...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, December 31, 2011

2012

Al salam alaykum

Biasa malam tahun baru aku dok depan tv tgk cerita, baca buku, pastu tgk bunga api kat tv... Kalu malam tahun baru tu aku kat shah alam, tgk bunga api kat luar tingkap...

Tp malam ni, aku kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam, ada ceramah agama...

Aku dtg pun pas solat isyak kat rumah... Nak tgk apa ada, sblm tu dgr kat radio ILuvIslam utk segmen selepas maghrib...

Org terlalu ramai menantikan Ustaz Azhar Idrus... Satu fenomena ke? Tp sbb gayanya santai bersahaja, mmg menarik minat budak-budak muda, mungkin...

Azam tahun baru?

Banyak... Sbb hari-hari ada je azamnya... Azam tak kisah besar ke kecik, tp yg penting apa yg kita azam kita capai...

InsyaAllah, tahun 2012, bermula 2 Januari, aku bergelar pelajar talaqi Al-Quran di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam... Alhamdulillah, dapat kelas menengah 2...

Masa temuduga minggu lepas, berdebar jugak sbb dpt soalan senang, tp boleh jawab kat Ustaz Hata, saya tak ingat la Ustaz... Setahun lg laa aku akan berada di Shah Alam, insyaAllah... Ramai jugak kawan-kawan ckp baik amik kelas tafsir... Tp bg aku, biarlah amik kelas Talaqi dulu, betulkan apa yg salah...

Ok la, jumpa lg tahun depan, insyaAllah...

Eh, dah ramai yg balik! Kata ada bunga api gok kat sini...


Selamat Tahun Baru 2012



Friday, December 30, 2011

Hari terakhir

Al salam alaykum

Hari ni hari terakhir utk bekerja dalam ini tahun...

Hari ini hari terakhir solat jumaat dalam ini tahun...

Hari ini hari terakhir aku, berada di Plaza Sentral...

Selepas ini aku akan berada di Central Park...

Syarikat yg sama, jawatan yg sama, gred yg sama, department yg sama, persekitaran mungkin juga yg sama...

Tempat kerja aku berubah, takkan duduk sekumpulan dgn Lead @ Manager... Ialah siapalah aku ini kan...

Meja depan aku kosong lg, aku bercanda dgn kawan-kawan, minta-mintalah org baru yg masuk nnt lelaki-lelaki yg hensem dan bujang ekekekeke...

Aku hanya berharap dan berdoa moga tahun baru nnt bakal menyinar, membawa perkhabaran yg baik dari segala segi, dilimpahi berkat, rahmat dan mawaddah dari Allah dan harapnya aku terus berubah ke arah kebaikan seiring dgn usia yg bakal bertambah... Aamiin


Sunday, December 25, 2011

Mandi Kolam

Al salam alaykum

Ammar nak mandi kolam!!!

Pagi-pagi hujan sejuk-sejuk, nak mandi kolam jugak!

Layankan saja laa


Saturday, December 24, 2011

Wajah Kesayangan I

Al salam alaykum

Tiba-tiba ternampak fail surat beranak atas meja tamu... Ayah aku terlupa nak simpan semula la tu

Belek-belek, jumpa gambar berukuran passport... Pa, ma, kakngah, eri, nisa... Gambar aku ntah ke mana, iman pun takde

Meh tgk gambar ayah beta...


Friday, December 23, 2011

56

Al salam alaykum

Hari ni genap 56 tahun usia ayahanda tercinta, En Kamaruddin bin Md Taib...

Hanya doa dipanjatkan kpd Yang Maha Esa, semoga ayahanda sehat sejahtera di samping keluarganya, mohon sentiasa dalam rahmat yg Esa... Aamiin

Monday, December 19, 2011

Makan burger

Al salam alaykum

Minggu lepas, tak ingat hari apa, kecok KFC tarik balik kupon Double Zinger free, kombo meal plak tu... Aku bg emel kupon tu kat org lain, share kat FB, tiba-tiba dgr cerita, iklan tu ditarik balik... Ada la 2-3 org kawan sempat dapat makan burger free... Mana tak kena tarik balik, boleh dpt burger free dgn any purchase... Bak kata adik kerja KFC tu, bankrap kampeni kak org dtg makan double zinger free!!

Hangin manusia2 di Malaysia ni, promo sampai 15 Jan 2012, tp tak sampai separuh hari, iklan dh kena tarik balik...

Pagi tadi, tgk blog shopping n sales, ada iklan burger king French Chicken RM1 dgn pembelian mana-mana value meal... Spt biasa, barang baik forward kat kawan-kawan... Tp ada yg serik, betul ke ni?

Tp aku tak dengar plak cerita iklan ni ditarik balik, aku cuba pergi Burger King kat Extreme Park Seksyen 13... Bukan cobaan!! Betul-betul mmg dpt harga singgit dgn pembelian value meal... Aku share dgn kak roza la, air leh refill... Fries bkn makan byk mana pun kan... Harga bahagi dua la...

Tp yg lg best, aku dpt lg kupon burger lain plak harga RM 1 utk hari selasan rabu khamis jumaat sabtu dan ahad... Promo baik punya!!

Hehehehe

Saturday, December 17, 2011

Pantun

Al salam alaykum

Kita tidak membawa suluh
Suluh datang mencari api
Kita tidak mencari musuh
Musuh datang kita nanti

Raja Di Udara, Astro Awani

Friday, December 16, 2011

Doktor Ismadi

al salam alaykum

Doktor Suriyati

Doktor Norasmiza

Doktor Norlia

mereka yg sekelas dengan aku bergelar doktor perubatan...

Doktor Afrah Alhana

yg sekelas dgn aku bergelar doktor haiwan...

Doktor Azhani

yg sematrik dengan aku bergelar doktor pergigian

Doktor Firuz

Doktor Dewi Suriyani

Doktor Noraiham

mereka yg sepengajian dengan aku memegang Ijazah Kedoktoran


dan, bila plak aku?

Doktor Khairini?

 5 tahun?

10 tahun?

20 tahun?

40 tahun?


insyaAllah... suatu hari nanti...

ilmu tak mengenal usia kan?


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, December 15, 2011

kisah sang semut

al salam alaykum

























kesian sang semut :-(

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, December 14, 2011

makan dalam

 al salam alaykum

ko ajak kami makan... belum bg keputusan, ko blah cam tu je?

masuk ni dh 4 - 5 kali ko buat cam tuh...

hempuk jugak lama kang!!


----------------------------------------------------------------------


setiap 2 minggu sekali, pada hari Jumaat, akan ada jualan MIDA kat Plaza Sentral ni... macam-macam barang ada... harga pun boleh tahan laa...

ada jugak jual beg berjenama gred triple A...

aku selalu gak usha-usha... pastu mesti akak tu cakap, dik, yg ni mahal, gred triple A, yg kat b elakang sana murah, gred A...

eheheheheh...

dan, semasa iklan Samsung Galaxy Note keudara di TV, aku ngn Husna p Plaza Alam Sentral Shah Alam... nak beli charger utk handphone aku... sambil-sambil tu nak nengok la Samsung Galaxy Note... hampir semua kedai yg aku pergi, bila aku tanya Samsung Galaxy Note harga berapa, diorg akan jawab, "manyak mahai lorr! you tak payah beli yg itu laa, amik yg ini, murah!! sesuai dgn you..."

ekekekeke

baik... aku mmg tak mampu nak pakai barang mahal! apatah lagi yg mahal tu pun yg FAKE!!


ekekekeke



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, December 13, 2011

Tanah Andriyana

Al salam alaykum

Pulau Tengah Pulau Matang
Di antaranya Pulau Cenang
Apabila melihat tuan datang
Hati susah menjadi senang

Apa guna pasir setambun
Kalau tidak setinggi duduk
Apa guna kasih setahun
Kalau tidak seumur hidup

Apa khabar nasi di daun
Nasi di talam bagai nak basi
Apa khabar tinggal setahun
Tinggal semalam bagai nak mati

Apa diharap buah pauh
Entah masam entahkan tidak
Entah dimakan burung merpati
Apa diharap orang yang jauh
Entah ingat entahkan tidak
Entah sudah mencari ganti

Hinggap di daun si burung merpati
Mati ditimpa ranting meranti
Seratus tahun sanggup menanti
Tuan tak pernah luput di hati

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu bercerai
Kuasa Allah siapalah yang tahu

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

"Kalau hidup tak boleh membantu orang yang benar-benar mengasihi kita... tak ada gunanya"

Monday, December 12, 2011

Selamatlah...

Al salam alaykum

Alhamdulillah, semalam berkesempatan ke kenduri Adnin, sahabat aku semasa di Ehsan... Hmmm... Nampaknya dalam geng tujuh posen sebelas, tinggal aku sorg je la lagi yg masih belum sampai seru... Doakan saja yg terbaik...

Buat Adnin, selamat melayari bahtera rumahtangga, hingga akhir hayat.. aamiin




Sunday, December 11, 2011

Jeans & Jacket

Al salam alaykum

Semalam majlis makan malam syarikat di Mandarin Oriental Hotel...

Datang awal utk early bird lucky draw tp mmg takdir tak bertuah kan...

Artis undangan Adibah Noor, tp ak tak bergambar sakan macam tahun lepas dgn Ning Baizura... Ni kali kedua jumpa Adibah Noor, tak excited sgt la kan perasaannya...

Aku juga cuba utk memenuhi tema majlis, tp dgn cara aku je la kan... Sesuka hati sendiri je, mcm tak biasa...

Datang, makan, tak dapat hadiah, balik...

Tp tiap2 tahun Chinese food je... Tukar la plak makan western... Heheehhee... Kata kampeni omputis, makan steak la plak... Ekekekeke

Gambar di bawah, terima kasih kpd Athirah... Ada jg gambar, kalau tak, harap!! Kena pikir semula ni nak beli kamera yg mahal ke yg murah ni...


Saturday, December 10, 2011

Renggang

Al salam alaykum

Aku skrg ni langsung dari Mandarin Oriental Hotel, KLCC...

Ada video sempena 5 tahun kampeni di Malaysia...

Dan ada terselit banyak jugak gambar aku dan sahabat aku, Puan Intan...

Dan aku sedih, sbb semacam takde momen gembira tahun ni dgn dia...

Dan semakin sampai penghujung tahun, makin renggang...

Aku doakan moga persahabatan kami tidak putus begitu saja... aamin...

Thursday, December 08, 2011

Kuala Gandah - Deerland

 al salam alaykum

dah hampir terlupa plak nak bercerita pasal Deerland...

sebelum kami tgk gajah, kami ke Deerland dulu, nak habiskan waktu menunggu detik 2 petang utk main-main dgn gajah...


jaraknya lebih kurang 3km dari Pusat Konservasi Gajah

bayaran masuk RM 6 seorang...

pintu masuk...


harapannya dapatlah nak tgk beruang... tp beruang dah dipulangkan kepada PERHILITAN 3 bulan yg lalu... ada lagi 2 jenis haiwan yg akan dipulangkan ke PERHILITAN jugak, iaitu Rusa Malaysia dan Ular Sawa Albino...

dah namanya Deerland, mestilah tgk rusa kan?


bila beli tiket, dapat satu kupon, utk bagu rusa makan... comel sgt rusa-rusa ni! oh ya, ni rusa semua datang dari Indonesia... rusa Indonesia jinak-jinak... rusa Malaysia garang-garang, sbb tu terkurung je, kami nak p dekat pun tak dapat...

bagi makan kat luar pagar

lepas bagi makan kat luar pagar, boleh la masuk ke dalam nak beramah mesra... tp rusa ni layan korang kalau ada makanan je... terpaksa la kecek skit makanan dr penjaga dia... best ooo!! berlari-lari dgn rusa...

anak rusa nak melepas jap...

muka kesian


selain daripada rusa, ada berjenis-jenis spesies burung kat sini... ada ostrich (tp takleh tunggang ye), burung kakak tua, burung puyuh, ayam serama, burung kuang etc...

spesis kuang, nama dia Hijau...

ni pun Kuang juga

bagi makan kat Puyuh, aku baru tau ada puyuh kaler putih...

muka penakut! first time pegang ular...

ada lagi satu gambar dgn ular sawa Albino, aku jugak la tukang pikulnya... takde la geli sgt... tp ngeri tu banyak laa!

tgh qadha hajat jugak

 kendian, bg makan arnab plak... arnab ni dah kekenyangan sgt agaknya!

masa kami datang hari tu, pihak Deerland sdg buat landskap Orked/Anggerik... tp tak siap lg... katanya akan dibuka pada tahun depan...

 sila lah menderma!

kpd peminat kucing, jika berminat, boleh la hubungi pihak Deerland...

sekian saja coretan kami di Deerland...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 05, 2011

03/12/2011 - Kuala Gandah

 al salam alaykum

hari Sabtu, 03/12/2011, kami ke Kuala Gandah, Pahang... nak tengok gajah katanya... plan dah lama, tp sbb masing-masing jadual penuh, akhir tahun baru dapat pergi...

kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 8.30 pagi... perjalanan ke Kuala Gandah mengambil masa lebih kurang satu jam setengah je... kalau korg tak banyak berhenti laa... nak ke Kuala Gandah, korang lalu LPT, keluar ikut Tol Lanchang, nnt terus nampak signboard ke Kuala Gandah...


nak sampai dah!


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan



kami sampai ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan lebih kurang pukul 10.30 pagi... terus pergi pejabat utk mendaftar... utk memudahkan urusan, korang boleh telefon dulu Perhilitan seminggu sebelum tarikh lawatan korang... sbb tiket adalah terhad... sehari dia bagi 100 tiket je... oleh sbb byk perkara, aku terlupa nak telefon dulu nak book tiket... jadinya, kena sampai awal-awal laa nak dapatkan tiket walk-in... utk walk-in dia sediakan 50 tiket sahaja...


utk orang awam, ada dua jenis tiket, Tiket A - merah, utk tgk pertunjukan, lawatan tengok-tengok bagi makan kat gajah je... kalau Tiket B - Kuning, yg ini utk tgk pertunjukan, lawatan tengok-tengok bagi makan kat gajah, utk aktiviti menunggang gajah dan mandi bersama gajah... Tiket B, terhad... kalau pergi 4 org, dia bagi tiket A dua, tiket B dua... tiada bayaran yg dikenakan... cuma, silalah bermurah hati utk menderma demi kelangsungan hidup gajah-gajah tersebut...

replika

Aktiviti yg disediakan...

Lepas dh dapat tiket, perut kena isi dulu... kat sini byk tempat rehat disediakan...


dah makan kenyang-kenyang, kami ke Deerland dulu, adalah 2km dari Pusat Konservasi ni... tu cerita dalam entry berikutnya laa...

ofis

tak sabarnya!

gading gajah la plak


banyak papan informasi berkenaan gajah ni... kena rajin membaca je...

aktiviti bersama gajah bermula pada pukul 2 petang... lepas ke Deerland, kami bergegas salin baju utk bermain dengan gajah! tak sabarnya!

pakcik yg pakai baju biru tu, dok ulang ayat yg sama berpuluh-puluh kali... pasal gajah-gajah yg ada di sana laa... mula-mula aku ingtkan pasang tape, tp tak, mmg siaran langsung... mmg gigih!

oleh sbb gajah aktiviti tak sampai lagi, kami beli dulu kacang, RM 3 sebungkus, utk diberi makan kpd gajah-gajah yg ada kat situ...


nama gajah di Jeli, sbb dijumpai di hutan Jeli, Kelantan... dia takde ekor, kena baham dek rimau... aku cuba nak tepuk belalai dia... dia sedut cepat sangat kacang yg ada kat tangan aku...

nama dia sama ada langsat @ Pandan... ni anak gajah je...

sabar menanti

tempat gajah beraktiviti


dah lepas bagi makan Jeli makan, kacang sebungkus pun dh habis, kami pusing-pusing kawasan... bergambar dulu kat tempat gajah nak mandi, tp hari Sabtu tu pras air sungai naik, so takde la aktiviti nak mandi dengan gajah... bahaya utk kanak-kanak... utk gajah-gajah tu takde masalah...

pukul 2 lebih, gajah aktiviti pun sampai...

Kala, Timur, Pian, Abot & Mawar...

aku suka tgk aksi Abot & Mawar, asyik dok menari je, bergoyang-goyang kiri ke kanan... seronok sangat agaknya... utk pertunjukan gajah, diorg (???) menunjukkan bagaimana gajah bekerja, tidur, makan, angkat manusia dan lain-lain... mmg comel la aksi diorg (???)

lepas pertunjukan gajah, kami berpeluang memberi makan kpd 5 ekor gajah ni... berebut-rebut masing-masing... yg tua pun sama naik mcm kanak-kanak riang...

kemudian, beratur utk menunggang gajah... sekejap je pun... tp best!

cuma yg terkilannya, tak dapat nak mandi dgn gajah, sbb paras air sungai  tinggi... kena datang lg sekali ni!

menunggang gajah, takde bakul tempat duduk ye mcm kat Phuket...

utk menunggang gajah ni, yg dibenarkan cuma 2 org je... Kak Roza & Husna ckp tanak naik, so aku ngn Aizah je la kan... kemudiannya, Aizah nampak ada kakak tu mcm tanak tunggang gajah, tp dia pakai tiket kuning... aku pun p la kecek kat dia, dpt laa tiket Kuning tu satu, aku bg la kat Husna... Kak Roza tanak naik, dia  ckp mcm ngeri je...

bagi gajah makan

tak dpt mandi dgn gajah, amik gambar dgn anak gajah, Pandan & Langsat

dekat pukul 4, kami pun beransur utk pulang... 
pasal makan-makan, jgn risau, byk gerai makanan kat luar pagar Pusat Konservasi Gajah ni... kami pun singgah sekejap utk minum-minum... makan mee goreng sepinggan... mee goreng sepinggan ialah RM 3.50 ye kawan-kawan! murah lg laa nak banding tempat lain mee goreng kosong RM 4.00 sepinggan... 

masing-masing mmg bau gajah... singgah di Hutan Lipur Lentang utk mandi manda di sungai Lentang dan menunaikan kewajipan...

lapar, kena makan jap!


next entry... pasal Deerland plok...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::