...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, September 29, 2011

Panggilan Ilahi

Al salam alaykum

Dari semalam aku tunggu bunyi siren polis...

Tp yg aku tunggu tak kunjung tiba...

Dengar je siren, terus jenguk tingkap... Bukan! Ada konvoi motor la plak...

Siren lenyap dibawa angin...

Alhamdulillah, hari ni kedengaran siren, tp perlahan...

X macam tahun lepas... Kuat, selalu buat aku berkejar ke tingkap...

Itu dia... Bas-bas yg aku tunggu dah lalu... Bas yg membawa bakal jemaah haji ke Tanah Suci Mekah...

Sayu...

Moga ada panggilan dr Ilahi utk aku sampai ke sana... Aamiin

Semoga jemaah semua dikurniakan haji yg mabrur... Aamiin

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, September 28, 2011

payah rupanya...

al salam alaykum

aku ingatkan, selepas tiga tahun, aku dah lupa... 

melupakan kisah-kisah lampau, melupakan kenangan² lalu, melupakan kisah sedih, melupakan segalanya... segalanya tentang dia...

pagi-pagi tadi, aku terbaca blog, yg aku jumpa kat FB... penuh dgn cerita masakan, kuih berwarna warni... 

tetapi, rupanya, apabila diselongkar dalam-dalam...

membawa aku menyingkap segalanya tentang dia, tentang mereka, tentang bahagia...

hehss... pagi-pagi lagi dh jadi cengeng... 

dalam byk² kes (mcm banyak yek?), kes inilah agaknya yg paling meruntun jiwa aku... paling berbekas di hati... ataupun, aku yg masih tipu diri sendiri?

ramai sahabat-sahabat baik yg kata, aku hanya "crush", teringt juga komen Mimi 3 tahun lalu... "crush" ke? 

aku pun pikir, pujuk hati, ye, hanya "crush" mungkin...

tp lepas 3 tahun, masih tak terpujuk lagi hati aku ni rupanya...


ok, lepas ni aku delete blog tu dr bloglist aku...




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, September 27, 2011

makan ramai-ramai

al salam alaykum

terlaksana la jugak makan-makan kami utk Level 20 saja... utk kita-kita aje je tau!

mmg tak jemput langsung org dr department lain, hanya jemput bakal bos baru je utk bertandang ke majlis kami...

takde la pakai baju raya apa ke, makan ikut suka saja...

gambar cilok dr FB Nadia...

nasi Arab... Hanafiah masak sendiri...

macam-macam ada

Hanafiah tepon ckp ayam ada masalah, cepat2 pergi beli ayam golek Lima Bintang, Pantai Dalam... 

kelihatan Tuan Imam sedang khusyuk memenuhkan bekas tapauan, hingga tak perasan didajalkan...

Kak Gee... ketua misi kami setiap kali acara makan-makan

walaupun kami tak ramai, bila tiba waktu makan, kami beramai-ramai memeriahkannya...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 26, 2011

Pesanan

 al salam alaykum


"Jangan pernah menyentuh atau memberi harapan pada wanita jika kalian tidak berniat untuk melamarnya"


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, September 23, 2011

Penjaga

Al salam alaykum

Pagi ni, sambil gosok baju, tgk Tanyalah Ustaz...

Kalau pulang dr melawat orang sakit, tak kira di hospital, terlantar di rumah, menziarahi kubur, melawat jenazah... Apabila pulang ke rumah, bacalah ayat ini...

إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ

There is not a soul but over it is a keeper.

Surah At-Tariq, ayat 4

InsyaAllah...

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, September 22, 2011

desperado

Al salam alaykum

Aku terjumpa minyak wangi atas meja tuan haji… saja belek kotak tuh… minyak wangi tuh tak boleh dilangkah, sbb dah dibacakan doa… baca di belakang, mmg macam2 doa dh dibacakan… yg no ke berapa, aku tak ingt plak, telah dibacakan doa bertemu/pendekat jodoh… aku tergelak la, si Nad terdengar, dia pun tny, knp gelak? Ni haa, ada doa pendekat jodoh jugak… terdengar lg sorg, terus dgn sinisnya, “desperate betul la budak ni…” aku buat dengar tak dengar je, walaupun dalam hati terkilan jgk laa…

Aku byk jumpa, kat internet, kat kaki lima, kat kedai-kedai, byk dijual minyak wangi, minyak tambah seri, dan minyak2 seangkatan la dgnnya… yg mana, mmg aku tak pernah amik pusing pun… dan, ada juga kawan-kawan aku pernah ke pusat rawatan Islam, utk urusan mandi bunga etc, alhamdulillah, berkat dgn usahanya, dan telah sampai waktunya dengan izin Allah, telah pun dan ada yg bakal mendirikan rumahtangga… itukan juga usahakan?

Cuma, yg nak diceritakan kat sini, mmg ada segelintir org2 yg dah berkahwin ckp dgn aku, termasuklah org yg mencebik aku td tu, katanya, aku beruntung sbb masih lagi single… nasihat mereka, kalau dh single, tak payah la penin pikir bila nak kahwin, bila nak bertemu jodoh… sbbnya, bg mereka, lebih baik tidak berkahwin drp berkahwin… cerita mereka, mcm2 masalah yg mereka hadapi, dan ada yg pernah ckp, menyesalnya berkahwin… astaghfirullah…

Itu pandangan masing-masing kan?

Tp bg aku, aku tidak terdesak utk berkahwin… percaya dan yakin, setiap org telah ditetapkan jodoh masing-masing… tidak berjumpa di sini, di akhirat sanalah tempat pertemuannya… berdoalah, berusahalah, utk meraikan saat pertemuan itu, sama ada di dunia yg fana ini, ataupun di akhirat yg kekal abadi…

Tuan haji muda, “ko pakailah kay minyak wangi tu… semoga bertemu jodohnya… aamiin”

Tuan haji muda dh doakan, marilah kita aminkan ramai-ramai…


::: Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, September 20, 2011

Rasa

 al salam alaykum

aku sentap, hari Ahad lepas, bukak FB, tgk update kawan-kawan... dan ada seorg telah berubah statusnya... sungguh sentap! tiba-tiba... tiba-tiba aje... sampai hari ni aku rasa sentapnya... tak paham betul! aku harap tak rasa sakit macam yang pernah aku rasa dulu...

dan ptg semalam, aku chat ngn senior aku kat USM... hahaha, senior! masa aku undergrad, aku tak pernah kenal dia, aku kenal dia bila aku dh grad, masa aku jadi R.O kpd Prof R.O, dia plak tgh sambung master, bawah R.O... walopun tua hanya setahun, muka dia muka budak, aku tetap panggil abang, senior la katakan...

oh cerita petang semalam, dia tny knp aku kahwin aku tak jemput dia? aku tau, dia bergurau, tp terus aku sentap! selama ni aku tak kisah pun, tp tiba-tiba plak aku sentap dgn dia... tindakan luar kawal aku, aku ckp kat dia "abg --- jahat!!"

ohhsss... sebaik-baik lelaki yg aku kenal, aku cakap dia jahat... semalam dh mintak maaf dh, sblm dia logout sbb nak p amik anak dia kat sekolah...

 
apa aku nak cerita pun aku dh kompius... arrrghhhhhh!!!! taip padam taip padam taip padam...

sudahlah... 

tata!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 19, 2011

Yang mana satu?

Al salam alaykum



Baru dapat...

Nak mula yg mana satu ye?



Yg bawah sekali laa...

Friday, September 16, 2011

Anak saudara...

Al salam alaykum

Memperkenalkan, anak saudara baru makcik Kay....

Muhammad Alif Azim, yg dilahirkan pada 10 Syawal yg lalu

Putera hati sahabat makcik Kay, En Mohd Aris & Norasmiza Abd Manaf

Comel!!! Macam ayah dan mama dia laaa


Doa makcik Kay moga Azim membesar bagai johan menjadi anak yg soleh dan khalifah Allah yg mukmin dan adil... Aamiin

Azim, kita jumpa lg eh, tak skrg, lg setahun la kot... Eehehehe



Thursday, September 15, 2011

Temasik - Pengembaraan hari kedua

al salam alaykum

hari kedua di Temasik, 19/06/2011 - pusing pulau?

selepas mendapatkan rehat dan tidur yg secukupnya di The Hive, Serangoon Road, kami pun melangkah keluar, menghala ke stesen bas... oh ya, mujur lg dapat peta Singapore dr salah seorg penginap di The Hive... terima kasih!

apa2 hal pun, kena cari tiket balik dulu...


 jalan kaki saja...

 kat sini la nak beli tiket bas... ada bas ke KL dan jgk ke Utara... ke Johor takde...

 hala pergi RM 20.00, time balik SGD 20...

lepas dapat tiket bas pukul 5 pm, bas terakhir sekali, kami borak-borak dgn makcik kat situ... tanya macam-macam... dan dia cadangkan kami naik teksi je, sbb berempat... lg senang dan jimat... berbekalkan peta, makcik tu cadangkan mula-mula nak ke mana, dan akhir sekali kat mana... yg lagi best, beg kami dia suh tinggalkan kat kontena dia tuh... alhamdulillah! jasamu dikenang...

bermulalah pengembaraan kami...

oh ya, tambang teksi hanyalah dlm SGD 4.00 - SGD 5.00 je setiap kali perjalanan, kongsi plak 4 org... jimat la jugak!

mula-mula kami ke One Fullerton... 

pakcik Cina yg bawak teksi tanya kami,

"mau pergi lawan ka?"

tak paham....

"itu kamu mau pergi Marina Bay, semua org pergi sana semua mau lawan..."

baru le paham...

"ooo olang melayu talak boleh lawan kan?"

gitu le lebih kurang yg aku ingt apa pakcik tu cakap...

nak naik ke Marina Bay kena bayar SGD 25 rasanya... lain kali laa... kami nak cepat...

Fullerthon Hotel

lupa la nama yg berkelopak tu

Merlion

kemudian kami ke Stesen Keretapi Tanjung Pagar... mula-mula naik teksi, kami cakap nak ke Tanjung Pagar je, dihantarnya kami ke Tanjung Pagar Shopping Complex... heheheheh

tercapai la jugak hasrat nak ke sini... cumanya, tak naik ketapi je laa...

agaknya kat mana la skrg kedai pakcik Hasan ni eh?

bangunan stesen keretapi Tanjung Pagar

kemudian kami bergerak ke Orchard Road... masa tuh mmg musim jualan murah kat Singapore... tp kami tak pergi semua laa shopping complex yg ada kat sana... lepas dapat barang yg adik aku kirim, kitorg ke India Street...

beratur yek!

mcm Mydin jgk la lebih kurang...

jumpa Aamir Khan!

kat Mustafa & Shamsuddin ni takde la menarik sangat... kami terus ke Bugis Street... borak-borak dgn pakcik tuh, dia ckp kalu nak ke Arab Street jalan kaki je dr Bugis Street, senang je dh boleh sampai...

sampai Bugis Street, masing-masing tercengang... pelik! baca dlm blog, Bugis Street tu tempat org membeli cenderamata murah-murah... tp ini shopping complex ni! pelik ni!

Bugis Street Shopping Complex

kena jalan ke belakang skit, baru la nampak Bugis Street yg kitorg cari...

tu dia!


dekat Bugis Street ni, mmg byk kedai-kedai jual cenderamata... harga semua sama je... aku tak bli apa pun, t-shirt je utk adik-adik aku... kat sini pun tak lama... sesak sgt! lagipun, kami nak kejar ke Arab Street, nak makan tengahari, nak solat...

nak ke Arab Street, kami jalan kaki je... tp kompius jgk laa... tgk peta lain, tgk papan tanda, lain plak, tny org tunjuk arah, pun lain... terduduk kami kat simpang tuh... sampailah ada satu famili dtg tanya knp kami mcm tuh... hhehehehe... sampai jgk kami ke Arab Street....

Masjid Sultan, Singapore

pakcik teksi tadi dh cakap, nak makan nasi briyani dan murtabak tersedap di Singapore, jgn pergi ke Zam Zam restoran (sebelah je pun)... kawan aku plak cakap, kat Zam Zam la sedap... tp, kami ikut ckp pakcik teksi tu la dulu...

kat sini la kami makan... org sangat ramai!

nasi briyani ayam... sedap! tp tatau la kalu compare dgn Zam Zam, mana satu yg sedap kan?

Murtabak Singapura... recommended!

sejarah masjid

lepas perut kenyang senang hati, kami pun menunaikan solat di Masjid Sultan... buat lawatan skit kat sini... tp tak sempat nak berjalan-jalan di Arab Street, jam dh pukul 4 lebih, nak kejar bas pukul 5 plak...

kalau jalan kaki, dekat je sebenarnya nak balik semula ke stesen bas, tp takut lambat, kami naik teksi... 

alhamdulillah! selesai sudah ziarah kami ke Singapore...

banyak lg tempat yg aku tak pergi, tp takper laa, mungkin lain kali, ada rezeki lagi, sampai lah ke sana... insyaAllah



p/s: auto-published @ 12.01 am

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, September 14, 2011

Testing

Salam

Waaahhhh!!! Blogger free dh ada kat hp aku ni!!!!

Best! Best!

X yah beli blogpress kan?

Suka suka

Testing buh gmbo sekali

Tuesday, September 13, 2011

semua sekali

al salam alaykum

satu

bermula hari ni, adik bongsu aku, menghadapi peperiksaan UPSR... moga dia dapat menjawab segalanya dengan cemerlang... lepas aku tabuh dia masa cuti raya...

tepon mak semalam, adik aku nak makan nasi kenduri hasil tapauan dr Gelang Patah, tp tak bagi... takut cirit birit... waaahhh!!! kali ni mmg mak aku jaga betul2, tak pernah la aku rasa mcm ni dulu... heheheehe... ibu dan ayah manalah yg tak pernah mahukan yg terbaik utk anak-anaknya kan?

dua

kawan sekolah menengah aku, Fidza, baru saja kehilangan ibunya semalam... Al-Fatihah... semoga dosa-dosanya diampunkan, dan tenang dan damai di sana...

kita juga akan menyusul jua...

tiga

selamat pengantin baru utk sepupu aku, Linda...

penat 2 hari rewang di Gelang Patah, aku cuti semalam, dgn tido... ish...



empat

pagi tadi dapat memo... boss skrg aku tukar jawatan... dan jawatan dia skrg akan diisi oleh boss laaamaaaaa dulu yg dh berenti pi kampeni lain kendian dtg balik dgn jawatan lain...

perasaan? takde perasaan...

hanya doakan yg terbaik...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, September 09, 2011

Temasik - USS sampai lebam

al salam alaykum

18/06/2011 - USS sampai lebam

kami sampai kat USS dh nak masuk tengahari... plan asal, nak ke The Hive dulu, daftar masuk dan simpan barang... tp memandangkan masing-masing semua cemas takut tak sempat nak merayau dalam USS tu, dgn beg2 kami angkut masuk USS...


mujur lagi kami dh beli tiket online, SGD 72.00... bayar lebih skit, sbb time tu cuti sekolah di Singapore... harga biasa SGD 68.00... tp, beli online yg tak bestnya, kami tak dapat map USS... hahahaha... masa lepak-lepak nak minum air, ada satu famili tuh tertinggal atas meja, aku amik je... tp rupanya, byk je map tu kat setiap tempat tarikan... hisshhh!!!



oh ya... kami berempat hangkut sekali beg atas bahu... kat USS ada disediakan locker... tp bayarannya cecah SGD 20.00 sehari... bila convert ke RM, kira mahal la kan... jadinya, kami semua galas je la beg ke mana saja dlm USS tu... mmg lebam atas bahu... tambah plak, beg aku besar sekali... nak jimat pny pasal!


 ke mana arah hendak dituju?

kalau korang nak merasa semua permainan, nak tengok semua pertunjukan, aku cadangkan korang berpagi-pagi la di USS... mmg habis masa utk beratur dan menunggu giliran... mana nak bergambar lagi dgn kamera korang yg canggih-canggih tu kan... pertunjukan tak lama pun, main pun sekejap je... kecuali, kalau korg mmg ada belanjawan lebih, bayar utk tidak beratur... sekejap je, mmg habis la korang pusing USS tu... 


antara tarikan di USS (copy dr blog Adnin):

  1. Far Far Away - e.g. Shrek 4-D Adventure, Enchanted Airways.
  2. Madagascar- e.g. Madagascar: A Crate Adventure.
  3. Hollywood - e.g. Universal Studio Store, Pantages Hollywood Theatre, The Brown Derby, Mel's Drive In.
  4. New York - e.g. Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg.
  5. Sci Fi City - e.g. Accelerator.
  6. Ancient Egypt - e.g. Revenge of the Mummy, Oasis Spice Cafe.
  7. Lost World - e.g. Canopy Flyer, Jurassic Park Rapids Adventure.

 hantu menyanyi... tak best sgt pun

ini pertunjukan paling best! mmg aku rasa nak tgk 10x... ish!!!

semua kami merasa, kecuali pertunjukan kat Waterworld, kami terlepas show pukul 6.30 pm... dan jugak roaller costers di Sci-Fi, sbb takde org berani nak naik temankan aku...

 yg ni mmg best!

 tarian jalanan

 Sci-Fi attraction

Battlestar Galactica: Human & Battlestar Galactica: Cyclon... katanya antara yg tertinggi di dunia... bila la boleh merasa nak naik? GGK, jgn lupa ye merasa naik dua-dua ni!

 memujuk hati yg duka, The Accelarator pun jadi laa...


semua roller coaster yg aku naik tu, semua best! tp yg paling dahsyat Revenge of the Mummy ride laa... rasa nak tercabut aku punya anak tekak!!! mengalir air mata pun ada... dh la duduk kat depan sekali... waarrrghhhh!!! terima kasih Adnin, sbb temankan saya!

 halal!

pasal makanan, kat sini banyak restoran, tp yg ada Halal Singapore tak silap 2 je... satu yg ada dekat Hollywood, dan satu lagi kat Mesir laa... sedap kami makan nasi briyani... boleh share 2 org lagi... alhamdulillah!

lepas makan, kami solat jamak taakhir dekat belakang firaun-firaun tuh... ada guard datang tak bg kami solat kat situ... sbb tanak bg persepsi negatif kpd pelancong luar... tp, kami ada 2 lg tempat tak pergi... nak menapak balik ke admin building, jauh tuh!!! mula-mula, aku ngn Syah dulu solat... kendian, Ateh & Adnin, kami pindah kat tempat lain yg guard tu tak lalu lalang... alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab...

 setia menggalas beg, tak sakit lg!

 syok! tp basah... kalu nak jimat, bawak baju hujan siap-siap... tp beli je laa kat sini, SGD 2.00 je pun...

frust tak dpt tgk pertunjukan kat Waterworlds.... 


tp kebetulan malam tuh ada pertunjukan bunga api kat Hollywood... kami stay sampai kul 9.00 laa... amik gambar waktu malam plak kan?

bateri kamera dh habis stock, pakai tepon je laa

aku suka botol ni... harga SGD 11.90... aku pejam mata je beli... kalu celik, 10x pikir mesti tak beli.... tu je la pun yg aku beli kat USS selain FM sebiji... percutian budget la katakan...

lepas keluar dr USS... 

baru terasa penatnya!!! 
baru terasa sakitnya bahu, lenguhnya kaki! 
dan baru rasa....
wehh, kat mana kita nak cari The Hive ni???

uwwaaaaaa!!!!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, September 08, 2011

surat dan khabar

al salam alaykum

aku cuti sebelum raya hari tuh awal, hari Khamis dh ada kat Kuantan... dan, pada hari Rabu, terkejut kami bila HR Manager jadi posmen hantar surat... dia bagi sorg satu... rajin sungguh!

surat???

aku baca tajuk surat, ada perkataan bonus kat situ... malas nak baca intipati, terus cari angka-angka yg berkenaan... waahhh!!!! 4 months! hahahahaaha... gembira sekejap je...

terus aku ckp kat HR Manager, ni surat kiranya tanak bg org berenti la eh?

HR Manager ckp kat aku balik... ntah laa, begitulah kiranya... 

surat tak best laa...

awk dpt 2 surat pun tak best lg?

waaahhhh!!! mujur tak ramai org kat dept pada masa tu, kalu tak bocor rahsia...

ok, kami dpt surat pemberitahuan bahawa management bermurah hati nak bagi bonus sehingga 4 bulan sbb kejayaan projek kebanggaan kampeni kat Malaysia ni... tp ada T&Cs jgk... tetap akan bergantung kpd appraisal dan performance... kat situlah kami kata tak best!

sampai ke hari ni org masih lg dok bercerita pasal surat yg takdelah bawak makna sgt kat kitorg semua...

bg kami, kalu btul nak bg, tak payah la letak syarat mcm tuh... akhir tahun nnt, bagi siap2 2 bulan bonus... satu bulan yg contractual, dan sebulan lg bonus utk projek la kan... utk performance tu, tetap la jgk 0 - 3 bulan, bergantung kpd performance dan keputusan appraisal kelak...

itu kata kami!

dan, ada jgk soseh-soseh yg berkata, ramai jgk tak dpt surat kasih sayang tuh... kalu ikut surat tuh, menda nih applicable utk mereka yg mula bekerja pada Dec 2010...

dan, lg khabar yg aku rasa tak patut btul... kampeni di Malaysia akan ditutup... atas sbb yg aku pikir tak berapa nak kukuh... itu khabar takleh diterima dek akal... 

Ya Allah, jauhkanlah kami dari khabar duka ini!! aamiiinnn....


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, September 05, 2011

Temasik - Hari Pertama

al salam alaykum 

terperam cerita lawatan ke Temasik selama 2 bulan lebih... hehehehehe... ok, aku cerita skit skrg...

ni adalah agenda si Ateh dan Syah, course-mates aku di Sekolah Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral, USM... rancangannya mula-mula si Syah ada conference kat Singapore, so dia ajak aku stay ngn dia kat sana sambil pusing pulau... tp conference tak jadi, dan dia nak jugak p Singapore, kami pun merealisasikanlah hasratnya...

dan, sbb kami bertiga je, habis semua org aku kontek utk ikut kami... aku tak kontek GGK je, sbb GGK ada plan nak berjalan ke Singapore bulan 9 nnt... dalam habis kontek semua org tuh, tersangkutlah sorg, Cik Adnin yg dh lama aku tak jumpa... sejak tamat SPM 1998 dulu lagi... semasa amik result SPM pun kami tak berjumpa... alhamdulillah, ada jodoh jgk berjumpa lagi sekali...

17/06/2011

lepas interview kat Shah Alam, dan bermacam-macam masalah dan dugaan yg kami hadapi, alhamdulillah, kami bertolak ke Melaka, ke rumah Ateh... sampai pun dh pukul 12.00 tengah malam... supper sekejap, dan terus tidur...

18/06/2011

pagi-pagi lagi dh bangun... mandi dan sarapan ala kadar... ibu Ateh hantar kami ke Melaka Sentral... bas ke Singapore pukul 7.30 pagi tajam...

perasaan aku berkobar-kobar, maklumlah pertama kali nak masuk pulau Temasik ni... selalunya tgk tv je kan... 

inilah basnya, 707

aku, Ateh & Syah

namanya backpacking, tp beg sorg tu cam nak dok lama je kat Singapore...

harga tiket RM 22.00 dr Melaka... kalau dr Singapore ke Melaka SGD 22.00 ye kawan-kawan!

pemeriksaan imigresen...

kami borak-borak dgn bus driver, dia cakap kalu nak ke Universal Studio, boleh naik bas yg selalu berhenti kat Woodlands... bas tu direct terus masuk Pulau Sentosa... bas tu dr Kotaraya, JB terus ke Pulau Sentosa, tambang dr JB ialah RM 5.00... tambang utk kami dr Woodlands ke Sentosa Island ialah SGD 5.00... apakah? untung betul uncle tuh...

 dalam bas uncle pasang radio ke kaset ntah, zaman opera Cina... tp, aku rasa aku boleh ngikut je lagu tuh... hihihihihihi... 1 Malaysia la katakan... aku menikmati pemandangan kota Singapura... boleh aku katakan, bersih, tersusun dan yg penting, hijau...

MRT

kami dh sampai ke Pulau Sentosa!

"mau pergi lawan ka??" tanya seorg Uncle Teksi kpd kami...

alhamdulillah, sampai jugak kami di sini!

ok, bersambung la... entri seterusnya gambar je yg byk!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::