?
6. Awak dah makan ke belum?

Bukan setakat cuti sekolah, hari sekolah pun tgk diorg ada! Bila masa diorg belajar eh?

Biasa yg aku interview, diorg ckp diorg dtg hari jumaat, sabtu balik la, sbbnya ahad kan dah sekolah...

Pernah mak aku tanya "Ustaz awak mana? Ustaz mintak derma jugak kat situ..." Sambil tunjuk kat maybank...

Org kata, kalu nak buat baik, buat baik pada org yg menuntut ilmu... Org yg menuntut ilmu ni sala satu golongan yg boleh menerima zakat...

Cumanya, aku tak setuju dgn pendekatan membawa murid-murid bermusafir jauh utk mengutip derma... Kadang aku isi minyak pukul 11.00 mlm pun, ada lg diorg kat stesen minyak... Kesiannya!

Aku cuba google, mmg byk jugak cerita pasal Pusat Tahfiz Amal ni... Tp kebenarannya hanya Allah yg tahu...

Tp sbb td dpt perkataan "Bodoh" sedih aku rasa!

Monday, December 03, 2012

Rawatan

Al salam alaykum

Tengahari tadi pergi buat rawatan gigi, dalam misi nak menghabiskan peruntukan kampeni... Tp claim lg 3 bulan la baru dapat...

Doktor sangat ramah... Tengah dia gerudi gigi aku dia tanya soalan macam-macam... Tp cemana nak jawab, semua alat dok dalam mulut aku... Angguk-angguk geleng-geleng je la...



Awak duduk mana?

Saya duduk dekat apartment M. Sewa bilik.

Duduk dgn tuan rumah ke?

Tak, sewa bujang. Doktor duduk mana?

Saya duduk kat puncak. Awak pernah sampai?

Tak lagi. Jauh tak?

Dekat je. Bagus kalu awak pergi sana jalan kaki sampai puncak. Saya tgk ada security guard bangla tu dari gemuk jadi kurus. Awak cuba la.

Pastu dia gelak...

Aku sengih. Nampak sgt ke aku gemuk?

Hehehehe....

Kemudian dia bercerita pengalaman dia dalam kehidupan, onak ranjau yg dia tempuh nak jadi pakar pergigian... Pasal anak-anak dia, pasal bisnes dia, pasal pesakit-pesakit dia... Sedar tak sedar dah sejam lebih aku dok situ...


Selepas sesi consultation, scaling, x-ray, jumlahnya adalah RM 286.00.

Terbuntang mata aku!


Ok, lagi 6 bulan aku cari klinik gigi lain plak...





Sunday, December 02, 2012

Banyakkk

Al salam alaykum

Pagi tadi jumpa member kampeni lama...

Beberapa bulan lepas kot aku naik Tabur dgn dia, dia bawak budak-budak ofis dia, dan sorg dua mmg adik-adik la kan...

Pastu aku saja kenenkan dia dg sorg budak yg aku tgk mmg stok baik-baik...

Pastu tadi dia citer kat aku...

Budak ni suka usik dia, kenenkan dia dgn budak Korea...

Kawan aku cakap, walopun dia suka international, tp mak dia takkan approvenya, kena cari local jugak...

Kawan lg sorg menyampuk "ooo nak yg local, ni haa ada sorg budak local ni haaa!"

Kawan dia merujuk kpd budak yg stok baik-baik la...

Dan budak tu jawab "dia beza banyakkk umur kot dr saya, tak boleh..."

Hahahaaha...

Ayat tak boleh blah...


Punah harapan aku nak tgk kawan aku bahagia! Hehehehe...

Kena carik stok lain!

Friday, November 30, 2012

Masak

al salam alaykum

tadi baca blog Achik, dia post gambar makan-makanan yg nampak menyelerakan...


teringat plak, ada org tanya

"ko pandai masak kay?"

tak pandai pun... tapi lepas la tekak sendiri...

"ko tak masak ke kat rumah?"

kalu balik kampung, mak la masak... kita dok jauh dari mak, kita balik nak makan mak masak punya... lg pun, kalu saya ataupun adik beradik lain yg masak, ayah saya tengok masakan tu, dia mesti tanya, sapa yg masak ni? kenapa lain je dr mak masak? kenapa rasa gini gitu goni? ok, takyah masak laa...

"ko pandai masak apa je?"

tak pandai... hahahaha

"org yg bekerjaya mmg tak reti masak kan?"

tak la... kawan2 saya ada je, masa belajar dulu dah terer masak utk 50 org... pandai tak pandai belakang kira, yg penting minat nak masak... saya minat masak menda yg saya suka makan je...


ok la, bkn la tak pandai sangat, tapi tahu la 2 - 3 jenis lauk, tp kari ngn sup aku mmg tak reti... yg lain, kalu nak makan aku akan usaha sampai aku boleh buat, contohnya ialah Sambal Jawa... aku suka sangat! sampai berguru dengan Kak Gee... yg lain-lain, berguru dgn mak aku je...

bagi aku, tahu, pandai, minat perkara yg berbeza... Aku tahu bahan-bahan utk kebanyakan lauk, tp tak pandai nak masak... Dan tambahan pula, minat tu kurang... Hehehehe



minggu lepas, lepak rumah adik aku, tengok Masterchef... ada peserta umur 31 tahun, nama dia Nina tak silap aku...

Adik aku yg tengah menunggu hari tu...

"Kaklong, Nina ni sama umur ngn mu, tengok tu, dia pandai masak..."

ye la, sbb tu dia masuk Masterchef... (aku tak paham)

"mu, umur 31, menda mu reti?"

chesss... elleh, masa mak ayah aku takde kat umah masa kita kecik-kecik dulu, aku la yg tukang masak nasi lemak utk korang, masak nasi ayam kat korang, goreng mee utk korang, goreng maggie utk korang, masak lauk ayam masak merah utk korang, goreng sayur utk korang... tiba-tiba dah tua nak kutuk aku plak...

mentang la aku tak masuk Masterchef... hahahaha


Dah la, nak gi makan! Hari ni tak masak, tak bawak bekal...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, November 28, 2012

Kenangan

Al salam alaykum

Kelas terakhir... Jamuan nasi arab, dan sesi bergambar...

Mereka dah mendaftar, aku belum... Ikutkan hati, nak je daftar kat Masjid Shah Alam...


Terima kasih utk semua!

InsyaAllah ada jodoh kita jumpa...


Ustaz tersasul harini, sebut nama kami Puan Khairini dan Puan Intan... Moga-moga sampai serunya utk bergelar puan... Aamiin




Tuesday, November 27, 2012

Markah dah dapat!

al salam alaykum

semalam, dh dapat markah keseluruhan utk Talaqi Al-Quran Peringkat Menengah, tapi keputusan tak rasmi la... 

utk sem 1:
Lisan: 48/60
Bertulis: 27/30
Kehadiran: 9/10
Jumlah: 84/100

utk sem 2:
Lisan: 54/60
Bertulis: 30/30
Kehadiran: 9/10
Jumlah: 93/100

markah keseluruhan: 177/2: 88.5 markah... tapi markah tak rasmi la... kalu ada selisih pun, skit je la Ustaz cakap...

alhamdulillah... dapat naik kelas lanjutan... tapi aku tak daftar dah kat Masjid Shah Alam... bukan apa, aku penat nak berkejar ke kelas... nak balik pulak malam-malam... mmg jalan yg aku lalu tu jalan biasa, hari-hari lalu... ramai org lalu jugak, tapi kalu gerah nak datang, siapa kita utk menolak kan?

sepanjang semester kedua ni, banyak kali jugak aku tuang kelas... alhamdulillah, aku bersyukur sangat aku tak "syahid" di tengah jalan...

dan aku pun minta pandangan Ustaz Khalil, dia sendiri sarankan aku sambung di Masjid Negara, tak galakkan aku utk sambung kat sana, jauh! tak payah la ulang-alik ke Shah Alam, malam-malam plak tu... belajar di mana-mana pun sama... yg penting, ada keinginan utk belajar!

semalam dh bersalam-salam dgn sebahagian kawan-kawan, ye la tahun depan aku tak sambung kan? tp, ukhuwah kita tetap berpanjangan... Ustaz sempat lg pesan, kalu nanti dh nak naik pelamin, jgn lupa hantarkan kad... insyaAllah...

malam esok, kelas terakhir aku di Masjid Negeri Shah Alam... sedih! tapi makan nasi arab! sedih ke gembira? ekekeke


insyaAllah, jumpa utk konvo tahun depan!

p/s: kalu kawan-kawan nak sertai kelas ni, boleh rujuk di website Masjid Negara dan juga Masjid Negeri Shah Alam...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, November 26, 2012

Blok Warna

al salam alaykum

adik aku bercerita pasal color block
officemate aku bercerita pasal color block
kawan-kawan bercerita pasal color block
artis-artis pun bercerita pasal color block

apa menda tu?

Google: Color Block

oooo... ok, kiranya kalu zaman dulu pakai, kaler hijau dan pink ataupun merah, org akan cakap ko berkenan kat mat bangla ke?

tp sekarang dah jadi trend dan fesyen, takde org mengata... kalu mengata jugak, ko tak trendy la tak mengikut perkembangan semasa...


kalu setakat color block, aku dh terer la kot... ikut suka hati je nak pakai cemana...

kalu dulu kena kutuk, buat donno je, skrg kalu kena lagi, ko tak in la! hehehehe







suatu masa dulu di USMKKj pada tahun 2004



color block tak?

ehehehehe


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, November 25, 2012

Ammar Gangnam Style?

Al salam alaykum

Anak sedara ciklong yg sulung ni, suka sgt tgk youtube Oppa Gangnam Style...

Pandai plak dia cari kat youtube tu...

Pastu bila tokpa tokma datang, rajin la dia dok menghiburkan tokpa tokma dia dgn aksi Ammar Gangnam Style...

Ada sekali tu, dia meloncat sebelah kaki...

Itu gangnam ke Ammar?
"Bukan la... Ni ayah da jalan camni"

Ada plak rajin tiru ayah da jalan takde tongkat...

Tadi kat MAHA ada kuda... Dia la yg sibul nak naik... Lepas 2 pusingan, jom amik gambar dgn kuda!

Eh, apasal muka tak hepi langsung ni?

Tak paham Ciklong ngn Ammar ni!

Hehehehe...

Ammar sejak ada adik Adam, cepat nak menjeles... Kalu Ciklong tepuk Adam nak tido, "Ciklong epuk Ammar juga, Ammar nak tido juga"

Tatau la bulan 12 ni insyaAllah dapat adik sendiri, Abang Ammar cemana keadaannya...




Saturday, November 24, 2012

Ayah Chik

Al salam alaykum

Pagi tadi kami hantar Iman ke ofis kampeni kapal dia kat Bandar Bukit Tinggi... Dekat sejam jugak tunggu urusan selesai... Kemudian ingatkan kami boleh ikut ke Port Klang, nak tgk kapal yg dia naik, nak melambai-lambai kononnya, tp tak boleh...

Dalam pukul 1, dia tepon cakap dia dh mula kerja... Kerja dia ialah O/S... Apa tu? Kuli je, Orang Susah... Dia jawab, sabo je la...

Pukul 5 sekali lagi dia tepon, iman cakap kapal dh kena gerak p Kota Kinabalu kul 6 nnt, akan sampai di Kota Kinabalu dalam masa 2 hari...

Ni kapal kedua yg dia kerja... Kalu kapal pertama dulu, kapalnya tak belayar... Terumbang ambing di sempadan Johor Singapura... Kali kapal kontena kena la belayar... Mungkin dalam Malaysia, Singapore dan Brunei la tempat singgahnya...

Aku cuba telefon tadi, tak dapat dihubungi... Kat FB pun takde update lg... Dah takde liputan la tu kot...

Aku harap dia selamat dalam kerjaya... Dan kami tunggu kepulangannya selepas 9 bulan...



Friday, November 23, 2012

31 tahun

al salam alaykum

ye saya 31 tahun, tahun ini...


yg dah lepas, anda pernah cantik ye dan mungkin bertambah cantik...

yg belum lagi, anda skrg dah cantik, bertambah-tambah cantik lagi pada usia 31...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, November 22, 2012

Tak baik benci-benci - Yusri KRU

al salam alaykum


 p/s: alhamdulillah, exam hari isnin hari tu dapat markah 30/30, sedang tunggu keputusan keseluruhan... harapannya dapat la 70 markah dan ke atas... aamiin...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, November 21, 2012

dua puluh tujuh

al salam alaykum

borak-borak selepas periksa Isnin hari tuh, dgn budak kelas lain...

"Awak umur berapa?"

Saya 31...

"eh ye ke? mcm tak gaya pun"

takpe saya tahu... nampak lagi tua ye?

"eh tak la, nampak baya saya, 27 tahun"

eh, muda lagi ye? muda-muda dah rajin datang kelas...


masa aku umur 27 tahun dulu, aku buat apa ye?






:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, November 20, 2012

You have to move on!

Al salam alaykum

U have to move on!


Aku telah cuba, sedang mencuba dan terus mencuba!















Monday, November 19, 2012

Waras

al salam alaykum

dah boleh kembali berfikir dgn waras sbbnya exam dah habis... 

walopun mungkin sesetengah akan cakap, ala, exam ngaji je pun... belajar utk ilmu, bukan utk exam kan? tapi disebabkan aku bersungguh-sungguh utk dapatkan ilmu, bila nak exam, mmg aku akan bersungguh jugak...

lepas ni akan ada kelas lagi... tapi kami dh habis silibus, al-Quran pun dah khatam, jadinya tatau la Ustaz nak buat apa malam esok sampai habis November ni...

Doa pun sudah
Usaha pun sudah
Ikhtiar pun sudah
Tawakkal kepada Allah utk mendapat keputusan yang baik

pendaftaran pelajar baru utk kelas pengajian bersijil Masjid Negeri Shah Alam akan dibuka mulai 03/12/2012 - 19/12/2012. Yuran utk tahun depan mungkin sama, mungkin bertambah, aku pun tak tahu... tp aku tak kan mendaftar utk tahun depan, tak larat nak ulang alik 2 - 3 kali seminggu ke Shah Alam... insyaAllah akan mencari kelas di Kuala Lumpur sahaja...



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, November 18, 2012

Cerita tak best

Al salam alaykum

Aku pikir macam ada menda yg tak berapa nak beres je, terus aku sms sahabat yg baik dgn aku di ofis lama dulu...

Mula-mula dia kata semua ok, jadinya aku tidur dgn lena...

Tp rupa-rupanya salah faham di situ, dan hakikatnya mmg tak best rupanya... Dan aku mmg takleh nak tido lena!

Berat di dada nak menanggung segala!

Kenapa lepas 4 tahun aku diberitakan dgn berita yg tak best macam ni?

Ingtkan 1 je, tapi 2! Spekulasi yg timbul, selepas pemergian aku, baru aku tahu hari ni!

Mungkin betul, mungkin tidak, hanya aku yg tahu! Tapi kalu betul pun, tidaklah mencapai 20 persen pun di antara sebab musababnya!

Kalu dulu aku pikir, mungkin kebarangkalian 50% aku akan sanggup menghadapi "dia", tp skrg, aku pikir aku rapuh semula... Kena tunggu lagi 10 tahun kot!

Cuma mujur, dalam 4 tahun ni, aku tak pernah serempak di mana-mana sekalipun...

Ingatkan senang, rupanya susah!





Friday, November 16, 2012

Cepumas

Al salam alaykum

Soalan cepumas yg aku dpt hari ni:

Bila ko kahwin nnt, kalu suami ko mintak berenti kerja, cemana?


Sungguh tak pernah pikir...

Kena pikir eh?


Thursday, November 15, 2012

Kuch Kuch Hota Hai

Al salam alaykum

Dah berpuluh-puluh kali tengok Kuch Kuch Hota Hai, dari zaman SPM sampai skrg, dari zaman video tape, sampai vcd, dvd, tv... tak puas-puas. Kalu ada adegan yg kena potong, nak je marah. Cacat cerita tu tak best nak tengok.

Tapi, setiap kali habis tengok, kesimpulan aku tetap sama. Kalu aku jadi Anjali, aku tetap pilih Aman, takkan pilih Rahul walopun Rahul cinta pertama. Hehehehe. Ngek tak? Bagi aku Rahul tak kuat. Dan selepas apa yg Anjali alami masa zaman muda-muda dia dulu, Tina-Rahul-Anjali, dia patut pilih Aman. Memang susah nak lupa yg pertama kita cinta (dlm kes ni, cinta sorg2 tak berbalas), tapi pilihan dah ada kan?

Susah nak paham kan?

Kuch Kuch Hota Hai la katakan...

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

 al salam alaykum

setiap tahun, azam yg satu itu dibawa ke hadapan...

tahun hijrah 1434, umurnya berganjak ke 33 tahun pada 1 Syawal nanti... :)


 Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


http://kehelan.blogspot.com/2008/12/doa-akhir-awal-tahun.html



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, November 13, 2012

Periksa

Al salam alaykum

Bila tgk notis kat pintu, peperiksaan bertulis talaqi al-Quran ditunda ke 19.11.2012, ramai mengeluh.

Ada yg dah kompem berada di Langkawi, ada yg ke Sarawak, ada yg dh merancang cuti-cuti famili...

Tapi, siapalah kita... Sebaik-baik perancangan kita, baik lagi perancangan Allah yg Maha Berkuasa...

Ustaz Khalil kata, ada hikmah tu... Boleh study lagi kan?

Bg yg tak dapat amik exam 19hb ni, Ustaz mintak buat surat rayuan utk amik periksa pada tarikh lain... Semua boleh dibincang...

Malam esok, akan diadakan Sambutan Maalhijrah bermula selepas waktu Asar sehingga waktu Isyak... Mungkin disebabkan dgn kehadiran Sultan Selangor dan juga Menteri Besar, maka waktu peperiksaan kami ditunda...

Dan, bertambah stress aku, selagi tak habis!

Semoga Allah permudahkan kami utk menjawab peperiksaan nanti...



Monday, November 12, 2012

12/11/12 - pun cantik gak

Al salam alaykum

12/11/12 - perasan bila tgh sain borg IT tadi... terus tanya budak2 yg dok melepak dlm bilik aku ni, ada sapa tak yg nikah hari ni? bersalin hari ni? date lawa la katakan...

..................................................................................................
 

bila di Langkawi, aku teringat pertama kali sampai ke sana tahun 2004, semasa aku menjadi R.O kepada Prof R.O... menemankan kak Zarina sorg2 perempuan di samping Prof R.O dan Abe Yus yg berkonferens di sana...

sebenarnya, aku tak pernah tahu yg aku ni suka minum teh o ais limau, hinggalah sampai di Langkawi, Abe Yus menegor aku:

"awok suka minum teh o ais limau ye?"

aku tercengang dan jawab: "mungkin kot..."

yg aku ingt lg, lepas tu dia manjang order limau ais...

apa la ko kay, minuman kegemaran pun nak kena org perasankan dulu... 

masa dulu-dulu, aku suka order 2 jenis air je, tak neslo ais, teh o ais limau... pastu minum neslo makin gemuk, aku hentikanlah tabiat minum neslo ais tu... 

lepas Abe Yus menego tu, sampai skrg, mmg order teh o ais limau je, kecuali kalu teh o ais limau tu harganya mcm nak minum air jus epal, baik aku order jus epal... hehehehe...




bila tiba di Langkawi minggu lepas, terus teringat jelajah Langkawi bersama Prof R.O, Abe Yus dan Kak Zarina...

paling ingat, kisah minuman kegemaran kami...

Prof R.O pun dh selamat mendirikan rumahtangga, Kak Zarina pun dh selamat berkahwin, tengah sambung PhD, Abe Yus kerja kat USM Penang lepas habis master, dh ada 2 anak kot...


aku pun tatau kenapa tiba-tiba teringat dgn diorg ni, nak-nak si Abe Yus ni... penangan gi Langkawi kot...


semoga mereka sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa...


:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Sunday, November 11, 2012

Hiburanku

Al salam alaykum

Dua minggu lepas aku bawak ke mari radio aku yg dh lama bertapa kat Kuantan. Mula-mula ingt nak beli radio kecik, tp radio ni takde plak org guna, dari jadi tukun, baik aku guna.

Aku tak cek apa pun, bawak je terus datang KL, bukak-bukak ada CD dan kaset In-Team dlm radio tu. Album zaman bila la tu.

Pemain CD ok je, boleh main lg. Tp bila main CD lain, sangkut! Pemain kaset dh rosak kot, ke kaset tu yg dah rosak.

Takpe la, janji ada hiburan di kala bosan menonton tv. Tapi radio IKIM.fm susah nak dapat.

Masih berkira-kira nak pasang Astro atau tak. Kalu pasang Astro, kena beli tv baru. Kalu beli tv baru, baik beli yg elok terus. Tp masalahnya, ruang bilik aku ni terhad. Sbb aku dh letak peti sejuk dalam bilik.

Beli tv baru, nak letak mana plak rak buku aku ni, radio aku ni. Bestnya kalu dapat beli sebuah rumah kat KL ni kan?




Saturday, November 10, 2012

10.11.12

Al salam alaykum

Dari pagi tadi nak up status kat FB pasal date yg cantik ni... Tp terlupa...

Bila malam, ramai dh plak...

Kat blog je la...

Kepada sesiapa yg diakadnikahkan pada tarikh yg cantik ni, selamat pengantin baru uk anda semua!

Tuesday, November 06, 2012

Saya yang tak makan sayur

al salam alaykum

semasa KL FFH 2012, cabaran makan nasi daun pisang buat aku sengsara... bukan tak biasa makan, sbb aku makan nasi daun pisang versi maging, tp kali ni cabaran makan versi vegetarian...

aku mmg tak makan sayur banyak-banyak... sayur akan dimakan bersuap sekali dgn nasi... kalu bahagian sayur 4 kali ganda dari nasi? mujur tak nangis je ari tu... hahahaha... kang ada kuar berita, peserta KL FFH 2012 menangis sbb takleh makan sayur... adoi laa!


 Cilok dari FB Nurul

huh, aku dah tembam! program makan dengan betul dah ke laut... berat  dah naik dekat 10kg! semua baju yg aku beli semasa badan mengecil semakin mengecil saiz bajunya....




kenapa aku tak makan sayur?









http://kehelan.blogspot.com/2009/02/jgn-makan-sayur.html


 hahahahaa... acah je tu!

aku suka kaler hijau, tp aku tak makan sayur hijau... puas kena paksa... tp skrg ni boleh je makan, tp bukan banyak-banyak laa... hahaha...

nnt la aku cuba belajar makan sayur lagi banyak dari makan nasi...

tapi, aku katakan tidak nasi daun pisang utk setahun!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, November 04, 2012

Ulangkaji

Al salam alaykum

Esok ada ujian syafawi Talaqi Al-Quran...

Aku tak mula ulangkaji lagi bab Mad dan Qasr... Ustaz Taufik tanya soalan susah-susah... Cadangnya lepas tgk Nona nak baca jap bab tu...

Apa yg aku buat skrg ni?

Tapi aku dok sebok ulangkaji Lazuardi, bahagian yg ada nama Shark, yg ada cerita Shark...

Petikan m/s 134:

"Tu e-mel, Y!M, Skype, Gtalk, FB, Twitter dan semua benda yang sata register. Awak boleh bercakap dengan saya je kalau ada apa-apa. Tapi kalau rasa nak dengar suara saya, just call." Dia senyum.


Macamana rupa Shark tu ye?

Baca novel byk bagusnya, tp yg tak bagusnya, koya terlebih...

Saturday, November 03, 2012

KL Fabulous Food Hunt 2012

Al salam alaykum

Kumpulan kami Air Batu Campur... Sbbnya bercampur-campur kami ni... Makanan pun bercampur-campur dalam perut...

Aku makan steamboat, mee rebus dan cendol, nasi daun pisang... Huz makan roti canai, nasi ulam jering... Nir makan sate samuri, nasi lemak RA... Sheera makan Nasi Ayam Upin Ipin dan rojak buah yg pedas katanya...

Makan! Makan! Makan! Nak berlari pun tak senang...

Pastu plak ternaik teksi pakcik psiko... Adoi laa! Takleh lupa!

Dapat tempat 27, hadiah hanya sampai no 20 je... sob sob sob... tak dapat pulak cabutan bertuah... Nurul je dapat...

Pikir2 balik, sejak menceburi bidang memburu ni, hanya sekali pernah menang top 3... Tahun 2010 dulu, Consumer Hunt 2010 Putrajaya-Melaka...

Yg lain, 2 minggu lepas la, dapat no 6 utk Photo Hunt...

Bila lagi nak merasa dapat hadiah best ni?

At least, adalah dpt nombor yg dapat hadiah kan?

Selepas ni, memburu bulan 12 kot... InsyaAllah!




Thursday, November 01, 2012

Shark

Al salam alaykum

Aku dah jatuh hati dengan Shark!

Tp biasa la, mana nak cari di dunia nyata ni?


Wednesday, October 31, 2012

I don't care?

al salam alaykum




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, October 25, 2012

Rahsia

al salam alaykum


Everybody should have at least two friends...one to talk to and one to talk about.


tak ingat amik kat mana quote tu...

...........................................................................................


dah bila pegang rahsia "one to talk about" takkan nak bercerita kat "one to talk to" kan?

itu sudah tidak amanah...

nak jadi amanah bukan senang, tapi wajib utk amanah...


terima kasih kpd sahabat-sahabat yg percaya kepada aku!



........................................................................................



hidup kita ni, tak seindah yg macam yg kita nak, yg macam kita harap...

tiba-tiba, timbul je persoalan, timbul je masalah, timbul je macam-macam yg tak dijangka...

kusut!

tapi apa yg kusut bukan bermakna tak boleh dirungkaikan, kan?

ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut pun tak putus, tepung pun tak selerak...



dan, walo apa pun terjadi, kita mesti yakin hikmah yg Allah nak beri tu sangat la banyak!

kita tidak gembira pada hari ini, esok lusa pasti bahagia itu milik kita kan?



ahli keluarga dan sahabat-sahabat yg aku kasihi sekalian, walau apa pun dugaan yg kita hadapi, sebesar mana pun ujian yang datang, hadapi dengan redha, hadapi dengan sabar, hadapi dengan tabah... Allah akan beri sebaik-baik ganjaran...



.........................................................................................


Selamat menyambut Eidul Adha buat semua...





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, October 24, 2012

Dunia yang kecil...

al salam alaykum

ye, dunia ni kecik je...

dulu aku bekerja di sebuah kampeni sebagai Client

skrg, aku kerja kat kampeni skrg ni, sebagai Vendor


 dan mereka terjumpa e-mail aku yg telah berusia 2 tahun...




"What a small world. We just like the soccer players. One day we are playing for Red Devil and tomorrow we are the Gunners." - Che Wan Rojas




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::